CT53. I’M A PRESCHOOL TEACHER

1 Apr

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh

AKU SEORANG GURU PRASEKOLAH. SEMUANYA BERMULA 7 TAHUN YANG LALU, Tahun 2004. Berdasarkan arahan yang terkandung di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) di bawah Bab 10. Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan dalam fasal 50. Pengajaran Agama Islam yang mengandungi 4 perkara berikut:

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.

(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.

(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) hanya mempunyai seorang guru prasekolah iaitu Cikgu Dick Nira (mantan pelajarku). Beliau berbangsa Iban dan beragama Kristian.  Sangat dedikasi dan bersemangat dalam tugas. Kini sedang melanjut pelajaran untuk ijazah pertama dalam Pengajian Prasekolah di Open University secara jarak jauh. Aku berbangga IPGKR mempunyai guru prasekolah seperti beliau. Manakala murid prasekolah berjumlah 15 orang (7 muslim dan 8 bukan muslim).  Merujuk kepada Fasal 50 dalam perkara 1, IPGKR harus mengambil guru Pendidikan Islam untuk mengajar mata pelajaran tersebut.

Memandangkan tiada guru Pendidikan Islam gred DG 29  @ DG 32 (berkelulusan Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan) yang bertauliah dalam bidang pengajian Islam, perkara 4 diambil kira. Oleh itu, tenaga pensyarah/dosen  di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM), IPGKR diperlukan untuk membantu mengajar Pendidikan Islam yang serentak diajar dengan mata pelajaran Pendidikan Moral.

Alhamdulillah, 2 tahun pertama, berbekal Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, aku melakar sejarah menjadi guru berijazah pertama mengajar Pendidikan Islam di Prasekolah IPGKR.  Kemudian di tahun ke-3, aku dibantu oleh Ustaz Zamri Rajab. Apabila kami bersama menyambung pelajaran ke peringkat  sarjana (S2) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,  tanggungjawab tersebut dipegang penuh oleh Ketua Jabatan JPIM.

Setelah 2 tahun cuti belajar, mulai 2010 hingga kini, aku kembali menjejak kaki ke prasekolah. Sekali lagi aku   dan Ustaz Zamri melakar sejarah di IPG Kampus Rajang menjadi guru berijazah sarjana mengajar di Prasekolah. Walau hanya mengajar 2 jam seminggu (Ustaz Zamri 1 jam dan aku 1 jam), aku merasakan diriku adalah sebahagian dari dunia pendidikan awal kanak-kanak. Setelah Ustaz Zamri berpindah ke Terengganu awal Febuari lalu, kontrak 2 jam pengajaran tertakluk penuh kepadaku.

Satu pengalaman yang sangat bermakna bagiku sejak terlibat dalam dunia pendidikan. Aku berbangga dapat menjadi pendidik anak-anak di peringkat awal persekolahan. Aku berbangga dapat menyumbang bakti dalam merealisasikan ilmu BACA, TULIS, KIRA dan TAAKUL di awal usia mereka untuk menjadi insan berjaya di masa depan. Alhamdulillah.

“Dalam mendidik seseorang, kita tidak dapat mengajar sesuatu kepada mereka. Kita hanya dapat membantu mereka menemui diri sendiri. Kerana apa yang mereka perolehi daripada pendidikan merupakan harta yang tidak akan pernah hilang selama perjalanan kehidupan mereka.”

Pengalaman adalah guru terbaik. Namun pengalaman itu belum aku raih, sebelum membantu mengajar di prasekolah yang merupakan satu praktik sebenar. Jika dulu, aku mendedahkan kepada pelajarku tentang pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran samada di bilik kuliah atau semasa praktikum, kini aku merasai cabaran dari pelbagai teori tersebut.

Berbekalkan pengalaman sebagai pensyarah yang mengajar Pendidikan Islam, khas untuk Prasekolah kepada guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah bagi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP),  guru-guru Prasekolah KEMAS yang mengambil Diploma Pendidikan bagi Kursus Dalam Cuti (KDC),  menjadi Tutor kepada guru pelatih Pengajian Prasekolah dan pensyarah pembimbing praktikum untuk guru pelatih Pengajian Prasekolah, cukup menjadi khazanah untuk menerjunkan diri dalam dunia sebenar pengajaran di prasekolah.

Sepanjang pengalaman meniti arus pendidikan awal kanak-kanak sama ada mengajar guru pelatih yang mengambil opsyen Pengajian Prasekolah atau berinteraksi dengan guru-guru prasekolah, aku sangat mengkagumi komitmen yang mereka lakukan. Malah aku tabik dan salut dengan kesungguhan dan semangat yang mereka miliki.

Namun tidak dinafikan banyak cabaran yang mereka lalui. Antaranya, tanggapan  sebilangan masyarakat terhadap jawatan guru prasekolah yang dianggap rendah, tidak berpelajaran tinggi, kurang kemahiran dan penguasaan dalam bidang mereka. Pandangan  tidak berpihak ini ternyata memberi impak kepada perasaan sehingga mereka merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Oleh itu, kesempatan berinteraksi dengan guru pelatih Prasekolah ketika sesi kuliah dan guru-guru prasekolah yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan atau kursus dalam cuti, aku berusaha menjulang semangat mereka agar terus menghadapi cabaran semasa. Jangan berputus asa dan merendah potensi diri. Pendidikan formal yang diterima oleh kebanyakan insan yang berjaya masa kini adalah berasal dari kesungguhan guru prasekolah dalam mengenalkan ilmu baca, tulis dan kira. Bermula dari tidak tahu kepada tahu.

Mereka harus berbangga dengan sumbangan yang besar dan amat bermakna dalam dunia pendidikan seorang manusia. Guru prasekolah adalah guru bagi semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Islam. Untuk jadi guru yang hebat, harus banyak belajar dan mengajar. Pengalaman itulah yang mengajar manusia erti kehidupan sebenar. Bukankah itu hebat ? Aku sangat senang dapat menyuntik semangat mereka yang rebah dan menjentik minda mereka yang lelah. Mudahan tiupan semangat itu mampu mengorak kehebatan guru prasekolah di mata dunia.

“Aku mahu mereka berbangga menjadi guru prasekolah”

Cabaran terkini dunia pendidikan prasekolah di Malaysia adalah perubahan dalam kurikulum tersebut. Bermula tahun 2010, Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan diguna pakai di semua prasekolah bagi menggantikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Perubahan ini selari dengan hasrat sistem pendidikan di Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 berdasarkan Teras ke 5 iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan.  Secara tidak langsung mengangkat martabat guru dengan memberi pendedahan kepada kursus-kursus profesionalisma agar mereka berkemahiran dalam bidang kepakaran mereka.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan bertaraf dunia, Malaysia mula mengorak langkah untuk meningkatkan bilangan guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (ijazah pertama) mengajar di prasekolah dan sekolah rendah. Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan di peringkat prasekolah dan sekolah rendah merupakan satu wadah penting dalam meningkatkan pemikiran murid  bagi melahirkan insan ulul-albab (pemikir) diperingkat awal pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Menjadi guru bukan mudah. Apatah lagi menjadi guru prasekolah. Tugas guru  prasekolah sangat mencabar segala emosi diri. Ketahanan mental dan fizikal harus kental berbekalkan rohani dan intelektual yang tinggi.  Sifat kasih sayang harus disemaikan dengan sesungguhnya berserta kawalan kelas yang berkesan.

Anak-anak yang belum matang dan sempurna akal dalam menentukan baik dan buruk olah yang ditingkah mereka pasti memeningkan kepala gurunya. Tanpa kesabaran dan kefahaman dalam ilmu psikologi mampu membuat guru hilang pertimbangan. Menurutku, menjadi guru prasekolah lebih berat dari guru sekolah rendah dan lain-lain guru yang ada di peringkat atas.

Satu hal yang seronok (menggembirakan) sebagai guru prasekolah ialah kasih sayang anak-anak cilik itu kepada gurunya. Aku senang sekali dapat berdamping dengan mereka. Setiap kali aku hadir ke prasekolah untuk mengajar, anak-anak ini akan berlari-lari ke arahku dan memelukku dengan gembira.

Mereka tidak sabar-sabar menunggu kedatanganku. Tidak sabar-sabar untuk belajar. Malah kalau pelajaran sudah habis, ditanya lagi apakah esok akan datang ke prasekolah. Wah… aku sungguh bahagia diraikan oleh anak-anak kecil ini. Aku sayangkan mereka dan mereka juga sayangkan diriku. Alhamdulillah. :D

Jika mahu disayangi, maka harus menyayangi terlebih dahulu.


BUAT ANAK-ANAK KECILKU YANG PINTAR : RADI, RIDUAN, AZRUL, HANANIA, ADHA, HALIMAH DAN FARHANA.


SEMOGA KALIAN AKAN JADI INSAN SOLEH DAN SOLEHAH YANG BERIMAN DAN BERJAYA. SIAPAPUN KALIAN NANTI BILA DEWASA, SAYA MENYAYANGI DAN SELALU INGAT DI HATI. LOVE YOU ALL.

SalamFatima3SalamFatima

31 Mac 2011 (Khamis)/ 26 Rabiu’ul Akhir 1432H/ 10.43 malam- SARIKEI, SARAWAK


Aku… berusaha menjadi guru terbaik buat pelajarku. Aku ingin mereka berbangga mempunyai guru sepertiku. Aku menjadi guru bukan untuk disanjung atau untuk dikenang jasa. Tetapi aku melihat pendidikan sebagai wadah yang mengkagumkan. Di dalamnya penuh dengan keajaiban lautan ilmu yang perlu diterokai. Setiap hari adalah inovasi bagiku. Aku boleh membina empayar tamadun ilmu dalam dunia pendidikan bersama pelajarku kerana akulah peneraju ilmu bersama mereka. Berbahagialah menjadi guru.

- SITI FATIMAH AHMAD -

APABILA INGIN MENGGONCANG DUNIA, TERLEBIH DAHULU PERLU MENGGONCANG DIRI SENDIRI

- SOCRATES -


GURU PRASEKOLAH – ANDA ADALAH KEBANGAAN DUNIA


About these ads

73 Responses to “CT53. I’M A PRESCHOOL TEACHER”

  1. ardi April 1, 2011 at 10:09 am #

    sekolahny elok ce’ gu semog sukses

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 2:44 pm #

      Hai Ardi…

      Iya, fasilitasnya juga banyak. Sekolah itu milik IPG. Maka, bahan sumber pengajaran dan pembelajarannya mudah didapati. Tersedia tanpa perlu saya mencari dan membelinya lagi.

      Terima kasih untuk kunjungan dan doanya. Amiin.
      salam kenal.

  2. bundamahes April 1, 2011 at 10:25 am #

    muridnya lucu-lucuuuu :D

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 2:50 pm #

      Hai BundaMahes…

      Benar mbak, sangat lucu terutama Hanania.
      Budaknya petah berbicara dan lucu.

      Yang lain-lain juga demikian sehingga saya penat melayan bicara mereka terutama kala saya bercerita kisah-kisah nabi. Anak2 pintar ini sangat aktif dan mendengar kata. Tidak susah mendidik mereka.

      Salam manis mbak dan terima kasih selalu betah kemari. Maaf,belum sempat lagi BW ke blog mbak. :(

  3. pri crimbun April 1, 2011 at 12:47 pm #

    jadi guru tu sungguh mulia… :) moga selalu semangat yah…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 2:53 pm #

      Hai Pri Crimbun…

      Amiiin… mudahan semangat ini selalu dibakar oleh keikhlasan hati dalam berbagi ilmu dan hikmah.

      Terima kasih. Salam ceria. :D

  4. masyhury April 1, 2011 at 1:02 pm #

    Assalamualaikum bunda,,

    Lucunya lihat anak-anak kecil macam tu, gemas.
    Mendidik anak kecil pasti lebih lelah dari pada mengajar siswa remaja. Perlu kesabaran dan kasih sayang yang luar biasa pastinya. Selamat bekerja bunda, semoga ilmu yang di torehkan bermanfaat untuk anak-anak bagi masa depannya kelak.
    hemm… :D

    Ohya, grafiknya keren bunda,, :D
    Salam hangat…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 3:01 pm #

      Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Subhanallah, lelahnya tidak dapat diucap dengan kata-kata. Mengajar siswa tidak ada masalah banyak kerana mereka tahu apa yang dilakukan.

      Berbeza dengan anak2 kecil yang suka mengikut kehendak hati mereka. Kalau bergaduh dan menangis itu perkara biasa pada mereka. Gurunya yang penat untuk meleraikan sehingga terganggu sesi P&P yang berjalan. :D

      Harus banyak bersabar menghadapi kenakalan dan kebijakan bicara mereka. Sampai jenuh mahu menghentikan bicara mereka apabila disuruh menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

      Tapi hati akan terhibur dalam lelah apabila mereka menurut kata dan mahu belajar bersungguh2. Pengalaman ini cukup mengajar saya erti kesabaran dan kasih sayang kepada anak2.

      Terima kasih untuk apresiasinya. Mudahan akan bisa maju dalam membuat grafik yang lebih baik. Masyhury lebih bagus dari saya lho. :D

      Salam hangat kembali.

  5. neni April 1, 2011 at 1:12 pm #

    Assalamu alaikum bunda,

    asyiknya dikelilingi dengan anak-anak..hehe
    do’akan yach bunda biar bisa buat sekolah juga..hehe

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 3:08 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      Hehehe.. kalau sekolahnya tidak bisa Nen. Tidak punya uang yang banyak.Malah tidak punya cita-cita ke arah itu.

      Bunda tidak suka jadi pengurus atau pentadbir. Bunda suka menjadi guru. Cukuplah menumpah bakti untuk menjadikan anak2 itu sepintar gurunya. :D
      Mudah-mudahan.

      Senang menerima sapaan dari Neni.
      Salam sayang dari bunda.

      • neni April 4, 2011 at 2:33 pm #

        iya bunda, neni juga senang bangeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttt kalau dpt sapaan dari bunda tercinta..hehe

        • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 8:19 am #

          Hehehe… iya Nen, terima kasih. Bunda senang mengetahuinya. :D

          Maaf ya Nen…
          Bunda sudah selalu ke blog Neni dan baca posting terbarunya. Cuma bunda belum punya masa untuk singgah menitip pesan. Insya Allah bunda akan ke sana nanti pada waktu yang bersahabat.

          Salam sayang dari bunda selalu.

  6. kangmartho April 1, 2011 at 1:41 pm #

    Selamat Pagi Cik Gu !!!!
    Salam Bunda..jadi Guru memang asyik ..setiap hari disambut oleh senyum wajah2 yang sangat polos tanpa ada pamrih sedikitpun, jadi segala masalah yang dibenak kita akan terasa hilang….kutemukan kedamaian hati di wahana sekolah

    salam senasib sepenanggungan dari saya Guru Indonesia tentunya he..he

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 3:21 pm #

      Selamat petang, Pak Guru KangMartho…
      Benar, sungguh asyik sekali dunia keguruan ini. Saya sanagt mencintai dunia ini kerana saya bisa membantu membangunkan kemanusiaan manusia agar hidup pada jalan yang benar.

      Sungguh, memandang wajah mereka mendatangkan rasa kasih dan kasihan. Apatah lagi harapan orang tua mereka yang smengharapkan guru bisa menjadikan mereka anak2 pintar dan berguna. Harapan yang sungguh mengharukan. Tugas guru ini sangat mulia di sisi Allah dan dimuliakan oleh manusia.

      Semoga kita bisa menjadi guru terbaik buat anak2 didik kita. Mereka adalah insan yang menyemarakkan bumi ini dengan kejayaan yang dibantu oleh guru yang berjasa.

      Terima kasih atas kunjungannya.
      Salam mesra. :D

  7. Eyangkung April 1, 2011 at 3:22 pm #

    Selamat siang mbak Siti Fatimah,

    Artikel tentang guru prasekolah ini menimbulkan pertanyaan dibenak saya. Saya menangkap prasekolah=sekolah taman kanak2? Apa hubungannya Institut dengan guru prasekolah (baca: Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) hanya mempunyai seorang guru prasekolah iaitu Cikgu Dick Nira (mantan pelajarku). Bukankah yang dimiliki saebuh Insitut itu bukan guru prasekolah tetapi DOSEN atau mahaguru??

    Apakah seorang guru seperti Cikgu Dick Nira yang Kristian itu boleh mengajar pelajaran agama Islam?? Terima-kasih

    Salam blogger

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 9:15 pm #

      Selamat siang juga Eyang di hormati…

      Terima kasih untuk semua pertanyaan yang ditimbulkan oleh benak Eyang. Dengan senang hatinya saya akan menjawab setiap satu menurut pengetahuan dan pengalaman saya.

      1. Saya menangkap prasekolah=sekolah taman kanak2?

      Benar sekali. Di Malaysia pelbagai nama diberi kepada istilah prasekolah, antaranya TABIKA – Taman Bimbingan Kanak-Kanak, TADIKA, Taman Didikan Kanak-Kanank, Taman Asuhan Kanak-Kanak, Kindergarden dan sebagainya.

      2.Apa hubungannya Institut dengan guru prasekolah yang hanya mempunyai seorang guru prasekolah iaitu Cikgu Dick Nira (mantan pelajarku).

      Prasekolah memang milik IPGKR, tetapi tenaga guru yang mengajar adalah atas arahan penempatan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bukan IPG KPM. Manakala, Gred jawatan guru Prasekolah dan Sekolah Rendah sebelum dilaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 adalah Didik Guru 29 dan 32(DG). Guru prasekolah dan sekolah rendah belum ada yang berkelulusan ijazah sekurang-kurangnya ijazah pertama.

      Apabila dilaksana PIPP, profesion keguruan dinaiktaraf untuk memartabatkan bertaraf dunia. Oleh itu, mulai tahun 2006 kerajaan Melaysia berkehendakkan guru prasekolah dan sekolah rendah mesti mempunyai ijazah pertama bergred DG41 sehinggalah satu masa akan datang tiada lagi guru bersijil pelajaran atau diploma.

      3. Bukankah yang dimiliki sebuah Insitut itu bukan guru prasekolah tetapi DOSEN atau mahaguru?

      Oleh kerana IPG mempunyai prasekolah yang dibuat khusus untuk anak-anak penduduk tempatan yang berhampiran IPG dan anak-anak pensyarah juga staff sokongan, maka guru prasekolah diperlukan mengisi jawatan di prasekolah IPG. Jumlah pelajar dalam sebuah kelas yang memerlukan seorang guru adalah dalam 25-35 orang. Oleh kerana IPG biasanya tidak melebihi 20 orang, maka seorang guru prasekolah sudah mencukupi untuk sesi pengajaran dari jam 7.30 pagi hingga 11 pagi.

      Pensyarah/Dosen IPG tidak mengajar prasekolah. Mereka mengajar guru pelatih yang bakal jadi guru prasekolah dan guru sekolah rendah. Dalam kasus saya mengajar prasekolah adalah sebagai membantu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja kerana Cikgu Dick bukan Islam maka beliau mengajar Pendidikan Moral.

      Walau adapun guru prasekolah yang muslim, tetap juga tidak dibenarkan mengajar pendidikan Islam kerana mereka tidak mempunyai tauliah yang khusus dalam Pendidikan Islam. Maka, pihak sekolah rendah atau IPG yang mempunyai prasekolah dan murid Islam sekurang2nya 5 orang (sila rujuk pada perkara 1 dan 4 di atas), haruslah dicari guru yang mengajar pendidikan Islam.

      4. Apakah seorang guru seperti Cikgu Dick Nira yang Kristian itu boleh mengajar pelajaran agama Islam?

      Guru bukan Islam mengajar Pendidikan Moral. Guru prasekolah muslim pun tidak mengajar Pendidikan Islam, mereka juga mengajar Pendidikan Moral. Pendidikan Moral dan Pendidikan islam diajar serentak dalam masa yang sama. Pendidikan Islam hanya diajar oleh guru lain yang berjawatan guru Pendidikan Islam.

      Kalau prasekolah berada dalam premis sekolah rendah kebangsaan maka guru agama dari sekolah tersebut yang mengajar Pendidikan Islmn prasekolah. Demikian juga di IPG, kerana tidak ada guru lain selain guru prasekolah, maka tenaga pensyarah/dosen yang berkelayakan dalam bidang agama diperlukan untuk membantu mengajar Pendidikan Islam tersebut. Hal ini dirujuk pada perkara 4 dalam akta di atas.

      Harapan saya Eyang memahami penjelasan dari saya. Kalau kurang faham, sila maklumi saya semula. Terima kasih kerana betah berkunjung menyapa sedangkan saya belum lagi dapat ke mana-mana nih. :D

      Salam takzim dari saya.

      • kangmartho April 3, 2011 at 7:36 pm #

        Assalamu’alaikum Bunda
        membaca komentar Bunda diatas cukup banyak memberi penjelasan pada saya..
        pernah putriku suatu ketika bertanya kepada saya setelah melihat serial Upin&Ipin yg cukup populer di Indonesia …apa sih itu TADIKA itu pa.. lalu saya berusaha menjawab sekenanya (kebetulan pada saat itu belum punya jaringan internet)… dan dng uraian panjang lebar dari bunda kiranya saya bisa mengimbaskan pada putri saya..
        trims bunda.. semoga Bunda sehat selalu Amien

        • SITI FATIMAH AHMAD April 4, 2011 at 10:46 am #

          Wa’alaikum salaam wr.wb, KangMartho…

          Alhamdulillah, saya sehat.
          Mudahan mendapat manfaat.

          Harapan saya putrinya sudah faham maksud TADIKA itu. Didoakan semakin bijak dan pandai dalam pelajaran dan pengajiannya.

          Kalau di Indonesia, istilah kepada prasekolah apa ya ? Mungkin boleh saya ketahui agar bertambah ilmu dan pengetahuan saya tentang pendidikan di Indonesia.

          Terima kasih kembali untuk kongsiannya.
          Salam mesra selalu.

  8. yuni80 April 1, 2011 at 3:24 pm #

    Sungguh mulia… tugas Bunda sebagai Guru karena kita pintar juga karena Guru… Terus berjuang Bunda, semoga sukses… Amin.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 9:25 pm #

      Hai mbak Yuni80…

      Salam kenal mbak dan terima kasih sudi singgah kemari dengan coretan ringkas yang berhikmah.

      Semoga para guru dimuliakn Allah atas ikhlas dan tulusnya mereka memegang amanah keguruan ini. Amiin.

      Senang mendapat semnagat dari mbak. Insya Allah akan terus berusaha untuk menyumbangkan bakti.

      Salam mesra dari saya. :D

  9. mamung April 1, 2011 at 7:51 pm #

    assalamu’alaikum bunda,
    maaf baru berkunjung lagi nih..

    ada ungkapan bahwa guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa..
    mereka ikhlas dan tulus dalam mendidik murid-muridnya

    ayahku juga seorang guru bun,
    semoga Allah SWT memuliakan guru-guru yang selalu ikhlas dalam pengabdiannya.. amiin..

    salam dari ambon manise :D

    • SITI FATIMAH AHMAD April 1, 2011 at 9:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Muhammad…

      Amiin. Ya Rabbal’alamiin. Mudahan para guru dimuliakan dan dirahmati Allah atas bakti mereka selama ini.

      Tidak mengapa kok. Maafi bunda juga kerana jarang BW kini. Masih banyak urusan yang harus dilakukan. Insya Allah akan berusaha membalas kunjungan jika waktunya bersahabat. :D

      Benarlah ungkapan itu. Jasa guru tidak pernah dapat ditanda dengan apa-apa. Tandanya ada di hati setiap pelajarnya untuk dikenang dan didoakan.

      Alhamdulillah, khazanah ilmu ada dalam keluarga Muhammad. Tentu ayah Muhammad berbangga dengan kejayaan anak didiknya selama ini. Demikian guru yang selalu bertindaka seperti matahari dan bau kasturi.

      Terima kasih untuk kunjungan yang menyenangkan.
      Salam mesra dan selamat berlibur di penghujung pekan ini.

  10. bidadariKecil April 1, 2011 at 10:06 pm #

    Assalamu’alaikum..
    sepertinya asyik jadi guru prasekolah…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 4, 2011 at 2:18 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, BidadariKecilku…

      Iya bener, asyik dan menghiburkan.
      Anak-anak prasekolah sangat membanggakan kerana mereka suka belajar dan bermain juga.

      Terima kasih ya, mbak. Betah kemari.
      Insya Allah saya akan ke sana. :D

      Salam sayang buat BidadariKecilku.

  11. Mama Murai April 2, 2011 at 10:52 am #

    Assalaamu`alaikum kakakku,
    melihat kemesraan dan kasih sayang yang terpancar daripada wajah akak kepada anak-anak comel di sana membuatkan diri ini berasa cemburu, kenapa agaknya akak tidak pernah menjadi guru semasa zaman pra sekolah saya dahulu :)

    Betul kak, saya sendiri merasa hairan kenapa tipikal kita merendahkan mereka yang bergelar guru pra sekolah. Sedang guru-guru inilah yang sebenarnya banyak mempengaruhi corak kanak-kanak di masa hadapan. Ini yang berlaku kepada anak saya. Saya dapat lihat proses perubahan sifat dan emosi yang cukup ketara dalam proses tumbesarannya sepanjang 2 tahun duduk dan belajar di tadika. Dan Alhamdulillah semua yang dipelajarinya semasa di tadika sangat membantunya kini berdasarkan keputusan akademik yang sangat cemerlang.

    Berbanggalah dengan cabaran besar yang diamanahkan kepada kamu guru-guru dan guru pelatih pra sekolah sekalian. Tanpa adanya golongan pendidik seperti anda, kanak-kanak pasti akan merasa amat ‘menderita’ semasa duduk belajar di tahun satu nanti. Dan sapa yang paling pentin, perkataan ‘cikgu’ yang pertama kali dikeluarkan oleh seorang pelajar didedikasikan kepada kamu. :)
    Bangga dengan akak..

    Salam sayang daripada saya di Alor Setar.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 4, 2011 at 2:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Mama…

      Alhamdulillah, senang sekali menerima kunjungan mama yang sudah lama dirindukan. Semoga selalu sehat dan bahagia di sana.

      Hehehe…tentu seronok menjadi guru prasekolah kepada mama ya. Mulutnya tentu macam murai… bercakap-bercakap dan bercakap aja. pasti jenuh cikgunya hendak menoktahkan bicara. Anak murid yang pintar ni. :D

      Demikianlah realiti yang berlaku bertahun-tahun yang lalu sehinggakan guru pelatih yang mengambil opsyen prasekolah dahulu merasa rendah diri apabila rakan mereka dari opsyen yang lain mengejek2 mereka.

      Insya Allah, setelah kerajaan menaik tarf institut kepada universiti, IPG KPM sedang dalam rangka mengeluarkan graduan pertama dalam ijazah prasekolah. Tentu sekali tidak akan timbul perasaan rendah diri mereka apabila martabat guru sudah semakin diserlah. Kepakaran guru juga semakin meningkat dalam bidang mereka.

      Akak sangat berbangga dengan guru praekolah dan usaha yang mereka lakukan untuk menjadikan anak2 kita pintar membaca, menulis dan mengira, kini menaakul. Bukan mudah mengajar anak2 kecil ini. Akak sudah mengalami pengalaman itu sekarang.

      Benar Mama, guru prasekolahlah yang banyak membantu guru-guru di peringkat atas untuk mengenal anak2 kita dengan kehidupan di masa depan. Mereka adalah guru yang pertama setelah ibu bapa.

      Terima kasih atas semangat yang ditujukan buat semua guru prasekolah. Mudahan mereka menghargai potensi hebat yang ada pada mereka.

      Salam sayang kembali dari akak. :D

  12. kezedot April 2, 2011 at 8:55 pm #

    selamat malam bundaku tersayang
    apa kabarnya
    rasa rindu terbalas lewat blog kezedot tak mengapa y bundaku tersayang.kerana blue sedang ada banyak pekerjaannya………..dan sedang membenahi jiwanya..hehehhe
    oya bundaku tersayang
    rasanya sangat mulianya seketika blue tahu kalau bunda sepekerja ulianya sang guru………..blue sangat bangga selalu pada bunda
    salam hangat dari blue
    semoga selalu ada doa tuk kesehatan serta kebahagiaan bunda sekeluarga disana
    salam persahabatan

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 12:14 pm #

      Selamat siang nanda Blue…

      Alhamdulillah, bunda sihat.
      Didoakan nanda Blue juga demikian sama.
      Senang mendapat kunjungan dan sapaan dari Blue yang sudah lama tidak singgah kemari.
      Semoga tugasannya dimudahkan Allah dan selalu berhasil dilakukan.

      Terima kasih Blue untuk setulus doa yang dilampirkan. Mudahan keceriaan selalu mengiringi kehidupan nanda Blue dan keluarga di sana.

      Salam mesra dari bunda selalu. :D

  13. mamah Aline April 2, 2011 at 9:40 pm #

    saya salut untuk ummi siti dan mereka yang menjadi guru preschool: berdedikasi tinggi dalam pendidikan, strategi bermain belajar yang edukatif dan sabar menghadapi anak-anak kecil… agak berbeda dengan guru sekolah lanjutan yang mendidik dan mengajar murid yang telah matang cara berpikirnya …
    sekali lagi salut dan selamat berbakti dalam dunia pendidikan ya

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 12:22 pm #

      Hai Mamah Aline…

      Alhamdulillah, senang mendapat dukungan dan semangat dari mbak yang tentunya menambah motivasi untuk menjadi guru terbaik untuk anak didik. :D

      Benar mbak, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran di peringkat awal kanak-kanak sangat berbeza dari pendidikan lanjutan kerana lebih kepada belajar sambil bermain. Kalau diajar cara biasa, mereka cepat bosan. Kalau bermain, gembira sekali mereka.

      Terima kasih mbak untuk apresiasi dan kunjungannya. Semoga sehat selalu.

      Salam manis selalu. :D

  14. achoey el haris April 3, 2011 at 4:48 pm #

    Assalamualaikum Wr. Wb.

    Salam persohiblogan
    Daku kembali menyapamu bunda
    Kembali ke dunia yang penuh persahabatan ini
    Rindu rasanya
    Ada puisi anget untukmu :)

    Mengajari anak2 tak berdosa pastilah menyenangkan :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 12:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Senang mendapat sapaan dari Achoey setelah lama tidak ngeblog kemari. Mudahan kesibukan bisnisnya bisa menghasilkan pendapatan yang lumayan. salut ya untuk usaha yang tidak pernah mengenal lelah.

      Sudah membaca puisi di blog Achoey. Puisinya bagus dan mencerahkan.Maaf belum sempat menyisip komentarnya kerna masih punya kerjaan yang harus diselesaikan. Insya Allah akan dilunasi kunjungan balasnya.

      Benar, anak ibarat kain putih yang belum dicorakkan. Mereka penuh dengan kejujuran dan kegembiraan.

      Terima kasih dari bunda.
      Salam damai selalu. :D

  15. tunsa April 3, 2011 at 9:53 pm #

    itu fotonya bunda dan anak didik ya ? hehe…lucu-lucu sekali mereka yah?

    salam

  16. Akhmad Muhaimin Azzet April 4, 2011 at 10:58 am #

    Duhai, betapa membahagiakannya menjadi guru. Di samping berbagi dan menjalin silaturahmi dengan anak didik, juga kita dituntut untuk terus belajar. Dengan demikian, ilmu kita pun semakin bertambah. Tidak hanya dari lembar buku, ilmu kita pun bertambah dari pikiran, pembicaraan, dan semua perilaku anak didik kita. Sungguh, dengan demikian, kita pun semakin kaya. Karena dengan menjadi guru maka kita pun selalu berguru pada kehidupan.

    Subhanallah, Bunda Fatimah, anak-anak di Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang itu tampak lucu dan menyenangkan. Salam juga untuk semua yang mendidik di sana: salam semangat selalu.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 6:17 pm #

      Salam hormat mas Amazzet…

      Alhamdulillah, menjadi guru memberi kehebatan kepada manusia kerana peranan yang dimainkannya. Mendidik, membimbing, menunjuk jalan, memimpin dan banyak lagi. Semuanya untuk membina kemanusiaan yang unggul dan menuntun ke jalan yang benar dalam mencari kehidupan.

      Menjadi guru memberi kebanggaan kerana anak-anak didiknya berjaya dalam mencapai impian dan cita-cita mereka walau gurunya masih berada ditakuk yang lama.

      Di samping itu, selain mengajar guru juga seorang pembelajar. Sebelum masuk ke kelas, guru terlebih dahulu menelaah buku, merujuk bahan dan menyediakan sumber agar sesi pengajaran dan pembelajarannya berjalan lancar dan difahami pelajar.

      Terima kasih mas untuk semangat yang dilampirkan menulis tulisan ini. Mudahan guru tidak pernah lelah menabur bakti dan mencurahkan ilmunya.

      Salam mesra selalu.

  17. Mabruri Sirampog April 4, 2011 at 3:53 pm #

    Assalamu’alaikum bunda…
    wah, tetep semangat bunda demi anak didik…
    semoga Allah selalu memberkahi bunda….

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 6:21 pm #

      Wa’alaikum salaam Mabruri…

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan2 semangat itu akan terus menyala dan menyemarak kepada pelajar.

      Terima kasih atas sapaan dari Mabruri.
      Salam ceria.

  18. aryna April 4, 2011 at 8:29 pm #

    Subhanallah…investasi dunia akhirat, bunda…SEMANGAT !

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 6:22 pm #

      Amiin… Ya zaljalaali wal ikraam.
      Mudahan menjadi pelaburan yang membahagiakan.
      Salam semangat juga buat Aryna.
      Semoga sukses ya. :D

  19. Kaget April 4, 2011 at 11:56 pm #

    Kalau melihat poto bunda, inget si kecil di sekolah. Tetap semangat mengajar, bunda :D

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 6:23 pm #

      Didoakan sikecil bisa menjadi anak yang bijaksana dan membanggakan.

      Salam kenal mas Kaget.
      Terima kasih sudah berkunjung. :D

  20. Kakaakin April 5, 2011 at 2:28 am #

    Subhanallah…
    Saya sudah mendengar dari beberapa orang bahwa tidaklah mudah menjadi guru anak-anak preschool. Penuh perjuangan :)
    Semoga sukses selalu ya, Bunda :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 6:26 pm #

      Alhamdulillah, dalam kepayahan itu, anak-anaknya menjadi hebat bila dewasa mbak. Guru prasekolah adalah perintis ilmu kepada anak-anak yang dulunya tidak mengenal ilmu.

      Hehehe… benar2 berjuang untuk menjadikan mereka faham apa yang kita sampaikan. Sampai pusing menerangkan sesuatu.

      Amiin.. Mudahan mbak. Terima kasih atas doa dan kunjungannya. Salam sayang selalu. :D

  21. Rahman Wahyu April 5, 2011 at 9:15 am #

    Ass. All. War. Wabb !
    Senang melanjutkan komentarnya di sini.
    Sebuah kesempatan besar bila mampu membentuk manusia dari cikal bakalnya sebagai anak dan kanak-kanak.
    Kita bisa dengan leluasa menanamkan nilai-nilai kebaikan kepada mereka selagi dalam diri itu belum banyak tercemar dengan berbagai virus keburukan zaman.
    Teruslah dengan pengabdiannya, di alam maya dan di alam nyata. Kita semua senang bisa berapresiasi dengan buah pikir dan buah tangannya.
    Salam sejahtera, dari sini. Indonesia – Gorontalo

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 10:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas RahmanWahyu…

      Senang menanggapi setiap komen dari mas Rahman yang selalu mencerahkan.Perkongsian ini bisa memberi ruang untuk menjana idea dan berbagi hikmah.

      Guru mempunyai ruang yang luas untuk mencurahkan segala ilmu dan pengetahuannya kepada orang lain. Guru sanggup bersusah payah bagi memastikan kejayaan itu milik pelajarnya. Jika guru memahami peranan dan tugasnya, saya pasti anak2 tidak akan terjebak ke kancah yang membinasakan diri mereka.

      Guru berperanan besar menyerapkan ke minda pelajar keelokan budi pekerti dan akal budi yang luhur untuk menjadi manusia berguna kepada nusa dan bangsa. Guru yang berfikiran positif dan optimis tidak akan pernah lelah dan merungut untuk merealisasikan visi dan misi pendidikannya. Salut untuk semua guru. :D

      Terima kasih betah berkunjung lagi kemari.
      Salam sukses dan ceria hendaknya.

  22. makhluklemah April 5, 2011 at 10:17 am #

    wah tulisannya warna-warni.
    berbahagialah mba jadi guru, karena ilmu yang diberikan akan menjadi amal jariyah buat mba..:)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 5, 2011 at 10:45 pm #

      Hai MakhlukLemah…

      Amiin Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Alhamdulillah, mudahan dimudahkan Allah untuk terus berbakti kepada anak didik.

      Terima kasih untuk doa dan kunjungan.
      Salam mesra.

  23. Ifan Jayadi April 5, 2011 at 1:36 pm #

    Menjadi Guru Taman Kanak-Kanak (istilah di Indonesia) memang tidak mudah. Banyak tantangan yang harus dihadapi oleh guru-guru tersebut. Terutama harus sabar menghadapi sikap anak-anak umur 3 sampai 5 tahun yang kadang suka usil dan sulit diatur. Tapi takkala kita melihat bocah-bocah tersebut bermain berlari-larian dengan tawa yang lepas ada rasa kedamaian menghinggapi hati kita. Senang bisa melihat mereka bergembira tanpa ada beban yang mengganggu mereka.

    Dan saya rasa tidak boleh ada pembeda antara guru taman kanak-kanak (tadika) dengan guru-guru sekolah dasar/menengah. Mereka memiliki keterampilan masing-masing yang tiap guru belum tentu menguasainya. Jadi jangan merasa rendah diri apabila menjadi seorang guru taman kanak-kanak karena belum tentu guru-guru yang dari sekolah dasar atau menengah mampu mengajar anak-nak balita (bawah lima tahun) tsb.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 6, 2011 at 8:37 am #

      Hai Ifan Jayadi…

      Setuju, mengajar di prasekolah tidak semudah yang disangka. Walau sesi interaksi hanya berlaku dalam tempoh singkat iaitu 4 jam (0750-1050), pelaksanaannya cukup mencabar. Pelbagai olah tingkah anak2 yang tentu sahaja memerlukan kekuatan mental dan fizikal bagi gurunya untuk menanganinya. Bukan mudah menjadi guru prasekolah.

      Sekali lagi setuju. Guru prasekolah dan guru-guru di peringkat atas, mempunyai kesukaran yang berbeda. Masing2 mempunyai cabaran yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

      Cabaran lebih hebat di peringkat menengah dan atas disebabkan pelajar sudah mulai mengenal dunia, sikap yang bertentangan dan ingin memberontak mulai hadir memenuhi kehidupan yang kian mencabar. Disiplin sangat dipentingkan bagi membentuk keutuhan minda dan jiwa pelajar.

      Semoga para guru sentiasa mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan tugas. Siapapun kita hari ini, semuanya bermula dari bicara guru prasekolah, guru dasar dan guru menengah. Para guru seharusnya berbangga dengan kerjaya ini. Salut buat semua guru. :D

      Terima kasih untuk kongsian hikmah dari Ifan. Ia memberi motivasi kepada semua guru yang tentunya penuh semangat membangunkan kebijakan pelajarnya.

      Semoga sukses selalu. Salam mesra selalu.

  24. yusami April 6, 2011 at 3:24 am #

    Assalamu’alaikum Wr Wb
    Sebuah semangat ibadah yang tiada ternilai dan sangat pantas saya tiru dari Bunda. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan Rahmat, Taufiq dan Hidayah serta Inayah-Nya kepada kita sekalian Guru. Amin….
    Salam hangat dan sukses selalu buat Bunda dari saya di Ampah Kalimantan Tengah.

    • SITI FATIMAH AHMAD April 6, 2011 at 8:47 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Yusami…

      Amiin… Ya Ghaffar Ya Qahhar.
      Alhamdulillah. Mudahan semangat itu akan terus melimpahi jiwa dan minda Yusami untuk meletakkan ibadah dalam usaha pendidikan.

      Pengorbanan yang dihadirkan para guru tidak ada sesiapa yang menafikannya. Jasa mereka tidak akan pernah dapat dibalas walau jasadnya sudah dikandung tanah.

      Terus bersemangat mas untuk berbakti membina jiwa manusia dan mencurah ilmu untuk kebijakan mereka menghadapi masa depan. Berbanggalah menjadi guru kepada anak didik kita.

      Terima kasih untuk kunjungan dan doa yang dilampirkan bersama.
      Salam hangat kembali dan sukses juga dari saya. :D

  25. WARDAH F. April 6, 2011 at 9:32 am #

    Asm…
    Tahniah…cuma cubo galakkan anak2 seawal mungkin menutup aurat dgn sempurna contoh memakai tudung.

    Alhamdullilah kamek dpt nulis agik…Insyallah kamik org nukar tarikh balit sarawak ke 5/6/11 – 11/6/11. anak2 akan ikut Program Kaedah Mokhdar dr. 29/5/11 – 4/11/11 di teluk Intan. Doa moga2 dpt ketemu kitak sekeluarga mon dtg sitok…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 6, 2011 at 9:50 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, saya setuju. Insya Allah mereka akan diusahakan untuk menutup aurat.

      Senang mengetahui tarikh balik kampung kitak sekeluarga ke Bandar Sri Aman. Mudahan bertemu kelak, mun kamek orang pulang juak. Sibuk sikit cuti bulan 6 tok kerana ada kuliah untuk guru dalam cuti.

      Terima kasih atas sapaan dari kitak. Salam sayang untuk Ani dan anak2 di sinun.

      Salam mesra selalu. :D

  26. Azzahra April 6, 2011 at 10:13 am #

    Assalamualaikum…
    Semakin lengkap saja pengalaman menjadi seorang Cikgu. Setelah menjadi pendidik dalam bidang-bidang yang dijalani bersama orang dewasa, sekarang Cikgu menambah lagi kesempatan menjadikan diri ini semakin lengkap.

    Pendidik bagi anak-anak, tunas bangsa yang pada gilirannya nanti menerima tongkat estafet pemimpin bangsa dimasa yang akan datan.

    Sungguh mulia profesimu, Cikgu…
    Dan Selamat menjalani profesi sebagai seorang Pre School Teacher…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 6, 2011 at 2:13 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Azzahra…

      Senang menerima kunjungan dari Azzahra yang telah lama tidak menyapa di sini. Didoakan sehat dan bahagia selalu.

      Alhamdulillah, pengalaman demikian memberi inspirasi untuk lebih bersemangat dalam mengorak langkah ke arah yang lebih baik untuk menjadi guru sebenar guru. Iya… anak2 ini akan menjadi pemimpin yang hebat di masa depan. Gurunya harus berbangga dengan tugas dan peranan mereka.

      Bukan mudah untuk mengajar anak-anak kecil yang perhatiannya harus dicuri sebaik mungkin. Kalau sudah asyik nak minum, nak kencing dan nak macam-macam semasa saya mengajar, saya sampai ketawa menangani olah mereka. Selalu sahaja beristighfar menahan sabar.. hehehe. Maaf ya, sedang terkenang dengan anak2 yang memusingkan kepala nih. :D

      Kekuatan emosi dan ketahanan mental perlu diserap kuat dalam jiwa guru prasekolah bagi menghadapi anak2 begini. Kelucuan tingkah dan kepintaran bicara mereka yang jujur sangat membahagiakan. Sehingga 1 jam mengajar sangat pendek dirasakan. Anak2 memang selalu membuat kita rasa bahagia.

      Terima kasih ya Azzahra untuk dukungan dan semangat yang dikirimkan walau hanya secara maya. Namun kekuatannya sangat ampuh dan mampu merempuh belahan bumi ini. Saya sangat menghargainya dan selalu ingat. TERIMA KASIH.

      Salam hangat dan manis selalu dari saya. :D

  27. Firaun NgebLoG April 6, 2011 at 3:55 pm #

    assalaamu’alaikum….

    “seeeelamat pagi CikGu!!!
    semoga sumbangsih bunda CikGu di bidang pendidikan sangat berguna untuk generasi mendatang, Amin… :D

    *jangan lupa dibimbing juga Komodo saya yach biar jadi pinter :p hehehe…

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2011 at 9:37 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Argun…

      Hehehe… salamnya penuh semangat sekali mas. Cikgunya berbangga diselamatkan.

      Amiin. Ya Maliik Ya Quddus.
      Mudahan doanya diredhai Allah dan diberkati gurunya ini dalam menyumbangkan bakti keilmuannya. :D

      Insya Allah, bisa pinter ni kalau Komodonya rajin datang ke blog saya untuk baca dan belajar.

      Terima kasih untuk pesannya.
      Salam mesra selalu.

  28. ustazsabriazit@gmail.com April 6, 2011 at 10:05 pm #

    Assalamualaikum…
    Jumpa lagi diruang yang ringkas Puan Fatimah..mudah
    an disaat ini sentiasa dirahmati Allah..
    Lama tidak menulis, terpanggil saya untuk menulis kerana kekaguman saya atas jerit perit Puan menyelusuri alam kanak-kanak untuk menjadi alam pengajaran..pendidikan..syabas. Apapun minat ditambah pula amanah Allah, semua itu menjadi mudah …teruskan usaha murni ini..jariah yang tidak terniali di akhirat nanti..syukuur!

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2011 at 9:47 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ustaz Sabri yang dihormati…

      Amiin… Ya Salaam Ya Latiif.
      Alhamdulillah, mudahan kebaikan selalu mengiringi kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

      Senang menerima kunjungan dari Ustaz yang sudah lama tidak didengar khabar beritanya. Didoakan Ustaz dan keluarg sihat dalam rahmat Allah SWT.

      Benar Ustaz, minat akan menjadikan tugas dan kerja kita bertambah mudah. Selain kita harus memahami bahawa pendidikan merupakan satu dakwah untuk mengenalkan manusia kepada Tuhannya. Tanpa mengetahui peranan dan tugas seorang pendidik, seorang guru tidak dapat menyelami dunia pendidikan dengan berkesan.

      Terima kasih Ustaz untuk apresiasi dan sokongan yang dihulurkan. Mudahan semangat ini akan semakin bersemarak untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.

      Salam mesra dan takzim dari saya. :D

  29. fitr4y April 6, 2011 at 10:14 pm #

    Assalamu’alaikum Bund ..

    bangga sekali bisa mejadi pendidik apalagi diawal usia sekolah, aku aja pengen jadi guru bund,, tapi gak tercapai heheh :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2011 at 9:51 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitr4y sayang…

      Alhamdulillah. Tidak apa keinginan untuk jadi guru tidak tercapai, Fit. Yang penting guru2 Fit pasti berbangga dengan kerja Fit sekarang.

      Kalau ada anak nanti, jadilah guru terbaik buat mereka. Insya Allah, bunda selalu mendoakan. :D

      Salam manis selalu.

  30. personal health care April 6, 2011 at 10:19 pm #

    semua guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa ya bund, bahkan seorang presidenpun pinter juga oleh guru, jadi harus bangga menjadi seorang pendidik walaupun hanya guru di playgroup.

    salam sayang selalu dari Jakarta .. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD April 7, 2011 at 9:54 am #

      Hai Fitray…

      Semuanya bermula dari guru yang selalu prihatin kepada kejayaan pelajarnya di masa depan. Walau anak muridnya sudah mencapai langit, dia dengan redha masih menetap di bumi. Hebat jiwa guru kan Fit.

      Salam sayang juga dari bunda. :D

  31. ayomendidik April 9, 2011 at 9:09 pm #

    salam hormat dari kami guru muda buat guru senior saya BUNDA FATIMAH (semoga semulia fatimah putri rosul)
    seneng baca artikelnya bun, sekolahnya juga bagus dan bersih, pasti krasan mengajar dan belajar di sana.
    BACA, TULIS, KIRA dan TAAKUL
    kira dan taakul itu apa ya bunda? :):D

    • SITI FATIMAH AHMAD April 9, 2011 at 10:30 pm #

      Salam hormat kembali buat para guru muda AyoMendidik…

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin atas doa yang dilampirkan. Mudahan diredhai Allah hendaknya.

      Alhamdulillah, kampus IPG Rajang memang menyamankan walau kedudukannya di pinggir bandar tetapi segar dengan udara yang bersih dari sebarang pencemaran.

      Kira itu maksudnya hitung nomor.
      Taakul pula bermaksud penilaian akal @ melakukan pertimbangan dan penilaian terhadap sesuatu berdasarkan pemikiran.

      Konsep Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul (4M)adalah
      satu konsep baru dalam prasekolah yang dulunya 3 M tetapi ditambah dengan Menaakul pula.

      Terima kasih atas kunjungannya.
      Salam ceria selalu. :D

      • bchree May 17, 2011 at 7:54 am #

        jazakumullah …..
        selamat hari guru buat seluruh guru di Malaysia
        jangan lupa bawa missi islam dalam setiap langkahmu

        • SITI FATIMAH AHMAD May 17, 2011 at 11:55 am #

          Terima kasih mas Bchree atas ucapan yang membanggakan dan perhatian kepada guru-guru di Malaysia. Saya menghargainya.

          Insya Allah, dalam langkah keguruan, di sana terselit hebat ajaran Islam yang boleh ditebar dengan kalimah dan akhlak. Ingatan yang sangat mengesankan.

          Salam mesra dan selamat hari guru juga buat Bachree dan sahabat guru di Indonesia. :D

  32. Nurdin Sele January 27, 2012 at 7:58 pm #

    Mba Fatimah. rasanya senang sekali kalau bergaul dengan anak-anak pra sekolah yang polos, imut2, tentu yang tingkah mereka yang alamiah.Sukses Mba

    • SITI FATIMAH AHMAD January 27, 2012 at 9:02 pm #

      Benar Pak Nurdin.
      Mereka anak-anak yang selalu ceria dan mencintai gurunya dengan ikhlas. Saya sangat senang bersama mereka.

      Terima kasih hadir berkunjung.
      Salam kenal.

  33. imsfly January 28, 2012 at 12:06 am #

    itu sangat keran mba, salamkenal

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tugas dari Cerita Dewasa | Fitr4y's Blog - April 6, 2011

    [...] Fatimah  Ahmad,  bunda  datang   dari  negeri  seberang,  Sarikei  Sarawak  Malaysia.  LAMAN  MENULIS  GAYA  SENDRIRI G2,  SERAUT SIRIH  SEUMBAI  PINANG,  SELAUT  KASIH  SEPANTAI  SAYANG.  Banyak  ilmu  [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: