CT54. AYAM PENYET

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh

RESTORAN AYAM PENYET: SIMPLY THE BEST. Begitulah nama yang tertera pada papan tanda di atas bangunan sebuah restoran makanan di Sekyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Restoran yang dimiliki oleh Ibu Nur ini  menyajikan makanan Tradisional Indonesia. Sepengetahuanku, inilah satu-satunya restoran Indonesia di Seksyen  15 kerana aku sering kali menjamu selera di restoran makanan di sekitarnya terutama Nuin’s Cyber Cafe. NCC adalah sebuah restoran berhawa dingin dengan kemudahan internet. Manakala ruang makannya diubahsuai seperti ruang tamu di rumah. Café ini menyajikan masakan tradisional negeri Perak.

Tarikh 12 September 2009 – Sabtu, menyaksikan empat insan iaitu aku, adik sepupuku Mas Suffian, Liza (isteri Pian) dan Siti Aisyah  (anak Pian), masih berada di dalam kereta sambil mencari  restoran yang sesuai untuk berbuka puasa. Perancangan awalnya Pian sekeluarga memilih untuk berbuka puasa di Hotel Puri Punjangga, milik UKM. Tetapi terpaksa dibatalkan kerana telah penuh ditempah. Tujuan berbuka di hotel adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran pertama Siti Aisyah. Kemudian berusaha mencari restoran lain,  tetap tidak berhasil kerana sudah habis ditempah. Bulan puasa memang cukup menguja dan menguji iman.

Aku yang dimaklum kemudiannya mencadangkan agar berbuka di Nuin’s Cyber Café di Sekyen 15. Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang ketika kami sampai ke Café tersebut. Hampa. Restoran tutup. Setelah berbincang, aku cadangkan ke Restoran Dayang Puteri Bongsu, milik pelakon  filem “Dayang Suhana” iaitu  Rubiah Suparman dan Habsah Hassan (penulis lirik terkenal Malaysia). Ketika sampai ke restoran tersebut, ternyata sudah penuh. Waktu berbuka hanya tinggal 10 minit sahaja lagi.

alamat: No. 9, GF, Jln 15/1D, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi


Kami mulai resah, mahu makan di mana ? Dalam fikir punya fikir, tiba-tiba aku terpandang sebuah restoran di sebelah kiriku di hadapan bangunan tempat kami berhenti. Tersergam nama RESTORAN AYAM PENYET: SIMPLY THE BEST. Mengintai dari jauh seperti ada harapan untuk kami berbuka di sana. Kata sepakat di ambil. Rasa teruja berpahat di hati kerana inilah pertama kali kami makan di restoran milik warga Indonesia.

Bersama doa dan  tawakkal, kami berharap masih ada tempat untuk kami berbuka di sini. Alhamdulillah, itulah rezeki terakhir untuk kami tika 5 minit lagi waktu berbuka akan masuk. Ternyata Allah memudahkan urusan hamba-Nya yang sabar. Senyum menguntum dengan mekarnya di wajah kami bertiga bersama harapan yang menggunung. Perut sudah lapar ni.

Memasuki ruang Restoran Ayam Penyet cukup menyelesakan. Ruang makannya dibahagi dua. Ruang pertama, di tempat terbuka pada bahagian hadapan restoran, sudah penuh dengan pelanggan. Ruang kedua, di bahagian dalam dan dilengkapi dengan pendingin udara (air-con). Alhamdulillah masih banyak ruang untuk kami membuat pilihan tempat yang menyelesakan. Akhirnya aku memilih ruang meja tengah di bahagian tepi dinding  untuk memudahkan si kecil Aisyah bermain dengan santai.


Sebaik sahaja duduk, kad menu diberi untuk dipilih. Hmm.. sedap juga pilihan menunya dan berbaloi dengan harga yang ditetapkan samada pilihan makanan ataupun minuman. Semuanya mencuri selera, apatah lagi saat berbuka semakin hampir dalam beberapa detik. Semua photo menu itu betul-betul menggoda nafsu. AYAM PENYET ? Nama itu sangat asing bagiku. Itulah pertama kali aku mengetahuinya. Sejak melihat nama Ayam Penyet di luar tadi, aku sudah mengidam untuk merasainya.  Aroma dan perisanya mengganggu benakku  dan menyuntik keinginanku untuk menjamahnya. Sungguh tidak sabar sekali. 😀

Akhirmya pesanan dibuat. Aku dan Pian memilih sajian Ayam Penyet. Manakala Liza memilih Sup Ekor Lembu bersama nasi putih. Sayur Pecel dipersetujui bersama. Aku tidak memesan nasi kerana tidak makan nasi. Ayam Penyet dan Sayur Pecel sudah cukup mengenyangkan aku. Jus Epal Hijau dan air Teh Panas Indonesia menjadi pilihan minumanku. Aroma Teh Indonesia itu cukup menggugah rasa. Rasanya manis, wangi dan enak. Tekturnya lembut sebaik mencecah lidah. Liza pula memilih Jus Campuran Mangga dan air Teh Ais (Es) Indonesia. Manakala Pian  memilih air Tembikai + Susu = rasanya Tembikai Susu. Hiasan air minuman itu juga cukup menyelera dan mengkagumkan. Cantik dan menarik.


Apabila hidangan sudah di depan mata, aku ligat membuat pemerhatian tentang AYAM PENYET. Maklumlah kali pertama melihatnya.  😀 Ayam penyet rupanya ayam yang digoreng berempah dan dipenyekkan dengan hati-hati agar tulangnya tidak pecah. Aromanya sungguh menyelerakan. Isinya yang penyet itu sangat lembut dan mudah dimakan kerana serat dagingnya sudah pecah.  Ia disaji bersama sekeping tempe, sekeping tahu, sekeping sayur timun, beberapa hirisan sayur kobis, sesudu besar sayur kangkung yang dicelur dan sambal seakan kuah kacang. Setelah membaca doa berbuka dan doa makan, aku memulakan dengan kuih yang telah dibeli dan mula merasai ayam penyet.

SUBHANALLAH… sedang dalam keasyikan makan tersebut, aku tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat sangat mula memenuhi ruang mulutku dari semua arah. Mataku mulai berair. Tanpa dapat dikawal, air mataku sudah banyak berguguran dari kelopaknya. MASYA ALLAH…

aku menangis kerana makan ayam penyet

Sungguh luar biasa pedas sambalnya. Serasa ada asap yang keluar dari mulutku. Seperti seekor naga yang mengeluarkan api dari rahang dan menghembus keluar segenap haba kepanasan yang mencengkam. Sengatan rasa ditambah lagi  oleh sayur pecel. Kehangatan dalam mulutku bertambah dua kali ganda. Alaaah..semua masakan pedas2 belaka termasuk sup ekor. Mataku terkelip-kelip menahan kepedasan yang sampai ke ulu hati.


Dalam sekelip mata, jus epal yang ku pesan, habis diminum. Kini air teh panas Indonesia masih belum disentuh. Aku pasti jika aku mimun teh ini, kepanasannya semakin tajam dan aku tiada pilihan.  Aku nekad meneguk teh panas  tersebut bersama Ayam Penyet  yang sangat luar biasa rasa sambalnya. Aku tahan segala kepedasan yang menggoda, hanya semata-mata mahu menghabiskan Ayam Penyet yang sedap itu.

Kami makan sambil ketawa kerana tidak menyangka kebanyakan makanan di Restoran Ayam Penyet, makanan tradisional Indonesia ini  pedas rasanya. Bagiku, AYAM PENYET inilah yang mampu membuat aku menangis ketika makan. Pengalaman yang tentunya tidak pernah aku lupakan dari ingatan.

IMPAK dari kejadian itu, aku  mengambil inisiatif membuat ayam goreng dan dipenyetkan dengan lesung batu… hehehe.  Tapi tidak pedas kerana semata-mata ayam goreng kunyit atau ayam goreng madu. Alhamdulillah, aku tetap dapat merasai ayam penyet. Tentu sekali tidak akan membuat aku menangis lagi. 😀 😀

Semalam, 8 April 2011-Jumaat, aku memasak 15 ketul sayap ayam (chicken wing) goreng kunyit yang kemudian dipenyet dengan cara  ditumbuk dengan lesung batu oleh wiraku, Akram 9 tahun yang sudah tidak sabar untuk makan ayam penyet panas tersebut.

Kunyit dan tepung kunyit


(foto  dan masakan ini khusus untuk Wits yang ingin tahu apa itu ayam goreng kunyit.)

nota tambah: 9 April 2011 – Sabtu, 12.56 petang



SalamFatima3SalamFatima

6 April 2011 (Khamis)/ 2 Jamadil Awwal 1432H/ 10.01 malam- SARIKEI, SARAWAK


Aku… menyukai cabaran dalam kepelbagaiaan rentak kehidupan. Bagiku, cabaran menjadikan manusia lebih intelektual dan selalu bersedia untuk menghadapinya. Bangkitlah dari segala keresahan yang cuba membunuh kekuatan jiwa. Jangan takut menghadapi kegagalan. Jangan mudah menyerah kalah kepada kemalasan. Berfikiran optimis akan mengarak awan keyakinan untuk melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk berjaya. Duka cita adalah musuh kebahagiaan. Aku selalu gagal tetapi aku selalu bangkit semula dari kegagalan itu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

DUNIA INI UNTUK ORANG BERTENAGA

94 thoughts on “CT54. AYAM PENYET

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Setuju… sampai kini saya selalu ingin makan ayam penyet. Sambalnya sungguh mengujakan.

      Walau tidak menyukai rasa pedas yang keterlaluan pedasnya, tetapi sangat teruja mahu memakan sambalnya.

      Saya lebih suka pedas lada hitam daripada pedas cabik/cili. 😀

      Terima kasih Achoey.
      Salam mesra selalu. 😀

  1. Nikmatnya berbuka puasa setelah berpayah-payah mencari tempat makan ya Kak. Ayam penyet beserta sambalnya paling sedap disantap bersama nasi hangat.
    Salam hangat kak

    • Hai mbak Monda…

      Subhanallah, tidak terbilang gembira dan bahagianya mbak apabila jumpa kedai makan. Ingatkan, kami berbuka dengan air dan kuih yang dibeli aja. Alhamdulillah, semua itu nikmat Allah buat hamba-Nya yang berpuasa.

      Hehehe… ayam penyet dimakan dengan sambal pedas dan nasi hangat sungguh membangkitkan selera. Tambah lagi bisa membuat tangisan. 😀

      Terima kasih mbak.
      Salam hangat kembali. 😀

  2. Assalamu’alaikum Bunda.
    Bun.. sebelumnya saya merasa bangga ternyata masakan tradisional orang Indonesia semacam ayam penyet sudah go international.bila dibandingkan dengan ukuran restoran di Indonesia harganya lebih murah di Malaysia
    ngomong2 tentang ayam penyet tak terbayangkan pedasnya, seumur-umur saya blm pernah merasakannya.karena saya lebih suka makan ayam goreng seperti kesukaan upin-ipin he.he

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Martho…

      Hehehe… kok belum pernah rasa ayam penyet ya Kang. Wah… saya malah sudah. Penyet aja ayam gorengnya tu. Sesudah itu, bubuh sambal belacan. Sungguh enak sekali.

      Salut ya… ayam penyet sudah memasuki pasaran antarabangsa. Malah sekarang, banyak kedai Melayu meletakkan menu ayam penyet. Sebagai orang yang pernah merasai ayam penyet Indonesia, rasa dan hidangannya sangat berbeda. Ternyata ayam penyet Indonesia lebih lazat dan enak.

      Terima kasih sudah hadir menyapa. Saya senang dengan kunjungan sahabat guru. Salam mesra selalu. 😀

  3. assalamualaikum ct fatimah..

    pertama kali saya makan ayam penyet sewaktu berkunjung ke brunei tiga tahun lalu. kalau di kuala lumpur/ selangor makanan ayam penyet ini banyak terdapat di kedai makan/restoran milik orang indonesia.. rasanya memang sedappp!! tapi sambalnya tak la terlalu pedas.. kalau pedas sangat tu… nak membunuh namanya.. hehe

    salam dari saya..
    tiara

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Wah… ayam penyet ini sampai ke Brunei juga ya. Betul2 sudah jadi makanan antarabangsa. Tulisan di atas adalah pengalaman pertama saya makan ayam penyet. Sudah tiga kali saya makan di restoran ayam penyet tersebut.

      Semua menunya sangat sedap. paling saya suka ialah sup sayur asam, sangat enak. Didalamnya ada buah jagung dan menjadikan rasa sup sayur itu manis.

      Hehehe… memang membunuh namanya. Pedas sangat2 sehingga keluar air mata. Orang lain sehingga menjilat jari. Saya sebaliknya. 😀

      Terima kasih Tiara untuk kunjungannya.
      Salam kenal dan salam mesra.

  4. Assalamu alaikum bunda,

    Wah, ternyata di sana ada juga ya Ayam Penyet.
    Memang pedas luar biasa sambalnya. Saya juga sering tak tahan dengan pedasnya masakan ayam penyet ini, tapi pasti tetap di coba sesekali tiap bulan. Rasanya seru banget!
    Tapi bagi yang punya penyakit magh sebaiknya tidak makan ayam penyet ini, bisa membuat lambung terluka karena pedasnya.. hihi.. 😀

    Tulisan bunda bikin saya lapar! 😀
    Salam hangat dari medan..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Masyhury…

      Sekarang sudah banyak restoran yang menghidang menu ayam penyet. Bukan lagi oleh orang Indonesia malah sudah merebak kepada orang Malaysia sendiri.

      Di Sarikei juga, dalam dua bulan ini sudah muncul menu ayam penyet di kedai2 makan. saya jadi tersenyum melihat menu tersebut. Cuma rasanya tidak sama. Saya lebih menyukai aroma ayam penyet Indonesia.

      Silakan makan ayam penyetnya nanti, kalau sudah lapar…hehehe. Pedasnya sehingga mengalir air mata.

      Salam ceria selalu. 😀

  5. pkbr bunda?udah lama tak ke sini, sekali mampir postingnya ttg ayam penyet. wah, ayam penyet emg enak bunda, aku paling suka, ada lagi udang penyet, enak juga bun:)
    eh, bunda di atas aku ngeliat bunda nulis ‘ayam kunyit’ sm ‘ayam madu’. aku jd penasaran pengen coba. boleh minta resepnya bun?makasih sblmnya

    salam:)

    • Hai Wits comel…

      Alhamdulillah, bunda sehat dan baik2 aja. Tidak mengapa Wits. hadirlah saat mahu hadir dan rindu sama bunda. 😀

      Hmm.. laper nih kalau sebut udangnya. Bunda sangat suka makan udang. Setiap minggu makan udang. harap tidak kena kolestrol.. hehehe. nanti dicoba udang penyetnya.

      Ok. ini resep ayam kunyit. paling senang dalam dunia. Ipin dan upin suka makan ayam goreng kunyit ini… hehee.

      AYAM GORENG KUNYIT

      2 ketul paha ayam (terpulang banyak mana)
      tepung kunyit (1 sudu besar)
      garam secukup rasa.

      ****Gaul semua bahan hingga sebati dan goreng dengan api sederhana sehingga kuning keemasan/masak. Kalau mahu dipenyetkan, ambil lesung batu dan tumbukkan paha ayam goreng itu semasa masih panas. isinya sangat lembut sekali. ****

      AYAM GORENG MADU

      2 ketul paha ayam (terpulang banyak mana)
      1 sudu besar madu lebah
      1/2 sudu kecil gula putih
      5 sudu besar kicap manis
      2 sudu besar kicap masin
      garam secukup rasa

      ****Gaul semua bahan hingga sebati, perapkan selama 10 minit biar serap. Kemudian goreng dengan api sederhana sehingga kuning keemasan/masak. Kalau mahu dipenyetkan, ambil lesung batu dan tumbukkan paha ayam goreng itu semasa masih panas. isinya sangat lembut sekali. ****

      Sambalnya buat sendiri ya… 😀

      Selamat mencoba Wits. Juga teman2 yang mahu merasainya. Enak sekali. 😀

      Salam sayang dari bunda. 😀

      • makasih bunda udah berkenan membagi resepnya, insyaallah nati aku coba, pengen tau masakan malaysia itu seperti apa, dan kira2 aku selidah gak?hehehe..

        oya, krn bhsnya agak beda, aku mau nanya bun, ketul itu apa? terus sudu itu samakah dengan sendok makan? trus, klo tepung kunyit itu seperti apa, itu dijual kemasan di supermarket ya bun, merknya apa?aduh..jd kebanyakan nanya bunda, maaf ya agak merepotkan, maklum jd semangat pengen nyoba ini resep nanti. smg berkenan menjawabnya. makasih bun sblmnya..:)

        oya, mslh komentar bunda di blogku, nyangkut kok, malah dua-duanya muncul. gak perlu kecewa, senyum dong, hehehe.. makasih bunda udah mampir+komen, smg bisa terus saling berkunjung dan berbagi. mudah2an tak jenuh ya sm aku, ..

        salam sayang buat bunda fatimah yg baik hatinya 🙂

        • Subhanallah.. bunda lupa bahasa kita berbeda Wits.. hahaha. Pusing nih mahu translatenya.

          Begini aja ya. seketul itu maksudnya satu. Ketul itu adalah penjodoh bilangan kepada paha ayam (chicken thigh). Sama seperti sebuah kereta. Hehehe, harap faham Wits. Untuk ayam itu, boleh guna, mana bahagian badan ayam lho. Potong ikut suka.

          Sudu makan (table spoon) Wits. Bukan senduk makan (spoon feeding). Kalau di Malaysia senduk itu gunanya untuk lauk. Bunda fikir kalau di Indonesia maksud sudu makan itu adalah senduk makan. 😀

          Tepung kunyit (Turmeric powder) itukan yang biasa digunakan kalau mahu menggoreng ikan, Wits. Harap bisa dicoba ya. nanti bilang sama bunda kalau sudah melakukannya.

          Alhamdulillah, ternyata bunda bisa menitip komentar di blog Wits. Mudahan akan selalu ke sana lagi untuk berkomentar.

          Salam sayang dan semoga berhasil Wits comel. 😀

          *** ada foto sayap ayam goreng kunyit yang dipenyetkan untukmu Wits, atas sana. 😀
          Harap kenyang menyantapnya dengan mata.. hehee. Alhamdulillah.

          • bunda..aku jd ngiler, hehehe, pengen.anak bunda rajin sekali mo bantu2 masak.
            makasih y bun, jd terharu itu gambar spesial buatku:)
            sekali lg makasih.

            maaf bun, aku msh bingung dg kata sudu, jd beda ya antara sudu makan dengan senduk makan? klo di indonesia sendok makan itu ya sendok yg biasa digunakan untuk makan. wah, berarti klo di malaysia ada beda antara spoon untuk lauk dengan spoon untuk makan ya bun?yg beda apanya, ukurannya?atau bentuknya??

            klo di indonesia, kita goreng ikan biasa aja gak pake tepung kunyit. artinya di malaysia ada khusus tepung kunyit yg di jual di pasaran ya bun?atau kita racik sendiri itu tepung kunyit?boleh tau gmn racikannya?

            aduh..jd kebanyakan nanya bunda fatimah, maaf ya agak merepotkan:)

            tapi, aku jadi semakin menyadari bahwa setiap negara itu unik ya bun, meski satu rumpun, tp tetep ada kekhasan tersendiri. ini baru skala asia tenggara, dan baru pada hal-hal kecil seperti ini, apalagi skala dunia dengan berbagai sisi kehidupan, pasti variatif sekali. Subhanallah. Allah memang Maha Besar, tiada ILAH melainkan atas izin-Nya. Allahuakbar!!!

            salam bunda fatimah:)

            • Tidak mengapa Wits, bertanyalah untuk lebih faham dan lebih jelas. malu bertanya bisa sesat jalan kan. Bertanya itu menambahkan ilmu. Bunda senang menjawab sekadar yang mampu. 😀

              Iya, sudu makan adalah sudu untuk makan. Manakala senduk pula untuk lauk. Hehehe… pusing nih mahu menjelaskannya. Mudahan difahami beda keduanya kerana sudah bunda tulis dalam bahasa Inggeris untuk lebih menampakkan perbedaan tersebut.

              Subhanallah… masa kan Wits tidak kenal lho dengan tepung kunyit. Bukankah di Indoensia juga menggunakan tepung kunyit dalam masakan. :D.

              Sekarang penggunaan buah kunyit masih lagi diguna dalam masakan bagi masyarakat Malaysia. Tetapi pilihan masa kini lebih kepada penggunaan tepung kunyit yang diproses dari kunyit hidup yang sudah dikeringkan. Lalu kunyit kering itu dikisar bersama bahan2 lain.

              Ok Wits, di atas bunda sertakan lagi foto kunyit dan tepung kunyit khusus untukmu. Harap dapat menjelaskan persoalan Wits tersebut.

              Benar Wits, bunda juga mendapat banyak pengetahuan tentang kuliner di Indonesia melalui pelayaran bunda di maya Indoensia. Banyak makanan yang bunda tidak tahu sebelum ini. Informasi kuliner yang menarik kalau berwisata ke sana nanti.

              Selamat menjamu selera dengan ayam goreng kunyitnya. Salam manis dari bunda. 😀

    • Hahaha… iya mbak. Sehingga menangis. 😀
      memang sangat menderita makan sambil menangis dan diketawakan.. hehehe.

      Subhanallah, kalau di Malaysia buntut itu punggung mbak. Lain ya maksud bahasa kita. Kalau ekor lembu , memang dagingnya dari ekor lembu yang panjang itu lho… hehehe. seru banget enaknya mbak. Coba nanti, kalau mbak ke Malaysia, makanlah sup ekor lembu.

      Terima kasih mbak, senang menerima kunjungan yang selalu bersahabat.

      Salam sayang selalu.

  6. Assalaamu’alaikum bunda CikGu…

    hmmm… betapa nikmatnya menyantap ayam penyet [apa tuch artinya ayam penyet?…]

    btw, bunda sebenarnya komodo saya udah ganti baru lho tadi pagi… cuma baru dientry sekarang di halaman depan. tadinya mo diumpetin, tapi karena bunda yang minta, ya…. apa sich yg ngga buat bunda?… yg penting bunda senang, saya pun senang 😀 hehehe….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Argun…

      Subhanallah walhamdulillah.
      Senang mengetahui sarana saya dihargai oleh mas Argun. Hehehe… terima kasih ya. Semoga mendapat kebaikan dari Allah dan sukses dalam kontesnya nanti. 😀

      Bukan apa mas, saya liat sudah lama sangat foto komodo yang sedia ada itu menghiasi laman komodo. Lalu untuk menarik perhatian agar selalu mampir ke blog Argun, haruslah ditukar2 fotonya. Kan hanya itu aja tulisan yang dipaparkan.

      Oh ya.. ayam penyet itu adalah ayam yang dipenyetkan dagingnya setelah digoreng. Sangat enak sekali. Masak tidak pernah merasainya Argun. Kan ayam penyet asalnya dari Indonesia ?

      Salam mesra selalu.

  7. assalamu’alaikum…ummmm..sedapnye….

    *ayam jawa penyet dua porsi, gulai kambing 1 porsi, trus minumnya jus gueva 4 gelas….tuk makan ama ummi….^

    ummi ni, posting menu makanan..bikin lapar perut ni…
    ayam penyet, menu kesukaan uvi…mi’, tapi, klo umi bagi ayam penyet dari malay to endon, pasti busuklah umm…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Uvi…

      Subhanallah, kok banyak banget ordernya Vi. Umi tidak makan banyak lho. Mahu jaga kesihatan biar tetap segar dalam usia matang ini… hehehe.

      Umi tidak mahu jus guavalah, Umi mahu jus epal hijau atau jus carrot. Tukar ordernya ya. lain kali inget apa minuman kesukaan Umi. Senang dapat makan sama anak soleh Umi nih. Kita ajak Neni sekali ya. Umi senang kalau Neni ikut serta. 😀

      Iya, nanti kalau Umi jumpa Uvi, Umi akan masak ayam penyet khusus untuk Uvi nanti. Mudahan akan ada waktunya jika diizinkan Allah.

      Belajar rajin2 Vi. Biar pinter macam Umi. Terima kasih sudah muncul lagi di maya Umi ini. Jangan hilang lagi ya. Susah Umi mahu cari di Solo sana.

      Salam mesra dari Umi. 😀

  8. Assalamu’alaikum bunda,,,,
    untung saya kesininya hari ini, bukan kemaren hari kamis,,, sebab kalau seandenya saja saya kemaren datang dan baca ini, bisa makruh ni puasa saya…. hhehehe

    Jadi laper lagi bunda,,, ngebayangin makannya di tengah2 sawah, pake cowelan timun or tomat yg langsung metik….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Suasana makan yang nyaman, di tengah sawah dan sayur segar yang langsung petik.

      Hmmm…. teringat masa kecil2 dulu makan ikan masin goreng dengan nasi putih aja bersama almarhum datuk dan nenek juga kedua orang tua di tengah sawah yang sedang mengguning padinya. Masa itu musim menuai padi. Semuanya hanya tinggal kenangan.

      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam ceria dan selamat berlibur.

  9. Assalamualaikum Bunda..

    lama tak berkunjung sekedar meninggalkan jejak disini 🙂

    Di Yogyakarta, berjamuran warung makan ayam penyet, bahkan tak hanya ayam, ada lele, tempe, tahu, puyuh….banyakkk Bunda 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mila…

      Tidak apa-apa Mila, kunjungilah dalam waktu yang ada pada Mila. 😀 Bunda senang disapa Mila.

      Hehehe… tentu sukar memilih warung yang menyaji ayam penyet paling enak kan atau jenis makanan penyet yang lain. Mudahan bunda bisa menikmati sajian makanan penyet di Indonesia suatu hari nanti.

      Terima kasih masih ingat sama bunda.
      Salam sayang dari bunda selalu. 😀

  10. Saya juga baca salah satu artikel di berita harian yang menuliskan bahwa ayam penyet ini sekarang menjadi semacam fenomena di Serawak dan Kuching. Sampai sebegitunyakah fenomena tsb bu?

    Makanan padang ataupun jawa memang banyak tersebar di berbagai tempat di Indonesia. Heran juga kenapa ya makanan khas daratan borneo (dalam hal ini kalimantan) tidak terlalu dikenal masyarakat. Padahal rasanya tidak kalah hebat lho dengan masakan padang atau ayam penyet.

    Selain ayam penyet, ada juga ayam gepuk. Mirip2 saja sih antara keduanya tapi bumbu ayam gepuk biasanya adalah cabai hijau besar yang ditumbuk halus. Sementara untuk ayam kunyit saya sudah sering merasakannya. Tetapi kalau ayam madu belum pernah. Rasanya gimana ya ayam dicampur dengan madu. Jadi penasaran nih.

    Oh ya, sup sayur asam yang ibu pernah coba itu di Indonesia dikenal dengan nama Sayur Asam Jakarta. Biasanya didalamnya terdapat jagung manis, potongan daging, kacang dan daun melinjo.

    Itu saja bu kuliner yang bisa saya sharing. Terima kasih dan salam persahabatan dari Samarinda, Kalimantan Timur

    • Hai Ifan Jayadi…

      Iya, benar sekali apa yang dibaca Ifan. Ayam penyet mula dikenali di Sarawak, akhir tahun 2010 dan kini semakin mula berkembang hingga ke warung makanan kecil-kecilan. Saya terkejut juga melihatnya. Satu perkembangan yang bagus bahawa ayam penyet asli Indonesia sudah jauh merantaunya. 😀 Salut buat Indoensia.

      Ayam gebuk ? Maksud gebuk itu apa ya ?
      Silakan coba untuk membuat sendiri ayam goreng madu. Saya sudah sediakan resepnya di atas. Sangat sedap kalau dimakan dengan nasi ayam. Nasi ayam tahukan ?

      Subhanallah, sayur asam itu memang sangat enak. Saya sangat suka aroma dan kemanisannya kerana adanya jagung manis. Iya ada juga kacang. Pertama kali saya makan sayur bersama kacang putih (kalau di sini namanya kacang hong kong). Di sana bukan guna daun melinjo tetapi daun kobis (cabbage). Tidak ada daging. Semata2 hanya sayur aja.

      Alhamdulillah, walau tidak berkuliner di negara asalnya, dapat merasai makanan dari sana pun sudah memberi kepuasan kepada saya.

      Terima kasih Ifan untuk kongsian bersama tentang kuliner ini. Salam mesra dan selamat berlibur di penghujung pekan. 😀

    • Hai Ari…

      Saya jadi heran kalau tempe juga dipenyetkan. Apa tidak hancur ya. Saya suka makan tempe yang sudah diugoreng dengan sambal belacan lalu ditaruh kacang goreng dan ikan bilis. Hmmm… sedap dimakan sebagai snack semasa menonton televisi.

      Rata-rata orang Indonesia emangnya suka makanan yang pedas2 ya ? Apa yang dinikmati dalam kepedasan itu Ari ? Kerana saya tidak merasai nikmat pedas iru melainkan nikmat menangis… hehehe. 😀

      Salam ceria.

        • Hmm.. kok pedas bisa bikin ghairah makan ya. Saya jadi pusing mikirin hal ini. Patutlah banyak makanan pedas di Restoran Ayam Penyet tersebut. Bunda suka pedas lada bukan pedas cabik/cili. 😀

          Ternyata selera manusia dipelbagaikan Allah. Manis, pedas, masam, masin dan banyak lagi. Subhanallah.

          • hehehe…kalo semua manusia suka manis, tentu tidak akan ada penjual makanan selain yang manis-manis.
            Bunda, pedas itu bisa memperlancar peredarah darah, dan saya pernah membaca beberapa artikel tentang manfaat dari cabai..
            Tapi, over all..saya memang suka pedas, rasanya ada yang kurang jikalau tidak merasakan pedas. Baik itu pedas dari cabai maupun pedas rasa lada. :mrgreen:

  11. Setahun jumialely [dot] com, dengan penuh penghargaan saya ucapkan Terima Kasih karena sahabat sudah pernah Menorehkan jejak cinta di rumah maya saya. I love You

    • Hai mbak Jumialely…

      Selamat ULTAH Pertama buat blog mbak. Tidak terasa sudah 1 tahun ya mbak. Semoga semakin sukses dalam penulisannya. Ternyata dunia maya punya keistimewaan tersendiri dalam meraikan kebersamaan kita.

      Terima kasih untuk kunjungan dan makluman untuk meraikan hari kegembiraan untuk blog mbak. Semoga bahagia selalu.

      Salam sayang kembali dari saya. 😀

  12. Salam. Dalam hidup ni belum pernah lagi mencuba Ayam Penyet. Tapi bila singgah di blog ni nampak gayanya rasanya menawan selera yang tertutup. Banyak dah sekarang ni restoran ayam penyet. Di Kuching pun saya tengok ada, belakang pejabat MARA. Ada peluang akan cuba juga.

    • Hai Long…
      Lama tidak bersapa di maya pada ini. Senang menerima kunjungan Along. Didoakan sihat dan bahagia selalu dengan bisnis pendidikan yang dikendali kini. Semoga berjaya dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

      Silakan Long, alamat di Bangi tu, akak dah tulis di atas. Cubalah rasa dan nikmati kepedasan ayam penyet Indoensia ini.

      Terima kasih atas kunjungan. Maaf telah lama tidak berkunjung ke blog Along. Insya Allah akan diusahakan. 😀

      Salam mesra selalu.

  13. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Subhanallah…., nikmat sekali ya, Bunda, apalagi di samping ayam itu tampak ada tempe dan tahunya. Hmmm…., sambalnya sepertinya juga mantap…. Jadi ingin makan nih, Bunda. Kita jadi teringat nih, kalau malam di Jogja ingin makan luar, makanan lauk penyet ini menjadi salah satu pilihan. Kadang memilih lele penyet, sayur asam, dan sambal tomat campur terasi. Wuah…wuah… pedas dan nikmat. Alhamdulillah….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Subhanallah, kok bicara mas Amazzet tentang kuliner di atas bikin saya jadi lapar pula. Untungnya hari ini saya masak resep Laksa Sarawak yang hanya didapati di Sarawak sahaja.

      Alhamdulillah, nikmat makanan yang dikurnia oleh Allah untuk kita dapat merasai kepelbagaiaan rasanya. Ramai yang suka pedas ya. Enak dan nikmat. Saya sampai geleng kepala melihat orang makan pedas sedangkan wajahnya relaks sahaja. Kok saya sampai menangis.. hehehe.

      Terima kasih mas untuk kunjungannya.
      Semoga sukses selalu.

  14. Selamat siang mbak Sti Fatimah,

    Kali ini artikel di webctfatimah sungguh2…….. menggugah nafsu saya!! Nafsu makan yang menyisakan bekas yang tidak terhapuskan di sisa2 hidup saya. Sembilan tahun yll saya baru menyadari ternyata sikap saya sebelumnya memang tidak benar dan tidak terkendali.

    Kata orang mencintai hidup itu berarti mencintai makan! Boleh saja. kalau menyukai makan maksudnya punya selera makan tinggi itu bagus! Yang tidak bagus ialah memiliki nafsu makan yang tinggi. Ini Eyangkung sebagai saksi hidup. Ha, ha, haaaa.

    Untuk saya makanan yang bagi orang kebanyakan dirasa enak untuk saya juga enak!! Jenis masakan ayam untuk selera saya bisa semua masuk: ayam penyet, ayam tim, ayam bakar Klaten, wah…… nyus!!!! Sup buntut sapi? Sangat menggoda. Kepiting asam manis, cumi2 saus tiram……… wah,sate kerang semua tinggal kenangan.
    Selamat meknimati hidangan. Hanya jangan lupa nasihat: “Jangan ingin akan makanannnya yang lezat, itu adalah hidangan yang menipu”. Dan saya memang sudah tertipu….. Haiyaaaaaa

    Salam blogger

    (mbak Siti seminggu yll saya kirim email, sudah dibuka?

    • Selamat siang Eyang yang dihormati…

      Alhamdulillah, ternyata masih ramai yang bernafsu hidup untuk makan… hehehe. Mudahan akan selalu sehat dan makan makanan berkhasiat setelah kelanjuran masa lalu yang tentunya menjadi pengajaran yang tidak terlupakan.

      Saya bisa mengambil iktibar dengan tipuan hidangan yang lazatnya hanya di lidah sahaja dan puncak kelazatan itu berakhir setelah melalui kerongkongan. Hmm.. nikmat sementara yang banyak membunuh kesihatan manusia jika tidak dikawal baik.

      Wah… makanan Eyang masa lalu banyak mengandungi lemak, kolestrol dan protein tinggi. Impak yang besar tentu diterima setelah bertahun2 kemudian. Wah.. sate kerang. pertama kali saya dengar Eyang. Saya tidak pernah merasai sate kerang. Saya sangat suka makan kerang terutama kerang rebus. kerang bakar kurang menepati selera saya kerana isinya terlalu kering kesan bakaran.

      Jika tidak menjaga kesihatan dari muda pasti masa lanjut usia bisa menerima akibatnya kan Eyang. Pengalaman Eyang cukup mengesankan saya. Didoakan Eyang bisa sehat dalam kondisi yang dikurniakan Allah. Untung masih hidup kan Eyang. Alhamdulillah.

      Terima kasih Eyang untuk kunjungan ke sekian kalinya. Email Eyang sudah saya baca dan akan dimaklumkan dalam beberapa waktu terluang nanti. 😀

      Salam mesra dan selamat berlibur.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray sayang…

      Hehehe… menangispun satu nikmat Fit.
      Jarang dapat makan sambil menangis. Selalunya kita senyum dan ketawa semasa makan. Bukankah pedas membawa impak yang berbeza. 😀

      Salam manis selalu.

  15. jadi laper nih ….. heeeeee
    bunda cinta juga masakan indonesia yach?
    terima kasih udah cinta masakan kami 🙂
    …………
    oh iya mohon doa insyaallah dik fika senin ke RS Surabaya untuk berobat, semoga lancar. amiin

    • Hai Bachree…

      Sekali sekala merasai makanan luar negara memberi satu kelainan dalam menikmati kuliner yang mengasyikkan. Setelah beberapa kali mencuba, ternyata masakan Indoensia juga berbobot enaknya.

      Alhamdulillah, senang mendapat khabar tentang dik Fika. Semoga operasi pembedahan atasnya akan berhasil. Kita berdoa untuk keberhasilan itu.

      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam ceria selalu. 😀

  16. assalamu’alaikum bu 😀
    kok yo pass banget ya saya main kesini dipagi hari jam 03:00 pagi. perut keroncongan , mata setengah sepet.
    😀 dikit jadi berkhayal tentang makanan ini 😀
    cuma mau beli dimana sepagi ini.alhasil beli nasi goreng dech 😀 allhamdulillah kenyang & siap ngeronda ke komplek blogger lainnya 😀

    salam sejahterah selalu bu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Andipeace…

      Hehehe… bacanya pagi dini, mana ada warung ayam penyet buka lagi Andi. Syukurlah dapat nasi goreng, kok tidak dipenyet aja nasi gorengnya. Pasti enak lho. 😀

      Terima kasih atas sapaan Andi.
      Salam mesra di penghujung pekan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Argun…

      Silakan menatap menu dan makanan yang disajikan. Harap bisa mengenyangkan perut yang lapar. :D.

      Terima kasih kembali mas Argun.
      Silakan.

      Salam ceria selalu.

    • Hai MbahJiwo…

      Senang mendapat kunjungan mbah yang sudah lama tidak bersapa kemari. Didoakan sehat hendaknya.

      Iya mbah, cerita kuliner semuanya membuat keinginan untuk makan memuncak dan perut otomatis jadi lapar.

      Salam mesra selalu.

  17. Salam alaikum, Mbak Fatimah..
    Waduh, benar kata Eyangkung… saya juga jadi ikutan “menetes air liur” karena laparrrr… *siang-siang begini belum sempat makan saya.. 😛

    Apalagi rasanya pedas,..saya suka pedas.. lauk tanpa sambal rasanya hambar ..hehehhe…

    Btw, saya jadi ingin tahu, yang khas di malaysia, biasanya ayam diracik seperti apa? dan apa namanya?

    Makanan asing yang pernah makan, bubur pedas-nya Melayu Pontianak.. tapi tidak ada ayamnya… 😀

    Duh…Mbak..lapar benerannnnnnnnnn!! >.<'

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Muxlimo…

      Hehehe, rasa bersalah juga membuat rame orang jadi lapar. Tapi gembira kerana dapat membangkit semangat mahu makan yang tentunya bukan senang dilakukan dengan hanya mengkhayal melalui bicara biasa. Pedas memang satu nikmat ya mas..hehehe, saya sampai menangis pula.

      Kalau di Malaysia, saya sarankan merasai ayam percik. Ayam yang dipanggang dan dipercik dengan kuah santan pekat yang sangat lazat rasanya. Asal ayam percik ini dari negeri Kelantan.

      Bubur pedas itu juga asal makanan tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Bubur ini tidak pedas kecuali dimasak bersama cabai pedas sahaja. Bumbu utamanya adalah nasi hancur yang dicampur dengan pelbagai rempah. Biasanya bubur pedas muncul pada bulan puasa sahaja. Pelbagai sayur dan daging boleh dicamnpurkan dalam masakan ini.

      Selamat makan mas. Silakan kalau sudah lapar. Jangan ditahan lho.

      Terima kasih untuk kunjungan yang selalu dialukan.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Salam hormat penuh takzim buat Tuan Ersis Warmansyah Abbas…

      Senang menerima kunjungan dari Tuan Ersis. Didoakan sehat dan sukses dengan kajiannya.

      Ayam penyet ternyata sudah jadi masakan internasional yang boleh didapati di mana-mana di bumi Nusantara ini. Salut buat Indoensia.

      Terima kasih kerana masih berkesempatan untuk mengunjungi saya walau sedang sibuk. 😀

      Salam mesra selalu. 😀

  18. Assalamu alaikum kak gimana kabarnya? barusan saya lagi buka email, trus saya lihat ada postingan terbarunya kakak disana,trus saya klik alamat situsnya.
    Lagi ngebahas ayam penyet ya kak,jika di lihat foto-foto makanannya, kok saya jadi lapar ya kak, pengen makan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Darman…

      Alhamdulillah, saya sehat dan didoakan Darman juga demikian. Subhanallah, apakah Rahman subscribe blog saya ya. Lalu ada kiriman ke email Rahman. Saya baru tahu kerana rasanya ini pertama kali Rahman menitip komen ke blog saya atau pernah. Mungkin saya lupa, maaf ya.

      Terima kasih atas kunjungan dan kesudian Rahman menjengok melalui alamat situs di email. Mudahan sudi betah lagi singgah untuk berkongsi hikmah di sini.

      hehehe… iya, masih lagi tentang ayam penyet. Silakan menjamu dengan mata. Insya Allah dalam waktu terdekat nanti akan ada posting baru. Harap sudi singgah lagi.

      Salam kenal dan ceria selalu. 😀

  19. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Tulisan Bunda Fatimah Ahmad ini sungguh mengingatkan saya kepada ibu tercinta di Jombang, Jawa Timur. Beliau suka sekali membuat sayur pecel. Sungguh, inilah makanan kesukaan saya semenjak kecil hingga sekarang. Di lain waktu, terutama untuk momen-momen tertentu, ibu saya juga suka memasak ayam goreng kunyit. Untuk momen tertentu ini, biasanya ibu memotong ayam sendiri (ayam kampung istilahnya). Sungguh, betapa nikmatnya. Pada saat seperti ini, saya menjadi semakin bersyukur kepada Allah Swt. karena kita masih diberi kesempatan untuk bisa menikmati anugerah-Nya. Alhamdulillahirabbil ‘alamin… Sebab, tidak sedikit orang yang karena penyakitnya tidak boleh dokter untuk memakan ini dan itu. Dengan demikian, nikmat sehat ini betapa besar nilainya. Terima kasih, Bunda, tulisan ini membuat saya semakin rindu kepada ibu saya di Jombang. Semoga pekan depan dapat berkunjung kepada beliau.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, kalau ayam penyet membawa kenangan Amazzet ke kampung yang jauh di sana. Sekurang2nya dapat juga pahala ke saya kerana membawa kerinduan seorang anak kepada ibunya… hehehe. Senang dapat mengetahui momen2 manis mas Amazzet melalui kuliner yang lazat ini.

      Iya, saya setuju bahawa kita patut bersyukur kerana diberi kurnia oleh Allah untuk menikmati makanan yang tentunya belum didapati oleh orang lain atas sebab kesehatan atau kemiskinan. Saya jadi termenung memikirkannya. Betapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita terutama sekali kesehatan.

      Didoakan mas Amazzet dan keluarga selamat mengunjungi ibu mas di kampung. Sampaikan salam hormat dan takzim saya kepada beliau. Sungguh beruntung punya anak yang mencinta dan merindui orang tuanya. Harap ada hidangan ayam kunyit mas ya.

      Terima kasih atas kunjungan yang selalu dialukan.
      Salam mesra selalu. 😀

  20. Terima Kasih BUnda Fatimah untuk kehadirannya di 1rst anniversary rumah maya saya, silahkan cinderamata diambil disana untuk dibawa pulang, salam hangat, I love You Friends sudah menceriakan hari saya.
    ———————-

    DI negeri Jiran ayam penyet juga menyemarakkan kuliner. Disebelah kantor saya juga ada ayam penyet surabaya bunda, Rasanya lezat. Semoga menikmatinya, dari gambarnya kelihatannya enak

    • Alhamdulillah, ada berita baik hari ini. Rupanya dapat cenderamata dari mbak. Dengan senang hati ke TKP dalam mkadar segera.

      Terima kasih untuk pemberian ole-ole yang mengembirakan hati. Mudahan persahabatan kita bisa terjalin lebih baik di masa depan. Senang dapat mengenali mbak Jumialely.

      Subhanallah, kok ayam penyetnya juga disandar dengan nama negeri dalam negara Indonesia ya. Apa rasanya tidak sama mbak ayam penyet Surabaya dengan ayam penyet Bandung, Bali atau Banjarmasin ? Baru tahu nih. 😀

      Salam sayang selalu. 😀

  21. Ass wr wb…selamat malam bunda siti…lama nich saya ga ngeblog..baru mampir…wah enak ya bund?

    bunda – bunda kalau dida sukanya ayam bakar…heee..hee…

    gurame bakar tinggal ambil dari kolam bund…miliknya abi….( jadi dida makan gratis )

    salam hangat buat ais

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Akhmad Fauzi…

      Selamat siang. Tidak apa, hadirlah tika waktu luang bersahabat. Mudahan silaturahminya tetap terjalin baik.

      Wah… kok makanan kesukaan Dida sama dengan bunda. Bunda juga suka makan ayam bakar yang dilumuri lada dan madu. Rasanya pedas dan aromanya sangat menggugah selera. Tapi tidak pernah dapat makan gratis. 😀

      Terima kasih ya sudah menyapa walau selalu sibuk.
      Salam hangat kembali buat Dida dari bunda dan Ieesyah. 😀

  22. alhamdulillah akhirnya bisa berbuka pula bunda 🙂
    nikmatnya ayam penyet itu ya, jadi lapar juga tika baca tulisan bunda 😀

    ok bunda, semangat! do the best.. 😉

    • Iya, alhamdulillah.
      Demikianlah jika Allah menghendaki sesuatu buat hamba-Nya. Serasa disayangi Allah ketika itu. Dapat lagi makan ayam penyet Indoensia. Bukankah itu nikmat terbesar buat saya yang belum merasai ayam penyet Bandung… hehehe Serasa berada di Indoensia pula masuk ke restoran tersebut. 😀

      Terima kasih Muhamad untuk kibaran semangatnya dan kunjungan yang rasanya sedekad.. hehehe, tidak bersapa. Ini kunjungan pertama Muhammad di blog baru saya. Semoga betah kemari lagi.

      Salam mesra selalu. 😀

  23. Assalamualaikum bunda…
    Wah..ternyata Bunda mpenggemar makanan Indonesia juga ya…??
    Saya bayangkan saat Bunda menikmati Ayam penyet , sampai akhirnbya kepedasan dan keluar air mata…hehe…
    Semoga Bunda tidak kapok dan mencoba masakan Indonesia yang lain lagi…..

    Salam mesra from west java

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Cahyo…

      Senang mendapat kunjungan yang selalu dialu-alukan.
      Boleh tahan juga mas makanan Indoensia. Sudah banyak yang saya rasai. Kebanyakannya pedas2 ya. Tapi tetap juga makan kerana keenakannya berbeza. Selalu aja jadi sedih kalau makan makanan pedas ini. 😀

      Saya paling suka makan sup sayur asam kerana ada buah jagung manis di dalamnya. Mudahan saya bisa merasai pelbagai makanan Indonesia di negara Indoensia.

      Salam mesra kembali dari saya.

    • Iya Kang Ian, memang ada Restoran Indonesia di Malaysia. Cuma di Bangi, itu pertama kali saya liat dan dinyatakan oleh pekerja bahawa restoran Ayam Penyet tersebut baru sebulan dibuka.

      Alhamdulillah, sekurang2nya saya sudah merasai banyak makanan Indonesia. 😀

      Terima kasih sudi menyaji mata dengan ayam penyet.
      Salam mesra selalu.

  24. Assalamu’alaikum . bunda. saya ingin bersilaturahmi nih ke blog bunda, saya tahu blog bunda dari blognya mas choirul umy. Lam kenal ya bund, kalau ukuran mahasiswa kaya saya, sih biasanya makan tempe penyet bund. hehehehe

    • Subhanallah.. kok lupa adanya Ibnu Syarif di sini. 😀
      Maaf ya. Baru membalas komentarnya.

      Salam kenal dan senang mendapat bersilaturahmi dari Ibnu Syarif. Hmmm.. iya, biasanya mahasiswa kan uangnya tidak banyak. Cocok lho makan tempe penyet aja.. hehehe.

      Salam mesra. 😀

  25. MAlam Bunda…
    wah saya sudah 2 tahun ini menetap di jogja malah belum pernah makan ayam penyet, lele penyet, tempe penyet…. padahal waktu kuliah dulu itu makanan favorit…. sekarang setelah baca artikel bunda… jadi pingin ngerasain lagi yang penyet – penyet itu…. hehehhe

    Salam Damai dari Yogyakarta – Indonesia

    • Siang mas Amrih…

      Alhamdulillah, senang menerima kembali yang sudah lama tidak dikunjungi. Maaf ya, belum bisa ke blog sana. Masih mencari ruang untuk melakukan BW. Insya Allah akan berusaha.

      Subhanallah, bisa aja ya tidak makan makanan penyet yang tentunya sangat banyak di sana. 😀 Silakan mas untuk menikmati semula makanan favorit dulu.

      Terima kasih dan Salam mesra selalu. 😀

  26. Assalamu’alaikum…

    sudah sekian lama tidak ada aktifitas nge Blog dan Alhamdulillah hari ini bisa mengunjungi sahabat-sahabat bloger.

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.