CT93. B 0909 T 09 H 09 HB 09

6 Mar

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Setelah melalui barisan panjang untuk pemeriksaan paspot, saya dan suami (baca: SPH) bergegas mencari bas yang akan membawa kami ke hotel penginapan, Moltaqa Al-Alam. Waktu Madinah menunjukkan jam 8.26 malam. Parkir bas hanya 30 meter dari pintu keluar bangunan imigresen. Walaupun tidak jauh, tetapi saya merasa beban berat ditanggung dalam keadaan kurang sihat kerana sakit lutut, lenguh kaki dan batuk. Dalam fikiran saya, mahu segera duduk di dalam bas untuk berehat dan tidur setelah lama berdiri dan berbaris. Penatnya mulai terasa kini.

Saya menyabar diri, berzikir memohon kekuatan dari Allah sambil menjinjing dua beg “kitar semula” berwarna hijau tertera logo Tabung Haji milik saya dan SPH. Saya berjalan cepat mengikut di belakang SPH yang membawa dua beg tangan beroda (hand luggage), berat berisi buku dan keperluan diri sambil mencari bas yang tertera nama Hotel Moltaqa Al-Alam. SPH selalu ingin memastikan keadaan saya selamat di sisinya dan jika boleh, tidak mahu saya membawa apa-apa di tangan.

Saya memerhati jumlah jemaah haji yang berusia lanjut 60 dan 70 ke atas sangat ramai. Yang menghairankan, kebanyakkan mereka membawa banyak beg, malah berat. Mungkin makanan dari kampung untuk bekalan sepanjang di Haramain. Jika ada anak atau saudara mara bersama, tiada masalah dalam memberi bantuan untuk mengangkat barang.

Sebaliknya, bagi jemaah haji suami isteri dan berusia lanjut yang hanya pergi berdua tentu akan menyusahkan mereka. Oleh itu, dinasihatkan jemaah haji lanjut usia mempertimbang kondisi badan dan kesihatan dengan “hand luggage” yang dibawa. Sering kali saya meminta SPH membantu mereka. Alhamdulillah, SPH sangat senang membantu dan ringan tangan dalam hal sebegini.

Dalam kondisi begini, tiada yang membantu kita. Semuanya diurus sendiri dan harus bertindak dengan pantas. Oleh itu, dinasihatkan jangan membawa banyak barang di tangan bagi memudahkan segala pergerakan. Pastikan beg tidak terlalu berat. Hadkan kepada 5 kg sahaja. Saya mengambil iktibar dari hal ini kerana barang di tangan sangat banyak dan berat. Sukar untuk mengangkatnya apabila masuk ke dalam bas.

Hotel Moltaqa al-Alam bertaraf 4 Bintang. Lokasinya terletak lebih kurang 450 meter dari Masjid Nabawi.


Setelah melalui tiga bas yang ditulis Hotel Anwar Movenpick, kami menaiki bas pertama dari 4 bas yang tertera nama Hotel Moltaqa al-Alam. Setelah mendapat tempat duduk di bahagian depan baris ke tiga sebelah kanan, saya dan SPH masing-masing mendiamkan diri melayan penat yang sekian lama dalam penerbangan. Batuk saya menjadi-jadi, lutut dan lenguh kaki mulai terasa berdenyut-denyut kerana kerasnya perjalanan yang dilalui. Saya berhasrat untuk melaksanakan solat jamak takhir di hotel sahaja kerana tidak berupaya berjalan lebih jauh lagi. Saya mahu tidur dan berehat sepuas-puasnya untuk mengembalikan kesegaran diri.

Mulanya, saya bercadang mahu tidur, tetapi dibatalkan kerana ingin menatapi panorama bandar Madinah di waktu malam. Hampir sejam menungggu urusan pemunggahan beg selesai, akhirnya bas mengorak langkah dengan perlahan keluar dari  Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport pada jam 9.06 malam. Hati rasa berdebar-debar, degupan jantung semakin bergetar mengingati sebentar lagi akan dapat menatap Masjid Nabawi yang dirindui selama ini.

“YA RASULULLAH, sungguh…. rindu ku ini tidak tertahan lagi. Aku ingin segera menemuimu,”

… bisik hati saya sambil mata memandang lepas segala pergerakan di luar bas yang sedang menuju ke Kota Madinah, menghala ke Masjid Nabawi, masjid yang didirikan Rasulullah atas dasar takwa. Rindu kepada Rasulullah saw datang semakin kuat dan kuat. Hati mengharap penuh “Law kana bainana, ya Rasulullah” tentu saya dapat berbicara sendiri dan berhadap wajah penuh takzim di hadapan Rasulullah. Alangkah indahnya, jika ini berlaku. Masya Allah. Tiba-tiba mata saya berkaca dan air bening itu tidak terbendung lagi, ia gugur jua walau saya cuba menahannya.

***************

MOLTAQA AL-ALAM


Penginapan di Madinah sudah diketahui semasa pendaftaran di Kuching International Airport. Cuma tidak tahu lokasinya. Saya berharap hotel ini terletak berdekatan dengan Masjid Nabi agar mudah hadir berjemaah untuk solat fardhu 40 waktu. Dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji yang menyambut kami di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport bahawa jemaah haji KT 33 – Sarawak akan ditempatkan di
di Hotel Anwar al-Madinah Movenpick, bertaraf 5 Bintang dan paling besar di Madinah. Lokasinya mengambil masa 5 minit untuk memasuki Masjid Nabawi. Ia antara hotel yang paling dekat dengan al-Haram.

Tetapi kumpulan kami seramai 163 orang telah “tercampak” ke Hotel Moltaqal Al Alambertaraf 4 Bintang yang sejauh 450 meter dari Masjid Nabi. Namun saya bersyukur, hotel yang jauh ini telah memberi saya pengalaman yang menarik sepanjang perjalanan ke Masjid Nabawi. Di posting CT97. SEPANJANG PERJALANAN INI… MOLTAQA KE MASJID NABAWI (1),  akan saya sajikan pemandangan yang menceritakan segala-galanya laluan antara Hotel Moltaqa Al-Alam dan Masjid Nabawi. Andai kata kami ditempatkan di Movenpick, tentu sekali pengalaman ini tidak kami perolehi. Allah telah mengatur segalanya buat seorang pengembara cinta di bumi suci ini. Alhamdulillah.

Sayang seribu kali sayang, saya tidak terfikir untuk merakam foto yang boleh disandarkan sebagai bukti kembara awal di bumi Madinah. Mungkin kerana terlalu letih sehingga malas untuk merakam apa-apa kecuali mata ini dipaksa untuk menatapi pemandangan yang sedia ada  atau, mungkin kerana rasa kagum menatapi suasana yang baru ditemui ini. Sungguh saya bertuah dapat hadir diri dan melihat pemandangan alam dan kesibukan Kota Madinah di waktu malam.

Kelihatan di jalan raya kenderaan – kenderaan mewah seperti BMW, Mercedes,Toyota Camry, Lexus, Hyundai dan banyak lagi yang tidak pernah di dengar dan dilihat jenamanya di Malaysia, bersimpang siur memenuhi ruang jalan. Keadaan ini menggambarkan taraf hidup penduduk Madinah yang mewah. Kenderaan itu pula saling berebutan untuk mendahului antara satu sama lain. Masya Allah, sifat sabar seperti kurang dipraktikkan di jalan raya. Kesesakan ini menunjukkan disiplin di jalan raya masih belum mantap. “Ahhh… terlalu awal menilai sesuatu yang belum diketahui amalannya. Tentu tidak adil, bukan,” tingkah hatiku tidak setuju kepada mata yang menatap.

Sepanjang perjalanan dari airport ke hotel, kami disajikan dalam lukisan wajah kota yang kelam dari sinaran cahaya neon yang samar-samar. Bayangan bukit-bukau yang gondol dari rerambut rumput, terlihat kaku membatu tanpa seri dari kehijauan tumbuhan yang melata sebagaimana biasa saya lihat di tanah air. Tiada pokok dan tumbuhan renek yang menghuni bukit-bukit tersebut. Seperti segan dan malu sahaja tingkahnya. Sungguh tidak menarik dan hambar. Tetapi yang menakjubkan, banyaknya gedung perabut mewah, gedung pabrik yang berkualiti tinggi, gedung kenderaan mahal, pusat membeli belah yang berprestig juga restoran makanan tempatan dan luar negara memenuhi ruang kiri dan kanan sepanjang jalan menuju ke Masjid Nabawi.

Saat bas persiaran memasuki gerbang batasan Kota Madinah mengarah jalan masuk ke kawasan Masjid Nabawi, satu pemandangan yang jauh asing dari apa yang ditemui awal tadi. Kini, kemeriahan pasar Kota Madinah kian menyerlah kesibukan dengan ramainya jemaah haji seluruh dunia yang memenuhi jalan raya untuk membeli belah di kedai-kedai yang dipenuhi pelbagai jenis jualan seperti buah-buahan, pakaian, barangan tembikar dan tembaga. Masya Allah, banyak lagi. Dalam hati berkata, belum haji lagi dah banyak yang dibeli. lalu aku bersungguh-sungguh berdoa :

“Ya Allah, janganlah kau pautkan hatiku dan suamiku untuk membeli belah dahulu sebelum menunaikan tujuan haji kami. Kami datang kemari untuk beribadah kepada-Mu dan menunaikan haji kepada-Mu. Mohon, ya Allah. Biarlah semuanya selesai dahulu, Ya Allah. Aku mahu menumpukan segala perhatianku untuk beribadah kepada-Mu, bukan atas urusan lain. Luruskan niatku ini dan tetap pada tujuan asalku kemari setelah lama aku merindu untuk sampai ke sini. Lindungilah hati kami dari tersasar ke arah lain, Ya Allah. Aaamiin.

Keindahan Menara Masjid Nabawi di malam hari dengan siraman cahaya gemerlapan sungguh mengharukan perasaan kala pertama kali melihatnya dari kejauhan.

*************

Hati semakin berdebar dan memuncak rasa gembira apabila mata terpandang sayup-sayup dari kejauhan dua menara tinggi suram cahayanya tetapi indah bagai disiram sinar bulan khas untuknya. Saya menjerit gembira dan memaklum kepada SPH, kami mengucapkan rasa syukur tak terhingga kepada Allah kerana semakin hampir kepada Masjid Nabi dalam beberapa detik ke depan.

Setelah melalui perjalanan hampir satu jam, bas yang ditumpangi akhirnya sampai di hadapan hotel Moltaqa al-Alam pada jam 9.56 malam. Menara Masjid Nabawi sudah hilang dari pandangan. Hati risau andai lokasi hotel ini sangat jauh. Namun hati ini bertekad, sejauh manapun lokasi hotel ini dengan Masjid Nabi, aku akan tetap tiba awal untuk solat fadhu berjemaah di sana.

Kedua kaki ini melangkah perlahan keluar dari bas dengan getaran yang hebat menahan sakit sambil mengucap basmallah sebaik menjejak kaki di bumi suci yang di dalamnya bersemadi tubuh agung yang dimuliakan Allah. Petugas Tabung Haji meminta kami terus masuk ke dalam hotel dan berdaftar masuk ke bilik masing-masing dengan membawa beg sedia ada. beg-beg besar akan dihantar kemudian oleh pekerja hotel. Alhamdulillah.

Foto dari website Hotel Moltaqa al-Alam, beginilah kedudukan dalam bilik 0909 tingkat 09 yang saya huni selama 9 hari bermula dari tarikh 9 Oktober 2011 di Madinah.

***************

B 0909 T 09 H 09 PADA 09 HB

Sebagaimana tertera pada tag nama pengenalan diri yang mesti dilekat pada beg sandang berwarna jingga (oren) dan beg pakaian besar, nombor bilik dan tingkat hotel telah disiapkan kepada semua jemaah haji. Saya mendapat bilik nombor 0909, manakala bilik SPH hanya selang satu pintu dari bilik saya. Kami menduduki tingkat 9 dan akan menetap di Madinah selama 9 hari bermula dari tarikh 9 Oktober 2011. Alhamdulillah kerana itu kami mendapat 42 waktu solat berjemaah di Masjid Nabawi. Angka 9 yang sangat cantik susunannya. Subhanallah. Sesuatu yang tidak direncanakan dalam kehidupan di hari pertama di bumi Madinah. 

Saya selalu berdoa agar diberi teman sebilik yang tidak banyak karenah, banyak membantu dan memahami sikap masing-masing. Doa ini dipanjatkan setiap hari dalam solat fardhu atau solat sunat, setelah mengetahui terpilih untuk ke Tanah Suci.

“Ya Allah, dengan penuh kehambaan dan pengharapan yang tinggi, aku memohon belas ihsan-Mu agar diberikan teman-teman sebilik yang baik hati, kuat beribadah, suka menolong ketika dalam kesusahan, mudah dinasihati jika melakukan kesilapan, tidak kikir dengan ilmu dan apa-apa perkongsian, boleh menasihati aku dengan penuh hikmah dan tidak menyusahkan aku dalam urusan kehidupan selama berada di Madinah dan Makkah. Aku memohon Ya Allah untuk memudahkan aku beribadah kepada-Mu. Jadikan mereka teman yang saling faham memahami. Aamiin.”

Berdoa mendapat teman sebilik yang baik amat penting untuk memudahkan urusan ibadah, menyenangkan hati, mewujudkan kemesraan dan komunikasi yang baik agar selama berkongsi bilik tidak terjadi sesuatu yang menyebabkan urusan ibadah kita terganggu. Alhamdulillah, dengan selalu berdoa seperti di atas, Allah memudahkan saya dengan sesiapa sahaja menjadi teman sebilik baik di Madinah dan di Makkah.

Percayalah, janji Allah itu benar dan Allah sangat bersifat belas Ihsan. Jadikan Allah sebagai segala-galanya di bumi yang mudah diterima doa ini. Iman dan takwa yang menuntun kemudahan doa itu dimakbulkan. Tentu sekali Allah akan memilih sesiapa yang dikehendakinya. Sesiapa yang benar-benar menjaga syariat-Nya dan menghadirkan cinta yang suci dan murni untuk Allah semata-mata. Allahu Akbar, rasa malu kepada diri yang banyak dosa ini selalu membuat saya menangis saat memohon doa dan mengharap diampuni Allah serta dimudahkan segala urusan di Madinah dan Makkah. Engkau Tuhanku dunia dan akhirat.

Saya mendapat tiga teman sebilik dari Sarawak tetapi berlainan bahagian iaitu Kak Kasma (58 tahun – Saratok), seorang suri rumahtangga yang saya kenali rapat sebagai teman bicara di sepanjang 9 jam penerbangan. Kak Senah (50 tahun – Sarikei), seorang Ketua Jururawat di Poliklinik Sarikei. Kak Kasma dan Kak Senah juga bersama saya dalam setiap sesi kursus haji. Manakala Mastika (36 tahun – Sibu) adalah seorang suri rumahtangga yang baru saya kenali di Madinah ini.

Alhamdulillah, hubungan dan komunikasi amat baik antara kami. Saya sangat rapat dengan Kak Kasma dan Kak Senah selama berada di Madinah. Pada 3 hari terawal di Madinah, kami sentiasa bersama-sama untuk ke Masjid tetapi lebihan hari kemudian, kami bercadang untuk bersama suami masing-masing. Sebenarnya saya lebih suka berdampingan ke sana sini dengan SPH kerana rasa terjamin keselamatan dan ini memberi ruang kepada kami untuk selalu bersama-sama menikmati keindahan persekitaran pusat membeli belah di sekeliling Masjid Nabi.

Foto dari website Hotel Moltaqa Al-Alam  – menunjukkan kebersihan bilik air yang selalu menjadi perhatian pertama saya sebaik masuk ke dalam mana-mana bilik hotel.

****************

Setelah memilih katil, solat jamak takhir dan memutuskan untuk tidur, saya berbaring di katil dengan perasaan lega. Kepenatan semakin terasa, batuk tidak berhenti-henti, kaki dan lutut pula berdenyut-denyut bagai menjerit untuk direhatkan dari segala aktiviti. Saya melihat jam tangan Casio, yang baru sahaja beberapa hari dihadiahkan SPH sempena hari lahir saya yang ke 44 tahun pada 22 September lalu, menunjukkan pukul 10.20 malam. Saya yakin, SPH sudah menuju ke Masjid Nabi untuk bersolat di sana. Saya mengingati kembali perbualan saya dengan SPH semasa berada dalam bas beberapa detik yang lalu. Mata saya kian berkaca mengingatkan keinginan yang tidak kesampaian malam ini.

SPH bercadang untuk menunaikan solat jamak takhir di Masjid Nabi. Saya memaklumkan untuk berehat di bilik sepanjang malam ini akibat keletihan. Sakit lutut dan lenguh kaki yang kian memuncak membuat saya mengambil keputusan yang mengecewakan saya sendiri. SPH menenangkan saya dan bersetuju jika saya berehat dulu melihat keadaan saya.

Di dalam hati, keinginan memuncak untuk menghadir diri ke masjid Nabi terlebih dahulu, tetapi harus ditelan dengan kesakitan yang mahu direhatkan. Airmata saya mulai bergenang, pilu bercampur kecewa. Hati berbisik untuk menenangkan diri, ‘Tak apa Fatimah, esok masih ada. Insya Allah, sampai juga engkau ke Masjid Nabi nanti. Bersabarlah”

Subhanallah, sebenarnya ada rencana dari Allah kepada saya dan teman-teman saya pada malam pertama di Madinah, yang tidak saya diketahui apa yang berlaku dalam beberapa detik lagi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Perancang yang hebat. Apakah rencana itu ? Akan saya tulis di posting akan datang. Subhanallah walhamdulillah. Astaghfirullah al-Adzhin.

****************

5 Febuari 2012 (Selasa)/ 12 Rabi’ul Akhir 1433H/ 10.57 malam- Sarikei, Sarawak

AKU…. dan CINTA adalah milik Tuhan Yang Memberi Cinta kepadaku. Betapa mulia seseorang itu jika dia dicintai Allah. Aku ingin meraih cinta Tuhanku kerana apabila seseorang telah dicintai Allah, seluruh makhluk akan mencintainya. Kemudian Allah menjadikannya orang yang diterima dibumi. CINTA bagiku adalah suatu yang bernilai tinggi dan tidak akan dipersiakan. Cintaku adalah anugerah terindah dari Tuhanku. Allah Rabbul ‘Izzati.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

Pemandangan dataran Masjid Nabawi selepas solat Isyak. Keindahan reka letak payung-payung elektrik (Bunga Kembang Pagi) menanbah seri kecantikan lanskap di dataran sebagai satu daya tarik yang menyejukkan mata.

KERANA CINTA ITU…. HIDUP INI SELALU INDAH

*************


About these ads

40 Responses to “CT93. B 0909 T 09 H 09 HB 09”

  1. SITI FATIMAH AHMAD March 6, 2012 at 9:20 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb….

    BURDAH, nyanyian Mesut Kurtis antara lagu yang mengasyikkan buat penawar untuk menghilang rasa mengantuk sambil berselawat atas Nabi yang akhirnya memberi kesegaran kepada minda dan jiwa. Semoga menyukainya….

    Dedikasiku untukmu…

    Wassalaam.

    • bluethunderheart March 6, 2012 at 11:24 pm #

      lewat alunan ini buna memberikan sentuhan keimann pada ujung jemari sampai kulit teraatas dikepala blue……terima kasih snagatnya besar y bunda
      Iman yang slelau membelai jiwa ini seketika lelah atas duka,derita bahkan kegembiraan……………sepertinya lagu ini tepat untuk blue y kan,bunda
      salam hangat pula untuk ayah…ach sepertinya blue sangat snenag bisa bersahabat dekat pula dengan ayahanda disana…………
      salam hangat dari blue
      semoga bunda serta ayah sihat dan sellau dapatkan berkah y…………………..
      selalu ada doa untuk bunda

      • SITI FATIMAH AHMAD March 7, 2012 at 10:23 pm #

        Aamiin… Ya Rabbal’alamiin. terima kasih untuk doa yang dilampirkan dari nanda Blue di sana. Didoakan sihat juga dalam barakah Allah.

        Alhamdulillah, ada ketikanya kita perlu bersahabat juga dengan irama-irama rohani yang bisa mengubat segala penyakit yang melanda jiwa.

        Hidup ini punya nyawa tersendiri yang boleh mengubah seseorang dari landasan hidupnya yang sebenarnya. Maka, jangan menyerah kalah dan terus berjuang untuk menghidupkan hati dan jiwa yang sudah “mati” dari rel syariat yang benar.

        Namun sumber utama pengikat hati yang jitu kepada cinta Allah dan cinta Rasul adalah solat, membaca al-Quran, berzikir dan membaca hadis juga sirah Rasul.

        Insya Allah, mudahan silaturahmi akan terjalin baik antara kita dengan doa yang selalu dipanjatkan kepada Allah swt.
        Salam hangat kembali dari bunda.

        • bluethunderheart March 8, 2012 at 9:54 pm #

          terima kasih banyak y bunda untuk kerelaannya bersapa hangat dengan blue..meski blue hanyalah sekedar barisan dari pertemanan maya saja………………..bunda snagat ramah
          semoga ada berkah dalam jiwa,hati dan kehidupan bunda serta ayah sekeluarga disana………..
          salam hangat dari blue

          • SITI FATIMAH AHMAD March 9, 2012 at 6:37 pm #

            Aamiin… Ya Ghaffar Ya Rahmaan..
            Demikianlah Allah mempertemukan kita dalam qadaknya walau hanya di maya. tetapi rasa kedekatan itu hadir kerana Allah yang menyatukannya dalam ukhhuwah yang direncanakan.

            Semoga kebaikan akan selalu melatari persahabatan di maya pada untuk saling ingat dan berpesan pada jalan-Nya. Ummah Islam selalu bersatu padu kerana agama yang dianutinya walau dibenua mana ia duduki sehingga Allah merapatinya dalam rahmat-Nya yang luas.

            Terima kasih juga buat nanda Blue yang masih sudi bersahabat dengan Bunda yang jauh ini. Hmmm… jadi terharu nich. Subhanallah walhamdulillah. Bunda senang bersahabat dengan Blue. :D

            Didoakan nanda Blue selalu sihat dan sukses dalam setiap langkah menuju impian.

            Salam hangat dan ceria selalu dari Bunda. :D

            • bluethunderheart March 16, 2012 at 10:13 pm #

              bunda………………….malam ini sejak kemaren malampun blue sedikit kurang sihat makanya tak ada postingan terbaru dari blue……………….doakan blue y bundaku tersayang
              semoga blue bisa bersemangat kembali……………
              salam hangat dari blue
              tetap ada doa tuk bunda sekeluarga disana

              • SITI FATIMAH AHMAD March 18, 2012 at 11:46 am #

                Alhamdulillah, bunda semuanya sihat. Terima kasih untuk doa dan kunjungan dari Blue.
                Bunda doakan juga nanda Blue sihat dan kembali aktif dengan aktivitas seharian.
                Semoga sukses dan happy selalu. :D

  2. Ejawantah's Blog March 6, 2012 at 11:39 pm #

    Ass……
    Dari setiap karakter huruf tertuang dalam karya yang memancarkan kasih dan sayang Nya kepada kita, sebagai tanda bahwa keindahan merupakan bentuk dari sebuah keimanan yang terlekat dalam kehidupan.

    Sukses selalu Bunda sekeluarga semoga selalu dalam keberkahan dan ridho Illahi. Amiiiiiin !
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • SITI FATIMAH AHMAD March 8, 2012 at 8:30 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Semoga kita menjadi hamba yang beriman dan menyusuri lembah kehidupan ini dengan penuh takwa dan tawadhuk serta qanaah.

      Sebenarnya, dunia ini sebagai sebuah gelanggang untuk kita mempamerkan potensi dan bakat serta perjuangan untuk beroleh kemenangan bagi mencapai piala akhirat.

      Kemanisan hidup di dunia hanya bisa dirasai dengan adanya Islam dan Iman yang menjadi tonggak segala keindahan dengan meletakkan Allah nombor satu di hati. :D

      Terima kasih mas Indra untuk doa dan kunjungan.
      Semoga diberkahi Allah jua.

      Salam sukses kembali.

  3. kakaakin March 7, 2012 at 1:18 am #

    Subhanallah…
    Senang sekali rasanya bila bisa menunaikan ibadah haji ya, Bunda. Semoga saya juga berkesempatan melaksanakan ibadah haji.
    Ibu saya juga tidak membawa banyak barang saat naik haji. Ada orang sampai-sampai membawa beras dari kampung, Bunda :D

    Oiya, ternyata itu ya makna dari kode yang Bunda tuliskan. Baru paham saya :D

    • SITI FATIMAH AHMAD March 8, 2012 at 9:57 am #

      Aamiin walhamdulillah… Insya Allah mbak, akan sampai waktunya kelak. Berdoalah dan saya juga mendoakan. :D

      Saya fikir, banyak yang membawa bekalan dari kampung dengan rata-rata harga barang di Arab Saudi umumnya dan khususnya di Madinah dan Makkah, sangat mahal sekali.

      Saya bandingkan beberapa produk makanan dari Malaysia yang dijual di super market atau kedai biasa di sana melambung sehingga 3 kali ganda dari harga di Malaysia sendiri.

      Kerana itulah, jemaah haji disaran banyak membawa wang kerana makanan dan minumannya sangat mahal. Hehehe… bagus juga bawa beras sendiri mbak, tapi masaknya di mana ya ?

      Kodnya secara kebetulan aja difikirkan kerana asal posting ini namanya Hotel Moltaqa al-Alam aja. Tetapi setelah membaca kembali posting ini secara keseluruhan, kode itu sepertinya lebih menarik dan unik. :D

      Terima kasih, mbak Akin kerana mampir berkongsi cerita di sini.
      Salam mesra selalu.

  4. dokter anak March 7, 2012 at 4:07 pm #

    nice…thank u

  5. MUXLIMO March 7, 2012 at 5:47 pm #

    Subhanallah.. jadi iri pengen ikut ke sana. ;_(
    selamat menunaikan undangan Allah Swt., Mbak Fatimah.. semoga Mbak dan Suami menjadi haji mabrur dan pulang membawa oleh2 hikmah untuk kami semua di sini. Amin.

    Pasti menggetarkan berada di tempat yang menjadi saksi perjuangan Rasulullah saw. ya.. ;_(

    btw, Mbak.. ada oleh2 sepulang blog sarang hiatus 2 bulan kemarin..

    http://muxlimo.blogspot.com/2012/03/kejutan-manis-dari-mas-justice.html

    • SITI FATIMAH AHMAD March 8, 2012 at 10:26 am #

      Alhamdulillah, saya dan suami sudah menunaikan haji pada tahun 2011 yang lalu, mas Muxlimo. Insya Allah, Muxlimo akan sampai jua ke sana, saya doakan. :D

      Segala penulisan dan penceritaan pengalaman yang dilalui akan ditulis sebagai kongsian bersama untuk membantu menggambarkan sedikit kondisi yang berlaku kepada teman-teman pembaca yang mahu ke sana supaya beroleh pengajaran dan hikmahnya.

      Banyak juga yang tidak diketahui kerana tiada yang memaklumi sebelum ke sana. Mungkin kisahnya berbeda antara satu orang dengan yang lain. Yang penting adalah persiapannya.

      ….Subhanallah… di awal Mac ini ada award lagi buat saya. Senang menerimanya dari mas Adam dan terima kasih kerana kembali aktif untuk bersilaturahmi semula. Harap betah hadir lagi. Terus aja ke TKP nich. :D

      Salam hormat.

  6. Idah Ceris March 7, 2012 at 6:51 pm #

    ikut menyimak bunda.. . .

  7. Abed Saragih March 8, 2012 at 2:01 pm #

    Semoga hari-harinya disana dipenuhi rasa bahagia bersama suami dan juga doa yang dipanjatkan didengar oleh Sang Pencipta.AMIN

    • SITI FATIMAH AHMAD March 8, 2012 at 2:26 pm #

      Alhamdulillah, hari-hari bahagia itu sudah ditempuh pada tahun 2011 yang lalu. Tulisan “Travelog Hajjah di Bumi Haramain” ini secara urutannya akan ditulis sepanjang tahun 2012 untuk dikongsikan bersama.

      Hehehe… seperti menulis hal yang sedang berlaku ya. Mungkin begitu fikirnya mas Abed tentang tulisan di atas. :D

      Maaf kalau sudah mengelirukan.
      terima kasih untuk kunjungan.

      Salam sejahtera.

  8. Mila March 8, 2012 at 3:31 pm #

    semakin merindukan tanah haram….. :)

    ditunggu postingan selanjutnya Bunda

    • SITI FATIMAH AHMAD March 8, 2012 at 4:07 pm #

      Bunda doakan kerinduan Mila untuk ke sana akan terubat jua akhirnya.

      Terima kasih Mila. :D

  9. Akhmad Muhaimin Azzet March 9, 2012 at 4:54 pm #

    Alhamdulillah….
    Kisah semacam ini semakin menjadikan diri ini bertambah pengetahuan tentang perjalanan yang penuh makna itu ya, Mbak Fatimah. Dengan demikian, kerinduan semakin penuh dalam dada untuk beribadah di rumah-Nya. Sungguh, terima kasih banyak ya, Mbak Fatimah, postingan seperti ini sangat menambah ghirah untuk beribadah…

    • SITI FATIMAH AHMAD March 9, 2012 at 6:46 pm #

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk bekal di sana.

      Setiap orang punya pengalaman tersendiri yang telah ditulis Allah untuk dilalui-Nya. Semua itu qada dan qadar Allah. Hanya doa yang bisa “mengubah” corak rencana awal Allah dengan keindahan yang tersendiri.

      Terima kasih mas Amazzet.
      Salam hormat.

  10. Soen March 10, 2012 at 12:40 am #

    Assalamu’alaikum..
    Sebelumnya mohon dimaaf lama tak kunjung di blog bunda.
    Pengalaman yg mengesankan, kapan ya saya bisa kesana, mengikuti jejak bunda, naik haji menggenapi rukun islam.

    Blog kami mwb sering error!
    Salam ceria..

    • SITI FATIMAH AHMAD March 10, 2012 at 6:49 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Soen…

      Iya.. tidak apa kerana saya maklum akan kesibukan yang kita uliti di dunia nyata. Pasti banyak hal membuat kita jarang bersapa kini. Saya juga demikian sama. Kini jarang blog walking kerana tugas yang menyita waktu. Makanya, sudah berbalas sama, bukan. :D

      Diharap silaturahmi ini akan selalu baik dan memberi manfaat untuk bersapa di maya. maaf kerana saya juga tidak pernah lagi menapak khabar di Blog Soen dan rakan-rakan di mwb. Terima kasih menyapa saya dulu.

      Saya mendoakan Soen akan menggenapi Rukun Islam Ke-5 di suatu masa yang telah Allah tentukan. Aamiin.

      Salam sejahtera di penghujung pekan buat Soen dan keluarga.
      Senang menerima kunjungan dari Soen. Semoga betah kemari lagi. :D

  11. TPA Al-Muhtadin March 10, 2012 at 12:25 pm #

    Assalamu’alaikum Bunda…
    Senang sekali membaca pengalamah yang sangat religius ini.
    Semoga kita semua semakin berusaha untuk bisa beribadah yang lebih baik lagi.

    • SITI FATIMAH AHMAD March 10, 2012 at 8:17 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Aamiin, Ya Aziiz Ya Muqtadir. Mudahan semangat untuk beribadah akan selalu bertambah dan dimurnikan dari sehari ke sehari.

      Terima kasih untuk kunjungan dan semoga beroleh manfaat.
      Salam hormat selalu.

  12. ardiansyahpangodarwis March 11, 2012 at 1:24 am #

    setiap mampir kesini pasti pengen cepat-cepat log out dan tidur tuk sitirahat
    trus bangun pagi dan mencapai impian2 yang sudah menjadi gambar pada pohoto2 di atas
    tak perlu baca banyak lihat gambarnya sudah bikin gimana gitu

    • SITI FATIMAH AHMAD March 11, 2012 at 4:38 pm #

      Subhanallah… kok semangatnya begitu sekali Ardian.
      Mudahan pengalaman yang dipaparkan tidak seberapa ini, bisa menjadi motivasi untuk meraih impian yang selama ini di”list”kan.

      Tidak mustahil impian itu berlaku, jika kita benar2 mahu menjadikannya nyata terlaksana. Yang penting, usaha mengumpul uang harus ada kerana mengimpinkan sesuatu yang “mahal” tentu perlukan ongkos, bukan sekadar diminda dan dicatatan sahaja.

      Semoga pengalaman ini bermanfaat untuk Ardian dan semuanya.
      Terima kasih dan Salam ceria. :D

      • ardiansyah pango darwis March 11, 2012 at 5:49 pm #

        aamiin mba
        mumpung masih muda mba jadi harus semanagat hehehe, karena usia segini pas banget untuk belajar mumpung gelasnya masih kosong, dan saya juga bosen baca list sendiri yang belum tercapai dan ingin sekali nulis dan baca yang sudah tercapai agar jadi inspirasi banyak orang :)
        aamiin

        • SITI FATIMAH AHMAD March 12, 2012 at 6:12 pm #

          Iya… mumpung usia masih muda maka, jangan bosan membaca list impian itu Ardian. :D

          List tersebut sebagai satu pendorong untuk menjadikannya nyata. Capai dahulu yang paling dekat dan mudah dilaksanakan. Kita harus punya list jangka pendek dan jangka panjang.

          Masya Allah… apa-apa sahaja kejayaan seharian yang dilakukan, mungkin tidak dialami orang lain, bisa ditulis dan dijadikan inspirasi banyak orang. Maka jangan lelah menceritakan di blog Ardian.

          Salam sejahtera.

          • ardiansyah pango darwis March 13, 2012 at 1:36 pm #

            okay siap mba :)

  13. bintangzohra March 11, 2012 at 7:53 pm #

    Assalamualaiku wr wb Fatimah,

    Subhanallah… saya dapat rasakan kegembiraan awak apabila menjejakkan kaki di Madina Masjid Nabi, sampai tak tau nak cakap apa lagi di sini…hai tenangnya jiwa berada disisinya.

    Tapi betul ke yang kaum perempuan tidak dibenarkan masuk sampai ke hadapan pintu maqam nabi saw? Permintaan saya, upload lagi gambar masid nabi banyak-banyak…hehe

    Lagu BURDA – setahu saya dari kitab Maulid BERZANJI, sebab saya ada kitab tu.
    Bila dijadikan lagu DURBA dengan rentaknya, adem jiwa raga.

    Maula ya salli wa salim da’iman abada
    a’la habibika khairi khalqi kulli himi…..
    ………………….
    …………………
    Ya Rabbibil Mustafa baligh maqa sidana
    waghfir lana mamadha ya wasi’al karami
    Ya Tuhan, dengan berkat Mustafa sampaikan cita-cita kami,
    Dan ampunkan segala dosa-dosa kami yang telah lalu ( doa yg saya selalu amalkan)

    Terima kasih kerana berkongsi segala pengalaman yang tak terbanding kurniaan dari
    Allah swt.

    Salam dari Singapura, Zohra

    • SITI FATIMAH AHMAD March 12, 2012 at 6:23 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku, Zohra…

      Subhanallah… memang sangat bahagia sekali saat pertama kali menjejak kaki ke dataran Masjid Nabi. Lebih-lebih lagi memasuki masjidnya.

      Iya, benar… bukan sahaja wanita malah lelaki juga. Maqam Rasulullah dan dua sahabatnya sudah dipagarkan. Maka tidak ada sesiapa yang sampai ke pintu maqam mereka.

      Kaum wanita mempunyai sempadan tersendiri untuk sampai ke Raudhah.Wanita mempunyai waktu tersendiri untuk dibenarkan berada di Raudhah. Akan saya ceritakan dalam episod akan datang.

      Sangat kecil kawasan bagi perempuan berbanding lelaki yang boleh berada di Raudhah bila-bila masa.. Saya hanya dapat melihat nama Maqam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar dari atas kain rentang yang memisahkan wanita dan lelaki.

      Oh, begitu ya asalnya lagu burdah ini. Saya baru tahu.
      Terima kasih memakluminya. Senang menerima kunjungan Zohra. Maaf belum sempat membalas kunjungan ke blog Zohra kerana sangat sibuk dengan kuliah dan aktiviti yang lain. Insya Allah akan menyusul ke sana, ya. :D

      Salam ingatan dari saya buat Zohra.

      • bintangzohra March 12, 2012 at 10:09 pm #

        Assalamualaikum Fatimah,

        Ada pembetulan, kitab Maulid yg saya nyatakan tu sebenarnya 3 dalam 1, kandungannya NAZAM, BERZANJI dan DAIBA’I.

        Lagu BURDA ada di dalam NAZAM bukan di dalam BERZANJI.

        Maaflah salah infomation.

        • SITI FATIMAH AHMAD March 13, 2012 at 11:00 am #

          Wa’alaikum salaam wr.wb, Zohra…

          Iya, tidak apa…. :D
          Ini bermakna, nyanyian Burdah ini berirama Nazam.
          Nazam mempunyai rentak yang rancak dan mengasyikkan.
          Sangat kreatif sekali dapat melagukan bait-bait selawat dalam nyanyian yang mengusik jiwa.

          Terima kasih Zohra atas informasi ini.

  14. citalentera March 11, 2012 at 11:08 pm #

    Subhanalloh.. Semoga saya pun bisa langsung menginjakan kaki ditanah suci :)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 12, 2012 at 6:26 pm #

      Aamiin… Ya Malikkul Quddus.
      Saya mendoakan hasrat baik CitaLentera. :D

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mesut Kurtis – Burdah | مسعود كرتس – البردة Lyrics+ Translation✓ HD « BintangZohra's… - March 12, 2012

    [...] mendengar lagu BURDAH dari teman bloger Fatimah, dari post CT93. B 0909 T 09 H 09 HB 09 (di dalam kotak komen). Pos ini mengisahkan pengalaman beliau yang seumur hidup tidak akan dapat [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: