Archive by Author

CT108. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (3): KELEBIHAN SAF PERTAMA

1 Jun

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ramai bertanya kenapa harus berebut-rebut untuk mendapat saf pertama, barisan hadapan atau saf paling awal di masjid atau surau atau dalam mana-mana solat berjemaah. Ada yang berpendapat, menyusahkan diri sahaja berlumba-lumba dengan orang lain. Ada ruang untuk solat, duduk sahaja dalam saf yang ada dan bersolatlah. Yang utama adalah berjemaah. (more…)

CT107. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (2): MENGATUR STRATEGI

29 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 3. Pemandangan yang amat mengejutkan saya ketika pertama kali memasuki halaman terbuka kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Lapangan solat sudah penuh dengan jemaah haji wanita. Ini bermakna dalam masjid juga sudah penuh. Saya, Kak Kasma dan Kak Senah tidak dapat memasuki masjid. Kami menghampar sejadah dan merasa hampa kerana solat Subuh pertama kali di luar Masjid.

****************

Dalam episod CT106.  MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1),  kami ditakdirkan Allah untuk menekuni solat Subuh pertama secara berjamaah di luar halaman terbuka, kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Segala rencana yang diatur tidak kesampaian. (more…)

CT106. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1): NIAT DAN AZAM

23 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 1. Foto pertama yang saya ambil dengan menggunakan kamera kompak, Olympus FE-280 di halaman terbuka kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Sementara menunggu azan kedua berkumandang, saya memetik 4 foto yang dilampirkan di dua posting ini. 4 foto ini (bertanda merah) , amat bersejarah  dan bermakna sebagai Subuh pertama di bumi Madinah.

****************

MENGUKIR AZAM

Alhamdulillah, kembali bertamu untuk menyingkap tabir pengalaman Travelog Hajjah (1) dan Travelog Hajjah (2) yang masih di permulaan jalan.  Perjalanan yang masih panjang menuju Makkah al-Mukarramah. Ziarah Madinah merupakan tuntutan yang disunatkan ke atas para jemaah Haji/Umrah sebelum atau selepas melaksanakan ibadah Haji/Umrah di Makkah pada bila-bila masa.  (more…)

CT105. 16 MEI 2012 : SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU PELAJAR”

16 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua anak didik di Malaysia yang mengikuti pelbagai peringkat pendidikan dalam negara, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2012. Surat yang ku tulis ini adalah berasaskan kepada luahan secara tidak rasmi pelajar-pelajar yang pernah aku temui sepanjang hampir 18 tahun mengeluti diri dalam dunia pendidikan yang serba mencabar. Ia berlaku di mana-mana zaman dan tempat. (more…)

CT104. IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA

10 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

13 MEI 2012 -  SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA

Walaupun ada perayaan Hari IBU yang khusus diraikan di seluruh dunia, aku tetap berpendapat Hari IBU adalah SETIAP HARI.  Apa yang harus diketahui dan difahami oleh umat Islam, bahawa TIADA HARI IBU khusus dalam ajaran ISLAM. Semoga Allah mengampuni kita atas khilaf selama ini.

Agama Islam meraikan penghormatan kepada IBU setiap hari dan wajib bagi anak-anak mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk orang tuanya. Jika tidak dianggap berdosa. Insan bernama IBU tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. IBU adalah segala-gala bagi anak-anaknya.  IBU ADALAH RATU HATI. (more…)

CT103. BUNGA GUBAHANKU (2)

4 May

Assalaamu’alaikum Wrahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 4. Gubahan bunga yang paling simple dengan mencacah-cacah sahaja tanpa memikirkan bentuknya. Alhamdulillah, terhasil indah juga. Ia menjadi hiasan di atas almari kasut bersamaan foto-foto Konvokesyen saya.

****************

Kembali menyapa dengan senyuman bunga yang indah di hati setelah sapaan pertama di CT85. GUBAHAN BUNGAKU (1).  Minat pada bunga tidak dapat dilepaskan dari wanita. Wanita dan bunga sangat sinonim. Tetapi tidak ramai wanita yang meminati seni gubahan bunga. Kenapa ? Mengubah bunga bukan mudah. Ia memerlukan suatu sentuhan halus di jiwa.  (more…)

CT102. HADIAH DARI LANGIT (7): MANHAJ BERNEGARA DALAM HAJI

30 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kita harus mengakui kehidupan ini mempunyai misteri tersendiri. Setiap hari yang muncul adalah hari baru dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedari banyak kejutan-kejutan hadir di luar perancangan. Perencana kejutan itu tentulah Allah Yang Maha Berkuasa mengatur segala sesuatu mengikut kehendak-Nya. Kita merancang, Allah yang menentukan. DIA adalah al-Muqtadir (Yang Maha Menentukan). (more…)

CT101. KU SYUKURI SEGALA KURNIAAN-MU, YA ALLAH

23 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Menjadi salah seorang dari Dhuyufur Rahman antara jutaan manusia yang terpilih di dunia ini pada musim haji setiap tahun harus disyukuri oleh sesiapa sahaja.  Setiap peluang yang Allah paparkan di hadapan kita hendaklah diguna pakai sepenuhnya bagi mengisi jadual waktu kehidupan sepanjang perjalanan iman ini dengan ibadah dan amalan yang bermanfaat. (more…)

CT100. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4)

18 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Penulisan posting ke-4, DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI, Madinah akan mengakhiri episodnya di sini. Tetapi menyambung semula episod baru akan datang, jauh ke depan dengan tajuk,

DI SEPANJANG PERJALANAN INI… SEVILLA BARAKAT KE MASJIDIL HARAM, Makkah al-Mukarramah. 

Hotel 18 tingkat bertaraf 5 Bintang ini, menjadi tempat penginapan saya dan SPH bersama para jemaah haji dari Sarawak KT33 dan KT45. Hotel Sevilla menjadi pusat operasi perkhidmatan Maktab 95, pihak muassasah kendalian Tabung Haji Malaysia. Selain Maktab 95, terdapat juga sejumlah para hujjaj dari maktab 94 menduduki 2 tingkat di hotel tersebut.  (more…)

CT99. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (3)

14 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MASJID NABAWI DILINGKARI EKONOMI SEJAGAT

Jika diteliti sejarah silam di awal penghijrahan Rasulullah saw dan kaum Muhajirin ke Madinah, aktiviti ekonomi sudah berkembang pesat. Ketika itu, bangsa Yahudi mendominasi segala aktiviti ekonomi yang berbasiskan riba sebagai mencari keuntungan berlipat ganda sehingga “mencekik darah dan leher” para pembeli yang berurusan dengan mereka. (more…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers