CT108. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (3): KELEBIHAN SAF PERTAMA

1 Jun

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ramai bertanya kenapa harus berebut-rebut untuk mendapat saf pertama, barisan hadapan atau saf paling awal di masjid atau surau atau dalam mana-mana solat berjemaah. Ada yang berpendapat, menyusahkan diri sahaja berlumba-lumba dengan orang lain. Ada ruang untuk solat, duduk sahaja dalam saf yang ada dan bersolatlah. Yang utama adalah berjemaah.

Ada yang berpandangan, tidak semestinya solat di saf pertama akan menjamin kekhusyukan dalam solat. Di mana-mana saf solat pun boleh juga khusyuk. Khusyuk tertakluk kepada kawalan diri masing-masing bukan pada tempat.  Saya bersetuju dengan semua pendapat atau pandangan di atas kerana setiap orang berhak atas apa yang hendak dilakukannya bagi mencapai keredhaan Allah swt.

Saya menyakini bahawa kebanyakan kita mengetahui fadhilat atau keutamaan solat berjemaah. Tetapi tidak ramai yang mengetahui akan KEUTAMAAN SAF PERTAMA dalam solat sehingga kita merasa hairan dan takjub kepada orang yang bersungguh-sungguh untuk merebut tempat di saf pertama. Ini berakibat dari kurang membaca hadis berhubung kelebihan SAF PERTAMA yang mempunyai nilai eksekutif berbanding saf yang seterusnya.

Seperti yang pernah saya tulis dalam CT107. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (2) bahawa;

“Solat di saf pertama merupakan pilihan saya setiap kali berjemaah di mana-mana masjid dan surau. Saf pertama memberi suasana yang eksklusif kerana tiada gangguan pandangan di hadapan. Saf pertama dapat membawa kepada kekhusyukan solat dan keindahan beribadah daripada saf-saf yang lain walaupun berada di saf ke dua.”

Namun perlu difahami dalam membicarakan tentang saf atau barisan pertama dalam solat ini, tentu terdapat perbedaan antara saf lelaki dan saf perempuan kerana di sini terdapat permasalahan fikah dalam menentukan saf paling baik bagi perempuan.

Setelah memahami konteks kelebihan saf pertama ini, saya semakin ingin untuk mencapai fadhilatnya terutamanya di Masjid Nabawi dan Masjidl Haram. Alhamdulillah, sudah banyak kali saya berjaya menempatkan diri di saf pertama di Masjid Nabawi tetapi berada di barisan tengah dan belakang di Masjidil Haram.

Kenapa terdapat DUA PERBEZAAN tempat yang memperlihatkan saya merebut saf pertama di Masjid Nabawi sedangkan di Masjidil Haram, saya tidak seagresif untuk merebut saf pertama tersebut. Hal ini berhubung kait dengan permasalahan fikah yang akan dibahaskan bersama nanti.

Tentang KELEBIHAN SAF PERTAMA, saya menulis bersandarkan buku ENSIKLOPEDIA SOLAT MENURUT AL-QU’RAN DAN AL-SUNNAH, JILID  1, hal. 276 – 279, karya Dr. Said bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani. Mudahan dapat membantu kita dalam memahami konteks perbahasan ini dan saya berusaha menjelaskan dengan bahasa mudah. Semoga bermanfaat. Aamiin.

Foto SPH. Ruang solat terbuka kawasan lelaki dalam Masjid Nabawi, tetapi dipayungi oleh “Bunga Kembang Pagi”

****************

KELEBIHAN SAF PERTAMA

Pelbagai keutamaan yang sangat banyak telah ditetapkan akan kelebihan saf pertama/barisan hadapan dalam solat, antaranya:

a. MELAKUKAN UNDIAN ATAS SAF/BARISAN PERTAMA

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Seandainya umat manusia mengetahui pahala yang terkandung pada SERUAN AZAN dan juga SAF PERTAMA, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali melalui undian, nescaya mereka akan berundi.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulullah saw: “Seandainya kalian mengetahui atau mereka mengetahui apa yang terdapat pada BARISAN TERDEPAN (SAF PERTAMA), nescya akan diadakan undian.” – Riwayat Muslim

b. SAF PERTAMA SEPERTI SAF MALAIKAT

Telah ditegaskan bahawa SAF PERTAMA adalah seperti SAF MALAIKAT.  Hal ini didasarkan kepada hadis Ubay bin Ka’ab r.a dari Nabi saw, bersabda:

“Sesungguhnya SAF PERTAMA sama seperti SAF MALAIKAT. Seandainya kalian mengetahui apa yang terdapat padanya (SAF PERTAMA), pasti kalian akan bergegas mengejar/merebutnya.” Riwayat Abi Daud

Dalam mensyarahkan sabda Rasulullah saw tentang “SAMA SEPERTI SAF MALAIKAT”, Syaikh Ahmad al-Bana menyatakan, iaitu “DALAM KEDEKATAN KEPADA ALLAH SWT, TURUNNYA RAHMAT DAN PENYEMPURNAANNYA.” Ini bermaksud, para Malaikat itu berbaris dalam beribadah kepada Allah swt.

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah keluar menemui kami lalu bersabda:

“Tidakkah kalian berbaris seperti para Malaikat berbaris di sisi Tuhannya? Kami bertanya” “Wahai Rasulullah saw, bagaimana para Malaikat itu berbaris di sisi Rabbnya ?” Rasulullah saw menjawab: “Menyempurnakan SAF PERTAMA, lalu mereka merapatkan diri dalam saf. – Riwayat Muslim

c. SAF PERTAMA SEBAIK-BAIK SAF

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang PALING PERTAMA dan seburuk-buruknya adalah yang PALING AKHIR. Sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah YANG PALING PERTAMA.” – Riwayat Muslim

PERBAHASAN:

Imam an-Nawawi rhm. menjelaskan, ada pun saf lelaki secara umumnya yang terbaik adalah urutan SAF PERTAMA untuk selamanya dan yang paling buruk adalah SAF TERAKHIR.  Manakala sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang PALING AKHIR dan seburuk-buruknya adalah SAF PERTAMA. Tetapi yang dimaksudkan hadis ini DENGAN SAF PEREMPUAN adalah APABILA PEREMPUAN BERJEMAAH DENGAN LELAKI TANPA ADA HALANGAN ANTARA KEDUANYA (saling dapat melihat).

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang utama bagi lelaki sama ada bersama mereka, kanak-kanak atau perempuan adalah SAF PERTAMA. Begitu juga bagi perempuan yang TIDAK BERSAMA mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ADA penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang utama bagi perempuan adalah SAF PERTAMA. Akan tetapi jika perempuan itu berjemaah bersama dengan lelaki TANPA penghalang atau tabir, maka yang lebih utama bagi perempuan adalah SAF TERAKHIR.

Foto SPH. Pemandangan saf lelaki dan saf perempuan di tingkat bawah Masjidil Haram. Foto di ambil dari Tingkat 1.

****************

*Kerana itulah saya tidak seagrerif mencari SAF PERTAMA di Masjidil Haram seperti saya merebut SAF PERTAMA di Masjid Nabawi yang mempunyai penghadang/dinding antara saf lelaki dan saf perempuan. Di Masjidil Haram, biasanya saya memilih saf di tengah atau di belakang dalam saf perempuan.

Ruang solat di Masjidil Haram sangat besar, sangat luas dan sangat lapang. Tidak banyak ruang solat wanita yang berdinding/bertabir. Kebanyakannya ruang terbuka bagi lelaki dan perempuan bersolat. Malahan ada yang “bercampur” saf antara lelaki dan perempuan.

(perbahasan tentang kedudukan “bercampur” solat jamaah bagi lelaki dan wanita di Masjidil Haram akan saya tulis di kemudian hari, insya Allah).

MAKSUD SEBAIK-BAIK SAF BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling banyak mendapat pahala, mana kala SEBURUK-BURUK SAF  BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN adalah yang paling sedikit mendapat pahala. KEUTAMAAN SAF AKHIR bagi wanita (berjemaah dengan lelaki tanpa penghalang/tabir) adalah untuk mengelak fitnah dari lelaki melihat mereka (wanita) serta tertarik hati kepada mereka ketika melihat gerakan, wajah, mendengar ucapan mereka dan sebagainya.

d. ALLAH SWT DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA

SAF PERTAMA adalah yang paling banyak mendapat selawat. Ini disandarkan kepada hadis Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda saw menjawab, “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas SAF PERTAMA. Mereka bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah atas SAF KEDUA juga ? Baginda menjawab, “Iya, pada barisan kedua juga.” – Riwayat Ahmad dan Ath-Thabrani

Dari Nu’man bin Basyir, dia bercerita, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf pertama atau beberapa saf pertama.” – Riwayat Ahmad

Manakala al-Bara’ bin Azib r.a bercerita dari Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-NYA berselawat atas saf-saf terdepan.” – Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah

e. NABI SAW BERSELAWAT ATAS SAF PERTAMA SEBANYAK 3 KALI SEDANGKAN ATAS SAF KE-2, SATU KALI SAHAJA

Perkara ini ddasarkan kepada hadis al-“Irbad bin Sariyah r.a bahawa Rasulullah saw berselawat atas SAF PERTAMA sebanyak 3 kali dan 1 kali atas saf kedua. Menurut Ibnu Majah bahawa Baginda Rasul saw memohon keampunan untuk saf pertama, 3 kali dan untuk saf kedua, sekali.

WALLAHU’ALAAM WALHAMDULILLAH

****************

Subhanallah, betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada hamba-NYA yang berusaha untuk mencapai keredhaan-NYA. Segala kelebihan-kelebihan dalam beribadah yang diberi Allah kepada manusia merupakan kurnia MENGINTIP JALAN KE SYURGA. Sesiapapun berhak meraih kemuliaan di sisi Allah, jika keinginan itu ada pada dirinya.

Oleh itu, bukalah ruang kekuatan tenaga yang ada untuk kita membesarkan Allah, mengagungkan perintah-NYA dan menanam dalam diri kita bahawa kita adalah hamba Allah yang paling kecil dan paling hina di hadapan-NYA. Hilangkan rasa sombong dan ego yang hanya menjadikan kita, hina pada pandangan Allah. Wal’iyazubillahi min dzalik.

Setelah kita mengetahui dan memahami kelebihan-kelebihan SAF PERTAMA, marilah bersama mencapai keredhaan Allah dan berusahalah menempatkan diri di saf pertama dalam solat. Hanya kita yang membuat keputusan, MAHU atau TIDAK MAHU meraih sesuatu yang hebat buat bekalan hidup kita di akhirat. Aamiin.

Foto SPH. Halaman bumbung, Masjid Nabawi disediakan untuk solat, ditutupi dengan marmar Greek dengan keluasan 67,000m persegi. Boleh menampung seramai 90,000 jemaah solat.

**************

1 Jun 2012 (Jumaat)/ 11 Rejab 1433H/ 6.00 petang - Sarikei, Sarawak

AKU…. dalam kekerdilan diri berusaha kuat untuk menempuh gelora kehidupan. Hanya selalu berharap CINTAku pada-MU menjadi ubat penawar bagi sakit yang bertamu.  Dunia hanya perhiasan yang membuta mata, menyakitkan hati, membuat jiwa menderita. Kerana mencintainya… aku kehilangan CINTA-MU. Wahai KEKASIH… yang hanya aku inginkan adalah PERTEMUAN DENGAN-MU. Aamiin

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

Foto SPH. Ruang solat lelaki di Masjid Quba, Madinah ketika ziarah luaran

****************

MENGINTAI RINDU DI JENDELA WAKTU… DI SITU KU TEMUI BAYANGAN SENYUMMU, AKU RINDU SEMUA DETIK LALU

About these ads

21 Responses to “CT108. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (3): KELEBIHAN SAF PERTAMA”

  1. daoud alahmad June 2, 2012 at 2:56 am #

    Assalamo alikom , beautiful posts , happy to follow your blog .

    • SITI FATIMAH AHMAD June 2, 2012 at 10:22 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Daoud Alahmad.

      Thank you so much for your apprecition.
      I am very grateful. :D

      Best regards.

  2. Evi June 2, 2012 at 6:10 am #

    Assalamualaikum Mb Fatimah.
    Subhanallah begitu kiranya keutamaan sholat di baris pertama ya. Maksud lain dr hadis ini, agar kita bersegera pergi ke Mesjid utk menunaikan sholat berjamaah ya Mbak? Terima kasih atas penjelasannya :)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 2, 2012 at 10:24 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Selamat pagi dan senang menerima kunjungan sahabat yang baik.
      Benar mbak, jika mahu berada di barisan pertama, hendaklah kita harus bersegera awal ke masjid bagi menempatkan diri di sana. Semuanya tertakluk kepada kemahuan kita dalam beribadah. Semnoga Allah meredhai amalan kita.

      Terima kasih kembali mbak Evi.
      Salam manis dan ceria selalu. :D

  3. kontraktor bangunan June 2, 2012 at 11:49 am #

    salam kenal slalu yaa… :D

  4. мυнαмαđ яoмđoиι June 4, 2012 at 6:50 am #

    Subhanallah….!!!
    saya kalau shalat sekebagiannya aja … :(

    “Kisah Hidupku #2″ udah nongol loh Mba/Bang sekiranya mau baca silahkan, jangan lupa keritik dan sarannya yah.. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD June 4, 2012 at 9:36 am #

      Hai Muhamad Romdoni…

      Insya Allah, jika mahu memperbaiki solat dan menambah baik kedudukanya, bisa dimudahkan Allah. Asal sahaja mahu dan berkeinginan ke arah tersebut. :D

      Terima kasih udah maklumi tetang tulisan Doni. Insya Allah akan ke TKP. Teruslah menulis apa yang menjadi kemampuan untuk bercerita.

      Salam ceria selalu.

  5. Ejawantah's Blog June 4, 2012 at 2:38 pm #

    Ass….
    Salam menyapa bunda dalam setiap goresan aksara dapat menyantuh hati dalam gerakkan denyut nadi yang selalu menghantarkanku untuk selalu rindu dalam karya.

    Semoga Bunda bersama keluarga dalam keadaan ehat walafiat semuanya di sana.
    Sukses selalu

    Salam

    Ejawantah’s Blog

    • SITI FATIMAH AHMAD June 4, 2012 at 3:07 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Alhamdulillah, saya semua sihat dan baik-baik sahaja. Didoakan mas Indra dan seluruh kelurag di Ejawantah’s Blog sihat dalam barakah Allah. :D

      Terima kasih mas Indra atas sapaan khabar yang menyenangkan. Mudahan manfaat atas setiap perkongsian ilmu yang dipaparkan memberi pencerahan kepada diri kita.

      Salam sukses dan hormat dari saya. :D

  6. aisyah m yusuf June 4, 2012 at 3:43 pm #

    Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh……pertama-tama aku ucapkan terima kasih kepada ukhti Siti Fatimah Ahmad atas kunjungan komentarnya di blog ana…foto dan artikel MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (3): KELEBIHAN SAF PERTAMA subhanallah … aku ingin selalu setiap saat sholat disana…..ya Allah aku mohon akhir khayatku nanti berada di madinah.

    • SITI FATIMAH AHMAD June 4, 2012 at 9:26 pm #

      Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh, Aisyah…

      Alhamdulillah, mudahan silaturahmi akan selalu terjalin baik antara kita sesama saudara islam untuk berkongsi hikmah yang bermanfaat. Allah tempat panjatan syukur yang teragung atas semua kebaikan yang dilalui. :D

      Aamiin… saya doakan hasrat dan keinginan yang baik dari harapan Aisyah, di bumi Haramain akan dimakbulkan Allah swt. Sesungguhnya kerinduan kita kepada Madinah dan Makkah, sebuah kerinduan yang setulusnya dari dalam diri kita, bukannya dipaksa-paksa. Subhanallah, indahnya perasaan dan hiba sekali saat kaki berjejak ke bumi yang suci itu.

      Terima kasih Aisyah, sudi bertandang lagi ke laman ilmu yang sederhana ini. Senang menerima kunjungan Aisyah.

      Salam manis dan ukhuwwah yang berpanjangan. :D

      • bluethunderheart June 5, 2012 at 8:56 pm #

        selamat malam Bundaku tersayang
        salam hangat untuk sekeluarga bunda disana yach…..
        pokoknya blue selalu ingin merebut saf pertama jika sholat dimana dan kapan saja….
        semoga bunda sekeluarga sihat y………..
        salam hangat dari blue

        • SITI FATIMAH AHMAD June 7, 2012 at 10:13 pm #

          Selamat malam, nanda Blue.
          Alhamdulillah, bunda sihat dan baik-baik aja.

          Syukurlah jika mencari dan berada di saf pertama menjadi kebiasaan, sudah tentu di mana-mana berada, tetap akan diusahakan untuk berada di barisan pertama tersebut.

          Kini, jika sudah mengetahui kelebihan saf pertama, maka tentu sekali akan lebih bersemangat untuk tujuan tersebut. Semoga nanda Blue selalu diberkahi Allah dalam beribadah. Aamiin.

          Didoakan nanda Blue juga sihat dan sukses selalu.
          Salam hangat kembali. :D

  7. komuter June 7, 2012 at 9:37 am #

    assalamualaikum.wr.wb
    mohon maaf, saya tidak bermaksud negatif, hanya berusaha untuk memaparkan fakta yaitu kebanyakan jemaah yang shalat berjamaah lebih senang berada di belakang. bahkan mereka yang datang pertama langsung bentuk saf di belakang, sementara yang datang belakangan harus bersusah payah mendapatkan tempat dan terpaksa shalat di saf depan. ironis memang, tapi begitulah adanya.
    salam dari indonesia

    • SITI FATIMAH AHMAD June 7, 2012 at 10:21 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Komuter….

      Apa yang berlaku seperti yang digambarkan oleh mas Komuter di atas adalah lumrah yang terjadi di mana-mana. Malah, keadaan ini juga berlaku di Madinah dan Makkah.

      Hal ini dilihat sebagai satu kebiasaan yang sudah diamalkan di tanah air dan menjadi kebiasaan juga di sana kecuali bagi mereka yang benar-benar merasai nikmatnya saf pertama dan mengetahui kelebihan yang Allah kurniakan, lalu mereka berubah dan menambahbaik amalannya.

      Mudahan dengan benyak membaca hadis-hadis Rasulullah dalam bab solat, kita semakin berusaha untuk awal ke masjid, berada di saf depan dan menjadikan hati kita selalu mencintai masjid agar masjid itu dapat dimakmurkan sebagai syiar Islam.

      Terima kasih mas Komuter untuk kunjungan dan kongsian yang bermanfaat ini.

      Salam hormat. :D

  8. argun June 16, 2012 at 1:25 pm #

    Assalaamu’alaikuuuum…
    apakabar Bunda Fatimah?…
    masih ingatkah saya saya?…

    saya mengundang Bunda untuk berkunjung ke Mall Fashion saya, barangkali Bunda mau belanja buat persediaan menjelang Lebaran nanti,
    Terima kasih

    salam mesra
    argun :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 18, 2012 at 9:37 am #

      Saya sudah mengunjungi Mall Fashion Argun, sangat meriah sekali jualan-jualannya terutama bahagian sepatu wanita. Sangat mengujakan. Suka melihat reka bentuk sepatu yang menarik dan cantik.

      Terima kasih memaklumi saya dan saya senang mengetahuti perkembangan bisnes Argun, semoga sukses dan tentu sekali saya mendoakan Argun bisa menjadi usahawan berjaya.

      Untuk lebarannya, saya masih pake yang lama Argun. Jarang sekali menukar untuk barangan yang masih elok digunakan. :D

      Salam sukses selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: