CT91. 9 TIPS 9 JAM

26 Feb

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

“Masya Allah… penatnya 9 jam dalam kapal terbang. Saya tidak pernah terbang sejauh ini. Paling lama 2 jam sahaja,” kedengaran suara seorang lelaki yang berdiri di belakang saya berbicara dengan temannya. Ketika itu kami sedang berada dalam bas shuttle yang membawa lebihan jemaah haji KT33 yang terakhir turun dari kapal terbang. “Iyalah… saya tak dapat tidur kerana tempat duduk yang sempit dan tak tahu nak buat apa-apa. Badan rasa jadi macam kayu sebab kurang bergerak.” sampuk teman yang berada di sebelahnya sambil ketawa.

“9 jam tu, tidak lama. Saya pernah naik kapal terbang selama 16 jam untuk ke Eropah. Lagi bosan sebab tak tahu nak buat apa dalam tempoh yang panjang itu,” sambung lelaki berperawakan tinggi di sebelah kiri saya.  Kedengaran suara ketawa meletus membingit ruang shuttle yang sedang berjalan perlahan menuju ke bangunan pemeriksaan kastam dan imigresen di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah, Arab Saudi.

Saya hanya memandang mereka menerusi pantulan cermin di depan saya sambil mengucap syukur di dalam hati kerana telah selamat menjejak kaki ke bumi Madinah. Namun ada kerutan di dahi mendengar jauhnya perjalanan ke Eropah kerana saya tidak suka perjalanan yang terlalu lama di udara. Keukenhof, Holland, Netherland (Belanda) dan Oslo, Norwegia (Norway) merupakan antara destinasi negara Eropah yang ingin saya lawati dalam rangka mengelilingi dunia. Insya Allah.

Saya tahu, percakapan itu sekadar untuk melepaskan rasa lelah yang membungkam di hati kerana masing-masing dalam keadaan penat. Saya memandang suami (baca: SPH) yang berada dalam jarak satu meter sebelah kanan dari tempat saya berdiri. Dia kelihatan segar sambil mengambil gambar di luar shuttle menghala ke kapal terbang. Semangatnya masih kuat berbanding saya yang mulai rasa sakit di lutut, lenguh kaki, sengal belakang badan, mengantuk yang cuba ditahan  dan batuk yang sudah dibawa dari tanah air.

“Ya Allah, penatnya aku ni, berikan aku kekuatan untuk dapat melalui segala kepenatan ini,” doa saya di dalam hati sambil menarik nafas berat.

THK(29). Pemandangan dalam bas shuttle dan pesawat MAS Boeing 747-400 yang telah mendarat tenang di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah pada jam 7.15 petang.

**************

KAMI DATANG PADAMU, YA RASULULLAH

Penerbangan 9 jam tanpa henti, sangat memenatkan sehingga saya menangis menahan hati kerana terlalu lama di udara selain takut berada di tempat tinggi. Setelah melalui perjalanan panjang,  akhirnya pesawat MAS dua tingkat, Boeing B747-400P membumi gagah ke landasan bumi Madinah pada jam 7.15 petang, sedangkan waktu Malaysia adalah jam 12.15 tengah malam. Patutlah rasa mengantuk tidak terperi. Rupanya sudah tengah malam.

Saya meminta bantuan suami untuk mengubah waktu Malaysia kepada waktu Arab Saudi agar dapat menyerap diri dengan kehidupan baru di bumi Rasulullah saw. Rasa bahagia tidak terhingga apabila sampai ke bumi Madinah. Saya seperti tidak percaya dapat merealisasi impian dan hasrat untuk ke luar negara dengan menjadikan bumi Madinah dan Makkah sebagai destinasi pertama dalam perancangan mengelilingi dunia. Alhamdulillah.

Saya mengingati kembali azam yang dibuat bahawa saya tidak akan ke luar negara selagi belum ke Tanah Suci. Destinasi luar negara pertama adalah Makkah dan Madinah untuk menunaikan haji. Setelah selesai rukun ke lima ini, barulah saya akan mengejar impian bagi menapak kaki ke luar negara sebagai satu kepuasan hidup melihat bumi Allah sebelum ajal menjemput. Semoga impian ini diperkenankan Allah swt. Aamiin. Ayat-ayat berikut adalah penyemangat diri untuk “BERANI BERMIMPI”.

“Dialah (Allah) yang telah menjadikan bumi itu mudah bagi kalian, maka berjalanlah di segala penjurunya, dan makanlah sebagian dari rizki-Nya. Dan hanya kepada¬Nyalah kalian akan kembali.” (al-Mulk: 15)

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Al Hajj : 46)

“ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN”

THK(30). Ruang kabin U/D yang memuatkan 66 penumpang berada di tingkat dua pesawat. Saya dan suami menduduki kabin ini ketika perjalanan balik ke Malaysia. Sangat selesa dan nyaman daripada kabin Z/E yang sempit untuk 144 penumpang. Kabin  U/D ini adalah ruang eksekutif bagi penerbangan komersial MAS semasa.

****************

TIPS 9 JAM

Mengimbasi perjalanan 9 jam dari Kuching ke Madinah tentunya dapat dibayangkan betapa jauh jarak yang ditempuh. Penerbangan merentasi banyak negara memperlihatkan kebesaran Allah di mata dan hati saya. Subhanallah, sungguh mengkagumkan apabila penerbangan itu menempuh dua waktu siang. Pesawat MAS Boeing B747-400P  berlepas menerjah awan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak tepat jam 3.05 petang dan sampai ke Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah pada jam 7.15 petang tanpa melalui malam. 

Setiap jemaah haji dimaklumkan perjalanan jauh yang bakal dialami. Oleh itu, persiapan mental, fizikal rohani dan jasmani harus disiapkan. Berikut adalah tips 9 jam yang saya praktik dalam pesawat bagi menggelak diri merasa bosan dan jenuh menunggu penerbangan tamat. Mudahan dapat membantu membayangi keadaan di dalam kapal terbang terutama yang tidak pernah melalui sebarang penerbangan jauh. Tips-tips ini boleh dilakukan mengikut masa yang sesuai dan ketika diperlukan kecuali sedang tidur. :D

1. MEMBACA AL-QUR’AN, BERDOA, BERZIKIR DAN BERTALBIAH. Berada di tempat tinggi akan menimbul rasa takut dan tidak  selamat. Saya memang sudah berniat membawa al-Quran dari rumah sebagai merealisasi hasrat untuk khatam al-Quran di Masjidil Haram. Membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan bertalbiah memberi ketenangan dan mendekatkan diri kepada Allah. Aktiviti rohani ini mampu menguat semangat, mencerdas akal, mencergas tubuh dan menenang hati. Seluruh jiwa dipusatkan kepada Allah sebagai sumber pengharapan yang tinggi. Tiada yang mampu membantu selain Allah. “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil.” Berdoa dan berzikirlah dengan banyak sehingga tertidur.

2. MEMBACA BUKU. Membaca adalah jambatan ilmu. Membaca  dapat mengurangkan tekanan dan menambah kecerdasan. Sediakan bahan bacaan berkaitan ilmu kehajian. Buku-buku maklumat yang disediakan oleh  Tabung Haji, “WAJIB” dibawa sebagai rujukan utama iaitu Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Soal Jawab Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Himpunan Doa-Doa Terpilih Di Tanah Suci dan Panduan Kesihatan Jemaah Haji. Selain itu, saya juga membawa buku Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman (Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim), Rahsia Makkah (‘Atiq Ghaits Al-Biladi) dan Rahsia Madinah (Khalil Ibrahim Mulla Khothir) sebagai penambah maklumat dalam beribadah.

3. MENULIS. Tidak semua orang suka aktiviti menulis kecuali mereka yang minat dan mempunyai tujuan seperti saya. Menulis segala peristiwa perjalanan haji secara kronologi amat penting bagi saya untuk menjadi panduan dalam menghasilkan penulisan di blog sebagai membantu mereka yang akan melalui situasi yang sama walaupun lain pengalamannya. Menulis sangat mudah jika disertai minat dan niat. Aktiviti ini tidak kerap dilakukan kerana terdapatnya gegaran sepanjang perjalanan sehingga memeningkan kepala jika berlama-lama menulis. Menulis boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti di buku, laptop, handfon dan sebagainya. Sekurangnya menulis membantu mengurangkan rasa bosan yang berlarutan jika mata tidak dapat dijinakkan.

4. BERSENAM. Aktiviti bersenam sangat digalakkan di dalam kenderaan (kapal terbang dan bas). Senaman ini dikenali sebagai senaman dalam situasi khas. Oleh itu, senamannya tentulah mudah dan ringkas. Tujuannya untuk menggelakkan pembekuan dalam saluran darah (deep vein thrombosis) dan dicadang dilakukan selama 3 hingga 4 minit setiap jam. (Rujuk buku Panduan Kesihatan Jemaah Haji). Oleh kerana jemaah haji ramai di kalangan warga emas (50 tahun dan ke atas) sudah tentu berlaku perubahan fisiologi berkaitaan penuaan. Maka penekanan difokus kepada aktiviti memanas dan menyejukkan badan, teknik penafasan dan postur badan yang betul untuk menggurangkan kelelahan.

5. BERJALAN-JALAN.  Jemaah haji digalakkan berjalan-jalan di dalam kapal terbang untuk membuang kebosanan, menghapus kerisauan dan dapat mengeratkan silaturahmi antara jemaah. Aktiviti ini mengurangkan rasa tekanan yang membungkam kerana terlalu lama duduk dan dilakukan secara selang seli dengan aktiviti -aktiviti di atas. Selain itu, gunakan kesempatan berjalan untuk membuang hajat dan mencuci muka di tandas agar kembali segar dan bersemangat. Tetapi jangan berlama di dalamnya untuk memberi kesempatan kepada jemaah lain pula.

6. BERKENALAN DAN BERBUAL. Berkenalanlah dengan teman sebelah menyebelah anda kerana perjalanan 9 jam tentu membosankan tanpa sebarang bicara dan tegur sapa. Pilih topik sesuai dan timbulkan sebarang kemusykilan bagi menghidupkan perbualan yang bermanfaat terutama bab pelaksanaan haji dan umrah. Wujudkan suasana bahagia dan gembira dengan cerita-cerita pengalaman menarik agar tidak terasa masa berlalu. Sebaiknya, jangan membongkar “jawatan” dan “siapa anda sebenarnya”, sekiranya anda seorang yang mempunyai kedudukan dalam kerjaya dan masyarakat. Hal ini akan menjadi halangan untuk berbicara santai dan mesra. Perlu ingat, ibadah haji tidak mengenal semua kedudukan itu, maka belajarlah menerima sesiapa sahaja yang menjadi teman kita baik di  dalam perjalanan, di bilik hotel, di meja makan dan di mana sahaja yang kita temui.

7. MENONTON VIDEO DAN MENDENGAR LAGU. Setiap penumpang dipinjam sebuah “headfon” untuk mendengar suara dari video di belakang kerusi di depan tempat duduk dan mendengar lagu melalui pilihan channel yang disediakan. Pilihan channel video dan lagu sangat banyak. Hanya kita yang harus mengawal diri agar tidak leka dengan filem-filem barat dan lagu-lagu yang tidak membantu meningkatkan rohani. Terdapat channel khas untuk panduan haji dan umrah, bacaan al-quran dan lagu-lagu nasyid. Bijaklah dalam memilih untuk kesejahteraan jiwa.

8. MAKAN DAN MINUM. Sediakan sedikit bekalan makanan dan minuman untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Saya suka mengunyah makanan secara perlahan-lahan sambil membaca buku. Roti, biskut, kacang, air minuman kotak dan makanan ringan lain yang sesuai boleh dijadikan bahan kunyah untuk terus segar dalam perjalanan. Jangan makan terlalu banyak kerana pihak MAS juga menyediakan 2 kali makan sepanjang perjalanan tersebut. Terlalu kenyang mengakibatkan kesan sampingan lain seperti sakit perut, cirit birit, tidur yang terlalu lama sehingga malas untuk melakukan aktiviti lain dan badan jadi lesu.

9. TIDUR. Jika sudah letih melakukan mana-mana aktiviti di atas dan mata sudah mulai mengantuk dan perlu rehatkan diri, maka tidurlah. Mudahan dengan tidur akan mempercepatkan perjalanan yang jauh dan dapat membantu menghilangkan kebosanan. Tidur juga memberi kerehatan kepada badan yang sudah letih. pastikan postur tubuh yang sesuai untuk memperolehi tidur yang nyenyak dan maklumkan kepada teman untuk tidak mengganggu tidur anda.

THK(31). Dataran Masjid Nabawi di waktu pagi selepas solat Subuh dan ketika “Bunga Kembang Pagi” menunggu masa untuk berkembang.

*************

Alhamdulillah, diharap 9 TIPS 9 JAM di atas membuka sedikit ruang untuk bakal jemaah haji berfikir tentang persiapan yang harus disediakan sepanjang perjalanan yang lama di udara. Mudahan kita semua diredhai Allah dan dimudahkan segala urusan untuk menunaikan ibadah haji menuju jalan ke Makkah. BERDOA dan terus berdoa dalam setiap langkah menuju kebaikan untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

“Ya Rabb, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” – Al-Baqarah: 201)


****************

26 Febuari 2012 (Ahad)/ 4 Rabi’ul Akhir 1433H/ 12.35 tengah hari- Sarikei, Sarawak

AKU…. yang memiliki hati tidak akan pernah mengalah kepada kesakitan yang dilalui. Tidak akan menyerah kalah kepada cinta yang menguji. Tidak akan pernah rebah tika kegagalan memunculkan diri. Tidak akan pernah membodohkan diri untuk terus menangis kepada apa yang datang memiris naluri. Aku yang diberi hati … akan mengeras diri untuk menghadapi segala “hidangan” dari Ilahi berbekalkan iman, takwa dan akal budi. Lindungilah aku, Ya Allah dengan rahmat-Mu. Aamiin.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

HARI INI…. ENGKAULAH YANG PALING BERHARGA

**************

About these ads

27 Responses to “CT91. 9 TIPS 9 JAM”

  1. SITI FATIMAH AHMAD February 26, 2012 at 1:15 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    DEDIKASIKU UNTUKMU…
    Nyanyian Sami Yusuf – Hasbi Rabbi Jalallah yang saya gemari untuk dizikirkan.

    Semoga beroleh kesejahteraan dalam kehidupan untuk setiap langkah yang diatur bagi mengejar kejayaan dan impian.

    Wassalam.

  2. Ejawantah's Blog February 26, 2012 at 11:47 pm #

    Ass…..

    Perjalanan spiritual yang panjang dan membutuhkan tenaga lahir dan batin dengans segala keikhlasannya Bun, semoga Allah selalu memberikan kebarokahan dalam kelimpahan yang luar biasa kepada Bunda sekeluarga. Salam teruntuk keluarga disana dari kami.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • SITI FATIMAH AHMAD February 28, 2012 at 11:22 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin. Mudahan Allah melimpahi barakah-Nya atas kita semua untuk apa yang telah kita laksanakan dalam meninggikan syiar-Nya di muka bumi ini.

      Salam sukses kembali untuk mas Indra dan keluarga Ejawantah semuanya.

      Terima kasih.

      • Ejawantah's Blog March 7, 2012 at 2:03 am #

        Sama-sama Bun.

  3. Akhmad Muhaimin Azzet February 27, 2012 at 3:33 pm #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillah…., terima kasih banyak ya, Mbak Fatimah. Sungguh, sembilan cara untuk mengisi waktu sembilan jam dengan baik. Saya sangat setuju, Mbak. Sebagaimana hidup tidak dalam perjalanan, satu atau dua jam saja, bila kita tidak mengisinya dengan aktivitas pun sungguh menjemukan. Namun, sebagai orang beriman, sungguh setiap detik waktu sangat penting untuk diisi dengan hal yang bermanfaat. Dengan demikian, setiap waktu berlalu dengan menyenangkan, termasuk dalam sembilan jam atau lebih di udara. Salam hangat persaudaraan ya, Mbak.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 28, 2012 at 11:32 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, terima kasih kembali.
      Semoga beroleh manfaat dari apa yang dicatat untuk kongsian bersama.

      “Demi masa, manusia selalu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh juga berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” – Al-Asr 1-3.

      Semoga kita sentiasa berada dalam masa yang selalu dimanfaatkan kerana semua langkah hidup ini akan diperhitung dan di[ertanggugnjawabkan.

      Salam ukhuwwah.

  4. ibnu February 27, 2012 at 6:42 pm #

    Kerinduan yang selalu mengundang hati dan jiwa raga datang berulang, sepanjang masa. Kebesaran ALLAH SWT atas niat bersih dan ikhlas kita senantiasa membawa berkah ketika pulang ke negeri ibu. Semoga semua kita memenuhi panggilan-MU ya ALLAH MAHA GHANIE. Trims mba Fatimah, inspirasi luar biasa ….

    • SITI FATIMAH AHMAD February 28, 2012 at 11:36 am #

      Alhamdulillah, mudahan kebaikan bisa dikutip dari pengalaman yang dilalui ini. Terima kasih Ibnu atas apresiasinya.

      Kerana rindu yang sejati itulah yang menggorak langkah kita untuk berkorban bagi menempuh jalan menuju Makkah. Semoga kita semua dimudahkan Allah untuk menunaikan panggilan agungnya. Aamiin.

      Terima kasih.

  5. ardiansyahpangodarwis February 27, 2012 at 8:47 pm #

    assalamua’alaikum wr.wb mba
    saya suka kata-kata berani bermimpinya mba
    dan saya berterima kasih sekali sudah membantu telah menuliskan ayat-ayat tentang impian
    semoha impiannya untuk keliling dunia cepat tercapai ya mba
    jadi bisa share :)

    • SITI FATIMAH AHMAD February 28, 2012 at 3:05 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian…

      Alhamdulillah, mudahan segala perancangan yang diimpikan bisa diperkenankan Allah. Aamiin.

      Sharenya … sudah tentu. Insya Allah.
      Terima kasih untuk doanya.

  6. Idah Ceris February 28, 2012 at 2:11 pm #

    bundaaaaaaaaaaaaaa. . .

    Tidak akan pernah membodohkan diri untuk terus menangis kepada apa yang datang memiris naluri.. . .

    sanat sukkaaaaa, karenaa akku cengeeeeeeeng bun. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD February 28, 2012 at 3:30 pm #

      Hehehe… kok suka banget nich, Idah.
      Apa selalu menangis ya kalau ada yang memiris naluri/hati ?
      Hmmmm… cengeeeeeeeng itu apa, ya ?
      Bunda nggak faham. :D

      • Idah Ceris February 28, 2012 at 3:44 pm #

        iyya bun. .

        cengeeeeng ituu suka menangiiis. .. ;)
        dikit2 nangiiis kalau ada yang menyayat harti. :D

        • SITI FATIMAH AHMAD February 28, 2012 at 3:59 pm #

          Hehehe… kayak anak-anak aja nich…. :D
          Tidak apa Idah… menangislah jika menangis itu bisa mereda kesakitan di dada. itukan lebih baik dari memendamnya.

          Bundamu ini jangan diikut lho… keras hati tapi lembut hati. ;) gimana ya !

          Menangis juga kok, masak tidak menangis, tapi sayang kalau airmata ini dibazir untuk hal yang sekadar memiris hati dan bisa ditawari dengan zikrullah yang Maha Sakti.

          Menangislah semahu-mahunya, jika Allah tidak lagi mempedulikan kita, Idah.

          Senyumlah, tak perlu kata apa-apa. :D

          • Idah Ceris February 29, 2012 at 6:13 pm #

            sudah mulai senyum kembali bundaaa. . .

            lagi binguung. . . :(

            • SITI FATIMAH AHMAD February 29, 2012 at 10:04 pm #

              Alhamdulillah.. bunda senang mendengarnya, Idah.

              Kok bingung lagi ya, apa belum ada solusi kepada masalah yang dihadapi ? ;)

              Semoga semuanya sudah selesai dan menceriakan. :D

  7. imsfly February 28, 2012 at 11:55 pm #

    perjalanan memang sangat membosankan, tp jika dengan niat yang sangat ingin pasti akan terasa cepet :lol:

    • SITI FATIMAH AHMAD February 29, 2012 at 7:37 am #

      Setuju Imsfly , tetapi kalau tidur, lagi cepat sampai,… :lol:
      kerana tidak terasa perjalanan yang jauh.

  8. Sayyidah 'Ali March 1, 2012 at 5:51 am #

    Assalamu ‘alaikum warahmatullah
    terimakasih mba tips 9 jam nya..sangat bermanfaat
    aku sering juga melakukan perjalanan bersama rombongan,,sering yg jadi pengalaman; “berusahalah menghindari maksiat, termasuk menghindari pantangan- pantangan keputusan pemimpin jamaah,, karena itu bisa memberatkan perjalanan kita,,dan tentunya juga berusaha mengamalkan adab- adab perjalanan menurut sunnah Rasulullah saw, Insya Allah , Allah mudahkan ..

    terimakasih mba telah share..jazakallah khairan katsiraa..

    • SITI FATIMAH AHMAD March 1, 2012 at 9:08 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb…mbak,

      Saya setuju mbak, jika pemergian kita dalam rombongan, maka adab perlu dijaga dan kepatuhan kepada pemimpin harus ditaati dalam hal yang tidak menyanggahi syariat. Adab sedemikian kurang diberi perhatian ketika bermusafir. Permuafakatan sangat penting dalam jemaah.

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat buat semua.
      Terima kasih kembali untuk kongsian pengalamannya, mbak. :D

      Salam ukhuwwah.

  9. Abed Saragih March 1, 2012 at 12:22 pm #

    Semoga tujuan dan apa yang kita rindukan selama ini dapat tercapai.Kiranya bunda disana dapat melaksanakan semua yang bunda idam-idamkan selama ini yaitu ketulusan hati berjumpa dengan sang Pencipta.Sehat-sehat ya bund.

    • SITI FATIMAH AHMAD March 1, 2012 at 1:40 pm #

      Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan Abed juga demikian sama.

      Aamiin… Ya Rabb, semoga apa yang kita niatkan secara ikhlas untuk dilakukan kerana Allah, mudahan akan dimakbulkan. Laksanakan ibadah sesuai dengan peranan kita sebagai hamba-Nya. Insya Allah, terimalah apa yang diberikannya untuk kita.

      Terima kasih Abed.
      Salam sejahtera.

  10. demam anak March 1, 2012 at 3:47 pm #

    menarik postingannya…salam kenal yaaa…

  11. Rahman Wahyu March 12, 2012 at 8:50 am #

    Sebuah perjalanan spritual yang membawa magfirah lahir batin, bermanfaat tidak saja bagi diri Mbak Siti, bisa berbagi tips pengalamannya bagi yang lain.
    Semoga dapat mengikuti jejaknya, memenuhi panggilanNya.
    Jadi satu tips untuk tiap jamnya yaa? :-)
    Salam berbagi hidayah.

    • SITI FATIMAH AHMAD March 12, 2012 at 6:31 pm #

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.

      Mudahan mas Rahman, Saya turut mendoakan jemputan akan hadir kepada mas Rahman suatu ketika yang Allah janjikan dalam suratan-Nya. Berdoa dan berusaha untuk segera ke sana. Insya Allah.

      Hehehe… saya juga tidak menjangka tulisan ini jadi 9 + 9 pula. Hanya satu kebetulan yang tidak disengajakan. Tetapi menarik setelah menelitinya kembali.

      Terima kasih hadir diri lagi.
      Salam ikhuwwah yang baik. :D

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT106. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1) « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - May 23, 2012

    [...] Sampai di bilik 0909, Hotel Moltaqal al-Alam, jam Casio di tangan menunjukkan pukul 1.45 pagi. Bermakna sudah memasuki tarikh 10 Oktober 2011 (Isnin). Hari pertama di Madinah. Kepenatan sangat terasa terutama di bahagian kaki yang masih kembang dan lutut yang semakin kuat denyutannya akibat perjalanan 9 jam di dalam pesawat seperti yang saya kisahkan di CT91. 9 TIPS 9 JAM.  [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: