Archive | GURU SEBENAR GURU RSS feed for this section

CT105. 16 MEI 2012 : SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU PELAJAR”

16 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua anak didik di Malaysia yang mengikuti pelbagai peringkat pendidikan dalam negara, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2012. Surat yang ku tulis ini adalah berasaskan kepada luahan secara tidak rasmi pelajar-pelajar yang pernah aku temui sepanjang hampir 18 tahun mengeluti diri dalam dunia pendidikan yang serba mencabar. Ia berlaku di mana-mana zaman dan tempat. (more…)

CT53. I’M A PRESCHOOL TEACHER

1 Apr

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh

AKU SEORANG GURU PRASEKOLAH. SEMUANYA BERMULA 7 TAHUN YANG LALU, Tahun 2004. Berdasarkan arahan yang terkandung di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) di bawah Bab 10. Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan dalam fasal 50. Pengajaran Agama Islam yang mengandungi 4 perkara berikut:

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (more…)

CT25. “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE

30 Nov

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


 

Indahnya kehidupan dan bahagianya diri saat mendapat CINTA dari seseorang. Cinta yang berbalas dari hati yang terdalam. Cinta yang dihadirkan tanpa sebarang paksaan. Lahir dengan sendiri.  Muncul bak pelangi indah yang mewarnai taman hati  SEWANGI BUNGA DUNIA. Cinta yang tidak pernah diminta hadirnya. Malah tidak diketahui bilakah saatnya muncul di depan mata. (more…)

CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM

30 Oct

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SAHABATKU YANG DIHORMATI…. Bicaraku kali ini sangat panjang. Ia satu perluahan hati yang bimbang akan kemerosotan penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi dalam kalangan kita. Jika sahabatku sudi mendengar kata hatiku melalui tulisan ini, silakan baca dengan tenang, perhatian yang khusus dan kemudian memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada tulisan Jawi suatu ketika nanti jika kita tidak punya kepedulian terhadapnya. (more…)

CT16. MENGAPA GURU TIDAK CEMERLANG ?

9 Oct

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pencapaian pelajar banyak bergantung kepada inisiatif guru dalam menyampaikan sesuatu ilmu dan pengetahuan. Namun tidak dinafikan faktor-faktor lain seperti ibu bapa, persekitaran, media masa   dan media pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. (more…)

CT14. MUNSYI DEWAN YANG MENDEBARKAN (1)

4 Oct

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


“Pihak urusetia telah mencalonkan pegawai tuan iaitu SITI FATIMAH BINTI AHMAD sebagai MUNSYI DEWAN (JAWI). Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama tuan memberikan pelepasan kepada pegawai tuan untuk menghadiri KURSUS INDUKSI MUNSYI DEWAN (JAWI) pada 1-3 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.”

(Demikianlah bunyi surat yang ditujukan kepada Pengarah IPG Kampus Rajang dan ditandatangani oleh Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Apa lagi yang mahu ku ucapkan ke hadrat Ilahi Rabul Jalil selain ucapan “ALHAMDULILLAH”. Kalimat hebat penuh keajaiban yang berbentuk mengangkat segala puji dan puja hanya untuk Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bakal dilakukan-Nya kepada masa depan hamba-hamba-Nya yang terpilih. (more…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers