Archive | GENTA RASA RSS feed for this section

CT78. ANDAINYA PERTEMUAN ITU MASIH MILIK KITA…

6 Oct

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sahabat sekalian, setelah lama berkecimpung secara aktif di dunia maya ini, saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar di penghujung tahun bagi menghilangkan kelelahan di samping urusan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Insya Allah, ANDAINYA PERTEMUAN ITU MASIH MILIK KITA dan dipanjangkan umur, saya akan berusaha untuk kembali menyatu dalam kesegaran yang tentunya memberi kelainan apabila tahun baru menjelma. (more…)

CT66. SENYUM… TAK PERLU KATA APA-APA

14 Jul

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SENYUMLAH… kerana semua kita layak untuk sebuah senyuman yang indah dari diri sendiri sebagai hadiah yang tak ternilai.

SENYUMLAH… selagi senyum itu mampu memberi kebahagiaan kepada kita dan orang lain.  SENYUM itu sedekah. (more…)

CT28. KEMALANGAN PALING NGERI SEBELUM SAYA MATI

9 Dec

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. (more…)

CT26. AKU TIDAK MAMPU JADI SEPERTIMU…

4 Dec

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Sahabat…. Aku ingin sekali menurut segala sifatmu yang angkuh dan sombong itu. Tahukah kamu bahawa aku berusaha menuruti jejakmu.

Tika aku melihat dirimu mencerca orang lain. Aku sungguh kagum sekali. Lidahmu begitu mudah menutur kata nista, seolah kau tidak merasakan apa yang dirasa oleh orang yang kau cerca. Hatimu bagai batu, sejuk dan dingin bak salju tanpa deria. Tahukah kau sahabat.. Bagaimanakah rasanya, kalau kau berada di tempat mereka ? (more…)

CT21. KERANAMU…. KU RELA BERKORBAN

5 Nov

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Terbayang di skrin otakku tajuk “KERANAMU… KU RELA BERKORBAN.” Hmmm… cukup menarik dan mengusik hatiku yang sangat mencintai kelima-lima insan ini. Insan-insan tersebut adalah Sang Putera Hati (SPH), suami tersayang, tiga puteriku yang cantik manis dan satu-satunya puteraku yang menceriakan.  Terima kasih sayangku sekalian kerana selalu mewarnai kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupanku di dunia ini. (more…)

CT1. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

15 Aug

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

5 RAMADHAN 1431H…. saksi penuh barakah memohon rahmat dari Allah Yang Maha Penyayang, dengan penuh takzim dan rendah hati SITI FATIMAH AHMAD KEMBALI MENYATU DIRI…..

Sahabat mayaku yang dihormati sekalian;

Tentu sahabat tertanya-tanya kemana menghilangnya blog LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI (versi lama) dan pemiliknya, SITI FATIMAH AHMAD dalam tempoh hampir 30 hari yang lalu. (more…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers