CT109. CABARAN HAJI (1): BATUK

9 Jun

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BATUK adalah penyakit yang sinonim dengan musim haji. Sesiapa yang pernah menjejak kaki ke bumi Haramain, rata-rata akan berpesan dan mengingati tentang “persediaan” dilanda batuk. Fenomena cuaca yang bertukar, tidak sama dengan keadaan di tanah air, memberi impak kepada pelbagai penyakit yang muncul dan mudah menjangkiti.

Selain itu, ramainya jemaah hujjaj dari seluruh dunia yang berkemungkinan menyebarkan “virus batuk” yang sedia ada dalam diri sejak dari tanah air dan kemudiannya dihidu oleh kita yang kurang “imunisasi” – daya tahan penyakit atau tidak mahu memakai topeng muka (face mask) kerana merasakan diri sihat, sangat mudah menerima jangkitan tersebut. Saya antara jemaah yang membawa “batuk” dari tanah air.  Masya Allah, tetapi saya sangat menjaga keselamatan orang di sekeliling saya, di mana hampir sepanjang masa saya memakai “face mask”.

20 HARI SEBELUM BERANGKAT KE MADINAH

Setelah saya dan SPH menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan fizikal, mental dan ujian makmal di Hospital Sarikei, kami disahkan sihat sepenuhnya oleh doktor dan dilulus untuk menunaikan fardhu haji. Kami tersenyum gembira dan sangat bersyukur atas kurniaan Allah kerana memberi kami kesihatan yang sangat baik. Penjagaan kesihatan amat penting bagi persediaan ke Tanah Suci.

Namun begitu, saya tetap memikirkan usaha dan bertindak bagi menyediakan ubat-ubatan dan supplemen untuk saya dan SPH sebagai bekal ke Tanah Suci. Makluman tentang pelbagai jenis penyakit yang boleh menjangkiti para hujjaj mulai membimbangi saya. Tambahan lagi ada yang memaklumi harga ubat di Madinah dan Makkah “tersangat mahal.” Memang benar sekali, harga ubat di bumi Haramain ini sangat mahal. Harganya boleh meningkat dua atau tiga kali ganda dari harga di Malaysia. Saya suka membuat perbandingan harga supaya dapat mengawali kewangan saya.

Maka saya mengambil semua data maklum itu sebagai peringatan dan nasihat yang baik buat saya dan SPH. Tarikh 19 September 2011 (Isnin), saya ke William Pharmacy, Sarikei dan meminta nasihat dari Mr. Brandon (pharmacist) tentang semua keperluan ubatan dan supplemen yang perlu dibawa untuk bekalan ke Tanah Suci. Setelah berbincang dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Mr. Brandon, maka segala keperluan tersebut disediakan, seperti gambar rajah di bawah.

Beberapa daripada ubat dan supplement di atas adalah di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, maka saya meminta pemilik Farmasi tersebut menulis surat pernyataan kebenaran tentang ubat-ubatan yang saya bekal bagi pemeriksaan pihak imigrisen Arab Saudi (jika berkenaan). Masya Allah, setelah membeli segala persediaan ubatan dan supplemen ini, Allah mulai menguji saya, 10 hari sebelum berangkat ke bumi Madinah dengan batuk yang berpanjangan sehingga melarut kepada sakit yang lain.

PERINGATAN KEPADA BAKAL HAJI

Ubatan dan supplemen di atas adalah keperluan saya sendiri yang telah mendapat khidmat nasihat pharmacist terlebih dahulu dan sebagai panduan sahaja. Jika anda ingin mengikutinya, harap mendapat nasihat pakar perubatan/pharmacist kerana masing-masing mempunyai keperluan kesihatan sendiri. Maka, saya tidak bertanggungjawab terhadap risiko yang anda ambil. :D

Face mask (1) sesuai untuk jemaah haji lelaki kerana mempunyai dua tali bercantum di telinga. Face mask (2) sesuai untuk jemaah haji wanita kerana mempunyai tali yang boleh diikat di kepala. MAKLUMAN… semua para hujjaj  Malaysia samada yang batuk atau sihat, disarankan oleh pegawai Kesihatan Tabung Haji untuk memakai “face mask” bagi penjagaan kesihatan agar terhindar dari penyakit yang tersebar yang dibawa oleh para hujjaj dari seluruh dunia atau debu-debu yang terhasil oleh proses pembinaan bagi pembesaran Masjidil Haram. Penjagaan kesihatan hendaklah diambil berat oleh setiap hujjaj bagi memudahkan urusan ibadah haji yang sangat mencabar  fizikal dan rohani.


****************

10 HARI SEBELUM BERANGKAT KE MADINAH

Ketika membeli ubatan dan supplemen di atas, saya masih sihat dan cergas. Tetapi 10 hari kemudian, saya mulai diserang batuk, kahak, hidung tersumbat dan berair kerana selsema. Pernafasan saya kurang mantap. Sesak. Batuk saya berlarutan sehingga 3 hari. Seterusnya saya diserang demam pula. Saya tidak pernah mengalami sakit “berangkai” seperti ini. Sekejap baik, sekejap sakit. Begitulah keadaan kesihatan saya silih berganti. Saya jadi letih dan selalu menangis di sejadah duka atas dosa yang mungkin ada dilakukan dalam tempoh terdekat ini. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, keadaan ini menjadikan saya semakin dekat dengan Allah swt. Ibadah di sepertiga malam menjadi rutin harian. Saya sangat senang menghadirkan diri bertamu di sunyi hari. Mengadu dengan Allah Yang Maha Penyayang.  Hati jadi sayu dan pilu mengenang diri yang belum apa-apa, sudah menerima “hadiah” dari-NYA. Saya senyum memikirkan “hadiah”- sakit berangkai – tersebut. Doa dipanjatkan dengan air mata yang tumpah saban waktu. Mengharap kesihatan saya semakin baik, mengharapkan saya tabah dan kuat melalui segala apa juga yang Allah hadirkan untuk diri ini.

Sejak mengalami batuk, saya membaca al-Quran dengan “bacaan hati”. Suara sudah berubah dan saya lebih banyak berdiam diri dari berbicara. Zikir menjadi makanan rohani dan mengharap Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama ini. SPH memujuk dan menyabarkan saya. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Saya menerima dengan hati yang redha. Saya pasrah dan mengganggap semua ini sebagai kasih sayang Allah untuk menguji hamba-hamba-NYA yang beriman. Allah Maha Mengetahui apa yang dikehendaki untuk hamba-NYA. Aamiin.

Ubat-ubat dan supplemen yang saya beli sebagai bekal ke tanah suci, mulai saya makan satu persatu untuk menguatkan kesihatan saya tetapi keadaannya semakin berlarutan. Kepala saya sudah mulai berdenyut kuat, sakit lutut yang saya alami selama 2 tahun lalu kian terasa. Kesihatan saya semakin kurang baik tetapi saya kuatkan hati dan selalu beristighfar atas sesuatu “kesombongan” yang tidak saya sedari sebelum ini.

Saya mula mencari puncanya. Saya tidak mahu berburuk sangka dengan Allah. Saya meredhai segala ujian Allah di awal persiapan saya ke Tanah Suci. Saya belajar bersabar menghadapi semua sakit yang datang. Saya berusaha menjaga kesihatan dengan baik dalam kesakitan yang melanda agar tidak berlarutan ketika di Tanah Suci.

Sambil memujuk hati supaya bersyukur dengan sedikit sakit yang diuji Allah, saya membanding diri dengan beberapa bakal haji yang bersama saya, ada yang berpenyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, athma, berkerusi roda dan sakit tua. Masya Allah, saya masih beruntung lagi. Saya menginsafi diri yang masih cergas berjalan. Nikmat Allah yang manakah hendak saya dustai lagi. Saya secara holistiknya, MASIH SIHAT. Alhamdulillah.

Saya menginsafi diri kerana Allah hanya menguji saya dengan batuk, demam, selsema, sakit kepala dan sakit lutut sahaja. Kadang kala tersadung juga fikiran ini merasa Apakah kerana saya “mampu” membeli ubat-ubatan yang mahal harganya sehingga saya sendiri merasa besar hati atas kurnia ini. Masya Allah, jika itu penyebabnya, saya beristighfar panjang mengenangkan jika terdetik rasa “kesombongan” atas upaya berbelanja “mahal” ini.

Foto SPH. Pemandangan jemaah haji sedang keluar dari Masjid Nabawi setelah menunaikan solat isya’. Ramainya jumlah para hujjaj seluruh dunia memungkinkan penyakit tersebar dengan mudah terutama batuk.

****************

SAKIT GIGI

Batuk saya berterusan di Madinah dan baik sekejap. Tetapi kemudian, batuk lagi. Keadaan yang tidak menentu berakibat dari cuaca menjadikan kesihatan saya turun naik. Allah menguji saya dengan batuk yang berpanjangan. Alhamdulillah, sakit lutut tidak terasa lagi. Jelasnya, sudah sembuh dan saya tidak bermasalah untuk berjalan pantas atau berlari. Sembuhnya sehingga kini. Subhanallah. Saya sangat mensyukurinya.

Sakit kepala (migrain) saya juga sudah hilang dan tidak ada denyutan lagi walaupun berada di bawah suhu panas 42 darjah selsius. Allahu akbar, sembuhnya juga sehingga kini. Saya tidak diserang migrain lagi.  Alhamdulillah., semua kesembuhan itu adalah kurnia Allah buat saya yang selalu menyakini akan doa di bumi Haramain mempunyai keberkahan dalam jaminan Allah swt. Utamanya, jangan sekali-kali berburuk sangka dengan Allah swt.

Saya redha dan memakan ubat yang disenaraikan dengan tetap, di samping gula-gula herba tradisional Cina (herbal candy) – “Nin Jiom” – berperisa Tangerine – Lemon, Super Mint dan Original yang saya kulum setiap 2 jam sekali bagi meredakan kegatalan kerongkong dan batuk yang tiba-tiba menyerang. Disamping itu, saya sentiasa minum air zam-zam sepanjang masa. Air zam-zam menjadi minuman “wajib” bagi menghilangkan haus dan menawar sakit dengan doa yang dilampirkan bersama.

Batuk saya kembali kambuh semasa tinggal di Makkah sehingga mencapai tahap maksimum di mana keperitan batuk itu membawa kepada sakit gigi yang tidak dapat ditahan selama 5 hari. Kejadian ini berlaku sebelum tiba Hari Wukuf. Saya fikir, gigi geraham terakhir saya tumbuh. Gusi saya rasa bagai hendak pecah dan terasa seperti  disiat-siat dengan pisau. Sakitnya tidak terkata. Semua kerja jadi tidak menentu.

Kak Senah juga berfikiran demikian. Saya dan Kak Senah ketawa mengenangkan dalam usia 44 tahun, saya masih tumbuh gigi lagi. Punca sakit gigi itu kemudiannya di ketahui apabila Kak Senah pula diserang kemuncak batuk seperti saya setelah kembali semula ke Kota Makkah dari mengerjakan lontaran jamrah di Mina. Rupanya, saya bukan tumbuh gigi, tetapi kesan dari batuk yang sudah “tenat”.  Masya Allah, hebatnya kesan kemuncak batuk ini. Namun begitu, saya yakin setiap orang diuji Allah dengan peringkat masing-masing. Ada yang mengalami batuk tidak seteruk yang saya rasai. Wallahu’alaam.

Sebenarnya itu adalah simptom kemuncak batuk sehingga segala urat-urat mata saya, rasa bagai ditarik-tarik ke atas kepala. Sakitnya tidak mampu ditahan. Saya menangis sambil mengadu kepada Allah bahawa saya sudah tidak mampu menampung sakit batuk ini. Rupanya setelah melalui tahap paling maksimum ini, batuk saya semakin reda dan tidak lama batuk itu hilang sendiri. Masya Allah. Saya tidak pernah mengalami batuk sehingga tahap sakit gigi sebegini.

Ketika mengalami keadaan demikian, saya tetap menjalani ibadah solat seperti biasa. Teruskan membaca al-Qur’an dengan bacaan hati. Saya melawan segala sakit yang sedang saya alami. Saya merasakan semakin hampir dengan Allah swt. Mulut dan hati tidak pernah lepas mengingati Allah, berdoa dalam tangisan yang berpanjangan, menginsafi dosa-dosa yang ada dan selalu bersangka baik dengan Allah swt. Alhamdulillah, beberapa hari sebelum Hari Wukuf, batuk saya mulai berkurangan dan sakit gigi saya sudah hilang. Saya merasa sangat bersyukur dan rasa lega sekali.

Dengan bertambah baiknya kesihatan saya, saya kini dapat mengerjakan segala manasik haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan hati yang tenang dan selesa. Alhamdulillah, kesihatan yang semakin baik ini menjadikan saya sangat cergas melaksanakan ibadah solat dan lain-lain ibadah yang dituntut di masya’ir tersebut. Saya membuat refleksi bahawa Allah telah “menghadiahkan” saya sesuatu yang tidak saya fikirkan sebelum ini iaitu KESEMBUHAN untuk memudahkan saya melaksanakan wukuf, mabit dan melontar yang semuanya mempunyai cabaran tersendiri dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Masya Allah.

ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH

Nikmat Tuhan yang manakah yang saya dustai lagi ?  Hadiah dari langit, pemberian Allah swt iaitu KESIHATAN YANG MANTAP mengiringi perjalanan hidup saya di Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali untuk Tawaf Ifadhah di Masjidil Haram, Makkah. Sesungguhnya Allah Maha Menentukan sesuatu atas hamba-NYA. Saya sangat menginsafi segala yang telah terjadi kepada saya. Airmata ini menjadi saksi kepada kegembiraan dan kebahagiaan yang dilalui di bumi barakah penuh cinta Allah padanya.

Pemandangan sesak ketika sedang tawaf di Kaabah, Baitullah. Dua hari sebelum Hari Wukuf. Para hujjaj di seluruh dunia sudah berada di Makkah pada waktu kemuncak sehingga mencapai jumlah hampir 4 juta jemaah. Masjidil Haram ketika ini sudah penuh dan sangat sesak sehingga ruang solat tidak dapat menampung jumlah para hujjaj yang melimpah ini. Jika lewat datang ke Masjidil Haram, jangan harap dapat bersolat di dalam Masjidil Haram. Tempat solatnya ada di dataran masjid atau bangunan-bangunan yang berdekatan  dengan jarak yang ditentukan syariat bagi membolehkan pahala solat berjemaah diperolehi.

Masa kemuncak beberapa hari sebelum tiba Hari Wukuf. Inilah dataran luar Masjidil Haram yang menampung sebahagian dari jemaah solat. Pemandangan ini menunjukkan keadaan sesak selepas solat Isyak.


****************

HANYA SEBIJI GULA HERBA “BATUK”

Selain pil tablet batuk (paralgin forts), saya juga membeli gula-gula herba tradisional Cina (herbal candy) – “Nin Jiom” – berperisa Tangerine – Lemon, Super Mint dan Original. Gula-gula herba ini saya bawa ke mana-mana sahaja saya pergi untuk membantu melegakan batuk saya. Alhamdulillah, saya banyak membantu para hujjaj wanita yang batuk dengan menghulurkan sebiji “herbal candy”  ini kepada mereka.

Apa yang mengharukan saya, hanya dengan sebiji gula herbal tersebut, saya mendapat ciuman di dahi, di pipi, dipeluk, didoakan “haji mabrur” dan diberi senyuman yang manis. Yang lebih membahagiakan,ikatan persaudaran Islam itu wujud tanpa kita sedari walau tidak pernah mengenali sebelum ini atau tidak memahami bahasa yang dibicarakan. Alhamdulillah,  keramahan yang tidak saya fikir sebelum ini antara umat Islam seluruh dunia, terpampang jelas di ruang mata.

Semoga Allah selalu memudahkan urusan ibadah haji kita selama berada di bumi Haramain. Jika mampu untuk membantu sesama muslim yang memerlukan pertolongan, jangan rasa berat hati atau berfikir panjang. bantulah dengan kemampuan yang ada. Insya Allah, Allah akan membantu kita dengan memudahkan segala urusan ibadah dan kehidupan kita.

Subhanallah, betapa bahagianya jika kita dapat berbuat baik kepada orang yang memerlukan bantuan kita. Jika tidak dapat membantu dengan material, bantulah dengan khidmat, kata-kata semangat atau sekadar senyum yang paling ringan untuk meredakan perasaan resah. Memberi bantuan kepada sesiapa akan menghadirkan kedamaian yang tidak terhingga di hati.

Berdasarkan pengalaman sakit batuk yang berlarutan hingga mencapai tahap kemuncak yang tidak pernah terfikir oleh sesiapapun sebelum ini, saya mengingati bakal haji supaya bersabar dan redha dengan segala ujian sakit yang Allah datangkan kepada kita.

Saya bersikap optimis dengan apa yang dilalui dan mengharapkan semua ujian tersebut sebagai usaha penghapusan dosa dan menambah iman agar menjadikan Allah, sumber kecintaan dan sumber pengharapan dalam setiap keadaan yang memeritkan. Allah swt ingin kita selalu dekat dengan-NYA, mengingati-NYA dan mahu mengurniakan kita ganjaran yang besar di sisi-NYA atas kesabaran yang kita lakukan.

Pemandangan tapak pembinaan bagi pembesaran Masjidil Haram, Makkah yang melingkungi luas kawasan sejauh 1 kilometer persegi. Kesan dari pembinaan dan pembesaran ini mengakibatkan debu-debu berterbangan sejauh mata memandang. maka pemakaian topeng muka sangat disarankan untuk penjagaan kesihatan.

**************

9 Jun 2012 (Sabtu)/ 19 Rejab 1433H/ 9.00 pagi - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan pengalaman hidup ini, menemui kebijakan yang dilimpahkan Allah yang selalu mengajar erti keindahan untuk ku hargai kurnia-NYA. Aku temui kejayaan dalam kelemahan yang hadir ketika rasa putus asa cuba mengikis semangat juang yang menyala. Aku temui kekuatan dalam keberanian yang menyapa ketika ketakutan cuba menghalang untuk berbuat kebaikan. Aku temui cinta dalam kasih sayang yang menyentuh jiwa ketika nilai kasih mulai hambar cuba memusnahkan nilai sayang yang ku genggam sepenuh jiwa. Ketahuilah… CINTAKU TIDAK AKAN PERNAH MATI KEPADAMU. Ia sentiasa subur walau dunia ini mengakhir hidupnya. TERIMA KASIH YA ALLAH kerana mencintaimu, aku selalu hidup dengan cinta itu, selamanya. Amiin.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

Percayalah… ada sesuatu yang indah dalam dirimu yang tidak pernah aku lihat iaitu SENYUMMU

 

***************

About these ads

22 Responses to “CT109. CABARAN HAJI (1): BATUK”

  1. мυнαмαđ яoмđoиι June 9, 2012 at 9:51 am #

    ijin share ke twitter bunda.. :D

    [Meski gak ada tombol share nya sih :( ]

    • SITI FATIMAH AHMAD June 9, 2012 at 2:04 pm #

      Silakan Doni. Saya senang mengetahuinya. :D

      Ternyata saya tidak sepantas yang saya sangkakan kerana tidak sempat menjadi yang pertama di komen sendiri setelah terbitkan posting ini..hehehe.

      Blog saya adalah blog yang mendasar dan sederhana sahaja. Maka tiada sokongan lain yang difikirkan untuk manfaat lain.

      Terima kasih Doni.
      Semoga sukses selalu.
      Salam ceria.

  2. SITI FATIMAH AHMAD June 9, 2012 at 9:53 am #

    Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Ya Rasulullah, walau jauh dari pandangan mata, rindu padamu tetap bertahta di hatiku. Pertemuan denganmu… adalah keinginan dari cinta yang sudah tidak tertahan lagi. Semoga Allah mengizinkan pertemuan itu berlaku. Wahai PENDAMAI SELURUH CINTA.

    MAWLAYA – Maher Zain menginspirasi sebuah rindu yang selalu dilagukan oleh sekeping hati yang sudah jauh perjalanan masa dan ruang waktunya. ‘Alaika salaam , Ya Habibi al-Mustafa.

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Disetiap degus nafas ini, selalu ada RINDU yang bertamu untukmu

    Wassalaam. :D

    • MUXLIMO June 9, 2012 at 11:28 am #

      Alaikumsalam w rahmatullahi w barakatuh.. wah.. memang untuk perhelatan akbar macam naik haji ini diperlukan kesiapan dalam segala hal ya, Mbak.. semakin besar halangan berarti semakin besar sayang Allah pada kita.

      saya suka baca bagian ini:
      {Saya tidak mahu berburuk sangka dengan Allah. Saya meredhai segala ujian Allah di awal persiapan saya ke Tanah Suci}

      *semakin ingin segera bisa menapak tilas perjalanan ibadah Mbak ke tanah suci.. :(.

      • SITI FATIMAH AHMAD June 9, 2012 at 9:43 pm #

        Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Muxlimo…

        Iya, demikianlah halnya persiapan menunaikan haji yang harus menjadi perhatian dan tanggungjawab bakal haji agar semuanya berjalan lancar. Persiapan dari Tanah Air sangat penting supaya tidak bermasalah di Haramain nanti dan tentu sekali tidak menyusahkan orang lain. :D

        Setiap tetamu Allah akan diuji Allah dengan apa yang menjadi sangkaan mereka kepada Allah. Jangan sekali-kali bersangka buruk dengan Allah. Apa yang kita fikir, kita bicara dan kita lakukan semuanya dalam perhatian Allah.

        Allah akan menguji kita menurut kemampuan kita kerana Allah mahu meningkatkan iman dan mangangkat darjat kita di sisi-NYA. Bukan membalas dendam sebagaimana yang selalu kita dengar selama ini… BALAS TUNAI. Astaghfirullah al-“Adhzim. Semua itu adalah pengajaran yang Allah uji untuk kesabaran kita.

        Banyakan berbicara dengan Allah dari berbicara dengan manusia. Berhubunglah dengan manusai secara baik dan berbudi. Hindari rafats (perkataan yang menimbulkan keberahian), berbuat fasik dan berbantah-bantahan.

        Fahami tujuan dan maksud haji yang sedang kita selusuri. Kita berhaji bukan melancung. Kita beribadah bukan bersuka ria. Itulah yang mesti kita fahami sebagai duyufur Rahmaan.

        Terima kasih mas Muxlimo untuk kunjungan yang selalu menyenangkan dan komentar yang dikongsikan.

        Salam hormat dan mesra selalu. :D

  3. monda June 9, 2012 at 3:25 pm #

    ya kak, orang tuaku juga dulu sepulang berhaji masih sakit batuk yang cukup lama,
    untunglah tak telalu parah, setelah istirahat cukup di dalam rumah mereka berdua segera pulih

    • SITI FATIMAH AHMAD June 9, 2012 at 9:56 pm #

      Hai mbak Monda…

      Jarang sekali kita menemui jemaah haji yang pulang ke tanah air tidak mengalami batuk setelah pulang. Seperti saya, batuk masih berlarutan selama beberapa minggu sebelum sihat sepenuhnya sehingga kini tidak pernah diserang batuk lagi.

      Ya Allah… minta-minta janganlah kena batuk lagi. Aamiin. Perit rasanya diuji hingga tahap maksimum. Tetapi manisnya ujian itu masih terasa hangat di hati kerana keadaan ini sangat dekat dengan Allah. Alhamdulillan.

      Terima kasih mbak Monda atas kongsian pengalaman orang tua, mbak. Saya doakan orang tua mbak selalu sihat dalam rahmat dan lindungan Allah swt. Aamiin.

      Salam manis selalu dari saya. :D

  4. ardiansyah pango darwis June 9, 2012 at 6:45 pm #

    Assalaamua’laikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
    selalu saja ada hikmahnya ya Bunda.
    apa lagi setelahnya bunda di didoakan menjadi haji yang mabrur,
    ikut mendoakan Aamiin

    dari rincian suplement diatas saya akrab sekali dengan nama spirulina dan Glucosamin :)

    masih bingung pakah iya umur 44 bisa tumbuh lagi Gigi
    hehehe
    tetap jaga kesehatan ya Bunda :)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 9, 2012 at 10:01 pm #

      Wa’laikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh, Ardian…

      Alhamdulillah, begitulah Allah menggambarkan hikmah dalam setiap kejadian. Hanya mereka yang tabah dan kuat sahaja yang mampu bersabar menghadapinya.

      Hehehe… tumbuh gigi baru itu, hanya sangkaan sya sahaja. Tidak pula pasti apakah terdapat mereka yang berumur 40 tahun ke atas, masih tumbuh gigi. Awalnya saya menyangka demikian kerana itu saya dan teman saya ketawa mengenangkannya jika benarlah hal itu berlaku.

      Terima kasih atas doanya. Semoga Ardian juga demikian sama, sihat sejahtera.

      Salam ceria. :D

  5. WARDAH F. June 12, 2012 at 9:01 am #

    Asm…
    apa khabar semua? Nang mon ke mekah pasti batuk. Rasanya sik ada jemaah yang sik batuk..Kmk pernah dengar Allah swt berik skit batuk, selsema n demam pd semua org. Kita je mau sabar. amin.

    Alhamdullilah anak kmk org yg ke dua Umar telah selamt masuk ke Maahad Tahfiz Darul Abrar mengikut jejak abgnya. Tapi nya masuk sik jauh dari rumah kami di sitok. Kurang lebih 1/2 jam je perjalanannya dr rumah kmk. Nya sebenarnya nak masuk sejak last year lagi. Alhmadullilah nya azam tinggi nak hafaz 15juz setahun. Gak ya nya nak gi belajar Darul Hadis di South Africa. Kmk pun sik confirm lagi nak hantar sidak tok belajar siney. Yaman, Indonesia, Mesir or sitok ja. Doa…

    • SITI FATIMAH AHMAD June 12, 2012 at 1:59 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal….

      Alhamdulillah, kamek semua sihat. Didoakan kitak, Ani dan anak-anak di sinun juak sihat sama dalam lindungan Allah swt.

      Aok, kamek pun nangar macam ya juak. Nang semua orang (jemaah haji) batuk di sinun kecuali pemastatutin ajak. Semua sakit ya nang Allah berik pake uji kesabaran dan ketahanan kita dalam menghadapi segala manasik haji di masya’irnya. Mudahan dosa-dosa kita terampun oleh kesabaran kita.

      Subhanallah walhamdulillah, senang tauk tentang Umar pulak. Kamek doakan anak-anak kitak berjaya menjadi hafiz al-Quran yang dirahmati Allah. Sik mudah kita nangar anak-anak maok dengan suka relanya untuk menghafaz al-Quran.

      Syukurlah, Allah memilih anak-anak kitak untuk melaksanakan hal-hal yang baik dalam agama. Tentu sekali semuanya atas ajaran kitak duak Ani dan doa yang dipanjat selamak tok.

      Sik hal, di mana-mana tempat sekolahnya, jauh atau dekat bukan halangan untuk mendapat ilmu. Yang utama adalah keinginannya sendiri selain dibantu oleh orang tuanya. Kejayaan itu ada di hatinya. Semoga berjaya semua anak-anak kitak.

      Doakan untuk Akramn juak. Nya pun macam anak kitak juak, suka hafaz al-Quran dan bercita-cita maok bersekolah di sekolah tahfiz. Kamek fikir nak ngantarnya sekolah tahfiz di Kuching.

      Terima kasih atas khabar dari Teluk Intan.
      Salam hormat dan sampaikan salam kamek dengan Ani. :D

  6. bluethunderheart June 12, 2012 at 9:41 pm #

    blue adalah penikmat bacaan sahaja darimu Bundaku tersayang
    menarik dan selalu berisi
    salam hangat dari blue
    selalu senang menjadi bagian dari pembaca artikelmu bunda
    semoga bunda sekeluarga sihat y

    • SITI FATIMAH AHMAD June 13, 2012 at 8:35 am #

      Aamiin….Alhamdulillah, bunda semuanya sihat. Didoakan juga nanda Bklue dan keluarga di sana dalam kondisi sihat wal’afiat selalu.

      Terima kasih nanda Blue atas sokongan yang diberikan selama ini dengan menekuni setiap karya yang tercatat di laman bunda ini. Mudahan bermanfaat untuk bekal kehidupan di masa depan. :D

      Senang menerima setiap kunjungan dan sapaan nanda Blue. Hati jadi terharu kerana silaturahmi ini tetap baik dan terjalin harmoni. Semoga Allah memberi barakah yang baik antara hamba-NYA. Aamiin.

      Salam sukses untuk semua langkah kehidupan, nanda Blue. :D

      • bluethunderheart June 13, 2012 at 12:12 pm #

        Bunda
        kaki kiri blue snagat terasa sakit sekali
        entah apa yang terjadi
        doakan saja blue segera sembuh y bunda meski sedikit tertatih tatih jalannya saat ini namun jika ada doa dari bunda serta seklaian rekan pasti(mudah mudahan seijin Alloh) akan segera sehat kembali
        salam hangat dari blue
        tetap jaga pola makan dan kesehatan y bunda biar bunda semangat terus

        • SITI FATIMAH AHMAD June 15, 2012 at 10:13 am #

          Hai nanda Blue…

          Bunda doakan kaki kiri Blue akan kembali pulih dari sakit yang dialami. Jangan banyak mengeluh, banyakkan berdoa dengan Allah dan berusaha ke arah kesembuhannya.

          Setiap sakit yang hadir adalah sebagai ujian untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Jangan berputus asa tetapi berharapan besarlah kepada Allah. Insya Allah, akan baik nanti. :D

          Terima kasih atas doa untuk bunda.
          Salam mesra selalu.

  7. Evi June 13, 2012 at 10:27 pm #

    Assalamualaikum Mb Fatimah
    Persiapan yang baik terhadap kesehatan, obat-obatan pribadi akan melancarkan seluruh prosesi haji kita ya…
    Semoga persiapan Mbak Fatimah diikuti oleh calon-calon haji lainnya :)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 15, 2012 at 10:19 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Menjaga kesihatan peribadi amat penting sepanjang di Tanah Suci agar memudahkan kita untuk melaksanakan segala manasik haji dengan sempurna. Kerja-kerja haji sangat mencabar, mbak. Maka kita harus bersedia dari aspek spritual, mental, fizikal dan material.

      Aamiin… mudah-mudahan usaha kecil ini akan membantu bakal haji yang memerlukan informasi seperti ini.

      Terima kasih mbak. :D

  8. Muchopick June 14, 2012 at 6:51 am #

    Assalamu ‘alaikum bunda Siti Fatimah.
    Alhamdulillah, saya punya umur dan kesempatan juga kesehatan hingga saya bisa mengunjungi blog bunda yg penuh makna ini.

    Semoga bunda sekeluarga senantiasa mendapatkan limpahan Rahmat dan Hidayah dari Allah S.W.T.

    Saya pindah blog bunda, bukan maksud hendak melupakan teman maupun sahabat, tapi karena hendak menuruti kata hati yang ingin selangkah lebih maju.

    Itu saja bunda, komentar pendek saya, teriring salam kasih dari bekasi,
    jawabarat,
    indonesia.

    • SITI FATIMAH AHMAD June 15, 2012 at 10:27 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Opick…

      Alhamdulillah, kami semua sehat dan baik-baik sahaja. Didoakan Opick sekeluarga juga demikian sama. Mudahan kehidupan bertambah baik dan meningkat rezekinya. Aamiin.

      Senang menerima kunjungan Opick dan mendengar khabar yang baik tentunya. Mudahan dengan adanya blog baru itu, bisa menambah pengetahuan baru dan kemahiran teknologi.

      Terima kasih Opick.
      Semoga sukses selalu.

      Salam sejahtera. :D

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT160. CABARAN HAJI (11): HAJI TUA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - March 26, 2013

    [...] 2. CT109. CABARAN HAJI (1): BATUK [...]

  2. CT191. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (4): MAKKAH 2013 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - September 10, 2013

    […] penerangan lanjut berhubung perkara di atas , sila lihat posting CT109. CABARAN HAJI (1): BATUK dan  CT110. CABARAN HAJI (2): CUACA. Mungkin pengalaman saya selama 49 hari di Bumi Hijaz dapat […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 169 other followers

%d bloggers like this: