CT136. BUNGA GUBAHANKU (3)

18 Nov

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Foto 8. Gubahan bunga di atas saya namakan SEHATI SEJIWA. Saya sangat tekun dan bersemangat sekali untuk menghasilkan gubahan ini. Saya ingin mencari kelainan yang mengujakan dalam semua gubahan saya dengan menggabungkan gubahan bonsai berbatangkan “chopstick raksasa”  bersama rangkaian bunga yang berkembang di bawahnya dengan menjadikan Bunga Matahari sebagai tumpuan utama.  Sangat menginspirasikan. Saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan bentuk gubahannya. Setiap kali balik dari kerja, saya pasti merenung bunga ini bersama senyuman mekar di bibir. Ia amat sentimental bagi saya. Kelihatan hidup dan menyentuh hati. Hilang segala penat lelah saat merenungnya. Sangat sempurna di mata saya. :D

***************

Alhamdulillah. Kembali menyusun bunga di blog LMGS G2 untuk menyambung semula siri  CT85.  BUNGA GUBAHANKU (1) dan CT103. BUNGA GUBAHANKU (2) yang lalu. Bercerita tentang bunga “palsu” atau bunga asli yang digubah, tidak pernah melelahkan perhatian saya. Minat yang mendalam terhadap gubahan bunga dan keinginan untuk menguasai ilmu seni merangkainya memberi satu cabaran yang amat mengujakan saya.

Malah, keterujaan itu bukan sahaja milik saya seorang. Tetapi menjalar kepada Muhammad (10 tahun) dan Ieesyah (7 tahun) yang sering “meneroka” bunga-bunga yang bakal saya gubah untuk mereka gubah sendiri. Kakak-kakak mereka sudah tidak berminat lagi untuk mengganggu saya seperti mereka kecil dulu. Saya seronok melihat keterujaan yang mereka miliki dan membiarkan sahaja mereka menggunakan bunga-bunga yang sedia ada untuk merangkai bunga sesuka hati.

Foto 9. Tiga pasu bunga yang menghiasi meja khusus untuk meletak Kitab al-Quran dan Kitab Terjemahan al-Quran di ruang tamu. Masing-masingnya adalah hasil gubahan Ieesyah (sebelah kiri), Mama (di tengah) dan Muhammad (sebelah kanan). Saya sangat menghargai hasil usaha mereka dan meletakkan gubahannya di sini. Muhammad dan Ieesyah sangat gembira dan senyuman tidak pernah lekang apabila mereka melihat bunga tersebut. “Terima kasih Mama” ucap keduanya dengan bangga sekali. “Sama-sama sayang, gubahan yang cantik tapi tidak secantik gubahan Mama.” balas saya sambil ketawa. :D

**************

BUNGA GUBAHAN IEESYAH

“Mama, boleh Iessyah pakai pasu bunga kecil Mama ini ? tanya Ieesyah sambil memegang pasu bunga yang sudah dipilih olehnya. “Boleh sayang, hati-hati jangan sampai pecah.” jawab saya sambil tersenyum. “Ok, Ma. Balas Ieesyah cepat.

Tidak lama kemudian. “Mama, Ieesyah ambil bunga ini dan bunga itu untuk Ieesyah gubah, boleh ke Ma ?. tanya Iessyah lagi. “Iya, boleh sayang. Ambillah, Tapi jangan ambil bunga-bunga yang Mama nak guna ini, ok ?” balas saya kembali.”Ok.” jawab Ieesyah singkat, lalu menyibuk diri dengan bunga gubahannya.

“Bestlah Mama ni. Mama tidak marah pun. Kenapa Mama tidak marah Ieesyah kacau bunga-bunga Mama.” tanya Ieesyah dalam kesibukannya memilih bunga yang bakal digubah. “Buat apa Mama marah. Mama kan sayang Ieesyah” jelas saya dalam ketawa.

“Terima kasih Mama. Mama adalah ibu yang paling baik di dunia. I Love You Thousand Ten, Ma” balas Ieesyah dengan riang ria. “Alhamdulillah, terima kasih sayang, anak Mama yang paling comel dan solehah di dunia. Mama Love You too Million Ten ” balas saya lalu mencium pipinya.

Ruang tamu menjadi kecoh dengan gurau senda kami. Ieesyah dengan khusyuknya melakukan aktiviti merangkai bunga yang ternyata sangat kreatif dan inovatif. Sekali-sekala Ieesyah memerhati cara saya mengubah bunga dan kembali memberi tumpuan kepada bunga gubahannya sendiri. Tangannya sangat ligat mencacak batang bunga, menggabung apa yang difikirkan sesuai baginya.

Hasilnya, percaya atau tidak, sangat cantik dan menarik sekali. Tentu dalam gaya gubahan anak-anak. Lihatlah di bawah ini…

 

Foto 10. Bunga gubahan Ieesyah. Subhanallah, bunga sebelah kanan itu, hampir menyerupai gubahan Mamanya, SEHATI SEJIWA di atas.  Sangat kreatif dan inovatif. CANTIK dan MENARIK.

**************

BUNGA GUBAHAN MUHAMMAD

Seperti juga Ieesyah, Muhammad tanpa segan silu turut teruja untuk mengubah bunga sendiri. “Apalah abang ni, macam perempuan.” sindir Ieesyah apabila melihat Muhammad juga sibuk mencari pasu kecil dan bunga. “Suka hati abanglah, apa Ieesyah nak sibuk.” balas Muhammad dengan geramnya.

“Allahu Akbar, sudahlah tu, jangan gaduh-gaduh. Ieesyah, biarlah abang Akram buat juga. Mengubah bunga ni, bukan untuk orang perempuan sahaja. Lelaki pun boleh. ” jelas saya untuk menenangkan suasana yang mulai panas. “Terima kasih, Ma.” jawab Muhammad sambil menjeling kepada Ieesyah. Ieesyah menjelir lidahnya tanda protes.

Muhamamd bersungguh-sungguh untuk menghasilkan gubahan yang menarik. Dia selalu bertanya saya, cantik atau tidak kalau dia mencacak batang bunga di sana sini. Kemudian bertanya lagi sesuai atau tidak kalau bunga ini digabungkan dengan bunga itu. Masya Allah, sungguh pening melayan perhatian Muhammad. Berbeza dengan Ieesyah yang melakukannya sendiri dengan senyap tanpa banyak bicara.

Tidak dinafikan, hasil Muhammad juga sangat menarik dan kreatif. Saya ketawa geli hati melihatnya. Seperti biasa, Muhammad akan menuruti jejak ketawa saya dan tidak berasa hati. Lihatlah hasil gubahannya di foto bawah ini dengan rela hati dan sabaaaar. :D

Foto 11. Bunga gubahan Muhammad. Kreatif dan menarik. Saya bertanya kepada Muhammad tentang gubahan bunga (foto sebelah kiri) yang tiada bunga pada batangnya. Muhammad kata, itu fesyen terkini yang belum orang buat. Kami sama-sama ketawa. jawaban yang sangat kreatif. Kemudian saya bertanya lagi, Kenapa span bunga itu (foto sebelah kanan) tidak ditutupi dengan bunga atau daun ? Muhammad kata: ” supaya nampak lain dari yang lain. Kalau orang tidak buat, biar abang yang buat gubahan macam ini.” Saya ketawa mendengar alasannya. Muhammad memang lucu dengan idea-idea yang tidak terfikir oleh saya.

****************

GUBAHAN SIAPA PALING CANTIK ?

Foto 12. Gubahan Ieesyah (sebelah kiri), gubahan saya (di tengah) dan Gubahan Muhammad (sebelah kanan)

*

SELAMAT MENJAMU MATA

****************

18 November 2012 (Ahad)/ 4 Muharram 1434H/ 3.43 petang - Sarikei,  Sarawak

AKU….. dan semalam yang berlalu adalah rindu yang membebani jiwa. Adalah sepi yang menjengah seluruh rasa dalam bisik bayu merentas masa. Adalah aku penanti waktu yang membuat naluriku ngilu menjadikan aku rindu pada pertemuan itu. Ya Rabb… tika dan saat yang hadir menyapa, pasti akan tiba dalam genggaman-MU yang tidak mendustai apa yang disiratkan sejak azali. Aku menunggu dengan redha setiap ketentuan-MU dengan iman. Aamiin Ya Ghaffar Ya Kariim.

- SITI FATIMAH AHMAD -

****************

DI WAKTU KEMBARA INI, BANYAK PENGALAMAN YANG  MENDEWASAKAN KITA untuk MENJADI SEORANG MANUSIA

About these ads

39 Responses to “CT136. BUNGA GUBAHANKU (3)”

  1. SITI FATIMAH AHMAD November 18, 2012 at 4:24 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…
    SALAM by Sami Yusuf…. sebuah nikmat tidak terhingga apabila kita saling berdoa dan mensejahterakan antara satu sama lain. Demikianlah Allah menghubungkan silaturahmi antara hamba-hamba-NYA yang saling tidak kenal mengenali sehingga kita bergabung dalam satu bumbung maya yang tidak pernah kelihatan. Hanya dengan satu pegangan iaitu beriman dengan Allah swt..

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Harapan dan mutiara nasihat adalah ketabahan dalam keyakinan yang nekad untuk mencari kebaikan dalam hidup. Beruntunglah kita jika ada petunjuk dari Allah untuk mengasihi kita dari seseorang lain sehingga perhatian itu ditanamkan ke dalam hatinya. Perhatianku tertumpah padamu yang selalu ada di hatiku. Terima kasih Ya Allah. Semoga hidup kita selalu dalam keberkatan Allah swt. Aamiin.

    Wasaalam. :D

  2. neni November 18, 2012 at 8:56 pm #

    Assalamu alaikum wr. wb
    umi, aku datng, jangan sedih lagi karena neni telat berkunjung ;)
    MasyaAllah, indah bunga-bunganya, yang paling indah rangkaian bunga neni :)
    waahh… isya dan abang, anak sholeh yang lucu dan kreatif, subhanallah, ummi is the best, mengajarkan mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, neni bangga dan salut pada ummi, 11 jempol dech buat ummi ;)

    neni jadi tambah kangen dan rindu pada ummi, ya Allah, neni rindu pada ummi

    miss ummi,
    neni sayng dan rindu selalu pada ummi :)
    salam sayang

    • SITI FATIMAH AHMAD November 19, 2012 at 9:28 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb Neni yang Umi sayangi…

      Sedihnya sudah hilang berganti riang gembira dengan kehadiran komentar pertama dari Neni. :D

      Masya Allah, 11 jempol ! Jempol-jempol ini datang dari mana ya ? Ngeri mengingatinya. By the way… Umi tidak kisah dari mana jempol-jempol itu datang. Yang penting menerima penghargaan dari anak Umi ini sudah membuat Umi “terawang” di udara. Pipi makin merona pink. :D

      Terima kasih kerana Neni dapat bertandang lagi ke blog Umi dalam kesibukan melanda. Umi juga rindu dan mengharapkan ada ruang waktu untuk bertanya khabar lagi.

      Miss you too, Neni.
      Salam sayang kembali dari Umi. :D

      • neni November 19, 2012 at 9:48 pm #

        11 jempol itu, satu sebelah kanan dan yang satu sebelah kiri kalau dua-duanya diangkat bersamaan, jadi 11 deh.. :)

        alhamdulillah, neni sekarang jadi senang dan bahagia, karena sudah bisa menjadi comentator yang the first dilaman umi, setelah sekian lama menjadi yang terbelakang dan kadang tak memberi comentar alias corat coret dilaman umi, kerinduan yang lama terpendam dan dngn coretan kata kini telah terobati,
        alhamdulillah, Allah selalu menyayangi hubungan antara aku dan umi, rindu dan kasih sayayng yang selalu hadir, membuat kita semakin dekat dan semakin….semakin…semakin…
        neni sangat senang kalau umi bercanda dan menggoda neni.. ;)

        miss umi
        neni cayang ummi..;) :)

        • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 9:14 am #

          Oh, begitu ya maksud 11 jempol itu. Umi membayangkan lain dari yang lain. ;)

          Alhamdulillah, mudahan di lain masa Neni akan selalu mengawali komentar di blog Umi. Umi selalu menunggu dengan senyum dan sabar. :D

          Aamiin, Allahumma Aamiin. Umi mendoakan agar Allah swt merestui silaturahmi yang jauh tapi dekat ini. Hanya Allah swt yang berkuasa melakukan apa yang direncanakan dalam mempertemukan sesiapa yang dikehendaki-NYA. Semoga persaudaraan kekal ini hingga ke akhirat. Aamiin.

          Masya Allah… apa Umi ini memang pandai menggoda ya.. ;)
          Hmmm… Umi baru tahu nih. :D

          Salam rindu dan sayang dari Umi yang jauh.
          Terima kasih Neni dan didoakan sukses selalu.

          • neni November 21, 2012 at 6:46 am #

            .memangnya umi pikir 11 jempol itu, bagaimana yach :) ;)

            neni susah jadi yang pertama dilaman umi, ada comentator setia yang bernama siti fatimah, hhuuuuffftt… cepat kali pula dia berkunjung kelaman umi ;),

            semakin berbunga-bunga pula hati ini, kala berkunjung kelaman umi, entah apa penyebabnya,senyum yang terurai tak tertahan, hadir dengan sendiri tanpa diudang ;)

            umi lucu, neni cantik :)
            ettsss.. umi jg cantik tp lebih cantik ananda ;) ;) :)
            ye..ye..ye..ye..ye.. (putar2 depan umi, sambil teriak ye..ye..yee…)

            salam rindu buat umi, ssalam sayang
            sukses jg buat umi

            • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2012 at 3:39 pm #

              11 jempol itu adalah…. ? hmmm… Umi sudah lupa. ;) :D

              Kasihaaan anak Umi kerana tidak pernah jadi yang pertama di posting Umi. Sengaja Umi tidak memberi peluang kepada yang lain kerana mahu menghargai seseorang yang dikasihi dulu. Maaf ya. :D

              Alhamdulillah, Umi senang kalau Neni berkunjung bersama senyuman terukir. Dengan itu, pastinya coretan Umi menjadi penawar segala duka Neni. Jika Neni rasa mahu menangis, silakan berkunjung ke blog Umi agar tangisannya reda dan hati menjadi damai.

              Wah… banyaknya senyuman dari Neni telah Umi terima saat ini. Sampai lelah Umi membalas senyuman yang tidak kelihatan itu.

              Ok. ok, Umi mengalah (pusing kepala kerana Neni putar-putar depan Umi sambil teriak-teriak) :D :D

              Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat Neni yang baik. Selalu ada doa dari Umi untuk kejayaan Neni di sana. :D

              • uvisayangummikakak November 29, 2012 at 7:27 pm #

                assalamu’alaykum, spesial tuk ummiku..(kak Neni pun tak lupa aku sapa..tapi tak spesial..huhu…piss ya kak…)

                alhamdulillah, indah nian warna bunga-bunga gubahan ummi…
                ummi, andai ada di sisi uvi, uvi pastinya minta umi tuk menghias kamar uvi…

                maafkan uvi yang lama tak berkunjung ke laman ummi…

                ^kerana, ummi ni, bak pelangi…
                …datang sebentar, lantas pergi…
                bukan uvi tak suka indah warnanya…
                tapi, kerana kerinduan setelahnya…(kerana mesti kita berpisah …setelahnya…)

                mudahan ummi maklumkan keadaan uvi ni, afwan yaa ummi….
                salam hangat tuk ummi juga kak Neniku…

                • awan putih November 30, 2012 at 7:37 am #

                  wa alaikum salam..
                  neni nganbek aj dech, dpt martabak yang tak spesial :( .

                  • SITI FATIMAH AHMAD November 30, 2012 at 2:50 pm #

                    Iya, sudahlah tu. Jangan sedih neni…

                    Nanti Umi masak martabak spesial untuk Neni aja. Senyum ya biar nampak cantik macam Umi. :D

                • SITI FATIMAH AHMAD November 30, 2012 at 2:48 pm #

                  Wa’alaikum wr.wb nanda Uvi yang Umi selalu rindukan…semoga dalam lindungan dan rahmat Allah swt di Solo, sana.

                  Hehehe… (ketawa sambil picit-picit perut nih, kerana hanya Umi aja yang dapat salam spesial dari Uvi bukan si Neni) ;)

                  Umi pasti Neni akan hentak-hentak kaki kerana marah sama Uvi. Wah… pusing lagi kepala Umi kerana dua orang anak “tambahan” Umi ini. :D

                  Terima kasih kerana menghargai karya bunga Umi. Tidak susah tu, Uvi, copas aja foto bunga Umi, lalu hiasilah kamar Uvi dengannya. Pasti akan berseri-seri ruang kamar Uvi nanti.

                  Hmmm… sudah-sudahlah tu, jangan sedih hati. Jangan lagi pergi jauh dari Umi. Jika ada ruang waktu bersahabat, Uvi hadirlah menyapa Umi bila-bila masa asal sahaja semuanya kembali seperti dulu. Umi senang, anak-anak Umi selalu menemani Umi walau hanya di maya pada.

                  Terima kasih Uvi atas kunjungan yang di”paksa” ini. ;) Umi rindu dan selalu mahu anak-anak Umi mengkhabarkan keadaam mereka biar hati Umi tenang.

                  Salam hangat kembali dari Umi juga Kak Neni. :D :D

  3. Legy Masyhury November 18, 2012 at 10:34 pm #

    Assalamu’alaikum bunda…

    Wah… Kedua anak bunda memang sangat kreatif, bunga gubahan yang mereka buat juga tidak terlalu buruk untuk dipajang diruang tamu. Semakin sering mereka merangkai, pasti akan sama bagusnya dengan bunga gubahan milik mamanya… :)

    Senang melihat keluarga yang akur dan kompak antara anak dengan orang tuanya…

    Salam hangat bunda… :D

    • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 8:48 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Legy Masyhury…

      Anak-anak yang diberi kebebasan untuk berkarya tentu akan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

      Tidak rugi jika ibu bapa dapat melakukan aktiviti bersama kerana akan menambah keceriaan hidup dan pertautan kasih sayang yang erat.

      Terima kasih Masyhury kerana masih sudi bertandang kemari. Sudah lama kita tidak bersilaturahmi.

      Salam hangat kembali dari saya. :D

  4. Legy Masyhury November 18, 2012 at 10:36 pm #

    Ohya bunda, saya punya blog baru nih, kalau ada waktu bolehlah mampir… :)

    • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 8:51 am #

      Ok, nanti saya ke sana dalam waktu terdekat.
      Terima kasih Masyhury kerana sudah memaklumi. :D

  5. monda November 19, 2012 at 5:32 am #

    Anak2 kreatif kak
    saat bersama merangkai bunga seperti ini bisa buat akrab hubungan dengan anak

    • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 8:54 am #

      Iya benar, mbak Monda.
      …dan pasti keriangan juga menjadikan kehidupan mereka selalu ceria.
      Mereka memang kreatif dengan ide-ide menarik yang tidak kita duga.

      Terima kasih mbak Monda.
      Salam manis selalu. :D

  6. ruangimaji November 19, 2012 at 2:12 pm #

    Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Setelah mulut ini terpuaskan NASI AYAM MADU spesial, bergantian mata yang dibuat takjub mendapatkan sajian penuh keindahan. Lengkap betul sajian Mbak Fatimah. Terima kasih Mbak atas sajian-sajiannya. Juga terima kasih untuk Ieesyah dan Muhammad atas bunga-bunga gubahannya.

    Saya teringat waktu masih Sekolah Dasar, setiap kali petugas piket membersihkan ruang kelas, mereka juga mendapat tugas untuk menyediakan rangkaian bunga segar untuk diletakkan di atas meja guru. Maka ramailah kami merangkai bunga-bunga yang kami petik dari halaman rumah. Ternyata dampak dari adanya rangkaian bunga segar begitu luar biasa. Kesegaran ikut terasa di ruangan kelas, suasana belajar menjadi penuh gairah. Sayang sekali, sekarang ini peran bunga segar lebih banyak digantikan oleh bunga plastik dengan alasan praktis dan tahan lama.

    Salam hormat senantiasa…

    • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 9:03 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Alhamdulillah, sama-sama kembali. Syukur kepada Allah jika apa yang dilakukan ini dapat memberi manfaat dan keceriaan kepada mas Raden dan pembaca yang lain. Mudahan ini memberi kebaikan untuk perkongsian ilmu yang Allah kurniakan.

      Wah.. aktiviti yang bagus dan sepatutnya diteruskan kerana memberi ruang kepada pelajar untuk memberi sumbangan kepada keceriaan kelas mereka. Namun kini jarang didapati aktiviti seperti itu.

      Lagipun bunga-bunga segar juga tidak sewenangnya diperolehi sekarang. Semuanya menggunakan bunga palsu/plastik sebagai alternatif untuk memanjangkan usia dan gubahannya. malah lebih relatif dengan keadaan yang serba mudah dan ringkas.

      Terima kasih untuk perkongsian kisah lama di sini. kenangan indah yang tak terlupakan, tentunya.

      Salam hormat. :D

  7. adibmahdy November 20, 2012 at 3:12 pm #

    wah.. bagus kreatif banget yuh

    • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 4:16 pm #

      Alhamdulillah dan terima kasih atas apresiasinya, Adi.
      Salam kenal.

  8. pelancongnekad November 20, 2012 at 9:25 pm #

    Rangkaian bunganya bagus sekali.
    Sekumpulan bunga merah itu seperti mahkota.
    Bunga kuning pun menambah kesan segar.
    Mungkin Siti harus lebih bermain dengan warna. Ini hanya saran lho. ;)

    Well done!

    • pelancongnekad November 20, 2012 at 9:29 pm #

      Ngomong-ngomong, ketiga rangkaian bunga bagus semua. Memiliki karakter masing-masing.

      • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 9:52 pm #

        Setiap manusia dianugerahi karakter dan idea yang dinamik. Anak-anak mempunyai daya kreativiti tersendiri.

        Oleh itu, hargailah setiap usaha yang terhasil dari kebijakan mereka supaya mereka lebih bersemangat dalam menghasilkan sesuatu yang hebat.

        Terima kasih.

        • pelancongnekad November 20, 2012 at 9:56 pm #

          Benar sekali. Dan pembelajaran itu membutuhkan proses, dan anak-anak menjalani proses tersebut. Semakin kita menghargai hasil karya mereka, semakin cepat pula proses pembelajaran tersebut karena mereka merasa dihargai. Tepat sekali untuk memajang hasil rangkaian bunga Ieesyah dan Muhammad bersama dengan punya Mama mereka.

          • SITI FATIMAH AHMAD November 21, 2012 at 9:34 am #

            Anak-anak hendaklah diberi peluang untuk menghasilkan kreativiti mereka. jika dihalang pasti mereka rasa kecewa dan tentu tidak mahu meningkatkan kebijakan mereka kerana tidak diberi motivasi ke arah tersebut.

            Proses pendidikan selalu berjalan dan jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja sehingga anak-anak terlepas peluang untuk meningkatkan potensi mereka.

            Terima kasih Fier untuk kongsian ilmu bermanfaat.
            Mudahan semua ini dapat memberi pengalaman kepada Fier di kemudian hari. Insya Allah.

            • pelancongnekad November 21, 2012 at 11:13 pm #

              Amin. Tentu saja. Pembelajaran bisa bersumber darimana pun, bahkan dari artikel blog ini.
              Mba benar, tidak memberi mereka (anak-anak) kesempatan untuk mencoba sesuatu yang baru sama saja menutup kesempatan mereka untuk mengembangkan ketertarikan mereka. ;)

              • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2012 at 3:45 pm #

                Oleh kerana itu, guru dan orang tua harus pintar menangani kebijakan anak-anak dalam memperolehi ilmu yang baru mereka ceburi.

                Anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sebagai cara menambah ilmu untuk menjadi lebih matang dan dewasa melalui pengalaman yang dilalui.

                Terima kasih Fier, rajin menjana ide dan tentunya menarik untuk dikongsikan bersama.

                Salam ceria di hujung minggu. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD November 20, 2012 at 9:44 pm #

      Terima kasih Fier atas apresiasi dan sarannya. Bermain warna adalah kegemaran saya. Kerana itulah laman ini ibarat pelangi yang berwarna warni. Hidup dan berseri.

      Merangkai bunga memerlukan kreativiti yang tinggi. Tidak boleh dibuat sebarangan. Hati dan jiwa harus menyatu untuk memperolehi “nyawa” gubahan itu.

      Salam sejahtera. :D

      • pelancongnekad November 20, 2012 at 9:52 pm #

        Benar sekali, artikel ini benar-benar berwarna, sejalan dengan isi yang dipaparkan. Tidak sembarang orang mempunyai kelebihan untuk merangkai bunga karena, seperti yang dikata, harus ada jiwa seni yang tinggi serta rasa tersendiri akan eksotisme dan keindahan. Kesabaran pula turut mengikuti.
        Ieesyah juga memiliki kepribadian itu. Sedangkan Muhammad memiliki pribadi yang ingin tampil beda dan menarik ;)

        • SITI FATIMAH AHMAD November 21, 2012 at 9:53 am #

          Minat dan keinginan kepada sesuatu yang hendak dikuasai kemahirannya tentu memberi kekuatan kepada sesiapa untuk menghasilkan sesuatu yang tidak dimahukan oleh orang lain.

          Oleh itu, minat, yakin diri serta percaya kepada potensi dan bakat dapat membawa kita kepada apa yang dicita-citakan dan tentu ingin merealisasikan apa yang diimpikan.

          Iya, Ieesyah memang tekun dan berfokus berbanding Muhammad yang sambil lewa tetapi tetap meneruskan usahanya. Mereka punya kreativiti tersendiri yang patut saya banggakan dari mereka. Itu bermakna mereka telah berusaha memuaskan diri dengan hasil kerjanya.

          Alhamdulillah. Saya senang dengan apa yang mereka laku dan hasilkan. Terima kasih Fier telah memberi ulasan berbobot yang baik dan mencerahkan.

          Salam ceria dan sukses selalu dalam usaha menjelajah bumi Allah ini. :D

  9. ahmad fauzi November 22, 2012 at 12:16 am #

    Assalamualaikum wr wb

    kunjungan malam bund…

    kebetulan juga sedang hujan…

    eh Kayaknya dida ngga mau belajar tuch kaya Iessyah bund…

    sukanya nggambar sampai tembok rumah eyangnya kaya kanvas….

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2012 at 3:57 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ahmad Fauzi…

      Namanya lelaki tentu punya cita rasa yang lain dan lebih bersifat agresif. Bunda dapat membayangkan betapa cantiknya lukisan Dida di “kanvas” tembok rumah eyangnya. :D

      Anak-anak selalu memberi keceriaan kepada kita walaupun pening juga mengatasi tingkah mereka yang kadang kala menguji kesabaran kita.

      Terima kasih atas kunjungan Ahmad.
      Salam ceria buat nak Dida yang bijaksana. :D

  10. mawarkuningku November 24, 2012 at 11:02 am #

    Assalamu’alaikum
    Bunda, ini Amanah dari Galeri Siswa..
    Saya sangat tertarik dengan bunga gubahan bunda, sebuah rangkaian bunga yang indah. Bunga-bunga mawar selalu mengingatkan saya dengan masa kecil. Merangkainya akan memeberi kepuasan tersendiri, meski kadang bunganya sampai layu dan rusak karena belum pandai merangkainya.

    Terimakasih bunda, telah mengingatkan saya pada kenagan indah dimasa lalu.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2012 at 4:03 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Amanah…

      Alhamdulillah, rupanya Amanah dari Galeri Siswa yang selalu bunda kunjungan saat ruang waktu menyapa. Semoga sukses dan selalu mengasah potensi dan bakat untuk selalu menulis bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran menulis.

      Wah… ternyata Amanah juga mempunyai hobi yang mengasyikkan masa kecil. Tentu kenangan yang indah dan kekal diingatan. Apa sekarang ini juga masih merangkai bunga ? Bunda yakin, gubahannya tentu lebih mantap dan menarik berbanding dulu. :D

      Sama-sama kembali untuk kenangan Amanah, yang dikongsikan di blog Bunda ini. Salam manis dari bunda. :D

      • mawarkuningku November 28, 2012 at 5:50 pm #

        Terimakasih untuk doanya Bunda.
        Sekarang saya sudah jarang sekali merangkai bunga. Mungkin, kalau pulang ke rumah dan masih punya waktu luang.
        Salam manis juga untuk Bunda dari Amanah.

        • SITI FATIMAH AHMAD November 28, 2012 at 9:24 pm #

          Iya, kesibukan kerja atau belajar sering merampas masa untuk kita bermanja-manja dengan hobi kita.

          Bunda juga demikian, hanya jika ada masa terluang yang sangat panjang, kesempatan merangkai bunga akan bunda lakukan. Itupun tergantung juga kepada mood. :D

          Terima kasih atas kunjungan Amanah.
          Salam hangat kembali. :D

  11. Ejawantah Wisata November 25, 2012 at 4:16 pm #

    Ass…….

    Terus terang saya suka gubahan dari Muhammad yang terlihat sederhana. Dan memperlihatkan apa adanya, namun tidak menepis suatu nilai keindahan.

    Senang sekali ya Bun, dapat ekerjasama dengan anak untuk dapat memacu kerjasama dalam hal membangkitkan dan menanamkan suatu hal kerjasama. Jarang sekali seorang ibu dan seorang yang memiliki kesepatan dapat berkumpul bersama dalam menghabiskan waktu untuk mengisi keindahan bersama seperti itu.

    Semoga dari suatu hal kegiatan sederhana ini dapat menjadi suatu contoh nasehat kebaikan untuk para orang tua dalam membangun komunikas dengan anak-anak dirumah.

    Sukses selalu
    Salam Wisata

    • SITI FATIMAH AHMAD November 26, 2012 at 8:52 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Alhamdulillah, terima kasih kerana menyokong Muhammad. Saya yakin Muhammad suka dan ternyata dia suka dengan pujian dari mas Indra.

      Saya akui, memang bukan mudah untuk dapat melakukan aktiviti bersama anak-anak setiap hari kerana masing-masing punya aktiviti tersendiri. Itu bergantung kepada apa yang ingin kita kongsikan.

      Percayalah aktivit sebegini akan mengeratkan hubungan ibubapa dengan anak-anak selain itu berkesempatan dalam mengajar ilmu secara tidak formal kepada mereka. Anak-anak memang menyukai aktiviti santai selain berusaha “mengganggu” ketenteraman dan “mencabar” kesabaran orang tuanya. :D

      Aamiin, harapan kita semua agar orang tua selalu mempunyai masa berkualiti dengan anak-anak terutama di waktu cuti sekolah.

      Terima kasih atas kongsian komentar yang mencerahkan dari mas Indra. Semoga berbahagia bersama keluarga selalu.

      Salam sukses kembali. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 176 other followers

%d bloggers like this: