CT69. SAHUR YANG GEMPAR

6 Aug

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Angin dinihari,   seakan menggigit kulit tubuhku yang tidak berbungkus selimut. Aku dapat merasai hembusan dinginnya yang lembut mesra menyentuh tubuhku sehingga aku menggigil kesejukan. Aku memerhati sekeliling untuk mencari selimut yang awal malam tadi telah kemas membalut tubuhku. Mataku meliar ke sana sini, tidak ada. Pandangan ku bertumpu kepada Ros (8 tahun) yang berbaring pulas di sebelah Hanim (4 tahun). Kedua-dua adikku sangat nyenyak sekali. Masing-masing dengan selimut sendiri. Selimutku tidak kelihatan di atas katil. Ini bermaksud tiada perebutan antara aku dan adik-adikku.

Ahh.. di mana selimutku ? getusku dalam hati. Aku mulai tidak ketentuan kerana sejuk sudah tidak dapatku tahan.  Bibirku mulai bergetar mendendangkan lagu “Dingin” bersama alunan irama yang dihasilkan oleh kumpulan orkestra gigiku. Ggggrrrr…. sejuknya. Aku tidak tahaaaan lagi. Aku mendakap erat tubuhku dengan menggosok-gosok tapak tangan ke lengan yang terdedah bagi memanaskan tubuh.  Kakiku silang  kuat untuk menghasilkan kehangatan. Hatiku mulai resah kerana dinginnya cuaca. Tanpa kompromi. 

Entah kenapa hening pagi itu sangat dingin sekali. Ggggrrr… sejuknya sungguh mencengkam hingga ke tulang. Aku tidak ingat pagi ini, Ramadhan yang ke berapa telah aku lalui. Aku menoleh ke tingkap di belakangku. Ia terbuka seperti biasa. Sengaja dibiar terbuka agar udara segar dari luar dapat masuk memenuhi ruang bilik yang tidak dibekali dengan kipas angin itu. Sebaliknya, apabila hari melepasi tengahari, bilik itu tidak dapat didiami kerana haba panas yang sangat kuat kerana matahari jatuh dari sebelah Barat menghadap tepat ke bilik tidur kami tiga beradik. Walaupun tingkapnya terbuka, ia dilapisi dengan “netting” bagi memerangkap nyamuk dari masuk  ke dalam bilik tidur untuk menghisap darah-darah kami secara percuma.

Kemudian aku mencari di bawah katil, mana tahu ia terjatuh dek kerana keaktifanku semasa tidur. Alhamdulillah, aku merasa lega apabila melihat selimutku ada di bawah sisi katil. Ketika sedang memunggut selimut tersebut, hidungku tak semena-semena mencium aroma yang menggugah jiwa iaitu bau makanan yang dimasak. Hidungku menangkap kuat aroma yang menyegarkan itu kerana bilik tidurku hanya dua meter sahaja dari dapur.  Perutku jadi lapar dan tidak sabar-sabar untuk menikmati masa sahur.

Aku yakin ini waktu sahur. Sudah tentu emak dan Mak Nek (emak kepada ibuku) sedang menyediakan juadah bersahur untuk kami semua. Biasanya, emak akan membangunkan kami semua apabila jam menunjukkan 3.30 pagi. Emak dan Mak Nek tentu sudah bangun seawal jam 3 tadi. Aku pernah mendengar emak dan Mak Nek berbincang bahawa sebaiknya mereka bangun adalah jam 2.30 pagi dan akan mula makan sahur jam 3.30 pagi.

Aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Sebelum ke dapur, aku berhenti dan melirik dahulu kepada jam antik Pak Nek. Jam kayu berwarna coklat tua berbentuk segi empat panjang itu menunjukkan pukul 3.1o pagi. Jam itu menggunakan kunci untuk menghidupkannya. Aku suka menemani Pak Nek dan memerhati beliau memusing kunci kedua-dua belah untuk menghidupkan jam.  Setelah itu beliau akan menghayun bendul bulat di tengah jam dan akan terdengarlah bunyi tek, tek, tek selama bendul itu berayun hidup. Kini jam itu mati bersama tuannya. Tiada siapa dalam ahli keluarga berminat dengan jam tersebut. Sebuah nastolgia lama bersama Pak Nek yang sangat penyayang dan aku selalu merindui detik-detik indah bersamanya.

Kemudian aku meneruskan langkahku menuju ke dapur untuk melihat kegiatan emak dan Mak Nek. Aku berdiri tepat ditengah pintu antara dapur dan bilik makan. Aku melihat emak dan Mak Nek membelakangi aku sambil sibuk memasak tanpa mengetahui aku berada di belakang mereka. Kehadiranku tidak menimbulkan sebarang bunyi yang boleh mencurigai mereka untuk menoleh kepadaku. Mereka sangat khusyuk dengan tugasan masing-masing. Waktu sahur semakin mendekat dan tidak lama lagi emak akan menbangunkan kami semua.

Apabila mengetahui kehadiranku tidak disedari, aku tersenyum kerana bersamaan senyuman berlangsung aku telah merancang sesuatu untuk menggemparkan emak. Perancangan drastik yang muncul secara tiba-tiba. Aku mahu bermain-main dengan emak dan melihat apakah reaksinya apabila mendapati aku tidak ada di atas katil. Aku dapat membayangkan betapa emak akan kelam kabut dan menangis…hehehe.

Begitu dugaanku kepada apa yang bakal terjadi sebentar lagi.  Pelan yang ku rancang sangat mudah iaitu bersembunyi di balik pintu dapur berwarna biru muda. Pintu itu besar dan sangat baik untuk persembunyian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Aku berdiri di balik pintu sambil melihat di celah lubang garisan panjang pintu tersebut apa yang sedang emak dan mak nek lakukan di dapur. Aku pasti emak dan sesiapa sahaja akan cepat menemui aku di balik pintu itu.

Ada sesuatu yang tidak terfikir olehku ketika melaksanakan misi tersebut. Aku terlupa bahawa emak adalah seorang yang garang dan pemarah. Suka mencubit pula. Cubitannya sangat sakit, tajam dan macam kepitan ketam.  Cubitan itu membekas beberapa hari. Pedih. Ahhh… aku lupa akan sifat-sifatnya. Yang pasti, aku akan menerima ganjaran kerana mempermainkan beliau. :D

Tidak lama selepas menempatkan diri dengan baiknya di sebalik pintu dapur, aku terdengar emak memaklumkan kepada Mak Nek bahawa dia hendak membangunkan semua ahli keluarga. Aku melihat Mak Nek hanya berkata “aok” @ ya sambil mengangguk kepala. Senyumanku makin lebar dan mekar kerana drama yang ku rancang akan bermula sebentar lagi.

Pertamanya mak akan membangunkan bapak dan Pak Nek.  Kemudian membangunkan aku dan adik beradikku yang lain. Kedua-dua  abangku, Shaidi (14 tahun) dan Bol (11 tahun) juga tidur di bilik yang sama. Cuma kami dipisahkan oleh pendinding yang dibuat sendiri oleh Pak Nek. Dinding itu boleh dilipat satu kerana tengahnya dibuat skru untuk memudahkan ia dibuka dan ditutup bila-bila masa dikehendaki. Manakala adik lelakiku, Jahid (5 tahun) tidur dengan Pak Nek dan Mak Nek.

Aku melihat dengan jelas kelibat emak memasuki bilik tidur kami. Aku tersenyum sendirian. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh jeritan mak yang kuat dan kedengarannya kelam kabut sekali sambil memanggil nama bapak berkali-kali. “M” – demikian panggilan emak kepada bapak. “M.. timah tidak ada dalam bilik.” Mak kemudiannya berlari keluar sambil berteriak cemas  dan meluru ke bilik tidurnya untuk memaklumkan kepada bapak tentang kehilanganku. Dia sudah panik kerana kehilangan anak gadis kesayangannya.

Aku mulai mengikik di balik pintu dapur melihat emak yang berlari ke sana- sini mencari aku. Mak Nek kemudiannya bergegas ke ruang tengah apabila mendengar jeritan emak. Pak Nek  juga demikian sama dan bertanya apa yang telah terjadi. Dalam sedu sedannya, mak memaklumkan kehilanganku. Emak menangis sedangkan aku pula  ketawa sehingga menggigil seluruh tubuhku dengan tapak tangan sudah berlabuh di mulut agar tidak kedengaran kikikan-kikikan yang menjadi-jadi. Air mata akibat ketawa yang tak berhenti-henti mulai keluar dari bibir mata. Aku merasakan satu kelucuan menyaksikan drama yang ku rancang. YES.. BERJAYA.

Asalnya hanya untuk menggemparkan emak seorang, tetapi hasilnya semua ahli keluarga jadi risau dan gempar. Sahur itu benar-benar menjadi kenangan buatku. Semua keluarga mencari aku merata-rata, tapi tidak ditemui. Tangisa emak mulai tinggi. Aku menjadi hairan, kenapa tidak ada seorangpun mencari aku di balik pintu dapur. mereka semuanya mencari aku di dalam bilik, bawah katil, ruang tamu dan luar rumah. Hmmm… rupanya mereka tidak terfikir akan pintu tersebut. Dalam aku berfikir-fikir dan sudah mulai risau apakah aku patut keluar dari balik pintu atau membiarkan sahaja drama pencarian itu berlarutan ?

Waktu sahur semakin berlalu, perutku sudah semakin lapar dan berkeroncong. Aku sudah berada setengah jam di balik pintu. Kehangatan mulai terasa. Aku rasa tidak selesa. Kakiku sudah penat berdiri lama.  Aku jadi bosan kini. Tangisan emak pula semakin deras. Masih terdengar bapak memujuk emak dan mengatakan  bahawa aku akan ditemui nanti.  Emak memaklumkan dia sudah tidak ada selera untuk makan selagi aku tidak ditemui. Aku jadi terharu mendengarnya. Sayangku pada emak semakin bertambah. Aku jadi kasihan dan kesal pula.

Setelah lama menunggu, aku mengeluh sendirian. “Ahhh…tiada sesiapa mencariku di balik pintu”. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar sahaja. Lama sangat menunggu agar permainan “hide and seek” berakhir. Aku sudah bosan dan lapar. Dengan langkah berhati-hati, aku keluar dari balik pintu dapur dan menuju ke arah emak yang sedang menangis sambil dipujuk oleh bapak, Pak Nek dan Mak Nek. Dengan rasa bersalah yang amat sangat, aku cuba senyum dalam bimbang menyapa emak dan bapak.  Aku memaklumkan bahawa aku hanya bersembunyi di balik pintu dapur sambil menunjukkan tempat persembunyianku. Aku tersenyum pahit dan pasrah. Aku menyesal membuat suasana sahur menjadi drama air mata.

Emak yang terkejut melihat aku dan tergamam mendengar penjelasanku terus memeluk erat tubuhku sambil mengucapkan alhamdulillah. Semua orang merasa lega atas kemunculanku. Setelah memelukku, tiba-tiba emak mencubit pahaku dan memukul belakangku sambil mulutnya mulai mengomel marah tak henti-henti. Aduuh… sakitnya. Emak mengungkit-ungkit drama pendek yang telah berlaku sebentar tadi. Aku telah menyusahkan semua orang. Aku mula dihujani tembakan-tembakan peluru kata yang memedih hati dan menyakitkan telingaku. Emak sedang marah. Marah yang bersangatan. “Sudahlah tu, Timah dah ditemui. Janganlah bising-bising lagi. Bersyukurlah.” ujar bapakku sambil memujuk emak agar berhenti marah kepadaku. Bapak orangnya tenang sahaja. Tidak banyak bicara.

Aku diam tidak terkata. Duduk di hadapan emak yang terus-terusan marah sambil makan. Perutku yang tadinya lapar kini terasa  kenyang oleh hidangan kata-kata dari emak. Nafsu makanku mulai kendur. Mataku sudah mulai berkaca. Hatiku jadi mengerutu marah. Aku mengumpat dalam hati, kalaulah aku tahu begini jadinya, tidak akan aku keluar dari balik pintu tersebut. Sebenarnya, aku tahu itu salah aku.  Aku menyesal membuat emak jadi risau. Memang patut emak marah, memukul dan mencubitku. Aku berjanji dalam hati tidak akan berbuat seperti itu lagi.

****************

Setiap kali aku balik kampung untuk mengunjungi emak dan bapak, emak akan mencium kedua-dua pipi dan dahiku sambil mendoakan kejayaan dan kebahagiaan hidupku. Aku suka diperlakukan emak sedemikian rupa. Aku  membalas ciuman di pipi dan dahinya, memeluk emak dan mengucapkan I LOVE YOU MAK. Emak akan membalas, I LOVE YOU TOO. Kini usia emak sudah 69 tahun. Nama emak sangat indah sekali – AINON JURIAH. Pak Nek maklumkan nama emak diambil dari surah al-Ghaashiyah, ayat 12 – “FIIHA AINUN JAARIAH” –   yang bermaksud  “di dalamnya (syurga) ada mata air yang mengalir.”

Emak sangat sayangkan aku. Emak akan memasak makanan kesukaanku – sup daging sapi dan sayur campuran sos tiram – apabila mengetahui aku akan balik kampung. Kedua menu ini adalah wajib untuk menyambut kepulanganku. Kini, emak kurang sihat. Selalunya adik bongsuku, Hanim yang akan mewakili emak untuk memasak menu kesukaanku itu. Aku jadi terharu. TERIMA KASIH, EMAK.  Bila mengenangkan sahur yang gempar itu, aku sedih sekali. EMAK, MAAFKAN ANAKMU. 

SO MUCH, EMAK.


****************


6 Ogos  2011 (Sabtu)/ 6 Ramadhan 1432H/ 10.20 pagi - Sarikei, Sarawak


Aku… dan cinta ibuku tidak pernah lapuk. Cinta ibu adalah yang paling baik daripada segalanya. Hati ibu bagaikan jurang yang  di dasarnya selalu ada MAAF.  Yang perlu ditabung oleh seorang ibu adalah kesabaran dan kasih sayang. TERIMA KASIH EMAK.

- SITI FATIMAH AHMAD -

***************


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

About these ads

34 Responses to “CT69. SAHUR YANG GEMPAR”

  1. neni August 6, 2011 at 12:49 pm #

    Assalamu alaikum wr. wb………..

    umiiiiiiiiiiiiiiiiii……………..
    waaahh…ummi pandai sangat membuat drama,
    cerdik otak umi,
    usia 10 tahun dah pandai membuat drama yang menggemparkan seluruh keluarga, hehe..
    neni jadi tersenyum saat membaca kisah ummi yang bersembunyi dibalik pintu, neni membayangkan betapa lucunya melihat orang-orang yang resah mencari keberadaan kita,menahan ketawa hingga tak mengeluarkan suara. …
    neni juga tersenyum saat ummi dapat balasan dari drama tersebut…
    mengapa yach..saat kita tak ada didekat emak pasti dicari tapi saat kita berada disisinya sring kena marah..hehe..
    dan mengapa sifat bapak lebih tenang dibandingkan seorang ibu…???//…

    ummi, aku menjadi yang pertama lagi yach,
    syukran yang ummi, atas infonya, menjadikan neni the first.. alhamdulillah..

    salam mesra selalu buat ummi,
    salam sayang
    salam cinta
    ..

    • SITI FATIMAH AHMAD August 7, 2011 at 12:43 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni…

      Iya dech Neni, selamat menjadi yang pertama di posting Umi, juga pertama di hati Umi, ya. Jadi anak yang solehah dan bertakwa dalam menghadapi tantangan hidup ini. Jangan pernah menyerah kalah. Apa yang berlaku dalam kehidupan ini tidak akan pernah mundur.

      Hadapi sahaja dan anggap ia adalah pernak pernik kehidupan untuk mematang dan menambah iman kita. Walau apapun yang berlaku, hidup ini harus diteruskan dengan harapan yang akan hadir di depan sana. mana tahu, harapan itu lebih indah dari apa yang ada kini. maka, kenapa harus menangisi dan jangan bersedih. Senyum selalu.

      Hehehe… mengarangnya bisa aja Nen atas daya ingatan yang masih kuat, alhamdulillah. Banyak lagi kisah Umi masa kecil yang masih tersimpan di galeri otak Umi. Nanti ajalah kalau dipanjang umur akan umi bicarakan di sini.

      Umi juga tika menulis posting ini sempat ketawa mengingatkan kisah masa lalu yang penuh drama air mata. Umi tidak menyangka kejadiannya jadi serius pada hal sekadar untuk main hide and seek aja dengan emak Umi. Aahhh… hati seorang ibu kan selalu begitu Nen. Sentiasa menarih resah dan bimbang kepada keselamatan anaknya. Umi dapat merasai kini apa yang emak Umi rasain dahulu.

      Awalnya Umi juga selalu cubit anak-anak Umi kalau mereka membuat ulah. Tapi cubitan umi tidak sakit banget kok berbanding emak Umi…hehehe. Alhamdulillah, sekarang tidak pernah cubit lagi, pukul pun Allah sepertinya tidak mengizinkan. Jika Umi memukul anak2 walau pukulannya tidak sakit dan biasanya di punggung dan kaki,

      Peliknya tangan Umi yang kembang dan membiru. Apakah tulang anak-anak itu keras atau memangnya Umi tidak dikehendaki memukul anak ? Wallahu’alaam. Umi hanya guna suara dan pujukan sahaja.

      Umi setuju, bahawa kebanyakan bapa lebih tenang menangani sesuatu masalah berbanding ibu yang lebih kelam kabut. Tapi terdapat juga sebaliknya di mana bapa yang lebih pemanas dari ibunya. Itu tertakluk kepada bagaimana cara kita mendidik diri sendiri dan menangani masalah. Mudahan kita banyak mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam hidup kita.

      Salam sayang selalu dari Umi. :D

  2. wardah f. August 6, 2011 at 2:56 pm #

    Asm…

    Senang sekali baca crite ktk. Terkenang juga kmk waktu masa kecik bersahur gan arwah bapak kmk.

    Insyallah ptg tok km sekeluarga nak berambeh rumah mak kmk di ipoh dan bersungkei ngan semua adik-beradik di rumah mak kmk. Doakan perjalanan di mudah kan Allah SWT.

    Amin. selamat bersungkei juga buat semua.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 7, 2011 at 2:13 pm #

      Wa’alaikum salaam wr,wb, Tuan Haji Faisal…

      Zaman kecik nang banyak nastolgianya. Rasanya, kita dolok sik macam anak kinek tok. mancal-mancal juak, tapi mancal yang memberi makna untuk diganjari kemudiannya dengan penambahbaikan. Mudahan anak2 kita akan mengambil iktibar dari apa yang kita telah lalui.

      Alhamdulillah, mudahan kunjungan kitak ke rumah orang tua di kampung nun akan menggembirakan hati sidak nya. Kita kelak pun mun dah tua, rindu juak dengan anak2…. hehehe,… sampei ndakkah masa tua kelak.

      Selamat berpuasa dan menjalani ibadahnya dengan redha dan sabar. Sarikei tok, hampir setiap hari panas. Puasa ari pertama ajak cuaca sangat panas dan memberi dugaan besar kepada kamek di sitok. Alhamdulillah, masih tetap bertahan dengan sabarnya.

      Salam Ramadhan. :D

  3. Mabruri Sirampog August 6, 2011 at 4:06 pm #

    Assalamu’alaikum bunda,,

    selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan bunda…

    aduh bunda nakal yah (termasuk nakal atau bukan yah? hihihi), bisa geger orang serumah saat akan sahur pula.
    bisa dibayangkan betapa khawatirnya orang serumah melihat bunda tidak ada di tempat tidur saat itu.
    Meskipun hanya bercanda, kasih sayang seorang ibu memang tiada duanya lah. Segalak-galaknya seorang ibu, pasti kasih sayangnya jauh melebihi kegalakannya. Ibu selalu mengharapkan yg terbaik untuk anak2nya, seorang ibu pasti tak tega dan tak mau bila terjadi sesuatu yang tidak baik menimpa anak-anaknya.

    Tidak mengapalah ya bun sekali-kali bikin ulah seperti itu, pasti itu akan jadi kenangan yang begitu indah dan tak kan terlupa.

    semoga emaknya bunda selalu dalam limpahan nikmat sehat oleh Allah SWT, begitupula bunda sekeluarga. aamiin.

    salam dari Brebes bunda

    • SITI FATIMAH AHMAD August 7, 2011 at 3:08 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Aamiin… Ya Raabul Jalil wal ikram.
      Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat. Demikian juga emak saya. Terima kasih atas doanya. Mudahan Mabruri dan keluarga juga demikian sama dalam limpah kurnia Allah swt,

      Mengingatkan peristiwa itu, saya jadi serik melakukannya dan sangat sedih membuat emak menangis dan susah hati. Ibu selalu risau dengan anak-anaknya.

      Benar tu, Mabruri, walau segalak manapun sikap ibu kepada anak-anaknya, hatinya sangat lembut sekali. Ini dapat kita perhatikan kepada kebimbangan dan susah hatinya apabila mendapat tahu hal yang menimpa anaknya.

      Alhamdulillah, setakat ini, anak2 saya belum pernah lagi bermain hide and seek dengan saya. Harap tidak berulang dengan mereka pula untuk bercanda dengan saya…hehehe.

      Terima kasih atas kunjungan yang selalu menyenangkan. selamat berpuasa dan dimudahkan Allah segala urusan. Aamiin.

      Salam mesra selalu. :D

  4. rahmanwahyu August 7, 2011 at 9:31 pm #

    Wah, betapa nakalnya Mbak sewaktu masih belia ya? :-)
    Kenangan masa lalu selalu membuat kita senyum-senyum simpul bila mengingatnya. Indah memang, dan tidak akan pernah kembali lagi.
    Tadinya saya penasaran dengan klimaks ceritanya, mau dibuat seperti apa caranya muncul lalu tidak sampai kena pukul.
    Ah, setiap perbuatan harus ada ganjarannya. Sudah membuat emaknya menangis meraung-raung tidaklah elok kalau pelakunya tidak dikenakan dengan sanksi yang setimpal. Hahaha.
    Selamat menjalani puasanya, mbak. Salam ! :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD August 9, 2011 at 10:10 pm #

      Salam hormat mas Rahman…

      Apabila mengenang saat itu, ada sedih dan lucunya. Sedih kerana membuat emak menangis dan diri sendiri menerima ganjaran yang memedihkan hati dan fizikal.

      Lucu kerana tidak menyangka permainan yang tanpa perancangan telah membuat suasana sahur jadi sebuah drama yang sukses tanpa ada pengarah dramanya.

      Pelajaran yang bisa diambil adalah jangan meringani cara fikir anak-anak yang mana mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

      Terima kasih mas. Selamat berpuasa.
      Salam Ramadhan yang mulia. :D

  5. Eyangkung August 7, 2011 at 11:33 pm #

    Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan,

    Membaca kisah SAHUR YANG GEMPAR di atas menunjukkan bahwa gadis kecil Fatimah itu seorang anak yang kreatif dan penuh isiniatif. Tentu saja gadis sekecil itu tidak terpikir untuk sengaja melihat sejauh mana orang2 yang dikasihinya bila kehilangan dirinya. Tidak mengira karena lakunya menimbulkan kegemparan. Maka sebenarnya rencana spontan itu timbul karena keisengan anak-2. Setelah timbul kegemparan semua pada bingung dan panik. Gempar tapi menyenangkan! Ha, ha, haaaa.

    Namun adegan yang ditimbulkan oleh ulah gadis kecil ini bisa diambil hikmahnya. Yaitu seorang akan berduka bila kehilangan orang yang dicintai, sekalipun hilangnya hanya sebentar karena tidak tahu anaknya hanya bersembunyi. Maka semakin mantap dan masuk akal saya pernah menyampaikan kepada teman2 bahwa saya hanya memiliki seorang isteri dan dua orang anak karena alasan saya tidak ingin mengalami kehilangan lebih dari 3 kali!!

    Secara umum tentu orang2 tua tidak akan berbuat iseng macam mbak Siti pada masa kanak2. Tetapi anehkah seorang laki2 lansia yang juga ingin “sembunyi” dengan alasan ia tidak mau membebani isteri dan anak2nya?? karena dirinya yang dulu sangat mandiri dan penuh inisiatif karena mengalami kecacadan raga menjadi laki2 yang serba tergantung
    orang lain! Laki2 macam itu tentu tidak hanya bersembunyi dibalik pintu. Itu ‘kan anak2. Laki2 tua itu tentu akan menghilang sulit ditemukan bukan untuk setahun dua tahun mungkin sampai matinya. Seorang laki2 tua yang -pada waktu mudanya aktif dinamis ingin masa tuanya tidak enjadi beban orang banyak. Segala persiapan telah lama direncanakan masak2. Ia tidak berpikir bahwa kalau ia menghilang justru beban isteri dan anaknya semakin besar……

    Untunglah Tuhan memutuskan lain. Coba kalau itu kejadian pertengahan tahun 2009 yll maka sampai sekarang masih terjadi kisah drama sedih dalam sinetron bersambung sudah dua tahun ini. Terima kasih mbak Siti, pengalaman mbak Siti masa kanak-2 ini memberikan peringatan bagi orang2 tua tidak menempuh langkah2 yang “aneh-aneh”

    • SITI FATIMAH AHMAD August 9, 2011 at 10:53 pm #

      Salam takzim Eyang dihormati…

      Kebiasaannya anak-anak tidak memikirkan akibat dari ulah yang mereka lakukan. Benar Eyang, drama singkat yang berlaku kepada saya dalam usia 10 tahun dan masih melekat kuat di minda ini bukan perancangan yang direncana sebegitu rupa.

      Ia hanya satu lintasan hati hanya untuk menggemparkan emak seorang sahaja.. hehehe.. emak saya jenis kelam kabut, hal kehilangan saya sebentar jadi besar pula. Saat itu saya tahu emak saya sangat sayangkan saya dan risaukan saya. Alhamdulillah.

      Hmmm… saya kira kalau orang dewasa tambah lagi sudah lansia seperti Eyang kalau “bersembunyi” akan difikirkan bukan-bukan tentang kehilangannya. tambah lagi dengan fizikal yang tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. lalu gimana kehilangan bisa terjadi. Kondisi ini bisa membingungkan semua orang. Tentu akan membuat isteri, anak dan orang2 yang rapat dengan Eyang menjadi sangat risau dan takut sambil memikirkan yang bukan-bukan.

      Kalau hilang di depan mata dalam beberapa minit sahaja sudah membimbangkan, inikan pula hilangnya sampai bertahun2 dan tidak ada khabar berita. Sungguh kita tega membuat orang tersayang menangisi ketiadaan kita. Cukuplah saya merasainya dan melihat sendiri kedukaan emak dan ahli keluarga saat itu. Ahhh.. tidak mahu saya ulangi lagi Eyang. Sangat pedih sekali hati mereka. Saya jadi sedih mengenangkannya.

      Harapan saya, biarlah orang dewasa kalau mahu bermain hide and seek buatlah secara profesional agar ada bedanya dengan ulah anak-anak… hehehe. Didoakan Eyang selalu sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak.

      Selamat berpuasa dan terima kasih menoreh pesan bermanfaat di sini. Salam Ramadhan. :D

  6. Kakaakin August 8, 2011 at 12:39 am #

    Anak kecil yang awalnya bermaksud bermain-main saja, namun tidak mempertimbangkan akibat dari perbuatannya. Maklum saja, karena memang masih kecil :)
    Sebuah pelajaran yang sangat berharga ya, Bunda :)

    • SITI FATIMAH AHMAD August 10, 2011 at 8:17 am #

      Hai Mbak Akin…

      Hehehe… iya mbak. Inginnya untuk main-main aja dan tidak menyangka akan jadi serius. Pengajaran yang berguna setelah menerima akibat dari perbuatan tersebut. Sakiiiiit banget sampei ke hati. :D

      Terima kasih mbak, selamat berpuasa dan selalu ceria.
      Salam Ramadhan. :D

  7. citromduro August 8, 2011 at 1:10 am #

    Assalamualaikum

    semoga bunda bersama keluarga senantiasa sehat wal afiat. selamat menunaikan ibadah puasa.

    Apa yang apat saya komentari dari tulisan indah bunda, setelah lama tidak berkunjung selain memetik hikmah dan pelajara dari hasil guratan tangan bunda

    salam dari pamekasan madura

    • SITI FATIMAH AHMAD August 10, 2011 at 8:22 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang CM…

      Alhamdulillah, saya dan keluarga semuanya sihat. Didoakan Kang CM juga demikian sama dalam bulan cobaan penuh rahmah ini.

      Selamat berpuasa dan menjalani ibadah dengan redha juga sabar. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk menyihatkan badan kita dan menghindari penyakit. Tapi ramai yang tidak sampai kepada fokus puasa secara syariat..

      Terima kasih kang atas kunjungan yang dialu-alukan juga apresiasi kepada tulisan saya. tambah semangat lagi mahu nulis ini. :D

      Salam mesra selalu. :D

  8. Zian August 9, 2011 at 10:25 pm #

    hm, andai orang tua saya juga demikian… hehe…

    selamat ramadhan mbak…

    • SITI FATIMAH AHMAD August 10, 2011 at 8:25 am #

      Hai Zian…

      Tentu sekali orang tua kita bertindak yang sama, Zian. Mungkin cara menanggapinya berbeza. :D

      Terima kasih untuk kunjungan perdana di bulan Ramadhan ini.
      Salam ceria selalu. :D

  9. tiara August 10, 2011 at 12:30 pm #

    Assalamu’alaikum cikgu ct…

    Hehe… kesian emak cikgu…. agaknya sekarang ni kalau anak cikgu yang buat begitu… apa tindakan cikgu ye?

    Zaman kanak2 memang berat untuk bangun bersahur… maklumlah waktu sedang lena tidur… puas dikejutkan masih juga liat untuk bangun… ada pula tu yang menghadap hidangan dan menyuap nasi sambil mata masih terpejam (saya la tu)…. hehehe…

    Salam mesra selalu…

    • SITI FATIMAH AHMAD August 10, 2011 at 3:54 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Saya fikir, saya lebih cemas dari emak saya.
      Wal’iyazubillahi min dzaliik.. minta dijauhi. janganlah anak-anak saya mengulangi hal yang sama…. hehehe.

      Memang benar Tiara. Bukan senang mahu meninggalkan tempat tidur setelah berlama tidur dengan nyenyaknya. Saya juga demikian ketika masa kecil dan sepertinya semua kanak-kanak begitu juga.. bahkan Tiara juga barangkali. :D

      Terima kasih hadir menyapa kembali. selamat berpuasa buat Tiara dan keluarga. Sup Englishnya sudah dicuba atau belum ?

      Salam mesra selalu. :D

  10. HALAMAN PUTIH August 10, 2011 at 10:49 pm #

    Hal yang paling membahagiakan di bulan ramadhan adalah ketika berkumpul makan bersama keluarga. Waktu sahur saat yang paling sering keluarga berkumpul sehingga suasana menjadi lebih dekat antar anggota keluarga.

    Namun lambat laun semua itu menjadi satu kenangan kerana satu per satu ada keluarga yang sudah meninggalkan kita ke alam baka.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 12, 2011 at 4:10 pm #

      Salam mas Muhammad…

      Indahnya Ramadhan apabila makan bersama ketika berbuka dan bersahur. Ia menjadi kenangan turun temurun dan tidak akan pernah dilupakan sehingga dunia ini berakhir menemui ajalnya.

      Walau kondisi berbuka dan bersahur itu berbeda jika kita amati. Namun, jelas tergambar di mata semua orang tandan kebahagiaan dan kegembiraan saat berbuka dan kesayuan sepi di hening pagi saat bersahur. Namun kedua suasana ini bisa mengeratkan silaturahmi sesama ahli. Ia hanya berlaku di hulan Ramadhan sahaja.

      Memang sukar untuk bersama selalu begini dalam hari-hari ini kerana masing2 sibuk dengan tugasnya. Selamat berbuka dan bersahur bersama keluarga dalam suasana yang ceria dan dilimpahi Allah kebaikan semuanya.

      Terima kasih hadirnya dan salam mesra. :D

  11. ysalma August 11, 2011 at 10:27 am #

    Sungguh bulan Ramadhan yang takkan terlupakan ya Bund,
    Ibu adalah sosok yang dibalik ketajaman cubitannya mempunyai sayang dan doa yang tak berhenti buat anak-anaknya.
    Salam Hormat untuk Ibundanya.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 12, 2011 at 4:42 pm #

      Hai mbak Ysalma…

      Senang menerima kunjungan Ysalma di bulan suci ini. lama kita tidak bersapa ya. maaflah, saya jarang bw sejak akhir2 ini. Mudahan saya bisa berkunjung balas ke blog mbak.

      Benar sekali, ramadhan selain bulan ibadah ia juga bulan yang menyimpan seribu kenangan kepada semua umat Islam tentunya terutama anak2, termasuk kita. Tapi yang paling sibuk adalah para ibu yang mahu memastikan kebahagiaan buat semua ketika berbuka dan bersahur. Saya suka sangat suasan ini. :D

      Terima kasih untuk salam buat ibu saya.
      Salam manis dan ceria dari saya buat mbak.
      Selamat berbuka. :D

  12. bakul gudeg August 11, 2011 at 11:15 am #

    Seorang Ibu memang begitu…
    Dia marah
    Tapi kemarahannya adalah ungkapan kelemahan hatinya
    kekhawatiran pada anaknya
    karena terlalu sayangnya

    Kasih ibu tak terhingga sepanjang masa

    • SITI FATIMAH AHMAD August 12, 2011 at 5:05 pm #

      Iya, demikianlah sifat ibu yang sejati dan mencintai anak-anaknya. marahnya hanya di bibir tidak sampai ke hati. Di dasar hatinya selalu ada kemaafan walau lukanya berdarah oleh sikap anak2 yang tidak mengenang budi.

      hebatnya seorang ibu, sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan mereka. Ahh.. sungguh mengharukan, mbak bila berbicara tentang cinta ibu.

      terima kasih betah kemari lagi mbak, saya senang sekali.
      Salam manis dan ceria selalu. :D

  13. abgreds August 11, 2011 at 5:49 pm #

    Assalamualaikum wbt. Puan Siti…

    Drama imbas kembali yang sungguh indah. Sememangnya kita semua ada cerita dan kisah kecil kita yang terpahat kukuh dalam ingatan. Itu semua anugerah daripada yang punya Suratan.

    Saya juga pernah merajuk dan menyorok bawah katil sebagai tanda protes. Alah, protes kecil-kecilan.. :) . Hingga maghrib saya tak keluar. Ahli keluarga gundah gulana ke sana-sini.

    Akhirnya saya tewas oleh keroncongnya perut. Konon nak mogok lapar sampai esok pagi tak kesampaian haha….karenah anak kecil piawaiannya memang begitu, kan?

    Sesaat, kita sebenarnya diperlihatkan akan kebesaran Allah jua. Dijadikan manusia itu dari tiada kepada ada, dari roh kepada jasad, dari perut ibu ke alam nyata.

    Seterusnya dari kecil, ummi, dan lemah menjadi dewasa, berakal dan perkasa sebagai manusia. Lalu akan mengecil semula tenaganya, akalnya…dan kembalilah dia kepada-Nya…

    • SITI FATIMAH AHMAD August 12, 2011 at 5:17 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Abgreds….

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan Abgreds di pertengahan Ramadhan yang mulia ini. Mudahan segala amal ibadah dirahmati dan diredha Allah. Rebut segala peluang yang ada untuk menjalin persahabatan erat dengan Allah yang selalu mencintai hamba yang mahu taqarrub dengan-Nya.

      Masya Allah… membaca coretan Abgreds di atas memberi makna, sikap anak2 semuanya sama. Cuma skripnya, watak, lokasi dan plot ceritanya yang berbeza….. hehehhe. Sungguh lucu ya kalau mengingatkan masa kecil kita yang selalu tidak mahu mengalah dan hanya nak menang aja. Akhirnya menyusah diri sendiri. Abgreds pun tentu anak yang nakal masa kecil dulu. :D

      Iya, demikianlah rutin kitaran sunnatullah kepada apa yang ada di muka bum ini. Semuanya akan musnah oleh masa. Tidak kekal dan tidak abadi. Manusia seharusnya mengambil banyak ibrah yang berlaku di sepanjang perjalanan kehidupan ini untuk meningkatkan iman, memantapkan Islam dan memupuk ihsan untuk menjadi hamba Allah yang sejati dan dicintai Allah.

      Dengan bekal ilmu dan akal sahajalah manusia bisa mengenal diri dan Tuhannya. “Man “arafa nafsahu, faqod ‘arafa rabbahu”.

      Terima kasih Abgreds. Didoakan selalu sihat dan bahagia bersama keluarga. Selamat berpuasa dan berbuka di hari panas yang cerah ini.
      Salam mesra selalu. :D

  14. TOP 1 Oli Sintetik Mobil-Motor Indonesia August 12, 2011 at 5:59 am #

    Assalamu’alaikum
    Kunjungan perdana, salam kenal

    • SITI FATIMAH AHMAD August 12, 2011 at 5:36 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Salam kenal kembali.
      Terima kasih sudah berkunjung perdana di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

      Selamat berpuasa dan berbuka sebentar nanti.
      Salam sejahtera. :D

  15. Ifan Jayadi August 12, 2011 at 4:12 pm #

    Ternyata ibu semasa kecil bandel juga ya. Melakukan hal yang menggemparkan semua orang dengan bersembunyi. Tentu ini menjadi kenangan manis sekaligus sedih karena disatu sisi ibu akan tertawa takkala mengingat kembali memori puluhan silam. Tetapi disisi lain juga merasa sedih karena itu berarti telah membuat orang2 cemas dimana mereka berpikir ibu telah hilang :)

    Apapun itu semuanya adalah sebuah kisah kehidupan yang patut untuk selalu dikenang. Apalagi jika telah beranjak menjadi orang dewasa dimana dulunya segala sesuatu disiapkan oleh orangtua dan kita tahu beres saja. Tapi sekarang orangtua telah berusia lanjut dan disinilah kita diajarkan untuk membalas budi baik mereka dengan merawat mereka dgn tulus ikhlas.

    Salam persahabatan dari saya di samarinda. Tak lupa selamat menunaikan ibadah puasa :mrgreen:

    • SITI FATIMAH AHMAD August 12, 2011 at 6:05 pm #

      Hai Ifan Jayadi…

      Masa kecil dulu, saya memang anak yang nakal juga tapi masih menjaga akhlak dan selalu berlainan pendapat dengan orang tua. hehehe… banyak sekali kisahnya. Ini mungkin kerana pengaruh saudara-saudara lelaki yang lebih ramai dari perempuan. :D

      Iya, di satu sisi ketika sudah dewasa ia menjadi kenangan yang melucukan setelah waktu berlalu dengan cepatnya. tatkala mengingatkan masa lalu di mana peristiwa itu sedang berlangsung tentu sekali membuat rasa takut dan kesal dengan apa yang telah dilakukan.

      Ramadhan selalu membuat kita ceria dengan cerita ceriti di dalamnya. Saya yakin, Ifan juga mengalami hal yang sama cuma berlainan kisah dan kondisinya. Mudahan apa yang terjadi bisa memberi kebaikan buat kita dan selalu menghargai kasih sayang orang tua dalam memberi kesenangan buat anak2nya.

      terima kasih Ifan untuk kunjungan. selamat berpuasa dan berbuka dengan limpahan kurnia dari Allah. Saat paling membahagiakan para muslimin di bulan puasa ini adalah saat berbuka puasa.

      Salam Ramadhan yang mulia. :D

  16. tunsa August 13, 2011 at 11:18 am #

    manggilnya “emak” juga ya? saya kira lain, hihi..
    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD August 13, 2011 at 12:58 pm #

      Iya, Ari… saya memanggil ibu saya emak. panggilan itu adalah panggilan biasa bagi semua anak-anak zaman saya di kampung.

      Kini, zaman sudah berubah, maka panggilan kini mengikut kemahuan sendiri seperti saya dipanggil Mama oleh anak-anak … bunyinya moden sedikitkan, kebandaran. :D

      Sebenarnya saya suka panggilan mama kerana sebutannya lembut dan anak-anak kalau marah ke mamanya ini, masih dalam sebutan yang lembut… Mama ????

      Senang menerima kunjungan Ari setelah sekian lama menghilang diri dari blog saya. Salam Ramadhan.

  17. Arief Rahman Heriansyah August 14, 2011 at 7:48 pm #

    Ramadhan memang memberikan nuansa dan momentum yg berbeda bagi kita semua.
    Namun mampukah kita meningkatkan rasa keimanan kepada-Nya.
    Hanya segelintir saja, semoga kita termasuk dari orang-orag itu pula.

    Ramadhan seperti terseret kita ke alam nostalgia, betapa indah masa kecil kita dulu saat pertama kali berjumpa Ramadhan (pertama kali menjalani puasa) pasti sangat berkesan.

    Semoga bulan Ramadhan di tahun ini tidak saja kita dapat meraih iman dan takwa, namun kita juga berjumpa kembali dengan ramadhan di tahun depan, hingga kita dapat meraih kemenangan di hari yang Fitri.

    Salam ukhuwah persaudaraan Bunda…

    • SITI FATIMAH AHMAD August 17, 2011 at 8:32 am #

      Hai Arief Rahman Heriansyah…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan Arief setelah lama tidak menyapa di sini.

      Kongsian yang mengesankan untuk kita raih bersama kebaikan di bulan mubarak ini. Usaha untuk meningkatkan amalan di bulan ini harus menjadi fokus kepada semua muslimin bagi merebut ganjaran yang berganda atas kurniaan Allah yang tidak ada di bulan lain.

      Namun hanya segelintir sahaja yang mahu merebutnya sedangkan yang banyaknya merasakan ia satu kesusahan yang menjadikan mereka berat untuk melaksanakannya walau mereka faham itu adalah tuntutan Rukun islam ke3.

      Aamiin, mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang berusaha meningkatkan iman dan amal. Berbahagialah sesiapa sahaja yang menunaikan hak Allah dengan penuh redha dan sabar. Merekan adalah orang yang layak meraih kemenangan pada 1 Syawal.

      Terima kasih untuk kunjungan di bulan mulia ini.
      Salam mesra. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 176 other followers

%d bloggers like this: