CT51. POKOK BELACAN

23 Mar

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setiap hari aku harus melalui pokok ini untuk ke sekolah. Atau bermain di bawahnya bersama teman dan adik tika menunggu kolam renang milik Majlis Daerah Simanggang dibuka pada jam 3.00 petang. Pokoknya sangat tinggi menjulang langit. Usianya sudah tua tapi masih berdiri gagah. Bila aku bertanya dengan Pak Nek  apakah nama pokok tersebut. Pak Nek, Haji Massatem bin Mas Sabang @ Chi adalah ayah kepada ibuku (datuk). Pak Nek memaklumkan nama pokok itu adalah Pokok Belacan. Ia sudah wujud di situ sejak  Pak Nek usia remaja lagi. Sungguh kagum aku menatapnya. Seingatku, inilah pokok paling besar dan paling tinggi pernah ku lihat di kampungku. Lilitan badannya ku anggarkan sepuluh kali ganda atau lebih dari depangan tangan  anak seusia 10 tahun sepertiku.

Mendongak ke atas cukup membuat hatiku rasa kecut dan takut. Sampai sakit leherku memandang ketinggiannya. Cabang-cabang ranting yang bersirat di sana sini menambah kehebatan pokok tersebut di mataku. Ia dipenuhi oleh dedaunan hijau segar berkilat bercampur daunan berwarna coklat yang berguguran sekali sekala tatkala angin merempuh pangkalnya yang sudah mulai rapuh. Kadang kala daun itu gugur tepat atas kepalaku ketika melintas di bawahnya. Lalu aku ambil dan ku renyuk halus dengan tapak tangan kecilku. Kulit daun itu sangat rapuh sekali. Kedengaran bunyi ssccrrttt ketika ku picit hancur  dan ramas-ramas daunnya. Berpetak-petak daun itu berguguran menyembah bumi.

Daunnya gugur banyak dan hampir menutupi akar-akar kekar pokok itu. Aku suka mendengar bunyi  decitan seliparku  apabila memijak atau melompat atas daun-daun kering tersebut. Bunyinya semakin keras seperti benda patah meletup-letup. Ia satu permainan bagiku, adik-beradikku dan teman-teman. Permainan itu  kami namakan menghancur daun. Kami akan ketawa keriangan sambil berlari-lari mengelilingi pokok  belacan  dengan menghentak kuat kaki kami secara berhati-hati kerana akar pokok  yang timbul bagai urat sangat banyak menjalar di sekeliling pokok. Rasa takut kepada rupa jisim pokok  belacan terus  sirna oleh permainan ini. Kami lupa kepada dua makhluk tumpang yang mengerunkan.


Di beberapa cabang dahan yang besar kelihatan hidup dengan megah tumbuhan tumpang pertama yang dipanggil oleh masyarakat tempatan Sarawak sebagai pokok rajang. Ia berbentuk tanduk rusa. Ia melekat pada dahan atau pangkal dahan pokok. Ia bukan tumbuhan parasit. Tumbuhan ini menambah rasa gerun di hatiku  kerana sudah dipahat oleh alasan orang tua terdahulu bahawa tumbuhan rajang adalah rumah bagi makhluk bernama hantu. Oleh itu, kalau tidak mahu diberak hantu atau diganggu hantu, jangan lalu di bawah tumbuhan rajang.

Walaupun begitu, tumbuhan rajang ini sangat cantik. Ia terdiri dari pelbagai spesis. Rajang yang ku lihat masa kecil jarang ditemui lagi melekap di pokok sasa tanpa tuan kecuali di hutan dara atau sudah jadi hiasan taman di rumah. Daunnya lebar dan besar berwarna hijau muda bertindan-tindan tumbuhnya. Bentuk daun melekuk-lekuk seperti tanduk rusa, panjang dan menjuntai lembut ke bawah.  Apabilla ditiup angin, daunnya yang lebat itu seakan melambai-lambai kepada sesiapa yang memandangnya. Sungguh seram sekali melihat ayunan daunan yang bergantungan seperti rambut hantu itu.

Selain tumbuhan rajang tanduk rusa, pokok tumpang kedua yang menambah seram kejadian pokok belacan ini ialah pokok kayu ara yang selalu dikaitkan ada penunggu. Pokok ini melekat  erat seakan berpelukan dengan pokok belacan yang kelihatan merelakan dirinya didakap sedemikian rupa. Daun-daun halusnya yang jarang berlampaian dengan mesra bersama lentukan daun pokok belacan.

Ia seperti permainan tepuk tangan antara dua pihak, tersenyum sinis antara satu sama lain seolah sedang berbisik dan merencana satu konspirasi untuk mencari mangsa yang bermain di bawah mereka. Bertambah seram bila mendengar daun-daunnya sssrrrr , berdesir halus apabila dilanggar angin seakan bersuara membisikkan  rencana yang bakal dilaksanakan.  Lebih mengerunkan apabila menoleh ke arah pokok belacan pada waktu malam. Sepi, gelap. Seperti ada mata mengintip setiap gerak laku pejalan kaki yang melintasinya walau jauh di seberang jalan.


Memandang rendah ke bumi,  kelihatan akar-akar pokok belacan bagaikan ular kena palu. Bersimpang siur saling bertindihan menjalar mengelilingi sekitar pokoknya. Pokok Belacan ini terunjam tegap di atas tanah membukit yang seakan dibiarkan begitu. Ini membayangkan kawasan persekitaran pokok sebelum itu memangnya berbukit dan telah ditakik rata sebagai laluan jalan kereta menuju ke kolam renang, dewan masyarakat serba guna (hall) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Abang Aing. Kedudukan pokok Belacan seakan menjadi bulatan untuk kereta berpusing ke kiri dan ke kanan  sebagai jalan masuk dan keluar.


***********

Pernah makan buah belacan ? Aku tidak menyukai buah belacan sehingga kini, hanya pernah merasai sekali kerana buah belacan pernah menyakiti hatiku. Sampai kini aku tidak pernah melupakan peristiwa itu. Kejadian itu berlaku ketika aku berusia 12 tahun. Aku, adikku, Ros  10 tahun , Jahid 7 tahun dan Hanim 6 tahun sedang menunggu kolam renang dibuka jam 3.00 petang, hari Rabu yang dikhususkan untuk murid sekolah. Bayaran hanya 5 sen sahaja.

Sementara menanti kolam renang di buka, kami bermain-main di bawah pokok belacan yang sedang berbuah lebat sambil mencari buah belacan yang sudah jatuh. Adik-adikku suka sekali makan buah belacan berbanding aku yang tidak menyukai baunya yang busuk itu. Aku hanya membantu mencarikan untuk adik-adikku sahaja.

Tidak disangka angin bertiup kencang. Aku memberi amaran kepada adik-adikku agar menjauhi pokok belacan, bimbang ada buah yang jatuh. Adik-adikku bertempiaran lari mendekati batang pokok belacan kerana itulah tempat paling selamat. Tetapi aku tidak sempat menuju ke arah batang pokok belacan dan tak semena-mena mataku berpinar pusing sambil menjerit kuat.. Aduuh !  Kepalaku sungguh sakit sekali. Sambil mengaduh itu, aku meraba kepalaku dan terdapat sedikit darah di atasnya setelah aku melihat tanganku. Aku berpusing mencari benda yang jatuh menimpa kepalaku. Rupanya sebiji buah belacan telah menghentam kepadaku, entah dalam berapa kelajuan agaknya.

Puas aku mencari pokok dan buah belacan melalui internet tetapi tidak ada. Alhamdulillah, terjumpa buah asam jawa dan buah binjai. Demikianlah dapat ku bayangkan rupa buah belacan yang pernah aku lihat.


Adik-adikku ketawa tak terkira melihat kondisiku yang bagai marah mencari benda yang mencederakan kepalaku. Ros sampai terduduk-duduk menahan perutnya. Jahid ketawa sambil menggaru-garu kepala.  Hanya Hanim yang kelihatan bingung melihat keadaanku. Si bongsu ini memang sangat sayangkan aku. Mukanya cemas walau telah ketawa sambil menepuk-nepuk pokok belacan itu. Aku hanya menahan hati dan merungut-rungut dengan olah mereka. Sebaik aku menemui buah belacan tersebut, aku menyumpah-nyumpah buah itu. Kemudian ku berikan kepada Hanim yang merengek-rengek mahu makan buah tersebut. Bukan main suka lagi adik-adikku makan buah yang mencederakan kepalaku itu. Geram.

Buah pokok Belacan seperti buah binjai (kami menyebutnya buah binjei) tetapi lebih besar sedikit. Kalau buah binjai rupanya membulat lonjong  dan lurus. Berbeza dengan buah belacan. Ia memanjang dan berombak-berombak. Kulit keduanya sama warna iaitu coklat muda, mana kala isinya seakan warna krim. persis sekali kedua-duanya. Boleh ku bayangkan juga seakan buah asam jawa. Tetapi buah asam jawa sangat-sangat kecil berbanding buah belacan.

Kulit buah belacan sangat keras dan kental berbanding kulit buah binjai yang lembut seperti buah mangga atau kuwini. Cuma isi buah belacan membentuk seperti rupa ombak mengikut kulit badannya. Sedangkan isi binjai lurus, mampat dan berbiji lonjong di dalam. Buah binjai masam dan kelat. Manakala buah belacan, rasanya sedikit manis dan gebu isinya.

Tepat jam 21.30 malam tadi, aku menerima kiriman sms dari adik bongsuku, Hanim:

“Kak Timah, padu hal dah lamak pokok belacan ya ditebang, aku baruk merati juak petang tek.”
– Kak Timah, rupanya pokok belacan itu sudah lama ditebang, aku baru melihatnya petang tadi. -

Maklum balas sms ini dikirim setelah aku menelefonnya kelmarin untuk bertanyakan pokok belacan tempat kami selalu bermain semasa menunggu kolam renang dibuka. Lama kami berbual mengenang masa lalu dengan pokok belacan itu. Pelbagai hal yang melucukan turut menjadi kenangan.

Ahhh… sungguh sedih sekali kerana selama balik kampung aku tidak terfikir tentang pokok belacan tersebut. baru semalam aku memaklumkan kepada Hanim untuk mengambil foto pokok belacan kalau ada rencana balik kampung minggu depan. Satu nastolgia masa kecil yang sukar dilupakan. Wahai POKOK BELACAN… banyak kenangan ku bernaung di bawahmu sepanjang persekolahan rendahku.

SELAMAT TINGGAL POKOK BELACAN




SalamFatima3SalamFatima

23 Mac 2011 (Rabu)/ 18 Rabiu’ul Akhir 1432H/ 13.24 petang- SARIKEI, SARAWAK


AKU… dan kenangan itu tidak pernah hilang dari lipatan sejarah. Yang tinggal hanya sebuah rasa yang membeku diri kerana merindukanmu. Rindu yang tidak pernah pudar di hati. Selalu ada untukmu. Kerap kali aku tersedar dari mimpi, segalanya hilang tanpa pesan. Kau adalah sebuah kenangan yang membuat aku dewasa dalam sentuhan yang berharga. TERIMA KASIH.. memberikan kenangan itu di sini…. DI HATIKU.

- SITI FATIMAH AHMAD -



POKOK BELACAN….. WALAU KAU TIADA KINI, KENANGAN BERSAMAMU, TIDAK AKAN PERNAH KU LUPAKAN

About these ads

50 Responses to “CT51. POKOK BELACAN”

  1. monda March 23, 2011 at 3:34 pm #

    Belum bisa membayangkan buah belacan itu akak. Di Indonesia Belacan atau nama lainnya terasi adalah bumbu masak dari udang yg difermentasi, biasanya dipakai untuk campuran sambal.

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 9:52 am #

      Hai Mbak Monda…

      Maaf mbak, saya juga sukar untuk memberi gambaran buah belacan itu kerana saya hanya menggunakan memori semata. Kini tidak ada siapa yang tahu tentang pokok dan buah belacan lagi.

      Hehehe… kalau belacan itu, di sini juga sama mbak. Belacan yang dibuat dari bubuk (udang halus dari laut) yang ditumbuk dengan bahan2 tertentu lalu dibentuk mengikut saiznya. Ia menjadi bumbu untuk masakan dan sambal.

      Oh di sana namanya terasi ya. Di Malaysia hanya disebut belacan sahaja. Tetapi akan ditambah nama tempat kalau ia dihasilkan di tempat tersebut. Contohnya belacan Mukah, belacan Sabah, belacan Miri, belacan Bintulu, belacan Melaka atau lainnya.

      Terima kasih mbak untuk maklumannya. Senang menerima sapaan mbak Monda.

      Salam sayang selalu. :D

  2. rahmanwahyu March 23, 2011 at 3:43 pm #

    Hiks-hiks, ceritanya sangat bernas dan merindu kenangan semasa kecil.
    Sayang satu persatu sosok kenangan itu mulai dilerai kemajuan zaman. Zaman ini atas nama perubahan menggiring kita pergi dari sana dan membuat kita tak perlu berpaling. Karena tak ada lagi pokok kenangan tempat kita pernah berteduh di sana.
    Seperti kawan dan sahabat, satu-satu datang, satu-satu pergi; kalau kebetulan tak sejalan, tak sehati.
    Semoga tidak selamanya begitu, demikian kita harapkan.
    Tetaplah dengan goresannya. Biar pun itu sekedar torehan masa lalu, di mana kita semua pernah ada dan hadir di sana dan dari sana.
    Salam hangat dan berbagi dari jauh.

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 10:36 am #

      Hai mas Rahman…

      Sebuah kenangan masa kecil yang tidak terlupakan. Walau masa telah berlalu jauh meninggalkannya. Tetapi nostalgia itu tetap terpahat di hati dan memori ini.

      Benar mas, pembangunan banyak menghilangkan tempat yang bermakna kepada kita. Sudah banyak perubahan yang dilakukan pada kawasan yang pernah menjadi tempat bermain masa kecil. Dulu kawasannya besar kini semakin kecil dan ada yang langsung sudah hilang dari mata.

      Semua itu dilakukan atas alasan membangun penempatan baru dan untuk kebaikan masyarakat setempat pada hal kalau diperhati ada sesetengah kawasan itu tidak mengganggu dan sepatutnya dibiar elok buat tatapan generasi mendatang.

      Terima kasih mas Rahman untuk titipan bermakna bagi mengenang masa lalu yang tentunya tidak dipunyai oleh kebanyakan anak-anak kecil masa kini. Dunia sudah beredar moden sehingga masa kanak2 kini turut hilang bersama kemajuan dan sistem pendidikan yang tidak memperi peluang kepada mereka untuk merasai indahnya dunia kanak-kanak ini.

      Salam hangat kembali dan senang menerima kunjungan mas Rahman. Harap betah berbagi hikmah di masa mendatang. :D

  3. Anugrha13 March 23, 2011 at 5:15 pm #

    pokok belacan apaan seh bunda :)
    hehehe

  4. Eyangkung March 23, 2011 at 6:38 pm #

    Selamat malam mbak Siti Fatimah,

    Membaca artikel pokok belacan di hatiku timbul perasaan prihatin dan cemas. Kalau saya sekecil Hanim Sang Adik Bungsu, mungkin juga ikut menitikkan air mata….

    Pertama baca Pokok Belacan terlintas di benakku ialah terasi jenis bumbu masak yang apabila dibakar baunya luar biasa nikmatnya kalau dimakan (ini untuk selera saya, lho!!)

    Tapi setelah selesai dibaca semua baru tahu. Belacan itu pohon yang tinggi besar yang merelakan tanaman yang lain ikut menumpang ditubuhnya. Seperti tanaman rejang / tanduk rusa bukan jenis parasit. Wah, kamus bahasaku diotakku hampirb terkikis. Jenis tanaman penumpang yang bukan parasit itu namanya saprophyt atau epiphyt atau ……. Ya? Wah, sekarang otak tua ini mulai dijejali istilah2 domain, hosting, blogwalking, fitur dll sejenis. he,he

    Sekarang pohon belacan yang perkasa itu telah tiada karena ditebang manusia. Ini yang membuat saya prihatin! Kalau pohon itu ditebang karena menunjukkan gejala kematian, itu adalah alami. Tetapi kalau ia ditebang karena untuk memenuhi ambisi dan keserakahan umat manusia, maka Hanim, Siti Fatimah dan Eyangkung patut menangisinya…….

    Saya berpikir kapan manusia segera sadar menebang tanaman semaunya sendiri dimuka bumi ini mempercepat kiamat?? Mungkin tidak sampai tahun 2012 sudah kiamat!! Pisimis Eyangkung? Benar saya cemas, kejadian semacam gempa dan Tsunami itu akan timbul dimana2!!

    Sekarang sebelum itu terjadi saya kok kepengin merasakan buah belacan yang pernah melukai kepala mbak Siti itu. Tanaman jenis itu di negara Malaysia masih ada atau sudah punah mbak Siti? Betapa segarnya dimakan musim panas nanti. Nym…..nym…..nym. Nyuuuuuss

    Mbak Siti, jurus SENYUM (bag.1)sudah saya publish. Saya ingin tanya dan minta ijin caranya bagaimana dalam artikel SENYUM bag.2 nanti saya menyebutkan artikel yang terkai: Fasih Bicara diblognya mbak Siti dan BIBIR MENAWAN diblognya seorang teman lain saya sebutkan rujukan itu sehingga kalau klik tulisan itu langsung pembaca meluncur diblog-blog yang dimaksud.
    Supaya tidak menghabiskan tempat tolong dikirim panduan cara yang saya maksud secara detail lewat email. Terimakasih.

    Salam persaudaraan blogger

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 12:51 pm #

      Salam hormat Eyangkung…

      Saya faham tentu Eyang membayangkan bumbu belacan yang dimasukkan dalam masakan yang biasanya bergoreng tumis atau sambal ulaman. Ternya selera kita sama Eyang, kalau mahu menggunakan belacan harus dibakar dulu biar terbit aroma yang menggugah.

      Ternyata bukan belacan itu yang dihasilkan dari pokok belacan tersebut. Kerana belacan untuk makanan dan sambal terhasil dari sejenis udang halus yang di Sarawak disebut “bubuk” berwarna putih bersih. Ditumbuk dan digaul dengan bahan lain sebelum menjadi belacan.

      Pokok belacan dan buahnya adalah sejenis tumbuhan buah seperti asam jawa. Saya sukar sekali mahu menggambarkannya. Sayang sekali, pokok itu telah ditebang sebelum sempat saya mengambil fotonya sebagai kenangan. Tidak pernah terfikir tentang pokok itu selama ini. Hanya beberapa hari ini sedang duduk rehat selepas lelah dengan kerja yang menumpuk, teringat masa kecil di kolam renang dan hall. lalu menyentuh pokok belacan tersebut.

      Saya fikir, pokok belacan itu sudah tidak diketahui oleh banyak orang. Entah kalau ada nama saintifik baginya. Saya bertanya dengan beberapa orang tuapun mereka tidak tahu tentang pokok itu. Atau itulah pokok terakhir di Sri Aman, kampungku. Sungguh sedih tidak dapat memoto pokok itu.

      Setelah mengetahui pokok itu telah ditebang, terbit kesayuan di hati mengenangkan nostalgia bersama pokok tersebut. Zaman kini, kanak-kanak sudah kurang mengalami pengalaman zaman kanak-kanak mereka lantara kurikulum yang banyak dan sekolah sampai petang berbanding saya dulu yang punya banyak masa di siang hari. sangat suka sekali hidup zaman itu. Tidak banyak fikir tentang kerja sekolah dan suka bermain ke sana-sini dengan riangnya.

      Sayang sekali, Eyang tidak dapat merasai buah belacan itu. Baunya yang busuk seperti bau buah petai atau lebih tajam dari bau durian membuat saya tidak menyukai buah tersebut… hehee.

      Terima kasih Eyang atas kongsian dan titipan yang berbobot di posting ini. Saya menghargainya. Terima kasih juga memaklumi untuk menautkan posting Fasih Bicara di blog Eyang. Semoga beroleh manfaat dari usaha perkongsian ilmu di maya.

      Salam takzim dari saya. :D

  5. singkepdotcom March 24, 2011 at 3:45 am #

    Mohon sarannya untuk weblog baruku,
    sebagai anak putra daerah Dabo Singkep
    Kepulauan Riau hanya itu yang bisa
    aku persembahkan buat kampungku yang tercinta…

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 2:49 pm #

      Hai Singkepdotcom…

      Salam kenal dan terima kasih untuk kunjungan perdana.
      selamat hadir ke dunia blogger. insya Allah mudahan dengan perkongsian ilmiah akan bisa menjadikan kita orang berilmu.

      Selamat berjaya.

      *******

      Saya sudah ke blog saudara. Maaf tidak dapat membalas kunjungan kerana blog saudara adalah blogspot.com yang selalu menjadi masalah kepada saya untuk berkomentar di sana. :D

  6. Ayahnya Ranggasetya March 24, 2011 at 7:21 am #

    Kenangan yang indah sekali… sampai aku terbawa hanyut membacanya. Ah, masa kecilku dulu kurang lebih sama seperti itu: bermain-main, kejar-kejaran, lompat-lompatan di bawah pohon besar.

    Aku masih samar mengenai pohon Belacan ini. Waktu pertama baca, aku mengira belacan yang dimaksud Bunda adalah belacan semacam terasi, bumbu masakan dari bahan udah. Oh, ternyata aku salah… :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 3:11 pm #

      Hai Ayahnya Ranggasetya…

      Kenangan masa kecil yang sangat mengujakan kita saat ia bermain di minda kita masa kini. Persekitaran yang subur menghijau, sungai yang masih segar dan jernih. Namun semua itu tinggal kenangan masa lalu yang hilang ditelan masa.

      Hehehe… ramai yang membayangkan pokok belacan seperti belacan @ terasi untuk bumbu. Sangat jauh bezanya mas. Pokok belacan adalah sejenis pokok buah seperti buahan lain. Tidak ada kaitan dengan belacan yang mwnjadi bumbu masakan.

      Terima kasih untuk kunjungan. Sangat dialukan.
      Salam ceria.

  7. kopral cepot March 24, 2011 at 9:34 am #

    Assalamu’alaikum ..
    Bunda … sayang ngak keburu di foto pohon sama buahnya .. meski gambarannya mirip asam jawa tapi tetep aja ngak kebayang bentuk rupanya. Mungkin di tempat lain ada pohon belacan? bolehlah kita tunggu jepretannya.

    Hatur tararengkyu ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 3:21 pm #

      Wa’alaikum salam wr.wb, Kang KC…

      Iya, sungguh sayang sekali tidak pernah terfikir untuk mengambil foto pokok dan buah belacan. Setakat ini banyak orang tidak kenal lagi pokok belacan mahupun buahnya.

      Mudahan ada rezeki dapat bertemu dengan pokok belacan semula. Sepertinya pokok itu adalah terakhir di kampung saya. hehehe.

      Terima kasih kembali.
      Salam mesra selalu.

  8. dina.thea March 24, 2011 at 4:27 pm #

    wah bunda punya pohon kenangan, sungguh sayang yah ditebang, tapi kenangan tetap bisa dikenang yah bun

    • SITI FATIMAH AHMAD March 24, 2011 at 9:37 pm #

      Iya Dina…kenangan yang tinggal kenangan. tidak sempat difotokan. rasa rugi juga kerana baru kini mengenangnya.

      Terima kasih hadir walau sibuyk.
      Salam manis selalu.

  9. tunsa March 25, 2011 at 6:21 am #

    assalamu’alaikum.
    pagi bunda,,,
    pokok belacan nama yang unik yah?
    saya belum tau padanannya di Indonesia, meski pernah melihatnya sepintas.
    bunda, pandai bahasa indonesia juga ternyata, hehe
    salam untuk bunda

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 9:11 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ari…

      Selamat pagi juga. Iya, namanya seunik pokoknya yang tiada bandingan saat itu.

      benar nih Ari, pernah melihat walau sepintas. Bagus tu, satu info menarik. Kalau ada bilang ya. Mungkin di sana namanya lain kok.

      Hehehe.. alhamdulillah, kalau dibilang sudah bisa sedikit berbahasa Indonesia. Sudah hampir 3 tahun hidup secara maya dalam lingkungan blogger Indonesia, jadi harus belajar dan tahu lho. :D Kitakan serumpun Ari.

      Terima kasih kerana betah menyapa bunda.
      Salam mesra selalu.

      • tunsa March 26, 2011 at 12:03 am #

        bundaaa…met malam.
        hehe,,saya sudah menemukan lagu yng sesuai janji saya dahulu kala bunda…nanti saya kirim via email aja yah..

        • SITI FATIMAH AHMAD March 26, 2011 at 1:45 pm #

          Hai Ari…

          Bunda sudah terima kiriman lagu itu. Terima kasih ya. Juga sudah didengar. Lagu dan senikatanya asyik sekali. :D Suara penyanyinya mengingatkan saya kepada Zaleha Hamid, penyanyi Singapura yang digelar Ratu Dangdut. Lunak dan merdu sekali suarannya, persis suara Kristina ini.

          Di Malaysia juga musik ini dinamakan dangdut. Menurut bunda, iramanya seperti yang dibawa oleh Rhoma Irama dalam setiap lagunya. Bukan kepada musik dangdut masa kini.

          Salam ceria selalu.

          • tunsa March 27, 2011 at 6:20 pm #

            haaa? bunda kenal rhoma irama juga yak? hehe..

            itu lagu yg sudah di aransemen bunda, bukan kristina penyanyi aslinya…sayang sekali cuma itu yang saya punya :-(

            • SITI FATIMAH AHMAD March 27, 2011 at 6:26 pm #

              Oh begitu ya. Tidak apa-apa kok. Itupun sudah cukup. Pasti penyanyi aslinya adalah bang Rhoma Irama. Kayak lagu dia aja.

              Lagu-lagu Rhoma Irama sangat terkenal di Malaysia masa bunda kecil2 dulu dong. :D

              Makanya, bunda masih ingat lagi iramanya yang mengasyikkan itu.

              • tunsa March 28, 2011 at 1:08 am #

                hhehe…penyanyi dangdut indonesia yang bunda kenal siapa sahaja bun?

                • SITI FATIMAH AHMAD March 28, 2011 at 10:21 am #

                  Hehehe… saya hanya suka dengar beberapa lagu dangdut yang indah iramanya sahaja bukan penyanyinya.

                  Kalau penyanyi Indonesia yang saya suka dengar suara mereka adalah Hetty Koes Endang dan Boery Marantika. Suara mereka sangat merdu dan mengasyikkan.

                  Terima kasih Ari. :D

  10. kangmartho March 25, 2011 at 8:42 am #

    Assalamu’alaikum Bunda…
    Pertamanya saya salut atas potensi bunda dalam menulis “laksana air sungai mengalir ” hal ini dapat dilihat dari materi postingan dan juga bila memberi sebuah komentar.
    membaca judul diatas saya sangat terkejut masak sih ada pokok(=pohon) belacan soalnya didaerah saya belacan adalah nama lain terasi, eh ternyata memang belacan disini tidak sama dengan yg saya kira….
    bang Rhoma Irama bilang ” kalau sudah tiada baru terasa, arti kehadiranmu sungguh berharga”
    begitu kira-kira
    trims bunda atas kehadiran/kunjungannya di blog aku

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 9:19 am #

      Wa’alaikukm salaam wr.wb, KangMartho…

      Alhamdulillah dan terima kasih untuk apresiasi atas karya saya. Saya menghargainya. Jadi semakin bersemangat menulis dan berkomentar nih. :D

      Pokok belacan dengan belacan (terasi) beda banget mas. Bagai langit dengan bumi. Langsung tidak sama. Pokok belacan adalah tumbuhan. Manakala belacan yang jadi bumbu itu terhasil dari udang halus (bubuk laut) yang ditumbuk. rasanya juga berbeda.

      Demikianlah, masa lalu selalu meninggalkan seribu kenangan buat kita. Setelah kehilangannya baru terasa betapa berharga ia kepada kita. Saya setuju dengan kata Rhoma Irama tersebut.

      Terima kasih juga untuk selalu bermain kata di sini. menulislah komentar dengan panjang sebagain satu latihan menulis.

      Salam ceria.

  11. ysalma March 25, 2011 at 10:10 am #

    Pohon dan kenangan yang sangat indah bunda,, :)
    sayang sekali photonya tak ada ya Bund :(

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 10:24 am #

      Benar mbak… pohon yang menjadi tempat mainan dan teduhan. Kini telah tiada kerana pembangunan yang mendesak. Hanya tinggal kenangan di memori aja.

      Tidak sempat difotokan. Bukan rezeki mbak. Terima kasih ya, mbak buat saya sedih aja lho. :(

      Salam mesra selalu. :D

      • bchree March 25, 2011 at 12:29 pm #

        semakin hari tumbuhan di sekitar kita emang semakin banyak yang hilang bun. bisa faktor alamiah juga bisa karena faktor manusia yang tidak ramah lingkungan. seperti pohon nangka (bunda pernah makan buah nagka?) dulu dibelakang rumah sya banyak, sekarang semua sduah mati. mungkin karena perbedaan kondisi alam.
        ………………………………
        oh iya jika ingin tahu perkembangan dik fika bisa ke
        http://bchree.wordpress.com/2011/03/24/duacare-bantu-dik-fika/
        salam horma dari LUMAJANG, JAWATIMUR, INDONESIA

        • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 3:07 pm #

          Pembangunan dan kemajuan pesat masa kini telah banyak mengubur khazanah masa lalu yang dianggap tradisional dan mejelekkan.

          Manusialah yang memusnahkannya sendiri untuk kerakusan zaman moden yang dianggap hebat sehingga harus menghilangkan identiti alam semula jadi yang menghijau.

          Saya suka makan buah nangka yang isinya berwarna oren. Rasanya kental dan manis. Bukan buah nangka aja mas, malah banyak buah sudah tidak ketahuan lagi hilangnya. Iya, mungkin kondisi alam yang sudah tidak sesuai dengan mereka.

          Terima kasih mas untuk kunjungan dan maklumannya, insya Allah. Salam damai di penghujung pekan.

  12. fitr4y March 25, 2011 at 1:46 pm #

    Assalamualaikum bund,,,

    qu gak tau pokok belacan itu bund, kalo belacan aku tau yaitu terasi .. hehehehe

    lucu sekali liat bunda waktu kecil lagi nangis sampe ingusan kaya gitu .. hehehe :)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 3:12 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray sayang…

      Begitulah sekalian blogger Indonesia memaklumkan tentang belacan/terasi itu. Yang ini sejenis pokok yang berbuah dinamakan belacan. sangat berbeza, Fit. :D

      Hehehe… kayak gitulah bunda masa kecil, persis lho.
      Terima kasih ya sudah bermain dengan bunda di sini.

  13. personal health care March 25, 2011 at 1:48 pm #

    qu suka liat kucingnya bund,, lucu dan menggemaskan ..

    salam sayang selalu dari jakarta .. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 3:20 pm #

      Kita sama Fit, suka sama kucing. Tapi kini bunda tidak bela kucing lagi. Masa remaja dulu ada, namanya Shizuka Shudoh.. jenis kucing Siam.

      Bunda beri nama sahabat kenalan dari Jepun. Orangnya juga secomel kucing… hehehe.

      Salam sayang kembali dari bunda. :D

  14. Srikandi Hati March 25, 2011 at 2:55 pm #

    Assalamu’alaikum bunda,,,,,

    Tulisan bunda ini begitu menggambarkan suasana hati terhadap kerinduan, mendalam serta mengena bagi seseorang yang tengah merindukan sesuatu yang menjadi kenangannya….

    manusia memang makhluk yg sangat kompleks dan penuh dg berbagai rasa. ada rasa rindu yg menekan perasaan hati, apalagi ketika diri dalam keadaan sunyi. kerinduan terhadap sesuatu yang membawa kenangan lama kadangkala tdk bisa dielakkan,,, sungguh manusiawi,,,, :)

    salam sayang dariku buat bunda ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 3:28 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Nenden…

      Rindulah yang membawa kita kepada kenangan itu, mbak. Sungguh rindu suatu perasaan yang nyaman namun menyakitkan. hehehe.

      Banyak hal yang bisa kita tulis hasil dari kerinduan kita kepada sesuatu. Semua yang kita lalui bisa menjadi ide untuk dikenang dan dikongsikan. Setuju mbak, dengan pelbagai perencah rasa itulah kehidupan kita dipenuhi dengan nostalgia yang ranum dan mekar indah, walau ada pahit dan manisnya. Pengalaman adalah guru yang terbaik.

      Terima kasih mbak sudi hadir mengingati saya di sini. Salam sayang kembali dari saya buat mbak Nenden di sana. :D

  15. advertiyha March 25, 2011 at 5:54 pm #

    Assalamualaikum bunda siti sayang.. :)

    Kenangan masa kecil memang indah dan membuat rindu bila diingat kembali ya bunda.. :)
    apalagi bila kenangan itu banyak bersama orang-orang terkasih seperti kakak dan adik kita, tentu sangat menyenangkan… :)

    dan hanya lewat sebuah pohon kita pun memiliki kenangan istimewa yang seakan tak boleh terhapus, hal-hal kecil kadang memang memiliki arti yang besar bagi kita yang pandai memaknainya.. :)

    semoga bunda dan kakak beradik diberikan kebahagiaan senantiasa.. :)

    salam sayang dan rindu selalu untuk bunda
    salam kenalku untuk adik2 bunda.. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 6:18 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiyha sayang…

      Wah.. senang sekali hati bunda mendapat 6 senyuman dari Tiyha petang ini. :D Senyum terbanyak dalam sebuah komentar. Boleh masuk virtual guiness book of record… hehehe.

      Masa kini selalu mengheret kita ke masa lalu kerana masa kini telah membaham segala yang menjadi kenangan. Begitu juga dengan ikatan persaudaraan hanya terasa lebih erat semasa kecil kerana kita akan bermain bersama dengan adik kakak.

      Kini, kedewasaan dan waktu telah mengubahnya. Masing-maing sudah berada jauh dari kampung halaman kecuali si bongsu, Hanim yang masih setia bersama orang tua. Sementara bunda di Sarikei, Ros di Kuching dan Jahid di Sabah. Jarak yang memisahkan tetapi masih dapat dihubungi dengan talian.

      Semua itu jadi kenangan dan jadi senang dapat berbagi kenangan di maya bersama Tiyha dan teman2 yang lain.

      Terima kasih telah ingat sama bunda di sini. Akan dimaklumkan salam kenal Tiyha buat adik2 bunda.

      Salam sayang dan rindu kembali buat Tiyha. :D

  16. aryna March 25, 2011 at 6:40 pm #

    Assalamu’alaikum
    Masaaul khair, bunda….
    Ah…masa kecil memang indah untuk dikenang…
    Kalau dulu semasa aku kecil, yang jadi kenangan, tentu pelem endok (mangga berbentuk serupa telur). Jika hujan tiba dengan angin meliuk-liuk meningkahi pohon mangga itu, arina kecil dan kawan-kawan duduk-duduk di sekitar bawah pohonnya. menghadang mangga runtuh. saling berebut. becek. kotor. dimarahi ayah ibu. tapi sungguh mengesankan.

    • SITI FATIMAH AHMAD March 25, 2011 at 10:56 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Aryna…

      Alhamdulillah, bunda sehat dan baik. Didoakan Aryna juga demikian.

      Senang mengetahui kisah masa kecil Aryna yang ternyata anak yang lincah dan cergas. Pasti enak menikmati buah mangga tersebut bersama teman2.

      Asyik ya masa kecilnya. Tentu banyak pengalaman yang indah dilalui. Oleh itu, tulislah pengalaman sendiri Aryna. Biar dapat dikongsikan kenangan itu. Masa lalu adalah kenangan yang tak terlupakan. :D

      Terima kasih untuk hadirnya di blog bunda.
      Terus menulis dan berkarya dengan gaya sendiri.

      Salam sayang dari bunda.

  17. Ifan Jayadi March 26, 2011 at 7:02 am #

    Kalau lihat gambar diatas, rasanya saya belum pernah melihat jenis pohon tersebut. Entahlah, karena sekarang ini, dikota saya, sangat sulit menemukan pohon2 langka akibat pembangunan gedung2 pertokoan yang kian pesat. Mungkin kalau di daerah pedalaman atau pinggiran masih ada. Apalagi kalimantan merupakan salah satu gugusan hutan tropis yang tidak kalah dengan amazon meski sekarang pamornya mulai redup akibat ekibat eksploitasi alam yang besar2an.

    Oh ya, kalau di Indonesia, belacan itu disebut Terasi, yaitu udang2 kecil yang ditumbuk halus dan digunakan untuk bahan membuat sambal. Tetapi kalau di Kalimantan, terasi itu ya disebutnya belacan. Kan sama2 melayu

    Itu saja yang saya tahu bu. Salam hangat dari Samarinda, Kalimantan Timur

    • SITI FATIMAH AHMAD March 26, 2011 at 11:56 am #

      Hai Ifan Jayadi…

      Generasi kini sudah banyak tidak mengenali pokok-pokok langka yang pernah hidup dan tumbuh zaman dulu. Tidak dinafikan, proses pembangunan menjadi antara faktor pemusnah alam sekitar. Akhirnya, akan banyak pohon2 yang tidak jumpa lagi di masa depan.

      Saya setuju dengan Ifan bahawa pokok belacan masih wujud tetapi tidak lagi di kawasan bandar atau kampung. Ia tetap tumbuh segar di hutan belantara yang belum diterokai manusia. Cuma masa belum menemukan kita dengannya.

      Terasi atau belacan adalah bumbu makanan yang sama di Malaysia. Pembuatannya juga sama. Cuma mungkin rasa berbeza kerana di Malaysia juga mempunyai tempat yang dikatakan mengeluarkan belacan yang enak. Hehehe… kok belacan juga ada yang enak ya. padahal baunya sangat busuk tetapi menyelerakan bagi sesetengah orang yang sangat mencintai belacan. Tanpa belaacan, makanan menjadi hambar rasanya. Masya Allah.

      Terima kasih Ifan untuk kongsian info yang menarik dari Kalimantan. Salam mesra selalu.

  18. Saiful ghozi March 26, 2011 at 8:30 pm #

    wah saya tadi penasaran, belacan yang saya tahu adalah istilah orang melayu pontianak menyebut terasi. Eh ternyata semacam buah.,
    seru juga mengenang kampung halaman bunda Siti nih …

    • SITI FATIMAH AHMAD March 27, 2011 at 2:30 pm #

      Pokok Belacan bukan seperti terasi yang jadi bumbu sambal atau masakan mas Saiful. Sangat berbeda keduanya.

      Wah.. ramai yang tidak tahu pokok ini ya. Entah2 itu pokok belacan terakhir di kampung saya.

      Terima kasih untuk kunjungan yang dialu-alukan.

      Salam mesra.

  19. Desri March 26, 2011 at 8:51 pm #

    di kampongku (pulau Bangka) belacan adalah terasi Bunda. Mungkin karena baunya ya sehingga buah ini disebut buah belacan.
    tentang tanduk rusa itu, orang tua di kampongku juga selalu bilang kalau itu adalah tempat duduk hantu hutan. Sepertinya mereka sengaja menciptakan mitos itu terhadap tanaman cantik ini supaya kami, yang anak-anak, tidak bermain ke dalam hutan.
    salam hangat dari soreang

    • SITI FATIMAH AHMAD March 27, 2011 at 2:38 pm #

      Hai mbak Desri…

      Tidak tahu mbak. Tidak pernah pula bertanya dengan orang tua bagaimana pokok belacan mendapat nama. Kalau bau buahnya mbak, langsung beda bau dari belacan/terasi. Bau buah belacan sangat busuk, tajam tapi manis isinya. Saya tidak suka baunya.

      Tapi bau belacan/terasi boleh tahan juga terutama kalau dibakar. Aromanya sungguh menggugah jiwa. :D Tapi saya alergi dengan belacan, kalau makan pasti akan timbul rasa gatal dan merah-merah.

      Hehehe… sama ya tentang mitos orang tua terhadap tanduk rusa itu. memang cantik mbak. Saya pernah menanam tanaman rajang di halaman rumah, sangat cantik sekali kerana daunnya besar dan bertindan2 rimbun. Hijau dan merimbun.

      Terima kasih untuk kunjungannya. Saya senang sekali. Salam hangat kembali. :D

  20. bundamahes March 28, 2011 at 4:08 pm #

    yang mana ya Bun???
    yang saya tau, belacan itu nama lain dari terasi yang biasa dibikin sambel itu lho!
    coba ada fotonya, mungkin saya tau :D

    • SITI FATIMAH AHMAD March 28, 2011 at 4:23 pm #

      Iya mbak… satu kekurangan di sini kerana tidak ada foto pokok belacan. sangat beda sekali dengan terasi yang dibuat sambel itu. Ini sejenis tumbuhan pokok dan berbuah.

      Saya kesal kerana ketika mudik selama ini tidak terfikir tentang pokok belacan. Sekarang tidak wujud lagi kerana sudah ditebang.Hanya memori sahaja yang bisa membayangkan pokok ini kepada khalayak.

      Mudahan akan bertemu dengan pokok belacan suatu hari nanti, entah di mana ya. Mungkin ada di Indonesia tapi punya nama lain kok. :D

      Terima kasih mbak sudah bersapa kemari.
      Salam manis dari saya.

  21. Aan Subhan May 19, 2011 at 2:04 pm #

    Saya belum pernah liat pohonnya…ga tau di indonesia namanya apa ya..?

    salam kenal dari jogjakarta

    • SITI FATIMAH AHMAD May 19, 2011 at 2:08 pm #

      Hai Aan Subhan…

      Memang sukar mahu menjelaskan bentuk pokok ini. Sepertinya sudah hilang dek zaman. Mungkin di hutan belantara masih ada cuma tidak dikethui jenis dan nama pokoknya.

      Salam kenal dan terima kasih udah mampir. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: