CT47. HADIAH DARI LANGIT (4): 4 IN 1 – PENGHARGAAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

APA KHABAR SAHABAT PEMBACA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 ? Hmmmm…. rasa bersalah menokok di hati apabila sejak kebelakangan ini aktiviti anjung sana-anjung sini (blog walking) jarang sekali saya lakukan. Pertama; tugas di pejabat yang semakin membukit  tentu sekali menjadi alasan terbesar boleh diberikan. Kedua; kesihatan yang kurang berkesan membantu menguatkan alasan pertama… hehehe. 😀

KEMAAFAN dipohon kepada sahabat yang blognya tidak sempat dikunjungi. Hanya mampu menyapa beberapa blog dalam waktu senggang yang terbatas. Bila penat atau lelah, tentu sekali TIDUR dan ISTIREHAT lebih diutamakan. TERIMA KASIH diucapkan kepada sahabat narablog yang sudi hadir menyapa walau tuan rumahnya tidak ada seketika. Mudahan dalam kesempatan lain, kunjungan akan dibalas jua. TERIMA KASIH.

ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah yang mengurniakan kasih dan sayang kepada semua insan. Dengan kasih sayang itu, manusia saling kenal mengenal. Perkenalan pula menumbuhkan persahabatan. Persahabatan adalah CINTA TANPA SAYAP yang banyak mewujudkan kebersamaan dan keakraban. Persahabatan selalu dapat melipatgandakan kegembiraan dan sanggup berbagi-bagi kesusahan dan kesenangan. Buya HAMKA menjelaskan:

“Kalau kamu memberi sesuatu kepada sahabatmu, bererti kamu memberi sesuatu kepada dirimu sendiri.”

SUBHANALLAH, segala kesucian bagi Allah dari kelemahan dan kekurangan apapun,  telah menghantar ” HADIAH DARI LANGIT KE-4″ buat saya. Keindahan hidup ini semakin nyaman dinikmati apabila persahabatan yang berlandaskan persaudaraan Islam telah menautkan kebaikan untuk saling memberi dan menerima. Dengan nikmat HADIAH DARI LANGIT KE-4 : EMPAT DALAM SATU adalah satu PENGHARGAAN UNTUKKU dari sahabat-sahabat yang tentunya saya kasihi dan hormati.

UNTUK HE.BENYAMINE, AKHMAD MUHAIMIN AZZET, DAHLEA DAN AKHMAD FAUZI, posting ini khas buat kalian sebagai satu PENGHARGAAN dari saya. Perhatian kalian telah menyemarak keindahan dalam persahabatan yang tentunya mustahil berlaku jika tidak bersapa dan mengenali di dunia maya.

THANKS FOR THE GIVING AND THE SHARING. So, glad you’re here. It helps me to realise…. HOW BEAUTIFUL MY WORLD IS.

PENGHARGAAN 1 : HE.BENYAMINE, BANJARMASIN, KALIMANTAN SELATAN, INDONESIA

Sesuatu yang tidak pernah diduga selalu berlaku dalam hidup kita. Tanpa kita sedari ada yang mengingati  dan berusaha membantu kita baik berupa doa atau tindakan. Begitulah kebaikan yang dihulurkan oleh sahabat blogger saya, HE.BENYAMIE yang pernah saya tulis dalam artikel “CT39. HE.BENYAMINE: KHABAR DARI BANJARMASIN – MENGHIDUPKAN PATUNG BEKANTAN”.

Dengan usaha HE. Benyamine, artikel HADIAH DARI LANGIT 3 dimuatkan di akhbar Banjarmasin Post dalam ruangan HALTE BLOGGER untuk memberi peluang kepada para blogger berbagi kisah di blog mereka. Kliping koran/akhbar Banjamasin Post di bawah adalah kutipan dari artikel saya bertajuk “CT23. HADIAH DARI LANGIT (3): AKHIRNYA TERCAPAI JUA”

Saya sangat terharu atas susah payah yang dilakukan oleh mas Ben kerana sudi mengirimkan keratan asal dari akhbar tersebut untuk dibaca, direnung dan dipegang secara alami. Sedangkan beliau mampu untuk melakukan “scanning” ke atas kliping koran tersebut. Saya sangat menghargainya. Semoga Allah memberi kebaikan atas usaha yang dilakukan.  😀

TERIMA KASIH HE.BENYAMINE



PENGHARGAAN 2: AKHMAD MUHAIMIN AZZET (AMAZZET), JOGJAKARTA, INDONESIA

AMAZZET, demikianlah nama singkatan dari Akhmad Muhaimin Azzet. Sahabat guru yang mula saya kenali apabila beliau pertama kali mengunjungi blog ini. Menerusi blog MAHABBAH yang beliau pelopori, telah memberi banyak manfaat dan inspirasi kepada saya untuk mendalami ilmu keagamaan secara ilmiah dan berwasit sifatnya.

AMAZZET merupakan seorang Direktur Taman Pendidikan Al-Qur’an (TPA) Al-Muhtadin, Jogjakarta, Indonesia. Sangat berminat dalam dunia baca dan tulis. Melalui penulisan, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku motivasi pembangunan jiwa, dunia pendidikan dan kerohanian.

Alhamdulillah, dengan murah hati atas nama persahabatan dan persaudaraan, beliau telah menghadiahkan saya dua buah buku yang beliau hasilkan iaitu “MUTIARA HIKMAH: PEMBANGUNAN JIWA dan HIKMAH UTAMA HIDUP MULIA”. Kiriman mas Amazzet saya terima pada 13 Januari 2011 – Khamis.

Tiada yang mampu saya lahirkan perasaan ini melainkan rasa kesyukuran atas pemberian khazanah ilmu yang bermakna buat saya dari seorang sahabat guru. Saya berbangga dapat membaca hasil minda dari kumpulan ilmu yang diamal jariahkan kepada pembacanya. Semoga dimudahkan oleh Allah SWT segala urusan di dunia dan di akhirat. 😀

Buku ini memberi banyak inspirasi untuk membentuk diri menjadi manusia yang patut banyak mensyukuri nikmat Allah. Intisari ilmu telah disusun dengan mantap oleh penulis bersama kandungan yang tentunya mencerahkan jiwa dan menjernihkan minda. Buku ini merupakan kumpulan ayat al-Quran dan Hadis Rasul yang terpilih. Selain itu, kumpulan sirah Rasul dan kata-kata mutiara dari para sahabat juga disertakan.

Buku ini disusun dalam 10 bahagian iaitu Hikmah Iman (20), Hikmah Ilmu (45), Hikmah Akhlak (78),  Hikmah Utama (30), Hikmah Bagi Jiwa (71), Hikmah Rezeki (41), Hikmah Rahasia (21), Hikmah Cinta (32), Hikmah Wasiat (11) dan Hikmah Bahagia (36). Kandungan yang mengisi 10 hikmah dikumpul berdasarkan kesesuaian ayat, hadis, sirah dan kata mutiara.

Buku ini mampu memotivasi jiwa yang lemah dan kering dari semangat hidup. Walau tidak disertakan penjelasan dan huraian, bicara hikmah itu sendiri mampu memberi inspirasi sebagai panduan ke arah muhasabah diri. Menurut saya, buku ini mengajak pembacanya berfikir sendiri untuk sampai kepada maksudnya.

Merujuk kepada latar belakang Abu Zuhratul Aziza (Amazzet), buku ini mempunyai kekuatan sebagai mutiara ilmu yang mengajak dan berpesan ke jalan kebenaran. Selain itu, mampu menjadi motivasi berdos tinggi kepada pembentukan peribadi unggul. 6 bahagian Hikmah Utama telah dipilih sebagai fokus yang diketengahkan. Setiap bahagian hikmah tersebut disusun dengan bijak oleh penulis menggunakan dos yang bermutu tinggi. Intisari penawarnya  diambil dari sumber al-Quran dan al-Hadis.

Kandungan 6 bahagian hikmah tersebut adalah Hikmah Utama Islam (39), Hikmah Utama Iman (17), Hikmah Utama Ihsan (15), Hikmah Utama Takwa (17), Hikmah Utama Ikhlas (15) dan Hikmah Utama Cinta (20). Berbeza dengan buku pertama di atas, buku ini mempunyai nilai pengisian tersendiri. Penulis membuat huraian ringkas bagi menjelaskankan kandungan al-Quran dan al-Hadis yang dipilih.

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan untuk penyampaian ceramah, tazkirah, tausiah. Ia meliputi pengajaran dan teladan untuk menguatkan hujah bagi perbincangan tajuk yang berkenaan. Salut kepada Amazzet atas usaha kecil untuk mengumpulkan segala hikmah yang memberi impak besar dalam membangkit keinginan untuk mengajak manusia memenuhi fitrah kejadian dan kesejahteraan akalnya.

TERIMA KASIH AKHMAD MUHAIMIN AZZET

PENGHARGAAN 3: DAHLEA MAHMOOD, KUALA KANGSAR, PERAK, MALAYSIA

LEAKU SAYANG… sahabat tersangat karib yang pernah aku miliki di dunia ini. Lea berasal dari Lawas, Limbang, Sarawak. Manakala aku lahir di Bandar Sri Aman, Sarawak. Persahabatan kami bermula di SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang, Kuching, Sarawak dari Tingkatan Satu (Form 1) hingga sekarang. Dalam usia 13 tahun, kami sudah mengerti bahawa persahabatan yang kami bina tidak akan pernah terlerai walau waktu yang memisah, tempat yang menjarak, kedudukan yang menapak atau jasad yang membeza… hehehe.

HAI LEAKU… aku sangat terharu dan senyuman termanis aku berikan padamu atas kasih sayang yang kau berikan selama persahabatan terjalin.  Ada waktunya kita terputus secara tiba-tiba tanpa satu perkataan yang menjadi pesan sehingga Allah menemu dan menautkan kembali ikatan ini.

It’s really nice to have someone who makes a difference. So, when people talk about what a truly friendship is… i already know -IT’S HAVING YOU.

TERIMA KASIH LEA… baru semalam (8 Mac 2011 – Selasa) aku menerima hadiah yang sangat comel dan “cute” seperti tuannya. Bagiku 11 bookmark buatan sendiri itu, sangat cantik dan indah sekali madah kata yang melengkapinya. Aku sangat menghargainya, kawan.  Semoga Allah selalu merahmati dan membahagiakan kehidupanmu di dunia dan akhirat.  Kau sahabatku dunia dan akhirat. LOVE YOU EVER AND AFTER.  😀

TERIMA KASIH DAHLIA SAYANG


PENGHARGAAN 4: AKHMAD FAUZI, INDONESIA

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA BUAT BLOG AKHMAD FAUZI PADA 9 MAC 2011. Tanpa saya sedari tulisan pada artikel Akhmad  bertajuk ” ANNIVERSARY OF MY BLOG 1″, turut menyertakan saya dalam kategori inspirasi ke 6 sesudah Allah SWT, Rasulullah SAW, isterinya Retno Handayani, sang perwira Dida, kakak iparnya, Pojo Wibowo dan saya;

“Bunda Siti Fatimah Akhmad sahabat, Bunda, dari Malaysia….Thank You atas bimbingan motifasinya dan tulisan – tulisanya yang menjadi inpirasi”

AKHMAD… bunda sangat terharu sekali atas penghargaan yang diberikan dari tulisan tersebut. Senang mengetahui bahawa apa yang bunda kongsikan melalui tulisan bunda bisa memberi inspirasi kepada Akhmad dan sesiapa sahaja. Pada hal karya-karya bunda hanya tulisan biasa yang dihasilkan menerusi pengalaman untuk dikongsikan bersama.

TERIMA KASIH  dan didoakan Akhmad serta keluarga diberi kekayaan ilmu, kebahagiaan hidup dan kemurahan rezeki di dunia dan di akhirat.  Untuk membalas penghargaan tersebut, bunda menghadiahkan AWARD ULTAH BLOG 1 di bawah. Silakan sudi menitipnya sebagai kenangan yang pernah menyatukan kita dalam persahabatan di dunia maya. 😀

SEMOGA SUDI MENERIMA AWARD ULTAH BLOG  PERTAMA



SalamFatima3SalamFatima

9 Mac 2011 (Rabu)/ 26 Rabiu’ul Awwal 1432H/ 1300 petang- SARIKEI, SARAWAK

AKU…. selalu menghargai apa yang diperlakukan  dalam persahabatan ini. Percayalah… kenangan itu tidak akan pernah menyusut dari memoriku, walau suatu ketika kita akan terpisah oleh sebuah kenyataan yang tidak berpihak. Yang pasti, semua itu akan membuat aku rindu padamu. TERIMA KASIH, dedikasiku untukmu.

– SITI FATIMAH AHMAD –



THANK YOU FOR ALL OF YOU…

SEMOGA KALIAN DIRAHMATI ALLAH UNTUK KEBAIKAN YANG DILIMPAHKAN KEPADAKU. AMIIN YA RAHMAN YA RAHIIM.


61 thoughts on “CT47. HADIAH DARI LANGIT (4): 4 IN 1 – PENGHARGAAN

    • Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasinya mas Bchree. Tidak pernah menyangka bahawa dunia blog selalu memberi kejutan buat kita.

      Ternyata persahabatan blog bisa membuah kedamaian kepada sesama insan dalam belahan manapun dunia ini didiami. Sayasangat menghargai persahabatan ini termasuk dengan mas Bchree.

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin untuk segala kebaikan yang bisa kita bantu bagi yang memerlukan.

      Salam mesra selalu. 😀

  1. “Kalau kamu memberi sesuatu kepada sahabatmu, bererti kamu memberi sesuatu kepada dirimu sendiri”

    subhanallah… konsep yang bagus. semuanya kembali kepada kita. kalau tidak di dunia, insyaAllah di akhirat.

    • Pemberian itu tidak semestinya berbentuk harta benda sahaja. Ilmu, senyum, kasih sayang dan sesuatu yang berhasil menggembirakan diri dan orang lain bisa mengolah dunia menjadi aman damai. Betapa indahnya Islam mengajar banyak kebaikan dalam hidup ini.

      Terima kasih untuk kunjungan dari Dhedhi.
      Salam sejahtera. 😀

    • Hai Yoyon…

      Iya, saya tahu Yoyon dari blogger Ampah kerana saya pernah mengunjungi blog Yoyon dulu. Terima kasih ya mampir lagi dan mengingati saya kembali.

      Insya Allah, akan dikunjungi dalam detik waktu bersabahat.
      Salam damai selalu. 😀

    • Alhamdulillah, bunda baik dan sihat. Didoakan nanda Ari juga demikian sama.

      Terima kasih sudah berkunjung. Bunda senang kalau Ari selalu bermain kemari. Iya, bunda juga sudah lama tidak ke blog Ari. Kalau ada kesempatan waktu bunda akan membalas kunjungan Ari.

      Salam ceria selalu dari bunda. 😀

  2. ASALAMMUALAIKUM BUNDAA senang bisa berkunjung k’blog bunda lagi

    Sahabat adalah segalanyaa karna sahabat teman hidup kita dikala sedih maupun senang,kalau tidak ada sahabat kita seperti tidak ada artinyaa

    • Wa’alaikum salaam Mega.
      Bunda juga senang menerima kunjungan Mega. 😀
      Mudahan persahabatan kita bisa selalu dijaga baik untuk kesinambungannya di masa depan.

      Bunda gembira dapat bersahabat dengan Mega yang jauh di Ampah. Salam manis dari bunda. 😀

    • iya… senang dapat mengenali dan bersahabat dengan mbak walau hanya di maya. Semoga persahabatan kita tetap terjalin baik selamanya.

      Terima kasih masih ingat ke saya, walau sudah lama tidak bermain di blog mbak lantaran sibuk dengan tugas yang kian menumpuk di depan mata. Insya Allah, akan berusaha ke sanan tika waktu bersahabat.

      Salam sayang dari saya untuk mbak. 😀

  3. Assalamualaikum……
    Sesungguhnya tak ada sedikitpun perbuatan baik yg sia sia…karena Allah sudah menjamin dalam Kitab Suci “ setiap perbuatan baik pasti akan diperhitungkan mesti sekecil biji sawi “ tentu hal ini tak hanya akan berlaku di dunia tapi juga di akherat kelak. Setelah saya simak tulisan Bunda dari awal.,.ibarat seorang petani Bunda saat sekarang adalah saatnya panen…, karena sebelumnya Bunda sudah banyak menanamnya…, mananam apa?, tentu menanam kebaikan.
    Selamat buat Bunda yg lagi menikmati memetik buah kebaikan itu…dan semoga sya juga kelak bisa marasakannya….
    Sekali lagi mohon maaf ya Bunda atas keterlambatan balasan ini, tak lain karena kesibukan pekerjaan , dan mohon di maklumi…
    Dan sekali lagi pula saya ucapkan terima kasih atas Award nya yg cantik dan syarat makna……

    Wassalammualaikum….

    • Wa’alaikum salaam mas Cahyo…

      Senang mendapat khabar semula dari mas Cahyo. Awal tahun memang menyibukkan. Mudahan kesibukan yang dialami mendatangkan manfaat buat kita kerana tugas yang kita pegang adalah amanah yang harus diselesaikan.

      Semoga Allah selalu memberi kebaikan atas apa yang kita lakukan. Semuanya dihadirkan oleh Allah SWT kepada hati setiap insan untuk selalu berbuat baik sesama. Alhamdulillah, kalau ini ganjaran yang diterima. 😀

      Terima kasih sudah menerima award dari saya dan apresiasi yang diberikan. Mudahan persahabatan ini tetap terjalin baik untuk keharmonian dua negara sebagai simbol kesejahteraan.

      Salam hormat dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam Fitr4y…

      Alhamdulillah, semoga persahabatan dengan Fitray juga mendatangkan rezeki.. hehehe. Rezeki apa yang Fit ? Senang dapat bersahabat dengan Fitray. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.

      Terima kasih untuk ingatnnya sehingga betah kemari mengunjungi bunda.Salam sayang kembali dari bunda buat Fitray. 😀

  4. Assalamu’alaikum bunda,,,,, semoga kabar bunda senantiasa ada dalam lindunganNya….

    wah senengnya yang dapat penghargaan dari bunda,,,, 😉 aku jadi ngiler he he he
    ya persahabatan bila terjalin dengan baik memang sangat menyenangkan, yang saya rasakan sih, sahabat itu terkadang melebihi dari saudara sendiri,,,,

    • Wa’alaikum salaam Nenden…
      Alhamdulillah, bunda sihat dan baik. Didoakan mbak Nen juga demikian sama.

      Hehehe… jangan jadi giler mbak. Apa yang kita lalui dalam persahabatan yang singkat ini, sungguh berharga buat saya. Semua itu atas kurnioa Allah untuk menggerakkan hati kita agar saling kenal mengenal. Mudahan banyak kebaikan kita pelajari dalam persahabatan jarak jauh ini.

      Terima kasih mbak untuk kunjungan dan komentar yang mencerahkan. Salam manis dari saya. 😀

  5. -Assalaamu’alaikum wr.br Bunda-

    .::.Kunjungan hari Jum’at Bund.Sekedar ingin bersilaturrahim dengan Bunda dan sahabat-sahabat yang setia berkunjung keblog Bunda,semoga Rahmat dan Hidayah Allah swt terlimpahkan kepada Bunda beserta keluarga,dan sahabat-sahabat semua.

    Semoga makna silaturrahim ini mampu memperkokoh dan mempererat tali persahabatan dimaya,sehingga terasa begitu indahnya persaudaraan.Kerana sesungguhnya kita semua walau berlainan suku,ras dan bangsa,adalah saudara.Dengan selalu bersimpul senyumku untuk Bunda,seperti senyum Bunda untuk sahabat semua.. .::.

    Salam ceria dari saya..
    ~Amien~
    Indonesia

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Amien…

      Kunjungan Jumaatnya dibalas pada pagi Selasa. 😀 Maaf ya, sangat sibuk untuk menyempat waktu bagi membalas komentar teman2.

      Terharu kerana Amien masih dapat menyempat diri berkunjung ke blog saya. Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat sentiasa. Didoakan Amien dan keluarga juga demikian sama.

      Insya Allah, jika menanam kasih sesama insan setulusnya tanpa mengharapkan apa balasan, pasti akan mendapat sayang dari Allah SWT sehingga mewujudkan keharmonian dan keakraban yang tidak kita ketahui bilakan munculnya. Semuanya dari Allah SWT. Semoga kebaikan selalu menyertai silaturahmi antara kita.

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan dan selalu dialukan kehadirannya. Salam ceria kembali dari saya. 😀

  6. Ass.

    Benar, memang file itu dapat dikirim lewat email, tapi saat mau mengirimkannya terpikir sesuatu yang sudah lamaaaaaaaa sekaaaaaaaaaaali tidak pernah dilakukan, yaitu dengan berkirim surat lewat post.

    Jadi, klipping itu dikirim lewat post, ada perasaan senang yang mengiringi melakukan sesuatu yang telah lama tidak pernah dilakukan lagi.

    Terima kasih telah memberi penghargaan ini, apalagi dengan diikuti tulisan yang menggugah dan inspiratif, begitu terasa hadiah ini menjadi spesial.

    Salam hangat selalu

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb, sahabat HE.Benyamnie…

      Saya senang mengetahui kebaikan yang dilakukan oleh mas Ben. Tentu sekali saya sangat menghargai dan rasa terharu atas usaha yang dilakukan. Yang lebih membanggakan apabila tulisan saya disebarkan di luar Malaysia. Sesuatu yang menjadi impian sesiapa sahaja… alhamdulillah, sekurangnya saya merasakan juga. 😀

      Benar mas, kepuasan dapat melakukan sesuatu yang jarang dibuat oleh ramai orang kerana majunya teknologi sehingga nilai sentimental pada kiriman pos sudah mulai dilupai walau hanya sekeping kertas.

      Selain kliping dan tulisan mas Ben, yang membuat saya seronok menerima surat mas Ben adalah SETEM Indonesia. Saya adalah penggemar dan penggumpul setem sekolah menengah lagi. Kini sudah ada 4 buku setem dari pelbagai negara di dunia. Terima kasih ya untuk setem2 yang menarik itu.

      Semoga selalu sukses dalam menghadirkan kebaikan buat lingkungan di Banjarmasin. Salam mesra dan hangat kembali dari saya. 😀

    • Amiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih mas Rahman atas apresiasi dan kunjungannya..
      Alhamdulillah, semangat menulisnya semakin semarak ni. Ayuh.. kita terus menulis untuk kebaikan bersama.

      Salam hormat.

  7. Alhamdulillah….

    Terima kasih banyak, Bunda, atas penghargaan yang telah diberikan. Sungguh, saya sangat senang sekali. Semoga ini semua menjadikan kita semakin bersemangat dalam menjalin persahabatan karena Allah Swt.

    Jujur saja, untuk komentar ini saya tidak bisa menulis banyak karena hati saya terharu. Tapi, yang jelas, saya berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, semoga Bunda Siti Fatimah Ahmad senantiasa diberikan kesehatan dan hidayah-Nya, sehingga dapat menyapa kita semua dalam kebaikan, meski melalui dunia maya. Saya percaya, sekecil apa pun yang kita lakukan, jika dilakukan untuk mencari ridha Allah Swt. maka akan besar balasannya di akhirat kelak.

    Akhirnya, semoga kita semua senantiasa dalam rahmat-Nya. Allahumma amin…

    • Alhamdulillah…

      Amiin.. Ya Rahman Ya Rahiim. Senang membaca kebaikan dari tulisan mas Amazzet. Mudahan kita selalu mendapat manfaat dari silaturahmi ini.Terima kasih juga untuk doa yang dilampirkan bersama. Didoakan mas Amazzet juga demikian.

      Sungguh kebaikan itu milik semua insan. Sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain, bererti dia berbuat lebih baik untuk diri sendiri. Hanya Allah SWT sahaja yang bisa membalas kebaikan kita semua.

      Salam hormat dan salam ceria. 😀

  8. Pingback: Hadiah dari Langit – Penghargaan « Mahabbah

  9. Assalamualaikum… bunda sayang..
    lama saya tak berkunjung, mohon dimaafkan.. 🙂
    rasanya rindu sekali tak membaca untaian indah dari bunda siti, dan hari ini saya menyempatkan membacanya, sejuk, teduh dan membahagiakan. apalagi adanya aliran energi semangat dan kasih dari sahabat-sahabat yang tulus ya bun.. 🙂
    sungguh indah persahabatan yang terjalin, walaupun hanya melalui ruang maya, tapi sangat terasa ketulusannya.. saya turut bahagia dan terharu mengetahui sahabat-sahabat telah sudi membagikan “kasih” nya pada bunda.. moga suatu saat nanti, sayapun bisa berkirim sesuatu pada bunda, walau saat ini hanya sebatas doa.. 🙂

    salam hangat dan sayang saya bun…
    semoga sehat dan diberkahi kebahagiaan selalu

    • Wa’alaikum salaam Wr.Wb, Tiyha sayang…

      Ahh.. tidak mengapa Tiyha, lambat lebih baik daripada tiada, kan. 😀 Bunda juga demikian sama kerana kebelakangan ini sibuk sekali. Sama-samalah kita saling bermaafan ya. Seperti harin raya pula nih.

      Bunda senang membaca aliran kata yang dicurahkan oleh Tiyha di atas. Punya energi yang menguatkan semangat bunda untuk terus menulis dan berkarya. Thanks ya. Ya lebih menyemangati lagi, jika suatu hari nanti kita bisa saling mendapat hadiah dari langit. 😀 Malahan Tiyha kini sudah mendapat hadiah dari Langit Tertinggi. Harap baynya selalu sihat ya.

      Amiin.. Ya Qawwi Ya Adl.
      Terima kasih atas kunjungan dan doa yang selalu dikirimkan buat bunda. Didoakan juga Tiyha sehat dan bahagia serta terus berbagi hikmah kepada sesama yang memerlukan suatu kebaikan dari penulisan kita.

      Salam hangat dan sayang kembali dari bunda buat Tiyha.

  10. Assalamu’alaikum wr. wb.

    Saya senang sekali mendapatkan penghargaan dari Bunda Siti Fatimah Ahmad. Oleh karena itu, izinkan saya memuat kembali penghargaan tersebut di blog saya ya, Bunda. Berikut adalah link dari pemuatan kembali penghargaan dari Bunda di blog saya:

    http://amazzet.wordpress.com/2011/03/12/hadiah-dari-langit-%E2%80%93-penghargaan/

    Sekali lagi, semoga Allah Swt. membalas segala kebaikan Bunda dengan balasan yang jauh lebih baik. Allahumma amin.

    Salam ukhuwah dari Jogjakarta,
    Akhmad Muhaimin Azzet

  11. Ass Wr.Wb..selamat malam bunda siti…terima kasih awardnya Alhamdulillah sudah saya simpan di pigura award saya…sekali lagi saya dan keluarga banyak terima kasih karena diberi kado spesial dalam ultah blog saya yang pertama…salam dari istri dan dida…buat bunda dan keluarga….bund kata dida “ais kapan bisa ketemu dida ya?”

    • Wa’alaikum salaam Wr.Wb, Akhmad Fauzi…

      Selamat sore. Alhamdulillah, bunda senang mengetahui Akhmad sudi menerima award ULTAH 1 tersebut. Hanya itu yang mampu bunda berikan bersama doa dilampir agar Akhmad dan keluarga selalu dilindungi Allah SWT.

      Salam kalian sudah bunda terima, Ieesyah juga berkirim salam dengan Dida. Terima kasih ya sudah masukkan award bunda dalam lemari awardnya.

      Salam mesra dari bunda. 😀

  12. Assalamu’alaikum Warrohmatullah Wabarokatuh

    Saya yang membaca jadi ikut bahagia
    Semoga persahabatan yang terjalin bisa kekal dan membawa berkah, saling berbagi ilmu dan perhatian.

    Sebuah hadiah adalah bukti cinta dan kasih sayang, pada hadiah menisyaratkan pemuliaan dan penghormatan.

    Salam Sayang

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakatuh, mbak Lyna…

      Amiin… Ya Razzak Ya Kariim.
      Mudahan banyak kebaikan dan manfaat yang kita perolehai dalam menanam benih persahabatan agar tersebar bunga kasih dan buah sayangnya. 😀

      Terima kasih Lyna, persahabatan antara kita tentu punya keistimewaan tersendiri yang kadang tidak kita ketahui apa yang istimewanya kecuali ditunjukkan Allah suatu hari nanti. Sahabat adalah hadiah dari langit buat kita.

      Salam sayang dan manis dari saya. 😀

  13. asm…
    pekabor? Lamak sik nulis di sitok. Gagor bah…kitak dah tau ke pian dah dpt anak sorang agik. Hadiah dari langit juak.

    Kamek sekeluarga baru jak balit dr. bercuti di Pulau Pnagkor marik. Insyallah mun ada rezeki cuti sekolah bulan 5 tok balit kch. Doa

    • Wa’alaikumsalaam Wr.Wb Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, amek sihat ajak. Iyalah… kamek ingat kita sik agik aktif di maya tok. Lama juak sik dengar berita kitak sekeluarga. Kamek sekeluarga dah tauk Pian dapat anak. Dah juak telefon dengannya. Hehehe… nya dapat hadiah dari Yang Mencipta Langit tok. 😀

      Wah… bestnya dapat piknik ke Pulau Pangkor. Baguskah tempatnya. Mun bagus, boleh juak kamek merancang ke sia. Geram juak mauk berenang dan snorkeling.

      Mudahan kitak seluarga dapat balik Sarawak kelak. Boleh juak pegi Sarikei tok. Kirim salam dengan Ani. Si kecik sekali ya, dah berapa umurnya? Rindu nak nangarnya. Mesti mancal kinik tok.

      Salam mesra dan hormat dari kamek di Sarikei. 😀

  14. assalamu’alaikum bu
    penghargaan didapat karena adanya sebuah hasil,penghargaan didapat karena adanya sebuah karya, kerja keras, usaha & berdo’a.
    siapa yang tidak inginkan sebuah penghargaan. tapi sebelum bermimpi mengharapkan penghargaan, setidaknya memikirkan duluh bagaimana jalan mendapatkan hal itu.

    salam sejahterah dan sukses selalu

    • Wa’alaikum salaam Andipeace…

      Alhamdulillah. Saya suka membaca bait-baik kata dari Andi di atas terutama yang ini:

      “penghargaan didapat karena adanya sebuah hasil,penghargaan didapat karena adanya sebuah karya, kerja keras, usaha & berdo’a.”

      “Sebelum bermimpi mengharapkan penghargaan, setidaknya memikirkan duluh bagaimana jalan mendapatkan hal itu.”

      Kata-kata itu sungguh menginspirasikan. Kenyataan, apa yang kita dapat adalah suatu ganjaran dari Allah SWT.

      Terima kasih Andi telah menitip kebaikan kata di sini. Saya suka membacanya. Jadi semangat lagi mahu dapat hadiah dan penghargaan. Hehehe…

      Salam mesra dan ceria selalu.

    • Alhamdulillah, hadiah dari teman2 yang semuanya bermurah hati mahu berkongsi kebaikan.

      Terima kasih untuk kunjungan perdana.
      Salam kenal kembali dan semoga beroleh manfaat dari ilmu yang disajikan.

      Salam sejahtera.

    • Hai mbak Akin…

      Alhamdulillah, semuanya dari langit mbak. 😀 Tidak pernah diduga dunia maya memperkenalkan kita kepada banyak orang dan tingkatan mereka. Sama seperti mbak juga, saya senang dapat bersahabat. Indahnya tidak terbilang dan semuanya hadiah dari langit, pemberian Tuhan kepada semua insan.

      Terima ya betah hadir kemari. Saya gembira sekali.
      Salam manis selalu dari saya buat mbak Akin. 😀

  15. Buat Sahabatku tersayang …
    Maaf… teramat lambat kiranya baru ku mbalas coretan indahmu … namun syukur kehadrat Illahi masih diberi kesempatan bernafas … Ah, terlalu sibuk diriku
    sejak di akhir2 ini Mah dan terlalu byk perkara perlu dibereskan … Namun Alhamdullillah, kiranya Allah sentiasa bersama2 org yang sabarkan?

    Mah, sayang …
    terima kasih tidak terhingga atas penghargaan darimu buatku … sebenarnya bookmark tersebut adalah trademarkku, suami dan anak2 yg suka membaca. Justeru dirimu terlalu istimewa dihatiku maka kukongsi milikku denganmu … terimalah seadanya ,meski tidak seberapa …
    semoga ia akan menjadi kenangan dan simbol abadi dalam usia persahabatan kita yg panjang dan istimewa ini dan kenangan yg paling bermakna dariku untukmu hasil tanganku sendiri. Semoga diberi kesempatan olehNya utk kita bersua suatu ketika nanti … Amin.

    “Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart.”

    “Special Poem 4 My Dear Fren”

    FRIENDSHIP IS A PRICELESS GIFT
    THAT CANNOT BE BOUGHT OR SOLD
    BUT ITS VALUE IS FAR GREATER
    THAN THE MOUNTAIN MADE OF GOLD
    FOR GOLD IS COLD & LIFELESS
    IT CAN NEITHER SEE NOR HEAR
    & IN THE TIME OF TROUBLE
    IT IS POWER LESS 2 CHEER–
    IT HAS NO EARS 2 LISTEN
    NOR HEART 2 UNDERSTAND
    IT CANNOT BRING US COMFORT
    OR REACH OUT A HELPING HAND
    SO WHEN I ASK GOD FOR A GIFT
    I M REALLY THANKFUL HE SENDS
    NOT DIAMONDS, PEARLS OR RICHES
    BUT THE LOVE OF REAL TRUE FRIENDS

    Thanks Fren…
    To be my great fren
    Luv u so much …

    • Hai Lea sayang…

      Terharu sekali aku membaca tulisan dirik di atas. Aku berharap dan berdoa semoga kebahagiaan selalu melingkungi kehidupan kita di dunia dan akhirat. Mudahan kejayaan selalu dapat kita gapai dengan keinginan dan mimpi2 yang terpasang sudah.

      Puisimu sungguh bermakna buatku, Lea. Erti sebuah persahabatan yang disemai dengan kasih sayang tidak dapat dipisahkan oleh apa jua badai yang melanda. Biar suatu hari perpisahan akan terjadi, persahabatan itu tetap menjadi kenangan indah yang tidak dapat dilupakan selamanya.

      Thanks a million, Lea.
      Remembering you with love because you’re very special. Not now, not once but for always.

      Love you so much, my friend. 😀

  16. Wah… dapat 4 Penghargaan sekaligus..
    Selamat Bunda, memang pantas dapat semua penghargaan itu karena blog bunda memang sangat menginsfirasi dan keren. (kalau saya lihat dari gambar grafiknya) hehe…

    Ohya,, Grafik yang Ultah buat mas Fauzi itu betul-betul keren!
    Sangat mewah kelihatannya… 😀

    Salah hangat.. 😀

    • Hai Masyhury…

      Alhamdulillah. Semua itu dari Allah SWT dan kebaikan dari semua sahabat yang bunda kenali termasuk Masyhury.

      Hehehe.. bakat seni grafik juga bisa buat kita dihargai, barangkali. Itu juga hadiah dari langit tertinggi. Syukur.

      Terima kasih atas apresiasinya.
      Salam hangat kembali. 😀

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.