CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SAHABATKU YANG DIHORMATI…. Bicaraku kali ini sangat panjang. Ia satu perluahan hati yang bimbang akan kemerosotan penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi dalam kalangan kita. Jika sahabatku sudi mendengar kata hatiku melalui tulisan ini, silakan baca dengan tenang, perhatian yang khusus dan kemudian memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada tulisan Jawi suatu ketika nanti jika kita tidak punya kepedulian terhadapnya.

Saya berpendapat memegang amanah untuk mengangkat martabat bangsa, budaya dan bahasa bukan perkara yang mudah dalam dunia mutakhir dan serba digital ini. Pola pemikiran manusia sudah banyak berubah sesuai dengan perkembangan zaman. Kepercayaan yang diberi memerlukan kita untuk lebih perihatin, punya iltizam yang tinggi dan kejituan hati yang tulus dan luhur untuk menjayakan maltamat yang sudah direncanakan.

Bagiku, tugas sebagai Munsyi Dewan, pengkhususan bidang tulisan Jawi memberi satu cabaran besar untuk mengangkat semula martabat tulisan Jawi di persada bumi Malaysia dalam menghadapi kemerosotan penggunaannya  kerana bersaing kencang dengan tulisan Rumi.

Penggunaan tulisan Jawi pernah mendominasi dunia Alam Melayu senusantara.  Menurut Amat Juhari (1996),  dalam abad ke 17 hingga abad ke 19, penggunaan tulisan Jawi cukup meluas. Bahkan tahun 1750 M merupakan kemuncak keemasan bagi kesusasteraan Melayu klasik dengan menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan utama.

Penggunaan tulisan Jawi tetap terus bertahan sampai selepas Perang Dunia kedua.sehinggalah abad ke 20. Ia digunakan dalam negeri-negeri Melayu terutama Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, negeri-negeri Melayu di luar Semenanjung seperti Brunei, Riau-lingga, Siak seri Inderapura, Jambi, Palembang, Deli-Serdang, Aceh, Pontianak, Sambas, Banjarmasin dan lain-lain.

Pertahanan tulisan Jawi akhirnya roboh dan terancam apabila wujudnya Akta Bahasa 1963 yang menetapkan tulisan Rumi menjadi tulisan Rasmi Bahasa Melayu. Pelbagai kekangan terus dihadapi dalam memurnikan tulisan jawi sesuai dengan peredaran semasa untuk mewujudkan satu sistem ejaan Jawi baru melalui pembakuan ejaan Jawi dan penerbitan ejaan Jawi yang baru.

Sejak itu, ke manakah arah tuju tulisan Jawi sehingga kini ? Kedudukannya semakin terancam dari hari ke hari.  Sistem ejaan dan tulisannya bagaikan kehilangan akar sejarah – hilang daya kekuatan untuk memartabatkan diri bersaing dengan tulisan Rumi yang semakin menebal pengaruhnya. Hilang daya kemampuan untuk mengangkat kebesaran ilmunya sebagai rujukan utama dalam penulisan dan pengembangan bahasa.  Tulisan Jawi juga semakin kurang berupaya mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menguasai diri dari mempelajarinya, lemah sehingga sukar ditentukan hala tujunya.

Tulisan Jawi dewasa ini, seakan menunggu untuk berkubur bila-bila masa jika tidak ada pihak yang mengambil berat tentangnya. Sungguh menyedihkan mengingati nasib yang diterima oleh tulisan Jawi,  yang suatu ketika dahulu pernah mendominasi dunia persuratan Melayu malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kemampuan masyarakat Melayu di Malaysia masa kini dalam penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi sangat menyedihkan, seolah-olah tulisan Jawi tidak mendapat tempat yang jitu di hati mereka. TIDAK PERCAYA ? Beberapa kajian ilmiah telah dibuat untuk membuktikan fenomena ini berlaku.  Hasil dari kajian-kajian tersebut menunjukkan majoriti anak-anak muda Melayu di Malaysia tidak dapat menguasai pembacaan dan penulisan Jawi. Perkara ini cukup menyedihkan, ia boleh diibaratkan “seperti kacang lupakan kulit”.

Menurut Isahak Haron et.al (2005), fenomena ini berlaku mulai tahun 1960an apabila penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar Islam di sekolah merosot, kerana tulisan Jawi telah diganti dengan tulisan Rumi dalam penerbitan buku teks dan buku-buku rujukan Pendidikan Islam.  Kemudian,pada pertengahan 1980an atas desakan daripada masyarakat Islam umumnya, tulisan Jawi diguna semula untuk pengajaran Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun penguasaan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar adalah kurang memuaskan.


Perkara ini dapat dibuktikan melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik yang berminat untuk meninggikan martabat tulisan Jawi kembali kepada zaman kegemilangannya. Antara kajian yang dijalankan tentang penguasaan tulisan Jawi ini  mendapati:

1. Berdasarkan laporan pemantauan j-QAF peringkat negeri Sarawak 2008 hasil dari pemantauan ke beberapa buah sekolah di Bahagian Sarikei dan Bahagian Sibu mendapati  masih ramai pelajar yang belum menguasai kemahiran jawi dan didapati terdapat guru j-QAF yang kurang jelas konsep Kelas Pemulihan Jawi.

2. Merujuk kepada kajian Sabariah (2008) mendapati prestasi murid dalam Model Pemulihan Jawi masih berada pada tahap sederhana (min 2.5  – 2.99).  Kajian ini melibatkan 305 guru j-QAF ambilan tahun 2005, 2006 dan 2007 di sebuah institusi perguruan di Sabah.

Berdasarkan keseluruhan min bagi perolehan data berikut didapati (i) pelajar dapat MENGENAL HURUF JAWI dengan baik (min=2.82), (ii)  pelajar dapat MEMBACA HURUF JAWI dengan baik (min=2.86) dan (iii) pelajar dapat MENULIS HURUF JAWI dengan baik (min=2.70). Min keseluruhan di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar adalah MASIH SEDERHANA dan belum memuaskan. Oleh itu, memerlukan penambahbaikan dan komitmen guru dari semasa ke semasa.

3. Hasil kajian dari Siti Fatimah (2007) ke atas 15 orang pelajar menjadi responden dengan menggunakan kaedah KUALITATIF sebagai dominsai kajian tersebut.  Analisis mendapati daripada 3 aspek yang dikaji iaitu (i) Ujian MENGENAL HURUF JAWI = 42% tidak kenal, 58 % kenal, (ii) Ujian MENULIS HURUF JAWI = 65.4 tidak boleh menulis, 34.6 boleh menulis dan (iii) ujian MEMBACA HURUF JAWI = 48.4 tidak boleh baca, 51.6 tidak boleh baca.

4. Hasil kajian oleh Nik Rosila (2007) terhadap 400 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. mendapati penguasan jawi adalah LEMAH dalam aspek berikut: Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran.

5. Berdasarkan analisis kajian oleh Siti Fatimah et. al (2007) berhubung dengan PENGUASAAN HURUF TUNGGA JAWI, yang mana 3 ujian dilakukan ke atas 17 orang pelajar  melalui  kaedah kualitatif, mendapati:

(i) MENGENAL HURUF TUNGGAL JAWI

100 % murid tidak mengenali huruf ى (ya leweh) berbanding huruf   ة (41.2 %).  Manakala 5.9 %  murid mengenali huruf ث,  17.6 %  huruf ؤ dan لا, 58.8 % huruf غ,  64.7 % huruf خ , ء dan 76.5 % murid mengenali huruf ز .  Kajian mendapati bahawa 23.5 % murid mengenali huruf  ف , manakala 47.1 huruf  غ dan  52.9 %  huruf  ض.  Hasil yang menarik sekali ialah keseluruhan murid 100 % mengenali huruf د. Hampir keseluruhan murid  70.6 % dapat mengenali huruf خ , س , ش , ص , ض , ط , ف , ق , 82.4 % huruf ظ , ع , ك , ﻫ , ي , 88.2 % huruf ث , ج , ذ , م , ن dan 94.1 % mengenali dengan mudah huruf ا , ب , ت , ح , ر , ل , و .

(ii) MEMBACA HURUF TUNGGAL JAWI

100 % murid tidak boleh membaca huruf  ى (ya leweh) berbanding huruf ة (35.9 %), Peratusan boleh baca huruf ة menurun berbanding mengenali huruf tersebut. Manakala 5.9 %  murid boleh baca huruf ث dan  11.8 %  huruf ؤ dan لا. Manakala, 23.5 % murid boleh baca huruf ف, 47.1 % huruf  غ dan  52.9 %  huruf  ض.  Huruf –huruf  ini mudah dibaca sebagaimana murid mengenali huruf tersebut. 76.5 % murid boleh membaca huruf  ز , ﻫ . Huruf  د masih menguasai 100 %  jumlah murid dalam pembacaan.

Kajian juga mendapati bahawa 58.8 % murid boleh membaca huruf خ, ط , غ ,  ق , ء, 64.7 %  huruf س , ش , ص, 70.6 % huruf خ , ض ,  ف , 82.4 % huruf ظ , ع , ك, ي , 88.2 % huruf ث , ج , ذ , م , ن dan 94.1 % boleh membaca dengan mudah huruf ا , ب , ت , ح , ر , ل , و . Hasil kajian yang diperolehi mendapati kebanyakan murid sudah boleh membaca hampir semua huruf-huruf tunggal jawi.

(iii) MENULIS HURUF TUNGGAL JAWI

100 % murid  tidak boleh menulis huruf ث berbanding huruf ا yang dapat dikuasai sepenuhnya (100 %). Dapatan juga memperolehi hanya  5.9 % murid boleh menulis huruf ق , ؤ. Manakala  29.4 % huruf لا. Kemudian 35.3 % huruf ص, ض . Manakala 47.1 % huruf خ , dan 58.8 %  huruf ز, غ, ف . Pengkaji mendapati terdapat huruf-huruf yang tiada dalam sukatan bersama dengan huruf dalam sukatan dapat dikuasai oleh segelintir murid dari sudut penulisan iaitu 17.6 % huruf ﻫ dan ى (ya leweh), 41.2 % huruf ط , ظ ,ف , 52.9 % huruf غ,ك , م , ء , ة  ,dan 64.7 % murid boleh menulis huruf ح , ذ , ر , ش , ع , ن , و .  Dapatan  ini  berbeza dengan tahap mengenal dan membaca di mana terdapat huruf yang mereka tidak boleh kenal dan baca tetapi boleh pula ditulis.

Perbezaan yang dikenalpasti daripada huruf-huruf yang terdapat dalam sukatan Pemulihan Jawi tahun Satu di mana huruf ض  hanya dapat ditulis oleh 11.8 % murid sahaja berbanding huruf ث yang memperolehi 82.4 %.  Huruf-huruf yang lain dapat ditulis dengan baik di mana dapatan memperolehi 76.5 %  huruf ج , د , س ,  ي dan 88.2 % huruf ب , ت ,  خ. Kebanyakan responden dapat menulis huruf ل (94.1 %). Keadaan ini dapat diintepretasi bahawa huruf tersebut amat sinonim dengan bentuk mata kail, kaki payung atau tongkat oleh kanak-kanak.

***************

Secara kesimpulannya, ruang untuk menambah baik dan meningkatkan penguasaan tulisan jawi di Malaysia masih terbuka luas dengan komitmen yang tinggi dari pihak kerajaan dan masyarakat dalam menyokong kembali usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan bangsa Melayu khususnya  dan masyarakat pelbagai kaum umumnya di Malaysia.

KENAPA SAYA MERUJUK KEPADA BANGSA MELAYU ?

Insya Allah akan saya tulis tentang sinonimnya bangsa Melayu dengan tulisan Jawi melalui perkembangan dan asal usul tulisan Jawi pada posting yang akan datang.

*

SalamFatima3SalamFatima  29 Oktober 2010 (Jumaat)/ 2323 malam SARIKEI, SARAWAK

AKU…. selalu ingin anak didikku berjaya lebih dari apa yang aku perolehi. Jika demikian hasil yang mereka perolehi memberi maksud bahawa apa yang aku sampaikan kepada mereka mencapai matlamat dan gagasanku sebagai “GURU SEBENAR GURU: ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu.” Amiin…. Ya Rabb. Semoga kejayaan selalu berada bersama anak didikku.

– SITI FATIMAH AHMAD –


Rujukan:

Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa    dan Pustaka.

Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin & Nordin Mamat. 2005. Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi di Sekolah Rendah menggunakan kaedah Gabungan Bunyi-Kata. atas talian – http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Jawi.htm.

Nik Rosila Nik Yaakob. 2007.  Penguasaan Jawi dan Hubungannya  Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 161–172. Universiti Sains Malaysia.

Sabariah Bahrun. 2008. Model Pemulihan Jawi: satu analisis pelaksanaannya di Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan  Siri Ke-6, hlm: 523-534.

Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. 2007. Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak. Jurnal Penyelidikan Ipera 2008. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

Siti Fatimah Saufee. 2007. Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Jurnal Ipera edisi Khas. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.


163 thoughts on “CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM

    • AzizMostafa…

      Alhamdulillah… jika ramai yang mendokong untuk memartabatkan tulisan Jawi, pasti Jawi akan berbunga lagi.

      Saya sudah ke link yang saudara maksudkan. Sangat menarik dan insya Allah akan ke sana lagi untuk meneroko hikmahnya.

      Terima kasih atas kunjungan perdana saudara dan semangat yang ditampilkan untuk semarak Jawi melompat lebih tinggi. Semoga berjaya juga.

      Salam kenal dari saya di Bandar Sri Aman, Sarawak.

      • Dear Siti Fatima Ahmad,

        Sila e-mel saya alamat pos sehingga saya boleh meng-upload Digital Jawi Kaligrafer (hadiah ikhlas) secepat mungkin, dan menghantar CD melalui pos.

        Pujian terbaik dengan Bunga

        • Saudara AzizMostafa…

          Subhanallah…. saya sangat terharu sekali atas hadiah yang bakal saudara beri dan kirimkan kepada saya. Ia satu penghargaan buat saya yang sudah lama tidak menulis tulisan khat.

          Jika ada contoh untuk saya ikuti bagi mempelajari dengan lebih mendalam lagi keindahan kaligrafi Jawi ini, pasti akan memudahkan saya untuk meneruskan bakat sedia ada pada saya.

          Terima kasih terlebih dahulu atas hadiahnya. Insya Allah akan saya kirim alamat melalui email dengan kadar segera. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberi dan dirahmati Allah selalu.

          Salam mesra dan ceria selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

          • Terima kasih SITI FATIMA AHMAD,

            Alasan bahasa Melayu saya!

            Saya telah upload khattat Jawi + sedang menunggu e-mel anda untuk berkongsi link.
            uNTUK Jawi Bunga, aku upload 2 contoh yang dapat anda bekerja pada bunga 16-petal.
            Namun, saya masih mencari senarai kata dasar. Lebih baik dalam Jawi lama.
            http://www.ejawi.net/senikhat/forum

            Ini adalah beberapa baris untuk membantu anda melakukan penyegerakan dengan saya.
            Pada tahun 2009, dengan harapan penyebaran Jawi, saya mengambil bahagian dalam KLBF.
            http://www.kualalumpurbookfair

            Juga, saya menyelenggarakan workshop untuk Arab Kaligrafi.
            http://senikhat.ejawi.net/forum/viewtopic.php?t=202
            http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/4/6/central/3637031&sec

            Tahun lalu saya tidak boleh terbang ke KLBF untuk 3 alasan:
            1. bunga Sofware + font Naskh belum siap.
            2. Kawan-2 tidak memberikan janji mereka untuk menghubungi saya.
            Momkin projek ini tidak begitu menguntungkan!
            3. pengamalan saya tahun sebelumnya tidak menggembirakan.

            Saya berharap tahun ini, saya boleh membuatnya walaupun bayaran wajar + perjalanan yang berpatutan.

            Kalau tidak, aku akan terus mencari rakan kongsi yang tajam + mengorbankan sampai aku menemukan satu.

            Tuhan memberkati jari anda menekan

            • AzizMostafa…

              Berdasarkan kepada tulisan saudara di atas, ternyata saudara adalah seorang pencinta Jawi dan berusaha bersungguh2 untuk memartabatkan tulisan Jawi dan kaligrafinya untuk sebaran semua yang berminat.

              Semoga saudara berjaya dalam apa yang menjadi minat dan usaha yang dilakukan. Insya Allah, apa yang baik untuk maslahat ummah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

              Salam harmoni dari saya.

              • Salam hormat buat Siti Fatimah Ahmad,

                Kerana anda tidak e-mel saya, saya tidak punya pilihan selain menlink anda ke:
                http://www.maryamsoft.com/files/Download/MirEmad%202.4.1%2089-06-22.exe
                Ini akan install font dinamik + berjalan selama beberapa hari atau minggu, tetapi akan meminta nombor.
                Untuk mendapatkan nombor, anda boleh e-mel saya atau syarikat. Atau
                http://www.maryamsoft.com/Default.aspx?Page=ActivationCode
                Saya atau Kawan kerja sama saya akan membantu anda.

                Suka menghantar versi dengan bantuan dalam Bahasa Melayu?

                Atau Siti Fatima tampaknya sangat berhati-hati?!

                Selamat mencuba + Flowers

                • Salam hormat saudara AzizMostafa…

                  Mohon maaf kalau kelewatan mengirim emailnya di salahfahami oleh saudara. Tidak demikian. Saya tidal lupa, cuma koneksi untuk memasuki email sangat lambat sehingga saya selalu menanguh untuk berbuat demikian. maklumlah hanya menggunakan broadband kecil yang tentunya punya kelajuan yang terbatas.

                  Bukan saudara sahaja yang berkata demikian, teman2 lain juga begitu.
                  maaf kalau ralat dalam hal ini. akan saya usahakan. Sekarang pun sedang berusaha, tapi masih belum ada koneksinya, masih hanging.

                  Saya lebih senang kalau dikirimkan kepada saya sebagai menghargai kiriman dari saudara untuk kemaslahatan dunia tulisan Jawi ini.

                  Terima kasih ya, kerana mengingatkan kembali. Semoga diredhai Allah segala usahanya.

                  Salam kemaafan dari saya di Sarikei, Sarawak.

                  • Mohon maaf kalau aku salah faham Siti Fatimah Ahmad,
                    Jawi + Siti Fatimah berhak tidak kurang dari VDSL.
                    http://www.vdslnetwork.com/

                    Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
                    Sahaja 17 huruf yang manis + tari-menari.
                    Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indo tidak mengetahui.

                    CD akan dihantar ke Sarawak dengan Bunga.

    • Sdr AzizMostafa, saya begitu berminat utk mendapatkan tulisan khat melalui aplikasi digital, seterusnya memahirkan dalam penulisan khat tersebut (pelbagai jenis khat). Harap dapat dibantu.

  1. Assalamualaikum wr wb..
    Sungguh sangat terkesan membaca tulisan Bunda, sebuah tulisan yang menggambarkan sebuah kepedulian ttg budaya bangsa melayu pada khususnya, yaitu ttg tulisan jawi. Kalau di Indonesia dalam bhs awam tulisan ini sering disebut; tulisan “arab gundul “ , disebut gundul karena polos tanpa dibubuhi tanda kharokat…
    Tulisan ini hanya diperkenalkan disekolah 2 islami dan pondok pesantren , dan tidak di sekolah2 umum. Maka kebetulan kita yang mengenyam ilmu disekolah umum nyaris tidak mengenalnya.
    Memang sungguh disayangkan negri yang katanya terbesar umat islam justru tidak mengenal tuliasan semacam ini. Kata Bunda ibarat kacang yang lupa kulitnya, itu memang benar…
    Untuk mengembalikan ini jelas bukan hal yang mudah, karena zaman sudah terlanjur begini…, apalagi undang undang pendidikan juga tidak mendukungnya…
    Semoga tulisan ini akan tetap dipakai meski oleh sebagian kecil golongan , jadi nantinya anak cucu tidak akan kehilangan sejarah.
    Demikian sekali lagi salut buat Bunda, dan saya berikan apresiasi buat Bunda….
    Terima kasih.

    Salam mesra sll from west java

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Mas Cahyo…

      Alhamdulillah… kepedulian terhadap tulisan Jawi ini sudah sangat lama, cuma peluang untuk merealisasikannya baru kini diizinkan Allah. Oh… kalau di Indonesia namanya tulisan Arab Gundul. Di Malaysia, nama Jawi itu mempunyai sejarah tersendiri dan berlaku pemeringkatan dalam perkembangannya.

      Di awal perkembangan tulisan Jawi, ia memang menggunakan “harakat + baris” dalam penulisan kerana huruf2nya adalah berasal dari huruf Arab yang kemudian ditambah dengan 6 huruf (mengikut lidah Melayu seperti yang tertera di foto teratas). Kemudian berubah dari semasa ke semasa menurut peredaran zaman sehingga barisnya dibuang, tetapi masih berbunyi mengikut baris.

      Sejak tahun 2006, apabila program j-QAF diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi memperkasakan Pendidikan Islam, satu Model Kelas Pemulihan Jawi diperkenalkan dan semua pelajar Islam yang bermasalah dalam tulisan Jawi diwajibkan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi ini.

      Semoga di Indonesia juga akan sama berusaha memartabatkan semula tulisan Jawi pada kedudukannya yang unggul suatu ketika dahulu agar warisan budaya Melayu senusantara tetap terjaga rapi dan generasi baru kenal akan asal usulnya.

      Terima kasih Mas Cahyo atas sokongan dan semangat yang diberi. Semoga Allah akan merestuai niat baik kita. Amiin.

      Salam mesra dari saya. 😀

  2. Saya juga yag tidak paha membaca tulisan jawi atau arab gundul. Tapi bisa bila ada kharokatnya.

    Sepertinya hal diatas tidak hanya berlaku di masyarakat Melayu saja Umi, tapi juga di Indonesia dan mungkin banyak negara lain.

    Saya kagum dengan negeri-negeri yang masih mempertahankan tulisan asli budaya mereka seperti China, Jepang, Arab, India dan lainnya.

    Di Jawa sendiri ada tulisan Jawa yang penulisannya mirip dengan tulisan india dan sekarang sudah hampir punah karena hanya dipakai di lingkungan kerajaan.

    • Hai Mas Mot…

      Kalau di Malaysia perkembangan morfologi (kaedah) dan otolorgi (ejaan) tulisan Jawi sentiasa mengalami perkembangan sesuai dengan masa yang berlalu. Tokoh terkenal yang berusaha memartabatkan Tulisan Jawi di Malaysia adalah Pendita Zaaba (Zainal Abidin Ahmad) yang telah berusaha menulis beberapa buku tentang kaedah dan ejaan tulisan Jawi di mana bukunya yang terkenal RAHASIA HEJAAN JAWI (diterbit pada 1931) dan dikemas kini oleh Asmah Haji Omar (diterbit pada 2009) dengan nama baru RAHSIA EJAAN JAWI menjadi rujukan kepada sejarah perkembangaan pembakuan ejaan Jawi di Malaysia.

      Jika adanya sokongan daripada masyarakat linkungan, pasti tulisan Jawi (bangsa Melayu) dan tulisan Jawa (bangsa Jawa) akan tetap teguh dipertahankan sebagai satu warisan bangsa yang pernah membangun hebat dengannya.

      Terima kasih Mas Mot atas semangat yang ditunjukkan. Semoga tulisan Jawi masih dapat bernafas walau dalam kepayahan. Perjuangan untuk kesinambungan agar tulisan Jawi masih utuh akan dipertahankan sebagai satu khazanah yang amat berharga.

      Salam ceria dan harmoni dari Bandar Sri Aman, Sarawak. 😀

  3. betul sekali ibu wah ini baru nih …ema yang perhatian ama bangsa heee 🙂 .
    bkan hanya tilusanya bahasa daerah juga udh mulai asing contohnya ane udh lmo ga ngomong jawa jadi kikuk dah…loh jdi curhat maf yah bu…:)

    • Hai Genksukasuka…

      :D, tidak mengapa kalau mahu curhat, saya dengan hati akan membacanya di laman ini.

      Iya… itulah nasib yang diterima oleh bahasa dan tulisan tersebut. Jika tidak ada sesiapa yang mempertahankannya, bahasa dan tulisan tersebut akan menjadi satu khazanah yang bakal ditelan zaman dek kerana tiada kepedulian kepadanya.

      Ayuuh dong, Genksukasuka…. bersatu dan bergerak semula untuk meninggikan semangat memperjuangkan bahasa dan tulisan Jawa itu.

      Salam mesra dari saya. 😀

  4. wah, pudulinye bunda nih..
    Di daerah ku medan, juga sudah jarang yang pande tulisan jawi / aksara melayu. kalau dulu masuk di masukkan ke dalam mata pelajaran SD dan SMP, tapi sekarang sudah tak de lagi. memprihatinkan memang…

    Tapi aku bersyukur masih pandai membaca aksara melayu ni,, 🙂

    Salam bunda,

    • Masyhury…

      Alhamdulillah… satu kelebihan buat Masyhury dan sesiapa sahaja yang masih dapat menguasai aksara Melayu ini. Jika masih ramai yang dapat menguasai tulisan jawi ini membawa maksud tak hilang tulisan jawi ii di duni. Yang penting adalah komitmen untuk dapat menyebarkannya kepada generasi muda agar mereka tidak ketinggalan untuk mengetahui kewujudan aksara Melayu yang hebat ini.

      Semoga selalu perihatin dan menyemarakkan tulisan Jawi di sana. Lagi cantik kalau diabadikan dalam bentuk grafik. Semoga sukses dan terus berkarya.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam harmoni di penghujung minggu. 😀

  5. assalamu’alaikum bonda Siti..

    tulisan jawi adalah satu perkara yang cukup dekat di hati abgreds. sebagai anak kelahiran Johor, abgreds agak bertuah kerana negeri ini mempunyai sistem sekolah agama yang baik pada pendapat abgreds.

    penekanan penggunaan kitab-kitab dalam tulisan jawi membolehkan pelajar-pelajar lepasan sekolah agama Johor mampu menguasai tulisan jawi ini samada membaca, menulis atau memahami prosa tulisan jawi.

    namun pandangan itu tentulah tidak mewakili keseluruhan tahap cerdik jawi sama ada di Johor atau seluruh negara. abgreds ada mengikuti isu ini dengan hasil yang agak mengecewakan. lihat saja analisis yang bonda lampirkan itu..

    secara am, abgreds berpendapat kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif terhadap nasib tulisan jawi. ia satu warisan dan ciri budaya etnik muslim di negara ini. sayang sungguh kalau semakin dilupakan.

    abgreds berharap dan berdoa agar individu seperti bunda Siti, yang mempunyai kedudukan serta akses terhadap perkembangan tulisan jawi ini, dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

    semoga usaha bonda Siti dan rakan-rakan di Dewan akan diberkati dan membuahkan hasil yang diharapkan, amin…

    • Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Saya setuju dengan kenyataan Abgreds bahawa Johor mempunyai istem sekolah agama yang baik. Jika merujuk kepada sejarah perkembangan sekolah agama dan memartabatkan tulisan Jawi, ianya bermula dari keperihatinan kerajaan Johor sendiri.

      Satu panduan ejaan Jawi yang dinamakan Panduan bagi Hejaan Pakatan Bahasa Melayu Diraja yang digunakan secara rasmi oleh Pakatan BM Persuratan Buku Diraja Johor dan kerajaan Johor. Yang kemudiannya dibincangkan dengan Pendita Zaaba dan setelah mendapat kelayakan, akhirnya diterbitkan pada tahun 1937.

      Abgreds dan seluruh rakyat Johor sungguh patut berbangga dengan kerajaan Johor yang sangat mengambil berat akan tulisan Jawi sehingga perkembangannya mewarnai dunia Tanah Melayu sesudah itu.

      Insya Allah, dengan kelayakan yang diberi, saya akan berusaha bersama teman2 di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meninggikan kembali martabat tulisan Jawi sesuai dengan kedudukannya.

      Program j-QAF melalui satu model yang dinamakan Model Kelas Pemulihan Jawi adalah satu dari usaha pihak kerajaan Malaysia untuk memperkasakan tulisan Jawi. Semoga program ini akan terus berjalan dengan baik melalui sistem pembangunan pendidikan negara.

      Terima kasih Abgreds atas sokongan dan komentar yang berkualiti di atas, idea2 yang dipancarkan sangat bernas sekali.

      Salam mesra selalu dari saya. 😀

  6. Asssalamu’alaikum Saudariku @SFA
    Alhamdulillah,…
    Ditengah-tengah hiruk-pikuk perkembangan seni dan budadaya yang didominasi kebudayaan Barat… ternyata saudariku ini sangat-sangat menghargai kebudayaan Melayu yang hampir tergilas oleh kebudayaan Asing.
    Walaupun ini hanyalah berupa sebuah artikel kecil didunia cyber tapi Insya Allah mempunyai makna yang sangat besar bagi kita semua.

    Semoga Allah senantiasa menjaga dan melindungi cagar budaya bangsa Melayu.

    Teriiring salam hangat selalu dari Saudaramu, Haniifa – Bandung.

    • Wa’alaikum salaam Mas Haniifa.

      Alhamdulillah… mudahan usaha kecil yang dilakukan ini bisa merubah pandangan yang remeh terhadap besarnya sumbangan aksara Melayu suatu ketika dulu dalam perkembangan bahasa dan tulisan ini.

      Terima kasih mas, atas sokongan dan semangat yang diberi untuk memastikan kesinambungan tulisan Jawi masih unggul ditempatnya.

      Salam hangat kembali dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  7. Jadi yang dimaksudkan huruf Jawi itu huruf Arab Pegon, ya?
    Saya mengetahui bahwa pengaruh bahasa Arab atas bahasa JAWA maka timbul tulisan Arab yang menyesuaikan kaidah bahasa Jawa, yang disebut Pegon atau ada yang menyebut bahasa Arab gundhul.

    Mengenai huruf Jawa di Indonesia rasanya tidak mungkin digunakan secara meluas karena huruf Jawa itu tulisan Jawa dengan Bahasa Jawa. Sementara bahasa Negara adalah bahasa Indonesia. Tetapi setidak-tidaknya huruf Jawi atau huruf Jawa masih dikenal oleh generasi penerus. dan huruf itu sebagai peninggalan nenek moyang yang berarti bagian dari kekayaan budaya bangsa.

    Saya sendiri tidak terlalu berharap komunitas Jawa mampu menulis dengan huruf Jawa. komunitas Jawa mampu berbahasa Jawa yang baik dan benar saja itu suatu obsesi saya. Generasi muda sekarang semakin kurang menunjukkan minatnya dalam sastera Jawa, Ini yang saya khawatirkan dalam satu-dua generasi lagi bahasa Jawa tinggsal dalam prasasti saja!!

    Saya juga ingin tahu penelitian yang selama ini diadakan mbak Siti atas huruf Jawi (huruf Pegon) kaitannya dengan huruf dan bahasa Jawa??

    Yang jelas saya pernah bersikap keliru atas huruf dan bahasa Jawa, yaitu ketika saya menolak kakek saya memarisi PRIMBON berhuruf dan bahasa Jawa. Primbon yang berujud buku dengan kondisi kertas kekuning-kuningan disana sini ada lubang-lubang kecil dimakan ngengat pertanda buku PRIMBON itu berumur jauh lebih tua dari kakek saya pada waktu itu. Sekarang saya baru menyadari barang tersebut sebenarnya sangat berharga sebagai peninggalan budaya nenek moyang,
    Sungguh saya menyesal keberadaan PRIMBON yang mau diwariskan kakek kepada saya, tidak jelas di mana barang itu berada. Saya mengajak teman-teman sekomunitas dengan saya untuk mengulang sikap saya semacam itu. Mari kita hargai warisan budaya nenek moyang leluhur kita!!

    • Salam hormat buat Eyangkung…

      Iya… Tulisan Arab yang ditulis dalam bahasa Jawa diberi nama tulisan Pegon. Betul tu, Eyang. Untuk tulisan Jawi bagi Bahasa Melayu ada sejarahnya mengapa dinamakan tulisan Jawi. Akan saya tulis dalam posting mendatang berhubung dengan asal usul tulisan Jawi.

      Huruf Jawi adalah berasal dari huruf2 Arab yang sebanyak 30 huruf. Manakala huruf2 gubalan Melayu ada 6 (tha, nga, pa, ga, va dan nya) dan 2 huruf lain (ta al-marbuthah dan ye leweh) yang diiktiraf oleh DPB Malaysia. Maka huruf Jawi ada 38 semuanya.

      Terdapat pengaruh tulisan Jawa dan tulisan Rencong dalam Bahasa Melayu klasik. Kalau dilihat kepada tulisan Jawa, ia lebih banyak dipengaruhi oleh aksara dari India. Tulisan Jawa telah digunakan untuk menulis beberapa buah naskhah Melayu sahaja sedangkan tulisan Rencong (ditiru dari tulisan India)terdapat dalam kalangan yang terbatas di daerah Sumbagsel (Sumatera bahagian Selatan), Sumatera Tengah dan Sumatera Utara.

      Jika kita saksikan bahawa pengaruh huruf latin sudah sangat besar. Ia mendominasi sebahagian besar muka bumi ini dan menenggelamkan banyak aksara-aksara pelbagai bahasa kerana ia menjadi sumber rujukan pelbagai ilmu dan mudah dibaca juga dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mempertahankan tulisan Jawi, Jawa dan lain2nya bukanlah hal yang sangat mudah.

      Malahan kita sendiri pun merasai kepayahan dan kekeliruan untuk menulis tulisan tersebut diakibatkan terdapatnya pakar2 bahasa dalam tulisan tersebut yang masih mempertikaikan kaedah dan ejaan yang sesuai sehingga membantut perkembangannya dan menjadikan kesukaran untuk menguasainya. Ini juga menjadi satu propaganda pihak penjajah terdahulu agar bangsa2 yang punya tulisan itu merasai susahnya menulis menggunakan tulisan tersebut.

      Sungguh sayang sekali, Eyangkung menolak pemberian kakek Eyang untuk mewarisi kitab PRIMBON yang difahami sebagai kitab yang mempunyai pelbagai khazanah berhubung dengan ilmu ramalan.

      Kitab primbon sangat terkenal di Indonesia adalah kitab Betaljemur Adammakna, ditulis Kanjeng Pangeran Haryo (KPH) Tjakraningrat atas perintah Sri Sultan Hamengkubuwono V, Raja Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat (sekarang Daerah Istimewa Yogyakarta).

      Isi kandungan kitab Primbon menjadi hal yang selalu dipertikaikan oleh sesetengah orang yang tidak mempecayainya. Namun demikian kitab primbon memang merupakan salah satu karya agung warisan budaya leluhur nenek moyang terdahulu. Ia merupakan cerminan dari norma kehidupan harian nenek moyang dan lambang dari kebudayaan Jawa masa lalu.

      Mudahan apa yang berlaku kepada Eyang di atas tidak akan berulang lagi kepada sesiapa, sebagaimana saya juga terkilan tidak mempedulikan sebuah buku khazanah Jawi tulisan seorang penulis Sarawak terkenal bertajuk MELATI SERAWAK yang kemudiannya nama tajuk buku itu menjadi nama pena kepada datuk saudara saya yang merupakan Sasterawan Pertama Negeri Sarawak iaitu Tuan Haji Muhammad bin Bujang.

      Terima kasih Eyang atas sumbangan idea yang sangat berbobot dan mengesankan. Saya senang membaca komentar sedemikian dan sangat memggambarkan keupayaan berfikir sang penulisnya dalam menitikberatkan budaya bangsanya.

      Salam penuh takzim dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  8. Assalaamu’alaikum kak,
    saya bersetuju dengan kakak kalau tulisan jawi perlu mendapat tempat semula di kalangan masyarakat kita amnya dan pelajar khususnya. Walau pun kita sebenarnya sudah ada tulisan rumi sebagai pengganti sejak hampir 5 dekad yang lepas, tetapi seperti yang telah akak tulis di atas, kita janganlah bersikap seperti kacang yang lupakan kulit kerana ini bukan sahaja melibatkan kebudayaan, bahkan warisan turun temurun kita.

    Pada pendapat saya, konsep pendidikan kebangsaan perlu digubal sedikit dengan mewajibkan penguasaan mininum jawi sebagai wajib lulus untuk melayakkan seseorang mendapat gred lulus dalam peperiksaan (khusus untuk pelajar beragama Islam). Ini bukan sahaja sebagai pembuka ruang kepada tulisan jawi agar terus bernafas di bumi sendiri. Justeru membuka mata mereka agar tidak memandang enteng penguasaan tulisan jawi.

    Saya doakan usaha akak dan rakan-rakan di sana akan sentiasa diberkati oleh-NYA dan beroleh kejayaan.

    Salam sayang buat akak..

    • Wa’alaikum salaam adiku…

      Alhamdulillah… terima kasih atas sokongan mantap dari Mama. Mudahan segala apa yang kita harap dan impikan, akan beroleh kejayaan. Walau namapak berat juga tugas sebagai Munsyi Dewan, tetap akan berusaha databah menghadapi segala rintangan.

      Akak juga bersetuju jika pihak kerajaan mewajibkan penulisan jawi di dalam peperiksaan. Mungkin hanya satu cara yang terbaik untuk memartabatkan tulisan jawi pada kedudukannya yang asal.

      Terima kasih dik. Semoga usaha kita semua akan bisa behasil dalam kemenjadian murid yang punya wawasan.

      Salam sayang kembali dari akak di Sarawak, Malaysia.

    • Wa’alaikum salaam Mila…
      Alhamdlillah… mudahan Mila bisa mendapat manfaat darinya.
      Amiin… Ya Rabb, semoga kita berhasil dalam menegakkkan khazanah bangsa yang semakin tenggelam ditinggal zaman.

      Terima kasih Mila karena sudah berkunjung.Salam manis buat Mila. 😀

    • Hai Blue…
      Bunda senang dengan kunjungan Blue.Mudahan beroleh pengajaran dari apa yang terjawabkan.

      Terima kasih kehangatan atas segaran yang diberi untuk mengangkat martabat tulisan jawi.
      Mudahan selalu beroleh sukses dalam kehidupan ini.

      Dalam hangat selalu dari bunda dan selalu ada doa buat nada Blue serta keluarga besar kita di sana. 😀

  9. Assalamu’alaikum Wr Wb,
    Mohon maaf kiranya karena saya sangat lama tiada berkunjung,
    Tulisan Jawi yang Bunda paparkan, mungkin saya mengenalnya sebagai tulisan Arab-Melayu yang sejujurnya saya sendiri tidaklah mampu membacanya dengan lancar walaupun saya aslinya juga Melayu. Semoga tulisan ini kembali pada masa jayanya lagi. Salam hangat dan sukses selalu dari saya dan teman-teman forumborneo dot com.
    Wassalamu’alaikum Wr Wb

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb Mas Yusami…

      Tidak apa-apa mas, silakan mampir jika ada ruang yang boleh digunakan untuk bersilaturahmi. Senang dengan kunjungan kali ini setelah lama tidak bersapa.

      Betul tu, tulisan Jawi menggunakan huruf2 Arab untuk penulisan bahasa Melayu. Insya Allah, untuk topik2 Munsyi akan datang, saya akan mengutarakan pembelajaran morfologi(kaedah) dan ortologi (ejaan) Jawi. Harap mas sudi mampir untuk meningkatkan ilmu kejawian ini agar kekal berzaman untuk diketahui oleh generasi akan datang.

      Wah…. ada forum borneo ya mas, apa saya boleh ikut serta ?

      Salam hangat dan sukses kembali dari saya di Sarikei, Sarawak.

  10. Assalamualaikum Bunda Siti,
    Sebuah pekerjaan berat sudah menanti. Anak-anak sekarang (ditempat saya) tidak lagi mendapatkan ajaran jawi/arab gundul ini. Sehingga bukan sesuatu yang aneh jika kedepannya tulisan ini hanya menjadi sejarah. Anak-anak lebih suka menggunakan aksara latin, selain mudah juga diajarkan dari belum sekolah sampai pada jenjang pendidikan tertinggi.
    Nanda tak tahu nak berkata apa lagi, tetapi itulah realita yang saat ini kita hadapi.

    • Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…

      Tulisan Jawi seperti berada di hujung tanduk sekarang ini. Sama nasibnya dengan beberapa aksara lain. Jika generasi sekarang tidak mengambil berat kemungkinan kita hanya sekadar membaca sejarah kewujudannya di muka bumi.

      karena hal yang demikian, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajarannya mengambil satu inisiatif membina satu Model yang dinamakan Kelas Pemulihan Jawi bagi program j-QAF sejak tahun 2005. j-QAF bererti j=tulisan Jawi, Q= al-Quran, A=Bahasa Arab dan F=Fardhu Ain. yang kesemua “j-QAF: diajar menggunakan tulisan Jawi.

      Tidak dinafikan pengaruh tulisan Rumi sangat luas dan menenggelamkan tulisan2 lain bagi sesuatu bangsa tersebut. Itulah realiti yang patut kita akui sekarang. Lihatlah kebanyakkan kita di dunia blogger ini juga menggunakannya. Bunda sendiripun belum boleh dikatakan pakar dalam tulisan Jawi, malah masih belajar utnuk mendalaminya.

      Terima kasih nanda atas kunjungan dan komentar yang bernas di atas. Senang dapat berkongsi ide.

      Salam mesra selalu dari bunda. 😀

  11. Assalaamu’alaikum wr, wr,

    Betul sekali Bu… saya pun merasa prihatin dengan hilangnya tulisan jawi di berbagai pustaka. Hal ini harus kita lestarikan kembali seperti dulu.

    akan tetapi, ada yang lebih memprihatinkan lagi di masa sekarang, generasi muda masa sekarang, jangankan terhadap tulisan ‘arab jawi’ terhadap tulisan ‘arab qur’ani’ pun mereka tidak bisa membacanya!

    hal ini dapat dibuktikan, seperti di sebuah rumah besar yang penghuninya banyak tapi cuma ada satu buah alqur’an [sekedar hiasan] di rumah itu, atau bahkan tidak ada alqur’an sama sekali!

    apa yang terjadi dengan masa sekarang?!!

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Mas Argun…

      Fenomena ini bukan hanya berlaku di Indonesia, malahan turut dihadapi di Malaysia.

      Namun begitu, pemimpin di Malaysia masih perihatin akan tulisan Jawi ini dan memasukkan silibusnya dalam kurikulum pendidikan (di sekolah-sekolah kebangsaan @ sekolah kerajaan atau sekolah yang mendapat bantuan kerajaan) iaitu Model Kelas Pemulihan Jawi (bagi pelajar Muslim yang buta Jawi untuk dipulihkan menjadi celik Jawi) dan Model Bahasa Arab (wajib bagi pelajar muslim dan pilihan bagi pelajar non muslim). Semua ini diajar melalui satu program khas yang diwujudkan atas kehendak pendidikan semasa yang dinamakan program j-QAF.

      Semoga takkan tulisan Jawi dan tulisan Arab hilang di dunia. Selagi ada pejuang bahasa dalam tulisan tersebut, insya Allah tulisan itu akan kekal di muka bumi ini daripada menjadi prasasti semta-mata.

      Terima kasih mas Argun atas komentar yang mencerahkan. Salam mesra dari saya selalu.

    • Selamat Siang Ari…
      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan. Semoga silaturahmminya tetap terjaga baik, Ari.

      Pengertian huruf Jawi Malaysia tidak banyak bedanya. Cuma kalau di Indonesia, ia dikenali dengan nama tulisan Arab Gundul @ Arab-Melayu dalam bahasa Indonesia dan tulisan Pegon bagi Bahasa Jawa.

      Manakala di Malaysia dinamakan tulisan Jawi. Kini sudah banyak mengalami perkembangan sejajar dengan perubahan zaman yang juga dipengaruhi oleh perkataan serapan dan bahasa asing yang lain.

      Salam ceria dari saya di sarikei, Sarawak.

        • Hai Ari…

          Kok bunda tidak tahu ada komentar Ari di sini. Maaf ya, baru ketahuan. itupun dikarenakan komentar Aryna di bawah.

          Kalau tulisan jawi dalam bahasa Jawa, namanya disebut Pegon, Ari. Kalau tulisan jawi di Indonesia dikenali sebagai Arab gundul. Demikian yang bunda tahu melalui pembelajaran bunda. 😀

          Salam ceria selalu.

      • kusangka tulisan jawi = aksara jawa.
        ternyata, tulisan jawi = pegon, arab gundul.
        Embahku mahir sekali baca tulis jawi (pegon), sebagaimana telah kita tahu, pengetahuannya tentang alphabet sungguh mengharukan. maka jika ingin memberinya surat, tulislah dengan tulisan jawi (pegon).

        • Hai Aryna…

          Aksara Jawa itu lain. Tapi tulisan Jawi dalam bahasa Jawa adalah pegon sebagaimana bunda jelaskan di komentar Ari.

          Biasanya orang2 tua sepangkat nenek, datuk atau embah kurang menguasai tulisan rumi tetapi lebih bersahabat dengan tulisan jawi. Bagus juga tu Aryna, sekurang2nya Aryna juga bisa menulis Jawi dong. 😀

          Terima kasih sudi menyapa bunda.
          Salam manis dari bunda.

  12. Assalamu’alaikum selamat malam boend yang ter….pokoknya komplit buat boend yang selalu memberikan pencerahan dan memberikan sesuatu yang wah kerent dan pokoknya di jamin puas mendapatkan ilmu yang sangat berguna sekali .

    pokoknya jempol dua buat boend …salam Mesra selalu dari Bandung Ind.

    • Wa’alaikum salaam Mas Doelsoehono…

      Alhamdulillah wa Syukrulillah atas sokongan dan pencerahan dari mas Doel.

      Amiin… 2 jempol itu sudah bisa membuat saya tersenyum sendirian(sambil mikirin… kok inda diberi 4 jempol sekali… hehehe).

      Terima kasih mas atas kunjungannya. Semoga diredhai Allah jua akan usaha yang ditampilkan dalam dunia pendidikan.

      Salam mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  13. Assalamu’alaikum..

    Saya mengenal tulisan jawi sewaktu masih duduk di bangku sekolah dasar, Guru mengaji saya yang mengajarkan.

    Saat ini huruf jawi masih digunakan dan dilestarikan oleh pondok pesantren yang ada di Indonesia khususnya di pulau jawa.

    • Wa’alaikum salaam Yusuf…

      Alhamdulillah… sesungguhnya Yusuf antara insan yang bertuah masih dapat menguasai tulisan jawi dan tentu sekali tidak akan hilang dari terus mempelajarinya. Ternyata sistem pendidikan pondek pasentren masih melestarikan tulisan Jawi sebagai bidang yang wajib diambil oleh para pelajar. Salut.

      Terima kasih atas kongsian hikmahnya Yusuf.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Wahyu Nurudin…

      Ada perbezaan antara huruf Jawi dengan aksara Jawa. Huruf Jawi kalau di Indonesia adalah tulisan Arab Gundul dan kalau huruf Jawi dalam bahasa Jawa dinamakan tulisan Pegon. Di Malaysia, tetap dengan nama tulisan Jawi. Insya Allah akan saya sambung pada posting akan datang berhubung asal usul tulisan Jawi.

      Mana kala aksara Jawa dalam bahasa Jawa lebih terpengaruh dengan tulisan India… Hal ini lebih baik dirujuk kepada blog Eyangkung yang sangat mengambil berat akan budaya dan sastera Jawa di sini:

      http://semesem.com/

      Memang tulisan Jawi diambil dari aksara Arab yang sebanyak 30 huruf. Mana kala huruf gubalan Melayu ada 6 (huruf Jawi) dan 2 huruf yang diiktirafkan oleh DBP.

      Begitulah hal kisahnya tulisan Jawi di Malaysia.
      Terima kasih Wahyu atas komentarnya.
      Salam mesra dari saya.

  14. Salam. Saya tertarik apabila persoalan yang dicetuskan mengapa bangsa Melayu yang perlu dipertanggungjawabkan? Banyak kupasan yang boleh ditulis sebenarnya. Melayu dan Islam sangat sinonim sehinggakan tidak ramai yang dapat memisahkan dua kalimah ini. Bangsa Melayu adalah bangsa yang berdaulat dan berseni. Suatu masa dahulu jawi dimartabatkan oleh Melayu kerana mereka ada kesedaran ke arah itu di samping tiada pilihan untuk tulisan lain. Hari ini Melayu masih mampu memartabatkannya dengan adanya pilihan di tangan sendiri, malangnya tiada pula kesedaran ke arah itu.

    • Hai Along…

      Satu persoalan menarik yang ditimbulkan “Mengapa bangsa Melayu dipertanggungjawabkan ?”. Rumpun bangsa Melayu(nama lain bagi bangsa Austronesia atau Melayu-Polinesia di Asia Tenggara) sangat luas sehingga menjangkau ke Afrika Selatan.

      Kerana itulah, tulisan Jawi sangat sinonim dengan bangsa Melayu di Asia Tenggara ini. Akan dikupas dengan lebih mendalam dalam episod yang akan datang.

      Terima kasih atas komentar yang bernas itu Along. Senang dengan kunjungan Along.

      Salam mesra dari akak di Sarikei, Sarawak. 😀

  15. Assalamu’alaikum wr.wb bunda Siti, semoga senantiasa sehat wal afiat.
    sebelum membaca tulisan bunda, dalam benak saya terpikir apakah huruf jawi itu sama ya dengan huruf jawa karena bahasa halusnya kata jawa di daerah kami itu Jawi…setelah membaca tulisan bunda rupanya jauh berbeda, huruf jawi kaya huruf arab ya…kayaknya susah ya bun jika belum terbiasa…syukron banyak bunda infonya.

    Salam sayang dariku untuk bunda siti di Serawak..sukses selalu untuk bunda.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb UmmuRizka…

      Aminn… Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, saya sehat cuma masih batuk. Demamnya pula sudah kambuh.

      Sangat berbeda huruf Jawi dengan huruf Jawa walaupun tulisan Jawa pernah hadir dalam hidup Bahasa Melalyu di zaman Bahasa Melayu Klasik. Manakala huruf Jawi memang diambil dari aksara Arab yang kemudiannya dijawikan mengikut lidah sebutan bangsa Melayu.

      Terima kasih mbak atas hadir yang menyenangkan. Semoga selalu sukses juga ya. Amiin.
      Salam sayang kembali dari saya buat mbak di sana.

  16. Tulisan jawi di JAWA namanya huruf pegon, biasanya untuk menulis kitab-kitab jaman dulu di kalangan kaum tharekot. Kakek saya dulu punya, tetapi sekarang sudah lenyap tak berbekas.

    • Mas Nurhayadi…

      Benar… tulisan Jawi yang digunakan dalam Bahasa Jawa dinamakan tulisan Pegon. Itu termaktub dalam sejarah berhubung dengan asal usul tulisan Jawi di Malaysia. banyak sekali khazanah tulisan Jawi yang tidak dijumpai lagi yang menajdi warisan nenek moyang kita.

      Di Malaysia sebuah penerbitan akhbar harian iaitu Utusan Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan sisipan akhbar bertulisan Jawi pada setiap hari Rabu. Inisiatif ini memberi nafas baru kepada rakyat Malaysia untuk menghargai semula tulisan Jawi dan di beberapa institusi pengajian tinggi pengkhususan dalam bidang bahasa Melayu, mahasiswa diwajibkan mengambil kursus tulisan Jawi pada semester yang menawarkan kursus tersebut.

      Terima kasih atas sapaan mas Nur di pagi ini. Senang mendapat kunjungan sahabat yang baik.

      Salam mesra selalu. 😀

  17. Assalamualaikum bunda….
    mungkin yang dimaksud aksara Jawi itu aksara arab pegon (arab gundul) tanpa harokat, dalam khasanah sastra Jawa – Islam, banyak karya sastra Jawa yang ditulis dalam aksara Arab namun bahasa yang digunakan bahasa jawa…..
    seperti contoh pada naskah Gambuh ini http://upload.ugm.ac.id/749GAMBUH.pdf
    Terima kasih bunda atas kunjungannya ke blog saya yang sederhana itu….
    Mugiya Rahayu ingkang samya pinanggih.
    Nuwun
    Wassalamualaikum ….

    • Wa’alaikum salam sahabat guru, Mas Setya.
      Terima kasih atas kunjungan ke mari, salam kenal dan senang dapat berkenalan dengan sarjan sastera Bahasa Jawa ini.

      Ia betul… tulisan Pegon adalah aksara Arab di dalam Bahasa Jawa. Manakala tulisan Jawi memangnya diambil dari huruf2 Arab. Cuma yang diMelayukan mengikut lidah Melayu ada 6 sahaja hurufnya seperti yang tertera pada foto atas sekali di samping 2 huruf yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

      Insya Allah akan saya kupas pada posting yang mendatang. Harap mas Setya bisa bersama untuk berkongsi ide tentang tulisan Jawi nanti.

      Untuk link yang dimaksudkan oleh mas Setya akan saya turuti ke sana. Sekarang koneksinya kurang baik. Insya Allah, mudahan akan beroleh ilmu yang bermanfaat atas kongsian ini.

      Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  18. ASM….semoga tulisan jawi dan arabic terus dan terus dpt di baca dgn baik oleh generasi kita kelak. Insyallah.

    Utk. makluman ustazah kamek dua ani akanke Kota Kinabalu on 25/11 atas maksud usaha atas iman dan amal selama 15H. Adik kitak masih di siya kah? Doa buat jemaah kami. Amin…..

    • Wa’alaikum salaam Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, senang hati kamek kitak berkunjung agik. dapat juak nengar berita kitak dengan Ani di Teluk Intan. Kamek doakan semua kita sekeluarga sihat dan dilindungi Allah selalu.

      Semoga kita duak Ani dan jemaah kitak akan berjaya dalam menyampe dakwah di Sabah. Lamak juak ooo… Sik rindu sidak anak2 kelakkah ?

      Mudahan perjuangan kitak orang semua diredhai Allah dan dirahmati-Nya.

      Sampei salam sayang kamek dengan Ani dan anak2 di sinun.
      Salam mesra selalu dari kamek sekeluarga di Sarikei. 😀

  19. Bu SFA … saya bangga ibu mengangkat masalah “seperti kacang lupakan kulit”… 😉
    Semoga anak kawasan serumpun ini memegah teguh makna, arti, maksud dan tujuan kata bijak itu … 🙂
    saya yakin semua gesekan yg terjadi akan selalu terpecahkan dan selalu ada solusi indah. Amin.

    • Salam mas ~jayaros…

      Amin.. Ya Rabb. Mudahan martabat tulisan Jawi akan bersemarak di rantau Nusantara, kepulauan Melayu yang luas dan tidak akan hilang begitu sahaja di telan zaman sehingga generasi akan datang hanya melihat tulisan Jawi sebagai meseum tinggalan kata prasasti semata-mata.

      Semoga akan ada gelombang dinamika dalam menimbulkan kembali aura tulisan Jawi dalam kalangan yang mengambil berat akan kemenjadiannya semula di alam. Terima kasih mas Jaya atas komentar dan kunjungannya.

      Salam mesra selalu. 😀

  20. Assalamu’alaikum Bunda
    Membaca tulisan Bunda Fatimah, saya jadi ingat Almarhum Neneknda saya, dahulu sering mengajarkan saya membaca hurup jawi/arab gundul. Waktu itu buku yang dipakai adalah buku doa Senjata Mukmin.

    Di Indonesia sendiri, semakin lama semakin punah, apalagi undang-undang pendidikan tidak lagi mengharuskan pelajaran ini.

    Ketika saya menlaksanakan ibadah haji beberapa tahun yang lalu, saya bertemu dengan seorang ibu guru dari Afrika Selatan, beliau juga menyatakan keprihatinannya ttg penguasaan hurup jawi terutama penggunaan Bahasa Arab dalam menyatukan umat muslim.

    Semoga kedepan pelajaran tulisan jawi bisa lebih digalakkan 🙂

    • Wa’alaikum salaam Lyna Riyanto…
      Alhamdulillah… satu kenangan yang tidak terlupakan bersama almarhum nenda Lyna yang pasti menyentuh hati apatah lagi pernah mendapat ilmu berkaitan pembacaan tulisan Jawi. Mudahan sampai kini masih dapat menguasainya.

      Di mana-mana sahaja, tulisan Jawi pernah menoktah dirinya di bumi Allah, pasti akan mengalami nasib yang sama. Benar… salah satu hikmah dapat menguasai tulisan Jawi adalah dengan mudah untuk menguasai tulisan Arab.

      Amiin… mohon bersama doa dimakbulkan Allah agar tulisan Jawi kembali menyemarak langit kelahirannya.

      Terima kasih Lyna dan salam kenal. Senang dapat berkenalan dengan sahabat baharu. Belum berpeluang untuk BW lagi. Insya Allah akan menyusul ke blog Lyna pula.
      Salam mesra dan ceria selalu dari saya di Sarawak. 😀

  21. sebuah tulisan (kajian singkat) yang menarik.

    di kalimantan selatan tulisan/huruf jawi masih dipakai di beberapa pengajaran pesantren, utamanya menyangkut kajian dalam kitab-kitab klasik, yg sering pula disebut kitab kuning, yg sering pula disebut sebagai tulisan/ huruf arab gundul. dan di beberapa kabupaten, yg cukup peduli, telah pula mewajibkan setiap penamaan gedung-gedung pemerintah, pada papan namanya, menuliskan tulisan/huruf jawi di bawah tulisan ruminya. setidaknya ini pun merupakan suatu usaha utk melestarikan keberadaannya, meski banyak orang yg tak dapat membacanya dgn baik tapi mereka dpt paham bahwa tulisan itu sama dgn tulisan rumi yg ada di atasnya. sebagian kecil masyarakat kalsel, terutama yg pernah belajar di pesantren (terutama pesantren salafi) masih lagi bisa membaca dan menuliskannya dgn baik.

    salam dari banjarmasin

    • Hajrian…
      Alhamdulillah, kembali menyapa dan menulis komentar di sini. Senang mendapat kunjungan Hajrian dan menerima komentar yang berbobot di atas. Pandangan yang menarik dan membawa minda kita untuk berfikir akan dampak positif jika pengekalan terhadap tulisan Jawi dilakukan.

      usaha yang dilakukan beberapa kawasan di sana patut diberi pujian dan membanggakan atas usaha untuk menaik kembali semangat tulisan Jawi di jiwa generasi kini agar mereka tahu dan faham akan penggunaan tulisan Jawi yang menjadi jati diri bangsa Melayu suatu ketika dahulu.

      Semoga usaha yang dilakukan secara berterusan bisa membuka mata masyarakat dalam lingkungan bagi mempelajari tulisan Jawi.

      Salam mesra selalu dari saya. 😀

    • Nanda Achoey…
      Iya… begitulah kenyataan yang harus dihadapi zaman mutakhir ini terhadap nasib tulisan Jawi. Kemerosotan bangsa Melayu terutama di Malaysia dalam menguasainya sangat ketara dan mengecewakan.

      Mudahan akan semakin ramai dalam kalangan kita yang sedar akan kepentingan mengekalkan warisan nenek moyang yang menjadi jati diri sesuatu bangsa dengan adanya tulisan yang mencerminkan bangsa tersebut.

      Terima kasih Achoey. Semoga gembira selalu.
      Salam mesra dari bunda. 😀

  22. Assalamu’alaikum, kunjungna perdana.
    semoga Alloh merekatkan saudara satu rumpun dan tentu satu Iman dan smoga tulisan jawi atau yg saya dan Mas setyantocahyo sebagi Arab Gundul menjadi salah satu alat pemersatu. Amin

    • Wa’alaikum salam Triyanto Bantumasan…

      Salam kenal dan terima kasih atas komentar perdananya di laman saya. Mudahan beroleh manfaat yang menyenangkan.

      Amiin… mudah2an Allah akan menyatu kita semua melalui Iman dan Islam untuk mengeratkan silaturahmi sesama insan muslim.

      Hal itu juga diharapkan melalui penyebatian tulisan Jawi atau Arab gundul akan bisa menyepadukan keakraban yang berkekalan bagi sebuah bangsa yang harmoni dan damai hubungannya.

      Salam ceria hendaknya.

    • Wa’alaikum salaam Tuan Haji Faisal…
      Oh.. adik kamek namanya Mas Zahidden. Sik kerja di Kota Kinabalu agik. Nya dah pindah ke Kudat.

      Selamat bernagkat ke sabah. Semoga visi dan misi jemaah kitak akan berjaya. salam dengan Ani kelak.

      Salam ceria dan semoga kitak duak dan anak2 semuanya dilindungi Allah SWT. 😀

    • Wa’alaikum salaam Mas Argun…
      Hehehe… saya fikir sudah dibayar mas. Masa bayar itu, mas masih sibuk ronda2 lalu tidak jumpa saya. Coba tanya sih pada postingan mbah marijan.

      Untuk bulan depan akan dibayar beberapa hari lagi ya. Sabar. 😀

  23. Berapa kali dunia yang ada di depan kita tiba-tiba menjadi gelap pekat,
    Jiwa terasa sesak dan bumi seakan menyempit,
    Namun tiba-tiba semua itu menjelma menjadi kebaikan, kemudahan, dan pertolongan.

    Jika sebuah masalah sangat menghimpit,
    Maka itu tandanya akan segera muncul jalan keluar,
    Dan sungguhnya satu kesulitan tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan.

    Dengan Mengatasi Permasalahan Yang Kecil; Maka, Kita Dapat Mengatasi Permasalahan Yang Besar.

    Sukses selalu.

    Salam ~~~ “Ejawantah’s Blog”

    • R. Indra Kusuma Sejati…
      Benar mas… dari kesusahan yang dimasuki sebagai ujian yang menandakan perihatin Tuhan kepada hamba-Nya, pasti akan menemui pintu kemudahan jika dengan redha dan qanaah menerimanya.

      Makanya jangan sekali kita mengeluh kesah terhadap musibah dan apa jua tantangan yang mendatang di hadapan kita.

      Terima kasih mas, atas komentar yang memberi pesan baik untuk kita semua. Salam mesra dari saya. 😀

    • kangMas Ian…

      Tulisan Jawi beda hanya pada nama ia digunakan dalam bahasa.

      Kalau bahasa Melayu = tulisan Jawi
      Kalau bahasa Indonesia = tulisan Arab Gundul
      Kalau Bahasa Jawa = tulisan Pegon

      begitulah sejarahnya mas.
      Terima kasih hadir lagi.
      Salam mesra selalu. 😀

  24. di tempat kami pun hmapir punah bu, dulu di Madrasah Diniyah boleh dikatakan haram memakai tulisan latin tetapi wajib menggunakan hurp pego/jawi, sekarang jangankan muridnya barangkali gurunyapun tidak terlalu banyak yang mampu melakukaknya.

  25. Sahabat guru, Mas Abifasya…

    Masya Allah…. di mana-mana dalam dunia Melayu senusantara, tulisan Jawi/tulisan Pegon sudah mulai terhakis di telan karat-karat zaman.

    Jika ada perhatian dari pihak pemerintah, usaha memperkasakan kembali tulisan2 warisan nenek moyang yang menjadi lambang bangsa akan dapat dipertahankan. kalau di Malaysia, tulisan Jawi diperkasakan melalui program pendidikan di namakan program j-QAF.

    Antara model pengajarannya adalah Model Kelas Pemulihan Jawi, khas untuk muris2 yang tidak tahu membaca, menulis dan menegnal huruf Jawi.

    Benar tu mas, malahan para gurunya sendiri sudah malap cahaya jawinya di jiwa dan tidak dapat menjiwainya juga.

    Terima kasih atas komentar yang berbobot. Mudahan tulisan Jawi/Pegon akan kembali menyerlah cahayanya.
    Salam mesra dari saya.

  26. Uho~ Uho~ Kalau berdasarkan komentar nombor 2 teratas, maka saya bisa membacanya. Saya juga sedikit-sedikit bisa membaca “Arab Gundul” tsb, soalnya waktu masih belajar mengaji saya disuruh menghafal dengan tulisan Jawi tersebut. Jadi, semoga tulisan Jawi tetap bertahan 🙂

    • Deq Hamasah…
      Alhamdulillah, sekurang2nya deq masih dapat membaca tulisan Jawi itu. Hanya harus ditambah nilai agar pembacaannya menjadi lancar.

      Semoga tulisan Jawi tetap hidup dijiwa kita dan dipertahankan.

      Terima kasih sudah hadir menyapa.
      Salam kenal dan mesra selalu dari saya. :d

  27. Kasusnya sama begitu juga dengan aksara Jawa bagi orang Jawa…..,dulunya orang Jawa paling tidak menguasai lebih dari 1 aksara….yang pertama aksara kawi (jawa kuna), Jawa Carakan, Arab pegon, dan latin…..sekarang latin mendominasi….padahal aksara selain latin juga bisa menjadikan masyarakatnya maju….contoh ; Korea, jepang, China, India, Arab, Thai…dll…..Wong Jawa Kari Separo wong China kari sejodho…..

    • Begitulah ruginya bangsa kita yang tidak mampu mempertahankan warisan nenek moyang berbanding dengan bangsa2 yang disebut oleh mas Setya di atas.

      Dengan semangat kebangsaan yang kuat walau huruf latin juga melanda negeri, bangsa ini tetap menghormati dan menegakkan martabat askara bahasa nenek moyang mereka.

      Dengan harapan yang belum tentu berjaya mempengaruhi masyarakat lingkungan moden masa kini, kita tetap berharap askra dan bahasa bangsa kita masih tetap dipertahankan agar tetap hidup di muka bumi ini.

      Terima kasih mas atas kunjungannya.
      Salam mesra dari saya. 😀

  28. Seharusnyalah Tulisan Jawi ini terus dilestarikan meski begitu banyak tulisan2 lain di dunia ini yang begitu populer. Perlu kesadaran yang tinggi dari kita semua untuk mempelajarinya. Memang tidak mudah. Jujur saja, saya sendiri saja masih belum terlalu menguasai jenis tulisan ini karena memang sedari kecil lebih familiar dengan huruf latin. Ada baiknya, sosialisasi tentang pengenalan huruf jawi ini terus ditingkatkan di negara2 yang memang mayoritasnya islam agar tidak hilang ditelan jaman.

    Terima kasih dan salam persahabatan dari Duniaku Disini

    • Ifan Jayadi….

      Mudahan dengan adanya usaha pejuang bahasa yang mengambil berat akan kesuraman pengaruh tulisan Jawi bisa memartabatkan semula tulisan tersebut. Walau bagaimanapun, pengekalan tulisan ini untuk dilestarikan tidak akan berjaya jika sambutan daripada warga sendiri tidak positif. ternyata askara latin lebih mudah dan telah mendominasi seluruh bangsa di dunia ini.

      Terima kasih Ifan atas komentar yang mengesankan. semoga Ifan akan terus belajar mengenali dan menguasai tulisan Jawi. Satu keindahan askara Arab yang menjadi permulaan kepada tulisan Jawi.

      Salam mesra dari saya. 😀

  29. Semangatnya sayamembaca perihal jawi… sayaterkesan membacanya kerana pada akhir waktu ini, saya sering mempedulikan jawi dengan memberipenerangan seadanya tentangjawi kepada anak didik saya..tetapi saya tidakpakar dalamtata bahasa Melayu..Apa yang saya nampak, perkembangan jawi sekarang banyak diusahakan olehkalangan pecinta bahasa untuk membangkitkan jati jawi Melayu yang sebenarnya… kepedulian inilah amat mengharukan saya dan saya insaf, di kalangan pihak yang mahukembali kepada jawi 70-an…amat tidak relevan…dan sesekali saya menempelak golongan ini..dan saya sekarang berusaha dengan kaedah saya sendiri bagi memudahkan kejelasan faham ttg jawi kaedah DBP ini. Cuma saya inginberkongsi ilmu bahasa dengan Puan Fatimah dari semua sudut bahasa Melayu & jawi…insya Allah…

    • Subhanallah… saya gembira Ustaz Sabri sudi hadir ke blog saya yang sederhana ini dan menyiram wangi ilmu yang bermanfaat walau hanya sekadar dengan buah kata yang ringkas. Sungguh sejuk membaca semangat yang dituangkan Ustaz di sini.

      Senang kalau dapat berkongsi ilmu tentang tulisan Jawi dengan ustaz kerana saya masih belajar untuk berjinak2 dengan tulisan Jawi terutama dalam tatabahasa Melayu dan berusaha untuk memantapkannya. Mudahan usaha ustaz selama ini dimudahkan Allah dan diberi kebaikan bagi memartabatkan tulisan Jawi di persada bumi Malaysia.

      Terima kasih Ustaz kerana kunjungan ini sungguh tidak saya duga. Semoga Allah selalu merahmati Ustaz. Blog tak ada kah Ustaz ? kalau ada, bolehlah silaturahmi ini disambung untuk maslahat ilmu dan hikmahnya.

      Salam hormat dan mesra dari saya. 😀

      • Maafkan saya puan, saya masih lagi tak up date kan blog PRAKTIS JAWI 2010… cumanya saya masukkan saya punya maklumat FB sahaja.. dari sudut sejarah jawi… ramai yang telah menulis dalam berbagai medan … cumanya, bagaimana nak mendekati generasi muda hari ini dari segi tatabahasa jawi…sebab..jawi asalnya diinduknya adalah bahasa arab…sebab itu, tajuk atau bab formula, kaedahnya banyak perlu dihadamkan…dalam konteks peperiksaan SPM, pemberian markahnya hanya 10 markah sahaja, manakala dalam PMR peruntukan markah hanya 4 markah…pada masa yang sama pengaruh jawi dalam pendidikan Islam penyebab utama menarik atau menolak minat pelajar itu sendiri. Inilah delima tulisan jawi… markah sedikit sahaja..tetapi perlukan masa yang panjang untuk menguasainya…buku teks alhamdulillah bertulisan jawi.. tetapi datang buku rujukan semuanya rumi…maknanya… perjuangan secara rasmi untuk muda mudi dibangku persekolahan perlu diperkemaskan lagi.. sikap guru juga perlu ditangani dengan sebaiknya..perlu menguasai jawi arus perdana….terima kasih puan.. saya senang sekali apabila ada respon yang baik diruangan ini….

        • Salam Takzim Ustaz Sabri….
          Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan balik dari Ustaz. Saya sangat mengalu-alukan kebetahan ustaz kemari. Diharap blog Praktis Jawi 2010 akan sentiasa update dan dibangunkan dengan aktif agar ada wadah alternatif untuk dijadikan rujukan utama.

          Kenyataan ustaz di atas cukup menyedarkan kita bahawa permarkahan Jawi hanya 10 markah untuk SPM dan 4 markah untuk PMR, memperlihatkan betapa tulisan Jawi tidak diambil berat sebagai medium bahasa yang harus dimartabatkan. ia hanya sekadar menumpang lalu, asal ada.

          Tentu sekali situasi ini akan menyukarkan pelajar untuk menguasai tulisan Jawi apatah lagi banyak versi yang membuat ramai orang keliru.

          Saya yang juga harus banyak belajar untuk memahami dan menguasai tatabahasa Jawi. Banyak kaedah yang perlu diingat dan dihafal tetapi bila sudah faham, tidaklah susah sangat.

          Pengalaman saya memberi kursus jawi kepada guru sekolah rendah, mendapat rata2 mereka juga keliru dengan kaedah tulisan jawi kerana banyak versinya dan banyak perubahan yang berlaku sehingga tidak tahu yang mana satu benar.

          Diharap pihak kementerian pelajaran akan peka terhadap penggunaan tulisan jawi dan buku rujukan sepatutnya juga dalam jawi agar pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan tidak semata2 hanya buku teks sahaja.

          Tahniah Ustaz, semoga dimudahkan Allah SWT untuk perjuangan yang hebat dalam memartabatkan tulisan Jawi di pertiwi, Malaysia. amiin.

          Terima kasih sekali lagi atas kunjungan yang dialu-alukan dan sokongan. Ditambah lagi dengan coretan yang sangat berbobot tinggi. Memberi inspirasi untuk sama-sama berjuang. Insya Allah.

          Selamat tahun Baharu 2011 dan salam mesra dari saya. 😀

          • Terima kasih… Kadang-kadang… saya terlupa menjengah internet…lalu saya ketinbggalan berhari-hari juga untuk membaca sembang jawi yang semakin nampak minat bersama…alhamdulillah, dalam usaha memartabatkan jawi..( maaf puan .. aliran bahasa ikut rasa hati… ) saya dikejutkan untuk mempamerkan kaedah penemuan jawi di peringkat negeri Kedah tak berapa lama lagi.. seingatan saya dalam bulan ini juga…panggilan dibuat secara tidak ada angin ribut… tiba2 hujan dengan petirnya sekali. Pun begitu, rasa seronok untuk berkongsi pengalaman membuatkan saya begitu teruja untuk ke sana…” biar bukan negeri yang sedia maklum bahkan dunia hendaknya juga dapat melihat… oh!!! betapa mudahnya tulisan orang Melayu rupanya”…..itu azam saya puan…Niat saya, cuma satu, minat jawi ada kesinambungan minat bahasa-bahasa al-Quran..Ini medan saya, buta celiknya generasi kita, anak remaja di Sarawak mahupun Kedah hanya dalam konteks ada subjek yang perlu mereka jawab dan lulus! minat sementara! Doakan puan, hasil dapatan yang bakal saya persembahkan dalam menggerakan inovasi jawi kepersada dunia mendapat tempat yang baik di negara kita.. Pak MatLob.. lanjut sudah usia.. masih mengaum tanpa kuku yang mencengkam….kasihan!Kitalah.. yang masih berkudrat suara dan kuku di lapangan masing ayuh !Gerakkan jawi sementara masih menghidu angin dunia.. jumpa lagi dengan cerita jawi….

            • Salam takzim Ustaz Sabri…

              Alhamdulillah, senang dapat mengetahui pelbagai kativiti yang ustaz lakukan dalam menyemarak perkembangan tulisan Jawi di dunia digital mahupun di dunia nyata sama ada Kedah khususnya dan Malaysia umumnya.

              Insya Allah, saya akan selalu mendoakan perjuangan Ustaz untuk memudahkan sesiapa sahaja terhadap kaedah pembelajaran tata bahasa tulisan Jawi akan menemui keberhasilan yang menakjubkan. Iya, dalam tidak ada ribut itulah yang selalunya membuahkan halwa manis untuk diisi pada jiwa2 insa yang ketandusan ilmu jawi yang berkait rapat dengan bahasa al-Quran.

              Saya pernah belajat kaedah Jawi dengan Pak Matlob dalam satu kursus khas untuk pensyarah2 IPG tahun 2006 di Negeri Sembilan. Mudahan apa yang telah beliau lakukan menjadi satu teladan buat kita yang masih kuat melangkah, kukuh cengkaman serta hebat aumannya. Ilmu tentang kaedah yang dicipta harus dikongsikan agar tersebar dan memudahkan sesiapa.

              Semoga apa yang Ustaz perolehi, bakal dikongsikan bersama sesiapa yang berminat untuk memartabatkan tulisan jawi di persada bumi bertuah ini. selamat maju maya, Ustaz.

              Terima kasih atas kunjungan yang selalu memberi semangat tentang tulisan Jawi. Saya senang membaca dan mengetahui kejayaan seterusnya. Mudahan Allah SWT akan memudahkan segala urusan ustaz di dunia dan di akhirat. Sungguh kagum dengan perjuangan Ustaz. Syabas dan tahniah.

              Salam mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

              • Assalamualaikum…Puan yang dihormati, rasanya bagaikan nak dapatkan buku rujukan yang banyak tentang jawi, apakan daya, baru tersedar rupanya, dari rujukan di atas sejak saya belum lahir ke dunia lagi…1931, telah ditatabahasakan jawi dengan penuh kesungguhan, sebenarnya apabila kita dengan audien rutin kita, pelajar kita rasa senang sekali untuk meluahkan apa saja ilmu yang ada, namun apabila ada pencalonan khusus untuk inovasi jawi peringkat Negeri Kedah.. “semak perutnya” sangat dirasa. Di mana hendak bermula…dan bagaimana akhirannya?…
                Berasaskan rujukan beberapa buah buku tentang jawi, saya membuat beberapa rumusan tentang tajuk-tahuk penting seperti suku Kata, hukum Derlung, Homograf serta apa yang membatalkan hukum suku kata lazim serta melihat realiti pelajar Menengah yang kerap membuat kesilapan.. dari situ saya membuat jalan pintas untuk memahami tajuk dengan mudah, Umpamanya, suku kata terbuka pertama ” la ” dan suku kata kedua ” ju” semua tulisan rumi wajib ditulis jawi.Kecuali SK Tbuka yang ada e pepet ” be ” “dimatikan” huruf ya. contoh “betul” ( ba, ta dan lam sahaja ).
                Ya puan sekadar contoh sahaja, untuk memahami jawi dalam bentuk suku kata tertutup/ terbuka sahaja saya mengambil masa sejam dengan pelajar…namun begitu, suku kata amat penting kerana 90% soalan dalam bentuk suku kata lazim.

                Apa yang menarik sekali, pelajar saya baru-baru ini berjaya mendapat A dalam pendidikan Islam ( PMR ) dan A dalam bahasa Arab dan sekarang memohon dari SMK biasa ke sekolah SMK Agama, saya amat yakin dengan menguasai jawi, pelajaran agama dan juga b. Arab lebih baik lagi prestasi mereka.
                Sebab itu saya tidak menoleh kebelakang lagi terus mengorak langkah seterusnya untuk menginovasikan jawi yang dianggap susah..susah…susah! menjadi mudah dan pelajar2 berebut2 untuk menjadi yang terbaik dalam pendidikan Islam…Apa pun puan, gurulah peneraju utama mengubah spt hadis nabi ” Pabawaahu ( maka ibubapanya lah ) maka kitalah ibubapa anak didik di sekolah mahupun dimana jua kita….. salam hormat dari saya, jumpa lagi..menarik saya membaca ” seumbai sirih.. penuh dengan tata bahasa jawi yang boleh diketengahkan untuk pelajar saya… jumpa lagi, Assalamualaikum.

  30. Wa’alaikum salam Ustaz…

    Berdasarkan beberapa komnetar Ustaz di atas, saya dapat membuat kesimpulan betapa Ustaz sangat mencintai bidang tulisan Jawi dan bersungguh-sungguh untuk mendalami bidang ini sebagai satu kepakaran yang boleh diketengahkan.

    Sebelum itu, tahniah dari saya untuk Ustaz yang telah bersungguh2 mengajar sehingga pelajar Ustaz ramai yang dapat A. Satu pencapaian yang harus diberi penghargaan buat diri sendiri. Semoga akan ada lagi kejayaan yang menyusul bagi memudahkan pelajar kita memahami kaedah dan tata bahasa Jawi dengan mudah. Saya sampai terkagum2 membaca usaha murni Ustaz di atas. Jujurnya, saya sendiri belim mampu melaksanakannya dengan baik.

    Tidak ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang perihatin terhadap usaha memartabatkan tulisan Jawi. Semoga usaha Ustaz dan rakan2 lain yang berminat memperkembangkan tulisan Jawi akan dapat diterima baik oleh masyakarat sekeliling dan dibantu oleh pihak berwajib.

    Jika kita lihat sejak tahun 2004 apabila j-QAF diperkenalkan sebagai satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam dengan menitik beratkan Jawi sebagai bahasa tulisan dalam teks dan pembelajaran, pelajar2 kita sudah mulai pandai membaca Jawi walau prestasinya masih sederhana dan tidak sebaik yang kita harapkan.

    Terima kasih banyak ustaz kerana selalu berkongsi maklumat di blog sederhana ini tentang aktiviti ustaz dan perkembangan Jawi semasa. Diharap akan lebih maju dan berjaya pada masa akan datang.

    Salam mesra selalu. 😀

    • Assalamualaikum, lama tidak menulis diruangan maya ini.. sememangnya, kesibukan apatah lagi, anak sulung saya, yang banyak membantu dalam kursus jawi menyambung pelajaran di Jamiah Au Nour Syria, erti seorang ayah berpisah dengan si anak sulung, lima tahun lagi insya Alah bertemu amat besar maknanya dalam kehidupan singkat ini. Doakan puan agar dia dapat membawa pulang khazanah ilmu untuk masyarakat dalam dunianya…sesi 2011, ini masa memberi kursus untuk pelajar semakin hari, semakin banyak..Syukur sekolah melalui guru pendidikan Islam mula merasakan betapa pentingnya jawi untuk anak didik mereka. Puan pun saya rasa juga dengan dunia kesibukan yang tersendiri.. masing-masing banyak tanggungjawab. Syukur juga kita, tanggungjawab dipikul dengan penuh amanah…Puan, terasa juga saya sekarang ini, betapa sukarnya untuk mendekati pelajar bermasalah jawi..apa tidaknya, pengabaian di peringkat awal persekolahan menyebabkan kita pula terpaksa meng “A” hingga ke “Z” huruf jawi, mana tanggungjawab guru-guru di peringkat rendah dulu..Inilah delimanya, kita terencat kesinambungan jawi akibat kealpaan …orang yang bergelarnya ustaz dan ustazah…Apa pun saya menerima tanggungjawa ini seadanya..terkilannya kerana sudah hampir 50 tahun dalam sistem pendidikan, jawi masih merangkak-rangkak dilebuhraya lajunya kemajuan maddiah…Fuhh..terasa sangat kelembapan jawi kaedah baru ini…semua peringkat mengeluh.. susah! kata mereka. Ini satu cabaran….moga kita bersama menyedarkan orang kita supaya cepat deria rasa untuk menobatkan jawi seperti mana orang kita erjaya menobatkan diri mereka sebaris dengan golongan koporat berseelahan rumahyang dihuni….jumpa lagi..

      • Wa’alaikum salam Ustaz yang dihormati…

        Tahniah untuk kejayaan yang dilakarkan oleh anak sulung Ustaz. Bertuah dapat anak yang dapat membantu dalam memartabatkan tulisan Jawi di tanah air. Semoga beliau akan memperolehi kejayaan cemerlang dalam mencapai cita-citanya di bidang ilmu.

        Kesibukan kita sama sahaja ustaz, cuma tingkatan kerjanya sahaja berlainan. Tumpuan ustaz lebih kepada pembelajaran jawi melalui kursus secara efektif dan tentunya sangat mencabar berbanding saya yang mengajar para guru dalam pelbagai bidang.

        Kurang mahir dan kurang kursus berhubung jawi mengakibatkan guru-guru agama kita ketinggalan jauh dlam meningkatkan usaha jawi mereka. Mudahan pihak kementerian pelajaran akan mengambil inisiatif untuk memberi banyak kursus profesonal kepada para guru kita bagi mendalami jawi agar tidak hilang di dunia melayu ini.

        Menyoroti perjuangan Ustaz di bidang jawi tentu banyak pengalaman pahit manis yang ditempuh. Alangkah baiknya jika dapat dikongsi melalui penulisan buku yang boleh dibaca oleh khalayak umum akan kemerosotan jawi di mata umum masyarakat melayu Malaysia.

        Selalu mendoakan perjuangan Ustaz menemui jalan kejayaan dalam pemantapan tulisan jawi di persada bumi bertuah ini. Salut ustaz atas perjuangan yang selalu istiqamah pada jalannya. Berbangga dapat mengenali ustaz Sabri. Selamat berjaya.

        Salam hormat dan takzim dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  31. salam..boleh saya mohon bantuan daripda puan…saya ingin dapatkan kajian berkaitan huruf tunggal jawi yang dugunakan sebagai bahan dalam penulisan ini….

      • saya pelajar tahun akhir IPG Kampus Perlis dalam pengkhususan Pendidikan Islam. saya akan membuat kajian tindakan berkaitan penulisan huruf tunggal jawi di kalangan murid Tahun 3. sehubungan dengan itu, saya memerlukan bahan dan jurnal untuk mengukuhkan dan memperkuatkan lagi kajian saya. bahan tersebut juga adalah untuk membuat sorotan kajian. saya memerlukan sumber yang asli dan primier. saya berharap puan dapat membantu saya mendapatkan bahan tersebut dalam merealisasikan kajian saya. saya cuba mencari bahan dan kajian ini di sini. tapi tidak dapat kerana saya adalah batch yang pertama di sini. saya takut dengan menggunakan bahan daripada internet kesahannya akan dipertikaikan..syukran

        • Mohd. Fikri…

          Tahniah atas usaha yang dilakukan untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat dalam kajian yang sedang dijalankan.

          Silakan maklumi bahan yang diperlukan. Insya Allah, saya akan berusaha mengirimnya. Mudahan diredhai Allah.

          Salam mesra.

          • Sabariah Bahrun. 2008. Model Pemulihan Jawi: satu analisis pelaksanaannya di Sekolah Rendah Sabah.

            Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. 2007. Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak.

            Siti Fatimah Saufee. 2007. Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak.

            Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi.

            Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin & Nordin Mamat. 2005. Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi di Sekolah Rendah menggunakan kaedah Gabungan Bunyi-Kata.

            dan sekiranya terdapat kajian-kajian baru yang berkaitan jawi terutama tentang huruf tungal….

            terima kasih atas bantuan yang sudi dihulurkan…

            hanya Allah yang mampu membalas jasa baik puan…

            syukran ‘ala kulli hal….

  32. Assalamualaikum Puan Fatimah, bertemu setelah lama tidak menulis…internet sangat bermasalah capaiannya, apa khabar anak didik kita di sana, maksud saya suasana semasa di sudut pencapaian jawi..saya pun tidak maklum tentang tugasan sebenar Puan di sana, cuma saya amat yakin sudah tentu Puan amat berperanan di bidang menyemarakkan lagi ilmu jawi. Saya hanya berfokuskan pelajar, golongan dewasa, ada yang menolak mentah-mentah jawi yang disempurnakan, mungkin suasana di Sarawak berbeza atau pun sama disebabkan suasana semasa yang juga tidak berbeza, kekuatan tulisan rumi telah sama sekali menenggelamkan khazanah ini akibat penerimaan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi..Moga Puan boleh berkongsi sama dengan saya …”Kemana akhirnya khazanah kita, siapa yang sepatutnya, menjuarai bagi memartabatkan khazanah warisan kita ini”… Sekian maaf..bahasa sangat tidak tersusun..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri…

      Masya Allah…. maaf Ustaz tak sangka Ustaz bertandang sudah lama ke blog saya. Saya segan jadinya kerana belum membalas komentar ustaz ini. Maafkan saya atas khilaf pandang ini. Saya gembira dapat membaca dan mengetahui khabar tentang perkembangan jawi dari Ustaz. Mudahan Ustaz selalu sihat dan bahagia dengan keluarga juga tugasan yang disandang.

      Sungguh ustaz seorang pejuang sejati dalam mengimarahkan tulisan jawi dipersada jiwa anak-anak muda untuk mencintai jawi. perjuangan yang sangat keras dan memerlukan komitmen tinggi serta minat yang mendalam. Tidak ramai yang mampu bertahan dan mencapai tahap kecintaan begini. Saya kagum dan salut dengan usaha ustaz. Semoga keperihatinan Ustaz akan diberkahi Allah swt.

      Untuk makluman ustaz saya mengajar Pendidikan Islam dan Tamadun Islam di IPG Kampus Rajang bukan mengajar Jawi. Subjek Jawi diajar
      oleh pensyarah dari Pengajian Bahasa Melayu. Setakat ini saya hanya menyampaikan ilmu tulisan jawi kepada guru-guru pendidikan Islam sekolah rendah. Tapi sekarang belum lagi ada apa-apa kursus yang boleh saya lakukan kerana peruntukan ekonomi yang kurang mantap sehingga kursus yang dicadangkan semuanya dibekukan.

      Jadi tiada perkembangan jawi yang membanggakan dapat saya kongsikan bersama ustaz. Setakat yang saya lihat dalam kalangan guru kita masih ramai yang belum menguasai jawi dengan baik, termasuk saya juga yang masih belajar untuk memahami kaedah jawi tersebut. Mudahan apa yang kita harapkan agar tulisan jawi dapat diterima baik oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu di masa depan agar khazanah nenek moyang ini selalu menjadi kebanggaan kita selamanya.

      Terima kasih Ustaz untuk kunjungan yang menyenangkan. Semoga silaturahmi ini tetap akan terjalin baik di masa depan.

      Salam hormat dan takzim dari saya. 😀

  33. Tahniah krn uz ada prasaan untk memartabatkan jawi. Saya juga sudah lama merasai begitu namun saya tdk hanya berdiam diri atau melepaskan perasaan shj saya bergerak seorang diri dgn menyebarkan kaedah jawi dbp trkini dgn mencipta inovasi buku jawi untk guru guru, pljara lemah sek rendah dan menengah. Saya baru nak memohon master dlm jawi . Skarang guru guru baru celik hasil seminar dan kursusu yg saya anjurkan. Saya akan meneruskan perjuangan ini sampai bila bila. Skali lagi tahniah utk uz yg berjiwa jawi

  34. salam …

    Saya amat berterima kasih dengan maklumat yang puan bagi mengenai masalah Jawi di kalangan kanak-kanak. Saya sedang melanjut pelajaran dalam bidang PHD kajian lebih kepada pembentukan huruf jawi di kalangan kanak-kanak Pra sekolah. Saya amat sukar mendapatkan maklumat bagi kajian tersebut. Jika rakan-rakan yang baca masalah ini jika ada maklumat boleh lah beri bantuan.

    email: izanmd@yahoo.com

    Yang benar

    Norizan Mat Diah

  35. salam …
    Saya minta maaf, Jika pemintaan saya ini menyusahkan

    Jika puan tidak keberatan dapat membantu saya dalam mendapatkan maklumat lebih lanjut rujukan di bawah, muka suratnya jurnalnya dan jika ada bahan nya sekali untuk tujuan PHD saya.

    Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. 2007. Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak. Jurnal Penyelidikan Ipera 2008. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

    Siti Fatimah Saufee. 2007. Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Jurnal Ipera edisi Khas. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

    sekian terim kasih

    yang benar

    Norizan mat Diah
    izanmd@yahoo.com

  36. Alhamdulillah…akhir ini saya sudah mula mengamalkan tulisan jawi dalam catitan kerja saya. Respon dari pelanggan, itulah kali pertama mereka lihat tulisan jawi digunakan… tulisan jawi adalah jati bangsa melayu… tak perlu diperjuangkan kerana ia sepatutnya ditonjolkan sepertimana kita bercakap dalam bahasa melayu itu sendiri…

    • Saya setuju saudara Hairi… tulisan Jawi harus diamalkan oleh bangsa Melayu sendiri setiap hari. Menulis dan mengajak orang sama menulis dengan Jawi amat digalakkan jika ini satu dari cara memperjuangkan keberadaannya tulisan jawi di muka bumi Malaysia ini.

      Saya juga demikian sama. Perjuangan memartabatkan tulisan jawi itu juga sangat perlu untuk diketahui oleh generasi baru yang sudah tidak mengenali tulisan ini sebagai tulisan yang pernah melonjak naik penggunaannya di seluruh Nusantara.

      Mudahan usaha saudara Hairi akan menyedarkan banyak pihak bahawa masih ramai penduduk Malaysia yang mencintai tulisan jawi.

      Semoga sukses.
      Salam sejahtera. 😀

      • Assalamu alaikum wr.wb.
        Kunjungan malam sambil menikmati secangkir kopi . Saat membaca judul tulisan ini sempat terlintas pikiran bahwa huruf Jawi itu adalah tulisan Jawa.Namun setelah membaca isi tulisan ternyata huruf Jawi adalah huruf Arab.Kami di Indonesia (terutama di Pulau Jawa) menyebutnya Pegon/arab gundul.
        Alhamdulillah,meskipun tidak begitu pandai saya masih bisa membaca dan menulis huruf pegon ini.
        Saya juga merasa prihatin dengan semakin tenggelamnya tulisan-tulisan bangsa sendiri.Kadang saya juga berpikir kenapa ya kita tidak bisa punya sedikit rasa bangga terhadap tulisan warisan nenek moyang bangsa sendiri.??

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zainal…

          Alhamdulillah, jika anda masih mencintai dan menghargai tulisan Jawi/Pegon yang semakin pupus dan tidak diminati oleh generasi baru masa kini.

          Kerana itu, kita harus mempertahankannya dengan beraksi sendiri di tengah masyarakat dengan menulis Jawi dalam setiap kegiatan yang bersangkutan dengan apa yang ditulis.

          Sikap pihak pemerintah yang kurang mengambil berat tentang tulisan Jawi ini,memungkinkan generasi akan datang sudah tidak mengenalinya lagi sedangkan tulisan ini pernah mengungguli waktunya dalam beberapa dekad yang lalu.

          Terima kasih atas komentar berbobot yang mengesankan.
          Salam sejahtera di penghujung pekan dengan secangkir kopi yang nikmat harumannya.

          • Saya sependapat dengan Siti Aminah Akhmad,meskipun hanya aksi kecil mudah mudahan dapat mengangkat dan melestarikan tulisan Jawi/Arab Pegon.
            Saya masih menggunakan tulisan ini untk menulis catatan pribadi meski tidak selalu.
            Sebuah surau/musholla kecil sedang kami bangun dan Insya Allah dari sanalah saya hendak memulai sebuah langkah kecil untuk memperkenalkan tulisan Jawi/Arab Pegon ini kepada anak anak calon generasi kita.Mohon doa nya supaya saya tetap istiqomah dan musholla tersebut lekas terselesaikan.

            • Senang sekali bisa dinamai dengan nama ibundanya Rasulullah saw. 😀

              Subhanallah, satu tindakan bijak yang diusahakan untuk memartabatkan tulisan Jawi/Pegon ke hati anak-anak generasi baru. Memang perlu diadakan aktiviti demikian walaupun asal mulanya kelihatan kecil tetapi saya yakin usaha itu akan berkembang luas.

              Saya doakan saudara Zainal dan sesiapa yang mendukung usaha baik ini mendapat berakah dari Allah swt. Jika tidak kita, generasi dewasa ini, siapa lagi yang bisa memperkenalkan tulisan ini sebelum ia benar-benar terhapus di muka bumi ini.

              Salam sukses dan tetap istiqamah.Terima kasih.mahu berkongsi kebimbangan dalam hal ini.

              Salut dan dua jempol buat anda. 😀

  37. السلام عليکم ورحمة الله!
    Puan yang dihormati, sekali lagi ketemu diruangan ini, lama sungguh saya terpinggir di laman yang hebat ini, tak lain kecuali bualan jawi semata-mata. Puan, terasa nak menulis di sini hanya sekadar bertukar atau berkongsi pandangan bahawa kita sememangnya inginkan jawi ini dipersadakan oleh kita sendiri di mana-mana ruang kosong di negara kita.

    Namun, dengan semangat dari diri kita sahaja tidak mencukupi. Menulis gaya kita dalam tulisan jawi juga sememangnya amat dialu-alukan tetapi kelompok orang yang menggunakan jawi sebagai alat melariskan perdagangan, ekonomi atau untuk melariskan jualan barangan milik mereka, kadang-kadang amat menjolok mata tulisannya.

    Saya cukup teruja dengan tulisan jawi terpampang di simpang jalan pusat bandar, suasana tulisan yang kita jiwai disanubari semakin mendapat tempat di negeri-negeri semenanjung Malaysia. Yang menjolok matanya, apabila berlaku salah kaedah penulisan. Tidak sepatutnya berlaku, di papan tanda yang ribuan ringgit dieja jawi tanpa dirangkaikan!

    Kita sedia maklum, kesilapan yang sedikit kurang lebihnya alif boleh dimaafkan namun pihak berkuasa negeri tidak sepatutnya meluluskan permit iklan yang salah penulisan jawi seperti itu. Inilah contohnya yang berlaku terhadap penulisan jawi.

    Saya hanyalah guru biasa, kemampuan kita berbeza, puan saya rasakan orang yang boleh menengahkan perkara ini dalam bentuk tulisan yang paling hikmah dan terbaik bagi membuka dan mencelikkan mata pihak berkenaan. Ini hanya cadangan sahaja semata-mata berkongsi.

    Sekian dahulu puan saya minta maaf andainya tersalah “chanel” penulisan sebegini! hanya sekadar tulisan penghubung deria rasa memartabatkan jawi.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri yang dihormati…

      Alhamdulillah, senang menerima komentar yang mengesankan tentang hal yang membimbangkan tentang perkembangan jawi masa kini melalui pengalaman dan pengetahuan yang di lalui oleh Ustaz. Maaf Ustaz, baru berkesempatan membalas komentar Ustaz ini.

      Saya benar2 tertarik akan perkara yang dibincangkan oleh Ustaz di atas terutama penggunaan tulisan jawi di papan tanda yang kita boleh anggap sebagai satu usaha untuk memartabatkan tulisan tersebut di mata umum.

      Namun kurangnya komitmen dari pihak berwajib sehingga kurang peka kepada salah kaedah penulisan yang digunakan. Tentu ini amat mengecewakan bagi mereka yang mencintai tulisan ini untuk digunakan dengan kaedah yang betul dari aspek tatabahasanya.

      Di Sarawak ini, saya belum lagi melihat adanya papan tanda jawi digunakan sebagaimana di Semenanjung. Di sini, bahasa Cina telah mengambil tempat dengan leluasanya sehingga merasakan beberapa bahagian di Sarawak sebagai diperintah oleh golongan Cina dan rasa seperti berada di negara China pula.

      Saya sangat berharap suatu hari nanti, terdapatnya papan tanda bertulisan jawi muncul sebagai satu dari alternatif untuk memartabatkan tulisan ini di mata generasi muda yang kian jauh dari penggunanaannya.

      Syukur ada program j-QAF yang menjadi saluran kepada penyebaran tulisan jawi di kalangan generasi muda dan sudah ramai yang dapat membaca tulisan jawi tetapi masih kurang yang menguasai
      penulisannya.

      Terima kasih Ustaz atas luahan kebimbangan tentang tulsan jawi ini dan saya turut bersama bersimpati atas nasib yang menimpa tulisan ini yang tentunya semakin membimbangkan. Semoga Allah selalu membantu usaha Ustaz Sabri san sahabat yang sangat prihati akan kemunduran tulisan ini, jika ia benar-benar berlaku.

      Terima kasih atas kongsian ilmu yang bermanfaat dan memberi kesan yang baik untuk difikirkan dan kunjungan yang selalu dialu-alukan.

      Salam sejahtera dan didoakan Ustaz serta keluarga dirahmati Allah swt.
      Selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang. 😀

      • السلام عليکم
        Puan Fatimah yang saya hormati, selamat bersua kembali, sebenarnya saya amat bertuah bertandang di ruang maya bersama mengongsi ilmu dalam blog ini. Apa yang saya rasa bertuahnya, Puan telah merasai manisnya bergelar “Munsyi Dewan – Jawi” saya belum mampu ke arah itu. Namun, setelah sepucuk surat “Undangan Ke Majlis Muzakarah Munsyi Dewan 2012” saya terima pada hari ini – 6/8/2012 – saya sungguh teruja apabila dilampiran nama tetamu undangan yang bakal hadir tercatat juga nama “Puan Siti Fatimah binti Ahmad”!..Wah! rasa hati saya ini semua insya Allah, pertemuan yang saya nanti-nantikan, sebab yang saya kenal hanya seorang sahaja di kalangan peserta yang hadir selain Puan. Moga kehadiran saya yang kerdil ini dapat membuahkan hasil yang amat diharapkan. Sama-sama memartabatkan Jawi di persada dunia nusantara insya Allah!

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri….

          Alhamdulillah, senang dapat dikunjungi oleh Ustaz dan bersyukur kerana masih sudi meninggalkan jejak-jejak ilmu dan pesan yang bermanfaat serta mencerahkan.

          Subhanallah, semua itu ketentuan Allah yang memilih dan menetapkan perancangan yang tidak pernah kita rencanakan dalam usaha membantu orang lain untuk menambah ilmu dan meningkatkan diri.

          Buat masa ini, saya belum pasti dapat hadir kerana bersamaan tarikh tersebut saya mempunyai jadual kuliah di waktu cuti penghujung tahun yang ketat di kampus bagi pelajar-pelajar guru yang mengambil kursus pengajian Diploma dan Ijazah pertama. Hal ini akan saya maklumi kepada pihak DBP.

          Saya juga berasa senang jika dapat bersama berbincang dengan Ustaz Sabri dan bertemu muka serta dengan para tetamu undangan yang lain. Namun tugas saya tidak berpihak kepada tarikh yang ditetapkan. maafkan saya dan semoga ada perjumpaan di masa yang lain. 😀

          Terima kasih atas makluman. Saya baru terima surat dari pihak DBP semalam. Terima kasih kepada pihak DPB memberi kepercayaan ini. Ia satu penghargaan buat saya yang masih belum banyak ilmu tentang Jawi berbanding Ustaz dan yang lain. Rasa segan juga gelar Munsyi Jawi itu diberikan kepada saya sedangkan saya masih di bawah dalam aktiviti Jawi ini.

          Salam ukhuwwah dan selamat berpuasa kepada Ustaz Sabri dan keluarga. Semoga selalu dalam lindungan Allah swt. 😀

  38. As salam Puan Siti Fatimah, rasanya saya sangat bertuah terjumpa dengan blog puan..

    Di Brunei pun penggunaan jawi di kalangan pelajar-pelajar semakin merosot. Sekarang saya mengajar bm di peringkat sekolah rendahdi brunei dan pada masa yang sama melanjutkan pengajian master dan sedang menulis disertasi bertajuk Pengaruh Penguasaan Jawi dan Kurikulum Guru Terhadap Proses Pengajaran Jawi di sekolah rendah di negara brunei darussalam. Adakah kiranya puan dapat memberikan maklumat tentang perkembangan dan kajian-kajian jawi terkini tentang jawi.. harap puan dapat membantu dalam perkara ini memandangkan puan bertugas di DBP Sarikei Sarawak…

    sekian. simah hj ibrahim brunei darussalam.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Simah Hi Ibrahim..

      Alhamdulillah, diberi jalan oleh Allah untuk sampai ke blog saya yang sederhana ini. Tahniah kerana Simah diberi peluang oleh Allah swt untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master.

      Maaf, saya bukan bekerja di DBP. Saya hanya seorang guru dan pernah terlibat dalam mengajar tulisan jawi dengan pelajar saya.

      Untuk setakat ini, saya tidak dapat membantu Simah berhubung dengan perkembangan jawi dan kajian-kajian tentangnya. Sila hubungi pihak DBP di Kuching. Hanya di Kuching sahaja ada DBP cawangan Sarawak.

      Semoga sukses. 😀

      • السلام عليکم..
        Puan Fatimah yang dihormati, bersua kembali, alhamdulillah, seusai Muzakarah Munsyi Dewan 2012, saya kembali ke rumah dengan semangat yang agak berbeza sewaktu sebelumnya. Apa tidaknya, dapat bertemu ramai rakan taulan di bidang yang sangat diminati ini…Jawi!
        Saya bertemu dengan rakan dari seluruh pelusuk negara ini, berbincang, bertukar maklumat serta berkongsi ilmu pendekatan P&P Jawi. Syukur sangat kepada Allah atas kurnia-Nya, selama ini, tidak dapat berkongsi dengan pakar-pakar Jawi, kini saya lebih “anergy” silap maafkan! bertenaga untuk terus mendedikasikan diri untuk terus mengorak langkah memartabatkan Jawi di persada bumi ini.
        Pun begitu, Puan Aishah Morad meyakinkan kami, bahawa kesinambungan perjumpaan akan lebih kerap diadakan selepas ini untuk merealisasikan Jawi di arus persada yang penuh dengan pertembungan dengan mentaliti generasi kini yang amat berbangga dengan tulisan rumi. Cabaran kini, ialah bagaimana mahu menghimpun cendikia Jawi duduk sebumbung, bersembang dengan rentak yang senada, bersantai bualnya hanya inginkan natijah jitu untuk bangkit melaungkan “kini kami bersedia menggalas amanah memartabatkan warisan Melayu “…agar celiknya nanti, kita sama maklum, celik jua anak generasi dengan Kitabullah, dan bersama-sama tersenyum, inilah generasi impian kita!
        Keputusan Muzakarah Munsyi, akan diadakan dua tahun sekali, sudah cukup menggembirakan ahli Munsyi, bual bicara dalam kumpulan yang sama-sama haluannya untuk kita bangkitkan semangat cintakan warisan bukan orang Melayu biasa, bahkan tinggalan warisan Ulama tersohor, untuk kitalah terus menjadi mata rantainya! Ya Puan, saya nampak sedikit sinar, apabila DBP mewujudkan perjumpaan sebegini agar cahayanya bukan sahaja menyuluh sebagai alat tulisan malahan cahayanya merupakan sedikit sumbangan hidayah Allah kepada generasi Y yang kita hadapi hari ini..maaf puan, agak terkesima dengan program julung kali saya hadirinya. Sekian dulu, saya hargai sumbangan Puan Fatimah dalam blog yang cukup bermakna ini!

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri…

          Didoakan Ustaz dan keluarga dalam lindungan dan rahmat Allah SWT di mana sahaja berada di bumi Allah SWT ini.

          Subhanallah walhamdulillah, saya merasa sangat bertuah kerana Ustaz sudi berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang Muzakarah para Munsyi Dewan Kebangsaan 2012 yang minggu lepas di sini.

          Rasa cemburu tidak dapat saya hindari apabila membaca pengalaman dan kegembiraan Ustaz berhubung aktiviti yang dijalankan. Juga semangat membara yang kian bersinar di hati saat Ustaz menulis tentang hal ini di sini.

          Saya yakin banyak manfaat dari maklumat yang sudah Ustaz dan rakan-rakan Munsyi telah terima. Dengan itu, saya berharap akan ada kesinambungan dari apa yang telah dipersetujui dalam Muzakarah tersebut.

          Saya doakan Ustaz akan terus berusaha bersama-sama mereka yang lain di sisi Ustaz untuk memartabatkan tulisan Jawi agar kembali mendapat perhatian dalam masyarakat majmuk di Malaysia khususnya dan masyarakat nusantara amnya yang kini sudah kian diberi perhatian walaupun kurang sambutannya.

          Terima kasih Ustaz untuk kunjungan yang selalu disenangi dan diharap melalui kongsian Ustaz, saya dapat menambah ilmu dan manfaat perkembangan tulisan Jawi di tempat Ustaz.

          Mudahan Allah SWT akan memudahkan segala urusan yang baik dan diberi ganjaran atas usaha yang dilakukan untuk maslahat modal insan yang kian haus dengan aksara Melayu ini.

          Salam hormat dan takzim dari saya selalu. 😀

  39. Assalamualaikum wr. Wb.
    Menarik apa yang Anda sampaikan mengenai tulisan Jawi. Saya Alhamdulillah mewarisi kemampuan baca tulis Jawi dari ayah saya. Walaupun tak terlalu baik, karena minimnya sumber tulisan Jawi di Indonesia. Di Indonesia tulisan ini lebih dikenal sebagai Arab Gundul atau Arab-Melayu.

    Ada sedikit perbedaan yang saya lihat dari Jawi di Malaysia dan yang saya pahami. Di malaysia sudah menggunakan pa dan va, sedangkan naskah yang saya baca keduanya ditukar menjadi fa dan ba. Mungkin ini yalah naskah lama. Aturan-aturan penghindaran homograf sudah Malaysia tetapkan walau belum sempurna. Semoga ke depannya tulisan Jawi semakin bermartabat. Saya sendiri telah sering menulisnya untuk keperluan catatan sehari-hari.

    Oh, ya.
    Boleh kirimkan saya e-book pedoman tulisan Jawi terbaru? Terima kasih.

    Salam dari indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb saudara Ali….

      Terima kasih atas apresiasi terhadap tulisan ini. Mudahan bermanfaat untuk sama-sama mengusahakan kemeriahan tulisan Jawi dalam kalangan generasi muda kini yang kian berminat untuk meneroka tulisan Jawi.

      Perkembangan tulisan Jawi kian mendapat perhatian di Malaysia dan terdapat usaha untuk memartabatkan tulisan Melayu ini agar kembali diminati generasi baru. Ternyata bukan perkara yang mudah untuk melakukannya. Ia memerlukan minat dan kesungguhan dari mereka yang mencintai tulisan Jawi.

      Alhamdulillah, satu dari usaha memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia adalah dengan memasukkan sabjek Tulisan Jawi dalam silibus Pendidikan al-Quran dan terdapat juga penambahan pada sabjek ini iaitu Kelas Pemulisah Jawi bagi anak-anak yang keciciran Jawi. Perkembangan semasa menunjukkan, sudah ramai anak-anak di malaysia yang sudah tahu membaca tulisan Arab Gundul ini.

      Huruf pa dan va sudah lama menjadi huruf tambahan Jawi yang sebelumnya menggunakan fa dan ba. Semua ini hasil dari Konvensyen jawi di Terengganu. (maaf saya lupa tahunnya )

      Maafkan saya, saya tidak mempunyai e-book tulisan Jawi terkini. Semoga saudara dapat menemuinya di internet.

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung untuk berkongsi ilmu tentang tulisan Jawi.

      Salam hormat. 😀

      • Setahu saya huruf VA itu yang baru ditambahkan. Di naskah Al Quran cetakan Indonesia, terutama di bagian belakang, selalu ada pembahasan tajwid ringkas. Di naskah manapun, saya melihat mereka memakai furuf FA’ untuk fonem [f] dan [p]. Seperti: فدولي (peduli). Kalau di Malaysia ditulisnya dengan PA ڤدولي. Lalu, naskahnya sepertinya masih memakai ejaan lama, karena tidak ada pembedaan antara seri dan serai, keduanya ditulis سري , kalau yang di Malaysia saya perhatikan mereka membedakannya menjadi seri سري dan serai سراي.

        Jarang sekali saya membaca huruf VA digunakan dalam naskah yang saya baca.

        تريم کاسيه اتس بالسن اندا. ساي برهارڤ سواتو سعة ننتي توليسن جاوي کمبالي برمرتابت دان دݢوناکن ملواس. ڤڠعملڽ ڤون هاروس توروت مڠاولڽ اونتوق تروس دݢوناکن.

        • Salam hormat saudara Ali Aulia Ghozali…

          alhamdulillah, ternyata sangat ramai yang prihati terhadap tulisan jawi yang pernah mengunguli dunia ilmu di dunia nusantara ini.

          Benar, huruf VA (wau bertitik satu atas) adalah antara ENAM huruf tambahan yang telah disepakati penggunaannya dalam Konvensyen Tulisan dan Ejaan Jawi di Kuala Terengganu pada tahun 1984. LIMA huruf lagi adalah cha, nga, pa, ga dan ta (ta marbuthah @ ta bulat).

          Kala di Malaysia, huruf FA adalah untuk fonem f. Manakana Pa (titik 3) adalah untuk fonem p.

          Iya, perbezaan huruf dan bunyi sebenarnya sudah disepakati dan mempunyai kaedah-kaedah tersendiri untuk membezakannya.

          Contohnya..
          DIFTONG ialah bunyi lembut yang terdapat dalam TIGA bunyi iaitu au, ai dan oi. Bunyi diftong dieja dengan menggunakan dua huruf iaitu alif – wau untuk au, alif – ya untuk ai dan wau – ya untuk oi.

          Jika merujuk kepada beza SERI dan SERAI, kaedahnya adalah HOMOGRAF TIDAK HAKIKI.

          HOMOGRAF ialah satu ejaan mempunyai dua bunyi. Ada dua jenis homograf iaitu homofraf tidak hakiki dan homograf hakiki.

          HOMOGRAF TIDAK HAKIKI – dieja mengikut kaedah ejaan diftong dan tambahan atau sisipan huruf alif saksi seperti topi dan tupai, seri dan serai, guru dan gurau.

          HOMOGRAF HAKIKI – kekal dieja sama seperti BURUNG = BORONG, SURUT = SOROT, PULA = POLA.

          Manakala huruf VA (wau bertitik satu di atas), memang jarang digunakan kecuali apabila bertemu dengan fonen V dalam satu perkataan seperti Universiti, van, violin, aktiviti, privasi dan sebagainya.

          Saya yakin, di Indonesia juga mempunyai kaedah-kaedah tersendiri dalam memudahkan pemahaman tulisan jawi dan pembentukan perkataannya.

          Terima kasih atas kunjungan yang mencerahkan dan kongsian yang dapat memartabatakan kembali tulisan jawi.

          Salam takzim. 😀

          • Salam takzim,

            Sekarang penulisan jawi di Indonesia kebanyakan sudah merujuk pada yang disepakati di Malaysia, hanya saja ada varian huruf, seperti GA kalau di Malaysia memakai KAF bertitik atas, sedangkan di Indonesia ada yang menuliskannya dengan KAF bertitik bawah atau KAF bergaris di atas… Huruf PA sudah dikenal juga, akan tetapi naskah tajwid masih memakai ejaan lama, FA’ untuk [p] dan [f] juga, jadi harus ekstra hati-hati dalam membacanya, hahaha 😀

            Saya ada file mengenai tulisan jawi berbahasa Malaysia, saya pun sekarang lebih cenderung menggunakan kaidah yang telah dibakukan karena lebih sistematis. Hanya saja dengan sedikit variasi ciptaan saya sendiri untuk menyesuaikan dengan ejaan Bahasa Indonesia. Alhamdulillah sejak kecil sudah sering menulis Jawi, dan banyak catatan saya tertulis dalam aksara Jawi pula.

            Sepertinya harus ada kamus Melayu/Indonesia yang ditulis dalam huruf Jawi seluruhnya agar Jawi kembali bermartabat dan banyak orang piawai dalam menulisnya…. Dan perkongsian dengan 3 negara serumpun (brunei, malaysia, dan indonesia) tentang pedoman penulisan Jawi seharusnya juga dilakukan selain MABBIM yang memedomani penulisan Latin/Rumi. Dengan demikian Jawi insya Allah akan menjadi lebih bermartabat, amin. 🙂

            • Salam hormat…

              Ternyata di Indonesia masih belum ada kesepakatan yang jitu bagi memudahkan penggunaan tulisan arab gundul ini atau tulisan pegon (bahasa jawa).

              Saya juga boleh membaca tulisan jawi lama. Semasa zaman kana-kanak, saya terdedah dengan buku-buku tulisan jawi lama yang dimiliki oleh datuk dan nenek saya.

              Wah… saya jadi teruja mahu melihat huruf GA yang ditulis sebagai KAF bertitik bawah atau KAF bergaris di atas. Sangat pelik menurut pandangan saya. 😀

              Ramai yang tidak boleh membaca tulisan jawi lama. Memang menjadi sukar untuk membaca tulisan jawi lama, yang belum melalui perubahan seperti yang ada kini. Kalau di Malaysia tulisan jawi secara rasminya menggunakan tulisan yang sudah diperbaharui bentuk, bunyi dan kaedahnya. Ia dirujuk sebagai Jawi DBP.

              Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan organisasi yang bertanggungjawab mengendalikan kejayaan dalam memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.
              DBP mempunyai panel-panel yang pakar dalam tulisan jawi untuk membantu menyerlahkan kembali tulisan jawi untuk diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

              Alhamdulillah, tulisan Jawi kian menular baik di kalangan anak-anak sekolah sejak kecil bermula dari pra sekolah sehinggalah menengah atas. Buku-buku teks Pendidikan Islam ditulis dalam tulisan Jawi dan terdapat sabjek Tulisan Jawi dalam silibus Pendidikan Islam.

              Malahan Program j-QAF dalam memperkasakan Pendidikan Islam juga mempunyai satu model khusus yang dikenali sebagai Kelas Pemulihan Jawi bagi membantu anak-anak di sekolah rendah untuk mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik bagi yang tercicir (tidak kenal) Jawi.

              Alhamdulillah, saya kagum dengan usaha saudara dan semangat yang dipancarkan dalam kehidupan saudara dengan menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan harian berbanding saya yang belum mencapai tahap baik dalam menguasai tulisan jawi ini. malu rasanya membahaskan hal ini sedangkan saya juga masih belajar memahaminya.

              Saya setuju, harus ada kamus Melayu/Indonesia yang ditulis dalam huruf Jawi seluruhnya dan perkongsian dengan 3 negara serumpun (brunei, malaysia, dan indonesia) bagi memantapkan usaha untuk memartabatkan tulisan jawi di Kepulauan Melayu ini.

              Kita doakan semoga semuanya berjaya. aamiin.
              Terima kasih sudah memberi input yang berbobot dalam posting ini. Saya senang menerima pandangan dari rakan sejiran.

              Salam sejahtera. 😀

  40. Assalamualaikum Puan Fatimah,
    Hari ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menghimpunkan semula penggiat-penggiat jawi seluruh Malaysia dalam Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan ( Jawi ) di Hotel De Palma Shah Alam, Tujuan himpunan ini mempunyai objektif yang sangat baik untuk semua penggiat Jawi, bimbingan pakar jawi Tuan Hj Hamdan dan Puan Hajah Atiah sangat berharga untuk semua yang hadir. Kesedaran untuk memartabatkan jawi di persada tanah air kita semakin memuncak. Banyak ulasan perkembangan jawi pada hari ini, membuatkan peserta yang hadir rasa kerdil dan terus ingin menguasai lagi tatabahasa jawi yang semakin rencam bentuknya. Moga Puan Fatimah di sana pun sukses dengan menyemarakkan jawi .

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri…

      Dengan senang hati saya mendengar khabar dari Ustaz dan teman-teman pengiat Jawi seluruh Malaysia. Sungguh beruntung sekali apabila sentiasa mendapat pendedahan tentang perkembangan jawi semasa dari mereka yang pakar Jawi.

      Awalnya, saya juga dijemput sama tetapi terpaksa menolak atas komitmen dan kesibukan yang berlaku dalam tarikh tersebut. Saya jadi sangat kerdil kini kerana belum mampu menyemarakkan jawi di bumi Sarawak apatah lagi di Sarikei. Rasanya mahu sahaja melucutkan title Dewan Munsyi yang diberikan dahulu.

      Oh ya, jika permohonan saya dapat dipertimbangkan, apakah boleh saya meminta bahan-bahan terkini jawi yang mungkin ada diperolehi secara “softcopy” semasa Ustaz menghadiri perhimpunan jawi sebelum ini dan beberapa hari lalu.

      Jika Ustaz mengizinkan, sila maklumi di sini dan saya akan menghantar email kepada Ustaz. Terima kasih atas bantuan. Saya berusaha menyemarakkan Jawi di kalangan pensyarah dan guru pelatih dahulu sebelum kepada sekolah. Mudahan dengan adanya bahan jawi terkini, saya dapat membantu mereka.

      Terima kasih atas kunjungan dan aktiviti jawi yang dikhabarkan. Semoga Ustaz Sabri dan teman-teman yang lain dimudahkan Allah untuk berjaya bagi memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.

      Salam hormat selalu 😀

      • Assalamualaikum , Terima kasih, Puan! atas respons terhadap tulisan saya,
        Program Pembinaan Munsyi Dewan ( Jawi ) ini mempunyai beberapa kertas kerja yang dibentangkan. Hanya tiga sahaja, Tuan Hj Hamdan dengan tajuk Permasalahan Tulisan Jawi, fokusnya terhadap Kata Serapan Arab, namun yang muktamadnya masih lagi menggunapakai Kamus Jawi (1 jilid ) “Daftar Kata Bahasa Melayui Edisi Ke-2. Untuk makluman Puan Edisi ke – 3 akan diterbitkan tidak lama lagi dan pihak kami ( hanya 20 orang yang hadir ) meminta pihak DBP mengadakan himpunan Munsyi Dewan Jawi bagi menerangkan sebarang perubahan yang berlaku dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi ke 3 nanti. Ceramah seterusnya oleh Puan Atiah Muhamad, tajuknya Tatabahasa Dewan dan ketiga oleh Tuan Hj Mut’ie tentang pengucapan awam. Puan, sebenarnya dalam bengkel ini banyak memfokuskan pembentangan oleh peserta dengan tajuk yang disediakan oleh penganjur kemudian dinilai oleh Panel lantikan DBP, Fuhh! amat memeritkan dengan masa 15 minit yang diberikan dan 5 minit seterusnya sesi soal jawab. Semua hasil pembentangan masih dikumpulkan oleh Tuan Hj Azman, selesai pengumpulan akan dimodulkan setelah diedit untuk kegunaan semua Munsyi.
        Jadi, saya juga merasakan begitu sedikit ilmu yang ada apabila rumusan demi rumusan dilakukan oleh panel yang dilantik. Namun rasa berbaloi juga kerana selama bergiat di lapangan ini, inilah kali pertama saya dan sahabat yang lain mendapat pendedahan pengkaedahan Jawi terbaru dan juga sedikit pendedahan akar jawi yang disusun oleh Zaaba. Sebelum majlis berakhir, kami sempat juga mengadakan mesyuarat di atas kapasiti Persatuan Munsyi Dewan (Jawi), induk persatuan ini ialah Persatuan Munsyi Dewan yang dibuat paa tahun lalu, Pengerusi MDJ ini automatik mewakili semua Munsyi Dewan Jawi menjadi wakil dalam persatuan induk Munsyi Dewan. sekarang saya sedang merangka program untuk semua Munsyi Dewan Jawi bergerak secara kolektif untuk menyemarakkan Jawi dipersada negara meskipun saya bukanlah Pengerusi MDJ, namun rasa hati ingin membantu, berkongsi idea dan seterusnya kita semua dapat mewehdahkan niat yang satu ” Memartabatkan Jawi di arena arus perdana”. Maka saya sedang dalam proses pembikinan program di Langkawi “Semarak Jawi” melibatkan guru-guru agama ( Ketua-ketua Panitia P. Islam) di negeri Kedah. Doaklah Puan, agar perancangan yang bakal diatur susun ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya.
        Terima kasih sekali lagi Puan atas perkongsian ilmu di ruang yang cukup bermakna ini!

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri…

          Alhamdulillah atas komentar Ustaz yang panjang lebar bagi mengkhabarkan aktiviti para Munsyi Dewan (Jawi) yang lalu. Membaca tentang aktiviti yang dilakukan, membuat saya semakin tercorot ke belakang kerana banyak ilmu yang tertinggal.

          Segan rasanya kalau dipanggil lagi kerana kurang ilmu sedia ada. Malahan Ustaz dan sahabat Munsyi Dewan (Jawi) sudah mendapat bimbingan hebat serta diselia keupayaan dalam pengajaran Jawi.

          Tahniah Ustaz kerana sudah mampu bergerak lebih jauh bagi mengembangkan lagi usaha memartabatkan tulisan jawi di kalangan guru-guru Pend. Islam di sekolah. Semoga usaha murni Ustaz akan dimudahkan Allah SWT.

          Mudahan modul-modul yang dibina hasil pembentangan Ustaz dan rakan-rakan Munsyi dapat diterbitkan dengan segera dan Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi 3 akan segera berada di pasaran. Saya btumpang gembira sama atas usaha yang dilakukan oleh pihak DBP dan para Munsyi Dewan (Jawi) semuanya.

          Hebat juga ya, sudah ada Persatuan Munsyi Dewan Jawi. Apakah semua yang pernah menghadiri kursus Asas Jawi seperti saya secara otomatik menjadi ahlinya, Ustaz ?

          Terima kasih atas berita baik yang dikhabarkan di blog saya. Semoga mereka yang mencintai Jawi mendapat berjuta manfaat dari perkembangan Jawi semasa.

          Salam hormat dan didoakan sihat dalam rahmat Allah SWT untuk berjuang memartabatkan tulisan jawi di kalangan anak-anak didik kita. Aamiin. 😀

          • السلام عليکم ورحمة‌ الله!
            Puan Fatimah yang saya hormati,

            Agak lama tidak berbual jawi di laman ini, sebenarnya seperti dimaklumi, kesibukan mengatur urusan kehidupan yang semakin hari semakin banyak. Saya terlepas pandang permintaan Puan untuk mendapatkan bahan-bahan Jawi di program yang saya ikuti tempoh hari. Tidak banyak yang saya perolehi kecuali kertas kerja mengenai persejarahan Jawi di Nusantara..Namun untuk makluman Puan, sekali lagi seramai 20 orang Munsyi yang terlibat dalam kursus baru-baru ini dijemput menghadiri Program Pemantapan Jawi di ILIM yang akan berlangsung selama 3 hari.
            Dalam program tersebut, pihak DBP akan menghadami sekali lagi kamus Daftar Kata Edisi ke 3 sebelum dicetak dan dipasarkan. Bantahan para Munsyi ialah pada perkataan Arab yang cuba untuk diasimilasikan kemelayuannya atas asas telah mantap penggunaannya di khalayak umum, namun perbincangan masih berterusan dan berlanjutan hingga akan dibawa ke program tersebut.
            Berkenaan keahlian automatik seperti yang Puan nyatakan sebagai ahli perlu dirujuk kepada DBP. terutamanya Ustaz Azman Al-Kurauwi.
            Untuk makluman Puan, sebenarnya, P n P Jawi di SMK agak berbeza dengan SR. Boleh dikatakan dengan adanya PBS di sekolah menengah, kekalutan atau kesibukan dengan PBS di sekolah menyebabkan ruang untuk pendedahan Jawi di kalangan pelajar sangat terbatas, Ini satu cabaran baru, kita bimbang tunas yang mula dibajai di sekolah rendah dengan sistem JQaf akhirnya layu dan kita terpaksa menggubal semula satu sistem baru..”Bagaimana kaedah untuk memartabatkan Jawi di SMK”….Ceramah Celik Jawi yang dijemput oleh sekolah berasaskan pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM, tahun depan sudah tiada PMR digantikan dengan PBS, maka hanya ceramahnya berlegar-legar untuk calon SPM semata-mata. Jadi, celik butanya Jawi akan menjadi satu bahan keluhan di mana-mana. Kita masih lagi dipersimpangan untuk memartabatkan Jawi atau terus tenggelam timbul bersama-sama rakan setugas, lebih baik menghabiskan sukatan kerana semua markah akan dion-linekan! moga Puan Fatimah di sana ceria bersama pelajar yang dahagakan ilmu, terutamanya Jawi!

            • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri yang dihormati…

              Membaca coretan Ustaz dan luahan atas kebimbangan yang diperhatikan melalui perkembangan tulisan jawi di Malaysia masa kini memperlihatkan betapa perjuangan untuk memartabatkan tulisan jawi tidak akan pernah selesai.

              Pihak kerajaan perlu menunjukkan keseriusan dan membantu pihak DBP yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut. Jika tidak, ia hanya melukut di tepi gantang. Tulisan jawi pastinya seperti hidup segan mati tak mahu. kasihan sekali kepada para pecinta Jawi dan para Munsyi Jawi yang bersungguh-sungguh untuk meninggikan kedudukan tulisan jawi di tempat asalnya.

              Bahasa dan tulisan menunjukkan asal sesebuah bangsa. Jika tidak dipertahankan, bangsa itu hanya tinggal sejarah dan kenangan di masa depan. Di kubur sendiri oleh bangsanya tanpa pembelaan.

              Jika di SMK berlakunya perubahan kepada PBS dan tulisan jawi tidak lagi dititik beratkan. hal yang sama juga berlaku di IPG. Di dalam sukatan pelajaran untuk program diploma pendidikan terdapat subjek khusus pembelajaran jawi yang mesti diambil oleh semua pelajar bagi opsyen Bahasa Melayu. tetapi sudah tidak ada lagi slot tersebut dalam sukatan Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP).

              Malang sungguh nasib tulisan jawi yang semakin hilang taringnya. Walaupun terdapat iklan di tivi yang memperomosikan tulisan jawi, namun itu belum cukup untuk menguatkan bangsa melayu dan bukan melayu untuk belajar dan menguasai tulisan tersebut. Semoga program j-QAF di sekolah rendah masih berperanan aktif untuk memandaikan murid dalam membaca jawi.

              Saya mendoakan agar program pemantapan jawi di ILIM yang akan berlangsung nanti mampu memecahkan kekeliruan yang berlaku dalam isu penggunaan ejaan tulisan jawi masa kini.

              Saya mengkagumi usaha dan cinta Ustaz Sabri dan rakan munsyi yang lain dalam membantu memartabatkan tulisan jawi di Malaysia. Jangan pernah berputus asa dan lemah semangat. Insya Allah, suatu hari nanti pasti tulisan jawi mampu berdiri tegak semula. Aamiin.

              Terima kasih hadir kembali mengisi minda dengan ilmu dan pengetahuan jawi untuk manfaat bersama di ruangan ini. Kunjungan ustaz selalu dialu-alukan dengan besar hati. Didoakan Ustaz juga diberkahi Allah dengan usaha dan perjuangan yang mantap ini. Hidup jawi !

              Salam hormat takzim. 😀

                • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zarifi….

                  Khat mwerupakan satu daripada seni Tamadun Islam yang sangat indah. Soalan itu sukar saya jawab kerana saya kurang arif dalam seni tulisan khat dan tidak ramai yang berminat untuk menulis khat ini.

                  Mungkin dengan mengadakan selalu pertandingan menulis khat antara sekolah boleh menjadi satu jalan memartabatkan tulisan Khat.

                  Terima kasih Zarifi atas pertanyaan yang baik dan mencern minda. Mudahan ada yang membantu menjawbnya nanti.

                  Salam sejahtera. 😀

  41. assalamualaikum, saya nak tahu apakah ciri2 penulisan jawi klasik dan jawi moden? apakah perbezaan antara keduanya, atau ada link yg blh sy rujuk, t.kasih.

    • Wa’alaikum salaam Ayyad…

      Jika merujuk kepada penulisan jawi klasik, bezanya dengan jawi moden mungkin tidak ada pedoman tentang bagaimana penulisan yang khusus.

      Biasanya mempelajari jawi moden atau jawi yang disempurnakan adalah melalui pedoman tulisan yang dipelajari secara khusus seperti pedoman Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan sekarang ini.

      Ayyad boleh rujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau kepada Ustaz Azman Ahmad (ibnu al-Kurauwi), pegawai yang mengendalikan kursus dan bengkel Jawi di DBP.

      Hubungi beliau di blog beliau ini;

      http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/

      Semoga dapat membantu Ayyad nanti.
      Terima kasih kembali atas kunjungan. 😀

  42. ASsalammualaikum… allhamdulilah
    Sy nk tnye lah… kt mane ad madrasah yg trime golongan yg x reti lnsg jawi…? Pndk kate buta jawi….
    Kte plu bntu glongan nie ….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Siti Nurbaya…

      Tak tahu pulak saya tentang madrasah khas untuk pemulihan jawi ni. Mungkin boleh ditanya kepada pihak DBP. Sila rujuk link di atas… ibnu ahmad alkurawi. Mungkin beliau boleh membantu.

      Terima kasih mengambil berat tentang jawi. Mudahan dirahmati Allah.
      Saam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam Budi Ahmad….

      Silakan, diharap dapat membantu dan menafaatkannya.
      Aamiin Allahumma Aamiin. Semoga Allah juga memudahkan segala urusan Budi dalam tugasan yang dilakukan. Aamiin.

      Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung dan membaca di LMGS G2 ini.

  43. assalammualaikum saudari fatimah….in sha allah jawi akan berseri lagi dan akan bersinar seperti zaman sebelum ini. in sha allah sinarnya kali ini akan lebih lama. semoga usaha saudari dikenang hingga akhir zaman. terima kasih atas maklumat yang diberi . amat membantu untuk kajian saya

  44. Pingback: Ada Apa Dengan Tulisan Jawi ? • Wacana Az-Zeckry

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.