CT79. SELAMAT TAHUN BARU 2012: MAKNAI SEJARAH KRONOLOGI KEHIDUPAN KITA

1 Jan

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SELAMAT TAHUN BARU DUA RIBU DUA BELAS (2012). SELAMAT BERTEMU SEMULA. Alhamdulillah, saya kembali menyatu diri bersama sahabat pembaca Laman Menulis Gaya Sendiri Generasi Dua (G2) dalam kesihatan yang diredhai Allah swt. Semuanya atas izin Allah. Subhanallah. Akhirnya, pertemuan itu masih menjadi milik kita. Apa khabar sahabat sekalian ? Saya doakan semuanya bahagia, sihat dan diberkati Allah swt.

Membaca komentar yang ditinggalkan sepanjang tiga bulan lalu (Oktober – Disember 2011) membuat saya jadi terharu kerana masih ramai sahabat yang sudi menyapa, berdoa dan bertanya khabar sedangkan blog ini sepi tanpa hidangan ilmu bermanfaat. Terima kasih didahulukan, saya amat menghargainya. Tiga bulan saya menyepi dari dunia maya bagi sebuah kerehatan yang menyejuk hati, namun ada rindu yang tetap bermukim.

****************

Hanya Allah Yang Maha Perkasa yang melindungi kita dari segala bahaya dan musibah. Setiap detik umur yang bersenandung di jasad kita, Dia-lah yang menggenggamnya. Dia-lah yang melepaskannya.

“Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Hadiid: 2)

Dia-lah yang memiliki segala yang ada di langit, segala yang ada di bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dalam rahmat kasih sayang-Nya jua, kita masih dapat bernafas lega di bumi tercinta.

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Maa’idah: 120)

Apapun yang pernah melintasi hidup kita sama ada bahagia atau derita, gembira atau sedih duka, berjaya atau gagal, hendaklah dilihat sebagai cubaan untuk menguji ketakwaan dan kesabaran kita. Kerana itu, kehidupan ini mesti diteruskan. Mahu atau tidak, kita harus melaluinya. Malah telahpun melaluinya.

Di sana, terkumpul segala peristiwa secara kronologi yang membuktikan kita telah wujud dalam sejarah di muka bumi ini. Masa lalu adalah sejarah. Sejarah itu hidup dan kita adalah antara sejarah kehidupan tersebut. Sejarah kronologi hidup kita telah tercatat sebagai himpunan qadak dan qadar yang telah ditentukan sejak azali lagi dalam khazanah Lauh Mahfuz.

Hargai segala kesempatan masa yang ada dalam hidupmu untuk jadi SEORANG MANUSIA

Maka maknai setiap detik kehidupan yang pernah dilalui pada masa lalu. Semoga kita beroleh banyak kebaikan dalam memajukan diri. Jangan difikir peristiwa yang pernah membuat kita sedih, menderita atau gagal. Jangan menoleh ke belakang lagi. Teruskan hidup yang sedang dilalui dengan harapan yang tinggi, penuh semangat dan optimis. Setiap yang berlaku adalah keindahan yang telah diciptakan buat kita untuk mendekatkan kita kepada Allah Yang Maha Penyayang.

Rakamkan segalanya dalam kotak minda sebelum terlupa. Catatkan segenap laluannya sebelum hilang ditelan usia. Abadikan segala goresan simpangannya sebelum jasad diarak menuju persada bumi yang terdalam. Setiap goresan yang melingkari kehidupan itu ibarat muzium yang berkaca di dalamnya tersimpan harta karun sebuah jiwa yang melakar sejarah tersendiri penuh cemerlang, gemilang dan terbilang. Ingatlah, ia merupakan salah satu nikmat Allah yang tidak terhitung dan tidak dapat didustakan.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (ar-Rahman: 13)

Alhamdulillah, setelah menempuh tahun baru hijriyyah 1433 pada 1 Muharram, kini muncul pula tahun kalendar masihi. Gerbang  gandaan tahun baru yang menjelma menjadi penyuntik semangat untuk menghadapi cabaran yang mendepani sebuah kronologi kehidupan yang bakal mengisi rongga sejarah yang belum tercatat peristiwanya. Oleh itu, jika menginginkan sejumlah kejayaan kita harus bersedia dengan senarai semak yang memungkinkan kita dapat merealisasikannya. Insya Allah.

ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

Tiada siapa yang mengetahui apakah yang bakal berlaku kepada kita dalam beberapa detik di hadapan. Sesungguhnya hanya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

“…dan tidak ada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak seorangpun yang mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Luqman: 34)

Semoga kita akan beroleh banyak kejayaan dalam mencapai segala impian yang dirancang dalam catatan diari kehidupan 2012. Hidup ini hendaklah dimaknai dengan segala aktiviti yang menguntungkan sebagai satu pelaburan di dunia dan di akhirat.

Berusahalah agar kita dapat menuruti perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Segala tanggungjawab sebagai hamba Allah sekaligus “khalifatullah fil ardh” hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan redha sebagai memenuhi ikrar keimanan yang diyakini dan amal Islami yang dilafazkan.

INGAT ! HIDUP HANYA SEKALI

Jangan lepaskan peluang menikmati yang terbaik dan terindah sebagai sebuah tugu peringatan yang berkekalan. Semalam…. adalah kenangan untuk hari esok. Esok adalah harapan dan penyerahan suka, duka, bahagia, derita dan kepayahan takdir yang tiada pilihan. Terimalah… fenomena ketentuan ini dengan penuh keredhaan.

SELAMAT MAJU JAYA

****************

31 Disember 2011 (Sabtu)/ 6 Safar 1433H/ 10.44 malam - Sarikei, Sarawak

Setiap impian yang disertai dengan usaha, akan menggerakkan suatu kuasa besar dalam diri kita. Ia ibarat dinamo yang dapat mengalir tenaga melalui usaha kayuhan yang tidak mengenal lelah bagi menghasilkan sejumlah cahaya di malam gelita untuk membantu mencari destinasinya.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

SELAMAT TAHUN BARU 2012

About these ads

64 Responses to “CT79. SELAMAT TAHUN BARU 2012: MAKNAI SEJARAH KRONOLOGI KEHIDUPAN KITA”

  1. MUXLIMO January 1, 2012 at 6:46 am #

    Subhanallah wal hamdulillah!! Mbak Fatimahku kembali!!!! Selamat Tahun Baru 2012, Mbak. Semoga segala harapan dan doa Mbak sekeluarga terkabul. Amiin.

    Sungguh, saya senang Mbak kembali ke dunia maya. Welcome back, Mbak Fatimah… ^_^

    • SITI FATIMAH AHMAD January 1, 2012 at 2:41 pm #

      Alhamdulillah, aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Terima kasih akhi Muxlimo untuk doa dan kunjungan pertama di tahun 2012. Mudahan kebaikan akan selalu menyusuri kehidupan kita di depan sana untuk berbuat yang lebih bagus dari semalam.

      Selamat bertemu kembali di media maya untuk manfaat ilmu seterusnya. Salam ceria. :D

  2. hajriansyah January 1, 2012 at 8:13 pm #

    selamat melangkah di tahun yang baru, semoga tambah semangat dan selalu lebih baik lagi.
    lama tak bersua, lama juga saya tak membuka, bahkan laman sendiri sekalipun. kesibukan memang banyak menyita waktu di tahun 2011 yang lalu. semoga di tahun di hadap ini, waktu bisa diatasi, sehingga semangat berkarya makin maju.
    salam hangat dari banjarmasin.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 8:32 am #

      Alhamdulillah, aamiin Ya Rahmaan Ya Rahiim…

      Senang menerima kunjungan dari Hajri dan mendapat khabar tentang kegiatan sepanjang tahun 2011 yang tentunya punya cerita tersendiri untuk semakin lemut dalam ber”blogging”. Banyak hal yang tidak mampu kita kekalkan kerana Allah juga merancang sesuatu untuk kita.

      Ternyata hidup ini “menyusahkan” kita yang harus berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Hanya mereka yang berusaha dan mahu menempuh kesusahan sahaja, mampu meraih apa yang diinginkan. Semoga semakin sukses di tahun 2012 ini nanti.

      Terima kasih kerana sudi berkunjung tika blog ini sunyi dari kalimat-kalimatnya. Insya Allah, marilah kita berusaha untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat hasil dari pengalaman pada sejarah masa lalu. Banyak kebaikan untuk bekalan di kemudian hari di sana nanti.

      Salam hangat kembali dan mudahan dimurahkan rezeki untuk kejayaan seterusnya. :D

  3. monda January 1, 2012 at 9:42 pm #

    Alhamdulillah, kak kita dapat bersua lagi di dunia maya. Semoga akak sehat walafiat tak kurang suatu apa.
    Selamat tahun baru, semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang baru lewat,aamiin

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 8:40 am #

      Alhamdulillah, aamiin Ya Aziiz Ya Ghaffar…

      Akak juga senang dengan sapaan Monda yang selalu menyemangati kehidupan ini. Semoga Monda diberkati Allah dan kejayaan dalam setiap langkah pekerjaan sepanjang nafas masih bersenandung di jasad di dunia dan keamanan dari musibah di akhirat kelak. Aamiin.

      Terima kasih Monda untuk kunjungan lalu yang mengharukan. Akak selalu merindu apa yang telah dilalui dan pesan2 bicara yang baik saat dunia maya menjadi perantaranya. :D

  4. Sawali Tuhusetya January 1, 2012 at 11:37 pm #

    selamat tahun baru 2012, bunda siti, semoga tahun mendatang membawa banyak berkah utk kita semua. salam sukses.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 9:20 am #

      Aamiin Ya Maliikul Quddus…

      Semoga sukses akan selalu menyertai pekerjaan yang kita usahakan.
      Terima kasih sahabat guru yang dimuliakan, Pak Sawali untuk doanya.

      Salam tahun baru dan ceria selalu. :D

  5. Sukajiyah January 1, 2012 at 11:38 pm #

    Salam kenal bu, senang sekali berkunjung di blog yang setiap membaca tulisan-tulisannya saya seakan-akan berbincang dengan ibu saya. Bahasa yang santun dan hangat membuat saya begitu nyaman membacanya. Selamat tahun baru 2012 bu, semoga di tahun ini kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 12:15 pm #

      Salam kenal kembali Sukajiyah…

      Alhamdulillah, senang mengetahui Sukajiyah menghargai buah fikir dan bahasa yang terkandung dalam tulisan saya. Mudahan mendapat manfaat darinya.

      Tentu sahaja penghargaan ini memberi semangat dan inspirasi buat saya untuk terus berbagi sesama kita. Terima kasih untuk kunjungan perdana dan semoga akan terjalin kebaikan dalam persahabatan yang bakal ditempuh nanti.

      Salam mesra. :D

  6. sunarno2010 January 2, 2012 at 5:07 am #

    alhamdulillah, ummi telah kembali, dimohon mengirimkan alamat ke narno2010@gmail.com, rencana penerbitan kumpulan puisi sudah terlaksana meski akhirnya saya terbitkan sendiri

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 12:39 pm #

      Alhamdulillah, senang mengetahui akan penerbitan kumpulan puisi mas Narno. Malah gembira dan berbangga sekali untuk menerimanya sebagai hadiah dari langit yang seterusnya. :D

      Alamat akan saya kirim dalam kadar segera. Terima kasih sekali lagi dan semoga dimurahkan rezeki untuk terbitan buku tersebut. TAHNIAH DARI SAYA.

      Salam ceria.

  7. gogo January 2, 2012 at 7:56 am #

    semoga Tahun Ini Lebih Baik dari pda Tahun Kemarin..

    alhamdulilah msh diberi kesehatan utk menikmati tahun ini..

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 3:26 pm #

      Aamiin, Ya Salaam Ya Muhamiin…

      Alhamdulillah, kesempatan nafas sementara ini seharusnya disyukuri bagi menempuh hari-hari baru dalam meraih sebanyak mana bekalan untuk hari kemudian kelak.

      Mari kita menghargai kesihatan dan masa yang dipinjam sebelum tiba pengembaliannya kepada Yang Berhak.

      Terima kasih Gogo.
      Salam harmoni. :D

  8. yisha January 2, 2012 at 11:00 am #

    tahun baru ku bakal lebih baik ngga ya?

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 3:36 pm #

      Insya Allah Yisha, jika yakin kemenjadiannya baik, maka baiklah hasilnya. Begitulah sebaliknya.

      Apa yang bakal kita lakukan tertakluk kepada keinginan dan usaha kita untuk memperolehi dan merealisasinya.

      Semoga sukses di tahun baru 2012.

  9. Evi January 2, 2012 at 12:40 pm #

    Asalamualaikum. Selamat tahun baru 2012. Semoga di tahun muka kita semua bisa jadi lbh baik dlm semua bidang kehidupan . Salam kenal dr Tangerang Indonesia, Bu :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 2, 2012 at 8:50 pm #

      Wa’alaikum salaamwr.wb Evi…

      Aamiin, Ya Ghaffar Ya Qahhar. Semoga apa yang didoakan ke hadrat Ilahi akan selalu baik buat kita dan menambahkan keimanan kita dalam menegakkan agama-Nya.

      Terima kasih Evi kerana meluangkan masa untuk hadir perdana di blog ini. Selamat tahun baru juga.

      Salam mesra. :D

  10. loewyi January 2, 2012 at 1:55 pm #

    Alhamdulillah…. selamat datang bunda…. :)

    bagaimana kabar bunda ditahun yang baru ini?

    Untuk nama Lukman, kalo boleh tahu akan digunakan dimana Bunda??? :D

    semoga menjadi berkah. Amien. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 3:19 pm #

      Alhamdulillah bunda sihat.
      Terima kasih Lukman @ Loewyi kerana masih mahu bertandang ke blog bunda.

      Nama Lukman itu bunda guna untuk mengganti nama Loewyi kerana menurut bunda, nama Lukman sangat baik sekali untuk disebut daripada nama Loewyi. :D

      Semoga mendapat barakah dari nama Lukman tersebut. :D

  11. ilyasafsoh.com January 2, 2012 at 7:12 pm #

    happpy new year Bunda Siti

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 3:20 pm #

      Terima kasih, mas Ilyas.
      Semoga bertambah maju di tahun baru ini. :D

  12. bintangzohra January 2, 2012 at 8:22 pm #

    Assalamualaikum Fatimah,
    sahabat yang sekian lama menghilang dan menyepi,
    semoga segala urusanmu yang dapat dirasakan teramat besar itu terlaksana segalanya dengan sempurna.
    Selamat tahun baru 2012, senang rasa hati dapat bersua kembali walau hanya melalui lelaman blog masing-masing. Tiga bulan lamanya, kini teman kembali semula.
    Semoga maju jaya hendaknya bersama keluarga tercinta.

    Salam dari Singapura.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 3:34 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Bintang Zohra…

      Alhamdulillah, aamiin Ya Salaam Ya Mukmiin.
      Segala urusan yang teramat besar sudah dapat dilaksanakan dengan izin Allah dan dengan segala kebaikan di samping mengharap kesempurnaannya. Mudahan Allah menerimanya.

      Terima kasih kawan, kerana masih sudi mengingati sebuah persahabatan yang telah sepi dan selalu mendoakan kesejahteraan saya juga keluarga. Didoakan agar Zohra dan keluarga di Singapura dalam keadaan yang sihat dan diredhai Allah.

      Salam tahun baru dan mesra selalu. :D

  13. syaiful64 January 2, 2012 at 8:55 pm #

    kunjungan malam
    sudah lama saya tidak berkunjung ke blog ini.
    salam blogger

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 3:37 pm #

      Terima kasih mas Syaiful atas kunjungan di tahun baru ini.
      Semoga diberkati Allah dan selalu berbagi hikmah buat semua.

      Salam harmoni. :D

  14. andioka January 2, 2012 at 11:14 pm #

    teman sejati adalah telinga yang senantiasa mau untuk mendengar.. itu yang saya ingat ucapan Bunda Siti..

    salam Hangat .

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 3:42 pm #

      “teman sejati adalah telinga yang senantiasa mau untuk mendengar”

      Kerana itu “serahkan telinga” untuk dapat membantu sesiapa sahaja dalam mencari ketenangan hatinya.

      Terima kasih Andioka untuk ingatan berbobot itu. Sangat menginspirasikan. :D

      Salam hangat kembali.

  15. iintansweet January 2, 2012 at 11:16 pm #

    selamat tahun baru 2012 Bunda , salam kenal.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 4:52 pm #

      Salam kenal kembali Intansweet. Selamat tahun baru.
      Terima kasih hadir berkunjung. :D

  16. Irfan Handi January 3, 2012 at 9:56 am #

    Selamat Tahun Baru Ya Bun.
    Alhamdulillah akhirnya kembali lagi menyapa sahabat.
    Salam Hangat dari Lombok.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 5:04 pm #

      Alhamdulillah, Allah juga yang mengizinkan pengembalian ini.
      Terima kasih Irfan untuk kunjungan kala blog ini sepi dari bicaranya.

      Selamat tahun baru juga. Semoga selalu sukses sepanjang tahun ini dalam kerjaya dan amalan baik yang dilakukan.

      Salam hangat kembali. :D

  17. Faiz Ezra January 3, 2012 at 10:20 am #

    Alhamdulillah…bunda Online lagi, apa kabar disana????
    Semoga tahun ini kita menjadi lebih taqwa dan penuh berkah…amin

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 5:10 pm #

      Alhamdulillah, saya baik saja, Faiz. Didoakan Faiz juga demikian sama.
      Kapan mahu berangkat ke Brunei ? Saya sudah baca komentar lalu tentang ini.

      Aamiin… mudahan kehidupan kita semakin bertambah baik dengan rezeki yang melimpah, ilmu yang luas, pengalaman yang mendidik hati dan jiwa kita untuk selalu mensyukuri nikmat Allah. Juga iman yang kian teguh terhadap ajaran Islam yang dicintai ini.

      Salam mesra selalu. :D

  18. WARDAH F. January 3, 2012 at 10:44 am #

    Asm….
    Pa Khabar Hjh. & Hj. sekeluarga? Camney di mekah & Madinah. Hopefully semua berjalan lancar.

    Alhamdullilah cuti ari ya. Kmk ngan ani dpat keluar 10H di Bintulu. Seronok jua dpt nemu member2 lamak di sinun. alhamdullilah Allah kabulkan doa kmk nak keluar ngan ani di sarawak akhirnya tercapai jua.

    Alhamdulilah juak Hanzalah dah masuk Mahaad Tahfiz Sg. Buaya, di selangor. Cuti 19.11.2011 dah masuk. Alhamdullilah kinek tok nya dah hafaz juz. 1. Tolong doa untuk nya moga dapat jadi Hafiz dan buat syahadah sekali. Mun ada rezeki nak hantar nya belajar di South Arfrica or Yaman or di Sri Petaling, KL ja. Belajar alim, nya sik belajar akademik. Tumpu hafazan ajak.

    Selamat tahun baru juak….

    • SITI FATIMAH AHMAD January 3, 2012 at 5:55 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, kamek berduak sihat dan telah selamat kembali ke tanah air. Cuaca di Makkah dan Madinah sangat panas sehingga banyak sekali ujian Allah yang harus dilalui dengan sabar dan tabah. Terima kasih untuk kitak atas kunjungan dan doa yang dilampirkan sepanjang kamek berduak di sinun.

      Didoakan kitak sekeluarga dalam limpah kurnia kesihatan dan rezeki yang selalu diluaskan Allah.

      Subhanallah, berita yang sangat membahagiakan apabila tauk Hanzalah sudah masuk sekolah tahfiz dan sudah hafaz juzuk 1. Berapa umur Hanzalah yakah ? Kamek doakan Hanzalah akan berjaya dalam pelajaran hafazannya.

      Ahhh… buat kamek semangat nak hantar Muhd. Nor Akram ke sekolah tahfiz juga. nya pun bersungguh-sungguh mauk jadi al-Hafiz. Alhamdulillah. Kinek tok kamek sedang mengelokkan bacaan dan tajwid Akram melalui kaedah Iqrak. Akram udah baca al-Quran tapi kamek maok nya baca semula Iqrak dengan bimbingan kamek sendiri.

      Syukur, bacaannya semakin bagus dan tajwidnya semakin meningkat. Ingat kelak masuk sekolah menengah dengan result UPSR yang baik nak masuknya ke sekolah tahfiz di Kelantan atau di Sungai Buluh. Doakan juak anak kamek ya.

      Tahniah dapat berdakwah di Bintulu, Sarawak. Mesti banyak kenangan di sinun. Boleh cerita juak lain kali.

      Salam dengan Ani dan anak2 di Teluk Intan. Selamat tahun baru dan semoga ceria selalu. :D

  19. bluethunderheart January 3, 2012 at 9:20 pm #

    bunda…………………………………..
    Blue datang dnegan warna yang snagat ramah
    Ape kabarnye,bunda?
    sennag sangatlah seketika blue tahu jika ternyata bunda telah berkenan memberi warna pemblogeran kembali
    semoga selalu nyaman untuk jiwa,hati dan rasa persaudaraan kita ya,bunda
    blue dijakarta sihat dan merindukannya
    Met Tahun Baru ya,Bunda
    semoga selalu sihat
    salam hangat dari blue

    • SITI FATIMAH AHMAD January 5, 2012 at 10:28 am #

      Alhamdulillah, bunda sihat dan baik. Didoakan nanda Blue juga demikian sama.

      Terima kasih hadir untuk menyapa bunda buat kesekian kalinya. Bunda senang malah gembira mengetahui kondisi nanda Blue di sana.

      Jutaan penghargaan dari bunda untuk penulisan nanda kepada bunda. Sangat terharu membacanya. Akan bunda titip sebagai kenangan dan ingatan.

      Salam hangat kembali dari bunda. :D

  20. Anas January 4, 2012 at 7:25 am #

    Selamat tahun baru 2012..
    Semoga doanya dikabulkan Allah..
    Amiin,
    salam kenal..

    • SITI FATIMAH AHMAD January 5, 2012 at 10:34 am #

      Aamiin, Ya Wahhab Ya Razzaq…. Mudahan Allah perkenankan.
      Terima kasih sudi berkunjung ke mari.

      Salam kenal juga Anas.
      Selamat tahun baru. :D

  21. WARDAH F. January 4, 2012 at 8:34 am #

    Asm…

    Alhamdullilah Hanzalah 8.1 tok baruk 13 thn. Last year nya UPSR, Alhmdullilah dpt 2A 3B. Allah pun kuasa waktu nya nak sit for the exam Neneknya telah kembali ke Rahmatullah… di Sri Aman.

    Alhamdullilah jua Insyaallah 12.1 tok kmk akan ke Dhaka, Bangladesh utk hadiri Istimak Tongi. Perhimpunan dunia umat Islam ke dua terbesar selepas Haji. Setiap tahun diadakan lebih kurang 2 juta umat isalam seluruh dunia akan hadir. Alhamdulliah tahun tok Allah pilih kmk gi. Last i was attend the istimak 2002.

    Kmk doa juak Akram dapat jadi Hafiz dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..Nang lepas Hanzalah diam di Madrasah Tahfiz ya lepas 40H byk berubah. Akhlak lebih baik dan sentiasa ingat Al-Quran. Lepas 40H nya cuti 3H dan kmk ngembaknya balit rumah.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 5, 2012 at 11:50 am #

      Alhamdulillah, masih mudak udah dapat hafaz juzuk al-Qur’an. Tahniah juak untuk UPSRnya. Semoga akan lebih bertambah maju dan berjaya lagi. Senang hati mun ada perubahan dalam kehidupan Hanzalah. Pasti senang hati ibu yang mengandungnya.

      Baruk tauk Istimak Tongi merupakan perhimpunan umat Islam yang keduak besar lepas haji. Siapa peserta Istimak ya, orang tabligh ajak kah? Tabligh seluruh dunia ?

      Aamiin, Ya ‘Aliim Ya Qabbid. Terima kasih atas doa yang dilampirkan.
      Salam ceria selalu. :D

  22. atdayyan January 4, 2012 at 6:20 pm #

    Selamat tahun baru 2012, semoga apa yang di resolusikan bisa tercapai di tahun ini. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD January 5, 2012 at 11:52 am #

      Aamiin, Ya Rafi’ Ya Mu’iz…Mudahan bisa tercapai.

      Selamat tahun baru juga.
      Terima kasih Atdayyan dan salam kenal. :D

  23. Ejawantah's Blog January 5, 2012 at 6:02 am #

    Selamat tahun baru 2012, semoga ditahun yang baru ini kabar bunda sekeluarga dalam keadaan sehat wal afiat. Dan yag terpenting ditahun ytang baru ini kita dapat menjalin hubungan tali silaturahmi kembali untuk saling menyapa dan mengingatkan dalam karya.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • SITI FATIMAH AHMAD January 5, 2012 at 12:14 pm #

      Aamiin, Ya Muziil Ya Samii’… Alhamdulillah, saya dan keluarga semuanya sihat dalam lindungan Allah swt.

      Terima kasih mas Indra untuk doa yang dilampirkan. Senang menerima kunjungan dan semangat yang ditorehkan. Semoga mas Indra dan keluarga juga demikian sama.

      Selamat maju jaya di tahun baru 2012. :D

  24. Kopral Cepot January 7, 2012 at 10:22 am #

    Akhirnya bersua kembali di 2012
    Tambah berenergi, tambah spirit untuk lebih baik
    Salam kangen ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 7, 2012 at 11:16 am #

      Alhamdulillah, semua itu dengan izin Allah jua.
      Terima kasih Kang KC untuk semangat yang ditumpahkan di sini bagi meneruskan penulisan di tahun 2012.

      Salam ceria. :D

  25. Mama Murai January 7, 2012 at 6:49 pm #

    Assalamu`alaikum kakak ku,
    selamat kembali dan selamat tahun baru buat akak sekeluarga di sana. Minta maaf kerana lambat menyapa kedatangan akak di alam maya ini. Bersyukur sangat kerana dapat dipertemukan semula, selepas kehilangan santapan minda harian selama 3 bulan.

    Bagaimana dengan ibadah Hajah yang akak lakukan? Semoga beroleh hajah mabrur hendaknya. Insya-Allah.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 8, 2012 at 10:34 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Mama…

      Senang menerima kunjungan sahabat baik yang jauh di mata, namun dekat di hati. Semoga silaturahmi ini sentiasa berlanjutan hingga akhir nanti.

      Aamiin, Ya Mujib Ya Muqtadir. Alhamdulillah, mudahan segala amal ibadah diterima Allah dan diganjari dengan rahmat-Nya yang melimpah.

      Terima kasih, Mama untukl doanya. Didoakan Mama juga memperolehi kebaikan yang sama dalam kehidupan ini.

      Salam mesra selalu. :D

  26. ayomendidik January 8, 2012 at 6:38 am #

    seneng banget ya bunda kembali ….. heeeee ….. jangan lupa blognya ikutkan blog guru …. eh tapi bunda bukan orang indonesia yap ……
    tapi kalau mau cek aja di http://stat.m-edukasi.web.id/index.php?method=pv&cat=&start=31
    mungkin ada site yang seperti ini di malaysia, beri tahu dong

    • SITI FATIMAH AHMAD January 8, 2012 at 11:10 am #

      Alhamdulillah, terima kasih mas Bchree atas maklumannya.

      Insya Allah akan diikuti dari semasa ke semasa sebagai bahan pengetahuan.

  27. wits January 9, 2012 at 11:46 am #

    ass.
    bunda pkbr? maaf udah lama wit offline. blogku jg gak di up date. makasih buat komennya yang terakhir di blogku. aku suka bersahabat dg bunda. terharu dg komen bunda kmrn. makasih, tp mungkin aku gak selalu aktif di blog Bun, tapi aku seneng sesekali mampir ke blog Bunda:)

    bunda, boleh aku minta imel bunda? semoga berkenan. makasih sblmnya:)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 9, 2012 at 9:27 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Wits comel…

      Alhamdulillah, bunda sihat. Didoakan Wits juga sihat dan sukses dengan kesibukan kerjanya. sampe offline dari maya. Ke mana aja ni Wits ? Bunda kangen lho.

      Bunda juga sama, suka bersahabat dengan Wits.
      Ok, bunda akan memperkenankannya. :D
      Harap mampir lagi kemari walau sibuk melanda tugasnya.

      Salam rindu dari bunda. :D

      • wits January 9, 2012 at 11:51 pm #

        sibuk Bun. sm kangen jg:)

        makasih sudah berkenan. tapi apa nama email bunda? kok gak dikasih tau:)

        insyaallah aku pasti mampir.

        thanks Bunda Fatimah sayang

        ^_^

        • SITI FATIMAH AHMAD January 10, 2012 at 9:52 am #

          Semoga kesibukannya bisa memberi manfaat buat Wits..

          Hmm.. bunda sudah kirim email ke Wits, belum sampai ya. Liat dulu pada kotak emailnya. Jika belum, maklumi bunda lagi ya.

          Sayang buat Wits comel. :D

          • wits January 10, 2012 at 10:59 am #

            iya., maaf br ngecek imel td. makasih Bunda fatimah

            salam

            • SITI FATIMAH AHMAD January 10, 2012 at 11:17 am #

              Alhamdulillah, bunda sudah terima email balas dari Wits.

              Terima kasih ya. :D

  28. anaknya ummi January 15, 2012 at 4:58 pm #

    Assalamu alaikum wr. wb.

    ummmiiiiiiikuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sayanggggggg, neni hadir menorehkan rasa rindu yang telah terpaut cukup lama, mengingat ada banyak hal yang telah kita lalui bersama, sungguh meresahkan hati neni jika lama tak bersua dengan ummi,

    ummmmiiiiiiiiiiii……………….. miss u ummi……..

    apa boleh kita saling mengucapkan tahun baru ini ummi ?.. hehe..

    • SITI FATIMAH AHMAD January 16, 2012 at 9:36 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, neni yang umi sayang…

      Alhamdulillah, kini kerinduan Umi juga sudah berbalas dengan kehadiran anak Umi yang baik ini untuk kembali menyatu diri di blog Umi dalam susah payahnya mencari jalan pulang… hehehe.

      Ada apa Neni, sampe begitu lama sekali tidak menyapa Umi. Ada masalah ya. Bilang sama Umi, biar Umi bantu. :D

      Hmmm… gimana fikir Neni, apa boleh kita saling mengucapkan selamat tahun baru ? hehe.. kok tau aja nich.

      Terima kasih hadir ya, Umi sangat senang sekali dan rasa bahagia dengan sapaan Neni.

      Salam rindu juga dari Umi. :D

  29. imsfly January 22, 2012 at 5:53 pm #

    tahun baru pacar pun baru :D

  30. Azzahra January 29, 2012 at 2:58 am #

    Selamat Tahun BAru 2012, semoga tahun 2012 dan seterusnya adalah tahun yang baik buat kita semua, amin ya robbal alamiin…

    • SITI FATIMAH AHMAD January 29, 2012 at 1:37 pm #

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim…
      Mudahan kita dilimpahi rezeki yang luas, ilmu bermanfaat dan kesihatan yang bisa menuntun kita untuk beramal ibadah kepada-Nya.

      Subhanallah…gembira menerima kembali kunjungan dari Azzahra di tahun 2012 ini. Didoakan Azzahra sukses selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Terima kasih ya. :D
      Salam hormat dan mesra selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: