CT84. PERGI HAJI ATAU PERGI UMRAH DAHULU ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dua minggu selepas balik dari menunaikan fardhu haji, saya dan suami ke gerai makan kecil Kak Peah (nama samaran) di bandar Bintangor untuk melepas rindu kepada nasi lemak specialnya yang lazat itu. Ketika sedang mencari tempat duduk, saya ditegur oleh Kak Peah. “Baru balik dari umrahkah ?” tanya beliau. “Tidak kak, saya baru balik dari menunaikan haji,” jawab saya membetulkan pertanyaannya. “Masya Allah, awak pergi haji rupanya, patutlah lama tidak datang ke kedai akak,” kata beliau seperti terperanjat.

“Umrah sudah pergi ke ?” tanya Kak Peah lagi. “Sudah kak, saya buat umrah semasa pergi haji,” kata saya.  “Maksud akak, sebelum pergi haji, sudah pergi umrah dulu ke ? tanya Kak Peah membetulkan soalannya. “Belum kak, sebenarnya saya berniat pergi haji dulu. Lagipun semasa buat haji tu, umrah boleh terus buat sekali,” balas saya dengan senyum. Kenapa akak fikir saya pergi umrah ?” tanya saya kembali. “Sebab, awak pakai jubah hitam (abaya) ni,” ujar beliau membalas senyuman saya. 

“Akak sudah tiga kali pergi umrah dan hampir setiap tahun,” ujar Kak Peah tanpa ditanya. “Tahun ini (2011) tidak pergi kerana sibuk dan ada urusan lain. Seronok pergi ke sana, ingin nak pergi tiap-tiap tahun. Rindu rasanya,”  sambung beliau. “Betul tu kak. Saya juga rindu untuk ke sana lagi. Selepas ini, bolehlah buat umrah jika ada kemampuan lagi, insya Allah,” balas saya.

“Alhamdulillah, syukurlah, kakak sudah pergi ke Makkah. Kalau macam tu, akak sudah buat Hajilah ya?” tanya saya meneruskan bicara. “Belum,” jawab beliau pantas. “Duit belum cukup lagi,” sambungnya. “Tidak apa kak, buat yang mampu dulu, jika niatnya begitu. Dah cukup duit nanti, bolehlah pergi haji pula. Mudahan panjang umur, ya kak.” jelas saya menyokong. 

“Akak sudah berdaftar haji ke ?” tanya saya lagi ingin tahu. “Sudah, akak berdaftar tahun 2006 dan akan pergi haji tahun 2017 nanti,” kata kak Peah dengan senyuman manis sentiasa di bibirnya. “Alhamdulillah, mudahan dapat dijemput awal ke sana nanti.” ujar saya sambil membalas senyum Kak Peah.

“Sebab lambat lagi hendak pergi haji, maka akak buat Umrah dulu. Kata orang, biar tahu selok belok Makkah. Bila pergi haji nanti, kita sudah tahu keadaan di sana. Maka, sekarang ni masih kumpul wang untuk pergi haji pula,”  jelas Kak Peah panjang lebar. “Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki atas akak sekeluarga,” balas saya dan terus memesan menu nasi lemak specialnya untuk saya dan suami.

THK(13). Pemandangan indah di waktu pagi, saat kelopak “bunga kembang pagi” – nama yang saya beri untuk payung teduh yang dibuka dan ditutup serentak mengikut jalur posisi Masjid Nabawi secara elektronik. Hanya kawasan melintang sepanjang Perkuburan Baqi sahaja yang tidak dibina “bunga kembang pagi” ini. Ia berkembang sekitar jam 7.05 pagi (waktu Madinah) ketika matahari mulai naik. Tujuannya sebagai pelindung matahari.

THK(14). “Bunga Kembang Pagi” akan menguncup sekitar jam 5. 30 petang (waktu Madinah) ketika matahari mulai membenam diri. Buka dan tutupnya tidak mempunyai ketetapan masa. Saya dan suami selalu menunggu acara “kembang” di bawahnya sebelum kembali ke hotel Multaqal ‘Alam untuk bersarapan. Proses  “berkembang dan menguncup” secara serentak sangat menakjub dan mengujakan walau hanya dalam 4 minit.  Saya tidak pernah terlepas menyaksikan acara “kembangnya” dan hanya sekali menyaksikan acara tutupnya seperti foto di atas ini.


****************

Saya sangat tertarik untuk membincangkan hal ini apabila selalu ditanya yang manakah patut didahulukan. Pergi haji atau pergi umrah ? Tulisan ini merupakan pendapat peribadi berdasarkan beberapa alasan selain NIAT untuk  MEMILIH PERGI HAJI TERLEBIH DAHULU. Bukan untuk mempengaruhi sesiapa. 😀

Pendapat saya ini,  lebih kepada KEWAJIBAN untuk MEMAHAMI DIRI SENDIRI dari segi tuntutan dan tanggungjawab kerana pekerjaan haji dan umrah melibatkan kemampuan dan kesanggupan ketika mengerjakannya. KEMAMPUAN adalah syarat yang dituntut dalam melakukan kedua ibadah ini agar tidak berlaku penganiayaan kepada diri sendiri dan keluarga yang ditinggalkan.

Sebelum melanjutkan tulisan ini, saya ingin bertanya dengan anda persoalan berikut:

Mana pilihan anda, PERGI HAJI atau PERGI UMRAH dahulu ?

Setiap orang mempunyai prinsip masing-masing dalam menentukan manakah yang patut didahulukan sama ada pergi haji atau pergi  umrah. Fenomena dalam masyarakat Islam masa kini terutama di Malaysia adalah memilih pergi umrah dahulu daripada pergi haji atas pendapat masing-masing. Malah ada yang sudah berkali-kali pergi umrah (seperti contoh Kak Peah di atas) dan belum lagi pergi haji kerana sistem giliran menunggu yang sangat panjang di antara 5 hingga 20 tahun disebabkan terlalu ramai mendaftar haji.

Selain itu, antara pendapat yang biasa kita dengar adalah tidak cukup wang untuk pergi haji, sekadar untuk ziarah Baitullah dan melancung ke tempat yang bersamaan dengan pakej ziarah, semata-mata untuk berdoa dan berubat disebabkan masalah dan penyakit yang dialami, belum bersedia bergelar haji atau hajjah kerana bila dah pegang title tersebut banyak amalan lama dalam hidup tidak dapat dilakukan, bimbang jika pergi haji akan menerima “balasan” dari Allah  dan banyak lagi. Mudahan niat yang baik akan menghasilkan kebaikan kepada kita kerana melalui niat kita mendapat apa yang diniatkan. Subhanallah waastaghfirullah.

Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

“Umrah (yang pertama) sampai umrah yang berikutnya merupakan penghapus dosa (dosa-dosa kecil) yang ada di antara keduanya. Dan haji mabrur itu tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.” – Muttafaq ‘alaih

TKH(14). 19 Oktober 2011 (Rabu), hari kedua di Makkah. Foto diambil setelah selesai melakukan tawaf dan saie bagi Umrah Wajib. Subhanallah, hati sangat terharu dan tersentuh setiap kali memandang Kaabah, Baitullah. Air mata mengalir tanpa diundang, sebak.  Perasaan sangat dekat sekali seolah-olah dapat merasai kehadiran Allah di sisi.  Sungguh, saya tidak percaya melihat betapa besarnya bangunan Kaabah yang selama ini hanya dilihat melalui kaca tv atau foto dalam buku. Kini saya dapat berpijak di bumi nyata dan, Subhanallah, Kaabah berada di depan mataku. Malah saya tidak menduga bahawa kami diizinkan Allah dapat menyentuhnya pada hari terakhir (ke-48) sebelum meninggalkan Kota Makkah menuju Tanah Air, Malaysia. Alhamdulillah.

****************

PILIHAN SAYA (JUGA SUAMI)

Bukan tidak pernah terdetik untuk ingin menunaikan umrah dahulu, tetapi memikirkan kemampuan untuk pergi umrah kemudian haji, memerlukan biaya yang banyak, maka pilihan pergi haji lebih dahulu menjadi keutamaan kerana jarak yang jauh dan biaya yang mahal. Pengalaman kami MEMILIH PERGI HAJI DAHULU adalah atas alasan-alasan berikut:

PERTAMA.  NIAT.  Niat untuk pergi haji dahulu sebelum melakukan umrah. Niat itu dipasang setelah memahami bahawa  rukun haji merupakan rukun fardhu ke-5 dari Rukun Islam yang WAJIB ditunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP apabila syarat-syarat dan kemampuannya sudah dipenuhi .

Firman Allah swt dalam surah Aali- ‘Imran, ayat 97 yang bermaksud:

“Mengerjakan haji adalah KEWAJIBAN manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”


KEDUA. PELAKSANAAN HAJI. Lagipun, cara melaksanakan ibadah HAJI WAJIB itu sendiri sudah meletakkan umrah bersama dengannya sebagai UMRAH WAJIB.  HAJI DAN UMRAH kedua-duanya WAJIB ditunaikan SEKALI DALAM SEUMUR HIDUP atas yang BERKEMAMPUAN bagi setiap muslim. Kelebihan haji ATAS umrah adalah kerana HAJI MERUPAKAN SALAH SATU RUKUN ISLAM.

(HUKUM UMRAH adalah SUNAT menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Tapi sepakat dengan Imam Syafiee dan Imam Ahmad dalam  FARDHU HAJI. )

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah taala.”

Sabda Rasulullah saw, “Kerjakanlah haji dan umrah sebagai wakil kepada ayahmu.”

(Kedudukan hadis ini shahih. Sehubungan dengan hadis di atas, Imam al-Syafie berkata: “Saya belum pernah mengetahui ada hadis yang mewajibkan umrah lebih baik dari hadis ini.”)

Pelaksanaan HAJI WAJIB, tentu sekali menjimatkan wang bagi yang berpendapatan sederhana seperti saya. Mari kita teliti  TIGA CARA PELAKSANAAN HAJI di bawah ini,

a. HAJI IFRAD – iaitu BERNIAT HAJI SAHAJA pada bulan-bulan haji dengan niat haji dan melaksanakan semua amal ibadah yang berkaitan dengan haji. UMRAH pula boleh dilakukan setelah SELESAI MELAKSANAKAN HAJI. Cara ini tidak dikenakan dam dan disebut Rasulullah sebagai sebaik-baik pelaksanaan. 

b. HAJI TAMATTU’ – iaitu BERNIAT UMRAH DAHULU pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadah yang berkaitan dengan umrah. Apabila TIBA WAKTU HAJI pada tahun yang sama ia akan berihram haji dan menunaikan amal ibadah yang berkaitan dengan haji. (Kami memilih cara pelaksanaan ini dengan membayar Dam Tamattu’).

c. HAJI QIRAN – iaitu BERNIAT HAJI DAN UMRAH SERENTAK pada bulan-bulan haji kemudian menunaikan semua amal ibadah yang berkaitan dengan haji. UMRAH pula dikira telah selesai apabila selesai melaksanakan haji. Haji Qiran juga boleh berlaku kepada orang yang berniat umrah di bulan-bulan haji tetapi  sebelum memulakan tawaf umrah ia berniat menunaikan haji. Cara ini juga dikenakan dam.

Alhamdulillah, setelah menunaikan HAJI WAJIB DAN UMRAH WAJIB pada tahun 2011 lalu, saya berniat dan berkeinginan untuk melakukan UMRAH SUNAT  mengikut kemampuan dan tidak setiap tahun. Jika diizinkan dapat menunaikan HAJI SUNAT setelah berdaftar semula, ia satu rezeki yang tidak diketahui bilakah Allah akan mengizinkannya. Tetapi saya lebih senang, jika dapat membantu orang yang belum berkemampuan untuk menunaikan HAJI WAJIBnya. Aamin.

KETIGA. SIMPANAN WANG. Saya memilih berdaftar haji terlebih dahulu setelah wang simpanan mencukupi bagi jumlah minima iaitu RM1300. Terus menabung, walau ada ketika wang tabungannya “pasang surut” atas keperluan semasa kehidupan sehingga saya membuat “perjanjian” dengan diri sendiri untuk tidak menyentuh satu sen pun wang tabungan kemudiannya.

Alhamdulillah, simpanan akhirnya melebihi dari sasaran yang ditetapkan sebagai pebelanjaan mencukupi di Madinah dan Makkah sehinggalah “jemputan” Allah sampai ke sisi.  Simpanan wang yang melebihi dari cukup  bagi perjalanan menuju Baitullah dan bekalan buat keluarga yang ditinggalkan dapat melengkapkan makna “JIKA BERKEMAMPUAN” yang menjadi SYARAT UTAMA dalam melaksanakan Rukun ke-5 ini.

KEEMPAT. PERSEDIAAN BEKALAN BAGI YANG BERKEMAMPUAN. Menunaikan ibadah  haji memerlukan KENDERAAN dan BEKALAN yang cukup semasa perjalanan dan sepanjang kehidupan bermukim di tanah Haramain. Selain itu, penyediaan harta kepada keluarga yang ditinggalkan agar mereka tidak disia-sia dan hidup merana sepanjang pemergian adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Jika tidak , ia dianggap berdosa.

Firman Allah swt dalam surah Aali- ‘Imran, ayat 97 yang bermaksud:

“Mengerjakan haji adalah KEWAJIBAN manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.

Berdasarkan ayat di atas, menurut Prof. Dr. HAMKA dalam tafsir Azhar bahawa AGAMA itu dikerjakan menurut kesanggupan yang ada. Maka, syarat utama ialah kesanggupan orang yang melakukannya sama ada dari aspek kenderaan atau bekalan dalam keadaan badan yang sihat. Kerana itu haji dikerjakan SEKALI SEUMUR HIDUP. Malah pengertian asal “haji” adalah QASHAD iaitu SENGAJA MENUJU SESUATU.

THK(15). Setiap hari jalan ini dilalui dari Hotel Sevilla Barakat ke Masjidil Haram sejauh 750 meter dalam 15 – 20 minit berjalan kaki.

***************

Harus difahamkan bahawa ibadah haji hendaklah DINIATKAN benar-benar, bukan main-main kerana pekerjaan haji adalah dilakukan semata-mata KERANA ALLAH TAALA untuk menyempurnakan segala MANASIK HAJI yang disyariatkan kepada Nabi Ibrahim a.s. Manakala kedatangan Nabi Muhammad saw adalah memperkuatkan kembali dan menghidup semula sendi pokok  ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Tulisan dan pengalaman saya ini sekadar untuk membantu jika ada yang belum memahami dan masih berfikir-fikir, yang mana dahulu harus dilakukan antara Haji atau Umrah. Terserah kepada pilihan masing-masing kerana hanya kita sendiri yang tahu upaya dan kemampuan yang menghuni di dalam kehidupan kita. Semoga Allah selalu memudahkan urusan menuju agama-Nya yang murni.

SEMOGA YANG TELAH PERGI HAJI, DIDOAKAN MENDAPAT HAJI MABRUR. AAMIN.


****************

26 Januari 2012 (Khamis)/ 3 Rabi’ul Awwal 1433H/ 12.23 tengah hari – Sarikei, Sarawak

AKU…. dan cerita kelmarin adalah sebuah kerinduan yang tidak pernah mati. Kerana rindu itulah yang selalu mendekatkan aku padamu. Dari kejauhan ini, tidak ada yang mampu meleraikan ingatanku padamu. TERIMA KASIH TUHANKU, menghadiahkan aku sebuah pertemuan yang indah dari kehidupan yang tidak pernah aku impikan untuk menjadi kenyataan. Di sana, pada wadi hatinya, ku temui cinta dan kasih sayang yang luhur dan murni. Subhanallah, semoga aku dapat menjejaki lagi pada waktu yang ditentukan dalam pengetahuan-Mu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

THK(16).  Foto “Makkah Clock Royal Tower” yang tersergam indah dengan megahnya di hadapan Masjidil Haram. Ia dibina di atas bangunan hotel mewah,  Hotel Zam-Zam Tower yang “bertaraf lima bintang”. Di dalam bangunannya terdapat “commercial shopping complex” yang juga mewah dan mahal jualannya.   Siapa menjangka di bumi yang dulunya gersang, kini sangat moden dan maju dari aspek insfrastrukturnya.

YA ALLAH YA RAHIIM, MENGENALIMU ADALAH ANUGERAH TERINDAH DALAM HIDUPKU

51 thoughts on “CT84. PERGI HAJI ATAU PERGI UMRAH DAHULU ?

  1. ‘alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, bunda..

    subhanallah,,,
    senang sekali rasanya membaca tulisan2 seputar haji dan umroh ini. Dan kalau saya sendiri, berdasarkan pikiran pribadi, dan tentunya kalau nanti ada kesempatan ke sana, pasti akan milih haji qiran, haji sekaligus umroh.

    Mengingat yg menjadi wajib itu adalah haji, ya harus mengutamakan wajib dahulu. Antrian haji di Indonesia juga sudah panjang bun,,,

    selalu dan terus berdoa seraya berusaha, smoga bisa segera terlaksana mengerjakan ibadah haji. aamiin

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh, Mabruri…

      Semoga apa yang diniatkan untuk melaksanakan haji akan diperkenankan Allah. Sebelum memilih jenis haji, Mabruri harus memahami bagaimana pelaksanaan jenis ketiga-tiga haji di atas.

      Melakukan dengan ilmu dan kefahaman yang mantap akan memudahkan kita melaksanakannya. 😀

      Aamiin, saya mendoakan agar Mabruri bertambah rezeki untuk berhaji, Jika tidak melalui muassassah, boleh juga menggunakan swasta tetapi memerlukan biaya yang besar.

      Salam ceria dan terima kasih sudah berkongsi pendapat. 😀

  2. Assalamu alaikum ka,
    alhamdulilah sekarang saya berhadapan dengan akak hajjah
    rupanya ini makna berpamitan kala itu ya, saya khawatir akak pamit karena sedang sakit
    syukurlah, akak sekeluarga sehat wal afiat

    menurut saya, lebih baik haji dahulu, karena memang biaya tak sedikit, dan di Indonesiapun harus mendaftar dan menunggu lama
    tetapi kalau memang ada rejeki lebih ya silahkan saja berumroh dulu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Hehehe… iya. Menunaikan haji juga sama seperti rukun lain dalam rukun islam. Ia satu ibadah yang dilakukan sendiri sebagai tanggungjawab kepada Allah swt kerana itu akak tidak maklumkan kepada sesiapa di maya ini. Terima kasih atas kekhuatiran Monda. Akak menghargainya. 😀

      Alhamdulillah, akak dan keluarga sihat. Didoakan Monda demikian sama di sana.

      Iya, terserah kepada biaya yang mampu disediakan untuk melakukan yang mana dulu. Jangan sampai membebankan diri dan mereka yang ditinggalkan. Semoga Monda akan tiba di sana jua.

      Salam hangat selalu.

  3. assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh

    bunda, lepas dari perbedaan hukum antara haji dan umroh karena saya meyakini hukumnya fardhu’ain dalam sekali dalam seumur hidup dan menjadi sunnah jika sudah melaksanakannya.
    selain itu seperti yang sudah saya share dengan bunda, saya lebih dahulu menginginkan umroh, sebab dengan alasan-alasan tertentu. Tapi jika keadaannya seperi akak Peuh, saya melihatnya beliau sebenarnya sudah mampu (dalam hal materi) untuk berhaji, tapi tidak melaksanakannya dikarenakan untuk melihat mekkah terlebih dahulu, maka saya akan pergi haji dahulu. Karena memang saya sudah mampu pergi haji dan uang sisa haji masih banyak guna umroh.
    kemudian, jika diberikan pilihan waktu umroh, saya akan memilih bulan ramadhan. kata beberapa kawanku yang pernah ke sana, umroh bulan ramadhan itu lebih enak dan menyenangkan, kita bisa berbuka bersama di masjidil harom setiap hari. dan lagi pula pahala umroh saat ramadhan sama dengan pahala ibadah haji.

    Namun, kita menyadari, semua niat dan cita-cita tidak akan bisa dilaksanakan tanpa izin dari sang Khaliq, Allah Azza wa Jalla.
    Smoga saya dan orang-orang yang mempunyai niatan baik itu bisa dimudahkan oleh-Nya.
    dan semoga muslim yang belum ada niat suci itu bisa diberikan hidayah untuk segera menunaikan ibadah tahunan tersebut, haji.

    salam

    • Wa’alaikum salaam warahmatulahi wabarakatuh, Ari…

      Alhamdulillah, senang menerima komentar panjang yang berbobot idenya tentang posting di atas.

      Saya sependapat dengan Ari atas apa yang dibincangkan di atas. Apapun pilihan kita, ia tertakluk kepada kemampuan dan niat yang dilampirkan. Insya Allah, setiap yang baik menuju Allah, pasti banyak jalan dan rezeki yang dilimpahkan.

      Subhanallah, umrah di bulan Ramadhan selalu menjadi dambaan semua umat Islam. Mudahan saya juga bisa melakukan umrah di bulan tersebut. Aamiin.

      Berusaha untuk mencapainya hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukan sekedar angan-angan kerana menunaikan haji adalah kerja ibadah yang menjadi kemuncak dalam kehidupan muslim seluruhnya.

      Aamiin, saya doakan Ari dan semua yang menginginkan ke bumi barakah itu, akan dimudahkan Allah untuk ke sana.

      Terima kasih Ari, sudah berbagi rasa dan berkongsi pendapat.
      Salam ceria selalu. 😀

  4. alhamdulillah….
    senang sekali membaca postingan Mbak Fatimah yang mencerahkan ini
    saya sangat sependapat dengan Mbak Fatimah, tentu haji dahulu…
    mohon doanya ya, Mbak, semoga diri ini bersama istri tercinta segera dapat menunaikan kewajiban beribadah haji, matur nuwun, dan salam hangat persaudaraan dari jogja…

    • Insya Allah, jemputan Allah kepada mas Amazzet dan isteri sebagai “Duyuffur Rahman” akan tiba jua dalam ketentuan yang dijadualkan. Cuma kita yang tidak tahu bila masanya. Berusaha dan berdoalah.

      Saya doakan mas Amazzet akan dipercepatkan ke sana. Aamiin.
      Terima kasih hadirnya.

      Salam hangat kembali.

    • Tidak semudah itu Andinoeg… 😀
      Walau bekal dan kenderaan kita sudah siap, tapi Allah belum izinkan, kita tidak mampu untuk sampai ke sana. Banyak pengalaman mereka yang sudah siap tapi terhalang atau tertunda untuk ke sana.

      Hanya Allah yang mengetahui segala hikmahnya. Wallahu’alaam.

      Terima kasih Andi.
      Salam sejahtera.

  5. Assalaamu`alaikum kak,
    terima kasih di atas pandangan yang sungguh mencerahkan ini kak, saya sangat menghargainya. Nampaknya saya terpaksa akui bahawa pandangan akak mengenai Haji dan Umrah memang tepat. Sekiranya diberikan kesempatan, saya juga ingin terus mengerjakan ibadah haji dan mengerjakan umrah selepas itu.

    Doakan saya diberikan rezeki untuk itu kak. Salam sayang untuk akak sekeluarga di sana. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Mama…

      Sama-sama kembali dik. Alhamdulillah dan terima kasih untuk penghargaan kata buat akak di atas. Posting ini berusaha membantu untuk memikirkan kelebihan haji dan umrah.

      Insya Allah, rezeki dik Mama akan tiba jua nanti. Cuma kita tidak ketahui. Berdoalah, jangan berputus asa dalam berdoa.

      Salam sayang kembali dari akak buat dik Mama sekeluarga di Kedah. 😀

  6. assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatu
    .Salam mesra dan salam kangen yang ada dalam benak saya untuk sang Guru yang selalu berbagi dalam keindahan dan kebaikan .

    kalau saya ya pilih yang ada dulu bun ,..,.mohon Doanya bulan ini tanggal 13 saya meninggalkan tanah air dan menuju tempat yang paling suci buat umat Islam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabat guru, Mas Doelsoehono…

      Alhamdulillah, saya doakan mas Doel selamat sampai ke bumi Haramain dan bisa menikmati keindahan iman yang dihidangkan Allah buat tetamu-tetamu agungnya yang telah dipilih. Semoga ibadah umrah nanti akan menambah iman dan kesungguhan dalam berbuat kebaikan. Aamiin.

      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam hormat.

  7. Saya juga sependapat dengan kakak dan suami, karena Haji adlah wajib, dan umrah sudah include didalam ibadah haji…

    Maka utamakan yang wajib dahulu.. saya setuju dengan pendapat ini.

  8. Saya juga berniat menunaikan ibadah haji. Sayangnya pada saat mendaftar kemarin saya masuk kuota haji tahun 2016. Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh-Nya.Menurut rekan-rekan saya, jika kita sudah sekali naik haji rasanya ingin naik haji tiap tahun, Apa benar?

  9. Salam hormat sahabat Guru…

    Insya Allah, tahun 2016 itu semakin mendekat dan hanya tinggal beberapa tahun lagi.

    Adik saya baru aja beberapa minggu ini di tahun 2012 berdaftar haji, dimaklumkan akan pergi haji tahun 2045 nanti. Masya Allah, masa menunggu yang panjang.

    Iya Pak Guru, sangat benar .
    Sepertinya semua yang pernah ke sana akan rasa seru lagi untuk hadir semula menjejak kali. Subhanallah,

    Demikian makbulnya doa Sang Pelembut Hati iaitu Ibrahim a.s sehingga seruannya mendakap hati setiap penziarah Kaabah.

    Teima kasih sudah berkunjung.

  10. Kelihatannya,
    jika kita mengerjakan umrah dulu sebelum haji = mendahulukan yang
    sunnat ketimbang yang wajib, dan itu dilarang. Saya setuju mendahulukan
    yang sunnat ketimbang yang wajin dilarang, tapi pertanyaanya apakah
    menunaikan umrah dahulu sebelum haji termasuk  kategori itu.
    Seperti kita harus menimbang 2 dulu:

    Apakah kita orang
    yang hanya bisa pergi satu kali (miskin)?,
    jika YA .. maka mendahulukan umrah ketimbang haji = mendahulukan yang
    sunnat ketimbang wajib. Tapi jika kita termasuk orang yang kaya yang
    bisa pergi kapan saja, kita perlu bertanya lagi….. 
    Apakah waktunya
    bersamaan? jika waktu
    menunaikan umrah bersaman dengan menunaikan haji tetapi kita lebih
    memilih umrah = tidak boleh. Setahu saya umrah bisa dilakukan kapan
    saja dan haji hanya dimusim haji

    Salam
    kenal… 

    • Terima kasih saudara Deni Arisandi untuk pendapat yang bisa dibahaskan. Sangat menarik dan memberi saya peluang untuk membuat rujukan dari sumber shahih agar kita-sama-sama memahami keperluan “menimbang-nimbang” ibadah mana yang harus dulu dikerjakan.

      Tidak ada dalil nakli (al-Quran atau hadis) yang meletakkan mana satu yang wajib di dahulukan. Kedua-duanya selalu seiring dan seganding dengan meletakkan HAJI terlebih dahulu. Ini disebabkan kelebihan haji atas umrah adalah kerana ia salah satu dari Rukun Islam.

      Ibnu Umar (ra) berkata, sabda Rasulullah saw; “Tidak ada seorangpun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah. (al-Bukhari).

      Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah taala.”

      ************

      Namun begitu perbahasan jumhur ulama mengatakan bahawa ibadah haji merupakan kewajiban yang bersifat segera dan berdosalah orang yang menangguhkannya apabila dia sudah berkemampuan untuk mengerjakannya. TETAPI Imam al-Syafiee mengatakan bahawa haji merupakan WAJIB TARAKHI – yang bersifat tidak segera -. Oleh itu tidak berdosa menangguhkannya meskipun seorang itu sudah berkemampuan untuk melakukannya. (hal.492)

      Jika kita kembali kepada sirah Nabi, Nabi saw banyak melakukan umrah dahulu dan hanya mengerjakan haji pada tahun ke 10 hijrah. Sedangkan ibadah haji diwajibkan pada tahun ke 6 hijrah. namun menurut pendapat yang lain pada tahun ke 8 hijrah. (hal. 468)

      Maka berhajilah ‘Itab in Usaid dengan membawa orang ramai pada tahun ke 8 hijriah dan Abu Bakar (ra) berhaji bersama mereka pada tahun ke 9 hijriah, sedangkan haji yang dilakukan oleh Rasulullah saw adalah pada tahun ke 10 hijriah. (hal. 491)

      (Sumber: Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh Al-Maram Subulus Salam Jilid 2, KITAB HAJI, oleh Alawi Abbas al-maliki dan Hasan Sulaiman al-Nuri (Jeddah, Arab Saudi), terbitan Al-Hidayah Publication, 2010)

      Haji dan Umrah jika dibuat pada kali pertama ia dihukum WAJIB atas muslim yang mukallaf dan berkemampuan. Maka yang seterusnya adalah sunat kecuali yang dinazarkan – maka hukumnya jatuh WAJIB.

      Mudahan apa yang dikongsikan di atas, bisa menjawab pertanyaan dari saudara. Wallahu’alaam.

      Salam kenal kembali.

      • Seperti kata saudara Deni – “Setahu saya umrah bisa dilakukan kapan saja dan haji hanya di musim haji”

        Benar bahawa Umarah boleh dilakukan kapan saja. Harus diingatkan, umrah juga boleh dilakukan di musim haji sama ada Umrah Wajib atau Umrah Sunat – berapa kali anda mahu, berumrahnya kapan sahaja di musim haji atau bukan musim haji.kerana Rasulullah menganjurkan supaya memperbanyakkan ibadah pelaksanaan umrah kerana setiap ibadah umrah dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang terjadi di antaranya dengan umrah yang lalu. (hal. 467).

        Wallahu’alaam.

  11. Assalamu’alaikum wr.wb..

    Bunda aku belum tau memilih mana yang lebih dulu, karena hal yang paling mendasar, keuanganku masih sangat jauh untuk itu ..

    Tapi kalau aku diberi rejeki oleh Allah, aku berkeinginan untuk menghajikan kedua orang tua ku terlebih dahulu, karena mereka sudah cukup umur dan tidak akan bisa menunggu dalam waktu yg lebih lama lagi, tentu saja mertuaku juga harus diberangkatkan Bund, aku tidak mau ada kecemburuan antara mereka nantinya,, tapi itu masih impian Bund,, semoga Allah melihat impianku ini ya Bund

    Senang sekali melihat foto2 kuncup bunga pagi hari Bund,,

    Salam sayang buat Bunda dari Jakarta..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Bunda doakan Fitray diluaskan rezeki oleh Allah untuk menghajikan orang tua dan mertua. Insya Allah, apa sahaja niat yang baik, pasti akan mendapat perhatian Allah.

      Yang pentingnya harus berusaha menabung sedikit demi sedikit, lama-kelamaan akan membukit jua. Perkara yang baik jangan ditangguh-tangguh Fit, apa tah lagi jika menyangkut kewajiban kita sebagai muslim.

      Terima kasih Fit untuk kongsian rasanya. Dahulukan mana yang mampu dulu.

      Salam sayang kembali dari bunda. 😀

  12. assalamua’laikum
    saya punya impian Umroh tahun 2012 ini dan menaik hajikanorang tua tahun2013 setelah baca ini saya nampak bingung dan apakah harus merombak daftar impian saya.
    dan jujur kalo soal agama ilmu saya masih dangkal.
    tapi terimakasih ya mba sharenya saya nambah ilmu lagi nih hari ini 🙂

    • Wa’alaikum wr.wb, Ardian…

      Impian yang murni. Jangan bingung kerana tulisan saya kalau difahami bukan untuk mempengaruhi sesiapa untuk mendahulu yang mana satu. Lakukan apa yang saudara impikan itu selagi kemampuan masih ada.

      Imam al-Syafiee mengatakan bahawa haji merupakan WAJIB TARAKHI – yang bersifat tidak segera -. Oleh itu tidak berdosa menangguhkannya meskipun seorang itu sudah berkemampuan untuk melakukannya.

