CT82. PENGISIAN TRAVELOG HAJJAH (2): MENGINTIP JALAN KE SYURGA

13 Jan

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Minggu pertama yang sibuk setelah kuliah bermula dan banyak tugas pejabat harus dilakukan sehingga penulisan ini ditangguh beberapa waktu kerana penat dan tumpuan kian surut untuk menulis. Malah, aktiviti ngeblog juga kian terbatas dan silaturahmi terasa sangat kurang. Maaf kalau belum berkesempatan membalas kunjungan sahabat sekalian. Mudahan kebaikan selalu bersama kita dalam usaha menambah ilmu dan meningkatkan pengetahuan di samping saling bantu membantu dengan pesan dan nasihat.

Untuk memulakan penulisan ini dalam keadaan diri sibuk dan mencari-cari ruang yang boleh menghasilkan buah-buah kata sehingga menjadi kumpulan perenggan sangat sukar dirasakan. Motto MENULIS ITU MUDAH, serasa seperti tidak dapat diaplikasi saat fikiran tidak sampai kepada apa yang digambarkan. Segala peristiwa yang mengheret kepada perjalanan menuju haji masih terbayang-bayang di ruang mata seperti putaran filem yang sedang ditayangkan. Sayang sekali, belum dapat diterbit kepada penglihatan awam untuk dinilai dan diambil pengajarannya.

THK(6): Pesawat  MAS dua tingkat, Boeing B747-400P. Tarikh 9 Oktober 2011 (Ahad), waktu pelepasan dari Kuching International Airport, jam 3.05  petang dan sampai ke Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah, Arab Saudi jam 7.15 petang (waktu Madinah), sedangkan waktu Malaysia adalah jam 12.15 tengah malam. Penerbangan mengambil masa 9 jam dan ia sangat memenatkan sehingga saya menangis menahan hati kerana terlalu lama di udara selain takut berada di tempat tinggi. :D

****************

Secara ringkasnya, penulisan Travelog Hajjah (2): MENGINTIP JALAN KE SYURGA merupakan kesinambungan dari Travelog Hajjah (1): KEMBARA JIWA DAN MINDA. Ditulis secara berasingan tetapi perjalanan yang dilalui masih dalam konteks Kembara dan Jiwa. Saya seperti seorang yang sangat “rakus” ketika banyak idea-idea muncul apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang membuat hati ini merasa kagum, jengkel, marah, sedih, menangis, ketawa, ceria dan sebagainya.

Selain itu, tarikan kepada aktiviti yang kadang kala membingungkan dan kejenuhan memerhati amalan dalam beribadah turut membuat keinginan hati untuk merakamkan apa yang dilihat untuk dilakar dalam sebuah gores tulisan yang bermakna untuk dikongsi bersama. Banyak persoalan muncul dan memerlukan jawaban apabila perkara yang dilihat tidak memberi kepuasan dan ketenangan jika ia melibatkan hukum hakam, halal haram, syariat atau bid’ah dan banyak lagi.

JALAN MENUJU MAKKAH memberi saya banyak pengajaran yang terhasil dari pengalaman yang ditempuh secara roh dan jasad, secara alami dan praktikal. Tiada lagi teori atau bayangan dari senarai semak yang sudah ditulis dalam catatan diari sebelum memulakan sebarang aktiviti. Semuanya jelas di depan mata dan dilalui dengan jiwa dan minda. Allah menjemput saya dan suami juga seluruh hamba-Nya yang terpilih bagi sebuah perjalanan singkat di bumi barakah untuk memerhati segala kebesaran dan kebijaksanaan-Nya dalam mengatur segala urusan hamba-Nya.

PERJALANAN MENUJU MAKKAH bukanlah perjalanan biasa seperti yang kita lalui setiap hari, bukan perjalanan untuk melancung atau membeli belah. Perjalanan haji adalah perjalanan iman, di dalamnya dipenuhi dengan rasa cinta yang membara, rindu yang bergelora dan keinginan yang membuak-buak untuk menghadap Tuhan Yang Maha Pencipta. Kita merasa sangat dekat dengan Allah. Dekat tanpa sebarang sekatan.

Sesungguhnya Allah itu dekat dan tidak ada suatu makhlukpun yang dapat mencegah kita dari mendekati atau bertaqarrub kepada Allah swt. Ia berlaku bila-bila masa, di mana jua, dalam keadaan apa sekalipun. Allah ada dan sentiasa ada, bersiap tiap masa untuk mendampingi hamba-Nya yang mahu “bersahabat” dengan-Nya.

Tidak ada suatu makhluk pun yang mampu menghalang Allah untuk mendekati hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Subhanallah. Sangat rugi jika kita tidak mengambil peluang selama berada di bumi HARAMAIN untuk melaksanakan tanggungjawab dan menjalani praktik hidup sebagai muslim sejati. Setelah kembali ke tanah air, ramai yang menyesal atas kelalaian yang ditempuh selama berada di sana.

THK(7-8): Suasana sibuk di ruang pemeriksaan kastam di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah. Pemeriksaan pasport berjalan lancar dan mudah tanpa menunggu terlalu lama untuk jemaah KT 33 seramai 447 orang.  Pemeriksaan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Terdapat 10 tempat pemeriksaan disediakan. Passport semua jemaah kemudiannya dipegang oleh pihak Muassasah dan akan dikembalikan semula di Jeddah Airport ketika pulang ke tanah air nanti.

**************

Pengisian yang terkandung dalam Travelog Hajjah (2):  MENGINTIP JALAN KE SYURGA lebih memberi tumpuan ke arah mencari jalan bagaimana untuk mendapat HAJI MABRUR. Sering kali sebelum kita berangkat ke tanah suci atau sebaik mengetahui kita akan ke tanah suci, saudara mara dan sahabat handai akan memberi ucapan dan doa “mudahan mendapat haji mabrur atau semoga mendapat haji mabrur.” Ucapan demikian juga diterima setelah kita menjalani segala manasik haji.

Di bumi barakah, Makkah, hampir setiap jam kita menerima ucapan “haji mabrur.” Ia bagai sebuah alunan zikir yang dilantun indah dari bibir ke bibir setiap haji dan hajjah walau tidak mengenali antara satu sama lain agar dikurniakan haji mabrur oleh Allah atas segala amal ibadah yang dilakukan.Tentu kita juga berharap akan memperolehi kemabruran sebuah haji setelah kita bersusah payah menyediakan segala kelengkapan untuk dapat melaksanakan semua amal ibadah selama berada di bumi HARAMAIN yang berupa satu pengorbanan dalam bentuk wang, tenaga, masa dan keluarga.

Usaha untuk memperolehi syurga Allah bukan satu perkara yang mudah. Semua orang mengetahuinya. Namun banyak jalan singkat untuk ke sana dan boleh berlaku di mana-mana. Jalan untuk ke syurga Allah sangat banyak, bersimpang siur tetapi menjadi sangat susah kerana hati kita merasa payah untuk ke sana. Jaminan Allah bahawa balasan bagi haji mabrur adalah syurga merupakan satu hadiah yang tak ternilai kepada semua jemaah haji sebagai satu kurnia terindah kepada hamba-Nya yang sanggup berkorban apa sahaja bagi mendapat keredhaan-Nya.

Tetapi berapa ramai para haji dan hajjah yang mampu mencapai haji mabrur ? Ramai yang ragu-ragu akan kemabruran haji yang dimilikinya. Sedangkan memang ada yang benar-benar memperolehinya apabila mereka  istiqamah dalam kehidupan hariannya sesudah kembali dari tanah suci. Tingkah laku dan amal ibadahnya semakin baik dan meningkat. Terdapat perubahan dan berbeza dari kehidupan sebelum ke tanah suci.

Tentu ada sebab kenapa demikian jadinya. Beberapa perkara diperhatikan sepanjang “pengintipan” secara tidak langsung selama berada di tanah haram, mendapati banyak jalan  untuk mencapai syurga Allah dan tidak kurang juga jalan yang menghalang usaha ke sana. Tanpa kita sedari perlakuan seharian kita memberi impak kepada kehidupan kita di sana.

Ramai orang mengatakan bahawa apa yang biasa kita lakukan di tanah air akan dibalaskan di tanah haram. Memang benar tetapi tidak semuanya betul. Hal tersebut harus diperbetulkan. Cara fikir begini tidak sihat untuk sesetengah orang sehingga takut untuk menunaikan haji kerana bimbang akan mendapat balasan dari kelakuan dan dosa yang dilakukan dalam kehidupan harian mereka.

Allah menjemput kita ke tanah suci bukan untuk menghukum atau “membalas dendam” kepada segala perbuatan kita sebelum ini. Jangan berburuk sangka dengan Allah. Pemikiran sedemikian harus dibuang jauh-jauh. Sebaliknya hendaklah optimis dan positif dengan apa yang diberikan Allah kepada kita sebagai satu pendidikan dan ujian sepanjang berada di sana. Oleh kerana itu,  usaha mencapai kemabruran haji hendaklah bermula dari SEBUAH KEIHKLASAN dan TAUBAT untuk membaiki diri agar lebih baik dari sebelumnya.

THK(9). Foto Masjid Nabawi yang diambil oleh suami pada permulaan jejak kaki ke sana sekitar jam 10.30 malam waktu Madinah untuk solat Maghrib dan Isyak. Saya sangat letih dan ingin tidur sahaja, namun sekitar jam 11.30 malam suami mengajak ke sana. Saya menguatkan hati dalam keadaan kaki dan lutut masih sakit dengan ditemani Kak Senah dan Kak Kasma. Sungguh indah dan menakjub sekali melihat struktur binaan dalam pantulan cahaya yang terang benderang di dataran masjid. Malam itu, saya dan teman-teman dihadiahkan Raudhah oleh Allah. Alhamdulillah.

****************

Travelog Hajjah (2): MENGINTIP JALAN KE SYURGA akan banyak berfokus kepada pembentukan akhlak dan syariat bagi mengukuhkan aqidah yang menjadi kekuatan iman setiap muslim. Di dalam beberapa peristiwa yang dirakam, akan dijelaskan beberapa hukum bagi menjawab persoalan dan kemusykilan yang timbul hasil dari pemerhatian dan pengalaman sendiri. Bantuan dalam memberi jawaban kepada setiap persoalan yang timbul oleh para ustaz dan ustazah yang diamanahkan untuk Maktab 95 di Hotel Sevilla Barakat selama berada di Makkah sangat dihargai, selain merujuk kepada suami, rakan dan kitab-kitab muktabar dalam bab fikah. khususnya.

Mudahan pengalaman yang sedikit ini dapat membantu melapangkan hati dan meluaskan ilmu kepada bakal-bakal jemaah haji yang dijemput Allah untuk ke bumi HARAMAIN di masa akan datang. Semoga Allah meredhai dan menganjari apa yang dikongsikan buat bekalan di kemudian hari dan menjadi saksi atas kewujudan yang sebentar ini.

Sungguh rasa keberuntungan yang tidak dapat diucap dengan kata-kata bahawa kaki ini pernah berjeja di bumi TUMBUHNYA IMAN YANG PERTAMA. Tahun 2011. takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz sudah disuratkan kepada saya dan suami untuk melakar sejarah kehidupan kami di bumi kelahiran Rasulullah saw  dan bumi Madinah yang tercinta. Alhamdulillah wa Astahgfirullah al-adhzim.

****************

13 Januari 2012 (Jumaat)/19  Safar 1433H/ 3.30 petang - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan sebuah potret kenangan, jauh secara lokasi tetapi dekat secara hati. Tika azan Asar berkumandang di langit tinggi, hatiku terusik mengenangkan kembali setiap langkah perjalanan sebuah perpisahan yang semakin menggenggam tangkai hati. Dengarlah wahai angin lalu, sampaikan pesanku… walau jauh mana jarak kita, kita tetap berada di bumi yang serupa dan berbumbung langit yang sekata. Hatiku tidak akan pernah berpisah denganmu. TERIMA KASIH TUHANKU, menghadiahkan aku sebuah prjalanan cinta yang terindah di bumi bertuah ini.

- SITI FATIMAH AHMAD -

THK(10). Pemandangan indah hampir tengah malam dengan barisan kuncupan “bunga kembang pagi” -(gelaran saya kepada tiang payung elektrik) yang dibina khas mengelilingi hampir semua dataran Masjid Nabi kecuali di bahagian menuju ke Perkuburan Baqi’.

THK(11). Satu menara di antara 10 menara Masjid Nabawi yang berdiri megah di pancari lampu-lampu ditingkat-tingkatnya sehingga menerbitkan pecahan cahayan yang lembut. Saya suka memerhati menara tersebut waktu malam. Sendu dan mendamaikan .

THK(12).  Pemandangan ruang solat dalam Masjid Nabawi di bahagian lelaki. Subhanallah, sungguh indah ukiran dan binaan arkitekturnya. Ribuan tiang besar pelbagai bentuk bersama sinar lampu yang bergemerlapan memberi suasana nyaman dan khusyuk ketika beribadah di dalamnya. Sangat sejuk dengan pendingin udara (air-condition) yang merebak ke seluruh pelusuk Masjid tersebut sehingga membuat mata mengantuk dan nyenyak tidur.

Ruang solat wanita merupakan bangunan baru dan lain reka bentuknya dari yang terdapat dalam foto di atas. Saya tidak punya foto di ruang solat wanita kerana tidak dibenar mengambil foto di dalamnya. Polis wanita sangat ketat peraturannya kerana harus ada pemeriksaan di pintu masuk  masjid di bahagian “Bab Nisaa’.  Jika dikenal pasti membawa atau mengambil foto, kamera atau handset berkamera akan dirampas. Tetapi bahagian lelaki tidak ketat pula peraturanya. Aneh. Kadang hal sebegini membuat hati kesal dan geram. Astaghafirullah.

***************

TIKA RINDU PADAMU MENGEMBANG SEGALA RASA

***************


About these ads

28 Responses to “CT82. PENGISIAN TRAVELOG HAJJAH (2): MENGINTIP JALAN KE SYURGA”

  1. nuyatours January 13, 2012 at 6:25 pm #

    Ass….
    Salam kenal dari kami untuk Binda SITI FATIMAH AHMAD, semoga perkenal ini dapat menjalin tali persaudaraan kita. Senang membaca tulisan Bunda dalam blog ini. Pengalaman perjalan yang sangat indah. Sukses selalu.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 14, 2012 at 7:55 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Nuyatours…

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim, mudahan kebaikan akan selalu menyelusuri silaturahmi yang dijalinkan. Terima kasih untuk penghargaan terhadap tulisan di sini. Mudahan mendapat manfaatnya.

      Salam kenal kembali. :D

  2. andinoeg January 14, 2012 at 2:44 pm #

    kapan saya bisa ke mekah??

    • SITI FATIMAH AHMAD January 14, 2012 at 3:02 pm #

      Insya Allah, Andi..
      Berdoalah selalu, pasti Allah akan memakbulkannya.
      Selain doa, bekalan wang, kesihatan, ilmu pengetahuan dan harta untuk keluarga yang ditinggalkan harus cukup kerana ia termasuk dalam maksud berkemampuan.

      Terima kasih Andi.
      Salam ceria di hujung minggu.

  3. sawali tuhusetya January 14, 2012 at 11:17 pm #

    subhanallah, selamat atas kembalinya bunda dari tanah suci, semoga menjadi hajjah mabrur. sebuah perjalanan religius yang mencerahkan, semoga suatu ketika saya bisa mengikuti jejak bunda;

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2012 at 11:52 am #

      Aamiin, Ya Mujiib Ya Quddus,
      Mudahan haji mabrur itu akan menjadikan kita semakin bertambah dalam beribadah dan menjadi muslim mukmin yang sejati.

      Insya Allah, jemputan buat Pak Sawali akan tiba jua tika waktunya sudah ditentukan. Berdoalah selain bekalnya sudah disediakan dari sekarang. Saya doakan untuk hasrat yang baik itu.

      Salam mesra di penghujung pekan. :D

  4. HALAMAN PUTIH January 15, 2012 at 12:49 pm #

    Pasti banyak pengalaman yang berkesan selama berada di sana, dan kerinduan akan selalu membayang untuk terus mengingatNya. Semoga dimudahkan urusan dalam hal ibadah dan yang lainnya.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2012 at 2:25 pm #

      Aamiin, Ya Kariim Ya Muhaimin, terima kasih untuk doanya, mas Muhammad. Mudahan diredhai Allah juga segala urusan di sana.

      Iya, pengalaman yang sangat banyak bercampur dengan pelbagai rencah rasa emosi yang melanda. Sangat merindu tanah haramain sejak kepergian jauh darinya. Semoga diizinkan Allah untuk kembali lagi ke sana Sebuah harapan yang bukan dirasai oleh saya sahaja, malah semua ummah tentunya.

      Salam hormat.

  5. Mama Murai January 15, 2012 at 7:22 pm #

    Assalaamu`alaikum Kak,
    saya setuju dengan akak, ramai di kalangan kita takut dengan ujian yang akan datang menimpa ketika berada di tanah suci, hal ini pernah berlaku di depan mata saya (maksud saya kawan-kawan sendiri bercerita mengenai pengalaman mereka dan saudara-mara ketika di sana). Syukur walau selalu dimomokkan dengan cerita sedemikian saya masih percaya bahawa ada ketentuan di sebalik apa yang telah berlaku kepada kita di sana.

    Asalkan seperti yang akak katakan, IKHLAS dan untuk-NYA.

    Dan percayalah kak, pintu hati saya sentiasa rindu untuk menjadi tetamu-NYA. Salam sayang untuk akak sekeluarga di sana.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 16, 2012 at 11:00 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Mama…

      Alhamdulillah, jika Mama tidak terpengaruh oleh kisah-lkisah yang kadang kala membuat kita jadi ragu-ragu dan takut ke tanah suci yang sepatutnya difahami bahawa bila disebut “suci” tentu sekali banyak penyucian diri akan berlaku di sana. Tapi berapa ramai yang mahu menyucikan dirinya ? Wallahu’alaam.

      Penyucian diri dari pelbagai dosa yang membalut diri selama ini seharusnya menjadi cabaran dan kesungguhan diri kita untuk meningkatkan keimanan dan membasuh diri dengan ibadah, zikir, doa dan membaca al-Quran bukannya memikirkan bahawa Allah akan “membalas dendam” terhadap dos kita selama ini. Astaghfirullah.

      Sungguh berprangka buruk manusia dengan Allah. Harap kita bertaubat jika mempunyai perasaan demikian dengan Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Selalulah bertaubat dengan menunaikan solat sunat taubat dan perbaiki diri dari semas ke semasa. Insya Allah, Allah akan memperkenankan doa dan permohonan kita. Iya, Mama… yang penting harus ikhlas dan redha.

      Saya doakan Mama akan sampai jga ke sana nanti. Sudah berdaftar ke ? :D Kalau sudah berdaftar, tahun berapa agaknya akan ke sana ya ?
      Salam sayang kembali buat Mama. :D

      • Mama Murai January 19, 2012 at 2:46 pm #

        Insya-Allah kak akan berdaftar kalau ada rezeki yang lebih, buat masa ni, masih belum berdaftar dan menunggu peluang. Tahun tu pula, masih tak tahu.. :)

        • SITI FATIMAH AHMAD January 19, 2012 at 4:26 pm #

          Begini dik Mama, berdaftar untuk tunai haji tak perlu tunggu uang banyak sehingga belasan ribu atau puluhan ribu. Yang penting wang minimanya adalah RM1300 atau lebih sedikit.

          Dua hari lepas, akak jumpa seorang teman dan bertanya tentang pendaftaran hajinya. Beliau memaklumkan beliau telah berdaftar tahun 2011 dan dijangka pergi tahun 2033.

          Rakan pensyarah akak pula memaklumkan pendaftarannya
          tahun 2007 dan dijangka ke Makah pada 2019.

          Akak nasihatkan, jangan tunggu lama-lama. Akak pun nak mendaftar haji untuk anak-anak akak yang masih kecil2 tu dalam bulan depan, memandangkan jarak terlalu lama.

          Semoga dimudahkan Allah segala urusan dik Mama di sana. Akak selalu mendoakan. :D

  6. anaknya ummi January 15, 2012 at 9:02 pm #

    umi, pengen nangis membaca untaian umi di atas,
    cinta Allah, sungguh tak terkira, hanya cinta Dia yang abadi di dunia,
    ummi……….
    neni sungguh malu jika mempertanyan keindahan cinta Allah,

    semoga Allah selalu menjaga dan meneguhkan keindahan cinta didlam hati neni..

    umi, salam sayang selalu buatmu
    salam mesra dan salam rindu stiap saat.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 16, 2012 at 11:07 pm #

      Hehehe… silakan anakku, menangislah sepuasnya. :D
      Mudahan tangisanmu akan dicatat malaikat sebagai satu kebaikan atas rasa cinta yang mendalam kepada Allah untuk jadi saksi di sana nanti.

      Bukan senang mahu menangis dengan tangisan yang benar dari hati dan penuh sadar dan insaf Neni. Hanya hati yang lembut, penuh keinsafan dan ingin mengharap keampunan dari Tuhannya aja yang bisa memiliki tangis tersebut.

      Subhanallah, Umi banyak melihat tangisan keinsafan di Masjidil Haram sama ada lelaki atau perempuan, tiada yang dapat menahannya di sana. Sungguh airmata yang mengalir di Masjid Nabi atau Masjidil Haram atau di mana-mana di tanah haramain itu, memiliki kesaktian yang cukup mengkagumkan. Hati ini selalu aja terusik sendu dan terharu akan kasih sayang dan cinta Allah kepada hamba-Nya.

      Belajarlah menangis di atas sejadah sejak di tanah air terutama ketika melaksanakan “Qiyamulail” yang sangat hening waktunya. Kelak akan mudah menangis lebih deras di sana. Sangat indah tangisan itu tidak dapat Umi bayangkan. Rasailah saat Allah izinkan Neni ke sana nanti. Insya Allah wa Subhanallah.

      Terima kasih Ya Ya Rahman Ya Ghaffur untuk setiap penerimaan kepada titik air mataku yang jatuh di bumi haramain-Mu. Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku dan menerima amal ibadahku hingga akhir hayatku. Aamiin.

      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat Neniku. :D

  7. Akhmad Muhaimin Azzet January 16, 2012 at 12:26 pm #

    Sekali lagi saya ucapkan selamat ya, Mbak. Semoga perjalanan ibadah ini semakin menjadikan Mbak Fatimah dan keluarga mendapatkan rahmat Allah Ta’ala. Sungguh, saya turut bahagia dan berderai rindu dalam dada saya untuk juga menapaki tanah suci dan beribadah di sana. Allaahumma aamiin….

    Ohya, Mbak, ada award untuk Mbak Fatimah, semoga berkenan menerimanya:

    http://amazzet.wordpress.com/2012/01/16/dapat-award-the-seven-shadow/

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2012 at 3:50 pm #

      Aamiin, Ya Adl Ya Ghaffar…
      Terima kasih huluran doa yang dititip, semoga mas Amazzet juga demikian sama.

      Mudahan apa yang dicitakan dan dirindukan itu mendapat keizinan Allah di kemudian hari kelak. Insya Allah.

      Alhamdulillah, tidak menjangka di awal tahun 2012, dapat hadiah award. Satu penghargaan persahabatan dalam silaturahmi yang baik selama ini.

      Terimakasih atas pemberiannya, saya sudah ke KTP dan membawa pulang awardnya. :D

  8. imsfly January 17, 2012 at 12:11 am #

    wow amazing , salam kenal yah , follow beck , :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2012 at 3:41 pm #

      Alhamdulillah, silakan Imsfly.
      Terima kasih hadir berkunjung.
      Salam kenal kembali. -D

  9. Irfan Handi January 17, 2012 at 10:52 am #

    Selamat berjumpa kembali Bunda. :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2012 at 3:42 pm #

      Alhamdulillah, kembali berkongsi hikmah.
      Mudahan bisa dimanfaatkan oleh Irfan.

      Terima kasih.
      Salam ceria. :D

  10. kak yun January 17, 2012 at 11:22 pm #

    Assalamualaikum Ustazah Siti Fatimah,
    salam ukhwah…..pertama kali berkunjung ke blog ustazah….sangat2 teruja membaca tentang cerita dari Haramain; saya sangat2 merindui utk kesana lagi…doakan bersama ya saya akan dijemputNYA dalam masa yang terdekat ini….Amin.

    P/s cadangan: semoga ustazah dapat kongsikan bersama doa-doa/amalan semasa disana- wassalam

    • SITI FATIMAH AHMAD January 18, 2012 at 10:11 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Yun..

      Alhamdulillah, senang dapat menyambung ukhuwwah dengan Kak Yun. Salam kenal dan terima kasih untuk kunjungan perdana ke sini.

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin. Mudahan hasrat untuk ke sana lagi diperkenankan Allah kerana urusan yang baik pasti mendapat perhatian yang istimewa, cuma harus bersabar menunggu jemputan-Nya sahaja. :D

      Terima kasih juga atas cadangan Kak Yun di atas. Insya Allah akan diusahakan beberapa doa yang diamalkan,

      Namun begitu doa yang baik adalah doa yang hadir dari diri kita sendiri kerana hanya kita yang tahu apa yang kita mahukan kepada Allah swt.

      Salam mesra.

  11. doelsoehono January 20, 2012 at 12:02 am #

    Assalamu alaikum warohmatuloh hiwabarokatu.

    selamat bunda semoga menjadi hajjah yang mamrur dan selalu mendapatkan jalan yang terbaik dariNya .

    mohon di maafkan sudah lama tidak muncul , di karenakan banyaknya kesibukan yang tidak bisa untuk santaiiiiiii, Salam mesra dan salam Rindu untuk rekan Blog semua

    • SITI FATIMAH AHMAD January 20, 2012 at 3:17 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabat guru, mas Doelsoehoni…

      Aamiin, Ya Aziz Ya Jabbar. Alhamdulillah, mudahan mendapat haji mabrur seperti yang didoakan. Didoakan mas Doel dan keluarga juga demikian sama.

      Terima kasih atas kunjungan walaupun sedang sibuk dengan tugas keguruannya di sana. Semoga sukses.

      Salam mesra.

  12. doelsoehono January 20, 2012 at 12:03 am #

    salam ,.,.,.mohon doanya semoga besuk pembruari 2012 saya akan datang padaNya

    • SITI FATIMAH AHMAD January 20, 2012 at 3:34 pm #

      Subahanallah walhamdulillah, mahu buat Umrah ya mas Doel.

      Insya Allah, didoakan semoga diberkati Allah usaha dan perjalanannya nanti. Aamiin. :D

  13. Legy Masyhury January 23, 2012 at 3:11 pm #

    Assalamu ‘alaikum Bunda…

    Saya sangat kagum dan terhanyut dengan beberapa postingan bunda tentang perjalanan haji ini. Perjalanan yang indah di tulis dengan bahasa yang indah pula membuat saya bisa dengan mudah membayangkan keadaan disana. Semoga bunda beroleh Hajjah yang mabrur dan bisa menjadi contoh banyak orang…

    Ohya bunda, beberapa kali ini saya lihat bunda meninggalkan komentar di blog saya dan blog teman lainnya dengan url blog yang salah. Bunda memasukan url blog http://websitifatimah.wordpress.com/ padahal itu salah kan?? hihi… :D

    Terima kasih bunda atas hidangan perjalanannya yang sangat indah.
    Salah hormat dari Medan.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 23, 2012 at 4:45 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Legi Masyhury…

      Aamiin.. Ya Rahmaan Ya Rahiim. Mudahan haji mabrur yang diinginkan diterima Allah jua. Semoga Masyhury mendapat manfaat dari perjalanan yang indah di sana. Hanya itu sahaja yang mampu ditinggal buat renungan selagi hayat ini masih diizinkan Allah untuk berkongsi segala hikmahnya.

      Masya Allah, terima kasih kerana mengingatkan saya tentang url blog saya. Saya selalu lupa kalau mengisi ruang url dengan menggunakan alamat blog lama yang sepatutnya ditulis dengan url blog baru berikut:

      http://webctfatimah.wordpress.com

      Terima kasih ya memaklumi saya tentang kesilapan tersebut. Mudahan diberkahi Allah selalu.

      Salam hormat kembali. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: