CT40. SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kau yang bernama LELAKIku…

Andainya suatu hari nanti, takdirnya kita akan bersama melayari bahtera kehidupan.Usah kau mimpikan selaut sutera keindahan. Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak. Usah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diri ini. Juga usah kau pohon sejuta cinta yang ku bahagikan kepada yang berhak.

PERCAYALAH… UNTUKMU ada sebutir berlian berkilau indah yang ku semayamkan di tahta hatiku yang terdalam. PERCAYALAH... aku mencintaimu SETULUS HATIKU.


SETULUS HATI – ANUAR ZAIN, dedikasiku buatmu


AKUILAH SAYANG… HAKIKAT YANG TERSURAT:

Aku bukan SITI KHADIJAH yang penyabar dan lembut tingkahnya. Mahupun permata indah dengan sifat penyayang SITI FATIMAH. Juga bukan secerdik pintar SITI AISYAH atau seperti UMMUL MUKMININ yang lain.

Tentu sekali tidak persisnya RABIYATUL ADAWIYYAH wanita sufi yang terpuji. Juga tidak mencapai martabat SITI MAYRAM yang redha, SITI MASYITHAH yang pasrah, ASIAH yang penyantun ataupun SUMAIYYAH yang tabah.



Kau yang bernama LELAKIku…

Mengertilah dengan waras keIslamanmu. Aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri sebagai MUSLIMAH berlandaskan garisan-Nya dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini dengan kemampuan diri yang tinggal sekuman cuma.

Kau yang bernama LELAKIku…

Demi kerana-Nya semata-mata. Tidak ku tagih apa-apa darimu. CUMA ku pohonkan sebuah pengertian dan kasih sayang yang suci BAHAWA aku adalah AMANAH untuk dirimu:


SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA.


SalamFatima3SalamFatima

  1 Febuari 2011 (Selasa)/ 1643 petang- SARIKEI, SARAWAK


SAYANGKU…. mengenalimu adalah satu anugerah yang paling berharga buatku. Sekuntum senyum mengembang dalam aliran rasaku. Rahsia apakah yang diam dalam debaran ? Ku toreh hatimu dengan pisau naluriku. Ku simpan wujudmu dari sepi ke sepi. Diammu sendu, hangatmu rindu.

– SITI FATIMAH AHMAD –



TERIMA KASIH – JAMRUD, dedikasiku buatmu

TERIMA KASIH DARIKU SELALU


105 thoughts on “CT40. SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA

  1. Elok sekali syair na.
    dimana kesederhanaan wanita muslim diberikan.
    dalam ketidak sempurnaan dia memberikan ketulusan hati.
    dan menegaskan bahwa wanita adalah Amanah dari Allah untuk Lelaki…

  2. Permata, antara kaca….

    Lihatlah panorama dunia,
    Wanita bagaikan hilang rasa malunya,
    Maruah yang menjadi maharnya,
    Tergadai sia bagai tiada berharga,

    Di manakah budinya,
    Di manakah akhlaknya,
    Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya,
    Santun tiada lagi,
    Nafsu memimpin hati,
    Kehormatan diri tidak dipeduli,

    Oh wanita mari menginsafi,
    Kepada asal fitrah kejadianmu,
    Diciptakan untuk dihormati,
    Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta,

    Kembali kepada-Nya,
    Juga pada Rasul-Nya,
    Pasti dihadirkan taufiq dan hidayah-Nya,
    Wanita…

    Kembalilah ke arah kemuliaan,
    Contohi peribadi Ummul Mukminin,
    Rasulullah dijadikan suami,
    Tertawan kerana keluhuran pekerti
    Bukan kerana harta,
    Bukan kerana nama
    Tapi kerana budi yang disanjungi,
    Kembalilah…

    Wanita perhiasan dunia,
    Bagai kilau permata di antara kaca,
    Sayangnya makin pudar cahaya,
    Hingga tiada lagi beza di antaranya.

    # Dilema, by Hijjaz #

  3. Subhanallah
    Bunda, Indah sekali
    Tentulah Sang Pujaan Hati akan merasa tersanjung bahagia
    Tidak semua cinta bisa bersatu pada akhirnya
    Semua adalah tanda kuasa Allah Yang Pengasih

    Salam Manis Selalu Untuk Bunda Sekeluarga

    • Hai Lyna…

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasinya. Insya Allah, mudah-mudahan yang dituju itu merasainya.

      Hmm… iya mbak. Tidak semua yang kita cintai itu menjadi milik kita. Namun, harus disyukuri bahawa cinta itu pernah Allah hadirkan sebagai satu anugerah yang bernilai dan hendaklah dihargai sebaiknya kerana perasaan cinta sejati tidak akan pernah berulang untuk kesekian kalinya. Redhai aja kehadirannya kerana itu hadiah terindah dari Allah buat kita.

      Salam manis kembali untuk Lyna dan keluarga juga. 😀

    • Wa’alaikum salaam mas Argun…

      Terima kasih atas apresiasinya mas. Mudahan demikian hendaknya apa yang dirasai oleh lelaki saya itu. 😀

      Amiin… Ya Aziz Ya Ghaffur. Mudahan kebahagiaan selalu dilimpahkan Allah buat kita semua.

  4. Assalaamu’alaikum wr.br Bunda..

    Aduhai syairnya begitu mengesankan,menyentuh jiwa,menyentuh qalbu.Saya sangat menjunjung tinggi hak-hak seorang wanita.Hormatilah dan hargailah kaum wanita,sayangilah mereka..Janganlah engkau menambah penderitaan kaum wanita,janganlah menjadikan mereka(kaum wanita) tertindas.

    Salam mesra dan ceria selalu ya bunda.

    Salam ceria juga buat sahabat bunda disini,dan semua visitor disini.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Amien…

      Alhamdulillah. Semoga memberi inspirasi kepada kaum lelaki untuk selalu memelihara hak-hak wanita dengan sewajarnya sebagai teman perkongsian yang membahagiakan.

      Terima kasih atas tambahan makna kata-kata yang meneduh hati wanita yang membacanya.

      Salam mesra dan ceria selalu buat mas Amien dan keluarga. 😀

  5. Mah … indah sungguh luahan hati drp coretan dirik ya. terkedu kamek … Sememangnya Mah, Apa yang Allah beri jauh lebih indah daripada apa yang ingin kita miliki … kamek sudah merasa nikmatnya … Alhamdullillah …

    Tak perlu mencari
    teman secantik Balqis,
    andai diri …
    tak sehebat sulaiman.
    Mengapa mengharapkan
    teman setampan Yusof,
    jika kasih …
    tak setulus Zulaikha.
    Tak perlu mengharapkan
    teman seteguh Ibrahim
    Andai diri …
    tak sekuat Siti Hajar
    dan mengapa didambakan …
    teman hidup bak Siti Khadijah
    kalau diri …
    tak sesempurna Rasullullah (S.A.W).
    Bimbinglah dirinya …
    dan terimalah
    kekurangan itu sebagai keunikan …
    carilah kebaikan pada dirinya …
    dan bersyukurlah …
    kerana dipertemukan dengannya.
    Tetaplah berdoa
    pada Tuhan
    agar dia akan terus
    menjadi milikmu …

    • Hai Lea sayang…

      Aku suka mbaca bait-bait indah di atas. Dolok aku pernah nyalin prosa ya. Secara kebetulan aku terjumpa atas meja Dr. Jamil Ahmad (bapa angkat tesisku di UKM)ketika sedang berbincang dengan beliau tentang tesisku. tapi dah hilang. Alhamdulillah, dirik nyalin balik di blog aku tok. Gembira aku dapat membaca kata-kata ya, Lea. 😀

      Amiin… Ya Muhaimin Ya Latif.. Mudahan segala doa akan dimakbuli Allah untuk setiap kebaikan dan kebahagiaan yang diinginkan. Doakan aku Lea.

      Terima kasih dah nyambung link ke blog dirik. Aku tautkan blog dirik di ruang Dunia Sahabat, sak sik hilang. But, sorry to say… aku sik dapat berkomentar di blog dirik kerana blogspot.com sampei kinik tok sik mauk nerimak aku jadi tetamunya… hehehe. (benar, sik bulak aku tok) 😀

      Terima kasih agik kerna masih mauk datang bertandang ke blog aku tok untuk nyampei khabar dari jauh nun. Salam sayang untukmu, Lea. Datang agik kelak. 😀

      Oh ya… macam ney berita Grand Reunion Ex-SHOAW ari ya. Ada cerita menarikkah ? Aku nak tauk ceritanya. Mesti best jumpa geng2 lamak marik. Aku jadi rindu nak nangar muka sidaknya. Aku dengar guru2 kita juak ada datang. mesti dah tua sidaknya.. hehehe. Huuh.. rasa juak dirik tok dah tua ko. tapi tetap steady gayanya. 😀

      Ok Lea, feel free to contact. love you.

      • Buat Sahabat yang dirindui …
        Alhamdullillah Mah … prosa ya pun di hadiahkan oleh staf kamek yang meminta kamek molah bookmark untuknya.
        Yalah Kamek simpan sampei kinek tok. Mek suka buat bookmark untuk dirik pun … selalu bookmark mek ada sajak2 yang mek tulis dirik pun. Mun Mah maok kelak mek ngirum sbg hadiah kenangan dari mek. Padah jak alamat dirik. Kelak mek poskan. Kacak mah. Hak cipta terpelihara … hehehe …

        Insya Allah mah … ingat jak “apa yang kita beri, itu yang kita dapat” maka sentiasalah melakukan kebaikan … Insya Allah, satu lubang yg kita buka, seribu lubang Allah bukakan utk hambanya yang ikhlas.Perjalanan hidup tiada siapa yang tahu di mana titik noktahnya … maka rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara … maka nikmat Tuhan mana yang ingin kita dustakan lagi … Insya Allah di kejauhan ini kamek akan selalu mendoakanmu di setiap sujudku dan doaku mengiringi perjalanan hidup ini.

        Mah … terima kasih juak kerana dah menautkan blog kamek di Ruang Dunia Sahabat dirik … iboh komen mah… jak nulis utk suka2 … tp mun ada yang sik kena tegur jak bah … sbb dirik lebih byk idea drp mek tok … kamek pun dah tautkan blog dirik ke FB mek… senang mek buka anytime, anywhere … mun kamek rindu ngan tulisan dirik …hehehe. Insya Allah kamek akan sentiasa mengunjungimu sayang … meski di alam cyber … kau yang jauh, tetap dekat di hati.

        Yalah mah, byk gmbr cdak di upload dlm FB mek … rindunya mah ngan teman2 seperjuangan. Teringin maok pegi … apakan daya jarak pemisah yg terlalu jauh dan kekangan kerja membatasi waktu dan kehendak. Andai gunung dan lautan tidak membatasi jarak pemisah sudah pasti ku turut serta. Rindu bukan kepalang bukan jak pada teman, malah alam persekolahan dan guru2 yg menjadikan aku manusia kini… Dah tua2 dah cdak mah … begitu jua teman seperjuangan … amat berbeda sekali … Ngr cdak dah mbesar rasa kecik kmk tok sbb sik besar2 juak bah … hehehe. Agik kecik jua mah … Mun dirik maok ngr gambar cdak kelak mek send ke email dirik … just say YES or NO jak … hahaha.
        ok, mah … takat tok jak …
        miss u so much … luv u …

        • Leaku…

          senang dapat mendengar khabar darimu. Hehehe.. mesti aku maok bookmark buatan tangan dirik ya. Kirim dengan aku ya. kelak aku ngirim alamat melalui email dan jangan lupak aku kata “YES” untuk foto2 member dan guru2 kita yang ReUnion di SHOAW. wah sik sabar nak nangar sidaknya.

          Terharu dengan pesan dirik di atas. persahabatan kita akan kekal abadi dunia dan akhirat. Insya Allah. Thanks for being my best friend ever and after. rindu selalu untuk bertemu. Insya Allah akan tercapai juga nanti. Kita tunggu hari yang dipasti Allah untuk kebaikan tersebut.

          Salam sayang dan rindu selalu untukmu Lea yang jauh di mata namun dekat di hati selamanya. semoga bahagia dan berjaya dalam menyelusuri kehidupan di bumi Allah yang indah dan penuh cabaran ini.

          Thanks a million. Really miss you, very much, my friend. 😀

          • Mah, sahabat yang di sayangi …
            dikenian ini terasa rindu untuk bertemu … Hai, bilakah di takdirkan utk kita bersua … Mun ada kelapangan melanconglah ke semenanjung. Insya Allah Kamek akan mengambilmu di airport. Untuk ku mengunjungimu … setakat tok sik ada kelapangan … puteraku tengah berjuang utk SPM tahun tok. Adalah tugas mek utk berada d sampingnya. Puteri kamek juak tgh tunggu SPM. Mun ada rezki masuk U. Insya Allah.

            Mah, kamek dah send foto2 reunion ex-shoaw di email mah. Buka lah. Mun ada kelapangan kamek akan upload lagi utk mu. Terlalu byk mah, gmbr2 cdak ya …

            Baiklah sayang … bertemu lagi pd coretan yang akan dtg. Salam kerinduan dariku utkmu yg jauh. Semoga hari2 yg dilalui dipenuhi limpahan rahmat dan berkat drp Allah SWT. Amin…

            Lia yang jauh …

            • Hai Lea manisku…

              Terima kasih untuk foto2 Grand Reunion Ex-SHOAW kiriman dirik. Aku baruk buka email tadik. Hahahaha… sakit perut aku nangar perubahan besar-besar geng kita marek. Ya.. Allah, betapa kecilnya aku kalau berada dalam kalangan sidaknya. hehehhehe…

              Senang dapat nangar muka guru2 yang ngajar kita. Aduuuh… air mata aku sik dapat tertahan lagik. tumpah juak di pipiku yang licin bak keladi ini. 😀 Ingat aku dengan hukuman ustaz Sharif marek. sik aku lupak sampei mati ko.. hehehe. Rahsia Lea. 😀

              Sarimah cantik sekali. Masih macam dolok tapi lebih cantik. Kita dua pun cantik juga kan. :D. Geng yang lain2 ok jak. Sik maok komen, kelak ada yang terasa “besar” kelak.. hahaha.

              Terimamkasih sekali lagi utnuk pengorbanan masa yang diperuntukkan bagi mengirim hampir 40 keping foto untukku yang jauh di sini.

              Love you alwizts. Kau selalu di hatiku selamanya. 😀 (mah) 😀 (Lea)

              • Hai, Mah sayang …
                gia juak kamek bila nanggar gmbr cdak ya … berubahkan? Kitak giney mah … berubah juak bah. cuma hati jak gia2 juak … hehehe

                Mcm tauk jak kamek apa yang dirik sik kan lupak ya mah… hehehe. apa ya owh?

                Yalah mah, Sarimah kacak owh … ari ya ada juak kamek nanggar gmbar sidak Alhah, Normah samad, Saadiah. Tp sik sempat upload gmbar sidak bah. Kelak mun jumpa kamek upload utk dirik K …

                Mah, sayang takat tok jak. salam kerinduan dari ku di kejauhan. Kenang daku dalam doamju. Jgn lupa alamat utk mek kirim bookmark kelak K.

                MISS U TOO … TAKE CARE.

                • Hai Leaku…

                  Hehehe… aku nanglah berubah ikut musim. sekejap kurus sekejap gemuk. 😀 Aku nangar dirik tang steady ajak.

                  Eh Lea, mun ada agik foto geng2 kita, email dengan aku ya. Sikit2 pun sik hal, nak nunggu jumpa dirik, bilaaakah masanya akan tiba. Beruban rambut aku nunggu foto ya di upload. 😀

                  Ok. kelak aku ngirim alamat ke email dalam masa terdekat tok. Mun aku lupak ingatkan aku agik, maklumlah sibuk sik tentu pasal kinik tok.. hehehe.

                  Terima kasih sayang Lea kerana selalu betah datang ke blog aku tok. Hilang juak rindu aku ngan dirik.

                  love you forever, my cute little friend. 😀

                  • Hai, Mah …
                    You ur so sweet … tetak baca coretan dirik. Kenak ya, jab kurus, jab gemuk ya … ikut musim kah ya, Mah … Hehehe … so happy, so lucky to have a very nice fren like you. Thanks dear 2 be my very, very special fren … mun jumpa mesti kamek nangis … Miss u so much … Kamek tok mantain jak coz mek jaga makan. Makan sekali sehari jak. Isnin n khamis puasa. Malam n pagi makan madu n aik zam zam. Mek tok ada background diabetes … so kena lah jaga mah …
                    Oh, ya … bookmark dah siap koh. I made, really special 4 u … cute. Ada gambar kamek juak. Once u give me ur address I’ll send it 2 u …
                    Ok, bye dear … have a nice day. Miss u …

                    • Sayang Lea…

                      Subhanallah terharu mbaca tulisan dirik di atas. Sampe ngalir airmata tok. Alhamdulillah, Allah telah mberik aku seorang sahabat sejati yang selalu menghargai sebuah persahabatan walau kita dah lamak sik jumpa berpuluh tahun, masih lagik ingat.

                      Kau ada sakit Lea. jaga kesihatan bait2 ya. Bimbang juak aku, bila tauk hal tok. Semuanya ada kebaikan juak, sebab yalah kau nampak maintain ajak sejak dolok.

                      Alhamdulillah, aku sihat sika da penyakit apa-apa. walau badan turun naik, pemakanan aku jaga dengan baik kerana aku sika mauk sakit bila dah tua. Sakit biasa ya, adalah. Doakan kesihatan aku juak lea.

                      Ok. aku kirim alamatku segera dengan dirik. Sik sabar agik nak nangar bookmark buatan tangan kreatif dirik sejak dolok agik. terima kasih lea. Aku amat menghargai semua yang dirik lakukan untukku. 😀

                      Selamat menyambut maulidur Rasul ari tok. Salam sayang, rindu dan kasih berpanjangan untukmu dariku yang jauh di mata namun dekat di hati. Love and miss u always, ever and after.

                      *****

                      Oh ya.. alamatku sudah dikirim ke email lea. Silakan lihat. 😀

                    • Assallmu’alaikum. wh. wh …

                      Buat sahabatku yang dirindui…
                      Terima kasih atas balasan coretanku. Aku jua merindui dirimu di sini. Mmg sudah teramat lama kita tidak bersua … andai di hitung jarak waktu yg blalu kiranya sudah bercucu Lea baru dapatku menemuimu … hahaha … justeru puteriku sudah pun 18 tahun dan selayaknya sdh berpunya ikut kiraan org dahulu kala … tp zaman berubah …

                      Mah, sahabat yg diingati …
                      Alhamdullillah takat tok Lea sihat jak … cuma takut Lea jd mangsa diabetes krn b ground mak Lea … sbb ya Lea begitu prihatin ttg kesihatan Lea. Dolok juak Lea pengidap asma kronik. Tp ok dah sejak Lea amalkan madu khaula, habatus sauda n aik zam2. Alhamdullillah …
                      Thanks jua mah, atas alamat ya. Insya Allah dlm masa tdekat tok Lea kirim ngan pos laju kelak … hehehe… tunggu jak k.
                      Insya Allah sayang … doaku akan sentiasa mengiringimu dalam sujudku utkmu dikejauhan ini …
                      Baiklah Mah yg d sayangi. Takat ini saja yg mampu kucoretkan … salam kerinduan dariku d angin lalu buat mu yang jauh … miss u so much.

  6. Wah.. bagus sekali bunda,, penuh dengan warna-warni cinta.. 😀
    Betapa bahagianya Lelaki yang di sanjung di atas,,

    Ohya, bunda penggemar Jamrud kah? 😆

    Salam dari Medan,

    • Terima kasih atas apresiasinya, Masyhury.

      Jamrud ? hehehe.. baru aja dengar lagunya. Lirik TERIMA KASIH sangat indah dan mengesankan saya. Saya suka juga lagunya yang mendayu dan keras.. tapi mengasyikkan. 😀

      Salam mesra selalu.

  7. Assalamu’alaikum bunda..
    Kunjungan saya untuk yang ketiga kalinya, yang kedua kalinya tidak meninggalkan komentar, namun hanya menyimak sahaja.
    Sebelum dan sesudahnya saya sampaikan banyak terima kasih atas sedianya menyempatkan waktunya berkunjung ke blog saya. Blog ala kadarnya. Dan pula menautkan blog saya dalam dunia sahabat blog Bunda. Kembalinya blog Bunda sudah saya tautkan pula pada blogroll.
    Ketika malaysia mensyairkan kata-kata, tak jauh beda bahasanya dengan indonesia. Tidak adanya perbedaan bahasa yang menyolok. Kita masih dalam serumpun yaitu melayu. Salam perdamaian antar kedua negara.

    • Wa’alaikum salaam Soen…

      Alhamdulillah, terima kasih kerana betah kemari untuk menikmati sajian yang dihidangkan. Mudahan mendapat manfaat dari apa yang dikongsikan di sini.

      Senang mengetahui mas Soen faham dengan apa yang saya tuliskan kerana terdapat beberapa blogger Indonesia yang kurang faham bahasa Melayu.

      Menurut saya, bahasa kita tidak ada bedanya kerana pengalaman yang saya lalui menunjukkan bahasa kita serumpun cuma bila di saat menurut sahaja ada kelainan bunyinya. 😀

      Salam damai selalu untuk kerehatan berlibur di penghujung pekan bersama keluarga.

    • Hehehe… iya, tepat sekali tekaan saudara. Warna warni itu adalah pelangi kehidupan yang indah jika digabungkan. Namun warna paling saya sukai adalah kuning dan hijau. Ia adalah warna alam segar di sekeliling saya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam mesar dari saya

  8. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.
    Met petang hari jelang malam bunda.
    Andai saja puisi diatas tuh bikinan istri saya, tentu saya akan bangga dan berbahagia karna gambaran dari pribadi bunda sebagai wanita muslimah ya di idam-idamkan oleh lelaki muslim. Tetap semangat bunda, salam ceria dari saya, pebloger newbie asal Indonesia.

    Ohya, seiring ucapan terimakasih kerana bunda sudah sematkan link blog saya di halaman sahabat milik bunda.

    Akhir kata:
    ‘Billaahi taufiq wak hidayah, Wassalamu ‘alaikum Warohmatullaahi Wabarokaatuh.’

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb Opick…
      Selamat malam. Insya Allah, saya pasti isteri Opick ada menulis sesuatu buat Opick.

      Cuma mungkin malu mengungkapkannya atau mahu di”surprise”kan untuk waktu yang sesuai sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

      Saya doakan Opick bisa sabar menanti harinya. percayalah… semoga bahagia ketika itu. 😀

      Terima kasih kembali atas kunjungan kesekian kali ke blog sederhana saya ini. Mudahan banyak kebaikan dapat dikongsikan.

      Salam damai dan ceria selalu.

    • Wa’alaikum salaam Fitr4y…

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasinya. Bunda senang menerima kunjungan dari Fit yang selalu bunda tungukan kemunculannya. 😀

      Amiin.. Ya rahman Ya Rahiim. Semoga cinta kita kepada yang kita cintai dirahmati Allah selalu.

      Salam sayang kembali dari bunda buat Fit di sana. 😀

  9. Saya suka lagu2 dari Anuar Zain. Liriknya bagus. Namun yang paling mencuri perhatian saya adalah suaranya yang luar biasa indahnya. Lagu dari dia yang saya suka adalah Keabadian Cinta. Dan keabadian cinta akan selalu ada jika dilandasi dengan hati dan niat yang tulus

    • Hai Ifan Jayadi…

      Iya, benar. lagu2 dari album anuar zain semuanya menambat hati. saya juga menyenangi semua lagu2nya. Sangat romantis sekali terutama sususan lirik kata, bahasa dan melodinya. Asyik dan mengharukan perasaan.

      Lagu “Keabadian Cinta” merupakan lagu favorit saya yang terawal dalam mengenali lagu beliau.

      Tahu kenapa lagu2 Anuar itu sedap semuanya? kerana komposernya adalah dari Indonesia. Liriknya dari Indonesia dan melodinya juga dari Indonesia. Salut saya buat Indonesia. 😀

      salam mesra selalu.

    • Iya.. semua itu kehendak Allah yang mengaturnya. Kita hanya berdoa, berusaha dan bertawakkal. Amiin Ya Aziz Ya Rahiim. 😀

      Terima kasih mas, atas kunjungan kembali yang sangat disenangi. Salam hormat dari saya.

  10. subhanallah..kelembutsucian hati Mbak Fatimah terpahat jelas dalam tulisan di atas.

    Benar sekali, Mbak.. mencintai karena Allah adalah salah satu jalan menuju Allah ..

    Btw, makasih banyak atas doa Mbak Fatimah bagi arwah ayah saya yang baru saja berpulang ke Rahmatullah. May Allah Bless You and all of your Family, Yaa Ukhti. Amin.

    • Alhamdulillah. terima kasih mas atas apresiasinya. Mudahan cinta yang disemai kerana Allah selalu dirahmati dan diredhai oleh-Nya.

      Sama-sama kembali. Semoga roh almarhum yang dihormati akan tenang dan damai dalam pelukan kekasihnya. Kita yang hidup ini, bisa mendoakan kesejahteraan kerkekalan bagi beliau.

      Amiin… Ya Adl Ya Hamid. Terima kasih akhi Muxlimo untuk doa kebaikan yang dikirimkan.

      Salam mesra selalu. 😀

  11. Pingback: BayuPutra

  12. SEbuah ungkapan prosa yang indah dalam jalinan kata yang puitis dan romantis.
    Semoga saja siapa yang tengah dirindukan bisa mengerti ulasan kata hati ini..ya bunda..
    SALAM hangat dari Kendari.

    • Hai Nisa…

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim. Selalulah berdoa untuk mendapat jodoh yang baik buat Nisa. Doa adalah senjata bagi orang beriman. Insya Allah kebaikan akan hadir jika percaya dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

      Walau siapapun jodoh kita, terima dengan hati redha kerana setiap sesuatu yang berlaku ada kebaikan dan hikmah di dalamnya.

      Terima kasih sudi bertandang lagi.
      Salam manis selalu buat Nisa. 😀

  13. […aku mencintaimu SETULUS HATIKU, tapi sayang dia sudah bertunangan, semoga kita ditakdirkan bersama kembali, kalau pun tidak semoga mendapat yang lebih baik…]

    • Hai Saipuddin…

      Mudahan akan bertemu kebahagiaan pada jodoh yang ditentukan Allah di kemudian hari. Tidak semua yang kita cintai bisa kita miliki. Namun syukuri kehadiran itu pernah mengisi kehidupan indah kita. Redhai aja jika tidak pernah bersatu. Sabar dan teguhkan hati. itu lebih baik dari menangisi.

      Salam mesra.

  14. Subhanalloh indah nian tatanan kalimat yang dituliskan..

    Dicinta dan mencinta karena Alloh.. diikat oleh tautan syar’i tuntunan Nabi..

    semoga Bunda senantiasa diberi mawaddah barokah wa rohmah dengan sang Lelaki.. meniti hidup ini berhias akhlak sang Murobbi, Muhammad saw.. amin..

    salam, 🙂

    • Amiin…. Ya Wahhab Ya Razzak.Alhamdulillah.
      Terima kasih mas Darmanto atas penghargaan buat karya saya juga doa yang baik. Senang mendapat doa yang mengingat diri kepada Allah dan rasul-Nya.

      Salam ceria selalu. 😀

  15. Subhanallah,, teduh sekali membaca ini bun… 🙂
    semoga bunda dan dia selalu ditakdirkan bersama dalam balutan bahagia..

    dan semoga tulisan ini dapat mencerahkan sebahagian wanita yang lain, agar dapat berpasrah atas cintanya dan menyerahkan keikhlasan di jalan Allah dalam mencintai dengan tulus dan setia…

    salam sayang saya bunda.. 🙂

    • Alhamdulillah. Amiin… Ya Haq Ya Qawwiy.
      Terima kasih atas kebaikan doa yang menyenangkan sebagai peringatan agar selalu besyukur dengan apa yang dimiliki. Mudahan kebahagian juga melingkungi kehidupan Tiyha dan keluarga di sana.

      Salam sayang kembali buat Tiyha. 😀

    • Hai Dedekusn…

      Alhamdulillah, mudahan akan banyak yang terbaik untuknya dari nanda Dede. Jangan menangguh untuk melakukan yang terbaik kerana waktu tidak pernah menerima tangguhan kita.
      terima kasih kembali berkunjungan dan senang menerima khabar dari Dede di sana.

      Salam hangat kembali dari bunda. 😀

  16. Assalamualaikum Fatimah yang jauh…
    apa khabar kamu di sana? puisimu mendayu-dayu terus, saya hanya mampu mendoakan agar,
    impian tidak menjadi igauan dan
    harapan menjadi kenyataan,
    salam dari sahabat yang jauh,
    bintangzohra.

    • Wa’alaikum salaam sahabatku, Zohra…

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan Zohra juga demikian sama.

      Amiin.. Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih untuk doa yang baik dan mengingatkan rasa qanaah atas apa yang dikurniakan Allah kepada kita.

      Salam manis selalu dan senang menerima kunjungan Zohra yang lama menyepi diri. 😀

  17. Menggapai surga Allah dengan keikhlasan cinta yang beersemayam dalam kehidupan dalam rumah tangga.

    Sukses selalu

    Salam

    “Ejawantah’s Blog”

  18. Hai Lea sayang….

    Hahaha… dah sik ada ruang agik pakei kita dua nak berbalas komen. Setelah berfikir panjang dan berat hati, aku coret balasan komentar dirik di ruang baru debah tok.

    Dirik tok pun sorang juak ko, tulislah di posting baru agik, jangan landing sigei tempat jak. Sik cukup cik puan oi.. hehehehe.

    Senang dapat dengar berita dari dirik. Aku doakan kau bahagia dan selalu sihat ya sayang. Ingin bertemu dengan Lea. Mudahan akan tiba masanya kelak. Kita sama2 berdoa jak.

    Salam sayang teramat sayang buatmu sahabat karibku. 😀

  19. dulu saya sering berandai demikian, Ibu. Sekiranya saya bisa hidup bersama wanita yg saya cintai dan anggap ideal. Tapi rupanya Allah menunjukkan bahwa kriteria terbaik dlm hidup ini, berbeda dgn kehendak Allah yg lama kelamaan saya buktikan sungguh sebuah hal yang luar biasa. Subhanallah.

    • Hai Iwan Prasetya…

      Terkadang kita mengharapkan kesempurnaan kepada seseorang yang ingin kita cintai dan curahkan kasih sayang. Namun kesempurnaan itu selalu tidak kita temui dalam hidup ini kerana yang sempurna hanya Allah Yang Maha Sempurna.

      Oleh itu, terimalah seseorang yang bakal menjadi pendamping kita tanpa ada syarat yang menyukarkan buat dua hati bersatu untuk membina kebahagiaan yang mampu dicapai. Insya Allah, keredhaan, kefahaman dan saling menyayangi bisa menghadirkan kebahagiaan yang luar biasa yang tidak pernah kita impikan selama ini. Semoga bahagia selalu ya. Saya doakan.

      Salam mesra.

  20. saya jd tersetuh hati saya jd ingt pd matan istri saya tp aku beharap datang kebali kepelukan saya mukin pah terjadi apa nga

    • Salam Helmi…

      Kita akan selalu terkenang apabila sudah berpisah. Jika sesuatu itu ditakdirkan milik kita, perpisahan hanya satu cerita sebelum dipertemukan semula dalam rencana Allah SWT. Yang penting mesti berusaha, berdoa dan bertawakal. Semoga menemui kebahagiaan di kemudian hari.

      Terima kasih dan salam kenal. 😀

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.