      Rujukan : Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh Al-Maram Subulus Salam Jilid 2, KITAB HAJI. (hal.492)

      Mudahan tulisan ini bisa menambah sedikit ilmu agamanya dan saya juga masih berusaha mendalami banyak perkara dalam agama Islam ini.

      Terima kasih dan salam kenal.

  13. Pokoknya begini. Kalau mau menunggu sehingga kita mampu untuk pergi menunaikan fardhu Haji, mungkin tak kesampaian. Di sinilah syaitan mainkan peranan membisik “Udahlah usah repot-repot mau pergi Haji segala, lantaran tidak berkemampuan. Batalkan saja niat kamu itu”. Mau nunggu-nunggu hingga mampu sampai kapan ya?. Jadiyang mudahnya tunaikan Umrah dulu, ongkosnya pun murah, pasti kesampaian. Semasa kita menunaikan Umrah itulah kita mengadakan semacam tinjauan semasa di tanah suci, mengkaji kemudahan-kemudahannya dan cara cara untuk beribadah Haji nanti. Balik nanti, mulalah kumpul wang sampai mampu, pasti jalannya akan dibuka luas oleh ALLAH, untuk ke Tanah Suci lagi. Insya’Allah. Amin.

    • Alhamdulillah, tidak ada sesiapa yang menentang apapun pilihan kita. Terserah atas kemampuan masing-masing. Jika ada yang hanya mampu untuk mengumpul buat bekal hajinya, silakan atas niat yang ditumbuhkan.

      Bagi yang mampu menunaikan umrah terlebih dahulu, silakan aja melakukannya. Mudahan setiap yang diniat baik menuju Allah, pasti akan dimudahkan dan diberi rezeki yang melimpah.

      Terima kasih Mohamed Ashik untuk pandangan yang berbobot. Tentu ini didasarkan dari pengalaman sendiri, bukan ?

      Salam sejahtera. 😀

    • Alhamdulillah. Terima kasih kembali.
      Blog anda juga sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan semua.
      Semoga diredhai Allah SWT atas segala maklumat yang dilampirkan. Aamiin.

      Salam hormat. 😀

  14. asalamualaikum puan hajjah saya sepatutnya menanti giliran ke sana bersama isteri 2022 atas permintaan anak perempuan saya yg bongsu yg asal nya hendak ke Korea berubah hati hendak ke Masjidil Haram maka pada 4 Jun 2012, saya isteri dan anak kesana kesan kembali dari sana banyak perubahan berlaku pada anak saya. Saya merayu pada tabung haji sebelum itu dan alhamdulillah pengalaman yg tidak dapat hendak saya gambar bila mendapat tahu saya dapat kesana lagi dlm masa tidak sampai 5 bulan….lapangan terbang jeddah sudah di tutup tetapi di buka semula bagi 2 penerbangan jamaah haji dari Malaysia dan kami membuat haji ifrad

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Shamsuddin…

      Subhanallah, satu keajaiban yang hanya Allah SWT sahaja tahu sehingga niat yang dipasang dan usaha yang dipupuk menjadikan Tuan Haji dapat menunaikan haji pada tahun yang sama.

      Siapa yang dapat menghalang rezeki seseorang, apabila Allah SWT telah menentukan masanya buat kita. Bersyukurlah atas kurnia Allah SWT dengan meningkatkan amal dan ibadah untuk terus mengamalkan perintah dan larangan-NYA.

      Semoga mendapat Haji Mabrur. Saya benar-benar terkesan dengan kronologi perjalanan iman Tuan Haji.

      Salam hormat takzim dan terima kasih sudi berkunjung perdana ke blog ini. Semoga bermanfaat. Aamiin. 😀

    • Saya setuju. Jika ada wang lebih dan dapat untuk berumrah dahulu, laksanakan umrah dahulu. Rasulullah SAW bersabda tentang kelebihan umrah seperti berikut:

      “Antara satu umrah sampai umrah lainnya adalah sebagai penghapus (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga”

      Terima kasih atas kunjungan dan komentar.. 😀

  15. salam saya nk minta pendapat , saya belajar di luar negara dan akn menamatkan pngjian pd tahun hdapan . saya bercadang utk menunaikan ibadah umrah pd cuti bulan 6 ni , tetapi dlm masa yg sama mak sy berharap agar sy plng ke malaysia pd cuti tersebut .
    jadi mana yang perlu di dahulukan ?
    mohon penjelasan

    • Assalaamu’alaikum wr.wb, Farah…

      Soalan ini menggambarkan Farah masih bujang dan belum bersuami. Begini ya… mudahan sedikit penjelasan melalui beberapa hadith dapat memahamkan Farah yang sedang dalam dilema antara pergi umrah dengan harapan ibu di Malaysia. Menurut Farah, yang mana harus didahulukan ?

      Keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Lebih-lebih lagi ibu yang secara umumnya diketahui mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar dari bapa. Selain itu, Islam mengutamakan kegembiraan dan kepentingan ibu bapa sehingga WAJIB MEMINTA KEIZINAN ibu bapa sekalipun dalam urusan agama, hatta dalam urusan berdakwah atau berjihad di jalan Allah.

      Jelas di sini, panggilan pulang ibu mendahuui urusan umrah kerana umrah bila-bila masa boleh dilaksanakan jika ada kemampuan di lain waktu. Tetapi panggilan ibu (yang satu-satunya ibu kita di dunia dan di akhirat) tidak akan kita sahuti lagi jika mungkin itu panggilan “terakhir” darinya (maaf). Kita tidak mengetahui apa yang bakal berlaku esok. Saya yakin ibu Farah sangat rindu untuk bertemu Farah. Jika Farah seorang Ibu, sudah pasti Farah dapat merasai betapa rindunya Farah dengan anak Farah. Begitulah Ibu Farah. Gembirakan hati ibu, jangan sampai ibu menangis dan berkecil hati.

      Selagi ibu bapa kita masih hidup, wajib atas kita mengutamakan kegembiraan mereka dan berbakti kepada merelka. Hal ini dapat dijelaskan tentang hadis Rasulullah SAW berkaitan seorang anak yang ingin turut serta dalam berjihad, WAJIB TERLEBIH DAHULU mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya.

      Dari Abu Said al-Khudri r.a:, “Ada seorang pemuda dari Yaman yang berhijrah kepada Rasulullah SAW semata-mata untuk berjihad, lalu Baginda SAW bertanya: “Adakah engkau mempunyai seseorang di Yaman? Jawab pemuda tersebut: “Ibubapaku”. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Adakah mereka member keizinan kepada engkau?” Jawab pemuda tersebut: “Tidak”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepda mereka berdua, dan minta izinlah! Jika mereka izinkan, maka berjihadlah! Tetapi jika tidak…Maka berbuat baiklah kepada mereka berdua”.

      Hanya ini yang dapat saya jelaskan untuk membantu Farah bagi memahami keutamaan ibu dari umrah. Saya sarankan, lebih baik Farah berbincang terlebih dahulu dan mengetahui keinginan ibu yang inginkan Farah pulang ke Malaysia. Semoga urusan Farah dimudahkan Allah dan diberikan kelapangan jiwa. Aamiin.

      Semoga Farah diberkati Allah SWT. Mudahan dengan mendahului ibu, Farah akan dimudahkan Allah untuk cemerlang dalam pengajian Phd nanti. Aamiin. Doa ibu sangat mustajab, ya.

      Terima kasih, semoga menjadi anak solehah, sukses di dunia dan di akhirat. salam sejahtera. 🙂

  16. Bagi saya, mengutamakan haji kerana kami telah lama mendaftar dgn TH dan telah terpilih sebagai jemaah haji, Alhamdulillah selepas menunaikan haji, diberi rezeki pula 3 tahun selepas itu untuk menunaikan umrah bersama anak-anak yang giliran haji mereka 24 tahun lagi InsyaAllah. Semuanya dengan izin Allah.

    • Alhamdulillah, seronok mendengar cerita dari Aiharun. Demikianlah apabila Allah sudah memilih kita menjadi tetamu-NYA. Tidak ada halangan yang mampu menghindar kita dari pergi ke rumah-NYA. Saya berharap akan pergi lagi ke sana. Aamiin.

      Terima kasih sudah bertandang lagi kemari.
      Salam manis selalu. 🙂

  17. bapa mertua saya pesan kalau kita jenis duit cukup2 sahaja simpan dan kumpul duit untuk ke haji jangan pergi umrah dulu sebab kalau kita meninggal tak sempat ke haji tapi kita dah ke umrah jadi berdosa balik. betul ke?

    • Assalaamu’alaikum wr.wb, Sharifah….

      Didoakan sihat wal’afiat. Soalannya sangat menarik dan bermanfaat untuk kita semua.
      Begini ya… Hukum menunaikan UMRAH dalam Islam adalah WAJIB sekali seumur hidup. Begitu juga hukum menunaikan HAJI, WAJIB sekali juga.

      Untuk menjawab soalan Sharifah, saya berkongsi maklumat di bawah ini. Mudahan bermanfaat.

      Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra bahawa dia ditanya: “Berapa kali Nabi Saw melaksanakan umrah?” Anas ra menjawab: “Empat kali, iaitu:

      1) Umrah pada peristiwa Hudaibiyah di bulan Dzul Qa’dah (Tahun Ke-6 H) yang ketika itu baginda dihalangi oleh orang-orang musyrik Makkah.

      2) Umrah pada tahun berikutnya pada bulan Dzul Qa’dah (Tahun ke-7 H) pula ketika berlangsung gencatan senjata antara baginda dengan orang-orang musyrik Makkah.

      3) Umrah dari Ji’ranah (Tahun ke-8 H), tempat baginda membahagikan harta rampasan perang setelah menang dalam perang Hunain.

      4) Umrah bersama haji wada (Haji Qiran) (Tahun ke-10 H).

      Saya tanyakan lagi: “Berapa kali Rasulullah Saw berhaji?” Anas ra menjawab: “Satu kali” .
      ( HR. Bukhari 1778)

      Ada seseorang yang bertanya kepada Said bin al-Musayib, “Bolehkah saya menunaikan umrah dahulu sebelum berangkat haji?” Jawab Said bin Musayib,

      “Silakan. Rasulullah SAW menunaikan 3 kali umrah sebelum baginda berangkat haji.”

      Dan menurut riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah, Said mengatakan, “Seseorang boleh umrah sebelum berangkat haji.” (Syarh al-Muwatha’ az-Zarqani).

      Apakah selepas umrah, dia wajib menunaikan haji pula ?

      Ini bergantung kepada kemampuannya. Jika dia tidak mampu, maka tidak wajib haji. Jika mampu, dia wajib haji. Allah berfirman,

      “Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana.”

      Mudahan dapat menjawab pertanyaan Sharifh di atas. Wallahu’alaam.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.