CT98. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (2)

6 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

DI SEPANJANG PERJALANAN INI…….

……, saya merasa beruntung menjadi penghuni Hotel Moltaqa al-‘Alam. Kepenatan yang dialami sejauh 450 meter berulang alik ke Masjid Nabawi membawa sejuta kenangan yang mengasyikkan. Allah telah merencanakan bahawa saya dan SPH bersama 161 jemaah haji KT33 dari Sarawak, baki dari 284 yang sepatutnya menghuni Hotel Anwar Madinah Movenpick terpisah jauh kerana Allah mahu menghidangkan sesuatu yang menarik agar tidak luput dari ingatan sepanjang hayat.

Pengalaman adalah guru terbaik yang menjadi pengajar non-formal untuk diambil segala ibrah apa yang berada di sekelilingnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu belajar dari pengalamannya. Pelbagai ragam kehidupan yang ditatang Allah setiap hari melalui puluhan ribu jemaah haji yang berziarah ke Masjid Nabawi, sama ada melakukan ziarah dalam atau ziarah luar yang dihukumkan sunat ke atas sesiapa yang tinggal di luar Kota Madinah. Mereka juga seperti saya, tinggal di hotel-hotel yang melingkungi Timur, Barat, Selatan dan Utara yang di tengah-tengahnya adalah Masjid Nabawi. 

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, aktiviti seperti foto-foto di bawah, merupakan kesibukan aktiviti setiap hari sama ada menerima kedatangan rombongan jemaah baru atau kesibukan yang menguliti setiap jasad tetamu Allah untuk bertebaran di sana sini selesai solat fardhu, ataupun setelah ziarah wada’ mengunjungi maqam Rasulullah saw sebelum meninggalkan Madinah bagi meneruskan perjalanan iman ke destinasi akhir di bumi Makkah untuk ibadah kemuncak yang disyariatkan..

Pemandangan biasa setiap hari, selesai menunaikan solat Subuh. Para jemaah akan berduyun-duyun balik ke penginapan atau mencari sarapan pagi. Kesibukan ini selalu menghasilkan suasana bingit suara gemuruh manusia yang berebutan melintas jalan diiringi sahutan bertalu-talu suara jeritan hon-hon kereta kerana ketidaksabaran pemiliknya untuk meredah rantaian manusia yang seperti tidak menghiraukan kehadiran mereka di jalan raya.

Kegirangan berbaur keletihan terlihat di wajah para jemaah haji yang baru tiba di bandar Madinah. Urusan pemunggahan barang dari bas ke hotel oleh para petugas yang dipertanggungjawab oleh pihak muassasah menunjukkan kelicinan sistem pengurusan yang dijalankan. Tidak banyak cakap tetapi cekap bekerja.

****************

MASJID NABAWI DI TENGAH KEMEWAHAN

Sungguh menakjubkan Masjid Nabawi kini, dikelilingi oleh HOTEL-HOTEL BERTARAF 3, 4 DAN 5 BINTANG. Siang malam penuh dengan manusia yang melaut jumlahnya. Non-stop, sentiasa hidup dan berpenghuni. Sejauh mata memandang, semua bangunan hotel berderetan mengelilingi Masjid Nabawi sebagai tumpuan dunia dan apa yang kita ketahui,  Al-Haram berada di tengah-tengah kemewahan hidup manusia. Tamadun Islam yang berlandaskan tamadun ilmu, bermula di gua Hira’, Makkah berperanan besar dalam menyumbangkan peradaban manusia melalui kebijakan akal budi kepada dunia sejagat. Inilah rahmat yang dibawa oleh Muhammad, Rasulullah saw.

Bangunan-bangunan hotel semakin banyak didirikan untuk kemudahan kediaman bagi jemaah haji seluruh dunia. Hotel-hotel ini terletak beberapa ratus meter dari Masjid Nabawi. Reka bentuknya sangat menarik berciri khas kesenian Islam yang digabung dengan wajah moden menyaluti tubuh bangunan.

Setakat yang saya lihat dan perhatikan,  di jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi tidak ada parkir khas berpetak  untuk kereta seperti yang ada di Malaysia. Parkir sementara hanya untuk urusan pengambilan dan penurunan sahaja iaitu di hadapan hotel. Seperti yang terlampir di foto bawah ini menunjukkan, kereta yang parkir akan diangkut oleh “tow truck” bila-bila masa. Kesalahan ini disabit untuk menggelak kesesakan lalu lintas.

Papan tanda amaran

Tidak kelihatan banyak kereta yang pakir di tepi-tepi jalan kawasan hotel yang mengelilingi Masjid Nabawi kerana sudah disediakan parking khas di bawah dataran Masjid Nabawi. Ini dilakukan untuk mengelak kesesakan jalan raya. Kerana itu di kejauhan ini kita jarang melihat kereta-kereta yang parkir terlalu lama. Terdapat polis Arab Saudi yang selalu membuat rondaan dengan kereta atau motosikal berkuasa besar bagi memantau keadaan lalu lintas. Lucunya, polis-polis di sini ramai yang bertubuh gemuk dan gendut perutnya… (hehehe…) 

Foto ini adalah tandas lelaki dan laluan masuk menuju ke parkir kereta bawah tanah yang dibina di bawah dataran Masjid Nabawi. Pembinaan parkir dua tingkat aras bawah tanah ini membawa kesan kepada keharmonian dan keamanan daripada pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang diakibatkan oleh asap dan hon dari kenderaan. Satu kebijakan yang cuba dicontohi oleh Malaysia untuk dilaksanakan di Bandar Pintarnya, Pusat Pentadbiran Negara di Putrajaya. Usaha ini ternyata gagal.

****************

HOTEL-HOTEL MEWAH BERDEKATAN MASJID NABAWI

Bahagian Utara merupakan bahagian yang paling banyak dibangunkan hotel bertaraf 4 dan 5 Bintang. Semua hotel-hotel ini hanya beberapa meter sahaja berdekatan dengan Masjid Nabawi. Terdapat binaan pagar setinggi hampir 5 meter, mengelilingi seluruh kawasan Masjid Nabi dengan beberapa pintu utama yang memisahkan bangunan hotel dan dataran Masjid Nabawi. Pintu-pintu utama tersebut ialah Pintu Omar al Khattab (no. 16), Pintu Malik Fahd, Pintu Othman Affan dan Pintu Ali Abi Thalib.

Pagar pemisah antara kawasan Masjid Nabawi dengan hotel-hotel di sekitarnya. Jarak pagar dengan hotel hanya lebih kurang 6 meter sahaja.

Hotel-hotel seperti Andalus Dar Al Khair, Anwar Madinah Movenpick, Dar Al Eiman Intercontinental, Al-Wajeedi Residential Centre, Taibah Residential & Commercial Centre, Markaz Taibah, Taibah Residential Suites, Dar Al Taqwa Intercontinental, Al-Ansar Golden Manazir Fayroz, Oberoi Madinah merupakan hotel yang mendepani (barisan hadapan) yang betul-betul menghadap Masjid Nabawi seperti foto-foto di bawah yang dipetik melalui kamera SPH.

Suasana selepas solat Isyak di dataran Masjid Nabawi, hidup, meriah dan mempesona. Bangunan-bangunan hotel yang terletak pada lokasi utara ini, dari sebelah kanan adalah  Taibah Residential & Commercial Centre, Al Wajeedi Residential Centre, Dar Al Eiman Intercontinetial dan Anwar Madinah Movenpick. Semua hotel-hotel ini mempunyai kedai-kedai jualan di bahagian bawahnya dan sentiasa menjadi tumpuan setiap selesai solat fardhu.

Foto SPH dari atas bumbung Masjid Nabawi memaparkan pemandangan indah keramaian jemaah haji selesai menunaikan solat Isyak. Bangunan-bangunan hotel berderetan memenuhi bahagian Utara Masjid Nabawi.  Payung-payung elektrik (Bunga Kembang Pagi) memenuhi sebahagian besar dataran al-Haram. Apabila malam, lampu-lampu di bawah payung itu dipasang untuk menerangi keseluruhan dataran al-Haram.

Hotel Taibah Residential & Commercial Centre

Hotel Dar al-Taqwa

****************

JEJAKKU KE MASJID NABAWI

Inilah pintu utama Omar al Khattab no. 16 yang menjadi laluan utama saya dan SPH memasuki Masjid Nabawi. Dua bangunan hotel mewah mendampingi laluan ini iaitu Dar Al Eiman Intercontinental dan Al Majeedi Residential Centre. 

Laluan jejak menuju Masjid Nabawi

***************

Di sepanjang perjalanan ini…

…..Semoga Allah memberkahi setiap jejak kaki yang kami tapaki disetiap laluan menuju ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sebagai saksi kehadiran sang tetamu Allah yang diharap paling istimewa dalam senarai “jemputan-Nya”. Aamiin.


**************

6 April 2012 (Jumaat)/ 14 Jamadil Awwal 1433H/ 1404 petang - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan keindahan hidup ini adalah anugerah dari Tuhanku. Ya Allah, jadikanlah aku dapat membaca keagungan-Mu dan keindahan-Mu dalam diriku dan dalam segala fenomena yang terhampar di depanku supaya aku dapat membaca hikmah dari semua “kiriman-Mu. Wahai Tuhanku,  jadikanlah aku dapat memandang semua yang Kau ciptakan sebagai indah, cantik dan mengkagumkan. Terima kasih mengirimkan aku anugerah yang terindah dalam hidupku iaitu KAMU.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

MADINAH, NEGARA ISLAM PERTAMA YANG MENJADI IMPIAN DESTINASIKU MENGELILINGI DUNIA

Kubah putih dan kubah hijau, Masjid Nabawi

ALHAMDULILLAH, AKU SUDAH MENJEJAKINYA. ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

***************

About these ads

27 Responses to “CT98. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (2)”

  1. SITI FATIMAH AHMAD April 6, 2012 at 2:42 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Ehlam Ma’aya (Dream With Me), nyanyian Hamzah Namira yang sungguh menyentuh hati agar berani bermimpi mencapai apa yang dicita-citakan dalam hidup walau impian itu nanti tidak sepenuhnya dimiliki. Sekurangnya sudah memahat di hati, hanya menanti untuk direalisasikan. Bila ? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya. Usaha tangga kejayaan.

    Dedikasiku untukmu, mari bermimpi bersamaku. Semoga berjaya memenuhi impian hidup dan cita-citamu.

    ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN.

    Wassalaam. :D

  2. elfarizi April 7, 2012 at 10:20 am #

    waaah … seru Bunda … saya pengen ke sana hehehe :D

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2012 at 9:17 pm #

      Aamiin, semoga dimudahkan Allah, Elfarizi. :D

      Terima kasih.

      • bluethunderheart April 11, 2012 at 10:33 pm #

        blue datang bunda………………p kabarnya
        wah tambah smenagat blue memimpikan bisa berkehendak datang kesana……..sebuah impian yang indah pastinya
        doakan blue y bunda ku tersayang……hehehhe
        disini sednag banyak cobaan bunda semoga disana tak adalah bencana y bunda
        negri blue terlalu menyimpan banyak persoalan….hehehhe
        salam hangat dari blue
        semoga selalu sihat y bunda sekeluarga disana

        • SITI FATIMAH AHMAD April 14, 2012 at 1:31 pm #

          Senang menerima kunjungan nanda Blue. Terima kasih kerana masih betah kemari menyapa dan berkongsi cerita semasa.

          Bunda sihat dan didoakan nanda Blue juga demikian sama memperolehi kebaikan dan sihat sejahtera. Sukses dalam kerjaan dan tetap tabah menjalani kehidupan.

          Iya, bunda tahu tentang bencana yang melanda Acheh kini. Kisah 2004 yang lalu kini mulai terbayang semula. Sungguh perit menyaksikan wajah2 duka penduduknya yang pernah kehilangan saudara mara dan keluarga dalam tragedi lalu. Semoga tidak ada korban banyak kali ini.

          Apakah banyak persoalan yang tersimpan di negeri Blue ya ?
          Ingin juga bunda mengetahuinya.

          Salam hangat kembali dari bunda. :D

  3. Mila April 7, 2012 at 7:56 pm #

    Postingan Bunda akhir akhir ini selalu tentang tanah suci… semakin ingin tahu, dan semakin membuat banyak orang ingin menginjakkan kaki juga disana :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2012 at 9:20 pm #

      Alhamdulillah, demikianlah niat di hati bunda, untuk berkongsi pengalaman di Haramain sepanjang tahun ini sehingga selesai perjalanannya.

      Semoga Allah memperkuatkan dengan ingatan yang masih berkekalan tentang setiap peristiwa yang dilalui. Aamiin.

      Terima kasih, Mila. Mudahan beroleh manfaatnya. :D

  4. ardiansyah pango darwis April 7, 2012 at 8:26 pm #

    asslalua’laikum wr.wb
    aamiin mba
    semoga slalu dapat menikmati keindahan dariNya dalam bentuk apapun ya mba.
    dan setuju sekali dengan ini, pengalaman adalah guru terbaik, namun pengalaman orang lain juga saya ambil untuk meiningkatkan kualitas diri.
    salah satunya pengalaman mba

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2012 at 9:34 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian…

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan umur masih dipanjangkan Allah untuk merasai pengalaman yang lain pula dan dapat dikongsikan buat pengajaran dan panduan.

      Iya, setiap orang punya pengalaman tersendiri di dalam hidup ini. Berbeda cerita, suka dan dukanya. Semoga manfaatnya dapat kita ambil jika ia dikongsikan dalam bentuk apapun.

      Terima kasih, Ardian mengambil sedikit pengalaman saya untuk diteladani. Hidup ini seharusnya ada penambahbaikan dan peningkatan diri di setiap masa. :D

  5. rahmanwahyu April 8, 2012 at 7:27 pm #

    Assalam alaikum Wr Wab. Mbak Siti
    Tambah lagi wawasan saya dengan pemandangan gambar dan kata yang terus berlanjut.
    Mengamati gambar-gambarnya saya jadi takjub dan terkesan. Ini gambar mbak Siti yang ambil, atau dilakoni seorang fotographi yang profesional?
    Jadi sungguh banyak yang bisa kita ambil sembari bermunajat di baitullahNya ya mbak.
    Makasih atas sharenya. Ditunggu terus kelanjutannya.
    Salam berbagi.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 9, 2012 at 11:36 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Rahman Wahyu…

      Alhamdulillah, semoga mendapat manfaat dari setiap jejak yang ditinggalkan di Madinah. Hanya tulisan dan foto sahaja yang bisa menggambarkan kebahagiaan semasa berada di sana. Mudahan akan bisa kembali lagi ke sana atau selama-lamanya di sana. Aamiin.

      Foto – foto itu adalah ketikan jari fotografer amatur sahaja mas Rahman iaitu saya dan SPH dengan kamera kompak biasa. Hasilnya, itulah rupa gambar dan pemandangan yang bisa ditangkap. Ternyata harus belajar lebih jauh lagi.

      Banyak yang ‘blur’ tapi diusahakan untuk mendapat pemandangan yang menarik. Itu satu cabaran bagi saya yang sangat meminati bidang fotografi ini. :D

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan. Semoga dapat manfaat untuk bekal ke sana di kemudian hari.

      Salam hormat dari saya.

  6. bayuheroes April 9, 2012 at 8:53 pm #

    wah mengasyikkan perjalanannya mba,, jadi pengen hehe

    • SITI FATIMAH AHMAD April 9, 2012 at 10:07 pm #

      Kerana itu ia dinamakan perjalanan menuju iman, Bayu.
      Perjalanan ini disertai ibadah, maka tentu sekali pengalamannya amat mengasyikkan. :D

      Semoga Bayu bisa menjejak kaki ke sana nanti. Aamiin.

      Terima kasih untuk kunjungan Bayu.

      • bayuheroes April 9, 2012 at 10:12 pm #

        lebih mendekatkan diri pada sang illahi. amin

        • SITI FATIMAH AHMAD April 9, 2012 at 10:43 pm #

          Kebenaran yang tidak dapat disangkalkan, Bayu. Semuanya untuk merasa dekat dengan Allah swt.

          Aamiin…. Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup Bayu di dunia dan akhirat.

          Semoga sukses dalam pengajiannya. :D

  7. Ejawantah's Blog April 9, 2012 at 10:17 pm #

    Merupakan suatu kabahagian tersendiri bila kita dapat selalu merasakan keindahan dan kedaiman dalam iman ya Bun. Perjalanan ritual yang indah penuh dengan ibadah.

    salam untuk keluarga.
    Sukses selalu
    Ejawantah’s Blog

    • SITI FATIMAH AHMAD April 9, 2012 at 10:57 pm #

      Perjalanan ini bukan selalu dinikmati mas Indra. Ia berlaku sekali dalam seumur hidup bagi sesetengah orang.

      Makanya, kita yang sudah dijemput awal oleh Allah dengan segala kemudahan yang disediakan melalui nikmat-Nya, harus mempergunakan segala ruang yang diizinkan bagi menambah ibadah dan bersyukur sebanyak-banyaknya.

      Semoga kita bisa mengambil banyak ibrah dan iktibar dari kehidupan yang dilalui ini. Aamiin.

      terima kasih mas Indra sudi berkunjung kemari.
      Salam sukses kembali. :D

  8. Akhmad Muhaimin Azzet April 12, 2012 at 3:39 pm #

    Assalamu’alaikum, Mbak Fatimah, apa kabar? Semoga senantiasa dalam rahmat Allah Ta’ala.

    Alhamdulillah…, senang sekali membaca perjalanan Mbak Fatimah beserta foto-foto yang bagus di atas. Semaga semakin menguatkan keimanan dan kerinduan untuk senantiasa mengagungkan-Nya ya, Mbak. Sungguh, senang sekali saya membacanya…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 14, 2012 at 1:49 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, saya sihat dan terima kasih untuk doa yang baik. Semoga mas Amazzet juga demikian sama.

      Mudahan kebaikan akan dapat disebarkan melalui apa yang dikongsikan bagi menambah kecintaan kepada Allah dan Rasulullah. Saya senang jika ramai yang mendapat manfaat dari pengalaman ini.

      Salam ukhuwwah.

  9. Mieke April 13, 2012 at 1:24 pm #

    Assallaamu’alaikum. Wr. Wb. Apa kabar….. berulang membacanya..sedih, bahagia, kecewa namun tidak mengurangi rasa syukur dapat kesempatan dekat dengan ‘Kekasih-ku.. ‘Sesungguhnya Allah memberi dunia pada orang yang Allah cinta maupun tidak, sedangkan iman hanya diberikan kepada orang yang Allah cinta’. *Selamat berkarya untuk kemenangan Islam…..

    • SITI FATIMAH AHMAD April 14, 2012 at 1:57 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Mieke…

      Alhamdulillah, akak sihat dan baik-baik sahaja. Didoakan Mieke juga demikian sama di Kota Batu, Jawa Timur. masih ingat lagi akak kepada
      nama kota Mieke. :D

      Oh ya, al-Quran hadiah Mieke akan akak khatamkan dalam beberapa waktu lagi. Sekarang sudah juzuk 29. Alhamdulillah. Sangat lambat sekali khatam kalau berada di rumah sendiri berbanding di tanah Haram. Mudahan pahalanya sampai kepada Mieke dari setiap lafaz huruf yang dikalimahkan.

      Kok sedih dan kecewa jadinya Mieke ? Akak yakin, banyak momen indah yang pernah kita rasai sepanjang jejak-jejak iman yang dilakarkan di sana. Mudahan iman kita semakin bertambah dan kuat setelah balik dari haji. Ibadah kita semakin banyak dan hati semakin tenang. Aamiin.

      Terima kasih Mieke untuk kunjungan yang selalu membahagiakan akak. Harap kerasan ke sini, ya.

      Semoga ceria dan bahagia bersama keluarga di sana. :D

  10. hjh nur April 15, 2012 at 11:01 am #

    assalamualaikum……seronok membaca pengalaman saudari ke tanah suci berserta foto2 yg menarik….maaf saya katakan kebykan ulasan saudari menceritakan pemandangan yg negatif di sana…bagaimana kotornya situasi di mina…bagaimana layanan yg agak kasar peniaga di sana…bagaimana fiil jemaah yg suka membeli belah…utk dakwah kita harus menutup aibnya keadaan di sana…ini membuat pemandangan serong agama lain dgn
    agama kita…tidak mustahil ia juga dibaca oleh org beragama lain…setiap jemaah mempunyai pengalamn masing2…apa2 yg menimpa…apa2 yg dilihat…apa2 yg terjadi…adalah mesej yg hendak allah taala sampaikan utk setiap jemaah berbeza…bagi saya smua yg saya alami…apa yg saya lihat situasi di sana smuanya indah2 belaka., tidak ada di tpt lain di dunia ini…maaf sekiranya luahan saya menyentuh hati saudari yg budiman….

    • SITI FATIMAH AHMAD April 15, 2012 at 1:52 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Hajjah Nur yang dimuliakan Allah…

      Alhamdulillah, terima kasih sudi membaca tulisan saya dan menikmati apa yang saya lalui dan teliti berdasarkan pandangan mata hati dan rasa sayang kepada sesama umat Islam. Semoga Allah mengampuni saya dan Hajjah Nur jika apa yang kita fahami menurut pandangan masing-masing tidak sama atau mungkin tidak berlandaskan syariat dan perkenan Allah SWT. Saya senang membaca pendapat dan pandangan Hajjah Nur dan menerima dengan hati terbuka walau berbeza sudut pandangnya.

      Apa yang saya tulis tentang yang dinyatakan “aib” oleh Hajjah Nur, telah banyak ditulis orang lain di seluruh dunia (mengikut bahasa masing-masing) sama ada di blog, buku-buku, majalah, dipaparkan di tv dan lain-lain saluran media berdasarkan pengalaman haji masing-masing. Ini adalah kerana rasa tanggungjawab untuk memperkatakan yang hak (benar) walaupun pahit. Atas rasa tanggungjawab yang sama, saya juga berperanan untuk membela ajaran Islam yang murni dari kemungkaran umatnya sendiri.

      Saya menulis bersandarkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah saw.

      Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :”Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (kuasa). Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya (berkata-kata). Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya (berdiam diri), dan itulah selemah-lemah iman – Hadis sahih riwayat Muslim

      “KEMUNGKARAN” menurut timbangan syariat Islam adalah ‘setiap iktikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qaul) yang diingkari oleh as-Syari’ (Allah) Yang Maha Bijaksana dan wajib dijauhi.’ (Abu Faris, hlm. 20, Darul Furqan).

      Tidak ada sesiapa yang saya aibkan dalam hal yang saya tulis dii atas. Saya hanya mahu memaklumkan betapa umat Islam harus menjaga akhlaknya dalam beragama dan mengaplikasi suruhan Allah dan Rasul-Nya di mana sahaja berada hatta di bumi Haramain tempat yang sepatutnya umat Islam praktikkan segala ajaran itu.

      Saya tidak bimbang jika non-Muslim membaca “aib” yang dimaksudkan Hajjah Nur. Mereka tidak berhak untuk mengkritik agama Islam yang sebenarnya, yang sudah jelas syariat dan aturan murni ajarannya. Kerana bagi saya, umat Islamlah yang patut malu atas perbuatan mereka di Haramain yang tidak menjaga syariat Allah semasa di sana. Jangan menyembunyikan fakta sebenar yang berlaku kerana Allah Maha Mengetahui.

      Saya lagi suka kalau orang bukan Islam membaca apa yang saya tulis ini. Sekurang-kurangnya saya telah membuka ruang kepada mereka untuk membuat kajian perbandingan antara ajaran Islam sebenar dengan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Mudahan hasil kajian mereka, ramai yang menganuti agama Islam. Tentu akhlak Rasulullah saw menarik perhatian mereka.

      Kalau nak dikira aib, ramai umat Islam yang sudah mengaibkan agama Islam sendiri di mata dunia dan di mata orang bukan Islam dalam kehidupan sehariannya. Contohnya tidak menutup aurat seperti apa yang dikehendaki syariat Islam, berzina, minum arak, tidak solat dan banyak lagi keruntuhan akhlak yang berlaku kini.

      Maaf, saya tidak mahu bersekongkong menyembunyi yang benar atau membayangkan yang indah-indah sahaja sedangkan yang saya alami itu adalah qadak dan qadar yang ditentukan Allah untuk saya lalui. Saya akan ditanya Allah tentang apa yang saya lihat dan apa yang saya perbuat terhadap apa yang saya lihat.

      Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan inilah nanti yang akan saya bicarakan di hadapan Allah di padang mahsyar bahawa saya sudah berusaha menyedarkan umat Islam melalui tulisan saya bukan dengan berdiam diri sahaja dan mengomel-ngomel di dalam hati sedangkan saya mampu meluahkannya melaui tulisan saya sebagai satu uslub dakwah yang disarankan Rasulullah dalam hadis di atas.

      Jika pihak pemerintah Arab Saudi ada membaca tulisan saya ini, itu lebih baik dan mungkin ada tindakan dan perhatian yang dapat mereka lakukan hasil dari penilaian dan pemerhatian umat Islam sedunia terhadap pengurusan haji setiap tahun di mana mereka dipertanggungjawabkan sebagai penjaga bumi Haramain dari sebarang maksiat dan kemungkaran umat islam sendiri.

      Jika apa yang saya tulis dianggap aib, Allah sahaja tumpuan keampunan saya dan saya menanggung dosanya. Tetapi jika yang saya tulis memberi penambahbaikan kepada umat Islam yang akan ke Haramain dan membuka mata dan hati mereka untuk membentuk akhlak yang mulia sebelum ke sana, alhamdulillah, mudahan saya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Aamiin. Mudahan bantuan informasi sebenar ini akan membantu saudara Islam saya untuk mendapat haji mabrur di sisi Allah.

      Terima kasih Hajjah Nur atas komentarnya. Mudahan penjelasan panjang lebar ini membuka ruang untuk kita berbincang lagi. Saya mengalu-alukan kehadiran Hajjah Nur di blog saya dan senang dapat berkenalan.

      Salam ukhuwwah. :D

  11. hjh nur April 16, 2012 at 4:08 pm #

    assalamualaikum….terima kasih atas respon yg saudari kemukakan. Pjg lebar komentar yg saudari jelaskan… alhamdulillah…semoga allah memberkati saudari….
    maaf saudari…saya masih blum sependpt dgn saudari dong…kalau saya salah hrp
    maafkan ya…
    mengapa harus dituruti penulisan org lain di seluruh dunia ini bagi menceritakan keaiban suasana di bumi Haramain…apa yg kita alami di sana bergantung dgn amalan masing2….
    astagfirullahalazim…..
    jgn menjadikan sabda rasulullah s a w…..disalahertikan ….rasulullah tidak berdakwah mengaibkan kaumnya…masya allah…
    apa yg saudari ceritakan keaiban situasi & penduduk @ jemaah di bumi Haramain…di musim Haji pula…kalau bukan musim haji mungkin situasinya berbeda…
    Maaf ya saudari…ini cuma luahan hati saya yg jahil saja…bukan membawa maksud apa2…maaf ya…
    semoga saudari sukses dlm penulisannya ya….salam ukhuwwah kembali….

    • SITI FATIMAH AHMAD April 17, 2012 at 12:20 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Hajjah Nur yang dihormati…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas komentar balas yang menyenangkan. Maafkan saya, jika penjelasan panjang lebar di atas ada yang menguris hati dan tidak memenuhi pendapat Hajjah Nur. Saya tidak bermaksud demikian. Tentu sahaja kita berlainan pendapat dan saling menghormati pendapat masing-masing.

      Saya juga berharap Hajjah Nur tidak menyalah tafsirkan hadis yang saya maksudkan. Menurut saya hadis itu menjurus kepada maslahah ummah dalam mengajak yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar.

      Oh ya, saya tertarik dengan kenyataan Hajjah Nur ini, mohon penjelasan agar saya lebih memahami beberapa perkara ini.

      “… apa yang saudari ceritakan keaiban situasi & penduduk @ jemaah di bumi Haramain…di musim Haji pula…kalau bukan musim haji mungkin situasinya berbeda…”

      1. Apakah Allah ada membataskan waktu, tempat dan keadaan dalam melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

      2.”kalau bukan musim haji mungkin situasinya berbeda ? Apa yang berbedanya.

      3. Al-Quran diwahyukan di Makkah dan Madinah. Mengapakah al-Quran diwahyukan di sana dan apakah pengajarannya ?

      4. Kenapa Sunnah Rasulullah menjadi sumber dalam kehidupan umat Islam. Apakah yang Rasulullah mahu manusia ketahui dari hadis-hadis yang diriwayatkan secara mutawatir dan shahih ?

      Terima kasih atas kunjungan. Saya berharap mendapat ilmu yang bermanfaat dari Hajjah Nur yang menurut saya mempunyai pengalaman dalam hal misi dakwah ini. Mudahan kita mendapat keberkatan dari Allah swt atas apa yang dibincangkan.

      Salam ukhuwwah dari saya. :D

  12. Mieke April 20, 2012 at 11:09 am #

    Assallaamu’alaikum. Wr. Wb. Saudaraku Hadiah Dari Langit….. Sudah khatamkah? Alhamdulillah Al-Qur’an berada ditangan yang tepat, muslim yang taat dan ‘istimewa… Smg rahasia dan keajaibannya berpengaruh dalam hati. “Sesungguhnya Al-Qur’an akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at”. (HR. Muslim). Terima kasih sudi membacanya huruf demi huruf hingga khatam disela kesibukan kak Siti. Tanda mata dari kak Siti saya simpan baik-baik karena tak ternilai sebagai salah satu bukti kasih sayang Allah. Tiap kali memegang dan memandang…seperti mimpi, mimpi indah yang tak terlupakan. Saya sedih karena waktu sangat cepat berlalu harus kembali ke tanah air. Saya juga kecewa karena tidak cukup melakukan banyak-banyak amalan ibadah, smg ada kesempatan umur kembali untuk menyempurnakan. Saya pun bahagia karena mendapatkan beberapa keajaiban Insyaallah menjadi semangat ibadah dan tekad merubah diri lebih baik lagi. Salam untuk keluarga, maaf lahir batin…..

    • SITI FATIMAH AHMAD April 22, 2012 at 8:22 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku, Mieke Sovia…

      Alhamdulillah, sudah juzuk 30 , akan khatam, hanya beberapa helaian lagi. Terima kasih Mieke atas pemberian yang sangat saya hargai. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk selalu mengamal dan menghayati kandungan al-Quran yang benar itu. Aamiin..

      Akak juga demikian, Pertemuan dengan Mieke selama hampir 3 jam itu, seumpama mimpi aja. Allah pertemukan kita kerana sejadah kecil akak yang dikongsikan dengan Mieke. Dan pertemuan itu berlanjut hingga kini. :D Alhamdulillah.

      Tidak usah sedih, beribadahlah dengan Allah di mana-mana sahaja berada di muka bumi ini. Mudahan Allah memberi ganjaran yang besar atas usaha kita walau ganjarannya tidak serupa ketika di bumi haramain.

      Iya, memang benar, kesempatan berada di bumi haramain dalam tempoh yang ditetapkan harus didiguna sebaik mungkin untuk memperbanyakkan ibadah kerana belum tentu lagi kita bisa ke sana di lain waktu mendatang. Semoga keajaiban yang Allah kurniakan kepada kita bisa menjadikan kta bertambah beriman dan mencintai agama Allah ini.

      Terima kasih Mieke sudi hadir menyapa akak kembali. Akak sangat senang menerima kunjungan dan mendapat khabar dari Mieke di sana.

      Salam manis selalu, :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 169 other followers

%d bloggers like this: