CT88. MUHAMMAD, THE WORLD’S MOST INFLUENTIAL PERSON

16 Feb

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hari ini (14 Febuari 2012 – Selasa), hatiku melonjak bahagia tidak terkira. Sebenarnya perasaan itu berlaku sejak semalam (13 Febuari 2012 – Isnin) apabila melihat kain rentang (banner) putih terlentang megah di dada pagar Masjid Besar Al-Muttaqin, Sarikei. Banner itu memaparkan Ceramah Maulid Rasul oleh Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz. Beliau adalah mantan Imam Masjid Negara dan mantan Pegawai Agama Istana Negara, juga seorang tokoh pendakwah terkenal di Malaysia. Beliau akan berbicara tentang manusia paling agung iaitu,

  MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz (foto kecil di atas) sedang memberi ceramah bertajuk “TANDA-TANDA KELAHIRAN RASULULLAH SAW” di Masjid Besar Al-Muttaqin, Sarikei

Para jemaah sedang mendengar ceramah

****************

Sepanjang hari di pejabat dalam kesibukan yang mencengkam segala rasa, hatiku menghitung setiap saat berlalu menunggu petang menjelma. Setiap perkara yang bersangkutan dengan Rasulullah SAW selalu menjadi perhatian yang mengasyikkan.

“Hari ini aku akan bertemu denganmu Ya Rasulullah, walau hanya mendengar cerita tentangmu, tetapi aku bertemu denganmu dalam cerita-cerita itu. ” bisik hatiku dengan senyum bersama linangan air mata menahan rindu  sambil memandu laju kereta Kancil comelku untuk pulang ke rumah sehabis waktu pejabat jam 4.30 petang dan bersiap-siap pergi ke masjid  pada jam 6.30 petang bersama suami dan Akram.

Akram seperti aku juga, selalu teruja apabila hal-hal bersangkutan Rasulullah saw menjadi bualan. Akram sangat berbangga dengan namanya MUHAMMAD dan selalu merasa dekat dengan Rasulullah kerana nama itu. Selalu berbangga dengan namanya AKRAM kerana namanya tercatat di dalam surah al-Alaq, ayat 3. “Iqra’ warabbukal AKRAMU.” Akram sangat suka menghafal surah ini dan membacanya dalam solat.

Masjid Besar Al-Muttaqin, Sarikei

**************

Wajahku secerah mentari petang yang kian hangat walau usianya mulai menjelang senja. Tumpuanku terarah mengingati sang kekasih yang mulia di hati, yang HANYA KU KENALI MELALUI BICARA KATA DAN TULIS BAHASA.  Siapakah dia yang selalu mencuri perhatianku siang dan malam ? Siapakah dia yang selalu menghuni di hatiku pagi dan petang? Dialah Rasul kekasihku yang…

(1) TIDAK PERNAH KU LIHAT WAJAH KACAKNYA;

Jabir bin Samurah r.a meriwayatkan,”saya melihat Rasulullah saw pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap beliau dan memandang bulan. Sungguh menurutku, beliau lebih indah daripada bulan. ” (Riwayat Tirmidzi, Darimi, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

(2) TIDAK PERNAH KU LIRIK SENYUM MANISNYA;

Abdullah bin Harits bin Jaza’ r.a yang bermaksud:“Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Saya telah menulis posting khas tentang senyum Rasulullah dalam  CT35. SENYUMLAH ! SEBAGAIMANA RASULULLAH SAW SENYUM

(3). TIDAK PERNAH KU DENGARI LEMBUT BICARANYA

Hasan bin Ali r.a meriwayatkan yang bermaksud; “Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kepadanya, “Gambarkan kepadaku bagaimana cara Rasulullah  berbicara ? Dia berkata: ” Rasulullah adalah seorang yang tampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara seperlunya. Beliau memulai  dan mengakhiri perbicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. ucapan beliau selalu padat, detail dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.” (Riwayat Tirmidzi)

(4) TIDAK PERNAH KU HADAP TUBUH FIZIKNYA

Al-Bara’ Ibn Azib r.a meriwayatkan yang bermaksud, “Postur tubuh Rasulullah saw, sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara bahunysa (pundak), lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

dan hanya dikongsi segala suka dan duka hidupnya Sungguh aku merindui insan agung yang mulia ini di hatiku.

Kecintaan yang tinggi terhadap baginda Rasul saw menjadikan aku seorang perindu tegar yang sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan wang untuk mendekatkan aku kepada Rasulullah saw walau hanya mendengar dari bicara orang lain, peribadi Rasulullah saw selalu berjaya menerbitkan air bening di kelopak mataku sehingga menjurai-jurai laju tak tertahan.

Masya Allah hebatnya manusia bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH ini.

THK(26). Di hadapan bangunan ini, bersamaan Kubah Hijau, saya dengan hati bahagia memberi salam kepada Rasulullah saw, saidina Abu Bakar r.a dan saidina Umar r.a.  Airmata tak tertahan kerana rasa dekat yang amat walaupun tidak melihat maqam baginda dan sahabatnya. Saya “berbicara” dengan Rasulullah menyatakan rasa rindu ingin bertemu dan memohon doa untuk mendapat syafat dan pertemuan dengan baginda nanti.

***************

Mari kita lihat apakah bicara-bicara musuh Islam tentang Muhammad ku, THE CHOSEN ONE, malah mereka mengagumi Rasul ku ini.

****************

(1). UTBAH IBN RABI’AH (PEMIMPIN KAUM QURAISY)

Memberi tahu kaumnya, “Aku tidak pernah mendengar suatu bacaan (al-Quran) seperti ini. Demi Allah, ini bukan syair, sihir atau nujum. Sekarang kaum Quraisy, terimalah kata-kataku dan serah tanggungjawab ini kepadaku. Biar dia melakukan apa sahaja dan jangan memalukannya. Demi Allah, bacaan (al-Quran) yang ku dengar itu penuh dengan akibat yang besar. Jika penduduk Tanah Arab membunuhnya, kamu akan terselamat daripadanya dengan mudah. Tetapi jika dia menguasai Tanah Arab, kerajaannya akan menjadi kerajaan kamu, kuasanya akan menjadi kuasa kamu dan kamu akan menjadi bangsa yang paling beruntung melaluinya. “

(Ibnu Ishak, Seerah Rasul Allah, terjemahan Inggeris oleh A. Gaullaume, hal. 133)


(2). MAJOR ARTHUR GLIN LEORNARD

“Seorang manusia yang bukan sahaja agung, tetapi merupakan salah seorang manusia yang paling agung. Paling benar,  yang pernah dilahirkan di kalangan umat manusia. BENAR -  kerana baginda benar kepada dirinya, kepada para pengikutnya dan lebih penting lagi KEPADA TUHANNYA…. Inilah anugerah Pencipta yang paling tinggi kepada jiwa yang murni, sederhana dan mulia. Dengan itu merupakan keperibadian diri baginda yang sebenar.”

(ISLAM, MORAL AND SPRITUAL VALUES, hal. 20 – 21: 106 – 106, Luzac and. Co., 1909)

(3). THOMAS CARLYLE

“Tidak ada seorang yang sesuai untuk melakukan sesuatu, apa lagi bersungguh-sungguh tentangnya, yakni apa yang saya namakan SEORANG YANG IKHLAS. Saya harus katakan bahawa keikhlasan  iaitu keikhlasan yang dalam, benar dan sejati merupakan ciri utama manusia yang berani…. MUHAMMAD INI… dan risalah yang disampaikannya adalah risalah sebenar. Kata-kata manusia (Muhammad) bukan palsu dan usahanya bukan sia-sia, tidak ada kebodohan dan kesamaran untuk menghidupkan semula dunia (yang telah mati) kerana Pemerintah dunia telah memerintahkan sedemikian.”

(Thomas Carlyle, On Heroes, Hero-Worship and The Heroic in History, hal. 280-21, New York, 1911)

(4). DIWAN CHAND SHARMA

“Muhammad adalah suatu jiwa yang bijaksana dan pengaruhnya dirasai dan tidak akan dilupakan oleh orang-orang yang disekitarnya.”

(Diwan Chand Sharma, seorang sarjana beragama Hindu dalam bukunya THE PROPHETS OF EAST, Calcutta 1935, hal. 122)

(5). JOHN WILLIAM DRAPER

“Empat tahun setelah kematian Justinian, 569 M, lahir di Makkah di Tanah Arab, seorang yang memberi pengaruh yang terbesar bagi umat manusia. Orang itu adalah MUHAMMAD…”

(John William Draper dalam bukunya, A History Of The Intellectual Development Of Europe, London 1875)

(6). MICHEAL HART

“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive.”

- MICHEAL HART (1978)

Hasil dari kajian Micheal Hart dari 10 kedudukan terbaik dari 100 orang yang berpengaruh dalam sejarah dunia adalah seperti berikut:

1. MUHAMMAD SAW – SECULAR AND RELIGIOUS LEADER
2. Isaac newton – Scientist
3. Jesus Christ – Spiritual leader
4. Gautama Buddha – Spiritual leader
5. Conficius -  Philosopher
6. Saint Paul – Christian apostle
7. Cai Lun – Political official in imperial Chin
8. Johannes Gutenberg – Inventor
9. Christhoper Columbus – Explorer
10. Albert Einstein - Scientist

***************

AKU BERBANGGA MENJADI PENGIKUTMU, BERBANGGA MENJADI UMATMU,  BERBANGGA, SANGAT BERBANGGA, YA RASULULLAH.

*************

THK(27). Kelihatan “Bunga Kembang Pagi” sedang menguncup apabila senja sudah semakin tua menandakan Maghrib akan masuk. Bangunan menuju ke Bab al- Salaam, khusus untuk jemaah lelaki. Sayup kejauhan lampu menyinari ruang masuk pintu tersebut dan sentiasa sesak dengan manusia yang berebut-rebut untuk ke Raudhah.

Di pihak jemaah wanita di sebalik kejauhan bangunan itu, memanjang dari timur ke barat dengan melalui Bab al-Nisa (Pintu Wanita), harus mengikut jadual tertentu untuk ke Raudhah. Sangat jauh dan ketat perjalanannya walaupun dekat.  Sungguh pengalaman yang memeritkan bila memasuki Raudhah buat kali kedua atas paksaan suami. Sedangkan saya merasakan cukup sekali sahaja. tapi suami tidak percaya saya sudah memasuki Raudhah. Untuk menyenangkan hatinya, saya pergi jua dengan hati yang separuh, berusaha untuk sabar kerana harus mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Raudhah sedangkan kali pertama ke Raudhah hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Subhanallah.

THK(28). BAB AL- SALAAM – pintu masuk ke Raudhah untuk jemaah lelaki. Nama asal Bab al-Salaam ialah Bab Marwan, kerana ia berdekatan dengan rumah Marwan bin Hakam. Sebab dinamakan Bab al-Salaam kerana ia bertentangan dengan tempat orang memberi salam kepada Rasulullah saw.

****************

15 Febuari 2012 (Rabu)/ 23 Rabi’ul Awwal 1433H/ 11.53 malam- Sarikei, Sarawak

AKU…. di tengah-tengah perjalanan ini. Seseorang telah menghadapi kedewasaannya adalah AKU yang berani menanti wujud dalam diri. Doa seorang perindu adalah kehidupan yang serupa milik SEKEPING HATI.  Mengenalimu… adalah anugerah yang paling berharga. Subhanallah…..

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

KU SEBUT NAMAMU…. NAMUN ADA RINDU YANG LEBIH DARI ITU

About these ads

37 Responses to “CT88. MUHAMMAD, THE WORLD’S MOST INFLUENTIAL PERSON”

  1. SITI FATIMAH AHMAD February 16, 2012 at 11:04 am #

    Assalaamu’alaikum wr.wb, sahabat sekalian…

    Silakan bersama menikmati salawat atas Nabi saw nyanyian SAMI YUSUF yang sangat mengasyikkan serta membuat hati menjadi sayu ketika mendengarnya. Salawat ini menjadi teman ketika saya sedang menulis artikel-artikel di blog ini. Semoga berbahagia semuanya.

    SALAWAT INI UNTUKMU YA RASULULLAH.

    wassalam.

    • Kopralogic February 18, 2012 at 1:33 am #

      Hatur tangkyu atas hadiah lantunan shalawatnya

      • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 8:30 pm #

        Alhamdulillah, semoga dengan selalu berselawat, kita bisa mendapat syafaat dari baginda Rasul. Aamiin.

        Thanks Kang KC.

  2. Idah Ceris February 16, 2012 at 11:30 am #

    Salam Senyuum Bunda. . .
    cup cup. . di pipi bunda. :D

    ingin hati memegang gambar “love” yang bertuliskan Siti Fatimah Ahmad. . . ;).
    kalau membaca artikel yang bunda tulis koq jadi membayangkan pada jaman dulu. . .sambil menyimak, membaca koq jadi membayangkan ya Bun. . .
    tokoh-tokoh yang disebut di atas seperti UTBAH IBN RABI’AH (PEMIMPIN KAUM QURAISY) dan teman yang lain, idah belum pernah mendengarnya. . .baru mendengarnya disni. . .mungkin karena gak punya bukunya ya Bun?

    manusia paling agung iaitu”. . .kalimat ini maksudnya apa ya Bun?

    • SITI FATIMAH AHMAD February 16, 2012 at 9:10 pm #

      Hmmm… patutlah seharian ini, pipi bunda terasa hangat dan memerah aja nih. :D

      Hehehe… silakan aja memegangnya bersama hati dan perasaan Idah. Bunda senang sekali. Semoga memberi kegembiraan buat Idah.

      Tokoh-tokoh demikian ditemui dalam Ensiklopedia Sirah yang tentunya tidak semua dimiliki orang kerana mahal harganya. Untuk satu buah buku aja berharga RM100 (Satu Ratus Ringgit Malaysia).

      Manusia paling agung itu maksudnya…terbesar, tertinggi, teristimewa atau terkemuka dari yang sedia ada kerana dimuliakan Allah atasnya. Semoga bisa mencerahkan Idah.

      Terima kasih untuk kunjungan dan komentarnya
      Salaam senyum buat Idah. :D

      • Idah Ceris February 17, 2012 at 10:05 am #

        ensiklopedia sirah?

        adakah di gramed bun?

        emmm. . .RM100 kalau di RP berapa yaa bun? ;)

  3. Akhmad Muhaimin Azzet February 16, 2012 at 5:03 pm #

    Subhanalloh walhamdulillah…
    Berdesiran hati saya membaca postingan Mbak Fatimah ini. Sungguh, betapa rindu di dada kepada Rasulullah Muhammad SAW semakin penuh saja. Bukan saja akhlaknya yang mulia, namun fisiknya juga berbeda dengan manusia pada umumnya. Banyak riwayat yang menjelaskan bahwa para sahabat betapa senang dan damai bila memandang wajah Rasulullah SAW., bahkan hanya duduk berdekatan dengan beliau saja. Duh, Ya Nabi, Salam ‘Alaika, Ya Rasul, Salam ‘Alaika….

    • SITI FATIMAH AHMAD February 16, 2012 at 10:10 pm #

      Semoga keinginan dan hasrat untuk bertemu Rasulullah akan diperkenankan Allah. Sosok tubuh yang secara holistiknya sangat mengagumi semua orang apatah lagi disertai dengan akhlak yang mulia.

      Baginda Rasul memberi inspirasi sebagai model terbaik manusia untuk hidup dan menghidupkan dirinya di muka bumi ini.

      Marilah kita selalu berselawat atas baginda saw kerana Allah dan malaikat-Nya juga berselawat atas baginda saw. Subhanallah.

      Terima kasih Amazzet.

  4. bluethunderheart February 17, 2012 at 2:45 pm #

    bunda……blue datang menyapa meski bunda sedikit lelah menyapa blue………………xixiixix
    semoga selalu sihat y bunda disana
    senang rasanya masih selalu dapat hal yg menarik disetiap postinganmu,bunda
    salam hangat dari blue

    • SITI FATIMAH AHMAD February 17, 2012 at 6:14 pm #

      Hehehe… iya dech, Blue.
      mahu beri alasan apa lagi kalau bunda ini punya “sedikit lelah” untuk menyapa nanda Blue di sana.

      Insya Allah, semoga selepas ini, bunda bisa selalu menyapa Blue.
      Terima kasih mengingati bunda tentang ini. maafi bunda ya. Semoga silaturahmi ini tetap berjalan baik. Aamiin. :D

      Salam hangat kembali.

      • bluethunderheart February 17, 2012 at 7:29 pm #

        terima kasih snagat y bunda atas sapaannya
        sellau ada doa tuk kebahagiaan bunda sekeluarga disana
        salam hangat dari blue

        • SITI FATIMAH AHMAD February 17, 2012 at 8:56 pm #

          Alhamdulillah.
          Aamiin… Ya Rabbal ‘alamiin.
          Didoakan juga nanda Blue demikian sama.

          Masih di Jakarta, Blue ?

          Terima kasih untuk sapaannya lagi dan salam hangat dari bunda juga. :D

          • bluethunderheart February 18, 2012 at 6:54 pm #

            masih.bunda di malaysiakan?
            kapan kapan ajak blue kesana donk bunda……nanti blue akan bacakan puisi dan prosa di blog blue didepan murid murid bunda………ehhehe……canda bunda ku tersayang..blue sneng bl ada yg ajak baca puisi,prosa atau monolog soalnya…..gratis bunda.kerana seni snagatlah nyaman buat jiwa blue…
            salam hangat dari blue
            salam tuk sekeluarga bunda tersayang disana yach

            • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 8:44 pm #

              Alhamdulillah, Iya, bunda masih di sini juga.
              Ternyata Blue tetap Blue yang suka dengan bahasa dan seni yang mempunyai nilai estetika yang menyamankan halwa jiwa.

              Semoga diteruskan usaha memartabatkan keindahan sastera ini dengan gaya tersendiri.

              Terima kasih dan salam ceria di penghujung pekan dari bunda. :D

  5. Usup Supriyadi February 17, 2012 at 5:53 pm #

    Salalahu alayhi wasalam

    • SITI FATIMAH AHMAD February 17, 2012 at 6:16 pm #

      Semoga kita dirahmati Allah kerana selawat atas nabi-Nya,
      Terima kasih nanda Usup.

  6. awan putih February 17, 2012 at 11:02 pm #

    assalamu alaikum umiku sayang,
    neni hadir menyapa kerinduan umi yang lama dinanti dari neni :)

    meski neni chat dengan umi saat menorehkan coment ini, tapi neni tak mahu kalah dengan yang laiinnya, yang selalu menyapa umiku tersayang ;)

    ma’af yach umi, kalau baru saat ini neni menorehkan utaian kata, karena ada beberapa kesibukan yang harus diselesaikan, insyaAllah, jika ada waktu luang, neni akan selalu menyempatkan untuk menyapa umiku yang cantik, manis dan penuh perhatian…

    saat mendengar nama Rosulullah SAW, dan membaca kisah tentang perjalanan beliau, sungguh terasa dihati, meski kita tak pernah menjumpainya dan melihatnya, beliau begitu terasa dekat dihati, saat kita sering meluangkan waktu tuk mengenal beliau melalui sebuah kisah perjalanan hidupnya, dia terasa nyata…

    miss uuuummmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    neni sayang umi,…………. mmmmmuuuuuuuaaaaaaaaaccccchhhh………….

    malam hari pukul. 23.08, demi sebuah rindu yang ada diantara kita

    • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 9:06 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni….

      Alhamdulillah, Umi sangat gembira dan bahagia dengan kembalinya anak Umi dari pertapaan selama ini. Kok tiba-tiba aja muncul malam ini ya. Mudahan koneksi internetnya akan selalu baik dan tidak membiarkan Umi selalu rindu akan sapaan neni. :D

      Hehehe… iya udah, jangan merajuk atau bersedih hati. Hadir aja ke blog Umi untuk menoreh segala kata yang bisa dikongsikan bersama pada bila-bila masa yang tidak menyusahkan Neni.

      Mudahan nanti kita bisa bertemu nyata dengan Rasulullah di syurga. Berdoalah kepada Allah agar hasrat kita dikabulkan. Aamiin. Jangan lupa selalu berselawat atas Nabi saw, Neni. Dengan berselawat kita rasa sangat dekat dengan Baginda.

      Oppps… jadi merah pipi Umi, kenapa ya. :D
      Hehehe… ada-ada aja, anak Umi ini.

      Terima kasih untuk kunjungan Neni yang selalu menyenangkan Umi.
      Salam sayang dan rindu juga dari Umi buat Neni.

  7. aldymarkopiola February 17, 2012 at 11:30 pm #

    Assalamualaikum Bunda Siti,
    Nabi Besar Muhammas SAW adalah semulia-mulia manusia yang pernah ada di jagad raya ini, tiada siapapun boleh menandingi beliau.
    Dari seorang pedagang, panglima perang, panglima iman dan panglima tuntunan. Andai saja nanda memiliki seujung kuku saja rahmat beliau alangkah nikmatnya dunia ini.
    Salam untuk adiknda Akram bunda.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 9:12 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Aldy…

      Subhanallah, baginda adalah rahmat bagi alam dan segala makhluk. Oleh itu dengan berselawat kepada rasulullah saw sahaja, kita sudah bisa memperolehi rahmat yang Allah kurniakan kepada baginda iaitu mendapat syafaat dari baginda saw.

      baginda adalah role model yang ulung dan tiada bandingannya di dunia dan akhirat. semoga kita selalu menjaga ajaran agama yang dibawa baginda dan menyebarkannya untuk meninggikan syiar islam di muka bumi ini.

      Salam nanda sudah Akram jawab diiringi ucapan terima kasih. :D
      Semoga ceria di penghujung minggu.

  8. elfarizi February 17, 2012 at 11:52 pm #

    Kunjungan malam, Bunda …

    Sejuk setelah membaca postingan ini. Rindu dengan kekasih hati, Rasulullah Saw.
    Semoga cinta kita semua tak surut barang sedikit pun. Semoga kita termasuk umat yang mendapatkan syafaat beliau :) Amiiin.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 9:24 pm #

      Alhamdulillah, mudahan selawat atas nabi akan selalu menjadi perantara rindu antara kita dengan baginda Rasul. Aamiin.. malah cinta kita padanya semakin bercambah dan mekar sehingga akhir hayat.

      Terima kasih Elfarizi.

  9. Kopralogic February 18, 2012 at 1:39 am #

    Kecintaan Umat kepada Rosul tentunya bukan cinta kayak valentin yang semu dan palsu. Cinta pada Rosul adalah wujud dari cinta kepada Allah SWT. Kalimat terakhir yang membuat bulu kuduk berdiri … “Mengenalimu… adalah anugerah yang paling berharga” .. Semoga kita tetap dipersatukan dalam satu umatnya yaitu Ummat Nabi Muhammad SAW.

    Hatur tangkyu Bunda atas berbagi kasih sebagai sesama Ummat Nabi.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 9:29 pm #

      Aamiin… Ya rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah, adanya Islam menjadikan kita kuat dan bersatu serta bersaudara walau di mana kita berada dan siapapun kita.

      Cinta Allah dan Cinta Rasul adalah hakiki yang tiada bandingan dengan segala cinta makhluk di muka bumi ini. Semoga kita selalu menjaga cinta hakiki ini dengan sebaiknya semasa hayat kita. Aamiin.

      Terima kasih kang KC untuk komentarnya.

  10. citromduro February 18, 2012 at 11:25 am #

    Alhamdulillah kita memiliki panutan dan semoga diakui sebagai umatnya dengan amal ibadah kita.

    semoga kita menjadi umat beliau dan dapat mengikuti sunnah beliau

    salam dari pamekasan madura

    • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 9:34 pm #

      Aamiin.. Ya Rahmaan Ya rahiim.
      Semoga demikianlah hendaknya kita ini kepada baginda SAW.

      Terima kasih kang CM.

  11. Geosurveying February 18, 2012 at 6:11 pm #

    salam kenal :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD February 18, 2012 at 9:35 pm #

      Salam kenal kembali Goesurveying. :D

      • Geosurveying February 18, 2012 at 9:37 pm #

        salam kenal kembali mbak siti..

  12. imsfly February 18, 2012 at 11:15 pm #

    nuansa yang indah :)

  13. azzahra February 19, 2012 at 3:01 pm #

    Saya pernah membaca buku dari Michael Hart ini. Dan sebagai seorang muslim cukup bangga, karena ternyata kapabilitas Rasulullah diakui oleh dunia, tidak hanya dari seorang muslim, bahkan diluar itu oleh orang-orang non Muslim.

    Baik oleh kawan maupun lawannya. Yang demikan itu membuat kita semua merasa bangga, karena pemimpin kita adalah seorang yang sangat unggul kepribadiannya.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 19, 2012 at 3:16 pm #

      Hai Azzahra…

      Wah… beruntungnya Azzahra, kerana sudah membaca buku The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History by Micheal Hart ini. Tentu banyak kupasan dari Hart tentang Rasulullah saw tercinta sehingga beliau memilih baginda Rasul sebagai pilihan pertama. Sungguh membanggakan..

      Saya telah berusaha untuk memiliki buku ini dan mencari-carinya di toko buku di Popular dan MPH, Kuching. Tetapi tidak ada. Insya Allah, jika saya ke Kuala Lumpur nanti akan saya redah dan selusuri semua toko buku untuk mendapat buku ini walau dengan berapa harganya. Buku ini kini, mempunyai nilai estetika tersendiri buat saya.

      Saya sangat ingin memiliki buku ini sebagai koleksi peribadi yang membanggakan tentang keunggulan peribadi Rasulullah saw di mata penulis non-muslim selain mengetahui tentang pemimpin-pemimpin dunia yang lain yang telah melakar sejarah ketokohan mereka. Tentu sekali ia akan membantu saya dalam kulian Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

      Terima kasih untuk kunjungan yang selalu ditunggu dari Azzahra. Juga komentar yang mencerahkan. Selamat beristirehat di penghujung minggu, didoakan sukses dan sihat selalu.

      Salam mesra dan bahagia hendaknya. :D

  14. segi3 December 9, 2012 at 2:11 pm #

    Allah Humma Shalliala muhammad,,,,
    salam persahabatan….

    • SITI FATIMAH AHMAD December 9, 2012 at 9:54 pm #

      Wa’ala aali Muhammad
      Sallahu wasallamun ‘alaih

      Salam kenal Segi3.
      Terima kasih. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: