Archive | TRAVELOG HIDUP RSS feed for this section

CT103. BUNGA GUBAHANKU (2)

4 May

Assalaamu’alaikum Wrahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 4. Gubahan bunga yang paling simple dengan mencacah-cacah sahaja tanpa memikirkan bentuknya. Alhamdulillah, terhasil indah juga. Ia menjadi hiasan di atas almari kasut bersamaan foto-foto Konvokesyen saya.

****************

Kembali menyapa dengan senyuman bunga yang indah di hati setelah sapaan pertama di CT85. GUBAHAN BUNGAKU (1).  Minat pada bunga tidak dapat dilepaskan dari wanita. Wanita dan bunga sangat sinonim. Tetapi tidak ramai wanita yang meminati seni gubahan bunga. Kenapa ? Mengubah bunga bukan mudah. Ia memerlukan suatu sentuhan halus di jiwa.  (more…)

CT89. TOMYAM SEAFOOD “AKIN”

19 Feb

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Berbicara dengan mbak Akin, empunya blog Try 2B Cool’ n Smart yang saya kenali awal sebagai Kaka Akin sangat menyenangkan. Beliau teman yang baik dan mesra. Beliau memanggil saya dengan nama BUNDA. Bukan tidak suka dipanggil bunda, mbak, tetapi terasa diri ini “tua” dengan panggilan demikian. :D . Hal ini kerana menyakini kami sebaya atau hanya berbeza beberapa tahun sahaja. Walau bagaimanapun, saya tetap senang dipanggil BUNDA. :D kerana panggilan itu satu penghormatan buat saya. Terima kasih, mbak Akin. (more…)

CT85. BUNGA GUBAHANKU (1)

3 Feb

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 1. Bunga  ini  menghiasi atas televisyen pada awalnya. Tetapi telah dipindah ke atas almari buku di ruang tamu, setelah gubahan baru yang lebih eksklusif.

****************

Maaf, berlaku masalah teknikal ketika sedang mengedit posting ini. Posting ini telah diterbitkan semalam. Maka dengan sabar dan hati yang kesal atas kecuaian,  saya mengedit semula dengan memendekkan foto-foto gubahan bunga ini untuk disisipkan sebagai masa “ISTIREHAH” sebelum tulisan Travelog Hajjah (1) bertajuk “FORMULA JERI’S” diterbitkan. (more…)

CT69. SAHUR YANG GEMPAR

6 Aug

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Angin dinihari,   seakan menggigit kulit tubuhku yang tidak berbungkus selimut. Aku dapat merasai hembusan dinginnya yang lembut mesra menyentuh tubuhku sehingga aku menggigil kesejukan. Aku memerhati sekeliling untuk mencari selimut yang awal malam tadi telah kemas membalut tubuhku. Mataku meliar ke sana sini, tidak ada. Pandangan ku bertumpu kepada Ros (8 tahun) yang berbaring pulas di sebelah Hanim (4 tahun). Kedua-dua adikku sangat nyenyak sekali. Masing-masing dengan selimut sendiri. Selimutku tidak kelihatan di atas katil. Ini bermaksud tiada perebutan antara aku dan adik-adikku. (more…)

CT64. ENAKNYA… DONUT

26 Jun

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Selamat Petang kepada sahabat sekalian. Bertemu lagi kita di penghujung minggu yang tentunya meriah dengan aktiviti bersama keluarga. Alhamdulillah, kita masih dikurnia Allah rezeki dan nikmat hidup untuk berkongsi cerita bagi menambah ilmu dan pengetahuan. Semoga berbahagia dan ceria selalu. :D

HUJUNG MINGGU (SABTU DAN AHAD) merupakan hari cuti yang menyenangkan saya. Setelah penat bekerja selama lima hari tentu sahaja hujung minggu menjadi hari yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga terutama anak-anak yang mempunyai pelbagai menu di otak mereka untuk direalisasikan oleh saya sebagai CHEF TWO di rumah @ Malaysia. :D (more…)

CT60. MUFTI SARAWAK DAN ‘SENIOR DIRECTOR’ YANG KALAH

22 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Setiap manusia mempunyai impian untuk mencapai cita-cita dan keinginan. Siapa yang berani menghadapi segala rintangan, dia pasti maju ke depan. Jika takut dirempuh badai, jangan belayar di lautan bergelora. Tidak ada jalan mudah untuk memperolehi sesuatu yang menjadi idaman. Kejayaan hanya dimiliki oleh mereka yang berhati teguh dan berdaya usaha. (more…)

CT57. AWAN NANO

28 Apr

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh


SUBHANALLAH. Maha Sucimu Ya Allah, memperjalankan aku di ruang udara dengan berselimutkan gumpalan-gumpalan awan nan putih, bersih, suci bak salju dan lembut bak marsmallow….hmmm, sedapnya  :D . Raut kecantikan wajah lukisan alam lebih menyerlah dengan beratapkan langit biru nan indah menghampar sejuk mata memandang dari kejauhan. (more…)

CT56. AKU DAN MELATI SARAWAK

18 Apr

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh


SITI FATIMAH AHMAD adalah anak jati kelahiran Simanggang (sekarang Bandar Sri Aman). Ketika zaman kanak-kanak,  aku sering bermain di rumah “MELATI SARAWAK”. MELATI SARAWAK adalah nama gelaran bagi seorang lelaki yang amat aku hormati. Tiada alasan lain kalau ke rumahnya, sama ada bermain-main dengan cucunya atau sekadar menziarahi dia dan isterinya, Hajjah Dayang Ukah. Hubungan kami masih dalam lingkungan keluarga yang sangat rapat. (more…)

CT54. AYAM PENYET

7 Apr

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh

RESTORAN AYAM PENYET: SIMPLY THE BEST. Begitulah nama yang tertera pada papan tanda di atas bangunan sebuah restoran makanan di Sekyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Restoran yang dimiliki oleh Ibu Nur ini  menyajikan makanan Tradisional Indonesia. Sepengetahuanku, inilah satu-satunya restoran Indonesia di Seksyen  15 kerana aku sering kali menjamu selera di restoran makanan di sekitarnya terutama Nuin’s Cyber Cafe. NCC adalah sebuah restoran berhawa dingin dengan kemudahan internet. Manakala ruang makannya diubahsuai seperti ruang tamu di rumah. Café ini menyajikan masakan tradisional negeri Perak. (more…)

CT51. POKOK BELACAN

23 Mar

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setiap hari aku harus melalui pokok ini untuk ke sekolah. Atau bermain di bawahnya bersama teman dan adik tika menunggu kolam renang milik Majlis Daerah Simanggang dibuka pada jam 3.00 petang. Pokoknya sangat tinggi menjulang langit. Usianya sudah tua tapi masih berdiri gagah. Bila aku bertanya dengan Pak Nek  apakah nama pokok tersebut. Pak Nek, Haji Massatem bin Mas Sabang @ Chi adalah ayah kepada ibuku (datuk). Pak Nek memaklumkan nama pokok itu adalah Pokok Belacan. Ia sudah wujud di situ sejak  Pak Nek usia remaja lagi. Sungguh kagum aku menatapnya. Seingatku, inilah pokok paling besar dan paling tinggi pernah ku lihat di kampungku. Lilitan badannya ku anggarkan sepuluh kali ganda atau lebih dari depangan tangan  anak seusia 10 tahun sepertiku. (more…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers