CT64. ENAKNYA… DONUT

26 Jun

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Selamat Petang kepada sahabat sekalian. Bertemu lagi kita di penghujung minggu yang tentunya meriah dengan aktiviti bersama keluarga. Alhamdulillah, kita masih dikurnia Allah rezeki dan nikmat hidup untuk berkongsi cerita bagi menambah ilmu dan pengetahuan. Semoga berbahagia dan ceria selalu. :D

HUJUNG MINGGU (SABTU DAN AHAD) merupakan hari cuti yang menyenangkan saya. Setelah penat bekerja selama lima hari tentu sahaja hujung minggu menjadi hari yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga terutama anak-anak yang mempunyai pelbagai menu di otak mereka untuk direalisasikan oleh saya sebagai CHEF TWO di rumah @ Malaysia. :D

Yaps… tentu sekali saya adalah CHEF TWO kerana CHEF ONE sudah dimiliki oleh insan hebat dalam dunia masakan di Malaysia dan terkenal seantero dunia iaitu CHEF WAN ISMAIL. Saya menelan kepahitan kerana selalu sahaja berada di tangga kedua dalam arena masakan tetapi tetap  YANG PERTAMA di hati suami dan anak-anak. :D

Kedua-dua hari ini menjadi hari sibuk bagi saya. Dapur adalah tempat paling saya sukai kerana di situ saya dapat mencurahkan segala kreativiti dan kepakaran saya dalam bidang masakan. Dapur saya merupakan sebuah restoran yang paling sibuk didatangi pesanan-pesanan menu yang simple tetapi memenatkan. Kadang kala timbul juga rasa  jengkel kerana pesanan yang tidak habis-habis sehingga terkeluar kata-kata… “bila lagi mama nak rehat ni ? Dah, dah… buat sendiri pula. ”

Tapi biasanya saya akan mengalah kerana kasihankan anak-anak dan luluh hati mendengar pujuk rayu mereka. Tambah lagi dengan memuji kesedapan masakan mamanya ini.  Alhamdulillah. Saya lakukan semua ini atas rasa kasih dan cintaku pada mereka.

Iya.. mengenangkan 5 hari yang sibuk dari awal pagi hingga petang senja, mereka tidak pernah mengeluh tentang makanan ringkas yang saya hidangkan waktu sarapan dan makan malam. Mereka sangat memahami kepenatan saya sebagai ibu yang dwi kerjaya. Lalu tidak adil kalau dua hari di hujung minggu saya tidak memasak makanan sedap dan memenuhi keinginan menu kegemaran masing-masing.  Saya sangat bahagia menatap wajah mereka yang gembira bila tahu saya memasak makanan sedap. Alhamdulillah.

Biasanya 2 hari ini, terisi dengan kesibukan di pasar untuk memilih bahan-bahan masakan baik untuk kuih muih atau lauk pauk. Dapur adalah dunia saya yang sangat menyenangkan. Untuk sarapan, saya akan berbincang dengan anak-anak apa yang ingin mereka makan, SPH hanya bersetuju tanpa membantah walau satu ayat. menunya (mengikut minggu) seperti karipap, popia goreng, cucur udang, mee goreng, cucur pisang, nasi goreng dan kini donut.

Manakala makan tengah hari biasanya saya masak lebih istimewa dan “sangat sedap” seperti Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Briyani, Nasi Lemak, English Soup, Shark Fin Soup, Ayam Masak merah, Ayam Masak Hitam, Ayam Penyet, Ayam Tom Yam Mayonis dan banyak lagi. Kepenatan tetap ada tetapi sangat puas hati menyaksikan suami dan anak-anak selera menikmati masakan saya.

Penatnya terus hilang apa bila pujian akan kesedapannya diterima. Senyum saya semakin lebar dan semangat untuk memasak kian mengujakan. Saya sangat suka mencipta resepi sendiri bagi memperolehi kelainan rasa dari biasa.  Alhamdulillah. Kepakaran memasak ini tidak perlu pergi ke kelas masakan yang pentingnya usaha dan minat juga ikhlas untuk melakukannya.

Memasak bukannya susah, betul tak ?

Inilah dekorasi donut yang disalut coklat masakan yang telah dihasilkan oleh anak-anak saya sendiri. Saya hanya menjadi penasihat dan pemerhati sahaja. Anak-anak memang sangat kreatif dalam berfikir dan inovatif dalam mereka bentuk corak yang difikirkan. Oleh itu, jangan sekali-kali membunuh keinginan anak-anak jika mereka mahu mencuba untuk melakukan sesuatu. Galakan ibu bapa akan menjadikan mereka anak-anak yang hebat dan tahu menghargai potensi mereka.

****************

DONUT OH DONUT…. menu baru dalam resipi yang bakal mengungguli carta makanan kegemaran anak-anak saya Iffah, Izzah, Akram dan Ieesyah. Semuanya kerana kasih sayang Allah SWT, apabila suatu hari saya diberikan beberapa resipi  antaranya donut, pizza , roti dan membuat doh asas roti dari petugas rumah jagaan kanak-kanak (nurseri) ABIM, Sarikei  di mana Ieesyah ditempat dan disekolahkan.

Alhamdulillah, terlihat resipi donut, saya maklumkan bahawa Ieesyah sangat suka makan donut dan meminta resipi donut tersebut. Dengan baik hatinya, petugas itu memaklumkan..” tak apa, ambil semua sahaja resipi itu.” Subhanallah, bagai orang mengantuk di sorong bantal, dengan senyum 180 darjah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau sambil memandang Ieesyah dan berkata, “mama akan buat donut ini untuk Ieesyah.”

Berikut adalah aktiviti memasak donut seawal jam 6 pagi yang saya lakukan bersama Akram dan Ieesyah sebagai teman bicara dan pemerhati tetap kepada acara mengguli doh dan menenangkan doh sehingga kembang. setelah kembang, barulah puteri cilikku Iffah dan Izzah hadir menyibuk membantu adik-adiknya mencetak doh donut dengan acuan pelbagai rupa.  Suasana dapur sangat bising dan saya membiarkan sahaja mereka berebut untuk melakukan aktiviti tersebut. Sangat bahagia melihat mereka bergurau senda sambil sekali-sekali bergaduh yang kemudiannya diiringi ketawa mereka. Alhamdulillah.

Doh donut yang siap dicetak/dibentuk oleh pembantu cilik saya dan ditenangkan selama 20 minit untuk sesi pengembangan kali kedua sebelum digoreng.

Setelah 20 minit menanti dengan sabarnya, Chef 2 (saya) memainkan peranan utama dalam sesi gorengan. Lihat betapa cantiknya donut dalam kuali yang sedang panas mendidih. Kembang dengan jayanya. masak sehingga kuning keemasan dengan api yang sederhana.

Setelah masak, toskan donut di atas kertas minyak agar minyaknya dapat diserapkan sebelum dicelup ke dalam coklat masakan. Sesi ini anak-anak sangat sibuk sekali mempamerkan kepakaran mereka dalam mendekorasi donut mengikut selera masing-masing. Saya hanya menunjuk cara pada kali pertama sahaja. Alhamdulillah, tugas saya semakin ringan. hanya menunggu donut siap dicelup sebelum saya yang memulakan acara makannya. Adilkan.  :D

Ini adalah bahan-bahan yang digunakan untuk menyalut donut. Jika tidak mahu makan donut dengan coklat masakan dan hiasan-hiasannya, maka cukuplah makan dengan taburan gula halus (castor sugar). Aktiviti yang sangat ceria dengan suara sorak kegembiraan anak-anak sambil melakukan salutan coklat dan hiasannya pada donut yang mereka telah cetak/bentuk tadi. Saya suka melihat suasana ini. Rasa bahagia berbunga di hati melihat kegembiraan mereka. Alhamdulillah. 

Donut yang telah siap ditabur dengan gula halus juga dicelup dengan coklat masakan dan pelbagai taburan manik gula juga coklat urai di atasnya. Anak-anak sangat kreatif dalam memikirkan hiasan yang terbaik bagi mereka sambil membanding-bandingkan hasilan mereka.

Ieesyah yang masih berpakaian tidur, belum mandi kerana awal pagi sudah teruja mahu membentuk cetakan doh donut sendiri, berbangga dengan donut yang dicelup coklat dan didekorasinya sendiri. Lalu dimakan sendiri.

Beginilah keadaan lantai dapur setelah aktiviti selesai. Yang sibuk mengemasnya adalah mamanya kerana anak-anak sudah membawa bekal donut yang mereka hasilkan sendiri, makan sendiri di meja makan untuk sarapan bersama. Saya menyukai aktiviti keluarga begini kerana memberi peluang untuk bersama dengan anak-anak dan rapat dengan mereka. Walau sibuk macam manapun, keluarga haruslah tetap diutamakan.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DENGAN MASAKAN YANG ENAK BERSAMA KELUARGA

****************

26 Jun 2011 (Ahad)/ 24 Rejab 1432H/ 6.00 petang- SARIKEI, SARAWAK


Aku… dan kenangan bersamamu, terlalu manis untuk dilupakan. Jika hujan ditempatmu dan tempiasnya menampari pipimu, itulah rinduku padamu. Ku selit bayangan wajahmu dalam hati dan mesramu dalam ingatan. ENGKAU ADALAH WARNA KASIH SAYANG. Aku menghargaimu dalam seluruh kehidupanku di dunia dan di akhirat. TERIMA KASIH dari hatiku yang terdalam.

- SITI FATIMAH AHMAD -

****************

SARAPAN PAGI : Donut pelbagai perisa yang dihasilkan bersama pembantu-pembantu cilikku, Iffah, Izzah, Akram dan Ieesyah melalui dekorasi kreatif yang mengkagumkan sehingga rasa sayang untuk dimakan. :D Hmm… enaknya DONUT.

MENU MAKAN TENGAH HARI:  SUP ENGLISH yang sangat menyihatkan kerana kandungannya yang seimbang - racikan ayam, isi ketam (kepiting), telur,ubi kentang (potato), lobak merah (carrot), tomato, bawang besar dan bawang putih. Sup ini menjadi kegemaran seisi keluarga dan tidak ada lauk lain bersamanya pada hari ia dihidangkan. Semata-mata sup English.Terima kasih kepada Dr. Jeniffer untuk resipi pemberian beliau.

SAJIAN MULUT (DESSERT) – Dadih perisa buah-buahan yang menjadi sajian selepas makan.

****************

Silakan sahabat sekalian, menjamu selera dengan juadah dari Sarikei, Sarawak

About these ads

51 Responses to “CT64. ENAKNYA… DONUT”

  1. loewyi June 27, 2011 at 1:18 am #

    Assalamu’alaikum bunda….

    wah enak tuch bun….
    kirim satu ke madura donk bun…. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD June 27, 2011 at 3:22 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Loewyi…

      Benar, sangat enak sekali kerana sebelum ini bunda juga pernah buat doh donut tetapi tekturnya tidak empuk. resepi kali ini sangat enak, lembut, wangi dan sangat sedap dimakan ketika masih panas.

      Hehehe… sabar Loewyi, beli aja dong di kedai donut di sana. Sambil makan itu, niatkan ini donutnya bunda yang buat. Kalau dikirim ke Madura, bunda pasti sudah hilang keenakannya. :D

      Salam ceria selalu. Sukses ya dalam kuliahnya. Bunda selalu doakan.

  2. Mabruri Sirampog June 27, 2011 at 9:16 am #

    Assalamu’alaikum bunda…

    wah, itu donut bikinan putri bunda,,,, subhanallah, masih dini sudah bisa bikin aneka kue seperti itu bun.. luar biasa.
    dan memang segala sesuatunya harus diajarkan dari sejak dini.
    Nikmatnya bisa makan makanan yang dibikin sendiri ya bun… :

    salaam

    • SITI FATIMAH AHMAD June 27, 2011 at 3:33 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Iya bener…. putra dan putri saya yang bikin, maksud saya mencetak/membentuk doh dengan acuan. Untuk penyediaan bahan dan menggulinya adalah saya. Jadi tugas saya hanya sekadar uli dan goreng. Mereka sangat excited dalam melakukan aktiviti tersebut. Malah makannya juga bertambah kerana makan hasil buatan sendiri.

      Malah anak-anak saya pandai membuat doh “tanah liat” yang boleh dimakan dan tidak ada toksin sebagai usaha melakukan aktiviti permainan tanah liat. Resipi ini mereka perolehi dari rancangan “Sains Comot” satu program tv pendidikan berasaskan sains dan kecerdasan minda.

      Anak-anak memang sangat kreatif. Oleh itu, harus digalakkan untuk memberi semangat kepada mereka agar berminat dengan pembelajaran sambil bermain ini.

      Suatu hari nanti Mabruri juga bisa menyaksikan aktiviti ini bersama anak-anak sendiri. Insya Allah, saya doakan. :D

      Terima kasih untuk kunjungannya.

  3. neni June 27, 2011 at 11:57 am #

    Assalamu alaikum umi,

    waaaahhhhh sedaaaapppppnya, ternyata umi menjamu neni dengan donat lezat…nyamm..nyam…nyaammm….

    iya umi, memasak itu sangat menyasyikkan, neni juga senang masak, kadang jika ada ide kreatif, haahhh segala bumbu dapur dicAmpur menjadi satu, dan kebanyakan menghasilkan cita rasa yang kurang sedapp..hehe..

    tapi akhir-akhir ini, malas melanda untuk memasak, karena seringnya beli lauk diluar sepulang kerja..hehe…

    • SITI FATIMAH AHMAD June 27, 2011 at 3:51 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      Nah… Umi tahu Neni memang akan teruja dengan sedapnya donut Umi ini. Silakan Nen, nikmati keindahan dan keenakan donut dari putra putri Umi yang terbilang asyik dengan donut mereka.

      Bagus kalau Neni minat memasak. Orang perempuan kan seharusnya tahu memasak dong. Sedap atau tidak sedap pada peringkat awal belajar, tentu dialami oleh semua orang termasuk Umi juga. Makanya, berusaha terus dan terus.

      Jangan mudah putus asa. Untuk jadi pakar dalam bidang masakan, harus selalu mencoba dan melakukannya. Lagipun sedap itu bergantung kepada keikhlasan kita dalam memasak. pandai pun kalau tidak ikhlas, enaknya tidak menyangkut hati Neni. :D

      Beli makanan di luar harus lihat juga kandungannya agar menyihatkan. Hati-hati ya, Nen. Terima kasih untuk sapaan hari ini. Umi senang sekali.
      Salam sayang dari Umi. :D

  4. kangmartho June 27, 2011 at 9:56 pm #

    Assalamu’alaikum bunda…
    bicara tentang donat adalah jenis kue kesukaan istri saya bund, disetiap kesempatan dianya terkadang membuat dari berbagai bahan tidak hanya dari tepung/kentang melulu, terkadang dari tanaman yg sejenis dibuatnya.
    senang sekali bila sang putri bunda juga bisa membuatnya, dan semoga putriku nantinya juga bisa sehingga sedikit meringankan pekerjaan ibunya.
    tak terkecuali saya juga bertugas sebagai DPR (dewan pencicip rasa)he..he dan paling kusuka bila disajikan bersama secangkir kopi memmm

    salam hormat dari pegunungan Jenggrong

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 9:14 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Martho…

      Sangat kreatif sekali isteri Kang Martho dalam memikirkan jenis bahan yang sesuai untuk membuat donut. Tentu masakannya enak dan menyelerakan sehingga kang harus bertugas sebagai DPR… hehehe.

      Kalau di Malaysia (mengikut bahasa kampung), donut itu disebut juga kuih gelang kerana bentuknya seperti gelang tangan. Untuk donut yang dibuat dari ubi keledek ia dikenali dengan nama kuih keria. Rasanya sangat sedap dan manis, Salutan gulanya bukan gula pasir tetapi gula yang ditanak dan kuih itu dicelup dalam air gula. Kemudiannya bila kering, gula itu membeku. Saya suka rasanya yang enak.

      Bener Kang, anak-anak sangat suka melakukan aktiviti menguli tepung. Menurut saya, acara begini namanya belajar melalui pengalaman (learning through experience). Mereka melakukan sendiri dan menghasilkan sesuatu yang bisa membentuk minda menjadi lebih kreatif.

      Mudahan putri kang juga bisa membantu bundanya dan tentu sekali pengalaman itu merupakan satu kenangan manis buatnya.

      Terima kasih untuk kongsian seisi keluarga dan kunjungan kang Martho. Semoga selalu bahagia bersama mereka. Salam hormat kembali. :D

  5. azzahra June 28, 2011 at 12:27 am #

    Luar Biasa… Sungguh nikmatnya Donat dan makanan yang dibikin melalui gotong royong pasukan kakak yang walaupun Ieesyah masih berpakaian tidur, namun rajin membatu ibunda membuat kue donat….

    Lezat tentunya, tidak hanya dari makanannya, tetapi juga lezat karena kerja sama orang-orang yang dicintai.

    Dunkin Donat,rasanya juga akan kalah kalau begini, hahaha….

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 9:39 am #

      Hai Azzahra….

      Iya bener, nikmatnya luar biasa, enak dan menarik kerana dibuat oleh pasukan yang hatinya selalu bertaut dengan kasih dan cinta.

      Ieesyah yang paling excited dalam menguasai aktiviti mencetak donut dengan suaranya yang bercicip seperti burung tanpa henti sambil memberi pelbagai arahan kepada abang dan kakak2nya sehingga menimbulkan keributan mulut sambil tangan masing-masing meneruskan aktiviti.

      Saya biasa membeli donut di Dunkin Donat, Alamanda Putra Jaya dan Carfour, MidValley Kuala Lumpur dalam 6 perisa (taburan coklat urai, peanut butter, coklat putih, coklat strawberry, jem buahan dan coklat sahaja) dengan harga RM11.00.

      Wah, mahal sekali harganya. Tapi kerana ingin makan, beli sahaja. Hal ini membuat saya berazam untuk membuat donut sendiri. Alhamdulillah, sudah tercapai dengan resepi yang luar biasa lazatnya. Tentu sekali lebih lazat dari Dunkin Donut… hehehe.

      Terima kasih ya, Azzahra untuk kunjungan yang menyemangati. Saya senang sekali. Semoga dinaungi rahmat Allah dan berbahagia selalu.

      Salam manis dan salam hormat dari saya buat Azzahra. :D

  6. WARDAH F. June 28, 2011 at 8:15 am #

    Asm..
    pa khabar ktk semua? Alhamdullilah marek baru je sampei dr. Jakarta. Kmk hadir Istimak di Chikampek. Ahamdullilah lebih 30,000 org hadir. M’sia kurang lebih 100 org aja.

    Insyallah bulan 9 tok azam nak kuar 40H ke India. Tlg doa sama ya bu.

    Salam kekeluargaan buat ktk semua.

    p/s: marek sempat juak beli dunkin donut di airport jakarta tapi rasanya donut kitak molah lebih nyaman kot….

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 9:51 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, kamek semua sihat dan bait2. Kamek doakan kitak sekeluarga macam ya juak.

      Tentu banyak pengetahuan yang diperolehi dalam istimak di sinun. Mudahan beroleh kebaikan dan ilmu bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Ani pegi sekali kah ?

      mak oi… lamaknya nak pegi ke India. Ani pegi juak ? Bestnya dapat jalan ke hulu ke hilir dalam menyebar dan mengembangkan syiar Islam. Kamek doakan kita selamat dan dimakbulkan keazaman untuk ke sana kelak.

      Hehehe… alhamdulillah, donut yang kamek molah lagi lazat dan nyaman dari Dunkin Donut kerana kamek pernah merasa donut sidaknya.

      Salam mesra untuk kitak sekeluarga di Teluk Intan.

  7. dhila13 June 28, 2011 at 12:26 pm #

    Assalamu alaikum…

    Bunda CT… aiiihh… enak tuh donut… boleh dibagi ke Indonesia? hehe…

    Salam dari Jakarta ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 4:01 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Dhila…

      Hehehe… kalau bisa dikirim ke sana, pasti bunda akan kirimkan khusus buat Dhila.

      Sabar ajalah ya Dhila. Rasailah dengan hati dan perasaan donut bunda di dalam foto-foto di atas. Mudahan kenyang. :D

      Terima kasih hadirnya.Tadinya bunda ke blog Dhila, tapi belum sempat berkomentar sudah hanging. Nanti bunda ke sana lagi ya.

      Salam ceria selalu. :D

  8. Assalaamu’alaikum Bunda…

    tahniah buat blog bunda yg dapat pagerank 3 dari mbah google
    semoga blognya semakin maju lagi di masa mendatang….

    boleh minta donatnya bunda?…. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 4:15 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Argun….

      Alhamdulillah, khabar baik dari mas Argun yang telah lama menyepikan diri. Muncul-muncul aja bilang blog saya dapat PR3.. hehe. Mahu apa mas ? Donut ya. :D

      Boleh, silakan ambil mana satu yang Argun mahu di atas sana. Hanya donut itu yang bisa saya berikan. Kalau donut yang “hidup-hidup” tidak bisa lho. Maaf ya. ;)

      Terima kasih atas ucapan doa dan kunjungan yang selalu dialu-alukan. Didoakan mas Argun selalu sukses dan lomba SEOnya.
      Salam mesra.

  9. reedai313 June 28, 2011 at 2:42 pm #

    wuduh..
    kecil-kecil eisyah dah dididik bisa menghidang masakan lezat..
    wah, nih para ibu mesti mencontoh ke bunda fatimah..
    hujung minggu tak harus selalu ke mall dan ke kebun binatang ya, Bund?
    ternyata di rumah pun bisa seru dan menarik..

    salam hangat sahabat – udariki

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 4:23 pm #

      Alhamdulillah, saya memang suka melakukan aktiviti masakan dengan anak-anak dan kini dua putri saya Iffah dan Izzah sudah pandai memasak yang mudah-mudah.

      Hehehe…. saya jarang ke mall dan kebun binatang kerana di Sarikei tidak ada tempat demikian yang hanya ada supermarket biasa. kalau mahu ke mall harus ke Sibu, itupun sebulan atau dua bulan sekali untuk makan di luar dan membeli buku.

      Mudahan kongsian cerita di hujung minggu saya dan keluarga bisa bermanfaat untuk semua.

      Terima kasih ya sudah mampir lagi.
      Salam ceria selalu.

  10. tunsa June 28, 2011 at 10:34 pm #

    bunda….kok saya tidak dibagi.. :(
    hehe..
    enak kelihatannya…
    mmm
    jadi lapar deh… :D.
    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD June 28, 2011 at 10:51 pm #

      Bukan bunda tidak mahu bagi, Ari
      Ari kan selalu telat kemari… hmmm.
      Mobilnya bukan main hebat lho, rasanya paling laju dari Lamborgini atau Ferrari. :D

      Kalau lapar, silakan menjamah sajiannya. Mudahan kenyang ya.

      Terima kasih bermain lagi ke blog bunda.
      Salam ceria dari Umi.

      • tunsa July 1, 2011 at 3:46 pm #

        bisa dikirim via email bunda? HEHEHE

        • SITI FATIMAH AHMAD July 1, 2011 at 5:41 pm #

          Bisa aja Ari, hehe..
          Apa kenyang makan begitu ?

          • tunsa July 3, 2011 at 7:24 pm #

            kalau begitu kirim via POS saja, yang asli biar kenyang, hehe
            salam

            • SITI FATIMAH AHMAD July 4, 2011 at 10:44 am #

              Maaf ya nanda Ari, permintaannya bunda tidak dapat penuhi kerana makanan segar sedemikian tidak dibenarkan di pos luar negara. Bisa membawa virus yang mengancam negara… hehehe.

              Sabar aja ya, cari aja dong di Dunkin Donut di sana. :D

  11. Sosial Budaya June 29, 2011 at 2:58 am #

    Aduh bunda, semenjak gigi saya tanggal gara2 nyut nyut-an, saya terbatas konsumsi coklat. Sekarang cuma biosa nelan air liur sendiri :(

    • SITI FATIMAH AHMAD June 29, 2011 at 2:32 pm #

      Sungguh, kalau sudah merasai sakit gigi karena makan yang manis-manis tentu menjadikan kita berhati-hati untuk tidak merasai sakit yang sama bagi kedua kalinya.

      Mudahan bisa merasai coklat lagi. :D
      Terima kasih sudi bertandang kemari.
      Salam ceria.

  12. ejawantahblog June 29, 2011 at 4:53 am #

    Bunda, sayang rumah saya jauh…… sekali dengan Bunda, bila dekat saja, saya mau coba donat itu. Dan selamat atas pagerank-nya ya Bun. Semoga tambah semangat dalam menuangkan kreatifitas dalam berkarya.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • SITI FATIMAH AHMAD June 29, 2011 at 3:12 pm #

      Tidak mengapa mas Indra, itu namanya bukan rezeki. :D
      Terima kasih atas doa dan ucapan untuk blog saya. Tidak menyangka usia blog ini baru aja 10 bulan sudah dapat PR3 ya.

      Alhamdulillah, kalau manfaat ilmu yang dihidang di sini bisa dirasai oleh banyak orang. Semoga Allah selalu memudahkan urusan yang baik-baik.

      Salam sukses kembali dari saya.

  13. tiara June 29, 2011 at 12:46 pm #

    Assalamu’alaikum cikgu ct…

    Beruntung cikgu pandai membuat donut sendiri… saya memang tak pandai dan tak pernah buat donut.. kalau nak makan beli saja… dulu2 dunkin donut tapi sekarang dah ada yang lebih sedap dan lazat… donut `Big Apple’ dan `J Co’.. tak boleh beli selalu.. harganya dua kali ganda harga dunkin donut.. tapi kalau dah teringin beli juga laa… hehe

    Cikgu… sup english tu sungguh menyelerakan… agaknya sup orang putih ye? hehe… macamana cara memasaknya? saya rasa nak cuba buat sup ni… mesti sedap!! tak perlu makan dengan nasi… makan macam tu saja atau makan dengan roti… emmmmmm…

    Salam mesra dari saya di kl..

    • SITI FATIMAH AHMAD June 29, 2011 at 3:42 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Tidak mengapa tidak pandai membuat donut, Tiara. Bukan wajib pun…hehehe. Dengan membeli juga mempunyai nilai tersendiri yang boleh dibeda-bedakan rasa dan aromanya.

      Wah… ternyata kini sudah banyak kedai donut di Semenanjung ya. Saya hanya kenal Dunkin Donut dan pasar Carefour sahaja. Nanti kalau saya ke Semenanjung, saya akan cari kedai ini juga untuk merasai donutnya.

      Iya, sup English sangat sedap sekali. Memang sup orang putih bukan orang Malaysia. :D Jika ada kesempatan, nanti saya kirimkan resepinya kepada Tiara dan cubalah sendiri.Boleh makan dengan roti dan boleh dimakan begitu saja (rasa macam iklan pulak). Dengan nasi pun boleh.

      Pembuatannya sangat senang tetapi perlukan kesabaran untuk makannya, lantaran sedap sangat.. :D

      Terima kasih untuk hadirnya Tiara ke mari. Selalu mengalukan.
      Salam mesra kembali.

  14. Kakaakin June 29, 2011 at 8:21 pm #

    Subhanallah, Bunda… Tampak memikat gambar2 diatas…
    Baru kali ini saya melihat donat yang diberi toping berbentuk bintang2 :)

    • SITI FATIMAH AHMAD June 29, 2011 at 10:39 pm #

      Benar mbak Akin, saya juga demikian baru melihat donut ditoping dengan bintang atau love. Biasanya saya beli donut di dunkin donut atau tempat lain tidak pernah saya dapati toping demikian.

      Hehehe… anak2 saya yang menyarankan begitu apabila mereka melihat banyaknya bentuk gula untuk toping biskut di pasar raya.

      Saya hanya mengikut selera mereka sahaja sebagai menyenang dan membahagiakan mereka. Ternyata membuat donut lebih menyelerakan.

      Terima kasih kunjungannya mbak.
      Salam manis selalu. :D

  15. bluethunderheart June 29, 2011 at 8:27 pm #

    bunda
    p cabar
    kangen blue sapa bunda
    semoga sihat selalu ya
    wah blue suka sangat dunat bundaaaa……….hehehhehhe
    salam hangat dari blue

    • SITI FATIMAH AHMAD June 29, 2011 at 10:45 pm #

      Alhamdulillah, bunda sihat dan baik sahaja, Blue.
      Bunda doakan nanda Blue demikian sama dan sukses selalu.

      Ternyata donut sejenis kuih yang memikat selera ramai orang di dunia ini. Mungkin keenakan rasa, lembut isi dan tentu sekali tarikan pelbagai perisa topping yang berumah di atasnya membuat donut menjadi pilihan.

      Terima kasih atas kunjungan Blue yang sudah lama tidak bunda dengar khabar beritanya. Mudahan kebaikan selalu bersama langkah kehidupan Blue.

      Salam hangat kembali dari bunda. :D

  16. suretno June 30, 2011 at 5:00 pm #

    Assalamu’alaikum Wr.Wb.
    Wah bahagianya keluarga bunda, punya Ibu yang pandai memasak. Saya jadi ngiler nih … pasti enak donatnya. Salam kenal bun dari Samarinda, East Borneo

    • SITI FATIMAH AHMAD July 1, 2011 at 9:11 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Suretno…

      Alhamdulillah, mudahan kekal bahagia dalam kasih sayang Allah swt.
      Memasak merupakan hobi utama saya di masa sengang, jadinya masa ini anak-anak suka membantu @ mengganggu dalam proses menyajikan masakan.

      Aktiviti membuat donat, biskut dan kuih merupakan aktiviti paling disukai anak-anak kerana mereka membantu dalam mencetak doh. Tugas saya jadi ringan dan tentu sekali mendidik anak untuk bekerja sama dalam apa juga kerjaan.

      Terima kasih untuk kunjungannya lagi, saya sudah ke blognya mas Suretno tetapi dibilang sudah delete. Alhamdulillah, link kali ini ternyata berhasil menemukan blognya.

      Salam kenal juga.

  17. sayyidahali July 1, 2011 at 8:50 am #

    subhanallah..sudah berapa kali saya kesini, tulisan bunda – bunda yang bagus- bagus, membuat saya kagum dan tak bisa comen lagi..hehe
    salam kenal dan hangat bunda dari Kal -Sel

    • SITI FATIMAH AHMAD July 1, 2011 at 5:19 pm #

      Hai Sayyidahali…

      Terima kasih mbak kerana pernah kemari beberapa kali.
      Alhamdulillah, kali ini singgah menitip kata yang menyenangkan. Tulisan saya biasa-biasa aja mbak, sederhana dan masih belajar menulis lagi untuk percambahan ilmu agar bermanfaat untuk dibagi bersama.

      Salam kenal dan hangat kembali. :D

  18. Eyangkung July 3, 2011 at 12:59 pm #

    Assalamu’alaikum wr. wb. mbak Siti Fatimah,

    Saya tersenyum sendiri dan sedikit meneguk liur melihat kesibukan di dapur CHEF TWO hari2 Sabtu dan Minggu. Saya termasuk orang penganut faham: “Dari mana datangnya lintah, dari rumput turun ke kali. Dari mana datangnya CINTA, dari MULUT/PERUT turun ke HATI.” Tetapi karena memang jodoh, ternyata saya mendapat isteri tidak pinter masak. Karena kesukaan makan enak saya banyak jajan di luar. Akibatnya……. Itu gara2 nafsu saya yang tidak terkendali. Saya juga lupa pepatah Jawa yang mengatakan: “Mandhega mangan sadurunge wareg” (Berhentilah makan sebelum kenyang). Ini adalah sebuah nasihat untuk pengendalian diri.

    “Tangan Sedap” mbak Siti tentu sudah diyakini suami dan putera-puteri. Dan ini adalah siraman cinta seorang CHEF TWO yang sangat bermanfaat untuk menumbuhkan suasana yang meriah akrab dan bahagia.

    Namun mbak Siti juga harus tidak lupa untuk membatasi jenis makanan yang mengandung banyak kolesterol, trigliserid, asam urat dan bahan2 lain yang tidak baik untuk kesaehatan tubuh manusia. Saya percaya “Tangan Sedap” mbak Siti mampu menciptakan sebuah makanan dengan cita rasa yang tinggi apapun bahan dasar jenis makanannya. Khususnya untuk ayahnya anak2, semakin ke sana semakin peka akan pengaruh buruk makanan!! Yang perlu: tidak berlebihan, yang kedua pilih menu sehat! Ini bukan teori, tetapi saya telah membuktikan sendiri!!

    Namun demikian andaikan rumah kita berdekatan, sekali2 sayapun tidak masalah ingin mencicipi masakan CHEF TWO itu apapun jenisnya. Wah…. air liur saya terus titik….. Ha, ha, haaaaa

    • SITI FATIMAH AHMAD July 3, 2011 at 6:24 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Eyangkung yang dihormati…

      Memasak hanya satu hobi yang telah diamalikan sejak zaman kanak-kanak (sekolah rendah) ketika main masak-masak dengan adik-adik.

      Lagipun sebagai anak perempuan tua dalam adik-beradik, tentu sekali saya di”wajib”kan belajar memasak oleh orang tua jika mereka tidak ada di rumah kerana bekerja di luar kawasan. Mulanya sebagai satu tanggungjawab yang kemudiannya menjadi hobi yang menyenangkan.

      Tidak mengapa kalau isteri Eyang tidak pandai memasak. Memasak bukannya syarat wajib seorang isteri dalam rumahtangga. Ia hanya satu bonus buat suami yang kebetulan memiliki isteri yang punya kemahiran memasak seperti saya.. hehehe… :D

      Insya Allah, saya selalu ingat pesan Eyang tentang menu hidangan yang sihat dari segi penyediaannya. Selama ini memang saya selalu memastikan hidangan seimbang dalam makanan yang saya masak. Kerana itu saya tidak suka makan di luar. Saya bimbang akan cara penyediaan dan kebersihannya. Sekali-sekali itu ada juga makan di luar, tidak terlalu kerap.

      Saya lebih selamat memasak sendiri kerana saya yang menyediakannya, tentu sekali kebersihan yang diutamakan selain menu sihat yang sesuai mengikut hari dan kemampuan. Serasa bahagia dan puas di hati apabila dapat menyediakan hidangan buat keluarga hasil dari jerih perih di dapur. Penat ? Iya.. memang penat tapi rasa puas hati lebih mengatasi kepenatan apabila melihat wajah keluarga ceria ketika memakan hidangan yang disediakan.

      Terima kasih Eyang untuk ingatan dan pesan yang menyihatkan hati.
      Semoga Eyang selalu sihat dan ceria bersama keluarga di penghujung pekan ini.

      Salam mesra dan takzim dari saya. :D

  19. Akhmad Muhaimin Azzet July 4, 2011 at 11:12 am #

    Subhanallah….
    Anak-anak Bunda memang luar biasa.
    Tapi, memang betul, mengisi libur dengan masak bersama anak-anak sangat menyenangkan. Anak-anak akan jauh bisa menikmati makanan yang ada kalau terlibat dalam membuatnya. Hal ini barangkali berangkat dari fitrah anak-anak yang ingin tahu terhadap segala sesuatu. Maka, di samping menyenangkan perkembangan jiwa anak-anak, juga merupakan sarana belajar yang baik.

    Salut deh untuk Bunda dan anak-anak, semoga menjadi keluarga yang kata Rasulullah Saw. sebagai, “Baiti jannati”. Allahumma amin….

    • SITI FATIMAH AHMAD July 4, 2011 at 1:13 pm #

      Alhamdulillah, semua anak-anak sama sahaja sifat dan tingkah mereka. Dalam usia masih muda, sifat ingin tahu, ingin mencoba menjadi satu fitrah yang mengujakan mereka. Karena itu para guru dan ibu bapa harus tahu memainkan peranan bagi menyerlahkan potensi yang baik pada mereka.

      Belajar sambil bermain dan belajar melalui pengalaman akan membentuk jiwa juga minda anak-anak kepada keyakinan diri yang unggul. Kita melatih mereka menjadi berani menempuh tantangan dengan percaya diri. Mudahan anak-anak nanti akan besar menjadi insan yang sadar diri dan tahu memanfaatkan peluang dan ilmu sedia ada.

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih mas Amazzet untuk doa yang baik juga kunjungan yang menyenangkan.

      Salam mesra dan hormat selalu. :D

  20. IFAN JAYADI July 8, 2011 at 2:44 pm #

    Wah, lengkap banget menu makanannya bu. Mulai dari pagi, siang dan juga malam semuanya dihidangkan dengan aneka masakan yang menyelerakan. Saya sendiri juga suka makan donut. Terutama donut kentang. Kalau makan donut kentang tanpa disajikan dengan taburan coklat ataupun keju pun, rasanya tetap enak :)

    • SITI FATIMAH AHMAD July 9, 2011 at 12:56 pm #

      Hai Ifan…

      Donut kentang merupakan pengetahuan baru bagi saya. Gimana rasanya ya. Saya tidak pernah melihat dan merasainya. Saya pernah merasa donut dari ubi keledek. Istilah kampungnya kuih keria. Sangat sedap dengan salutan gula yang dicairkan. Harap suatu hari nanti saya bisa merasai donut kentang. :D

      Terima kasih Ifan atas kongsian donutnya. Donut memang sedap dimakan terutama ketika masih panas.

      Salam ceria di hujung minggu.

  21. Legy Masyhury July 8, 2011 at 10:07 pm #

    Assalamu alaikum bunda…
    Wah.. benar saja, menyaksikan gambar-gambar di atas saja sudah sangat membuat perut lapat. Rasa manisnya pasti terasa lama di lidah karena coklat dan taburan cerres di atasnya. Hemm…
    Saya sudah sering buat kue kering saat Lebaran, tapi rasanya membuat Donut ini saya belum pernah, tidak tahu entah bagaimana resepnya yang baik. hihi…
    Pasti enak sekali donut buatan keluarga bunda ini, variasinya sangat banyak. Kalau saja di jual di toko, pasti saya beli untuk oleh-oleh.. :)

    Selamat berakhir pekan bunda.. :lol:
    Salam hangat dari Medan…

    • SITI FATIMAH AHMAD July 9, 2011 at 4:27 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Legianto…

      Terima kasih atas namanya, bunda panggil Masyhury dengan nama Legy ya selepas ini. :D

      Memang enak sekali kalau dimakan masa panas-panas. Tidak dapat dibayang saat menikmatinya. Alhamdulillah.

      Wah… mengkagumkan kalau Legy biasa membuat kue kering saat lebaran. Senangnya hati ibu legy punya anak yang rajin membantu didapur. lelaki pula tu. Salut ya. :D

      Jika Legy mahukan resepi donut yang bunda buat ini, maklumi aja. nanti bunda kirim via email.

      Salam hangat kembali dan bergembira di penghujung pekan.

  22. Tri Setyo Wijanarko July 12, 2011 at 2:34 am #

    wah senangnya punya ibu yang pandai masak.. :D

    ibu saya juga suka masak dan masakannya juga enak.. tapi sayangnya saya tinggal jauh dari orang tua jadi sudah cukup lama nggak makan masakan ibu.. mungkin 1-2 tahun sekali saya baru pulang. kalau saya pulang, pasti ibu akan memasak apapun yang saya minta. sayang banget ya ibu sama anaknya.. hehee..

    bunda, itu donutnya keliatan enak sekali.. karena nggak ada yang buatin jadi saya cuma bisa beli di J.Co atau Dunkin saja. hehe..

    oh ya, saya baru tau kalo di malaysia ada ayam penyet juga.. untuk makanan dari malaysia saya suka nasi lemak.. enak rasanya, saya nyobain ini waktu di pesawat.. kalau nasi briyani itu yang dari india ya bunda?

    • SITI FATIMAH AHMAD July 12, 2011 at 10:54 pm #

      Hai Tri…,

      Saya juga mengkagumi ibu Tri yang suka memasak dan masakannya dirindui oleh anak-anaknya. Demikianlah kasih dan cinta ibu, sanggup memasak apa sahaja yang disukai anaknya jika anaknya kemabli ke pangkuannya.

      Saya juga demikian sama, ibu saya adalah seorang yang sangat mahir dalam masakan dan saya akan dihidang dengan makan kegemaran saya iaitu Sup Daging apabila dia tahu saya akan balik ke kampung. Hal ini sangat mengharuskan dan terasa betapa besarnya cinta ibu kepada anaknya walau anaknya sudah dewasa.

      Hehehe… ayam penyet baru aja dikenali di Malaysia dalam lima tahun belakangan ini. Sebelumnya inda ada. Nasi lemak memang banyak di Malaysia dan menjadi menu sarapan yang terkenal dalam kalangan wargannya.

      Nasi Briyani itu asalnya memang dari India, tetapi kebanyakan warga Malaysia sudah pandai memasaknya sendiri termasuk saya kerana sudah ada perencah yang siap segera. Cuma masak aja. Sudah bisa dimakan sendiri di rumah. Harganya bergantung kepada lauk yang dipilih sama ada ayam, daging kambing atau daging sapi.

      Terima kasih atas kunjungan dan silakan menyantap mata dengan donut saya di atas. Salam ceria. :D

  23. iwan tidung January 27, 2013 at 2:09 am #

    Jadi lapar nih..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Penghargaan Untuk Sahabat1 « Batavusqu - June 30, 2011

    [...] dewifatma|mbak ajeng|kang abisabila|mbak nique|gusti ramli|mas sulastiono|pak mars|mbak poetry|bunda sfa2|mas rubyanto|jeung retno|mama kai|pak sugeng|keluarga harestya|mbah jiwo|pakde cholik|mas [...]

    Kang Zipoer:
    Subhanallah, terima kasih kang, sudah saya titip awardnya.
    Jadi terharu nih. Award dulu belum lagi dipajang, sudah dikasih award baru.
    Salam hormat dan mesra dari saya. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: