CT89. TOMYAM SEAFOOD “AKIN”

19 Feb

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Berbicara dengan mbak Akin, empunya blog Try 2B Cool’ n Smart yang saya kenali awal sebagai Kaka Akin sangat menyenangkan. Beliau teman yang baik dan mesra. Beliau memanggil saya dengan nama BUNDA. Bukan tidak suka dipanggil bunda, mbak, tetapi terasa diri ini “tua” dengan panggilan demikian. :D. Hal ini kerana menyakini kami sebaya atau hanya berbeza beberapa tahun sahaja. Walau bagaimanapun, saya tetap senang dipanggil BUNDA. :D kerana panggilan itu satu penghormatan buat saya. Terima kasih, mbak Akin.

Dalam satu bicara kami pada pagi sabtu yang cerah, sedang saya berfikir-fikir mahu masak menu yang special hari itu, tiba-tiba mbak Akin menanya soalan yang paling saya sukai. :D “MEMASAK APA HARI INI ?” Terus saya jawab, “ingatnya mahu masak TOM YAM. Mbak tahu, masakan TOM YAM ?” “Masakan Thailand, ya !” balas mbak Akin. Lalu berlakulah cerita masakan TOM YAM secara panjang lebarnya kerana kami teruja bercerita itu ini tentang TOM YAM di Malaysia dan di Samarinda.

Mbak Akin menjelaskan bahawa TOM YAM adalah masakan restoran di Samarinda. Beliau belum  pernah mencuba untuk memesan menu tersebut dan belum pernah merasai masakan TOM YAM.  Saya maklumkan bahawa masakan TOM YAM adalah paling mudah dimasak. Saya menyukai masakan ini kerana rasa masam dan pedasnya. TOM YAM SEAFOOD adalah kegemaran saya dan menjadi menu istimewa di hujung minggu.

Tom yam SEAFOOD adalah campuran pelbagai bahan mentah seperti udang, sotong,  ayam dan  pelbagai sayuran. Kelazatannya lebih mantap apabila “rasa pedas cili” menjadi temannya. Kesimpulannya, semakin pedas, semakin enak. Cuma, keenakan rasa dan aromanya bergantung kepada bumbu, bahan dan “keikhlasan” hati yang memasaknya.  Anak-anak saya selalu memuji keenakan TOM YAM saya… ;)Alhamdulillah. Saya kan “CHEF TWO” terbaik di Malaysia selepas CHEF ONE (WAN) . :D

Sebelum itu, saya mahu khabarkan secara ringkas sejarah TOM YAM ini. Tom yam merupakan makanan popular dari Thailand dan Laos. “Tom Yam” atau “Tom Yum”  bermaksud “sup pedas”. Makanan ini dicampurkan dengan bermacam herba atau perencah, kemudiannya menjadi hidangan popular di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.

Bahan bumbunya boleh dibuat sendiri atau yang telah disediakan di pasaran. Saya lebih suka bumbu yang segera dimasak kerana sangat cepat dan tidak memenatkan. Tom yam boleh dibuat dengan dua perasa iaitu rasa semulajadi atau rasa santan pekat. Kedua-duanya enak dan tiada bandingannya.

Akhirnya, saya berjanji dengan mbak Akin untuk memaparkan resipi dan langkah membuatnya di blog ini. Semoga mbak Akin dapat memasak TOM YAM di Samarinda dengan bantuan dari saya di Malaysia. Ternyata persahabatan antara dua negara memberi manfaat yang besar di dunia maya. Betulkan, mbak Akin ? :D

Berikut adalah bahan yang perlu mbak Akin sediakan dan langkah-langkah memasaknya. Terimalah menu TOM YAM yang saya namakan;

TOM YAM SEAFOOD “AKIN”

SELAMAT MENCUBA MBAK AKIN DAN JUGA SAHABAT LAINNYA. :D

Foto 1. Sediakan bahan mentah (sotong, udang dan ayam) mengikut banyak yang disukai dan boleh ditambah lagi jenisnya atau hanya sejenis sahaja. Kadang kala saya hanya memasak TOM YAM AYAM atau TOM YAM UDANG sahaja. Potong semua bahan mengikut saiz yang mbak Akin kehendaki. Sebaiknya saiz yang sederhana agar cepat masak.

Foto 2. Bawang merah (3 biji), bawang putih (2 biji), bawang besar (1 biji),  cili (2 biji atau lebih mengikut kepedasan. Jika mahu lebih pedas, guna cili api yang kecil, kepedasannya memang tingkat tinggi. :D). Semuanya itu dihiris. Manakala serai (5 batang) dipecahkan untuk aromanya dan 3 helai daun limau purut dicarik-carik sahaja daunya.  (daun inilah yang meningkat aroma keenakan masakan TOM YAM dan sebagainya. Kerana suka masakan bercampur daun limau purut, maka di rumah saya ditanam pokok limau purut.)

Foto 3. Bahan pelbagai sayur mengikut banyak yang dikehendaki. Sayuran dipotong mengikut saiz yang disukai. Kebiasaannya inilah sayuran pilihan saya. Sebagai jururawat (nurse), mbak Akin pasti lebih mantap ilmunya tentang khasiat sayuran dan nutriennya. Saya seperti menggurui mbak sahaja dalam hal ini. :D

Foto 4. Tofu telur ini sekadar bahan tambahan yang menjadi kegemaran saya. Jika tidak ada di Samarinda, tidak mengapa, mbak. Tom yam tetap sedap dan enak rasanya. :D

Foto 5. Ini adalah bahan bumbu segera (sambal tom yam) yang siap guna untuk masakan TOM YAM.  Sambal tom yam ini dibuat daripada cili, lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, udang kering, jus limau dan minyak sayur. Hanya masukkan beberapa sudu mengikut kepedasan yang disukai. Aroma tom yamnya akan semerbak harum apabila air mulai mendidih hangat.

Foto 6. Biasanya masakan tom yam saya akan dicampur dengan perencah tom yam MAGGIE (MAGGIE tom yam flavour) untuk meningkatkan rasa tom yam sejati dan keenakan yang meliurkan…hehehe. Apakah perencah tom yam MAGGIE ada di Samarinda, mbak ? Jika tidak ada, tidak mengapa. Hanya bahan tambahan sahaja.

Foto 7.  Sekarang kita masuk kepada fasa langkah-langkah memasak Tom Yam Seafood “Akin”. Cara yang sangat mudah kerana hanya mencampak segala bahan-bahan tadi tanpa mengeluar sebarang peluh..hehehe. Sambil menunggu tom yam masak, mbak Akin boleh membaca buku atau istirehat jika tidak ada masakan lain menyusul selepasnya. ;)

Banyak pula intro yang tak termasuk dalam langkah ni. Ok, mbak. foto di atas bermaksud menyuruh mbak Akin menyediakan periuk yang sesuai untuk memasak tom yam dan masukkan air mengikut takaran yang mbak kehendaki. Kerana masakan tom yam adalah sejenis sup maka, airnya tentu lebih banyak dari bahan yang disediakan. :D

Foto 8. Masukkan ayam yang telah dipotong dahulu bersama air sehingga mendidih dan masak isinya.

Foto 9. Masukkan pula semua bahan hirisan bawang ke dalam periuk yang sedang mendidih airnya

Foto 10. Setelah bawang kelihatan masak, masukkan pula udang, batang serai dan sambal tom yam. Gaul hingga sebati. Jangan terlalu lama gaulannya. Dalam dua minit….

Foto 11. … setelah 2 minit, masukkan sotong dan biarkan dalam tiga minit lagi agar semuanya masak. Jangan lupa, mbak… jika ada perencah tom yam MAGGIE, maka masukkan perencah tersebut dan gaul lagi hingga sebati. Masya Allah, terlupa pula mbak, masukkan garam dan gula secukup rasa mengikut cita rasa mbak sendiri.

Foto 12. Akhir sekali, masukkan semua sayuran, cili, daun limau purut dan tofu telur sebagai mengakhiri sesi memasak TOM YAM SEAFOOD “AKIN” ini. Tunggu selama 2 minit. Siap di masak dan sedia untuk dihidangkan sebagai menu tengah hari atau malam. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. 

MBAK AKIN, INILAH MENUNYA….

ISTIMEWA UNTUK KAKA AKIN YANG BAIK DAN MANIS

****************

19 Febuari 2012 (Ahad)/ 27 Rabi’ul Awwal 1433H/ 6.20 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. dan sebuah persahabatan akan selalu indah dalam keakraban yang tidak pernah longlai dan rongkai. Meski badai melanda bersama gemuruh halilintar yang berusaha meleraikannya, tetap ku jalin gugusan bintang kesetiaan yang menjadi petunjuk buat SEBUAH KEIKHLASAN yang abadi. Terima kasih Ya Allah, untuk persahabatan yang selalu indah dan akan ku hargai selama-lamanya di dunia dan di akhirat. Aamiin.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

MBAK AKIN….

PERSAHABATAN DAPAT MELIPATGANDAKAN KEGEMBIRAAN DAN SANGGUP MEMBAHAGIKAN KESUSAHAN.

About these ads

28 Responses to “CT89. TOMYAM SEAFOOD “AKIN””

  1. kangmartho February 19, 2012 at 10:38 pm #

    Assalamu’alaikum wr. wb.
    sekedar mengamankan pertamax, lama tak kunjung kemari blog (=tulisannya) makin OK saja dan juga macam tulisannyapun berfariasi.
    sepakat Bun dengan tulisan di atas terutama di bagian akhir yaitu “PERSAHABATAN DAPAT MELIPATGANDAKAN KEGEMBIRAAN DAN SANGGUP MEMBAHAGIKAN KESUSAHAN.
    dan maaf apabila saya jarang berkunjung di blog ini dikarnakan aktifitas di dunia nyata begitu padatnya…

    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD February 20, 2012 at 8:04 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Martho…

      Terima kasih mengawali komentar di posting khas mbak Akin ini walau dalam kesibukan melanda namun tetap berusaha ngeblog kemari. Senang menerima kunjungan Kang Martho lagi di masa depan.

      Semoga segala aktivitas di dunia perguruan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Iya… saya juga jarang kini untuk blogwalking atas kesibukan yang kian membukit. Tapi berusaha mencari ruang agar tetap menulis dan berbagi.

      Salam sukses dan salut buat Kang Martho, seorang guru yang dedikasi. :D

  2. Evi February 19, 2012 at 10:57 pm #

    Aduh tom yum soupnya enak nian kelihatannya Bu..Dan namanya manis pula, Akin.. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD February 20, 2012 at 8:09 am #

      Hehehe… benar mbak,
      Walaupun supnya masam, tapi jadi manis kerana nama Akin. :D

  3. ardiansyahpangodarwis February 19, 2012 at 11:32 pm #

    assalamu’alaikum wr.wb
    belum pernah nyobain
    tapi ngiler lihat tofu telur sama kubisnya mba :)

    • SITI FATIMAH AHMAD February 20, 2012 at 8:24 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian…

      Silakan coba kerana sudah diberi segala panduan di atas.
      Tofu telur juga ada di sana ya ? Maksudnya di tempat Ardian.

  4. die February 20, 2012 at 12:36 am #

    Assalamualaikum Bunda Siti,
    Bolehkah nanda mengirimkan alamat agar bunda bisa mengikrimkan udang galah tu?

    • SITI FATIMAH AHMAD February 20, 2012 at 8:34 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Aldy…

      Boleh, tidak ada masalah kalau alamatnya di kirimkan ke bunda. Tapi Sebelum itu, bunda mahu nanya dulu…

      Apakah nanti udang galahnya tidak busuk kalau mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke sana. ?

      Di sana tidak ada udang galahkah sehingga mahu makan udang galah Sarikei pula ? :D

  5. kakaakin February 20, 2012 at 12:48 am #

    Waahh… Hati saya berbunga-bunga, karena nama saya telah disebutkan, hehe…
    Mudah sekali cara memasaknya ya, Bunda. Bumbunya pun diiris-iris saja :D
    Insya Allah saya akan mencobanya. Saya akan mencari bumbu tomyam di supermarket di kota saya. Saya juga belum pernah melihat Maggi tomyam :D
    Oiya, udang yang Bunda masak itu, harganya lumayan mahal di Samarinda. Mungkin saya akan menggunakan udang yang lebih kecil dan lebih murah. Boleh kan, Bunda?
    Terima kasih atas resepnya ya, Bunda. Sepertinya keluarga saya akan menyukainya, asalkan tidak terlalu pedas :)

    • SITI FATIMAH AHMAD February 20, 2012 at 8:44 am #

      Alhamdulillah, tetamu yang diundang sudah tiba ke dapur Siti Fatimah Ahmad. :D

      Semoga sukses mencobanya mbak. Jika mbak tidak menemui bumbu tomyam di sana, maka akan saya maklumkan resipi “original” KHAS TOMYAM TANPA BUMBUNYA. sangat mudah sekali. :D

      Hehehe.. udang galah sangat mahal ya di sana. Kalau di Sarikei, harganya masih murah dalam RM18 dan ke atas, mengikut saiz udang juga. Saya sudah jadi bosan makan udang di sini, mbak kerana terlalu murahnya. Tempat saya, udang sangat banyak tetapi mengikut musim juga. Jangan resah mbak, udang lain juga boleh di gunakan. :D

      Tidak mengapa kalau tidak pedas, saya juga biasa membuat tomyam kurang pedas kerana anak-anak tidak menyukai rasa pedas.

      Silakan mencoba dan nikmati kelazatan tomyam ini bersama keluarga.
      Jika sudah merasainya, sila maklumi saya biar saya tahu keenakannya dari mbak Akin pula. Pasti beres kalau mbak Akin yang masak.

      Thanks mbak Akin. :D

  6. Mabruri Sirampog February 20, 2012 at 4:16 pm #

    Assalamu’alaikum wr wb, bunda..
    lama tak berkunjung kemari juga, dimaklumkan lagi banyak kgiatan di dunia nyata. semoga bunda sekeluarga selalu sehat. aamiin.

    waaahh, nama masakannya ada Kak Akin-nya,, hheheh. Kenal dengan kak Akin memang suatu yang membahagiakan. smoga suatu saat nanti bisa ketemu langsung ya Bun dg kak Akin.

    Tom Yam, baru dengar nama masakan jenis ini bunda, dan sepertinya ini bikin ngiler saja. Tidak tepat momennya saya mampir baca postingan ini di hari sore Senin ini. hihi, soalnya Tom Yamnya begitu menggoda iman bunda.. heheheh

    • SITI FATIMAH AHMAD February 20, 2012 at 9:27 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Alhamdulillah, saya sihat dan senang dengan kunjungan Mabruri. Diharap Mabruri sukses dengan kegiatan di dunia offline.

      Iya, special untuk mbak Akin yang ingin merasai masakan tom yam. semoga dia bisa memasaknya dan merasai sendiri tom yam tersebut.

      Silakan dicoba oleh Mabruri kalau mahu merasai keenakannya atau cari ke restoran sebagai cara mudah tanpa memasak sendiri. :D

      Tom yam memang selalu menggoda iman… sehingga makannya tidak rasa akan bertambah-tambah kerana enaknya.

      Salam ceria.

  7. Idah Ceris February 20, 2012 at 6:03 pm #

    Bundaaaaaaaaaaaaaa. . .

    mauuuuuuuuuuuuuuuuu? :(

  8. Nurdin Sele February 21, 2012 at 12:12 pm #

    Wauuuuuw, sedaaaapnyaaaaa….
    Jadi LAPAR deh

  9. awan putih February 21, 2012 at 10:32 pm #

    assalamu alaikum umiku sayang, wadddduuuhhh jadi ngiler rasanya melihat masakan umi, kebetulan dirumah lagi kebanjiran udang besar, bolehlah neni mencuba resep dapur dari umi, kalau ada kesempatan..hehe…

    umiiii, neni pesan satu porsi yach.. :)

    miss umi…

    • SITI FATIMAH AHMAD February 22, 2012 at 11:35 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni sayang…

      Umi kirim dua porsi ya… Apa ? ngak cukup ?
      Tadi kan mintanya satu aja dong. ;)

      Jika punya kesempatan, Neni coba sendiri di rumah… kan kebanjiran udang besar di sana. Pasti si udang senyum ria kerana akan dijadikan lauk istimewa…hehehe.

      Maaf, semalam ngantuk sangat.
      Tertidur tanpa pamit. :D
      Salam sayang dan rindu dari Umi.

      • awan putih February 23, 2012 at 6:13 am #

        iiya nich umi,tak cukup masih lapar :(,

        udangnya ketawa ketiwi meliaht umi… eeettttssss melihat neni :)

        • SITI FATIMAH AHMAD February 23, 2012 at 7:34 am #

          iya udah…. jangan makan terlalu banyak, nanti sakit perut. Bukankah Rasulullah pesan, makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang. :D

          Hehehe… tapi udang itu sembunyikan diri kalau lihat umi. Takut barangkali akan dilauk jadi tomyam.

          miss you, neni. Thanks ya.

      • awan putih February 23, 2012 at 6:14 am #

        mana cukup umi kalo hanya seporsi, neni makannya 3 porsi :)

        • SITI FATIMAH AHMAD February 23, 2012 at 7:37 am #

          Masya Allah.. (sambil geleng-geleng kepala)..
          Apa benar ni Nen ? ;)

          Umi bimbang selepas makan 3 porsi, Neni akan ke WC….hehehe.

  10. dhila13 April 13, 2012 at 3:45 pm #

    Subhanallah…. pengennn :D

  11. ervina June 13, 2012 at 8:30 pm #

    Assalamualaikum mbak Siti Fatimah Ahmad
    kebetulan lihat resep ini, beberapa waktu lalu vina sempat makan di restoran di Samarinda yummy betul…pengen buat untuk keluarga cuman belum nemu maggi dan paste ataupun sambel tomyam…hik…hik…yang orisinal tanpa semua itu gimana buatnya????terima kasih sebelumnya…:)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 15, 2012 at 10:41 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ervina…

      Alhamdulillah, kalau Vina sudah merasakan Tom Yam ini. Jadi sukar untuk mendapat bahan bumbunya di sana ya. Tidak mengapa Vina, saya akan berikan resepi asli tanpa bumbunya. Sangat mudah tetapi mungkin rasanya ada beza sedikit dan memerlukan kemahiran merasainya. :D

      Begini ya, ikuti semua bahan di atas kecuali mencampurkannya dengan perencah Maggie dan paste Tom Yam.

      Untuk gantinya, masukkan perahan AIR BUAH LIMAU KASTURI (kecil) ke dalam Tom Yam tersebut mengikut jumlah kemasaman yang Vina kehendaki dan tambahkan juga serai untuk meningkat rasanya.

      itu sahaja rasa aslinya. Mudahkan. Silakan mencoba dan maklumi jika sudah memakannya.

      Terima kasih Vina atas kunjungan dan komentarnya.
      Semoga sukses. :D

      • ervina June 15, 2012 at 6:50 pm #

        Wa’alaikumsalaam wr.wb
        Terima kasih, mbak tapi kemarin akhirnya vina dapat dah instantnya mirip juga dengan yg di resto…dan semua keluarga dapat merasakannya dan menyukainya…terima kasih atas bantuannya nanti vina nak coba jua yang tidak menggunakan instantnya….:)

        • SITI FATIMAH AHMAD June 16, 2012 at 12:02 pm #

          Alhamdulillah, jika sudah ditemui pastenya.
          Silakan mencoba yang asli jika mahu merasakan kelainannya.

          Memasak resepi Tom Yam ini sangat mudah, Vina. Cuma perlukan kesabaran untuk menyediakan bahannya aja.
          Apabila sudah masak, tidak sabar sekali untuk memakannya. Enak dan lazat, jika pedas keenakannya lagi terasa.

          Terima kasih Vina kerana memaklumi khabar dari sana. Saya gembira mengetahui bahawa Vina dan keluarga sudah merasai masakan Tom Yam Vina sendiri. Salut ya. :D

          Salam ceria di penghujung pekan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 169 other followers

%d bloggers like this: