CT75. MALAYSIAKU 48 TAHUN: PENYATUAN SEBUAH BANGSA

16 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KU PUISI DIRIMU DALAM HATIKU

31  Ogos 1957 sebuah tarikh keramat
Lahir sebuah Tanah Melayu yang merdeka
Setelah digenggam penjajah dalam ratusan tahun berlalu
Didodoi tangis sendu meratap pilu
Dalam ketakutan tiada harapan

Lahirnya Tanah Melayu
Berserakan darah menumpah bumi
Rumput hijau jadi merah bererti payah
Tanah subur bertanda merkah bermakna jarah
Bumi beraja diragut penjajah dinoda maruah

Jejak warisan kian menyerlah
Langkahmu ibarat sayap mengerbang indah.
Tidak lagi berpaling gundah pada sejarah tangis yang lelah
Hidup harus berjuang gagah
Setiap onak badai harus diredah
Berbekal ilmu dan akal yang bertuah.

Kata sepakat membawa berkat
Bersatu membentuk wadah perjuangan.
Memeluk kekuatan dalam ikatan kukuh
PENYATUAN SEBUAH NEGARA BANGSA
Masih muda, mentah dan dara.

kini…. terpatri megah namamu dipentas dunia
Lahirnya yang kedua bernama MALAYSIA
16 September 1963
Bercantum hati membentuk satu CINTA
Buat aku, engkau, dia dan kita semua
Menikmati damai dan harmoni
Membumi gagah akar berdiri

Siti Fatimah Ahmad
20 Ogos 2008 – 2.50 pagi
hotel mandarin pacific, kuala lumpur

 

****************

16 September  2011 (Jumaat)/ 18 Syawal 1432H/ 6.35 pagi - Sarikei, Sarawak

Aku… dan TANAH AIRKU MALAYSIA adalah lambang keabadian yang menyatu semua tujuan waktu sejak darah pertamaku mengalir tumpah kebuminya. Apabila aku ingin belajar mencintai negaraku, aku menoleh sejarah yang mencatat segala ruas perjuangan para pejuang untuk bebas dari penjajah. Aku dan TANAH AIRKU MALAYSIA bersatu dalam cinta.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************

SELAMAT HARI MALAYSIA KE 48

16 SEPTEMBER 2011 

****************

About these ads

28 Responses to “CT75. MALAYSIAKU 48 TAHUN: PENYATUAN SEBUAH BANGSA”

  1. tiara September 16, 2011 at 9:02 am #

    Assalamu’alaikum…

    BUAT NEGARAKU ~~~ MALAYSIA TERCINTA…

    SELAMAT HARI MALAYSIA!!!

    MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2011 at 9:23 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Hehehe… buat terkejut aje bila lihat Tiara dah berkomentar.
      Saya baru je posting dan refresh sebab ada foto (yang terakhir) nak dimasukkan.

      Terima kasih ya. Sebuah sejarah buat Tiara menjejak komentar pertama di hari Malaysia ini. :D

      SELAMAT HARI MERDEKA BUAT MALAYSIA TERCINTA.
      Semoga aman makmur dan damai selalu.

      Salam Malaysia dalam penyatuan bangsa. :D

      • tiara September 16, 2011 at 2:51 pm #

        hehehe… minta maaf buat cikgu terkejut… sebenarnya waktu terima email saya sedang menonton tv siaran langsung… selesai membaca tulisan cikgu… semangat saya tambah berkobar2… tu yang terus hantar komen…. tak sangka pecah rekod…:)

        salam merdeka@hari malaysia…. :)

        • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2011 at 11:00 pm #

          Hai Tiara…

          Email ? Apakah Tiara ada tick at “Notify me of new posts via email”, ya. Lalu pemberitahuan post baru saya muncul di email Tiara ? Sepertinya saya baru tahu ni . :D

          Terima kasihTiara, jika demikian halnya. Mudahan akan selalu mendapat manfaat dari bacaan di laman ini. Senang mendapat sapaan dari Tiara di sini.

          Cuti satu hari ini tadi, buat apa ya ? Kelihatan berkobar-kobar semangat tu. Ikut berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tak ?

          Salam merdeka. :D

          • tiara September 17, 2011 at 11:36 am #

            iya cikgu.. saya berlanggan melalui email.. mudah untuk saya terus membaca setiap posting terkini..

            cuti hari merdeka semalam saya tidak ke mana2… tapi hari ini saya bercadang berlibur ke kl..

            salam mesra… :)

            • SITI FATIMAH AHMAD September 18, 2011 at 6:16 am #

              Hai Tiara, selamat berpagi minggu yang indah.

              Senang mengetahuinya, jika dengan cara itu lebih memudahkan sahabat membaca posting yang dilancarkan.

              Selamat berlibur dalam suasana yang damai dan merdeka. Lama tak ke KL ni. Rindu juga nak naik LRT dan monorel… :D

              Salam ceria di hujung minggu.

  2. Muhd Suhaily September 16, 2011 at 9:28 am #

    Assalammualaikum,

    Selamat Hari Malaysia, syukuri apa yang kita semua kecapi, berbangga dgn keamanan hasil perjuangan dari mereka yang berjalan jatuh disusuli laungan takbir! Selamat menyambut keamanan 1 Malaysia, 1 Bangsa 1 Kudrat.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2011 at 9:41 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Muhd Suhaily…

      Wah… lama tidak menjenguk ni. Pasti semakin sibuk pakar motivasi dengan kerjayanya. Didoakan sukses dan mencapai objektif dalam perniagaannya.

      Terima kasih sudi bertandang di hari Malaysia yang bertuah ini. Selamat Hari Raya juga dan maaf zahir batin.

      Salam 1 Malaysia. :D

  3. awan putih September 16, 2011 at 11:59 am #

    assalamu alaiku wr. wb.

    selamat buat negara tercinta ummi..

    jaya selalu

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2011 at 2:31 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni sayang…

      Terima kasih untuk ucap selamat dan doa buat Malaysia.
      Semoga hubungan antara dua negara serumpun dan kita juga bisa erat, harmoni dan sentiasa damai.

      Umi cuti hari ini, Nen. Seluruh Malaysia cuti. :D
      Sukses ya dengan kerjaannya.
      Rindu dan salam sayang selalu dari Umi.

  4. MUXLIMO September 16, 2011 at 3:32 pm #

    Salam alaikum, Mbak Fatimah sang penyejuk hati sesama.. ^^
    MasyaAllah.. saya baru tahu ada Hari Malaysia ini selain hari kemerdekaan, ya?!

    Untuk itu, saya ucapkan selamat ber-Hari Malaysia ke-48, semoga Malaysia semakin maju, berjaya, dan menjadi salah satu agen persatuan dan kesatuan antarumat ber-Tuhan untuk region Asia-Tenggara dan dunia. Amin.

    Salam cinta, damai, dan persaudaraan dari Indonesia.

    agak out of topic nih :D
    Jangan hiraukan segala hasutan dari politikus2 busuk di kedua negara. Putera-putera terbaik dari kedua negeri ini akan menjadi kekuatan yang amat bisa diandalkan Imam Mahdi dan Yesus dalam pertempuran akhir zaman nanti karena persamaan akar bahasa, dan budaya.

    Well, maaf jika komen saya ini berlebihan dan “merusak” kenyamanan hari Sobat-sobat semua, tapi saya kira, inilah yang paling logis untuk zaman penuh tipu-daya yang memukau seperti sekarang ini.

    Pesan Rasulullah Saw.:
    “Waspadalah pada akhir zaman karena akan ada banyak penipu ulung. Orang-orang yang mengatakan kebohongan-kebohongan besar.” (<– artinya kenyataan yang "tampak" selalu bertolak belakang dengan kenyataan sebenarnya)

    hingga Rasulullah Saw. pun melanjutkannya dengan doa:
    "Ya Allah, tunjukanlah kepadaku segala sesuatu sebagaimana adanya."
    {sumber: Syaikh Imran Hussein dalam video dokumenter Phase 3}

    Setiap umat ber-Tuhan, agama apa pun Anda. Ayo bersatu!!

    ahahha.. maaf Mbak Fatimah, saya lagi berapi-api nih.. ini komen jadi macam spam jak ye??? :*D

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2011 at 11:10 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Muxlimo yang baik….

      Hari Malaysia baru sahaja di sambut dalam 2 tahun kebelakangan ini. Ia kemudiannya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai hari sepenting hari kemerdekaan Tanah Melayu setelah desakan dari kebanyakan rakyat Malaysia atas dasar terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963 yang didalamnya tercantum Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

      Alhamdulillah, kini Malaysia ada dua perayaan yang harus dirai setiap tahun iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam jarak 17 hari sahaja. Terima kasih atas ucapan dan doa yang dilampirkan oleh Muxlimo buat negara tercinta saya, Malaysia.

      Hehehehe…saya tersenyum panjang membaca semangat berapi-api dari mas Muxlimo di atas.Bisa aja ya kalau jadi pejuang tanah air. Silakan mas berbicara hal yang bisa untuk dibahaskan sebagai membuka minda bersama bagi mengingat diri.

      Balas untuk out of topic nih.. :D

      Saya setuju dengan apa yang Muxlimo maksudkan dengan polemik2 para politikus sehingga mengakibatkan berlakunya kekeruhan dalam hubungan diplomasi antara dua negara dan menjadikan rakyat bawahan sebagai golongan yang meneria tempiasannya.

      Harapan saya putera dan puteri dari kedua2 negara bisa menaksir sebarang polemik yang timbul dengan perkiraan akal budi agar tidak menunjangkan kepada kesempatan bagi musuh luar untukmenghasut mudah.

      Sebaiknya guna kewarasan dari sentimen yang merugikan nyawa, harta benda dan persaudaraan. Saya selalu sedih jika hal sebegini berlaku antara kita kerana persahabatan yang dibina bisa menguatkan perpaduan ummah di jagat dunia uang kian diancam oleh ideologi2 subversif dengan usaha menghancurkan umat islam secara holistik.

      Rasulullah saw dalam hadis2 berhubung akhir zaman memnjelaskan betapa ramainya golongan yang tidak berpendidikan agama dan tidak faham agama berusaha menonjol diri untuk membawa satu cara fikir baru tentang Islam sehingga mengelirukan golongan yang kurang berpengetahuan tentang agama ini. pemikiran seperti ini seolah memperlihatkan betapa mudahnnya agama Islam diamalkan sehingga tidak merujuk kepada sumber utama Islam iaitu al-Quran dan Al-Sunnah yang menjadi syariat dalam rujukan setiap aspek kehidupan umat Islam di jagat raya ini.

      Makanya, kerapuhan nilai kehidupan, pemikiran dan akhlak umat Islam kini yang lebih mencintai dunia dan dilalaikan olehnya telah menambah kekuatan kepada musuh Islam untuk menghancurkan generasi Islam akan datang. Kita lihat sahaja betapa kekuatan kaum yahudi (berfahaman zionis)dapat menakluki dunia dengan ilmu pengetahuan mereka yang hebat kerana bagi mereka untuk menundukkan umat Islam tidk lagi dengan senjata tepai dengan ilmu. Akhirnya umat Islam diserang dengan “serangan pemikiran” yang mampu merosakkan pemikiran umat Islam dengan melebihkan dunia dari akhirat.

      Semoga kita sedar bahawa umat Islam hanya bisa bangkit jika kesatuan seluruh dunia Islam bangun dan kembali kepada perintah Allah swt dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan mereka. Mudahan kita bisa mengambil ibrah atas kejadian yang menimpa Bosnia, Syatila, Iraq, Afghanistan, Palestin dan negara2 Timur Tengah (Mesir) dan Afrika (Libya, Tunisia) yang sudah musnah tamadun keagungannya kerana kelemahan para pemimpinnya dalam memimpin negara. Semua itu pengajaran dan musibah dari Tuhan untuk diambil perhatian kepada negara2 islam lainnya agar kembali kepada Islam yang unggul sevagai cara hidup di muka bumi ini.

      Senang dapat membicarakan hal ini.
      Salam ceria dipenghujung pekan, Muxlimo.

  5. abgreds September 17, 2011 at 12:56 pm #

    Assalamualaikum wbt. Bunda Siti…

    Sesungguhnya kita amat bertuah menjadi anak watan di negara Malaysia ini. Serba serbinya mencukupi untuk menjalani kehidupan seadanya kita sebagai ummat manusia ciptaan Allah swt.

    Biar terdapat onak duri di sana sini, tidaklah terlalu tajam dan menusuk hingga bisa melumpuhkan semangat dan keazaman untuk terus menongkah usia yang berbaki.

    Wajib kita berterima kasih kepada para pemerintah dan pihak berkuasa keselamatan yang telah menjalankan amanah mengurustadbir negara dengan berhemah.

    Sebagai rakyat kebanyakan, haruslah kita mengukuhkan jatidiri dalam mengasihi tanahair sebagaimana yang dianjurkan sendiri oleh Baginda Rasul saw.

    Mudah-mudahan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi ini akan berkekalan dan bertambah baik pada masa hadapan untuk diwarisi oleh anak cucu kita pula.
    Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia!

    • SITI FATIMAH AHMAD September 18, 2011 at 6:43 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Abgreds yang dihormati…

      Alhamdulillah, iya benar. Memang sangat-sangat bertuah menjadi anak watan di bumi Malaysia yang indah permai ini. Walau negeranya kecil tetapi sangat harmoni, maju dan membangun pesat. Para pemimpinnya selalu berfikiran kritis dan kreatif sehingga Malaysia terkenal di persada dunia.

      Kebijakan para memimpin dalam mengurus dan mentadbir negara memerlukan komitmen yang besar dan tinggi di samping keikhlasan untuk menjaga kebajikan rakyat agar terjamin dari aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

      Kepimpinan yang berkesan dan berwawasan, mampu merancang pelbagai agenda dalam membangun negara. Amanah kepimpinan sangat diberatkan dalam Islam kerana menjadi tanggungjawab fardhu ain buat yang dipilih untuk memimpin dan menjadi fardhu kifayah dalam pengurusannya.

      Mudahan Malaysia dan pemimpin sedia ada selalu bersifat mesra rakyat dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih mereka sebagai yang diberi amana untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara berkelas dunia mengikut acuannya sendiri.

      Terima kasih Abgreds untuk komentar berbobot yang mengesan dan mencerahkan. Senang dengan kunjungan Abgreds di hari Malaysia yang merdeka ini.

      Selamat buat semuanya yang hidup di bumi Malaysia baik untuk rakyatnya sendiri mahupun mereka yang berkunjungan melalui pelbagai tujuan dan dimurahkan rezeki di bumi pertiwi kurniaa Allah yang indah ini.

      Salam berhujung minggu. :D

  6. kezedot September 18, 2011 at 7:39 pm #

    bunda……….p kabar
    duh sennag snagat blue.he salah kezedot bersapa lagi dnegan bundanya bluethunderheart tersayang……xixiix
    met lebaran y bunda
    maafkan jika bluenya suka nakal..
    salam hangat dari kezedot dan blue…………

    soalnya blue lagi lelah katanya……

    • SITI FATIMAH AHMAD September 19, 2011 at 8:13 am #

      Hai Blue…ehhh salah,Kezedot… hehehe.

      Kok selalu salah aja ni nanda. Sepertinya bunda bisa menebak siapa disebalik siapa nich. Hmmm… apa Blue sudah lelah jadi Blue ya ? :D

      Kalau salah-salah begini sebutannya dan agar bunda tidak pusing memikirkannya, biar bunda panggil dengan BluKe aja… hehehe.

      Alhamdulillah, bunda sihat selalu. Didoakan Bluke sihat juga di sana.
      Terima kasih sudi mampir kemari lagi setelah lama tidak bersapa.

      Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga dari bunda.
      Salam hangat selalu. :D

  7. Ifan Jayadi September 18, 2011 at 9:14 pm #

    Alhamdullillah usia 48 tahun bagi kemerdekaan negara malaysia telah berhasil dicapai. Tentu banyak iktibar yang dapat dipetik dari hari peringatan tsb. Terutama semangat patriotisme para pahlawan yang tiada gentar melawan penjajah. Sepatutnyalah generasi muda sekarang mampu mewarisi semangat patriotisme tsb dengan belajar yang rajin dan sungguh2 agar mampu menjadikan negara sebagai kekuatan yg disegani dunia dalam bingkai kegemilangan dan kejayaan yang bersandarkan pada ilahi rabbi

    • SITI FATIMAH AHMAD September 19, 2011 at 12:23 pm #

      Hai Ifan Jayadi…

      Bersemangat membaca coretan Ifan di atas. Penuh dengan nilai patriotisme yang jitu buat mereka yang memahami kepayahan yang dilalui oleh para pejuang kemerdekaan untuk memperolehi kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.

      Kita harus banyak belajar melalui sejarah kerana ia lambang perubahan kejayaan masa depan untuk generasi baru bangkit dalam semangat juang yang sama tetapi jalan yang berbeza. Jika negara sudah merdeka dari penjajah tetapi hati masih terus dijajah, maka erti kemerdekaan belum tuntas dan sungguh menghibakan.

      Terima kasih Ifan untuk kunjungan yang menyemangati hari Malaysia. :D

  8. abedsaragih September 19, 2011 at 5:02 pm #

    kunjungan dan komentar balik bunda
    sekalian tukaran link

    salam persahabatan

    • abedsaragih September 19, 2011 at 5:07 pm #

      Wah bunda udah pasang link saya rupanya saya tidak lihat tadi,tpi skrang udah didilihat kok.Trima kasih bunda,,udah pasang link saya
      link bunda udah terpasang juga di sidebar saya
      ditunggu komentar dan kunjungan dan baliknya

      • SITI FATIMAH AHMAD September 19, 2011 at 9:01 pm #

        Tidak apa, karena link di blog ini pasangnya di ruang halaman bukan di sidebar. lalu selalu aja tersalah pandang pemasangannya. :D

        Terima kasih juga sudi memajangkan link saya ke sana. Saya menghargainya. Insya Allah, akan diusahakan kunjungannya.
        Salam ceria.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 19, 2011 at 8:58 pm #

      Terima kasih untuk kunjungannya, Abedsaragih.
      Linknya sudah dipasang di Dunia Sahabat. :D

  9. Wandi Sukoharjo September 19, 2011 at 7:55 pm #

    Semoga rakyat dan negara Malaysia sumangkin baik cik gu. Koruptor musnah, bisakah ya?

    • SITI FATIMAH AHMAD September 19, 2011 at 9:07 pm #

      Sahabat guru, Wandi…

      Terima kasih hadir menyapa. senang dikunjungi dan mengaminkan doanya. Aamiin.

      Menurut saya, koruptor tidak akan pernah musnah di muka bumi selagi ada manusia yang mahu memberi dan menerima uang untuk kepentingan diri demi mengejar kekayaan dengan mudah.

      Ia hanya bisa musnah jika manusia kembali kepada ajaran Islam yang utuh dan takutkan kepada Allah swt juga azab-Nya di akhirat. Wallahu’alaam.

      Salam harmoni. :D

  10. Eyangkung September 20, 2011 at 12:08 am #

    Dirgahayu HARI MALAYSIA YANG KE 48,

    Mohon maaf sejak Idul Fitri saya tidak mampu menjejak dunia maya sehingga serba terlambat mengucapkan selaat untuk hal-hal dan momentum yang berarti ini. Mari kita pererat persaudaraan dua negara satu rumpun ini semakin kokoh dan bersahabat tanpa terpengaruh hiruk pikuk politis yang serba macam ini.

    Biar di dunia nyata penuh intrik dan konflik, tapi mari di dunia maya yang tanpa batas ini kita ciptakan suasana yang nyaman bebas dari rasa cemburu, iri dan praduga buruk.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 20, 2011 at 9:56 am #

      Salam hormat Eyangkung…

      Alhamdulillah, sangat senang menerima kunjungan dari Eyang setelah sekian lama tidak mendengar khabar beritanya. Didoakan Eyang selalu sihat dan ceria bersama keluarga. Tentu suasana lebaran yang lalu memberi seribu makna dalam menambahbaik kehidupan mendatang. :D

      Saya juga berharap demikian Eyang, andaikata di dunia nyata, banyak kesan yang mempengaruhi hubungan antara dua negara lantaran polemik semasa berhubung politik yang tentunya banyak mengeruhkan perasaan. Maka harapan kita yang selalu inginkan kedamaian di jiwa dan bersangka baik sesama saudara, akan terjalin erat sebuah persahabatan di maya yang bisa menjadi penawar kepada kesakitan yang di luar sana.

      Semoga maya memberi satu inisiatif yang menyamankan dalam pembinaan nilai-nilai murni agama dan kemanusiaan berasaskan ilmu dan akal. Dunia selalu sahaja berjaya memporak peranda manusia yang hatinya tidak pernah damai apabila mencintainya melebihi akhirat.

      Terima kasih Eyang, hadir yang selalu diharapkan dengan tulisan dan pesan berbobot yang mengesankan.

      Salam takzim penuh harmoni buat Eyang. :D

  11. HALAMAN PUTIH September 23, 2011 at 2:39 pm #

    Terlambat berkunjung nih…

    Selamat Hari Jadi Malaysia, di usia yang ke 48 tahun ini semoga Malaysia menjadi negeri yang makin cinta perdamaian. Kalau di dunia yang nyata batas-batas antara negara terlihat dengan jelas, tetapi di dunia blog ini persahabatan tidak dibatasi oleh sebuah ranah politik. Kita semua bersaudara, bersahabat dan saling menjaga keharmonisan melalui median blog.

    Salam,
    HALAMAN PUTIH

    • SITI FATIMAH AHMAD September 28, 2011 at 8:47 am #

      Salam hormat mas Muhammad…

      Terima kasih atas kunjungan, doa yang baik dan ucapan selamat buat negara Malaysia. Aamiin… semoga dilimpahi dengan keberkatan berpanjangan dan ikatan persahabatan yang harmoni antara Indonesia dan Malaysia.

      Semoga dunia maya bisa mengubah persepsi yang tidak nyaman di dunia nyata dengan harapan kesepaduan dalam beragama bisa menyatukan diri dalam sikap dan pandangan yang positif melalui pemikiran dan tulisan bersama.

      Salam mesra selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: