CT116. KURNIA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN YA AL-MUBARAK

18 Jul

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Hari bersilih minggu, minggu berpindah bulan, bulan berganti tahun…. semua itu peraturan waktu yang penuh setia memegang janji pada Tuhannya dalam lingkaran masa yang diperintahkan. Tidak ada saat yang terlambat atau waktu yang tercepat bahkan tidak ada detik yang terlepas dari peredaran Sunnatullah. Akhirnya, kita kembali diizinkan mengisi ruang usia yang semakin dekat jaraknya untuk menuju ke lembah ghaib yang menunggu sejuta cerita dari kita untuk dikisahkan di hadapan Yang Maha Esa. 

Sebelum waktu itu menjemput tiba, inginku hulur jari sepuluh dengan harapan menggunung kepadamu – SAHABATKU YANG JAUH DI MATA , DEKAT DI HATI – kemaafan yang mendamaikan seluruh sendi anggotaku jika ada bicara yang meracun hati, gurau senda yang memiris rasa dan coretan kata yang melukai jiwa. Kemaafan darimu adalah mutiara terindah buatku. Semoga berbahagia untukmu di dunia dan di akhirat. Aamiin.

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

**************

17 Julai 2012 (Rabu)/ 27  Syaaban 1433H/ 10.46  malam - Sarikei, Sarawak

AKU….  seorang hamba yang ingin memberi apa yang dikehendaki oleh Tuhanku, Yang Maha Pencipta. Ingin menyerah apa yang dimahu oleh Tuhanku, Yang Maha Memberi. Ingin setia pada apa yang diperintah oleh Tuhanku, Yang Maha Perkasa. Ingin menurut apa yang  diingini oleh Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Ingin mengikut apa yang ditunjuki oleh Tuhanku, Yang Maha Penunjuk. Aku ingin menjadi hamba yang tahu bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhanku, Yang Maha Agung dari segala nikmat yang dilimpahkan kepadaku di dunia dan di akhirat. Aku ingin menjadi hamba yang mencintai Tuhanku dengan sebenar-sebenar cinta. Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

- SITI FATIMAH AHMAD -

DAN ENGKAU,  PERNAH AKU TEMUI DI SELA-SELA NAFAS INI

****************

Pengumuman Puasa 2012 | Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa (1 RAMADHAN 1433H) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada 21 JULAI 2012 – SABTU, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan RUKYAH DAN HISAB.

SELAMAT BERPUASA

****************

About these ads

35 Responses to “CT116. KURNIA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN YA AL-MUBARAK”

  1. SITI FATIMAH AHMAD July 18, 2012 at 8:48 am #

    Assalaamu’alaikum wr.wb….

    PENGUMUMAN PUASA TAHUN 2012M/1433H bagi negara Malaysia. Alhamdulillah

    AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN dari Rabbani untuk kita hayati keberkatan bulan Ramadhan yang mulia. Semoga amalan kita semakin berganda dengan “hadiah” dari Yang Maha Esa, melimpah penuh rahmah dan mendapat keredhaan-NYA. Aamiin.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… Selamat Berpuasa dan semoga hidupmu sentiasa dilindungi Allah dalam rahmat-NYA di dunia dan akhirat. Jalanilah kehidupan ini dengan tenang dan sentiasa sabar dalam menghadapi setiap cabaran. Maaf zahir dan bathin.

    Wassalaam. :D

  2. irwansranchodas July 18, 2012 at 4:04 pm #

    2 3 naik kuda..
    MARHABAN YA RAMADHAN Bunda.. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD July 19, 2012 at 10:47 am #

      4 5 kayu sugi
      Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi

      Terima kasih Irwan, semoga Ramadhan ini memberi makna untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

      Salam Ramadhan. :D

  3. nediar01 July 18, 2012 at 9:12 pm #

    moga ramadhan yang dinanti, berbuahkan kebajikan yang diridhoi, mengharap jannahNya yang abadi, hidup damai bahagia hakiki…..

    • SITI FATIMAH AHMAD July 19, 2012 at 10:57 am #

      Aamiin… Allahumma Aamiin.
      Mudahan kita semua mendapat rahmat dan barakah dari kesetiaan kita mematuhi perintah Allah swt.

      Terima kasih Nedia.
      Salam Ramadhan. :D

  4. Mila July 18, 2012 at 10:40 pm #

    Bunda …

    selamat berpuasa semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya

    • SITI FATIMAH AHMAD July 19, 2012 at 11:01 am #

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga Ramadhan tahun ini dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita untuk menjadi hamba Allah yang berjaya melalui segala cabaran dari-NYA.

      Salam Ramadhan buat Mila.
      Terima kasih dari bunda. :D

  5. Kopral Cepot July 18, 2012 at 11:44 pm #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    Hatur tangkyu bunda yang senantiasa mengisi ruang “rumah maya” dengan kehangatan dan pencerahannya.

    Ruang maaf tak pernah tertutup bagi siapapun, terlebih buat bunda sekeluarga ;) dan tentunya dengan segala kerendahan hati pula kiranya bunda memaafkan saya lahir dan batin.

    Berulang kali ketemu ramadhan dan setiap bertemu maka harapan selalu mematrikan semangat untuk menyambutnya dengan gembira, semoga mulianya ramadhan memberikan kemuliaan bagi kita yang menyambutnya dengan amal sholeh yang dikehendaki-Nya.

    Salam ramadhan … salam penuh harapan dan persiapan… moga kemuliaan dan keberkahan bagi kita semua…

    Salam juga buat semua ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 19, 2012 at 11:44 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang KC…

      Aamiin, Ya zaljalaaliwal ikraam.

      Terima kasih Kang KC, senang menerima kunjungan, lampiran doa dan semangat Ramadhan yang dikongsikan di sini. Mudahan segala persiapan untuk menuju Ramadhan menambah keinginan kita untuk melakukan amal ibadah bagi mengisi ruang kosong dalam bekalan ke sana nanti.

      Alhamdulillah, kemaafan adalah penyucian diri bagi sesiapa yang mahu mendapat keredhaan Tuhannya. Semoga kita sentiasa muhasabah diri untuk menjadi “baru” dalam setiap hari yang hadir dalam kehidupan ini.

      Satu tahun tidak terasa, Ramadhan telah kembali mengunjungi kita semula. Semoga yang dilalui dan dilakukan, menjadi kebaikan di bulan suci ini. Marhaban yaa Ramadhan.

      Salam hormat takzim dari saya. :D

  6. nadiananda July 19, 2012 at 10:04 am #

    Wahhh,, Om Ane Suka Om Cara Pemilihan Judulnya.. :) Sangat Variatif Sekali.. :/

  7. zainal July 19, 2012 at 11:01 am #

    assalamu alaikum wr.wb.
    semoga di bulan penuh barakah ini lebih optimal dalam usaha pembersihan dan penyucian jiwa (tazkiyatun nafs ) serta tazkiyatul mujtama’…walaupun tidak harus menunggu bulan Ramadhan untuk melakukannya..

    • SITI FATIMAH AHMAD July 19, 2012 at 11:57 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, …

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim…
      Mudahan kehadiran Ramadhan yang ditunggu sekian lama ini, dapat memberi pencerahan kepada jiwa dan penjernihan kepada hati untuk menambah amal dan ibadah serta suka bersedekah.

      Semoga kita diberi kekuatan iman untuk menjalankan ibadah Ramadhan ini dan segala amal ibadah diterima oleh Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih Zainal atas pesan yang bermanfaat ini.
      Selamat menyambut Ramadhan. :D

  8. modern classic furniture July 19, 2012 at 12:54 pm #

    marhaban ya ramadhan..!!!
    salam kenal..!!

  9. IFAN JAYADI July 19, 2012 at 3:28 pm #

    Marhaban Ya Ramadhan. Semoga ramadhan kali ini memberikan kekuatan kepada kita untuk semakin meningkatkatkan amal ibadah

    • SITI FATIMAH AHMAD July 19, 2012 at 4:18 pm #

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih Ifan, Mudahan banyak ibadah kita dapat dipenuhi dalam kesenangan dan dimudahkan Allah hendaknya.

      Salam Ramadhan. :D

  10. ysalma July 19, 2012 at 9:07 pm #

    Assalamualaikum Bunda,
    Marhaban Ya Ramadhan, Semoga kita bisa mengisinya dengan semua kebaikan.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 20, 2012 at 8:30 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Aamiin, Allahumma Aamiin. Mudahan ibadah kita diberkati Allah swt.

      Salam Ramadhan yang mulia. :D

  11. ratna widiyanti July 20, 2012 at 10:16 am #

    Kisah terbaik kehidupan adalah kisah yang diangkat dari kehidupan nyata.. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 20, 2012 at 3:10 pm #

      Kehidupan nyata adalah guru pengalaman terbaik untuk kita mengambil iktibar darinya.

      Terima kasih Ratna.
      Salam kenal dan selamat berpuasa. :D

  12. WARDAH F. July 20, 2012 at 11:24 am #

    Asm….
    Apa khbar semua? Selamat Menyambut Ramadan Mubarak dari kami sekeluarga di Teluk Intan…mohon maaf.

    Doa…

    • SITI FATIMAH AHMAD July 20, 2012 at 3:17 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal….

      Alhamdulillah, kamek semua sihat dan baik2 ajak. Selamat berpuasa juak untuk kitak, Ani dan anak-anak di Teluk Intan. Lamak sik ndengar berita dari kitak sekeluarg di sinun.

      Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dan amalan2 lain dalam keadaan sihat dan cergas sepanjang Ramadhan berlangsung ini. Mudahan dirahmati dan diberkati Allah hendaknya.

      Kirum salam dengan Ani.
      Salam Ramadhan yang mulia. :D

  13. Dalila July 20, 2012 at 6:10 pm #

    bundaa.. selamat berpuasa ya :D

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2012 at 8:55 am #

      Selamat berpuasa juga Dalila.
      Semoga puasa kita diterima Allah swt. :D

      Terima kasih.
      Salam Ramadhan.

  14. bintangzohra July 20, 2012 at 8:40 pm #

    Assalamualaikum wr. wb, kawan yang jauh di seberang,

    Selamat menunaikan ibadah puasa, alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat menyambutnya pada tahun.

    Nampaknya saya tak dapat “berbual” panjang di sini.

    Semoga kita sentiasa bersyukur di atas limpah rahmatNYA yang tidak henti-henti kepada kita hambaNYA yang daif ini, kerana DIA sentiasa mengasihani lagi amat mengasihani.

    Salam dari Temasek

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2012 at 9:18 am #

      Wa’alaikum wr.wb, sahabatku Zohra….

      Alhamdulillah, kehidupan yang masih diizinkan ini hendaklah kita hargai dengan penuh syukur dan mentaati perintah-NYA.

      Aamiin… Mudahan kita menjadi hamba yang taat dan sentiasa qanaah dengan setiap kurnia-NYA baik berupa penderitaan atau kebahagiaan. Senua itu sebagai perhatian Allah kepada kita.

      Silakan hadir jika ada ruang waktu yang bersahabat, Zohra. :D
      Wah… lama tidak mendengar nama Temasek ini. Hanya sebuah sejarah indah buat Kota Singa yang moden.

      Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan, kawan yang jauh di sana. :D

  15. Yudha Qirana July 21, 2012 at 9:46 am #

    Selamat menunaikan ibadah puasa..
    Semoga kita semua mendapat keberkahan di bulan yg suci ini..
    aamiin.. :)

    Marhaban ya ramadhan..

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2012 at 11:01 am #

      Selamat berpuasa juga Yudha Qirana…

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin. Mari kita banyak beramal ibadah untuk menambah iman dan taqwa kita di sisi Allah swt.

      Terima kasih.
      Salam kenal dan salam Ramadhan. :D

  16. ratna widiyanti July 21, 2012 at 9:59 am #

    Ane selalu belajar dari kisah orang kecil namun berhati besar,, yukk mari sebarkan ilmu seluas-luasnya.. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2012 at 10:42 am #

      Semoga kisah orang kecil berhati besar menjadi inspirasi buat kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup sama seperti mereka.

      Selamat maju jaya. :D

  17. galerisiswa July 22, 2012 at 12:24 am #

    Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan, Bunda…
    Mohon maaf bila ada kekhilafan di antara kita.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 22, 2012 at 10:00 am #

      Selamat berpuasa juga untuk GaleriSiswa. Semoga ibadah puasa dan amalan kita diterima Allah swt. Kemaafan sama-sama kita poho ke hadrat Ilahi atas silap dan salah selama ini.

      Terima kasih.
      Salam Ramadhan. :D

  18. miislamiyahkalilandak July 23, 2012 at 8:40 am #

    Selamat pagi bunda siti….
    berkunjung dengan nama blog sekolah bunda…
    blog pribadi lumayan terbengkelai.
    Ini fauzi abinya dida,,,,
    kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa buat bunda diserawak…
    mohon maaf lahir bathin ya bund,..
    semoga ibadah kita diterima Alloh SWT…AMIN
    Salam buat ais dari dida jagoan kecilku yang besok tanggal 30 ultah
    sekarang sudah kelas 1 di madrasah bunda..
    tambah nakal..
    ikut puasa kemarin puasa pertama sampai jam 10 puasa ke dua sampai jam 5..
    (dikira udah buka puasa karena dapat tajil/makan buka puasa) dari masjid..
    liat pas buka ngemesin makannya banyak diibaratkan kayak balas dendam siang ngga makan…..

    • SITI FATIMAH AHMAD July 23, 2012 at 9:07 am #

      Selamat pagi juga Akhmad Fauzi…

      Senang menerima kunjungan di awal ramadhan dan mendengar khabar tentang Dida yang semakin nakal juga menceriakan kehidupan orang tuanya.

      Wah… sudah besar dan seusia Ieesyah juga si Dida ini ya. Mereka sama-sama dalam kelas 1. Lucu sekali membaca kisah Dida di atas. pasti pening kepala melihat olahnya. Sabar aja, anak-anak memang demikian. :D

      Bunda lihat, Dida ini lebih maju dari Ieesyah. Ieesyah hanya bisa puasa selama 2 jam aja sejak 2 hari ini. selepas itu dia minta bunda tolong bacakan doa buka puasa untuknya.

      Mungkin hari sekolah, Ieesyah lebih lama lagi puasanya kerana cikgunya pesan mesti puasa semasa di sekolah. Lihatlah apa yang berlaku hari ini.

      Aamiin… semoga Allah menerima ibadah puasa dan amalan kita di bulan barakah ini.

      Terima kasih Akhmad. Salam buat Dida dan bundanya.
      Salam Ramadhan yang mulia. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: