CT118.CABARAN HAJI (5): KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH

26 Jul

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Ibnu Mas’ud r.a mengatakan, “perbanyakkanlah oleh kamu menziarahi Baitullah sebelum ia diangkat dan sebelum manusia lupa akan tempatnya (Baitullah), dan perbanyakkanlah membaca al-Quran sebelum ia di angkat.” – Al-Fakihy

Mengkhatam al-Quran di Masjidil Haram, Makkah merupakan azam yang banyak terpahat di hati para muslimin di seluruh dunia. Saya meyakini hasrat itu wujud di hati sesiapa sahaja yang mencintai al-Quran. Malah, banyak kisah-kisah tentang para hujjaj yang khatam al-Quran dirakam dan di tulis di media-media massa atau di blog-blog peribadi sebagai satu kenangan indah yang sukar dilupakan sedangkan jika dilihat secara mata kasar, perbuatan mengkhatam al-Quran di mana-mana pun adalah perkara biasa.

Yang menjadi luar biasanya, khatam al-Quran kali ini adalah di MASJIDIL HARAM atau di MASJID NABAWI. Tempat suci  umat Islam yang di dalamnya penuh dengan limpah kurnia Allah swt. Tempat yang tidak mudah untuk didatangi jika tidak ada tujuan khusus bagi melaksanakan ibadah Haji atau Umrah. Tempat yang menjadi kerinduan umat Islam sehingga sanggup menunggu berpuluh tahun bagi menyimpan wang agar terlaksana kewajiban Rukun ke-5 sebagai ibadah kemuncak dalam kehidupan Muslim.

Berdasarkan pengalaman yang dilalui, cabaran untuk khatam al-Quran di Makkah lebih banyak berbanding dari Madinah kerana aktiviti kehidupan di bumi barakah ini menuntut kita untuk mengejar masa yang sering kali dirasakan sangat cepat berlalu. Selain itu, keletihan diakibatkan oleh perjalanan yang jauh antara hotel dan Masjidl Haram juga memberi kesan kepada lembabnya usaha membaca al-Quran secara konsisten.

Yang lebih mengugah hati adalah aktiviti ekonomi yang benar-benar mampu mengabui mata dan menyentuh hati para hujaj untuk lebih berlama-lama di tengah hiruk pikuk beli belah ini sehingga melalaikan peluang untuk menumpu perhatian yang lebih banyak kepada ibadah dan membaca al-Quran. Setelah letih mengulit diri kesan dari penat berbelanja, maka tidur sudah tentu menjadi teman yang panjang sehingga ada yang terlepas untuk bersolat di Masjidil Haram.

****************

AZAM KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM

Sebagaimana yang saya maklumi dalam CT117. CABARAN HAJI (4): KHATAM AL-QURAN DI MASJID NABAWI, MADINAH, bahawa khatam al-Quran di sana tidak dalam perancangan saya. Hanya setelah pertemuan dengan Khahanisah Mohammad, seorang sahabat yang sama-sama belajar di Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, telah mengubah fikiran saya untuk khatam di Masjid Nabawi. Alhamdulillah.

Asalnya, sejak di Tanah Air setelah mengetahui saya terpilih ke Tanah Suci, saya mulai menanam azam untuk khatam al-Quran sebanyak 7 kali di Masjidil Haram, Makkah. Kenapa saya memilih 7 kali khatam ? Mungkin kerana saya suka angka 7, maka saya memilih jumlah tersebut sebagai satu cabaran buat saya. :D

Azam 7 kali khatam al-Quran, kedengaran amat mustahil untuk dilakukan dalam tempoh 38 hari di Makkah. Keadaan ini dimaklumi kerana wanita tentunya mempunyai batas waktu sehat disebabkan oleh keuzuran (haid) untuk merealisasikan azam tersebut. Iya, memang benar saya tidak mampu mencapai 7 kali khatam kerana saya didatangi haid sebanyak dua kali selama di Makkah.

Namun begitu, saya bersyukur kerana diizinkan Allah dalam keadaan sihat dan cergas dapat 2 kali khatam al-Quran dan 2 kali khatam Terjemahan al-Quran di Masjidil Haram, Makkah. Kisah khatam Terjemahan al-Quran akan saya tulis di posting CT119. CABARAN HAJI (6): HAID. 

Satu tulisan yang saya anggap penting untuk diketahui oleh para hajjah (juga haji) sebagai pengajaran dan dapat dijadikan teladan agar waktu “rehat” yang disebut sebagai MAMNU’ MIN ASH-SHOLAT  atau UZUR SYAR’IE bagi wanita,  tidak dianggap waktu yang relax sehingga mengabaikan al-Quran.

Sekurang-kurangnya saya berjaya mencapai target 5 dari 7 kali khatam al-Quran yang dihasratkan di bumi Haramain ini (1 kali di Madinah dan 4 kali di Makkah). Alhamdulillah. Jika benar-benar berusaha hendak mencapai impian dari azam yang ditanam, pasti tidak ada jalan susah untuk melakukannya kecuali keteguhan hati dan percaya diri dapat melakukannya.

ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

Saya sangat teruja untuk membaca al-Quran sebanyak-banyaknya dan berusaha untuk menghafaznya, selama hayat ini dikandung badan kerana saya tahu akan limpahan rahmat Allah yang berlipat ganda ke atas orang yang membaca al-Quran.

Kesempatan berada di Tanah Suci hendaklah direbut secara peribadi sebagai bekal di akhirat di mana kelebihan dan keistimewaannya tidak ada di tempat lain di muka bumi ini. Semua itu atas keinginan kita sendiri jika benar-benar mencintai Allah, Rasul-NYA dan al-Quran.

Selain itu, saya selalu ingat sehingga kini akan kata-kata Tuan Guru saya, Ustaz Fauzi Awang yang mengajar Ilmu Tawassuf di Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya dulu bahawa di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat Syifa yang boleh menyembuh penyakit rohani dan jasmani manusia serta dapat menjadikan pembacanya awet muda…hehehe.

Saya sangat suka sekali mendengar penjelasan dari Ustaz Fauzi tentang KEAJAIBAN AL-QURAN DAN AWET MUDA kerana saya tidak suka makan ulam-ulaman. :D.  Ini juga pendorong untuk saya bersemangat membaca al-Quran kerana orang yang membaca al-Quran, wajahnya selalu bercahaya dan berseri-seri, kesan dari wudhuk yang dimilikinya hasil pancaran nur al-Quran itu sendiri dan itulah yang mengekalkan awet muda seorang muslim. Muda dalam erti kata semangat untuk hidup, berani menempuh cabaran dan sentiasa bahagia hatinya.

Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 82 yang bermaksud:

“Dan Kami menurunkan al-Quran, di dalamnya terdapat UBAT dan RAHMAT bagi orang mukmin. Sedangkan bagi orang yang zalim hanya akan menambah kerugian.”

Al-Quran yang dibawa dari Tanah Air untuk di khatamkan di bumi Haramain dan 2 sejadah”‘barakah” (sejadah kecil dan tuala kecil yang saya khusus sebagai sejadah), yang saya doakan kepada Allah untuk meraikan para tetamu Allah yang tidak mempunyai sejadah di Masjidil Haram.

****************

MARILAH MEMBACA AL-QURAN

Membaca al-Quran secara istiqamah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan oleh kita jika tidak dibiasakan sejak kecil. Itupun jika kita berminat dan berkeinginan untuk membacanya. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya secara rawak sepanjang berkecimpung dalam bidang perguruan secara profesional dan mengajar puluhan ribu pelajar, TERSANGAT ramainya pelajar muslim yang tidak khatam al-Quran. 

Dalam jumlah tersebut dapat dikira dengan jari tangan, mereka yang khatam sekali, 2 atau 3 kali. Setelah itu mereka langsung tidak meneruskan bacaan sehingga usia meningkat dewasa. Mereka beranggapan apabila sudah sekali khatam maka cukuplah tanggungjawab membaca al-Quran dalam seumur hidup.

Sabda Rasulullah saw: ” Orang yang tidak sedikitpun terdapat al-Quran dalam diri (hati) nya adalah laksana rumah yang roboh atau rumah yang runtuh.” – HR Tirmizi

Menurut Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni, rumah yang roboh atau runtuh akan dihuni oleh burung-burung gagak, ular dan kala jengking. Maka hati yang tidak diisi dengan al-Quran akan dihuni oleh penyakit nifak, was-was, lintasan-lintasan negatif, cinta berahi kepada dunia, kegilaan lagu-lagu cinta dan pandangan jahat beracun. – (Kitab Ihfazhillah Yahfazka, hlm. 14)

MASYA ALLAH…. Rasulullah telah mengadu kepada Allah tentang golongan yang berpaling daripada menyahut seruannya dan keadaan mereka yang membelakangi tanggungjawab yang diperintahkan Allah. Apakah kesalahan besar golongan tersebut yang dikeluhkan Rasulullah saw kepada Allah ? Kesalahan besar itu adalah golongan itu berpaling daripada Rasulullah dengan sebab MENGABAIKAN AL-QURAN. Pengaduan Rasulullah saw ini dijelaskan di dalam Surah al-Furqan, ayat 30.

****************

BERSAHABATLAH DENGAN AL-QURAN

Bagaimana kelancaran dan kefasihan bacaan al-Quran dapat dikuasai jika sudah berhenti membaca. Kitab al-Quran adalah KITAB YANG DIBACA. KITAB YANG MENJADI IMAM UMAT ISLAM. Kitab panduan  seumur hidup. Bahkan, bukan sekadar untuk dibaca semata-mata tetapi “wajib” atas kita untuk memahami kandungan firman Allah di dalamnya. Menghayati perintah dan larangan Allah sebagai kitab petunjuk. Maka jangan memberi NOKTAH kepada diri  untuk berhenti membaca al-Quran.  Teruskan membaca sehingga ke nafas terakhir.

Bagi mereka yang belum khatam, langsung tidak berkeinginan untuk meneruskan bacaan sehingga khatam dengan alasan tidak pandai membaca al-Quran. Subhanallah. Jika dihitung-hitung umur yang kita miliki sekarang dengan jumlah khatam al-Quran, saya yakin masih terlalu jauh jeda angkanya. Sedangkan Allah telah memberi banyak nikmat dan kurnia sepanjang umur yang kita jalani ini. Tidakkah kita malu dengan Allah ?

INGATLAH….sebagai MUSLIM, lahir dari rahim orang tua yang juga MUSLIM, tidak sepatutnya al-Quran masih belum lagi dikhatamkan bacaannya. Malah lebih malu lagi, baru sekali khatam atau paling banyak bilangan jari tangan atau hendak lebih banyak lagi campur dengan bilangan jari kaki.  Sungguh, jumlah itu masih sedikit dengan jumlah umur yang telah dipinjamkan Allah kepada kita sehingga hari ini.

Saya termasuk dalam jumlah khatam yang belum menjangkau umur saya.  Saya sedang giat untuk menghasilkan jumlah khatam al-Quran sehingga mencapai jumlah umur saya dan setelah itu meneruskan bacaan sehingga  degup jantung ini diberhentikan pada waktunya. Saya ingin merebut gelaran ahli al-Quran yang diberi kepada pengikut Kalamullah di padang Mahsyar nanti.

Pada hari pembalasan, setiap umat akan diseru menurut kitab suci (imam) masing-masing. Umat Islam dipanggil dengan seruan – “Wahai ahli (pengikut) al-Quran”. Ini bertepatan dengan firman Allah swt:

“Pada hari Kiamat, Kami (Allah) akan menyeru setiap manusia mengikut imam (kitab) mereka.” – Surah al-Isra’, ayat 17

Semoga Allah meredhai apa yang saya lakukan. Pendedahan dari aktiviti membaca dan khatam al-Quran saya ini, bukan untuk bermegah-megah – wal’iyazubillah wa astaghfirullah al-adhzim -,  hanya memasang niat di dalam hati agar setiap amal baik menjadi motivasi kepada para pembaca yang mahu mengambil teladan dari keinginan dan azam saya dalam menunaikan perintah Allah sebagai hamba Muslim yang telah diberi kurnia mukjizat Al-Quran melalui utusan yang mulia, Muhammad SAW.

Sedang membaca al-Quran di Masjidil Haram, Makkah, kawasan pintu 74. Keadaan sunyi sepi selepas solat Subuh kerana ramai para hujaj sudah kembali ke hotel atau menunaikan tawaf di Baitullah. Sudah ramai para hujaj yang kembali ke Tanah Air mereka selepas hari Wukuf selesai menunaikan Tawaf Ifadhah (haji) dan Tawaf  Wada’.

**************

25 Julai 2012 (Rabu)/ 5 Ramadhan 1433H/ 9.50 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu cemburu pada riangnya kicau burung yang berlagu mesra di dahan cemara. Selalu hiba pada deru sepoi bahasa angin semilir yang lembut menyapa raga. Selalu merasa segar menatap bunga jingga yang berkembang mekar di taman seri. Selalu merasa hangat dalam dakapan mentari yang menyinar dini hari. Selalu merasa bahagia tatkala semburan pelangi mewarnai wajah di langit tinggi. Inginku berada di sisimu, berkongsi semua yang indah-indah dalam kehidupan ini. Terima kasih Ya Allah… masih sudi memberi aku sepasang mata yang dapat melihat kebesaran-MU dan sekeping HATI yang dapat merasa kasih sayang-MU. Lalu tumbuhlah CINTA itu.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

AIRMATAKU…. MENJADI SAKSI KERINDUAN PADAMU

About these ads

40 Responses to “CT118.CABARAN HAJI (5): KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH”

  1. SITI FATIMAH AHMAD July 26, 2012 at 2:13 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Ya Allah, terimalah segala amal baik yang pernah aku lakukan di dunia ini sebagai kefarah kepada segala dosa yang ku lakukan untuk bekal akhiratku.
    Aku ingin syurgaMU, tapi apakah aku layak untuk itu ?
    Aku ingin bertemu wajah denganMU, tapi layakkah aku untuk pertemuan yang hebat itu ?

    TEMASYA KE SYURGA (HARI PENAMBAHAN) oleh IBNU AL-QAYYIM untuk semua kita yang ingin memasuki syurga Allah.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… semoga ada pertemuan buat kita di dunia dan di akhirat dengan izin Allah. Inginku jadikan setiap pertemuan sebagai teman yang indah di dunia dan di akhirat. Aamiin. Selalu ada dirimu di hatiku, selagi nadi ini berdenyut. Wahai Yang Menyentuh Hati.

    Wassalaam. :D

  2. wahyu nurudin July 26, 2012 at 5:35 pm #

    jadi ibu sudah ke masjidil haram?
    bagaimana caranya ibu ke sana? kan butuh uang banyak?

    • SITI FATIMAH AHMAD July 27, 2012 at 8:29 am #

      Alhamdulillah, saya ke sana sebagai tetamu Allah pada musim haji tahun 2011.

      Setelah cukup simpanan, ada kenderaan dan dengan izin Allah jua. :D

      Terima kasih Wahyu.
      Salam Ramadhan.

      • wahyu nurudin July 27, 2012 at 9:11 am #

        berarti ibu sudah lama nabung ya? tekun sekali. saya kelak ingin haji juga bu. ingin tahu masjidil haram itu sebenarnya gimana. datang ke sana sendiri kan nggak sama dengan melihat di foto-foto, poster dan TV-Tv kan bu?

        • SITI FATIMAH AHMAD July 27, 2012 at 10:35 am #

          Iya, memang menabung secara sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit wangnya. Oleh itu, Wahyu juga harus menabung mulai sekarang jika mahu segera ke sana. :D

          Saya doakan, suatu hari nanti, Wahyu akan menjejak kaki ke bumi Haramain dan merasai sendiri perjalanan iman yang bermakna bagi umat Islam ini.

          Memang benar, melihat sendiri tidak sama dengan melihat foto atau tv. Ia lebih hidup dan menghidupkan kita.

          Terima kasih Wahyu, terlihat di benak fikiran saya akan keinginan yang kuat di hati Wahyu untuk ke bumi Suci itu. Semoga diberi ganjaran dan diperhatikan Allah niat baiknya.

          Salam ceria. :D

  3. kak yun July 26, 2012 at 10:53 pm #

    Assalamualaikum Hjh, salam ramadhan, doakan bersama agar ramadhan ini adalah yg terbaik utk kita semua amin…saya sangat2 tertarik & teruja utk melaksanakan hasrat utk khatam al-quran di Tanah suci ketika mengerjakan ibadah haji kelak ( tlg doakan brsama ya ustazah…) teringat semasa p umrah saya target utk khatam al-quran , alhamdulillah hasrat saya tercapai sehari sblm hari penerbangan saya telah khatam al-quran……sgt2 teruja tgk gambar ustazah baca al-quran di dlm masjidilharam…wassalam

    • SITI FATIMAH AHMAD July 27, 2012 at 8:46 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Yun yang dihormati….

      Senang menerima kunjungan kembali dari Kak Yun di Ramadhan yang mulia ini. Rindu sekali ingin mendengar khabar dari Kak Yun dan komentar yang selalu mengesankan.

      Didoakan Kak Yun dan keluarga dalam kondisi yang sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

      Alhamdulillah, mudahan Kak Yun akan dapat khatam al-Quran lagi dan lagi di bumi Haramain nanti. Memang itulah niat dan azam kebanyakan umat Islam untuk mencari keredhaan Allah swt.

      Wah… bersemangat sekali Kak Yun semasa Umrah dulu ya. Sempat lagi khatam al-Qurannya. Tahniah dan semoga istiqamah membaca al-Quran terutama di bulan Ramadhan yang berlipat ganda pahalanya. rebutlah apa yang Allah khususkan kepada kita di bulan rahmat ini.

      Terima kasih.
      Salam semanis Ramadhan buat kak Yun di Sabah. :D

  4. Belajar Islam Di Sekolah July 27, 2012 at 12:12 am #

    Assalaamu ‘Alaikum
    kunjungan perdana melalui blogspot, sebuah blog yang khusus didedikasikan untuk pembelajaran agama Islam din sekolah, ditunggu kunjungan baliknya.
    AbiFasya

    http://farhansyaddad.wordpress.com

    • SITI FATIMAH AHMAD July 27, 2012 at 9:05 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabat guru yang dimuliakan…

      Terima kasih memaklumi bolg baru untuk pembelajaran agama bagi anak-anak di sekolah Pak Farhan.

      Semoga blog barunya dapat memberi manfaat buat semua dalam meningkat kefahaman dan kesedaran untuk menjadi muslim sejati.

      Selamat maju jaya dan Salam ukhuwwah. :D

  5. Faiz Ezra July 27, 2012 at 3:11 pm #

    semoga saya bisa khatam tahun ini

    • SITI FATIMAH AHMAD July 27, 2012 at 4:40 pm #

      Aamiin.. Allahumma aamiin.
      Saya doakan dan dimudahkan Allah urusannya.

      Terima kasih Faiz.
      Selamat berpuasa. :D

  6. abdulloh soehono July 28, 2012 at 12:04 am #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Ya Allah, puji syukur saya ucapkan kepadaMu karena masih diperkenankan bertemu bulan yang sangat Mulia ini . Alhamdulillah masih di berikan kesempatan untuk coling di dunia maya ini …salam kangen dan rindu untuk Boenda terhormat , maaf sudah lama tidak mampang di Dunia maya ini

    • SITI FATIMAH AHMAD July 28, 2012 at 10:26 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Abdulloh Soehoeno…

      Alhamdulillah, mudahan kehadiran Ramadhan tahun ini memberi banyak kebaikan dalam perubahan hidup kita selama ini. Rebut setiap peluang dan ruang yang ada untuk membaiki diri dan meningkatkan amal ibadah.

      Terima kasih mas Doel atas kujungan yang menyenangkan di bulan mulia ini. Didoakan mas Doel dan keluarga dilindungi Allah selalu.

      Salam hormat dan salam Ramadhan. :D

  7. abdulloh soehono July 28, 2012 at 12:16 am #

    Selamat menjalankan Ibadah Ramadhan semoga selalu mendapatkan yang terbaik dan di hapuskan segala dosa dan noda yang tidak terasa …salam kangen dan mesra selalu untuk boendaKu

    • SITI FATIMAH AHMAD July 28, 2012 at 10:41 am #

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan amal ibadah kita semuanya diterima Allah swt.

      Bulan Ramadhan adalah bulan barakah penuh rahmat dan pengampunan dari Allah swt. Hanya pada-NYA kita berharap sembah untuk dilindungi dari segala musibah kehidupan.

      Selamat berpuasa dan selamat maju jaya.
      Salam mesra selalu. :D

  8. ardiansyah pango darwis July 28, 2012 at 11:27 am #

    Assalaamua’alikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bunda
    wah saya jadi malu sendiri setelah membaca ini karena saya belum hatam :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 28, 2012 at 12:07 pm #

      Wa’alaikum salaam Warahmatullaahi Wabarakaatuh Wamaghfiratuh, Ardian…

      Usah malu Ardian, jika belum khatam dan berhasrat untuk mengkhatamkan al-Quran, maka harus dilaksanakan usaha tersebut. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat baik untuk memulainya kerana ganjaran yang banyak diberikan Allah di bulan ini.

      Saya harap dan berdoa agar Ardian berjaya mengkhatamkan al-Quran tahun ini. :D

      Terima kasih dan salam Ramadhan.

  9. vonarief July 29, 2012 at 3:44 pm #

    amiinn, ya Allah,,

    luar biasa, di Indonesia saja masih, kejar-kejaran membaca Al Quran, semoga mimpi itu terwujud dan
    semoga di tahun ini saya bisa mengkhatamkan Al-Quran kembali.

    good writing !

    • SITI FATIMAH AHMAD July 30, 2012 at 10:06 am #

      Alhamdulillah, mudahan azam Arief akan tercapai tahun ini.
      Jangan diazamkan sahaja, usaha harus digiatkan agar berjaya.

      Terima kasih Arief.
      Salam Ramadhan. :D

  10. elfarizi July 29, 2012 at 4:57 pm #

    Assalamu ‘alaikum, Bunda …
    Meski terlambat, tapi gak ada salahnya saya ucapkan “selamat menjalankan ibadah shaum”. Semoga kita dipertemukan Ied :)

    Wah, gak sabar jadi tamu Allah … :D

    • SITI FATIMAH AHMAD July 30, 2012 at 10:08 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Elfarizi…

      Aamiin… Allahumma Aamiin. Mudahan dizinkan Allah untuk bertemu Ramadhan tahun depan juga. :D

      Mudahan disegerakan menjadi tetamu Allah.
      Terima kasih El.

      Salam ramadhan.

  11. abedsaragih July 30, 2012 at 2:48 pm #

    Sujud ,syukur dan doa pengampunan adalah jalan terbaik menuju ke Surga-Nya…baiklah itu kita lakukan selagi ada kesempatan untuk nafas yang diberikan pada saat ini. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 31, 2012 at 12:13 pm #

      Alhamdulillah, jika kita semua punya kesedaran tentang ini, maka kita akan beruntung di akhirat kelak. Semoga dimudahkan Allah segala niat yang baik.

      Terima kasih, mas Abed.
      Salam sejahtera. :D

      • abedsaragih August 1, 2012 at 6:57 pm #

        Salam Sejahtera juga buat Bunda :)

  12. siscaamellya July 30, 2012 at 2:59 pm #

    Yang Sepi ini sedang ditemai oleh secangkir Kopi dan Sebatang Rokok.. Namun Ditambah Baca Artikel.. Mancaaapppp.. :P

    • SITI FATIMAH AHMAD July 31, 2012 at 12:15 pm #

      Iya, silakan mbak, dengan tenangnya membaca tulisan yang bisa bermanfaat dengan hobi yang menyenangkan. :D

  13. wits July 30, 2012 at 10:11 pm #

    Subhanallah…Bunda, doakan aku agar bisa menyusul. aku juga pengen ke Makkah:)
    Alhamdulilah..masih dalam suasana Ramadhan aku bisa berkunjung ke blog ini, jadi semakin terinspirasi. wah..keren tuh khatamannya di makkah. bisa ya Bun, saluh deh..
    Tapi emang bener klo udah diniatin, insyallah dimudahkan terwujud ya Bunda

    salam

    wits

    • SITI FATIMAH AHMAD July 31, 2012 at 12:19 pm #

      Hai Wits comel…

      Senang dikunjungi Wits kembali setelah sekian lama menyepi diri dari blog bunda. Ke mana aja menghilang Wits dari dunia blog ini. Bunda kangen. :D

      Insya Allah, setiap niat yang menuju kebaikan pasti akan Allah tunaikan menurut ketentuan waktu yang sudah dijanjikan.

      Bunda doakan Wits akan sampai ke bumi barakah yang dirindui oleh semua umat Islam.

      Salam hangat rindu dari bunda buat Wits di Ramadhan yang cerah. :D

  14. ingin mengetahui November 5, 2012 at 12:25 pm #

    Assalamualaikum, Saya ingin mendapat kepastian. Adakah saya perlu khatam 30 juzuk quran di Masjidil Haram baru di kira khatam di sana? Bagaimana sekiranya saya sambung bacaan Al Quran di Malaysia dan khatam di Masjidil Haram. Adakah saya mendapat juga fadilat khatam di Masjidil Haram. Harap dapat penjelasan. Sekian. Terima kasih.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 5, 2012 at 3:03 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb Faizah…

      Khatam itu tertakluk kepada keinginan kita di mana kita hendak khatam. Khatam al-Quran tidak ditentukan tempat, masa dan keadaannya. Terpulang kepada diri sendiri. Tidak semestinya khatam di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Di mana-mana pun boleh.

      Yang utama adalah niat dan usaha kita untuk mendapat keberkatan dan pahala dari Allah swt. Saya jelaskan bahawa ramai yang ingin khatam di bumi Haramain sebagai satu niat baik yang tentunya akan menjadi sejarah dan kenangan pernah melakukannya di kedua-dua atau salah satu Masjid yang suci itu.

      Hal ini disebabkan kita bukannya selalu datang ke sana dan tentulah azam untuk khatam di sana menjadi satu pendorong meraih redha Allah di samping menambah baik mutu bacaan yang selama ini kita abaikan kerana jarang membacanya di rumah.

      Fadhilat khatam al-Quran itu ada di mana-mana asal sahaja kita ikhlas melakukannya.

      Semoga Faizah akan meraih banyak pahala dengan mebaca al-Quran setiap hari. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam kenal dari saya. :D

      • ingin mengetahui November 6, 2012 at 7:45 am #

        Terima kasih atas nasihat Puan Hajjah. Semuga Puan Hajjah sentiasa di berkati dan dirahmati atas usaha murni ini. Amin.

        • SITI FATIMAH AHMAD November 6, 2012 at 8:39 am #

          Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim.
          Terima kasih atas doa yang dilampirkan. Didoakan juga Faizah akan mendapat kebaikan yang sama dari doa yang disertakan di dunia dan di akhirat.

          Salam mesra selalu. :D

  15. zulghaz December 24, 2012 at 8:20 pm #

    as salam ..
    ape kabar. saya suka membaca ruang hajjah disini. mengingatkan saya kembali yg masih segar pengalaman saya menunaikan haji bersama isteri tahun 2009. saya telah sempat khatam sebanyak 5kali alhamdulillah. memang saya nak khatam sebnyak mungkin. faktor kesihatan membataskan niat saya ini. saya redha ketentuan Ilahi.
    sejak balik dari tanah suci saya saya terus mengaji ndan mendalami ilmu tajwid dan tafsir. alhamdulillah saya dapat khatam sebulan sekali dan bulan ramadhan dapat khatam 3 kali.
    nanti saya cerita lagi..in syaAllah.
    wassalam

    • SITI FATIMAH AHMAD December 28, 2012 at 7:52 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Haji Zulghaz…

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan Haji Zul juga demikian sama.
      Terima kasih atas penghargaan terhadap tulisan saya di sini. Semoga mendapat manfaat dan membangkitkan nostalgia berhaji saudara suami isteri.

      Subhanallah walhamdulillah atas azam dan usaha yang haji sudah lakukan dalam membaca al-Quran. Mudahan aktiviti tikawah al-Quran ini akan terus berlanjutan hingga ke hujung nyawa. Aamiin.

      Saya senang menunggu cerita-cerita menarik tuan haji dan berharap akan dapat dikongsikan di sini untuk iktibar dan manfaat para pembaca LMGS G2 sebagai bekal haji mereka pula.

      Pada setiap pengalaman yang kita lalui, di sana ada guru semula jadi yang mengajar kita erti kehidupan sebenar yang tidak diperolehi dari mana-mana sekolah formal.

      Salamhormat takzim dari saya. :D

  16. encung subairi June 7, 2013 at 4:13 pm #

    alhamdulillah sy jga hatam al quran di masjidil haram mekah, 24 jam pada saat umroh tgl 29 mei s/d 5 juni 2013 , memang pengalaman yg tidak bisa di lupakan seumur hidup saya… luar biasa rahmat allah swt…. sy doakan smga yg lain bisa hataman al quran di masjdil haram mekah…. manfaatkan waktu yg ada…. amin ……….

    • SITI FATIMAH AHMAD June 11, 2013 at 8:59 am #

      Alhamdulillahi Rabbi’alamiin atas usaha yang dilakukan oleh Encung Subairi untuk khatam al-Quran di lembah suci yang dicintai Allah SWT. Mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

      Semoga beroleh umrah mabrur dan bacaan al-Qurannya menjadi rutin harian yang memberkati umur dan kehidupan akhirat kelak. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkongsi pengalaman di sini. Senang menerima kunjungan perdana dan salam kenal.

      Salam hormat. :D

Trackbacks/Pingbacks

  1. [Polling] Apa yang kamu kerjakan setelah Sahur? « Langkah Catatanku - July 30, 2012

    [...] Bunda Fatimah: Membaca al-Quran. [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: