CT33. HULURAN MESRA TAHUN 2011

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


2010 TELAH BERLALU, 2011 TAHUN BAHARU. Syukur kepada Allah swt, tahun 2010 memberi makna yang amat berharga buat kita yang telah meraih kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kenaikan gaji, kenaikan pangkat, cemerlang dalam pekerjaan dan pelajaran juga segala macam kejayaan yang dilalui, telah dan akan menjadikan kita manusia yang bernilai tinggi, berharga budi, bermaruah mulia, dicontohi dan istimewa di hati sendiri.

Jangan dikesal apa jua derita yang melanda, resah yang bergelora, sedih yang tiada diduga. Semua itu adalah rencah dunia, perlu dilalui dengan tabah, ditempuhi dengan gagah, dirasai dengan penuh wibawa. Ingatlah, semuanya adalah ujian dari ILAHI. Detik 2011 muncul sebagai perubah.

2010 DITINGGAL SUDAH, DETIK 2011 SEMAKIN MENCERAH. Selama hampir satu tahun kita bersama untuk berbicara tanpa suara, mendengar dengan hati, melihat dalam cahaya; merasa dengan naluri dan menyentuh dengan rasa. Esok yang mendatang belum pasti bersua jua. Pertemuan dan perpisahan adalah dalam rencana Allah Yang Maha Penyusun Masa.


Semoga apa yang berlaku sepanjang tahun 2010 memberi keindahan dalam persahabatan dan meningkatkan keberhasilan dalam memajukan diri untuk terus berusaha menulis dalam medan perkongsian bijak di maya. Mohon kemaafan dari saya sejujur hati, seikhlas jiwa dan setulus raga.

Tahun mendatang pastikan berjumpa. Insya Allah. Jika demikian takdir menemukan.Tangan dihulur, doa dipinta, hilangkan segala cerita lama yang menyesak dada. Huluran mesra 2011 tanda kejayaan baru yang bakal dicipta semakin tiba buat kita semua. Ciptakan sejarah diri kerana kita semua adalah pencipta sejarah.

Berusaha dan bergiat gigih untuk merealisasikan apa yang belum dipenuhi pada tahun sebelumnya. Jangan berputus asa.  Jadikan diri kita seorang yang selalu memulakan langkah pertama untuk bertapak di menara jaya walau pernah jatuh dalam jurang kegagalan berkali-kali. Kegagalan adalah peluang bagi bermula semula dengan lebih pintar (Henry Ford). Kegagalan adalah jalan besar menuju kejayaan (Keats).

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama sahabat dan pembaca Laman Menulis Gaya sendiri G2. Saya sangat menghargai anda sekalian.

SalamFatima3SalamFatima*

  29 Disember 2010 (Rabu)/ 1040 malam- SARIKEI, SARAWAK

SAHABATKU…. Sungguh  kemesraan itu menikam dalam memberkas jiwa. Hangat dalam pelukan kasih sayang menyatukan ukhuwah.  Indahnya Islam atas perpaduan ummah. Rakaman persahabatan terjalin sudah.

TERIMA KASIH SAHABATKU…. atas mesranya layanan. Harmoninya sambutan. Meriahnya perdebatan. Tautan persahabatan ini sungguh mengkagumkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

Semoga Allah merahmati, melindungi dan memberkahi kehidupan kita semua. Amiin.

SELAMAT TAHUN BAHARU

2011

81 thoughts on “CT33. HULURAN MESRA TAHUN 2011

  1. Keberhasilan merupakan tetesan-tetesan dari kerja keras, penderitaan, luka, pengorbanan, dan kecemasan. Sedangkan kegagalan merupakan tetesan-tetesan dari kemalasan, tidak punya greget, perasaan minder, dan tidak bergairah.

    Dengan adanya waktu yang berbeda dan berlainan, manusia tahu sejarah. Akan tetapi, yang terpenting dalam pengertian “waktu” adalah bagaimana manusia dapat mengatur dan menempatkan waktu dalam kehidupannya secara baik dan benar, sehingga manusia tidak mudah terombang-ambingkan oleh waktu, manusia tidak kehilangan waktu, dan manusia tidak sering dianiaya oleh waktu.

    Waktu selalu berubah, demikian pula apa saja yang berkaitan dengan waktu. Begitu banyak makhluk di dalam kehidupan ini yang dapat kita saksikan, dan semuanya selalu berubah. Bahwa semua yang ada di dalam kehidupan ini pasti berubah.

    Jika persoalan sangat sulit, tunggulah jalan keluarnya. Biarkan takdir berjalan dengan tali kekangnya. Janganlah tidur kecuali dengan hati yang bersih. Tinggalkan kesedihan yang sedapat yang kita lakukan. Semoga jalan keluar terbuka, semoga kita dapat mengobati jiwa dengan kekuata doa. Janganlah berputus asa manakala kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa. Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah ketika kita telah terbentur pada keputus asaan.

    Dengan mengatasi permasalahan yang kecil; maka, kita dapat mengatasi permasalahan yang besar.

    Segenap Keluarga “Ejawantah’s Blog” Management
    Mengucapkan
    SELAMAT TAHUN BARU 2011

    Salam.

    • Salam takzim saudara R.Indra Kusuma Sejati…

      Subhanallah, tetesan ilmu yang disiram oleh pena digital di atas sungguh bermakna buat saya dan buat pembaca semua. Kata-kata yang menyejuk hati untuk menaksir diri agar selalu melakukan perubahan buat menambahbaik amal yang tiris dan membaiki diri menjadi lebih baik dari hari semalam.

      Menjinak manusia dengan kekerasan pasti tidak akan mendatangkan keberhasilan kerana jalan kekerasan tentu sekali membekukan hati melihat kebaikan. Oleh itu, bersederhana dan berhikmah dalam berkomunikasi dan berinteraksi bisa membina sebuah ukhuwwah yang utuh.

      Kegagalan yang ditempuhi dengan tidak mahu bangun kembali membina kejayaan seterusnya itulah kegagalan sejati. Penuh dengan putus asa, takut, tidak yakin dan tidak percaya diri menjadi faktor yang menyeret kehidupan seseorang ke lembah hina kerana tidak pernah mahu menghargai diri sendiri.

      Oleh itu, bangun dan bangkit dengan semangat juang yang tinggi kerana jika mahu bergelar juara haruslah segala tindakan itu bersifat seperti seorang juara walau keberhasilannya belum terlihat nyata.

      Terima kasih banyak mas Indra, komentar berbobot di atas memberi pencerahan untuk menilik kekurangan diri yang patut ditampung dengan segala kelengkapan ilmu sehingga mencapai gelar Ulul Al-Bab iaitu manusia yang menggunakan akalnya untuk berfikir dan menghayati segala ujian yang diberi Allah kepadanya dengan hati, pendengaran dan penglihatannya.

      SELAMAT TAHUN BARU 2011 buat mas Indra dan keluarga besar anda di “Ejawantah’s Blog” Management.

      Salam persaudaraan dari saya. 😀

    • Hai Bunda ahes…

      Alhamdulillah,mbak. Sudah ada kemeriahannya terlihat kini berbanding 5 tahun lalu walau tidak semeriah sambutan tahun masihi.

      Sekurang2nya sambutan maal hijrah disambut dengan penuh kesyukuran dalam suasana yang tidak mencemarkan kemuliaan bulan tersebut dan ummahnya.

      Mari kita menginsafi diri dengan mengambil iktibar dari apa yang berlaku setiap kali hadirnya tahun masihi yang dipenuhi dengan kemaksiatan dan kealpaan yang menunjukkan betapa dunia ini sangat dicinai oleh manusia daripada akhirat. Semoga Allah selalu melindungi kita dari hal2 yang menyesatkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

      Salam tahun baru untuk mbak di sana. 😀

  2. Assalamualaikum wr wb sahabat yang jauh Fatimah.
    Walaupun kita hanya berhubung melalui blog ini, saya dapat merasakan Fatimah seseorang yang bersemangat wajah dan selalu memberi dorongan kepada teman-teman.
    Semoga tahun 2011 membawa sinar yang gemerlapan dan berjaya di dalam segala usaha kepada Fatimah.
    Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan saya.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb sahabatku, BintangZohra…

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim atas doa yang baik dari BZ buat saya dan semoga kebaikan doa tersebut juga kembali menyinggahi BZ di sana.

      Semoga persahabatan yang dipupuk baik dalam dunia maya anatara kita akan tetap terjalin hingga akhir nanti dan dapat memberi banyak manfaat dalam perkongsian ilmu.

      Terima kasih kembali BZ atas persahabatan yang menyenangkan ini. Mudahan selalu berjaya mencapai impian hidup dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

      Salam manis selalu dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam Neni…
      Amiin… Ya Aziz.

      Mudahan semua yang diazamkan pada tahun sebelumnya sudah terlaksana. mari menyonsong tahun baru dengan mengumpul banyak kebaikan dalam kehidupan dan kejayaan seterusnya.

      Salam sayang dari bunda. 😀

    • Wa’alaikum salaam Mila…

      Amiin.. Ya Muhaimin.
      Alhamdulillah, mudahan Mila akan selalu sukses menghadapi tahun baru dengan harapan baru yang menggunung tinggi.

      Selamat Tahun Baru Mila.
      Salam saya dari bunda.

  3. Assalamu alaikum, bunda..

    Selamat Tahun Baru 2011. Semoga di tahun yang baru nanti segala sesuatunya menjadi lebih baik lagi..
    Maaf jika ada salah kata dan komentar yang tidak berkenan selama di tahun 2010 ini.

    Happy New Year

    • Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Amiin.. Ya Rahman Ya Rahiim.
      Semoga banyak kebaikan akan menuruti kita di tahun mendatang bersama azam untuk menjadi lebih berjaya. Mudah2an.

      Sama-sama juga kemaafan dipinta selama bersahabat di dunia maya. semoga perkongsian ilmu akan diredhai Allah SWT.

      Selamat Tahun Baru 2011.
      Salam mesra.

      • Bunda, pertanyaan bunda soal lagu instrumental yang menjadi pengiring blog saya telah saya jawab.
        Lagu itu judulnya “Instrumentalia Do’aku” di nyanyikan oleh Haddad Alwi, penyayi indonesia. Tapi lagi ini ada dua versi, satu lagu di iringi suara vokal penyayinya dan satu lagi hanya suara musik instrumental nya sahaja.
        Jika bunda suka, bisa cari di google dengan judul lagu di atas, atau bisa juga melalui link download ini: http://www.4shared.com/audio/9i2lrhRZ/Haddad_Alwi_-_Instrumentalia_D.html

        Semoga membantu,
        salam hangat dari Medan, 😀

        • Alhamdulillah dan terima kasih Masyhury kerana memaklumkan saya akan lagu ini. Kedua2nya sudah saya download dan sungguh sangat mengasyikkan. namun begitu saya tetap memilih muzik instrumental kerana kesannya lebih mendalam bila mendengarkannya berbanding dilagukan dengan lirik.

          Terima kasih sekali lagi Masthury atas bantuannya. Semoga dirahmati Allah SWT.

          Salam hangat kembali. 😀

    • Wa’alaikum salaam Melianaaryuni…

      Alhamdulillah, bunda sehat dan didoakan Meliana juga sehat di sana.

      Inda apa2 Meli, kalau ada luang waktu, silakan kemari untuk menyapa bunda.

      Amiin.. mudah2an Meli, semoga kita diberi banyak peningkatan dalam kehidupan di tahun baru. yang penting mesti ada usaha untuk ke arah peningkatan tersebut. Semoga sukses selalu.

      Salam tahun baru 2011.

    • Hai Bchree…
      Alhamdulillah, Harimau Malaya menang dengan 4-2 kepada pasukan Garuda. Semoga akan semakin sukses untuk kedua2 pasukan di masa mendatang dan harmoni para penyokongnya.

      Salam hangat kembali dan Selamat Tahun Baru 2011.

    • Hai Wahyu…
      Terima kasih hadir untuk menyapa di akhir tahun setelah lama menyepi diri dari sapaan Wahyu.

      Mudahan masa lalu bisa dijadikan teladan untuk menatap masa depan yang lebih gemilang sejarahnya. Amiin.

      Selamat Tahun Baru 2011.
      Salam mesra.

  4. Bunda siti sayang…
    selamat Tahun Baru..
    semoga ditahun2 depan, kita menjadi hamba yang semakin banyak bersyukur dan bersabar.. semoga keberkahan, kesehatan, dan kesehatan senantiasa menaungi kita dan dilapangkan segala urusan juga rezekinya..

    Semoga Allah SWT memudahkan langkah kita dan menjaga kita dalam kebaikan dunia wal akhirat…

    salam sayang saya.. 🙂

    • Hai Tiyha…
      Amiiin… Ya Karim Ya Aziz. Alhamdulillah, mudahan doa2 baik yang dilampirkan Tiyha dimakbulkan Allah buat kita semua. Berdoalah, insya Allah akan diperkenankan Allah menurut amal manusia. Yang penting jangan putus asa untuk menadah tangan memohon keampunan dan keberkatan-Nya dalam memudahkan urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

      Selamat Tahun Baru juga Tiyha. Mudahan diberi kesehatan yang baik untuk diri dan anak yang bakal hadir ke dunia. Saya selalu mendoakan.

      Salam sayang kembali dari saya. 😀

  5. assalamualaikum Siti Fatimah..
    saya baru menemui web ini… begitu menarik sekali.. banyak yang ingin saya baca tapi masa belum begitu
    mengizinkan… saya akan cuba mengunjungi web ini selalu…

    selamat tahun baru 2011

    • Wa’alaikum salaam Lozz Akbar…

      Selamat tahun baru juga.
      Terima kasih atas ucap selamat buat Skuad Harimau Malaya yang telah menang di AFF 2010.

      Tahniah juga untuk Garuda Indoensia yang telah menjadi Runner Up. Semoga semuanya baik dan harmoni.

      Salam hangat kembali.

  6. Kehidupan memiliki sesuatu yang misteri. Tidak pernah ada yang tahu kapan kebahagian itu akan menjemput kita, namun juga tidak pernah tahu kapan kesedihan itu berakhir. Semuanya telah menjadi suratan hidup yang harus mampu kita lalui agar tidak menyerah dengan keadaan. Tahun 2010 tentulah banyak goresan2 hidup yang telah dotorehkan, entah itu bahagia atau kesedihan. Kita harus tetap mensyukurinya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam menjalani hidup. Dan ditahun 2011, semoga mampu kita jalani dengan sebaik mungkin dengan tentu saja terus menjadikan Allah SWT sebagai tumpuan utama kita.

    Selamat Tahun 2011 dari Duniaku Disini (Samarinda, Kalimantan Timur) untuk Ibu Siti Fatimah di Sarikei, Sarawak.

    Oh ya, Kalimat terakhir pada tulisan diatas sepertinya ada yang salah. Seharusnya SELAMAT TAHUN BAHARU 2011, bukan 2010 🙂

    • Hai Ifan Jayadi….

      Semoga Tahun Baru 1432 H dan 2011 M memberi kebahagiaan buat kita untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dari hari sebelumnya.

      Benar Ifan, Hidup ini sangat misteri kerana kita sendiri tidak tahu apakah yang bakal berlaku kepada kita pada saat mendepan sebentar tadi.

      Apa yang kita harus faham, istilah masa kini atau masa sekarang, tidak pernah wujud kerana ia telah berlalu sesaat yang lepas. Mari kita menyonsong hari esok yang masih kabur dengan menggilapnya sehingga berkilau dan manyilaukan.

      Terima kasih atas komentar berbobot dari Ifan juga atas pembetulan tahunnya. Sudah saya betulkan. 😀

      Salam tahun baru dari saya.

  7. SELAMAT TAHUN BARU 2011

    Semoga hari depan akan selalu Sukses, semangat positif dan semakin meningkat kualitas hidup kita dalam setiap kesempatan.

    Semoga Allah merahmati kita semuanya…

    • Salam Takzim sahabat, Halaman Putih…

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim.
      Alhamdulillah dan terima kasih atas doa2 baik dan mengharapkan kita semua dirahmati Allah SWT juga selalu berada dalam naungan kejayaan di dunia dan akhirat.

      Salam keindahan tahun 2011.

  8. Assalamualaikum, apa kabarnya bunda? mudah²an selalu dalam perlindungan Allah SWT, maaf beribu maaf baru sekarang saya sempat berkunjung ke blog bunda ini. Thank you atas postingan di atas begitu menggugah sekali, dan menambah semangat untuk menapaki tahun yang baru.

    Salam hangat
    Arie Iswadi, Bondowoso-Jatim, Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam Arie Iswadi…

      Amiin… Ya Malikul Kuddus. Alhamdulillah, saya sihat. Terima kasih atas doa2 baik yang dikirimkan. Semoga arie juga mendapat kebaikan yang sama dari Allah SWT.

      Tidak apa Arie, kalau ada luang masa, silakan singgah untuk bersama berkongsi ilmu dan hikmah. Semoga berolah manfaatnya dan semangatlah menempuh hari mendatang dengan fikiran yang optimis agar beroleh kejayaan yang melimpah ruah.

      Salam ceria selalu.

  9. selagi wajah masih tampan dan selagi paras paling cantik, mumpung tenaga masih kuat, kaki ini masih mampu melangkah jauh untuk mencari Ridho-NYA dan usia masih menempel di Raga , mari kita berbuat baik dari yang terbaik biar nanti kita bisa bercerita banyak buat anak cucu kita , agar mereka kelak akan mendapatkan pelajaran berharga dari lidah lidah yang gemetar ini karena bercerita tentang masa lalunya yang indah ….itu hanya bisa dimulai dari SEKARANG

    salam hangat Mbak.

    • Hai Andioka…

      Kata-kata yang bermakna dalam dan mengesankan. Saya senang membaca apa yang ditulis di atas. Bahasanya sungguh indah dan harmoni dibaca.

      Iya mas Andioka, jika tidak bermula dari sekarang dengan membina menara kejayaan kehidupan bagaimana anak cucu kita bisa melihat tugu kejayaan.

      Maka berusaha membina sejarah sendiri untuk dijadikan pembakar semangat mereka agar berbangga mempunyai kita sebagai orang tua dan moyang mereka.

      Terima kasih kerana betah kemari.
      Salam hangat kembali.

  10. Assalamualaikum bunda Siti…

    Selamat tahun baru 2011 Masihe. Angkanya makin tambah. Usianya makin tambah. Matangnya juga makin tambah.

    Tapi ada yang kurang juga. Baki umurnya berkurang. Jarak nisannya berkurang. Muda dan kuatnya berkurang.

    Telah disusun demikian rupa. Agar manusia tiada alpa. Hembusnya nafasnya yang lalu, tiada pernah kembali lagi. Doa munajat memohon restu, agar bisa menghirup nafas yang baru…

    Pembabitan saya diblogspehere ini antara detik indah dan bermakna tahun ini. Mengenali medium internet bersama para pelayarnya adalah bonus terapi jiwa saya.

    Buat bunda Siti, mudah-mudahan bunda bersama famili serta blog tercinta ini akan lebih maju dan suksess pada masa akan datang hendaknya…

    • Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Selamat tahun baru 2011 kembali.
      Benar tu, apabila pergantian hari berlalu maka secara tidak disedari semakin banyak yang bakal hilang dari kehidupan kita, terutama masa dan umur yang pastinya tidak akan kembali lagi.

      Kekurangan umur yang kelihatannya bertambah itu telah banyak meragut kekayaan kesihatan yang kita miliki selama ini. maka ambil iktibar dari mereka yang telah pergi dan “diambil” haknya oleh Allah dalam kehidupan ini.

      Oleh itu, hargailah setiap detik perjalana hidup ini kerana ia tidak akan pernah kembali lagi. usahakan sesuatu yang terbaik dalam hidup yang berupa amalan dan ibadah sebagai bekal untuk ke negeri akhirat esoknya.

      Terima kasih Abgreds atas komentar yang mencerahkan minda dan menjernihkan hati. semoga dirahmati Allah SWT kerana memberi pesan baik untuk semua di ahun baru ini.

      Amiin… Ya Salam Ya Mukmin. Semoga Allah selalu mengamankan dan mensejahterakan kia di dunia dan akhirat.
      Salam mesra selalu.

    • Hai Zulfa…

      Benar, saya setuju bahawa kegagalan adalah kemenangan yang tertunda asalkan ada usaha untuk mengangkat kegagalan menuju puncak kejayaan.

      Mudahan kejayaan akan selalu menemani kita di tahun 2011. Terima kasih mas atas kunjungan.
      Salam tahun baru 2011.

  11. Assamulaikum Bunda Siti,
    Nanda datang dengan tangan sedakap didada, silaturahmi pada Bunda, Abah dan Adik-adik nanda seraya mengucapkan selamat tahun baru masehi 2011.

    Semoga Allah SWT, melimpahkan rejeki dan kesehatan kepada Bunda sekeluarga.

    Salam Nanda.

    • Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…

      Amiin… Ya Khaliq Ya Bari’. Terima kasih atas doa yang baik dari nanda. Didoakan juga nanda dan keluarga dilimpahi kesehatan dan rezeki yang melimpah dari Allah SWT.

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan nanda Aldy. Semoga silaturahmi akan selalu terjalin baik dan berkekalan.

      Bunda dan keluarga mengucapkan selamat Tahun baru 2011 buat nanda dan keluarga di sana.

      Salam mesra selalu. 😀

  12. Assalaamu`alaikum kak,
    selamat tahun baharu juga saya ucapkan untuk akak dan seisi keluarga di sana. Semoga kehadiran tahun 2011 membawa kejayaan dan pembaharuan dalam kehidupan masing-masing jua. Insya Allah

    Salam manis untuk akak.

    • Wa’alaikum salaam adikku…

      Amiin… Ya Musawwir Ya Ghaffar. Alhamdulillah, mudahan kejayaan akan mengiringi kehidupan kita di tahun baharu ini.

      Selamat Tahun Baru 2011 juga buat Mama.
      Terima kasih hadir menyapa.
      Salam manis kembali dari akak. 😀

  13. hari-hari yang indah bunda dengan menjalin silaturahmi dan persahabatan dengan banyak orang.
    salam untuk bunda dan family.
    kapan rencana keliling dunia? hehehe

    • Hai Ari…

      Semoga keindahan hari yang dilalui akan terus menyemarak kebahagiaan yang diingini dan berbuat baik kepada banyak orang akan menghadirkan rahmat buat kita juga. Silakan bersilaturahmi, Ari.

      Hmmm… insya Allah, akan dimulai tahun ini. Doakan ya… hehehe. Apa bener nih, saya mahu keliling dunia ? 😀

  14. Lama saya tak berkunjung Bunda, apa kabarnya?
    Selamat tahun baru 2011 dari sy. Semoga kesejahteraan & kebahagiaan selalu menyertai kita.
    Salam hangat & salam mesra dari Ciamis Indonesia

    • Nanda Dedekusn…

      Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan nanda Dede juga demikian sama. Senang menerima kunjungan Dede dan maafi juga bunda kerana sudah lama tidak menyapa Dede di sana.

      Amiin… Ya RazzaqYa Fattah. Mudahan Allah memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita. Selamat Tahun Baru 2011.

      Salam hangat dan mesra dari saya. 😀

  15. Selamat Tahun Baru Masehi 2010

    Sebagai manusia banyak hal yang baik yang menjadi keinginan dan cita-cita, semua patut diperjuangkan dan diupayakan. Kemudian serahkan hasilnya kepada kuasa Allah Subhanahuwata’ala. Jika tercapai maka syukur harus kita patrikan didalam hati dan perbuatan, tetapi bila belum terlaksana maka jangan berputus asa dan bertawakal kepada Illahi.

    Salam bahagia selalu untuk Bunda dan sanak keluarga

    • Hai Lyna…

      Selamat Tahun Baru 2011.
      Yaps… setuju dengan nukilan mbak lyna di atas. Sungguh mencerah dan mengesankan sebagai inspirasi untuk meningkatkan daya produktiviti dalam kerjaya.

      Dengan azam yang dibina, kita harus berusaha untuk merealisasikannya walau payah yang ditempuh. Semoga sukses selalu.

      Salam manis dari saya.

  16. Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya.

    Semakin dewasa dalam menjalani kehidupan dan seperti butir padi yang semakin berisi semakin merunduk.

    Amiiin ya robbal alamiin.

    • Selamat Tahun Baharu 2011 juga buat Azzahra.
      Amiin… Ya ‘Aliim Ya Basith. Terima kasih atas kiriman doa yang baik dari Azzahra dan didoakan juga agar Allah memberi kebaikan yang sama.

      Mudahan tahun ini menjadi pembuka lembaran baru untuk mencapai kejayaan yang didamkan. Iya… semakin dewasa dan matang untuk menghadapi segala tribulasi yang melanda dengan kewajaran fikir dan tindak akal yang rasional berpandukan petunjuk Ilahi. Mudahan kita selalu menjadi insan yang rendah diri tetapi tinggi ilmu untuk sama-sama memberi dan menerima bagi mencapai mardhatillah.

      Semoga Azzahra bahagia selalu. Salam keindahan di tahun baru. 😀

    • Hai Cahya…

      Amiin… Ya Sami’ Ya Basir. Alhamdulillah. Mudahan tahun 2011 memberi semangat dan inspirasi baru untuk kita mengejar kejayaan. Terima kasih Cahya kerana kunjungan di tahun baru.

      Salam mesra.

    • Salam hormat Tuan Ersis Warmansyah Abbas…
      Senang menerima kunjungan sahabat guru yang selalu diingati dan masih sudi untuk bersapa di blog saya walau saya sudah lama tidak dapat mampir ke blog Tuan Ersis di sana.

      Alhamdulillah, setakat ini draf buku sudah ada 2 yang hampir siap. Alhamdulillah, semangat dan dukungan dari Tuan Ersis selama ini banyak memberi inspirasi buat saya untuk gagah meneruskan impian.

      Terima kasih atas ingatan dan kunjungan yang sangat dialu-alukan. 😀

      Selamat Tahun Baharu 2011.
      Salam mesra selalu

    • Salam takzim akhi Muxlimo…

      Amiin… Ya Wali Ya Hamiid. Alhamdulillah, mudahan kita semua selalu dalam kondisi yang dirahmati Allah SWT.

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam mesra selalu.

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.