CT45. RINDU ITU: MENDEKATKAN AKU PADAMU (SIRI AKHIR)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Waktu dirasakan terlalu lambat beredar. Namun masa terus berjalan tanpa mengenal noktah hentian. Kehidupan tidak pernah sunyi dari  kelahiran dan kematian. Silih berganti menurut sunnah yang telah tersimpan sejak azali. Cinta di dunia tidak pernah abadi kerana jasad dibatasi umur. Setiap yang hidup pasti akan menemui detik-detik terakhir dalam kehidupannya. Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan pergi. Cintakan Allah, cinta-Nya kekal dan abadi.

Rindu itu betul-betul menggugat hati. Kering dan kosong. Ahh.. rasa rindu itu sangat berat.  Hatinya seperti pohon yang tidak berimbun daun.  Seperti sungai yang tidak beriak air. Seperti  burung yang patah sayap. Hidupnya kini sunyi, sepi dan tidak bermaya. Setelah sekian waktu sejak kepulangan ayahandanya, Muhammad bin Abdullah ke pangkuan Kekasihnya Yang Maha Esa, Siti Fatimah Azzahra lebih suka bersendirian dan ini menyebabkan dia sering sakit. Hidupnya begitu sepi, hatinya berasa sunyi. Satu situasi yang sebelumnya tidak pernah berlaku ketika Rasulullah saw masih hidup.

Rindu itu sering mencengkam hati. Sering datang. Alirannya sepi, seperti rasa kehausan yang teramat sangat. Bayangan wajah ayahanda selalu bermain di matanya. Kini….Tiada lagi senyuman indah yang sentiasa menenangkan hati, setiap kali ayahandanya berbicara. Tiada lagi suara lembut penuh kasih sayang menegur tingkahnya , setiap kali dia mengadu perlakuan suaminya, Ali bin Abi Thalib karamullahu wajhah kepada ayahandanya.

Tiada lagi ucapan salam yang diterimanya pada setiap pagi, pada kunjungan Rasulullah saw ke rumahnya sebelum ayahandanya pergi kemana-mana destinasi atau setiap kedatangan Rasulullah saw pulang dari mana-mana urusan di luar Madinah. Rumahnya adalah tumpuan pertama yang didatangi oleh Rasulullah saw sebelum kembali ke rumahnya sendiri…Semua itu sudah berlalu. Hanya tinggal kenangan.


Saat rindu itu kembali berkunjung menyusup ke ruang hatinya…dia cuba menghiburkan diri dengan mengingatkan saat ayahandanya mengisytiharkan keluarganya sebagai AHLUL BAIT. Hal ini membuatnya senang dan terhibur. Ingatannya kembali menyusul ke masa lalu, sewaktu dia mengunjungi ayahandanya di rumah isteri baginda saw bernama Ummu Salamah dengan membawa sebuah wadah berisi makanan. Dilihatnya Rasulullah saw tengah berbaring di atas sebuah hamparan kain. Manakala isteri baginda saw, Ummu Salamah sedang mendirikan solat.

Melihat kedatangan anaknya, lalu Rasulullah saw berkata: ‘ wahai anakku, Fatimah…panggillah suamimu, Hasan dan Husain datang ke sini”. Lalu dia kembali ke rumahnya dan datang semula bersama suaminya Ali dan kedua anaknya Hasan dan Husain. Mereka makan makanan yang dibawanya tadi bersama-sama baginda saw.

Saat itu, Jibrail datang dan menyampaikan wahyu dari surah al-Ahzab(33), ayat 33:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang, berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) bermaksud hendak menghapuskan dosa-dosa yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)”.

Setelah itu, Rasulullah saw mengangkat kain yang menjadi hamparan duduknya dan menggunakan kain itu untuk menutupi tubuh Siti Fatimah, Ali, Hasan dan Husain. Baginda saw kemudian mengangkatkan tangan dan berdoa: “Ya Allah, mereka inilah “AHLUL BAIT” dan keluarga terdekatku. Hilangkan dari mereka dosa dan bersihkan mereka sebersih-bersihnya.”

Pada ketika yang lain, dia kembali tersenyum dan rasa gembira apabila terkenangkan bisikan ayahandanya saat detik-detik akhir pemergian. Teringat ia, apabila Siti Aisyah bertanya kepadanya akan bisikan Rasulullah saw tidak lama selepas kewafatan ayahandanya. Lantas dia menjawab: “ ayahanda membisikkan kepadaku bahawa ayahanda akan wafat dengan sakit yang sedang dihadapinya, lalu akupun menangis. Kemudian ayahanda membisikkan lagi kepadaku: “Setelah aku meninggal, …diantara bait-ku (keluargaku), engkaulah yang pertama akan menyusulku…” Maka aku pun ketawa.

Kini, Siti Fatimah sedang jatuh sakit dan menunggu saat pertemuan yang dijanjikan. Sekian lama rindu dengan ayahanda pujaan hatinya. Detik-detik cintanya semakin mendekat. Saat ajalnya sudah hampir. Tika menatap wajah dan merenung mata suaminya, lalu dia menggenggam erat tangan suaminya… seakan ingin berkata, “Wahai suamiku, kutunggu dirimu nanti di syurga bersama ayahanda…”, Siti Fatimah Az-Zahra kemudian menghembuskan nafasnya dipangkuan suami tercinta dalam iringan kerinduan menghadap Ilahi menemui ayahandanya seperti yang dijanjikan.

Dengan sisa-sisa tenaga yang dimiliki, bersama deraian air mata.  Ali menguburkan jasad isteri tercinta bersendirian  di tengah malam buta. Ali tidak ingin berkongsi perasaannya dengan orang lain. Dia larut bersama hatinya dalam keheningan malam. Kedua-dua orang yang paling dicintainya, Rasulullah saw dan Siti Fatimah- telah pergi meninggalkan dia. Hatinya begitu sayu, pilu dan penuh pasrah. Rindu itu kembali menjadi wadah hatinya.


Lama Ali termanggu di tumpukan tanah yang baru saja ditimbus dan di dalamnya bersemadi dengan tenang seorang wanita yang telah mendampingi hidupnya selama 10 tahun. Siti Fatimah yang  digelar dengan nama Asshidiqah (wanita terpercaya), Atthahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberkahi Allah) dan yang paling terkenal adalah Azzahra (bunga yang mekar semerbak) menjadi dambaan lelaki yang ingin menyuntingnya sebagai isteri.

Tetapi Allah memberi petunjuk bahawa dia adalah jodoh kepada puteri kesayangan Rasulullah SAW itu. Ternyata keinginannya untuk menyunting Fatimah yang dicintai dan dirindui dalam senyap menjadi kenyataan. Subhanallah, satu anugerah yang sangat dihargai olehnya.

Mengenangkan semua itu, menjadikan setiap ingatan dan kenangan itu adalah titisan air matanya. Ia mengalir begitu deras. Bagaimana mampu untukku teruskan hidup ini tanpa yang dicintai di sisi. Sungguh berat untuk menempuh hidup yang akan datang. Dengan kepedihan yang tidak mampu digambarkan, saidina Ali a.s duduk di samping kuburan isteri tercinta. Malam seakan berkompromi dengan jiwa dukanya. Sepi sekeliling kian hening menemani jiwa yang lara, gelap semakin pekat seolah menyelimuti tubuh bumi yang menjadi rahsia persemadian isterinya.

Dengan suara yang bergetar menahan tangis, Ali mengucapkan salam lalu berkata:

“Salam sejahtera bagimu Wahai Rasulullah, dariku dan dari puterimu yang kini berada di sampingmu dan yang paling cepat bertemu denganmu. “Wahai Rasulullah,  telah berkurang kesabaranku atas kepergian puterimu dan telah berkurang pula kekuatanku. Pasti puterimu akan mengabarkan kepadamu akan umatmu yang telah menghancurkan hidupnya. Pertanyaan yang meliputinya dan keadaan yang akan menjawab. Salam sejahtera untuk kalian berdua!”

“Sesungguhnya aku amat merindui keduanya. Wahai bunga hatiku, rindu itu, akan selalu mendekatkan aku padamu. Pergilah sayang, kembalilah kepangkuan Allah dengan keredhaanku dan berbahagialah engkau dengan pertemuanmu bersama ayahanda tercinta. Semoga aku mampu mengharungi semua ini kerana cintaku kepada Allah swt, Rasulullah saw dan agama Islam.” getus hatinya.

SalamFatima3SalamFatima

  28 Febuari 2011 (Isnin)/ 25 Rabiu’ul Awwal 1432H/ 1710 petang- SARIKEI, SARAWAK


AKU… SITI FATIMAH BINTI AHMAD rindu dan ingin sekali bertemu denganmu wahai SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD. Ya Allah, semoga dengan keberkatan nama SITI FATIMAH yang ku miliki ini, akan menjadi jalan untuk sebuah pertemuan yang sering aku impikan. Amiin, Wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

– SITI FATIMAH AHMAD –

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWA bersabda yang bermaksud:

“Pada malam aku diangkat ke langit (mi’raj), aku melihat di pintu syurga tertulis bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, Allah mengasihiku, dan Hasan, dan Husayn sofwatullah (sari yang terbaik dari Allah) , Fatimah Khiratullah (sesuatu yang terbaik dari pilihan Allah), laknatullah ke atas mereka yang membenci mereka.”

[Tarikh al-Baghdadi, Juzuk 1, hlm. 259]

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA


41 thoughts on “CT45. RINDU ITU: MENDEKATKAN AKU PADAMU (SIRI AKHIR)

  1. Assalamu alaikum Bunda,,,

    Wah, saya baru tahu nih ceritanya. Ternyata Fatimah ra. lebih cepat menyusul ayahnya karena sangat rindu. Dan sayidina Ali pasti merasakan kesedihan yang sangat dalam karena dia harus kehilangan 2 orang yang paling dia cintai dalam jarak waktu yang dekat…
    Kita pasti tak kuasa merasakan kesediahan dan kerinduan seperti itu.. Sungguh di balik semua itu ada pelajaran yang bisa kita petik..

    Terima kasih bunda telah menulis ini dengan begitu indah. Cerita ini sudah habis ya? hehe…

    Salam hangat selalu dari Medan

    • Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Alhamdulillah, mudahan Masyhury beroleh manfaat dari apa yang dibaca.Mengetahui sejarah keluarga Rasulullah SAW merupakan satu kenikmatan yang besar buat kita untuk dapat merasa kedekatan baginda SAW dengan kita. Hanya kisah sedemikian sahaja yang mampu membuat kita mengenali baginda SAW yang tercinta.

      Terima kasih Masyhury atas apresiasi kepada penulisan ringkas yang sengaja saya tulis khas diabadikan kepada Rasulullah SAW dan ahlul bait yang dirindui. Semoga kita bisa bertemu dengan mereka yang dimuliakan Allah di sana nanti.

      Salam hangat kembali dari saya. 😀

  2. Burung camar terbang di atas sawah
    membuat indah suasana pagi
    Sudah lama sibuk karena kuliah
    Akhirnya bisa berkunjung ke blog ini lagi
    (maaf, nggak pintar pantun ^_^)

    assalamu alaikum, bunda,sudah lama nggak ziarah ke sini. sekali ziarah langsung disajikan tulisan yang mengharukan,saya jadi membayangkan bagaimana Ali dan fatimah ketika menghadapi suasana sedih itu. terharu saya, apalagi kata-kata bunda puitis sekali, saya jadi ingin tiru nih cara nulisnya..

    terima kasih bunda atas tulisannya, jazakillahu khairon..
    salam mesra dari jakarta..

    • Wa’alaikum salaam Anung…

      Hehehe, saya senang membaca pantun menarik dari Anung. Ini jawaban balasnya ya. 😀

      Sudah lama sibuk berkuliah
      Banyak ilmu sudah digali
      Terima kasih Anung bersusah payah
      Datang kemari menyapa kembali

      Alhamdulillah, saya gembira mendapat khabar kembali dari Anung. Lama benar ya kita tidak bersapa. Saya juga jarang BW kini kerana sibuk di dunia offline. Mudahan beroleh manfaat dari sajian ilmu yang dihidangkan buat pencerahan minda dan penjernihan hati.

      Terima kasih kembali Anung untuk komentar mengesankan di atas. Salam mesra. 😀

  3. Assalmu’alaikum Bund..

    memiliki nama yang sama, dan memiliki kerinduan yang juga sama, rindu yang akan mendekatkan kita pada Nya ..

    salam sayang selalu dari Jakarta.

    • Wa’alaikum salaam Fitr4y…

      Alhamdulillah, demikianlah kelebihan pada sebuah nama yang diberikan oleh ibu bapa kita Fit. Nama itu memberi nilai penghormatan buat kita dari ibu bapa kita.

      Semoga dengan memiliki nama yang baik dan bermakna, kita akan sentiasa menjaga nama baik kita dengan sebuah harapan di dalamnya.

      Terima kasih Fitray, sudi hadir walau saya jarang BW kini. Salam sayang kembali dari saya buat Fit di Jakarta. 😀

    • Wa’alaikum salaam Argun…

      Alhamdulillah, terima kasih untuk penghargaan kepada tulisan saya. Hehehe…. bisa aja mas Argun nih.

      Apakah ciri-ciri wanita romantis menurut mas Argun ya ? Saya tidak boleh membantu kalau ciri-ciri tersebut tidak disertakan. 😀 Gimana mas, apa bisa dikongsikan sifat romantis yang ada pada seorang wanita menurut persepsi lelaki ? Saya tunggu jawabannya.

      Salam mesra selalu dari saya.

      • klo menurut saya, wanita romantis itu adalah wanita yang bicaranya selalu mesra dan senantiasa memuja lelakinya dengan berbagai macam ucapan cinta 😀

        seperti bunda ini yang selalu mengucapkan salam mesra. bagi saya (orang indonesia) tidak biasa mengucapkan kata-kata “mesra” kecuali kepada sang kekasih hati 😀

        Apa bunda juga “sayang” sama saya?… 😀 hahaha…

        • Oh… begitu ya sifat romantis yang harus dimiliki seorang wanita menurut mas Argun. Menarik sekali dan memang romantis.

          Hehehe, bisa aja Argun nih. Salam mesra itu kan satu sapaan mesra untuk menghadirkan kegembiraan kepada seseorang yang disapa. Kok bisa dibilang kata romantis ya.

          Terima kasih ya mas atas candaan yang menyenangkan. Semoga bahagia selalu dan bisa bertemu dengan wanita romantis seperti yang Argun jelaskan.

          Salam mesra selalu. 😀

  4. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.

    Met siang bunda.
    Disini gunung disana gunung,
    ditengahnya pohon kelapa.
    Disini bingung
    disana bingung,
    lebih baik mari saling sapa.
    (pantun kuno) .

    Bunda apa kabar?
    Lama rasanya saya tak berkunjung kemari, ingin rasanya saya tumpahkan semua rasa.
    Tapi karena tuntutan BG, dgn berat hati, seiring irama do’a mengalun merdu dari saya, semoga Bunda skeluarga snantiasa selamat dunia akherat.
    Amin.

    Kata akhir dari bekasi indonesia,
    wassalamu’alaikum.

    • Wa’alaikum salaam Wr.Wb, Opick…

      Selamat malam. Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat dan baik. Didoakan Opick juga demikian.

      Wah… ada pantun ditulis di sini. Saya senang kok dengan pantun kerana saya amat meminati ragam pantun yang dilantunkan. Jika ada jualan, harus ada beliannya, kan. Maka ini pantun balasan dari saya.

      Di sini gunung di sana gunung
      Di tengahnya pohon kelapa
      Tak dapat berkomentar usah bingung
      Hadir sahaja pun tidak mengapa

      *** yang penting Opick bisa dapat manfaat dari bacaannya. Cukuplah. 😀

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan. Semoga selalu sukses. Salam mesra selalu.

  5. Assalamualaikum Bunda Siti…

    Pertamanya saya ucapkan tahniah atas penghasilan cerpen tersebut. Saya ada mengikutinya sedari awal lagi.

    Pengkisahan berkaitan Rasulullah seharusnya menuntut keikhlasan yang tinggi tanpa mengabaikan soal fakta dan nas yang sahih. Hanya mereka yang ada perasaan cinta dan kasih kepada Baginda dapat merealisasikannya dengan lebih sempurna.

    Berkat kepemilikan nama yang serupa, Insya Allah, saya yakin tulisan Bunda ini adalah suatu saham untuk Bunda di akhirat kelak.

    Pengkisahan Bunda sejajar dengan riwayat hidup para pelakunya yang masing-masing merupakan insan terpilih oleh-Nya. Olahan Bunda pula mencerminkan perluahan perasaan kerinduan seorang hamba kepada pemimpin ummah serta keluarga terdekat Baginda.

    Syukur Al-hambullilah…moga ramai pembaca akan terkesan dengan kisah maulidur rasul versi Bunda. Setiap kita punya cara tersendiri dalam memperingati Junjungan Besar kita beserta keluarganya. Mana-mana kaedah yang terasa selesa serta benar hendaklah diikutinya.

    Yang penting, kita sesama kita dapat saling ingat memperingati akan kelebihan dan hikmah mengenang kelahiran, kehidupan serta pemergian seorang Rasul untuk sekalian alam ini…amin…

    nota : saya juga perlukan banyak masa di dunia offline, makanya agak kurang juga ber online…

    • Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Alhamdulillah, kini cerpen tersebut sudah selesai dan saya berasa sangat bahagia dapat menunaikan impian dan hajat saya untuk menulis khusus tentang Rasulullah dan ahlul bait sebagai tanda kecintaan dan kerinduan yang berpahat di lubuk hati selama ini.

      Di samping berkongsi pengetahuan kepada pembaca yang belum mengetahui kisah teladan ini, walau ramai yang lebih tahu, namun paparan kisah di atas merupakan satu pendidikan buat jiwa kita yang selalu resah oleh panahan cinta dunia sehingga sanggup berkorban sia-sia untuk mengejarnya. Teladan cinta Rasul dan golongan mukminin terdahulu, diharap memberi inspirasi buat kita untuk menambah iman dan takwa kepada Allah SWT.

      Terima kasih Abgreds atas apresiasi buat tulisan saya dan kunjungan yang selalu dialu-alukan. Walau dalam kesibukan, tetap sempat menitip pesan yang mencerahkan.
      Semoga kehidupan kita selalu diredhai dan diberkati Allah SWT.

      Hargailah setiap detik nadi, detak jantung dan dengus nafas yang dikurnia Allah untuk selalu bersyukur atas nikmat-Nya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang sejati. Amiin.

      Salam mesra dan ceria dari saya. 😀

    • Saya juga rindu sama mbak Dian.
      Terima kasih ya mbak kerana masih ingat ke saya yang jauh ini. Semoga kerinduan kita selalu terjaga baik untuk sebuah persahabatan antara dua negara.

      Salam sayang selalu dari saya buat mbak Dian yang baik. 😀

  6. Assalaamu’alaikum wr.br Bunda..

    Mohon maaf ya Bund,sekiranya tak sopan,kerana saya berkunjung kemari tengah malam pula.Sesungguhnya kemarin saya sudah berkunjung kemari,tapi belum sempatlah saya meninggalkan jejak,kerana ada kendala yang menyebabkan kunjungan saya tertunda.

    Alhamdulillah,hari ini sampai juga walau ditengah malam untuk berkunjung sekedar menyapa Bunda dan membaca bait demi bait tulisan Bunda yang sangat menyentuh hati saya yang paling dalam tentang Rasulullah saw.Dengan adanya tulisan Bunda ini,saya semakin mencintai dan merindukan Rasulullah saw.Sampai terbawa mimpi,kerana kemarin sempat pula membaca tulisan Bunda ini.Terima kasih ya Bund.Insya Allah jikalau ada masa luang saya akan balik berkunjung lagi kemari.
    Wassalaamu’alaikum wr.br
    ~Salam Ukhuwah Islamiyah~

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb, Amien…

      Selamat malam dan senang menerima kunjungan dari Amien. Tidak mengapa hadirnya di waktu apa-apa pun. Kagum sekali kerana ramai blogger di Indonesia menggunakan ponsel sebagai tempat menulis di blog tanpa menggunakan laptop atau pc. Saya ini bila agaknya dapat mencuba menulis blog melalui ponsel ya ? 😀

      Alhamdulillah, mudahan paparan cerpen yang khusus untuk mengenang kembali kewafatan Rasulullah SAW dan puterinya bisa menambah kecintaan kita kepada mereka. Hanya itu sahaja yang mampu saya lakukan untuk berkongsi cerita pada detik2 akhir hidup kedua2 insan tercinta ini. Semoga Amien bisa bertemu dengan Rasulullah SAW atas rasa cinta yang disemai di jiwa kini. Amiin.

      Terima kasih dapat menitip pesan di sini. Harap selalu betah kemari di lain masa.

      Salam sejahtera dan sukses selalu.

    • Hai nanda Achoey…

      Iya, sama dengan bunda yang kian sibuk sejak kebelakangan ini. BW juga jarang dilakukan. Insya Allah, ada waktu terluang akan di buat BW besar2an.. hehehe.

      Terima kasih ya sudah menangkap rindu bunda. Anak pintar nih. 😀

      Salam mesra selalu dari bunda. 😀

  7. Assalaamu’alaikum mbak Siti Fatimah

    Artikel yang terakhir ini mbak Siti ingin mengekspose perasaan rindu ketika jauh dari orang yang dicintai. Kata mbak Siti rindu itu benar-benar menggugat hati. Kering dan kosong. Ahh .. rasa rindu itu sangat berat. Hatinya seperti pohon yang tidak berimbun daun. Seperti sungai yang tidak beriak air. Seperti burung yang patah sayap. Pembaca membayangkan RINDU itu membawa penderitaan……

    Tapi dilain alinea disebutkan rindu itu mendekatkan aku kepadamu. Ini adalah rasa bahagia damai, tenang.

    Jadi RINDU itu MENYIKSA tapi juga NIKMAT

    • Wa’alaikum salaam Eyangkung yang dihormati…

      Benar Eyang, sebuah rindu bisa menghadirkan penderitaan dan dalam masa yang sama memberi nikmat yang tidak terhingga. Rindu mengajar kita erti sebuah cinta yang sedang dalam perhatian dan membunga di hati. Sakit rindu tidak ada obatnya kecuali sebuah pertemuan yang bisa menjadi penawarnya.

      Hehehe… Eyang ini bisa aja dech. Bagaimana bisa Eyang menyatakan saya ingin mengekpose perasaan rindu ketika jauh dari orang yang dicintai. Saya sedang mengekpose perasaan Siti Fatimah binti Muhammad, Eyang.

      Namun saya akui, pengalaman mengalami perasaan rindu demikian menjadi satu sumber menghasilkan rasa dalam sebuah penceritaan agar kelihatan realistik dan dapat dirasai oleh pembacanya.

      Terima kasih Eyang untuk tulisan yang mencerahkan. Salam mesra selalu. 😀

  8. Sebuah nama yang sama dengan nama penulisnya. Mulia ‘cinta’ dan kasih sayang sebagai contoh yang baik bagi kita semua.

    Kematian bukan diratapi sebagai kepergian, namun sebagai pelipur rindu karena tahapan hidup ini menuju surga dan penciptanya di akhirat kelak.

    • Hai Azzahra…

      Demikianlah nama bisa memainkan peranan dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Sifat, peribadi dan ketrampilan sepatutnya membekas pada nama yang diberi oleh orang tua kita agar menjadi sebaik nama yang dimaknakan. Itukan harapan mereka pada nama yang dibekalkan pada jasad kita.

      Benar, semoga rindu kita selalu mengarah kepada kerinduan Allah dan Rasul-Nya. Perpisahan melalui apa bentukpun adalah fenomena hidup yang harus diterima nyata oleh manusia. Allah punya rencana yang tidak dikompromi dengan sesiapa. Kita harus menerima dengan redha, memerhati hikmah bukan meratapinya.

      Terima kasih Azzahra untuk titipan yang mencerahkan minda. Salam manis selalu dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam sahabatku, Zohra…

      Amiin.. Ya Rahman Ya Rahiim. Terima kasih atas doa yang dikirmkan. Mudahan Allah memperkenankannya di sana nanti.

      Senang dapat disapa Zohra. Maafkan saya kerana lama tidak ke blog Zohra. Tunggu ya. 😀

      Salam sayang dari saya.

  9. assalamualaikum bunda….Tulisan ini menyejukan hati…Betapa rindu rindu itu telah mengokohkan langkah kaki menyongsong kehidupan ini…Salam saya bunda…Semoga kita berdua akan berkawan pula di taman2 syurga….Ada sungai madunya bunda, sungai madu….Manis sekali

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Arina…

      Alhamdulillah, mudahan selalu menyejukkan hatimu, Arina.

      Subhanallah, Amiin..Ya rabbal a’alamiin untuk doa yang sangat mengharukan. Mudahan persahabatan kita bisa sampai ke syurga nanti.

      Semoga kita bisa merasai air sungai madu tersebut. Ya Allah, dengarilah keinginan hamba-hamba-Mu ini.

      Salam sayang dari bunda. 😀

Leave a reply to Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.