Archive | HADIAH DARI LANGIT RSS feed for this section

CT102. HADIAH DARI LANGIT (7): MANHAJ BERNEGARA DALAM HAJI

30 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kita harus mengakui kehidupan ini mempunyai misteri tersendiri. Setiap hari yang muncul adalah hari baru dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedari banyak kejutan-kejutan hadir di luar perancangan. Perencana kejutan itu tentulah Allah Yang Maha Berkuasa mengatur segala sesuatu mengikut kehendak-Nya. Kita merancang, Allah yang menentukan. DIA adalah al-Muqtadir (Yang Maha Menentukan). (more…)

CT76. HADIAH DARI LANGIT (6) GUMAM ASA – SEBUAH KARYA AGUNG MASA DEPAN

22 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Apakah yang menarik tentang buku GUMAM ASA ini? “… pasti ada kritik tajam membangun dan akan sangat mencerdaskan – ASA”, pernyataan ASA yang membuat saya berfikir – apakah saya yang awam dalam dunia budaya dan sastera, layak mengkritik karya seorang tokoh sastera yang disegani ini sebagaimana yang diminta oleh ASA ?

Demikian persoalan pada  prasa akhir yang saya nukilkan dalam posting CT74. PENGHARGAAN BUAT PENULIS GUMAM ASA: ALI SYAMSUDIN ARSI  yang lalu.  (Sambil senyum), Saya tidak tahu mengkritik GUMAM saudara Ali kerana saya bukan seorang pengkritik. Seorang pengkritik harus tajam kata-katanya. Sinis penangannya sehingga melukakan hati dan rasa. Tapi bukan saya. Kata-kata saya sangat tumpul dan tidak mampu menghunus tajam kepada kumpulan GUMAM ASA yang punya kesaktian tersendiri dalam membela dirinya. (more…)

CT74. PENGHARGAAN BUAT PENULIS GUMAM ASA – ALI SYAMSUDIN ARSI

12 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ALI SYAMSUDIIN ARSI (akronim: ASA) tidak pernah saya kenali sebelum ini. Nama beliau juga tidak pernah saya temui dalam blog-blog sahabat maya dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan seperti Ersis Warmansyah Abbas, HE. Benyamine, Hajriansyah, Randu Alamsyah dan Sandi Firly. Atau kerana tidak kenal maka nama itu hanya berlalu seperti angin jika pun pernah membacanya sepintas lalu. Tidak pernah dipeduli siapakah orang yang bernama ASA ini. ASA juga bukan seorang blogger. Maka tidak akan ditemui blog ASA di dunia maya. ASA adalah manusia yang berada dalam dunia nyata. (more…)

CT.62 HADIAH DARI LANGIT (5): “BEDAH” RUMAH DEBU – SANDY FIRLY

11 Jun

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Satu penghargaan buat saya apabila seorang novelis muda dan sedang meningkat naik namanya di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia, Sandy Firly hadir menulis di komentar PROFIL dengan maksud untuk menghadiahkan buku novel pertamanya RUMAH DEBU.  Alhamdulillah, tentu sekali saya sangat terharu dan tidak menduga satu lagi HADIAH DARI LANGIT (5) akan menjadi koleksi peribadi saya yang sangat bernilai hasil persahabatan yang terjalin di dunia maya.  Novel kiriman beliau, selamat saya terima pada 16 Mei 2011 (Isnin), jam 10.10 pagi. (more…)

CT47. HADIAH DARI LANGIT (4): 4 IN 1 – PENGHARGAAN

9 Mar

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

APA KHABAR SAHABAT PEMBACA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 ? Hmmmm…. rasa bersalah menokok di hati apabila sejak kebelakangan ini aktiviti anjung sana-anjung sini (blog walking) jarang sekali saya lakukan. Pertama; tugas di pejabat yang semakin membukit  tentu sekali menjadi alasan terbesar boleh diberikan. Kedua; kesihatan yang kurang berkesan membantu menguatkan alasan pertama… hehehe. :D (more…)

CT41. YANG KETIGA – DARIMU UNTUKKU: UNTUKMU

8 Feb

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Tidak menyangka fiesta award kembali menyapa di awal tahun 2011. Setelah membelek kembali almari award di folder LMGS Warisan Sahabat 2, saya melirik pada 3 award  yang  diterima pada akhir tahun 2010, belum lagi  saya lunasi paparannya di maya.  Satu penghargaan indah jika kita berkongsi kegembiraan dengan sahabat yang memberi kita award ini. Kegembiraan yang tidak dapat dinikmati jika kita seorang sahaja menatapnya. :D (more…)

CT27. “LAUNCHING” BANNER BARU – LMGS GEN2 DI TAHUN BARU HIJRAH 1432

7 Dec

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Sahabatku pembaca LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2…..

HARI INI 7 DISEMBER 2010 bersamaan 1 MUHARRAM 1432 H, hari yang sungguh bersejarah untukku kongsikan bersama kalian di dunia maya. Tanpa kita rasai bahawa sentuhan masa dengan sayap keaktifannya yang tidak mengenal lelah dan payah telah membawa kita menyelusuri kehidupan yang menyusup pelbagai rona bau kepedihan, kedukaan, kebahagiaan, kegembiraan, kejayaan, kegagalan dan sebagainya. (more…)

CT23. HADIAH DARI LANGIT (3): AKHIRNYA TERCAPAI JUA

22 Nov

ssalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dunia tanpa sempadan tidak semuanya membuahkan hasil negatif jika betul cara penggunaan dan matlamat yang hendak dicapai. Dari belahan dunia mana pun kita berada, segalanya menjadi mudah digapai. Masa menjadi teramat pendek berbanding puluhan tahun yang lalu. Bayangkanlah dulunya, jika mahu berutus khabar sahaja, mengambil masa berhari-hari untuk sampai perkhabaran kita kepada orang yang dituju. (more…)

CT.15 YANG KEDUA…. DARIMU DARIKU

7 Oct

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Posting ini khas saya nukilkan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga nilainya kepada sebuah persahabatan maya yang cukup unik persembahannya. Buatmu sahabat-sahabatku sekalian yang selalu sudi menyirami nur kasih dalam setiap komentar di Laman Menulis Gaya Sendiri sebuah nukilan mutiara kata yang dicipta khas :

“PERSAHABATAN IBARAT SEBIJI BENIH yang ditanam, disiram dan dijaga rapi agar mengalir melalui kekuatan akarnya. TUNAS yang kian berputik subur. Membesar menumbuhkan pohon. Berkembang menyerata ranting. Merimbun hijau dedaunan yang tak terhitung, mewangi bunga-bungaan penuh aroma keharuman dan menghasilkan buah ranum yang segar dan menyihatkan. “

- SITI FATIMAH AHMAD – (more…)

CT12. YANG PERTAMA…. DARIKU

25 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Dalam posting yang lalu, CT10. Untukmu Kekasih: Sejambak Doa Sebuah Puisi, sebuah harapan ditampilkan oleh sahabat maya  saya,  yang berjiwa ramah untuk  membuat desain istimewa buatnya. MBAHJIWO…. begitulah namanya. Nama itu hingga kini sempat membuat saya bingung  kalau melihat pada fotonya itu. Hehehe… dunia maya kan penuh misterinya. (more…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers