CT99. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (3)

14 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MASJID NABAWI DILINGKARI EKONOMI SEJAGAT

Jika diteliti sejarah silam di awal penghijrahan Rasulullah saw dan kaum Muhajirin ke Madinah, aktiviti ekonomi sudah berkembang pesat. Ketika itu, bangsa Yahudi mendominasi segala aktiviti ekonomi yang berbasiskan riba sebagai mencari keuntungan berlipat ganda sehingga “mencekik darah dan leher” para pembeli yang berurusan dengan mereka.

Kedatangan cahaya Islam di Madinah, mulai mengubah sistem riba kepada sistem perekonomian Islam berbasiskan syariat Allah swt. Keadilan melalui sistem muamalat ini mencerminkan kebijakan Islam dalam urusan sesama manusia. Maka penindasan yang berakibat dari sistem riba dihapuskan.

Di era globalisasi moden, Kota Madinah semakin maju dalam perkembangan ekonomi sejagat. Kedatangan para jemaah haji dan umrah memberi peluang kepada para peniaga untuk meningkatkan keuntungan melalui jualan pelbagai barangan bagi keperluan para jemaah yang datang untuk ziarah Madinah.

Capaian googles – buah tamar (kurma) di kebun Madinah

Bumi Madinah memang terkenal dengan kesuburan dan kebun tamar (kurma). Pelbagai jenis buah kurma boleh didapati di Madinah sehingga mencecah 200 jenis. Tamar yang paling masyhur adalah Ajwah, yang dikenali sebagai tamar Nabi. Ajwah dijual mahal sehingga mencecah SR150 sekilogram.

Tamar menjadi buah paling banyak dijual di Madinah dan memberi kita banyak pilihan untuk membelinya di mana-mana sahaja. Di samping itu, terdapat juga kurma import sebagai memenuhi pasaran yang meningkat.

Setelah berada di Madinah beberapa hari, saya berpendapat para jemaah haji atau umrah tidak perlu membawa banyak pakaian, makanan atau keperluan lain kerana di sekitar Masjid Nabawi banyak kedai dan pusat membeli belah di bawah hotel-hotel mewah yang menyediakan segala kelengkapan di sana.

Cuma harus bersedia dengan wang yang banyak kerana harga barang sangat mahal dan berganda dari harga di Malaysia. Walaupun nilai tukaran wang Saudi Riyal rendah dari Ringgit Malaysia, tetap tidak membantu pembelian yang banyak. :D

Capaian Googles – Bangunan Bin Dawood berhampiran Masjid Nabawi, Madinah

Bin Dawood mempunyai rangkaian mall beli belah yang terbesar di Arab Saudi. Mall Bin Dawood berhampiran Masjid Nabawi, berada di dua lokasi yang berdekatan iaitu di Hotel Anwar Madinah Movenpick dan Taibah Residential & Commercial Centre. Begitu juga di Makkah, terdapat dua lokasi mall Bin Dawood berhampiran Masjidil Haram. Tidak susah mencari makanan dan minuman di bumi Haramain ini.

Semua keperluan harian ada di sini. Saya biasanya membeli buah-buahan, biskut dan susu segar low fat. Harga susu segar (dalam botol) lebih murah dari Malaysia iaitu SR4.00. Susu segar low fat adalah kegemaran saya dan menjadi minuman harian selain air zam-zam.

****************

LELAKI MENDOMINASI PERNIAGAAN

Tidak banyak foto yang saya dan SPH petik dalam menggambarkan aktiviti perniagaan di sekitar Masjid Nabawi. Tidak terfikir akan kepentingannya di kemudian hari seperti penulisan posting ini. Alasan lain juga berakibat dari niat awal kami sejak di Tanah Air untuk tidak berbeli belah secara berleluasa, sekadar window shopping dan membeli yang patut sebagai keperluan yang tidak mendesakkan.

Saya selalu berdoa agar saya dan SPH tidak terjebak dengan keinginan untuk membeli belah. Niat kami adalah untuk beribadah dan menyelesaikan segala manasik haji dengan sempurna terlebih dahulu. Setelah selesai segala urusan ibadah haji, barulah kami  membeli belah sebagai hadiah kepada anak-anak dan keluarga terdekat di Tanah Air.

Beberapa lokasi perniagaan di bangunan bawah tingkat hotel. Kedai-kedai ini menjual buah kurma, minyak wangi, barang kemas dan kedai runcit. Kebanyakan peniagaan di monopoli kaum lelaki. Saya dapati, kedai-kedai mewah di monopoli oleh mereka yang berketurunan Arab berdasarkan cara pakaian mereka.

Wanita Arab dilarang bekerja di kedai-kedai perniagaan sebegini sehinggakan kedai menjual pakaian dalam wanita juga didominasikan oleh kaum lelaki Arab. Saya melirik ke dalam kedai jualan pakaian dalam wanita ini, tidak dimasuki sesiapa, baik lelaki atau perempuan. Mungkin rasa malu kerana berurusan dengan lelaki.

Wah, tak terbayang, lelaki Arab menjelaskan tentang saiz bra atau saiz underware yang sesuai untuk wanita yang sedang membelinya…hehehe. Apakah agaknya perasaan mereka melihat pelbagai jenis pakaian dalam ini ya ? Kalau tidak tersentuh naluri kelakiannya, tentu tidak normal, bukan ? Apakah tidak berdosa membiarkan lelaki bergelumang dengan pakaian dalam wanita ini ? Saya menggelengkan kepala mengenangkan keadaan itu. Masya Allah wastaghfirullah. Aahh… lucunya.

Tetapi akhir tahun 2011 lalu, telah dibuat arahan baru oleh Raja Abdullah, Raja Arab Saudi memberi perintah bahawa kedai menjual pakaian dalam wanita dikendalikan oleh kaum wanita sahaja. Perintah ini memberi peluang pekerjaan baru kepada wanita Arab Saudi untuk bersama-sama memajukan ekonomi di Arab Saudi. Fenomena ini mendapat bantahan dari ramai ulamak di Arab Saudi kerana mereka berpendapat wanita tidak boleh keluar dari rumah tanpa sebarang urusan dan perlukan mahram bersama mereka.

Pak Tua, penjual kayu sugi dalam pelbagai saiz. Kadang kala terlihat anak kecil dalam lingkungan 10 tahun menggantikan tempat beliau. Sangat menyentuh hati melihatkan keadaannya. Sabar, tenang dan ada ketika kepalanya  terhangguk-hangguk, menahan ngantuk. Pak Tua seakan menjadi penjaga tetap pintu no. 16 dan kedudukannya sering berubah antara kiri dan kanan pintu.

Yang menyayat hati, apabila beliau juga tidak terlepas dari usiran Polis Arab Saudi yang meronda. Dengan lambat dan bersahaja, beliau mengumpul kayu suginya dan memasukkan ke dalam karung guni. Kemudian berlalu entah ke mana. Tidak lama setelah Polis menjauh dari tempat tersebut, beliau kembali menjelma dan berniaga seperti biasa tanpa rasa bersalah atau takut. Demikianlah keadaan beliau hampir setiap hari.

****************

KENTUCKY’S FRIED CHICKEN PUN…. ADA

Capaian Googles – pakwheels.com

Tidak hairan, di mana-mana sahaja di muka bumi ini pasti menu barat ini menyelinapi dirinya sebagai makanan ringan yang sangat diminati oleh sesiapa sahaja. Bumi Haramain tidak terlepas dari fenomena ini. Apa yang menarik, Restoran KFC di Arab Saudi mempunyai kaunter untuk keluarga dan kaunter al-Nisaa (wanita). tetapi kurang dipraktikkan kerana saya lihat masih juga ada percampuran lelaki dan wanita di kaunter yang sama. Hal ini berlaku disebabkan terlalu ramai jemaah dan pastinya peraturan sebenar tidak dapat diguna pakai.

Capaian Googles – KFC Taibah

Beginilah biasanya kedudukan dalaman KFC di Haramain. Saya hanya menikmati makanan KFC sekali sahaja iaitu semasa meraikan “majlis” khatam al-Quran saya di Masjid Nabawi pada 15 Oktober 2011 (Sabtu). Saya membeli 3 paket menu biasa berharga SR22.00 yang mengandungi 2 ketul ayam, satu bun, secawan coleslaw dan dua cawan teh panas. Dua paket saya jamukan kepada Kak Kasma dan Kak Senah suami isteri. Kami makan di hotel bersama-sama.

****************

GODAAN

Saya dapati sangat banyak “godaan beli belah” yang menyelimuti para TETAMU ALLAH yang dijemput khusus untuk melakukan ibadah kemuncak dalam Rukun ke 5 ini. Godaan-godaan ini serba sedikit telah memberi impak dalam penyasaran niat dan tujuan untuk berhaji. Yang sebenarnya dimain peranan oleh syaitan yang berusaha menyimpang tujuan manusia dari jalan yang lurus dan benar.  Akhirnya, ibadah tidak diutamakan tetapi “shopping” yang menjadi tumpuan. Astaghfirullah. Saya berharap diteguh hati menghadapi godaan ini.

Mata jadi rambang apabila ada barang jualan yang dianggap murah (terutama jualan dari penjual tanpa permit) yang sebenarnya tidak berkualiti kerana barang “rejek” dari kilang. “Rugi kalau tidak beli sekarang,  di Makkah tidak ada barang ini.” demikian jawab teman sebilik bila saya tanya banyaknya barang yang dia beli. Sedangkan kami baru sahaja hari kedua di Madinah.

Capaian Googles -Penjual-penjual tanpa permit yang duduk aman menjual barangan mereka.

Kaum wanita mudah menjadi “mangsa” dalam aktiviti beli belah apabila banyaknya kedai menjual barang-barang kemas. Memang sangat memikat hati. Saya hanya melihat sahaja tetapi tidak berminat untuk memilikinya kerana saya memang tidak meminati barang kemas. Cinta saya adalah kepada buku-buku dan ilmu.

Jika tidak kuat melawan nafsu berbelanja ini, rasanya seluruh barang hendak dibeli di Madinah sedangkan ibadah haji belum ditunaikan. Makkah, belum lagi dijejaki. Masya Allah. Bak kata pepatah,  diturut hati – mati, diturut rasa – binasa. Sebaiknya, kita hendaklah bijak dalam mengurus pebelanjaan dan kewangan. Kita memerlukan wang untuk menampung kehidupan selama berada di bumi Haramaian. Maka jangan dihabiskan dulu wang tersebut untuk perbelanjaan yang tidak perlu.

Perbelanjaan tersebut merupakan hadiah atau ole-ole kepada keluarga dan sahabat handai di kampung. Tidak salah membeli ole-ole untuk keluarga. Tetapi harus ingat, yang wajibnya fikirkan diri sendiri dulu, baru fikirkan orang lain. Kita sudah berada di bumi Haramain, seharusnya menumpu perhatian kepada ibadah kita, bukan ber”shopping” sakan. Dibimbangi jika terlalu ghairah berbelanja di Madinah, akhirnya wang tidak cukup untuk menampung kehidupan di Makkah selama  35 – 38 hari. Realitinya, godaan di Makkah lebih hebat dari Madinah. 

Ramai yang berbelanja dengan ghairahnya. Malah ramai juga yang sudah mengirim barang pembelian mereka ke Tanah Air hingga berkotak-kotak banyaknya. Melihat fenomena ini, saya berdoa kepada Allah agar diluruskan niat saya dan SPH supaya sentiasa istiqamah dengan tujuan kedatangan kami di bumi Haramain. Saya dan SPH bersepakat hanya akan membeli ole-ole untuk keluarga setelah selesai menunaikan kewajiban ibadah haji, dengan pembelian sederhana dan perlu sahaja. Alhamdulillah.

“Ya Allah, janganlah kau pautkan hatiku dan suamiku untuk membeli belah dahulu sebelum menunaikan tujuan haji kami. Kami datang kemari untuk beribadah kepada-Mu dan menunaikan haji kepada-Mu. Mohon, ya Allah. Biarlah semuanya selesai dahulu, Ya Allah. Aku mahu menumpukan segala perhatianku untuk beribadah kepada-Mu, bukan atas urusan lain. Luruskan niatku ini dan tetap pada tujuan asalku kemari setelah lama aku merindu untuk sampai ke sini. Lindungilah hati kami dari tersasar ke arah lain, Ya Allah. Aaamiin.


**************

13 April 2012 (Jumaat)/ 21 Jamadil Awwal 1433H/ 9.34 malam - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan PERCAYA DIRI adalah perisai yang menangkis segala peluru kedukaan. Adalah benteng yang menghadang segala badai yang melanda pantai jiwa. Adalah pertahanan untuk membela diri dari segala rusuhan kepedihan. Sekuat mana angin melanda, tidak akan pernah ku serah diri kepada kekalahan dan putus asa. Sedalam mana laut bergelora, tidak akan pernah mengoyah kegembiraan hatiku. Sepanas mana api membara, tidak akan pernah menghangus kebahagiaan hidupku. Hanya Allah sahaja yang mampu menjadikan aku mengikut apa yang dikehendaki-Nya dan… AKU REDHA.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

PERCAYALAH… DI HATIKU SENTIASA ADA KAMU

****************

About these ads

23 Responses to “CT99. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (3)”

  1. SITI FATIMAH AHMAD April 14, 2012 at 9:50 am #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    KEPERCAYAAN KEPADA DIRI SENDIRI dan sifat qanaah memberi kekuatan untuk kita merasakan apa sahaja yang kita miliki dan dikurniakan adalah hadiah terindah dari Allah baik berupa kegembiraan atau kedukaan, kesenangan atau kesusahan, kejayaan atau kegagalan. Maka jangan sekali kalah menghadapinya.

    Percayalah, kita adalah manusia yang bijak, berpotensi dalam segala perkara jika mahu menggunakan akal budi dan ilmu yang dipelajari. jadilah MANUSIA yang digelar ULUL AL-BAB.

    I BELIEVE nyanyian Maher Zain dan Irfan Makki, DEDIKASIKU UNTUKMU.

    Wassalaam dariku. :D

  2. ardiansyah pango darwis April 14, 2012 at 10:02 am #

    asslamua’laikum wr.wm bunda
    hijrah? hem semua orang perlu tuh ya bun, hijrah bukan dari tempat ke tempat aja kan mba, bisa saja hijrah itu dari dulunya anak nakal, menjadi anak baik, pemalas dia mau hijrah jadi rajin :) ( sok tahu)
    ga kebayang Mukanya bunda pas di dalam toko pakaian dalam wanita hahahha.
    saya juga mau tetap percaya diri mba, karena saya manusia mahuluk sempurna ciptaan Alloh :)
    kalo orang lain ga percaya sama kita siapa lagi coba yang percaya :D

    salam sejahtera bunda dan keluarga

    • SITI FATIMAH AHMAD April 14, 2012 at 2:04 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian…

      Benar sekali, hijrah memberi pengertian luas kepada perubahan hidup manusia. manusia adalah makhluk dinamik yang sentiasa mahu maju dan inginkan kejayaan.

      Sekarang tidak lagi malu untuk ke kedal pakaian dalam wanita di sana kerana sudah ada pekerja wanita yang menjualnya bukan lelaki lagi. :D Alhamdulillah.

      Iya, harus percaya diri sendiri dulu, baru bisa orang lain percaya kita. Semoga sukses Ardian. Hehehe… masih sukar membetulkan panggilan kepada saya ya.

      Terima kasih menjadi komentator pertamanya. Lama sekali tidak merai kata kepada yang pertama menulis di sini. :D

      Salam sejahtera kembali.

  3. kak yun April 14, 2012 at 3:24 pm #

    assalamualaikum & salam ukhwah hajah, t/kasih dengan perkongsian pengalaman yg amat bermakna… tempat yg amat2 dirindui…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 14, 2012 at 9:08 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Yun…

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan. Semoga beroleh manfaat dan tulisan ini menjadi penawar kepada kerinduan Kak Yun ke sana. Aamiin. :D

      Salam ukhuwwah dari saya.

  4. monda April 15, 2012 at 12:40 pm #

    Kak, memang sepatutnya kita beribadah tanpa memikirkan hendak belanja saja ya, tidak khusuk ibadahnya nanti

    • SITI FATIMAH AHMAD April 15, 2012 at 2:28 pm #

      Mudahan kita faham tujuan asal kita ke sana. Allah menjemput kita atas tujuan ibadah kepada-Nya, maka urusan dunia tidak seharusnya menjadi keutamaan sebelum urusan ibadah haji diselesaikan.

      Terima kasih Monda sudah hadir.
      Salam mesra. :D

  5. rahmanwahyu April 15, 2012 at 10:00 pm #

    Senang kembali bisa mereguk perjalanan mbak dengan beragam nuansa dan pernak-perniknya. Terasa seperti ikut serta dalam perjalanannya saja.
    Bicara tentang niaga di tanah Arab, saya jadi teringat lelucon seseorang membeli kain dari pedagang arab. Di situ tertulis: Ditanggung tidak luntur! Eh ternyata malah luntur. Tidak salah ternyata, karena kita cuma perlu membacanya terbalik: “Luntur tidak ditanggung!” Kan bahasa arab bacanya dari kanan ke kiri. :-)
    Postingan yang menarik dilengkapi gambar-gambar yang menawan. Jadi kenangan abadi tak lekang oleh zaman, seabadi air zam-zam yang ada di situ tentunya.
    Di sini, selalu yang menarik menanti mereka yang kembali dari tanah suci, yakni bisa mencicipi sesloki air zam-zam yang dibagi2. Rasanya tidak beda, tapi bayangan kita seolah meneguk air surgawi.
    Salam dari saya, semoga semarak terus blog ini dengan cerita yang menarik sepanjang masa. Amin. :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 16, 2012 at 8:08 am #

      Salam hormat mas Rahman…

      Hehehe… Subhanallah. Pasti rasa marah ya. Bahasa Arab ini mempunyai keunikan tersendiri dalam nahu dan balaghahnya. Jika tidak memahami dengan baik memang akan tersilap tafsir.

      Alhamdulillah, semoga tulisan dan foto yang dikongsikan bisa menjadi panduan di masa akan datang.

      Menurut pengalaman saya, rasa air zam-zam semasa minum di Tanah Haramain amat berbeda apabila air zam-zam itu dibawa pulang dan diminum di tanah air. Di sana, rasanya sangat enak, sejuk dan menyegarkan berbanding di tanah air, rasanya payau dan kurang nyaman. Masya Allah, kenapa begitu ya. Bukan saya seorang merasainnya, malah ramai sudah memaklumi tentang rasanya yang berbeda.

      Mungkin air zam-zam itu, khusus untuk tetamu Allah di sana, maka rasanya bisa menjadi lebih enak sebagai jamuan Allah kepada tetamu-Nya. Subhanallah.

      Terima kasih mas Rahman atas kunjungan dan penghargaan untuk tulisan pengembaraan ini. Saya menghargainya. Mudahan kebaiakan selalu bersama kita dalam menyebarkan syiar Allah di muka bumi ini. Aamiin.

      Salam sejahtera dalam limpahan kurnia Ilahi. :D

  6. logo baru April 15, 2012 at 11:22 pm #

    assalamualaikum
    Beruntung bagimi wahai sodaraku
    Kau dapat menyaksikan secara langsung tanah yg pernah di pijaki kaki rosulullah. Dapatkah kau dengar aroma beliau?

    • SITI FATIMAH AHMAD April 16, 2012 at 8:10 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Farin…

      Alhamdulillah, demikianlah Allah telah menentukannya sejak azali lagi
      akan waktu dan ketikanya , saya dijemput ke Tanah Suci. Semoga Syaiful dan Farin juga akan mendapat jemputan yang sama di masa depan. Aamiin.

      Aroma Rasulullah saw sentiasa berkumandang di hati walau di mana sahaja saya berada di muka bumi ini. Kedekatan dengan kehidupan baginda Rasul saw anat terasa bila berada di sana.

      Rindu padamu, Ya Rasulullah, Ya Habiballah.
      Terima kasih.

  7. ysalma April 16, 2012 at 6:36 pm #

    Assalamualaikum Bunda,
    sungguh penggambaran apik tempat-tempat yang sangat dirindukan,,
    beribadah tetap tujuan utama, cendramata sedikit buat orang tersayang boleh juga ya Bund :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 17, 2012 at 9:08 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      iya, mbak…. saya setuju. Kalau mahu berbelanja untuk ole-ole, sebaiknya selesai dulu manasik hajinya. Sesudah itu, silakan berbelanja buat keluarga dan sahabat handai.

      Terima kasih berkunjung, mbak. :D

  8. Nisa April 16, 2012 at 10:42 pm #

    Assalamu’alaikum bunda.. :) masyaAllah berhaji pun banyak godaannya ya,, moga tetap lurus NIATnya dan semoga ibadah haji juga sukses mewujudkan keshalehan sosial :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 17, 2012 at 9:11 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Nisa…

      Aamiin… mudahan kebaikan selalu menyelubungi semua jemaah haji dalam amalan dan ibadah mereka di bumi barakah itu. Memang banyak godaan di sana, Nisa. Mohonlah dengan Allah agar selalu dalam lindungan dan keselamatannya.

      Terima kasih sudi bermain kemari lagi.
      Salam manis, Nisa. :D

  9. fitr4y April 17, 2012 at 12:59 pm #

    assalamu’alaikum Bunda…

    kangen banget ma bunda, ternyata bunda melakukan perjalanan lagi,, senang sekali ya bunda,,

    aku juga terlalu sibuk dengan dunia offline, blog aku jadi sepi bund karena aku udah gak pernah bw lagi,

    aku dalam kejenuhan bund, jenuh menulis, jenuh membaca, tiap hari sibuk maen game,, emang kadang rindu kembali seperti dulu, bw ketemu banyak teman walaupun hanya lewat blog…

    hidup ini aneh ya bund, kita selami makin jauh ternyata ada kehidupan yang sangat tidak masuk akal, bahkan membuat kita bergidik.

    beberapa waktu lalu aku kenal seorang sahabat muda bund, usianya sekitar 20han, masih kuliah dapat beasiswa karena berasal dari keluarga yang miskin, ibunya kerja dipasar dari jam 2 malam sampai jam 6 sore, punya anak banyak dan suami tidak memberi nafkah, tapi luar biasanya sahabat muda ku ini sudah punya anak angkat berusia 6 bulan, jadi dia rela berbagi uang saku yang tidak seberapa untuk bayi yang diambilnya karena dibuang oleh ibu si bayi itu… menyedihkan bund

    pelajarn buat aku, yah di luar sana masih banyak kehidupan yang sangat berat yang mungkin apabila aku yang ada di posisi itu tidak akan sangup untuk menjalaninya..

    hehehe aku jadi curhat ma bunda,, gak papa ya bund,

    tapi yang bikin aku sedih, ada satu kesalahan aku yang membuat marah sahabat muda ku itu, dia marah bund,, aku udah minta maaf, tapi dia kekeh menjauh dariku,, sedih aku bund, kehilangan sosok yang luar biasa seperti itu..

    tiap hari masih kepikiran dia terus bund, karena dia sering gak makan selama 2 hari alasannya yakiriman uang belum dtang..

    bund, sempat terlintas dipikiranku, tujuan tuhan mempertemukan aku dengan anak ini apa ?? kami sempat akrab selama 3 mingu, dia pangil aku bunda, semua sekarang udah tingal kenangan,, aku sedih bund, aku gak bisa jaga kepercayan yang dikasih ke aku.

    Bund, mkasih ya udah ijinin aku curhat.. hehehehe

    salam rindu buat bunda,, semoga kita semua dalam lindngan Allah swt, menjadi teman dunia dan akhirat.. amin..

    • SITI FATIMAH AHMAD April 18, 2012 at 3:12 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray disayangi….

      Alhamdulillah, senang sekali menerima kunjungan dan khabar yang sudah lama tidak menyapa bunda di sini. Rasa rindu juga bunda rasai dari kejauhan ini apabila silaturahmi antara kita kian menyusut sekian lama.

      Subhanallah, sangat terharu sekali bunda membaca curhat Fitray. Tidak mengapa kok, Kapan-kapan senang, curhat aja sama bunda dan bunda berusaha membantu untuk mengurangkan sedikit keresahan yang dialami.

      Iya, bunda juga mengkagumi sahabat muda Fit di atas ketabahan, rasa tanggungjawab dan jiwa kemanusiaannya. Kita sungguh beruntung kerana Allah tidak meletakkan kita dalam situasi dia. Kita sebenarnya tidak mampu Fit. Maka Allah memberi seseorang itu ujian berdasarkan kemampuannya. Bersyukurlah kita atas apa yang Allah berikan kepada kita.

      Bunda berasa simpati terhadap keregangan hubungan Fitray dengan sahabat muda itu. Demikianlah kalau Allah mahu memisahkan kita sementara di dunia ini, pasti ada sebab yang diturunkan. Usah Fit sedih kerana banyak hikmah yang tidak Fit ketahui di masa depan.

      Allah Maha Mentahui apa yang manfaat dan apa yang mudharat buat kita. Usah kesal tetapi bersyukurlah dalam kesempatan waktu yang singkat, Allah memberi kita kebahagiaan dan keindahan dalam kehidupan ini.

      Mudahan apa yang terjadi bisa diambli teladan dan sempadannya agar tidak berulang di lain hari. Semoga Fitray tabah dan kuat untuk merasakan kehidupan ini dengan segala ona durinya.

      Hehehe… suka banget ya main gamenya Fit. Main sama kucing kok lebih bermanfaat. Fitray kan punya kucing. :D

      Terima kasih untuk doanya dan didoakan Fitray juga demikian sama sihat dan ceria. Aamiin, aamiin. Dunia akhirat, bunda sudi jadi temanmu Fit. :D

      Salam sayang dan rindu selalu dari bunda.

  10. sleepwithria April 17, 2012 at 1:38 pm #

    artikelnya menarik, salam kenal ya kk (_ _)

  11. Cenya95 April 17, 2012 at 11:14 pm #

    Sungguh nikmat, berpetualang (adventure) menjalankan ibadah.
    Salam superhangat dari Batavia untuk keluarga.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 18, 2012 at 3:42 pm #

      Alhamdulillah, terutama bila berada di tanah suci.
      Sungguh perjalanan iman ini amat mengesankan seluruh jiwa raga.

      Salam hangat kembali mas Cenya98. Semoga seluruh keluarga dan petualang di Jatim memberi manfaat semuanya.

      Terima kasih sudah sudi menyapa sahabat lama ini. :D

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT100. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4) « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - April 18, 2012

    […] kita masih memerlukan wang untuk perbelanjaan di Makkah. Hal ini sudah saya jelaskan dalam posting CT99. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (3). Mudahan kita dapat menunaikan ibadah haji dan ibadah-ibadah yang lain dengan tenang sekiranya tidak […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: