CT103. BUNGA GUBAHANKU (2)

4 May

Assalaamu’alaikum Wrahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 4. Gubahan bunga yang paling simple dengan mencacah-cacah sahaja tanpa memikirkan bentuknya. Alhamdulillah, terhasil indah juga. Ia menjadi hiasan di atas almari kasut bersamaan foto-foto Konvokesyen saya.

****************

Kembali menyapa dengan senyuman bunga yang indah di hati setelah sapaan pertama di CT85. GUBAHAN BUNGAKU (1).  Minat pada bunga tidak dapat dilepaskan dari wanita. Wanita dan bunga sangat sinonim. Tetapi tidak ramai wanita yang meminati seni gubahan bunga. Kenapa ? Mengubah bunga bukan mudah. Ia memerlukan suatu sentuhan halus di jiwa. 

Menurut pengalaman saya, mengubah bunga memerlukan kreativiti dan inovasi tersendiri. Ketekunan dan minat mendalam juga sentuhan cinta yang tulus. Sifat sabar dan tenang sangat penting untuk menghasilkan gubahan yang menarik dan cantik.

Sebelum melanjutkan siri Travelog Hajjah (1) dan (2) selepas ini, saya ingin berkongsi minat di bidang gubahan bunga yang menjadi hobi saya sejak berusia 20 tahun semasa belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hasil gubahan bunga saya pernah dijual di pesta Konvokesyen, Universiti Malaya setiap tahun. Sungguh membanggakan, semuanya habis terjual. Bunga-bunga gubahan saya juga mendapat perhatian teman-teman  sehingga ada yang memesan untuk hiasan bilik mereka.

Ketika itu, saya baru belajar mengubah bunga. Belajar tanpa pernah menghadiri bengkel atau kursus seni gubahan bunga. Saya hanya memerhati seni mengubah bunga ini ketika berada di kedai-kedai bunga di Kuala Lumpur sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Setelah penat belajar, saya akan ke kedai bunga dan memerhati susunan indah bunga-bunga yang telah digubah oleh pekerja kedai yang tidak pernah lokek untuk menunjuk ajar.

Saya akan berdiri dengan sabar sambil meneliti setiap pacakan bunga, padanan warna dan bunga yang dilampirkan bersama. Sungguh mempesona dan membuat hati saya berbunga-bunga untuk mengubahnya sendiri. Kesan dari pemerhatian itu, saya memupuk minat dan mendapat idea sendiri dalam mereka gubahan bunga sendiri.

Saya senang dapat mencari wang tambahan melalui titik peluh dari minat saya terhadap bunga-bunga “palsu”. Oleh kerana saya dan Ros (adik saya) belajar di universiti yang sama dan orang tua pula bukan orang senang, tentu usaha saya mencari wang sendiri dapat meringankan beban mereka. Bayangkanlah wang kiriman orang tua hanya RM200 sebulan untuk setiap seorang. tentu tidak cukup untuk belanja makan dan minum di bandaraya Kuala Lumpur yang taraf hidupnya sangat tinggi. 

Walaupun mendapat pinjaman wang belajar dari Jabatan Perkhidmatan Awam, tetap tidak mencukupi kerana wang itu hanya diberi dua kali dalam tempoh enam bulan setahun.  Saya sangat berjimat dalam pebelanjaan tetapi tidak bakhil untuk membeli buku. Buku adalah harta paling berharga buat saya.

Aahh… semuanya telah menjadi kenangan indah. Kenangan ketika menjadi mahasiswa yang sudah jauh ditelan masa. Sekarang, saya dapat memiliki semua yang saya impikan. Alhamdulillah. Untungnya lagi, hasil dari ketekunan dan kesabaran saya dalam minat seni mengubah bunga ini, rumah saya, berseri dengan gubahan bunga sendiri. Saya sangat berpuas hati. Silakan nikmati sebahagian lagi dari gubahan saya di bawah ini.

SELAMAT MENJAMU MATA


Foto 5. Bunga-bunga lama yang dibasuh, dijemur dan digubah semula untuk menghiasi atas almari buku di ruang tamu. Jimatkan kalau pandai mengubah sendiri. :D Padanan warna dan corak bunga dapat mempengaruhi hasil seni kreatif yang ditonjolkan. Menurut saya, adalah sukar mengubah bunga yang pelbagai jenis dalam satu pasu berbanding satu atau dua jenis bunga sahaja.

****************

Foto 6. Sebelumnya, gubahan ini saya letak di hadapan tingkap utama ruang tamu bagi hiasan keliling sofa di belakang kipas angin. Kini kedudukan sofa sudah berubah, maka bunga ini saya letak sementara di atas almari buku sebelum saya pindahkan di tempat yang sesuai. Ini juga bunga-bunga lama yang saya basuh, jemur kering dan digubah semula. 

****************

Foto 7.  Gubahan bunga kecil ini adalah yang paling saya suka kerana sangat eksklusif sifatnya. Ini hiasan berbentuk “bonsai”. Comelkan. Paling menyentuh hati saya, kerana bunga Matahari menjadi dandanan utamanya. Warna kuning bunga Matahari memberi keceriaan kepada seri bunga gubahan. Saya suka menggunakan bunga matahari dalam gubahan saya. Gubahan ini juga menghiasi almari buku di ruang tamu.

****************

4 Mei 2012 (Jumaat)/ 13 Jamadil Akhir 1433H/ 1719 petang - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan kehidupan ini, menggambarkan perasaan di sudut kemesraan dalam persahabatan. Kini aku berlari, mencari dan menanti. Menghargai sekeping hati adalah AKU pada kehidupan ini. Tiada yang indah untuk ku tatapi, lantas yang indah itu telah dibawa pergi. Hidup ini dipenuhi dengan ribuan keindahan. Namun bagiku, engkaulah yang lebih indah dan manis dari segala-gala yang pernah aku miliki.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

KU BENAM SEGALA RINDUKU, DI SEJADAH CINTAMU

***************

About these ads

37 Responses to “CT103. BUNGA GUBAHANKU (2)”

  1. SITI FATIMAH AHMAD May 4, 2012 at 5:24 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Asma al-Husna, nyanyian Sami Yusuf menyerlahkan rindu kepada Yang Maha Esa, yang selalu menemani kita dalam segala duka dan suka. Mari kita nikmati bersama.

    Engkau adalah segalanya. Yang menjadi sebahagian dari hidupku. Ku cuba bayangkan hidup tanpamu. Tetapi tidak boleh. Aku ingin selalu bersamamu. Selama-lamanya.

    Dedikasiku Untukmu.
    Wassalaam. :D

  2. kak yun May 4, 2012 at 7:24 pm #

    Assalamualaikum Hjh,
    T/kasih dengan segala perkongsian-ada sedikit tips utk gubahan bunga….-cantik gambar bunga2 trsebut..tahniah Hjh seorg yg kreatif-saya cadangkan Hjh menulis Buku-buku panduan Haji/berbentuk motivasi…semoga suatu hari buku2 Hjh antara koleksi peribadi saya…. Sebab hobi utama saya ialah Membaca dan membeli buku…saya juga meminati bunga, tapi kurang kreatif….salam hujung minggu dari negeri dibawah bayu,,,

    • SITI FATIMAH AHMAD May 5, 2012 at 8:18 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Yun…

      Aamiin…. Ya Rahmaan Ya Rahiim untuk doa yang menyegarkan hati dari Kak Yun. Terharu saya membaca coretan di atas. :D

      Alhamdulillah atas penghargaan Kak Yun kepada karya-karya saya yang sederhana ini. Wah… semakin semangat saya untuk menulis dan berkongsi pengalaman yang dilalui. Doakan saya dapat menghabiskan perjalanan Travelog Hajjah (1`) dan (2) sebelum dijemput pulang kepangkuan-Nya yang abadi.

      Subhanallah, rencana membukukan pengalaman itu sudah ada, Kak Yun. Mudahan diperkenankan Allah pada ketetapan masa yang diizinkan-Nya. Harap ada penerbit yang mahu menerbitkannya.

      Buat masa ini, masih menyusun cerita yang ada di kotak minda ini. Banyak yang belum terluah di sini. Kak Yun sekarang sudah memiliki karya saya sebelum ia diterbitkan dipasaran…hehehe.

      Terima kasih Kak Yun, masih sudi bertandang dan menyapa laman saya untuk dijadikan koleksi ilmu di hati.

      Orang Sabah rupanya Kak Yun ini atau bekerja di Sabah ?
      Salam manis selalu dari saya. :D

  3. farizalfa May 5, 2012 at 9:23 am #

    Assalamu’alaikum

    gubahan bunganya cantik-cantik dan memang tidak mudah untuk dapat melakukannya.
    Salam sukses selalu.
    Salam sehati

    • SITI FATIMAH AHMAD May 5, 2012 at 3:09 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Farizalfa…

      Iya, demikian juga menurut saya kerana mengubah bunga harus mempunyai hati yang tulus kepada gubahannya.

      Salam sukses kembali dan terima kasih atas kunjungannya.
      Salam kenal.

  4. rahmanwahyu May 5, 2012 at 9:27 am #

    Wah indah dan menawan bunga-bunganya, tertata dari tangan yang indah menata kata.
    Kirain bunga-bunga segar, bikinan kan? Tinggal disemprot pake parfum biar wangi bak bunga di taman firdaus.
    Saya baru mengeklik following blog ini, saya pikir dengan begitu akan masuk pemberitahuan ada postingan baru di sini, ternyata tidak. Jadi apa fungsi dari item following itu mbak?
    Makasih dan salam berbagi terus.

    • SITI FATIMAH AHMAD May 5, 2012 at 4:56 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasi dan kunjungan dari, mas Rahman ke blog saya.

      Hehehe… apa mas Rahman tahu akan wanginya bunga di taman Firdaus.? Sudah pernah ke sana ya ?

      Terima kasih kerana mengikuti blog saya, saya sendiri tidak tahu fungsi tentang hal ini. Saya kira item-item tersebut sudah ada di blog masa pembinaannya lagi.

      Nanti saya lihat di admin di mana salah betulnya hal ini.
      Mudahan semuanya akan berjalan lancar dan mas Rahman bisa mengikuti posting saya di masa depan.

      Salam hormat dari saya. :D

  5. mintarsih28 May 5, 2012 at 5:46 pm #

    cantik rangkaian bunganya mabk fat. paduan warna yang rerasi elok dipandang mata, hems sedap di hati.

  6. wahyu nurudin May 6, 2012 at 10:18 am #

    kalau di jepang namanya ikebana ya? seni merangkai bunga.

    • SITI FATIMAH AHMAD May 7, 2012 at 7:46 am #

      Iya, begitulah maknanya.
      Ikebana dari Jepun sangat unik dan saya suka melihat gubahannya yang simple dan menarik.

      Terima kasih Wahyu sudah mampir. Lama sekali tidak bersilaturahmi ke sana.

      Semoga sukses. :D

  7. tunsa May 7, 2012 at 8:10 pm #

    sepertinya ini postingan tentang bunga sudah pernah dipublish oleh bunda waktu itu ya.. :D
    saya sih nggak terlalu suka bunga, barangkali istri saya nanti suka bunga, hihihi
    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD May 8, 2012 at 9:04 am #

      Iya, Ari…posting pertamanya pada CT85. yang lalu.
      Masih ada lagi posting seterusnya selepas ini sebagai mengisi lowongan waktu untuk istirehat sebentar dari dunia maya.

      Hehehe… mudah-mudahan isterinya nanti suka bunga. Bolehlah Ari postingkan di blog Ari. Bunda doakan dan mahu lihat hasil gubahannya.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam mesra selalu.

  8. krupukcair May 8, 2012 at 2:39 am #

    itu bunga apa saja yang digubah?

    • SITI FATIMAH AHMAD May 8, 2012 at 9:10 am #

      apa-apa sahaja bisa, yang penting mahu mengubahnya.

      Terima kasih Krupukcair. :D

  9. narno3 May 8, 2012 at 8:42 am #

    bunga itu indah tanpa dirangkaipun indah terlebih dirangkai akan kelihatan lebih indah, cocok buat menjamu mata

    • SITI FATIMAH AHMAD May 8, 2012 at 9:15 am #

      kerana mahu melihat suatu yang indah, maka usaha mengubahnya harus diusahakan. Bunga ini, di mana-mana sahaja letakknya selalu menyenangkan. Cuma bedanya hanya bunga palsu dan bunga hidup.

      Terima kasih mas Narno
      Salam sejahtera. :D

  10. bulbenbeach May 8, 2012 at 12:42 pm #

    Subhanallah,..
    Pengubahan bunga menjadikannya lebih indah, lebih cantik, sungguh nilai seni yang sangat luar biasa.
    Saya baru tau ternyata Bunda Siti seorang seniman bunga yang bisa menghasilkan karya-karya indah. Sukses terus dengan gubahan bunganya Bunda.
    Salam sukses dari Indonesia.

    • SITI FATIMAH AHMAD May 8, 2012 at 1:18 pm #

      Terima kasih atas doanya dan apresiasi anda kepada karya bunga saya.

      Masya Allah,… saya bukan seniman bunga yang hebat. Masih seorang pembelajar yang mengkagumi keindahan seni gubahan bunga dari semasa ke semasa.

      Selain itu juga ingin menghargai potensi diri untuk menikmati keindahan tersebut di rumah sendiri. :D

      Salam sukses juga.

  11. Evi May 8, 2012 at 5:28 pm #

    Assalaamualaikum Mb Fatimah..
    Waduh aku jadi tersipu krn tak pernah bisa mengubah bunga. Padahal aku suka pada bunga. Melihat gubahan Mbak disini, amboi indahnya, suka sekali aku Mbak.
    Ikut bersyukur untuk Mb Fatimah yg telah berhasil melewati masa2 sulit. Dan semoga keberkahan Allah selalu datang untuk kita. Amin

    • SITI FATIMAH AHMAD May 10, 2012 at 2:03 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Tidak apa mbak, dengan meminati bunga dan menghargai keindahannya sudah cukup membuat hati bahagia. :D

      Alhamdulillah, pengalaman adalam guru terbaik buat kita.
      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.

      Terima kasih atas tulusnya doa dan kunjungan yang menceriakan.

      Salam manis selalu, mbak Evi. :D

  12. bluethunderheart May 8, 2012 at 7:47 pm #

    Bunda…….
    jika saat nanti blue menikah adakah serangkaian bunga bunga yang mekar, indah dan wangi untuk bunda berikan pada blue?
    semoga saja ada y bunda, kan bunda pasti menyayangi blue disini,dijakarta negri indonesiaku tercinta.
    oya Bunda,blue menyukai semua rangkaian bunga bunga itu bunda.
    semoga semerbak wanginya seperti wangi syurga untuk setiap nafas bunda dan sekeluarga disana.
    selalu merekah mekar keindahan bunga di setiap tidurmu,bunda
    dan seindah sapa hangat bunda untuk kami semua,semua bloger di negriku dan negri bunda
    salam hangat dari blue
    semoga sihat selalu y bunda sekeluarga disana.

    • SITI FATIMAH AHMAD May 10, 2012 at 2:09 pm #

      Mudah-mudahan, jika diberi kesempatan dan izin-NYA, akan diusahakan. Tapi bunda akan minta pakar bunga dari Indonesia yang merangkainya buat penikahan Blue nanti…hehehe. Sama juga kan, bunda kasih uang dan mereka rangkaikan bunga itu dengan uang bunda.

      Terima kasih, nanda Blue atas doa yang dilampirkan. Bunda senang mengaminkannya dan mudahan Blue juga demikian sama, sihat bersama keluarga di Jakarta.

      Kunjungan dari Blue selalu bunda senangi dan mudahan silaturahmi ini tetap baik di kemudian hari. Maaf jika bunda belum berkesempatan membalas kunjungan. Insya Allah, akan diusahakan.

      Salam hangat kembali dari bunda. :D

  13. ardiansyah pango darwis May 9, 2012 at 12:12 am #

    Assalaamua’laikum Warahmatulaahi wabarakaatuh,
    bunda punya hobi yang sangat unik ya, dan salut bisa bertahan sampai sekarang, bila berkenan bila berkenan apakah ada gubahan dengan bertajuk impian-mian yang lagi berproses mencapainya dan sudah tercapai bila ada boleh dong di kongsikan :)

    salam sukses selalu buat bunda :)

    • SITI FATIMAH AHMAD May 10, 2012 at 2:18 pm #

      Wa’alaikum salaam Warahmatulaahi wabarakaatuh, Ardian..

      Insya Allah, akan dikongsikan apa sahaja yang bisa bemanfaat untuk menjadi dorongan kepada yang mahu mengambil teladan dan sempadannya.

      Terima kasih Ardian atas apresiasi dan kunjungannya.
      Salam sukses kembali, :D

  14. awan putih May 9, 2012 at 1:16 pm #

    assalamu alaikum umiku sayang,
    ma’af ananda baru sempat mengukir kata indah dilaman umi,
    semoga ukiran ini mampu mengobati rindu umi pada ananda, amin..
    uuummmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii………………….
    berilah senyum buatku, yang lebih indah dari senyuman rangkaian bunga ummi.. :)
    miss ummmiiii…
    neni sayang umi, neni cinta umi, neni rindu umi, :) ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD May 10, 2012 at 2:26 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, sayang Neni..

      Alhamdulillah, Umi senang sekali menerima kunjungan yang selalu Umi tunggu dan rindu. Hmmm… sekarang sibuknya semakin membukit ya. Sampai ngak punya waktu hubungi Umi lagi.

      Namun Umi selalu mendoakan kejayaan Neni di sana. Kerjanya harus bagus dan belajarnya mesti rajin. Biar dapat dua-duanya sekali.
      :D :D :D… nah, ini senyum Umi untuk Neni buat bekal ke sawah. Biar senang hati kalau rindu lagi sama Umi.

      Umi juga sayang, cinta dan rindu sama Neni, anak Umi yang solehah ini. Semoga sukses dan ceria selalu.

      Salam manis selalu. :D

      • awan putih May 11, 2012 at 1:16 pm #

        jadi kangen berat dengan umiku yang cantik nan indah ini ;);)
        selalu ada ruang rindu disetiap sela hatiku buat umi, kemarin2 neni OL tp umi tak OL, neni lihat umi OL, neni menyapa tapi umi tak balik menyapa jadi sedih :( :(

        neni sedang sibuk mengurus s2 neni lagi, nanti kalau neni sedang OL, akan neni ceritakan kisah neni beberapa hari ini, sungguh penuh dengan perjuangan ;)..

        umiiiii, neni sayang umi, do’a umi selalu neni nantikan setiap sa’at ;)

        • SITI FATIMAH AHMAD May 11, 2012 at 9:36 pm #

          Masya Allah, seberat mana kangenmu Neni ? Apa kangen itu bisa ditimbang ya ? …hehehe.

          Maaf ya, Umi bercanda aja. Umi hargai kerinduan Neni pada Umi. kasihan anak Umi ini. Umi faham. Umi juga rindu sama Neni. :D

          Iya udah… maaf juga kerana Umi tidak perihatin akan mesej Neni. Tiada yang sampai pada Umi kok. Mungkin line Umi sedang hanging barangkali ya tanpa Umi ketahui dan tentu sekali Umi sangat sibuk. Wah.. Umi juga beralasan nih. :D

          Semoga Umi bisa mendengar segala catatan kehidupan yang dilalui Neni beberapa hari lalu. Silakan, Umi senang sekali. Mudahan semuanya berakhir baik dan lancar.

          Insya Allah, Umi akan selalu mendoakan anak Umi yang solehah ini. Yang penting Neni juga harus berdoa sama dan berusaha menggerak diri ke arah kejayaan yang diimpikan. Umi yakin, Neni bisa memperolehinya walaupun banyak kepayahan yang ditempuh.

          Asal berani bermimpi, segalanya mungkin, Neni.
          Terima kasih ya, menyapa Umi kembali.

          Salam sayang dan rindu dari Umi selalu. :D :D

  15. bayuheroes May 9, 2012 at 8:48 pm #

    indah bunganya mba,,bsa to buat mempercanti ruangan

    • SITI FATIMAH AHMAD May 10, 2012 at 2:27 pm #

      Oleh itu, yang indah harus dihargai sesuai dengan keindahan yang dikurniakan.

      Terima kasih Bayu.
      Semoga sukses selalu. :D

      • bayuheroes May 16, 2012 at 10:02 pm #

        iya karna sesuatu yang bermula dengan keidahan akan berakhir dengan keindahan pula,,sama-sama mba

        • SITI FATIMAH AHMAD May 17, 2012 at 8:55 am #

          Saya setuju banget. Walau semuanya tidak begitu di penghujung setiap yang ada.

          Terima kasih Bayu. :D

  16. Aman March 11, 2014 at 1:16 am #

    Sangat kreatif :-)

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT136. BUNGA GUBAHANKU (3) « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - November 18, 2012

    […] menyusun bunga di blog LMGS G2 untuk menyambung kembali siri  CT85.  BUNGA GUBAHANKU (1) dan CT103. BUNGA GUBAHANKU (2) yang lalu. Bercerita tentang bunga “palsu” atau bunga asli yang digubah, tidak pernah […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: