CT114. KASUT “TAWAF” KU

6 Jul

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Pertama kali saya melihat “kasut” stokin kaki buatan China ini apabila emak menghadiahkan kepada saya pada tahun 2008, sepulangnya emak dari Tanah Suci untuk kali yang kedua. Emak kata, kasut stokin ini sangat bagus untuk dipakai ketika bertawaf dan solat. Saya tidak dapat membayangkan apa yang emak maksudkan ketika itu. Sayangnya, walaupun bersaiz “fleksibel” kaki saya yang bersaiz 7 tidak dapat menyarungnya dengan selesa. Makna lain yang lebih mudah adalah sendat. 

Seperti inilah kasut “stokin”, hadiah emak tetapi di tapaknya ada bintik-bintik getah yang melekat. Kasut “stokin” ini saya hadiahkan kepada Izzah dan di beli di Madinah dengan harga RS 2.50. Dia selalu memakainya apabila hendak solat. Alhamdulillah.

Yang menariknya kasut stokin kaki pemberian emak ini mempunyai titik-titik bulat yang timbul dan seakan melekat jika berpijak. Saya sangat suka menggunakan stokin ini ketika solat. Saya bertambah yakin bahawa aurat saya tertutup kemas walaupun saya sudah memakai stokin. Namun begitu, saya tidak lama menggunakan kasut stokin ini kerana sebelahnya sudah hilang entah ke mana. Sungguh cuai sekali. :(

Apabila saya mendapat jemputan haji, saya berazam untuk mencari kasut stokin yang berbintik getah di bawah tapaknya. Ketika Kak Senah membawa balik beberapa jenis kasut stokin seperti yang emak berikan dulu, saya terus membelek-belek tapaknya. Saya kecewa kerana tapaknya licin. Kak Senah maklumkan semua kasut stokin yang dia lihat ketika memilih dari penjual “tanpa permit” adalah jenis tersebut. Tidak ada yang berbintik di bawah tapaknya.

Dataran Kaabah dibina dengan lantainya dilitupi marmar putih yang sejuk untuk memantulkan kepanasan haba. Ketika memijak lantai marmar putih itu terasa dingin meresap ke kaki. Walaupun hari panas terik, kaki yang memijak lantai marmar itu tetap dingin. Terasa licin ketika berjalan walaupun tidak tergelincir.  Para hujaj dilarang menggunakan selipar ketika bertawaf (selipar yang dipakai di luar masjid) kerana dibimbangi membawa najis. Jadi untuk menggelakkan licin dan sejuk, saya membeli kasut stokin benang bulu khas untuk bertawaf.

****************

KASUT BENANG BULU

Kasut benang bulu berkait berwarna biru dan coklat (dalam dua foto di bawah), saya namakan KASUT ‘TAWAF’. Bentuknya seakan kasut ‘ballet pumps’ tetapi sangat lembut tapaknya seperti sarung kaki (stokin). Dua pasang kasut benang ini saya beli khusus untuk saya melaksanakan tawaf di Baitullah, Masjidil Haram dan digunakan dalam solat untuk menutupi stokin yang sedia ada bagi menambah keyakinan akan sahnya solat.

Walaupun Kak Senah memaklumkan tidak ada kasut stokin bergetah di tapak yang dilihatnya seperti yang saya inginkan, saya tetap berpendapat kasut itu ada, kerana emak pernah membelinya. Mungkin tidak dijual oleh penjual yang dibeli oleh Kak Senah. Tetapi dijual oleh penjual lain kerana mereka sangat ramai. Saya berdoa semoga Allah mempertemukan saya dengan penjual yang menjual kasut stokin bertapak getah.

Setelah 4 malam berturut-turut mencari kasut stokin tersebut, akhirnya malam kelima di Madinah, saya berjaya memperolehi kasut stokin yang diimpikan. Walaupun bukan seperti kasut stokin yang dihadiahkan oleh emak, tetapi kasut stokin ini diperbuat dari benang bulu yang dikait. Sangat menarik dengan pelbagai jenis dan corak. Walaupun tidak banyak pilihan, saya memilih warna biru dan coklat. Alhamdulillah wa syukrulillah. Hati saya lapang dan bahagia kerana impian untuk memakai kasut stokin bertapak getah ketika bertawaf dimakbulkan Allah.

Istimewa kasut ‘tawaf’ ini mempunyai titik-titik getah pada keseluruhan tapak kaki yang bersifat melekat dan memberi cengkaman kuat ketika berada di atas lantai yang licin. Ini memberi keselamatan kepada saya agar tidak tergelincir atau terjatuh ketika berjalan di dalam Masjidil Haram atau bertawaf di dataran Kaabah. Alhamdulillah, kasut benang kait ini benar-benar dimanfaatkan. Kasut “tawaf” ini juga membantu memberi kepanasan pada kaki saya  ketika berpijak di lantai sejuk.

Lantai ubin di dalam Masjidil Haram sangat sejuk terutama di waktu Subuh kerana di dalamnya ada penghawa dingin (bangunan baru). Namun begitu, sejuknya tidak sama dengan sejuk lantai di tingkat paling atas (bumbung) Masjidil Haram. Pernah dua kali saya diajak SPH ke bumbung Masjidil Haram untuk menikmati keindahan keseluruhan Masjidil Haram dan menatap Baitullah, Kaabah sebelum pulang ke hotel.

SPH meminta saya menanggalkan kasut “Tawaf” untuk merasai kedinginan yang amat sangat pada lantai ubinnya. Saya tidak mampu berpijak lama walaupun memakai stokin kaki kerana sangat sejuk dan cepat-cepat menyarung kembali kasut “tawaf” saya. Tetapi SPH dapat berjalan di atas lantai tersebut dengan relaks sahaja. Mungkin saya ini, berdarah sejuk.  :D

Suasana selepas matahari terbit di bumbung terbuka Masjidil Harman, Makkah al-Mukarramah Bangunan hotel bertaraf 5 Bintang berdiri megah di samping Masjidil Haram.

Harus diingatkan bahawa bangunan Kaabah, Baitullah berada di dalam Masjidil Haram. Tidak dibenarkan memakai selipar atau kasut yang kita pakai di luar masjid ketika berada di dalam masjid kerana dibimbangi membawa najis. Oleh itu, memakai kasut seakan ‘stokin’ ini menjadi alternatif kepada kebanyakan jemaah haji wanita. Malah ada yang berbentuk setinggi buku lali dan separuh betis, seakan menyerupai kasut but (boots).

Wanita dari negara Asia Tengah seperti Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan, Azabaijan, juga dari negara Timur Tengah seperti Turki, Iran, Iraq, Qatar dan lain-lain, ramai yang memakai  kasut “stokin” jenis ini. Ia mempunyai pelbagai warna, bentuk dan corak yang sangat unik. Kebanyakan hajjah dari kedua-dua negara ini memakai jubah @abaya hitam atau jubah berseluar berwarna cerah. Mereka kelihatan anggun dan menawan.

Saya suka memerhati bentuk kasut stokin bulu yang mereka pakai ketika di dalam masjid dan untuk bertawaf (seperti contoh foto di atas), kerana saya juga memakai kasut but bertumit tinggi 2 inci sama ada ke pejabat atau ke mana-mana sahaja berbanding memakai kasut tumit tinggi (high heels) atau flat yang menutupi separuh kaki. Saya merasa selesa dan bergerak bebas apabila dipadankan dengan pakaian abaya @ jubah hitam atau jubah berseluar saya.

Oh ya, terlupa… pemakaian kasut stokin pelbagai jenis ini, banyak digunakan di Masjidil Haram, Makkah. Meneliti ruang solat di Masjidil Haram, hanya di bahagian belakang bangunan baru sahaja yang mempunyai karpet, selebihnya adalah lantai  ubin dan tentulah sejuk apabila berjalan di atasnya. Manakala di Masjid Nabawi, Madinah pula kurang pemakaian kasut stokin ini kerana lantainya banyak yang ditutupi karpet kecuali kawasan yang terdapat susunan memanjang tong-tong minuman air zam-zam.

****************

MY ANKLE BOOTS

Foto di atas adalah bentuk kasut but paras buku lali kepunyaan saya. Sudah banyak koleksi yang saya simpan untuk dipakai secara giliran. Semuanya berwarna hitam, diperbuat dari kulit dan sangat baik buatannya. Saya sangat senang memakai kasut but kerana selesa dan menyakinkan dalam kerjaya. Penampilan dipadan dengan abaya hitam atau jubah berseluar dapat meningkatkan kepercayaan dan kecerdasan diri kerana saya sentiasa memastikan kekemasan diri dalam berpakaian. Sangat elegan dan sopan.

Malah, dengan berpakaian menutup aurat yang sesuai dengan ajaran Islam, saya dapat memaparkan keindahan pakaian wanita muslimah di hadapan warga Muslim dan bukan Muslim di kampus. Saya mahu siswa (wanita) muslimah mempunyai contoh yang baik dalam etika berpakaian sebagai seorang pendidik. Aamiin. Semoga dakwah secara pakaian dan akhlak ini dapat menyedarkan mereka yang selama ini membuka aurat.

Pernah saya ditanya oleh Dr. Maimun, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, semasa saya menjadi pelajar master dahulu,  apabila beliau melihat saya memakai kasut but ini. “Awak pakai kasut macam ni, Fatimah ?” tanya Dr. Maimun. Sambil tersenyum saya membalas pendek, “iya Dr.”  Mungkin rasa tidak puas hati dengan jawaban saya.

Dr. Maimun menyambung lagi pertanyaannya, “kenapa awak pakai kasut jenis ini ? Saya ketawa mendengar soalan tersebut, lantas menjawab dengan berseloroh, “kalau saya pakai kasut ini, jika ada anjing kejar saya, saya dapat berlari dengan pantas Dr., untuk menyelamatkan diri.” Dr. Maimun hanya tersenyum sahaja mendengar jawaban gurauan saya. “Oh, begitu.” jawab beliau sambil mengangguk kepala tanda faham.

GurindamFatimaku

**************

5 Julai 2012 (Khamis)/ 15 Syaaban 1433H/ 1020 malam - Sarikei, Sarawak

AKU…. ingin menjadi hamba yang selalu mencintaiMU dari seluruh kehidupanku di dunia dan akhirat. Ingin mensyukuri segala nikmat kurniaanMU dari seluruh kronologi hidupku di dunia ini. Tidak ingin berpaling dari rahmatMU walau ENGKAU mengujiku dengan seribu kesengsaraan. Berikan aku ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk menjadi hambaMU yang selalu ingin melabuhkan kerinduan di sepertiga malam untuk mendakap sayangMU yang selalu menghangat keresahanku. Hanya padaMU aku berserah diri untuk berada dalam naungan kasihMU yang indah.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

SELAMA INI… HANYA AIRMATA MENJADI SAKSI KERINDUAN YANG TIDAK TERTAHAN

About these ads

26 Responses to “CT114. KASUT “TAWAF” KU”

  1. SITI FATIMAH AHMAD July 6, 2012 at 9:12 am #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Ya Rasulullah, ‘alaika salaam, hati ini sangat merinduimu dari kejauhan yang panjang untuk disatukan dalam rahmat Allah. Aku selalu berdoa agar nanti jasad ini bersemadi bahagia di bumi yang penuh mulia bersama pencinta Allah yang mencintaimu sepenuh jiwa raga. Aamiin Ya Allah, taqabbal minna du’a ana.

    Assalaamu’alaika by Abdul Salaam alHassani

    DEDIKASIKU UNTUKMU… semoga setiap impian menuju Tuhanmu akan diberkati Allah dan diperkenankannya dalam redha yang indah. Di sana ada senyum dan tangis yang menanti dalam ribaan yang membahagiakan. Aamiin.

    Wasalaam. :D

  2. ardiansyah pango darwis July 7, 2012 at 11:33 am #

    asslaamua’laikum Bunda
    wah bunda seleranya sepatunya keren ya :)
    semoga para wanita muslim tahu akan hal ini ya bunda, dan menutup auratnya dengan segera :)

    Aamiin terimakasih dedikasinya Bunda hehehehe :D

    • SITI FATIMAH AHMAD July 7, 2012 at 1:33 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian….

      Lama tidak mendengar khabar Ardian, pasti sedang sibuk dengan pengajiannya. Bunda doakan sihat dan sukses selalu. :D

      Zaman moden ini, sudah ramai muslimah yang menutup “aurat” atas dasar fesyen yang menjurus kepada nafsu semata-mata. Hal ini tidak mengikut yang disyariatkan. Mereka memandang mudah dan tidak merasa berdosa melakukannya.

      Mudah-mudahan kesedaran akan sampai juga ke hati mereka bahawa kewajipan menutup aurat bukan perkara yang dapat dipertimbangkan malah ia adalah perintah Allah Yang Maha Berkuasa.

      Salam sejahtera. :D

  3. komuter July 9, 2012 at 9:56 am #

    assalamualaikum.wr.wb.
    mengingat aurat wanita adalah seluruh tubuhnya. penggunaan kasut (sepatu) ini sangat optimal sekali. menutupi seluruh aurat tapi tidak mengotori.
    terima kasih atas inspirasinya. mungkin suatu saat harus beli ini untuk istri tercinta.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 9, 2012 at 11:12 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Komuter….

      Alhamdulillah, ini namanya suami soleh yang selalu prihatin terhadap persediaan isterinya untuk mendapat ibadah yang mengesankan di sisi Allah swt.

      Semoga akan tercapai segala hasrat yang baik ini. Aamiin.
      Terima kasih kembali.

      Salam hormat. :D

  4. kakaakin July 10, 2012 at 1:05 am #

    Bunda, tante saya juga punya kasut tawaf seperti itu. Saya kira itu kaus kaki, ternyata disebutnya ‘sepatu’. Warnanya macam-macam, tapi tak ada bintik-bintik karet di telapaknya. Ukurannya juga kecil, tak sedang di kaki saya. :D
    Semoga suatu hari nanti saya juga berkesempatan mengunjungi tanah suci :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 10, 2012 at 8:32 am #

      Mbak Akin pun ada juga kasut itu ya. :D
      Ukurannya memang kecil mbak. Jarang kita menemukan saiz yang selesa untuk kaki besar seperti saya yang bersaiz 7 atau mbak juga.

      Kebanyakan saiz adalah kecil. Kasut ini buatan dari China. Ini berkemungkinan mengikut saiz orang Cina yang rata-rata bertubuh kecil dan kaki mereka “cute-cute”.

      Saya yakin, ramai hajjah yang membeli kasut stokin ini kerana penjualannya sangat berleluasa di Madinah dan Makkah atau di mana-mana sahaja tempat persinggahan ziarah di bumi Haramain itu. Harganya sangat murah iaitu 4 pasang = SR10.

      Aamiin, saya doakan mbak Akin dijemput ke sana nanti.
      Terima kasih mbak atas kunjungannya. Saya tidak menjangka mbak sudah kembali aktif ngeblog. Maaf, lama juga tidak menyapa mbak. Mudahan selepas ini silaturahminya kembali terjalin.

      Salam mesra selalu. :D

  5. حَنِيفًا July 10, 2012 at 9:13 am #

    Assalamu’alaikum.
    Subhanallah
    Perjalanan indah sekaligus memaknai keimanan dan ketaqwaan.
    Terbayang sikecil penuh senyum dan tawa riang manaka @Mba SFA datang. :D

    salam hangat selalu, buat keluarga semua.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 10, 2012 at 2:52 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Haniifa…

      Aamiin, demikianlah hasrat setiap Duyufur Rahman dalam perjalanan indah untuk meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah. Ibadah haji mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah untuk dihadiahkan kepada hamba-hamba-NYA yang patuh dan taat kepada perintahnya.

      Subhanallah, suasana itu tidak terbayang hebatnya saat datang dan kembali kepangkuan anak-anak disambut penuh tangis, tawa dan bahagia.

      Terima kasih mas Haniifa.
      Salam hangat kembali dan salam hormat. :D

  6. fitr4y July 10, 2012 at 2:56 pm #

    Assalamu’alaikum wr.wb

    kasut boot benang bulu cantik amat bun , bisa melindungi kaki sampai ke lutut, enak dipakai cantik dipandang,, ternyata buat penggemar kasut di sana juga banyak pilihan ya bund,, walau 5 hari mencari akhirnya ketemu juga .. hehehe

    Bunda sangat sabar dalam pencarian yang di impikan..

    salam rindu selalu tuk Bunda dari Jakarta .. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 12, 2012 at 10:13 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray….

      Jika dilihat, memang kasut-kasut cantik begini banyak dijual di negara sebelah Asia Tengah dan Asia Timur. Bunda jadi selalu terkesan dan kagum melihat kasut-kasut yang mereka pakai. Dan tidak menjangka penggunaannya di dalam Masjidil Haram.

      Jika hasrat hati kita benar-benar ikhlas untuk melakukan sesuatu yang baik di sisi Allah di bumi Haramain, pasti ada sahaja pertolongan Allah yang hadir, cuma kita tidak tahu bila dan di mana berlakunya. Setakat yang bunda alami dan inginkan di sana, hampir semuanya dikabulkan Allah. Alhamdulillah.

      Terima kasih hadir menyapa bunda yang juga rindu sama Fitray.
      Semoga selalu dalam kesihatan yang baik dan diredhai Allah sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat.

      Salam sukses dan sayang dari bunda buat Fitray. :D

  7. Idah Ceris July 10, 2012 at 4:14 pm #

    Kasut itu Kaos kaki Bun kalau bahasa Jawanya? :)
    Kalau bahasaku Stoking bukan Stokin. hiihi
    Beda tulisan tetapi tetap satu arti. :)

    Kalau Tawaf wajib di pakai ya Bun??
    Kasut Bootnya koq unik2 banget, berbulu. .. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 12, 2012 at 10:21 pm #

      Hai Idah…

      Terima kasih berkongsi makna dari kalimat-kalimat yang berlainan antara Indonesia dan Malaysia. Bunda senang mengetahuinya kerana bertambah banyak perbendaharaan kata yang dapat bunda maknai.

      Ternyata bahasa yang berlainan tetapi memberi makna yang sama selalu membuat kita tesenyum apabila digunakan di tempat yang asing dari pengetahuan mereka.

      Penggunaan kasut boot sedemikian adalah mengikut keinginan kita sendiri bukan khusus untuk tawaf sahaja. Corak dan bentuk kasutnya pelbagai dan sangat menarik sekali.

      Tapi bagi bunda, bunda mengkhususkannya untuk tawaf sebagai langkah keselamatan dan pemanas kaki di mamar sejuk ketika solat dan berjalan dalam Masjidil Haram yang sangat luas dan besar itu.

      Salam senyum dari bunda buat Idah yang baik. :D

  8. Evi July 10, 2012 at 9:14 pm #

    Assalamualaikum Mbak Fatimah,
    Bintik-bintik karet kecil itu berfungsi sebagai rem ya, agar kita tak mudah tergelincir berjalan diatas marmer yang licin itu? Praktis dan berguna sekali ya…

    • SITI FATIMAH AHMAD July 12, 2012 at 10:25 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Mbak Evi…

      Iya mbak, ia bersifat melekat dan enak dipakai ketika berjalan di atas permukaan yang licin. Rasa selamat. Sangat praktis digunakan di Masjidil Haram yang lantainya licin kerana selalu dibersih dan dicuci sepanjang masa oleh pekerja khas yang sangat cekap dalam urusan membersih lantai Masjidil Haram dan dataran Kaabah.

      Terima kasih mbak Evi untuk kunjungan yang selalu menyenangkan. Mudahan nanti mbak bisa mengalami suasana indah penuh ibadah ini. Aamiin.

      Salam mesra selalu. :D

  9. Dahlia July 10, 2012 at 10:22 pm #

    Assallamualaikum, Mah …
    Terima kasih atas info yg amat berguna. Insya Allah akan jd panduan kmk d cinun kelak.
    Luv u …

    • SITI FATIMAH AHMAD July 12, 2012 at 10:30 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Lia tersayang….

      Alhamdulillah, kamek gembira mun maklumat dari kamek tok dapat jadi panduan kitak dan semua bakal haji yang akan ke sinun. Nang niat kamek nak berkongsi apa yang pernah kamek lalui agar memudahkan mereka yang akan datang. Semoga Allah meredhai usaha tok.

      Terima kasih kerana kitak selalu datang membaca di situk. rindu dengan kitak. Dah lamak sik chat di YM. Sibuk gilak kali.

      Harap dah makei baju abaya dan telekung yang kamek kirim hari ya. Mesti dirik cantik makeinya. :D

      Love you too, friend. :D

      • Dahlia July 14, 2012 at 11:18 am #

        Assallamualaikum. wh.wb …

        Mah, sahabatku tersayang …
        Terima kasih atas hadiah ari ya. Telekung yg dikirum dirik ya dah di pakei kmk masa kursus intensif 2 hari ya dolok wp ada dah ku beli sigek agik telekung gia di Maidin Mall. Sejuk ati makei telekung nok dirik ya. Thanks, mah. Abaya dirik ya, pendek cikit, jd kmk jahit reben nok hitam d hjg kaki n kecikkan ckit badannya (nang kmk tok kecik, mun sik di repair besar jdnya) hehehe. Dah direpair kacak jadinya… nang kmk kacak koh…. hahaha. Kelak kmk ngembaknya ke cya kelak.
        Yalah, Mah, lamak sik chat di YM ngan dirik… mmg sibuk, bah.
        Kelak mun sik sibuk kelak ku kabo ngan dirik k.

        Miss u so much…

        • SITI FATIMAH AHMAD July 14, 2012 at 5:46 pm #

          Wa’alaikum salaam wr.wb, Lea sayang…

          Alhamdulillah, rasa terharu dengan penghargaan dirik kepada hadiah kiriman kamek. Sejuk hati kamek tauk yang dirik sudah makei telekung ya. Mudahan telekung ya dapat juak dipakei masa tawaf kelak. rasa dirik kamek pulak yang bertawaf di sinun. :D

          Hehehe… kamek sik tauk saiz dirik, foto dirik tang besar ajak, masih kecik macam marek juak rupanya kawan aku tok. :D Kamek ingat dirik dah makin besar dan gempal, sebab ya kamek mikir baju ya sedang untuk dirik. Dah di alter dan panjangkan agik, ok lah tu. Yang penting dirik suka makeinya dan tentu cantik.

          Sik hal Lea, mun ada masa sapa ajak kamek, kamek tok ok ajak. Didoakan dirik dan keluarga selalu sihat dalam rahmat Allah dan diberkati-NYA. Aamiin.

          Terima kasih atas khabar dari dirik. Hilang juak rindu kamek dari kejauhan tok.

          Salam rindu selalu untuk dirik. :D

  10. modern classic furniture July 12, 2012 at 3:10 pm #

    nice post…

  11. nadiaananda July 13, 2012 at 2:07 am #

    Jika Ane Jadi Penulis Pasti ane mau belajar dari ente gan.. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 13, 2012 at 7:28 am #

      Belajar menulis hendaklah dengan banyak membaca,Nadia.
      Terima kasih. :D

  12. nadiaananda July 13, 2012 at 10:30 am #

    Semangat.. Semangat untuk indonesia dan para blogger semuanya.. Ayo kita menulis dan berbagi.. :)

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT162. KASUT “TAWAF” KU (2) – HADIAH DARI TANAH SUCI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - April 10, 2013

    [...] benang bulu berkait, hadiah Rose ini lebih menarik, tebal dan unik berbanding yang pernah saya beli (lihat CT114. KASUT “TAWAF” KU). Ia dibeli di Madinah. Saya sangat menyukainya. Sebagai ganti kepada satu kasut “tawaf” [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: