CT36. WANITA BERUMUR… PADAMU ADA PESONA ?

11 Jan

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Terhasilnya tulisan ini atas beberapa sebab yang inginku kongsikan sesuai dengan pengalaman dan beberapa bahan bacaan tentang WANITA BERUMUR, sama ada  anak dara tua (andartu),  isteri orang atau janda yang dianggap PADAMU ADA PESONA oleh LELAKI MUDA yang bujang, sudah berkahwin atau duda.

Kenapa demikian ? akan kita ketahui sebentar lagi. Benar atau tidak hanya LELAKI MUDA yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Sebagai wanita berumur, aku juga tertarik dan mahu mengetahui lebih lanjut akan kebenaran faktor-faktor penyebabnya. Sebelum melanjutkan, definisi WANITA BERUMUR ini adalah 30 tahun dan ke atas atau lebih tua umurnya dari lelaki tersebut. Dari mana datangnya definisi ini aku sendiri tidak jelas, aku hanya mendapat tahu melalui bacaan secara umum sahaja.

Lagu WANITA – SITI NURHALIZA …. dedikasi buatmu


Kisah penulisan ini bermula begini….

Pada suatu malam yang hening, ketika sedang mengedit semula artikel Ayat-Ayat Cinta VS Ayat-Ayat Suka, aku menerima kiriman email dari seorang sahabat lama semasa kuliah S1 di Akademi Islam, Universiti Malaya dulu. Kami tinggal satu bilik selama 2 tahun sebelum beliau tamat pengajian dan beliau merupakan seniorku beberapa tahun.

Aku memanggilnya Kak Jie (nama samaran). Kak Jie, orangnya sederhana cantik tetapi manis dipandang. Periang, peramah, baik hati dan selalu senang membantu tika aku dalam kesempitan wang  :D.  Kak Jie sudah menganggapku seperti adiknya sendiri. Kak Jielah tempat aku mengadu segala resah, sakit pening dan kemarahanku, beliau merupakan penasihatku dalam banyak hal.

Sekian lama tidak bersua dan sepi tanpa sebarang khabar, tentu memberi peluang kepada kami untuk berbicara panjang melalui YM (Yahoo Messenger). Banyak topik  yang kami bicarakan sehingga tidak sedar masa berlalu. Dalam banyak topik yang kami bincang, satu hal yang menarik perhatianku dan tentunya mengejutkan aku adalah hal perkahwinannya. Kak Jie memaklumkan bahawa dia sudah  bercerai dengan suami pertama (5 tahun tua dari Kak Jie, seorang duda beranak 2) dan mempunyai  3 orang cahaya mata.  Kemudian, Kak Jie  berkahwin lagi. Wah… aku sungguh teruja dengan  perkahwinan keduanya.

Mana tidak teruja, jeda usia 12 tahun dengan suami kedua. Kak Jie memaklumkan usianya ketika berkahwin dengan suami kedua adalah 40 tahun, manakala suaminya 28 tahun. Kini usia perkahwinan mereka sudah 5 tahun dan mempunyai  seorang anak. Degupan jantungku bagai terhenti sejenak mendengarnya. Aku terpegun dan mengkagumi siapa ya ? Kagum pada Kak Jie atau pada suami mudanya. Subhanallah. Betapa indahnya cinta tanpa mengenal usia ini.

Hahaha hehehe…. ketawa Kak Jie bagaikan terdengar olehku walau hanya ditulis melalui tulisan. Hahaha dan hehehenya tidak pernah lekang dalam tulisan apabila aku berkali-kali menyatakan rasa tidak percayaku padanya. Akhirnya, tulisan kami bersahutan hahaha dan hehehe sehingga selesai chat.  Banyak rahsia terungkap dan sebab yang diberikan padaku yang tentunya akan ku tulis di akhir penulisan ini untuk dikongsi bersama. :D Masya Allah, betapa cinta itu buta. Aku senyum sendirian memikirkan betapa beruntungnya beristerikan Kak Jie yang memang aku kenal hati budinya. Semoga kau berbahagia wahai kakakku. Aku selalu mendoakan dirimu. :D

Soalan terakhir sebelum kami bersurai, cukup membuat aku tersenyum kerana tidak pernah membayangkan jika ia benar-benar berlaku. “Fatim, jika engkau dicintai oleh lelaki muda dari engkau, apakah kau akan terima ?” Aku terdiam seketika dan tersenyum sambil menulis “RAHSIA”. … hehehe. Dia ketawa membaca tulisanku. “Fatim, Fatim.., tak berubah macam dulu, suka benar dengan rahsianya.”  tulisnya. “Ah.. Kak Jie masih ingat lagi rupanya”,  bisik hatiku dalam ketawa sendirian. Thanks Kak Jie. May Allah bless you.  I love you full. :D

Persoalannya di sini, apakah yang dicari oleh LELAKI MUDA kepada WANITA BERUMUR ?  atau Apakah yang dimahukan oleh WANITA  BERUMUR  dari LELAKI MUDA ? Apakah PADAMU ADA PESONA, WAHAI WANITA BERUMUR ? Persoalan ini cukup menarik perhatianku untuk membuat kajian.

Bahkan bukan Kak Jie sahaja yang bersuami muda malahan sepupuku sendiri, Kak Hani  (nama samaran) juga demikian. Ketika mula berkahwin usianya 42 tahun dan suaminya 27 tahun (jeda usia 15 tahun). Perkawinan mereka kekal hingga sekarang (10 tahun). Wajah cantik kacukan Arab-Melayu dan senyuman manisnya yang tidak pernah lekang dari bibirnya ketika berbicara,  selalu membuat aku terpesona setiap kali menatap wajahnya.  Selalu muncul dibenak fikirku, mengapakah orang yang cantik selalu lambat berkahwin ?

Selain kisah Kak Jie dan Kak Hani di atas, terdapat beberapa contoh sensasi  berhubung dengan perkahwinan LELAKI MUDA dengan WANITA BERUMUR dan menjadi liputan akhbar yang dikenal pasti di Malaysia, antaranya; perkahwinan Wook Kundur (106 tahun dan Mohd. Nor (37 tahun) = 69 tahun (beza umur), Rosnah Aris (53) dan Tajul (27) = 26 tahun, Aida (52) dan Joe Razwill (33) = 13 tahun,  Rita Rudani (32) dan Aidil Zafuan (21) = 11 tahun, Deja Moss (35) dan Azfendy (29) = 7 tahun, Maizawati Zainal (35, janda beranak 6 dan sudah 2 kali berkahwin) dan Yassin Ben (23) =  13 tahun dan ramai lagi.

Persoalannya, apakah perkahwinan WANITA BERUMUR dengan LELAKI MUDA menjadi hal yang luarbiasa atau fenomena yang sudah lama ada dalam kehidupan manusa sepanjang zaman ?  Apakah perkahwinan tersebut dilandasi cinta, harta, kecantikan atau ada faktor lain yang mempengaruhi ?

Malahan dalam sejarah Islam juga menyaksikan perkahwinan Ummu Mukminin Siti Khadijah (40 tahun) dan Nabi Muhammad SAW (25 tahun) dengan beda usia 15 tahun. Tentu ada sesuatu yang menarik dalam kisah percintaan mereka dimana bunga kasih dan sayangnya bermula dari perasaan Siti Khadijah sedang Baginda Rasul SAW adalah seorang pemuda yang sangat pemalu sifatnya.

Merujuk kepada buku tulisan Abdul Mun’im Muhammad Umar “SAIDATINA KHADIJAH R.A SEBUAH CATATAN BIOGRAFI”, dapat dijelaskan bahawa  Siti Khadijah pada zaman jahiliah diberi gelaran sebagai WANITA YANG SUCI (THOHIRAH). Beliau  memiliki kecerdasan otak, perilaku mulia, menjadi penghibur kala suaminya resah, seorang sahabat yang selalu ada di sisi tika suaminya dilanda kesusahan. Beliau mempunyai ketabahan luar biasa dalam menghadapi segala kesulitan tanpa mengeluh, jiwanya pantang menyerah dan sanggup berkorban untuk perjuangan suaminya dalam menegakkan syiar Islam.  Beliau selalu dan selamanya beriman kepada Allah SWT serta menyakini kebenaran risalah suaminya.

Sebelum menjadi isteri Rasulullah SAW, beliau adalah seorang janda yang sudah bernikah dua kali dan mempunyai tiga orang anak. Perkahwinan Rasulullah SAW dan Siti Khadijah  berlanjutan selama 15 tahun sehingga Siti Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun. Rasulullah SAW tidak pernah bernikah dengan perempuan lain sepanjang hayat Siti Khadijah. Begitu bererti Siti Khadijah bagi Baginda SAW hingga tidak ada seorangpun yang boleh menggantikan kedudukannya.


Tentu sekali perkawinan WANITA BERUMUR dengan LELAKI MUDA bukan lagi  perkara luar biasa.  Malahan masyarakat umum telah dapat menerima dan memahami bahawa cinta tidak mengenal usia, tidak menghalang bersatunya jiwa dan termaterinya kasih sayang yang dibina atas keinginan yang pasti diketahui sebab dan musababnya.

Dalam kajian pembacaan saya menerusi buku, majalah, surat khabar, internet dan bicara santai dengan Kak Jie berhubung dengan PESONA YANG ADA PADA WANITA BERUMUR sama ada anak dara tua, isteri orang atau janda sehingga berjaya menarik perhatian LELAKI  MUDA  USIA baik yang masih bujang, suami orang atau duda, dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Perempuan berusia 30-45 tahun dan ke atas berada pada tahap kecantikan yang tertinggi dan menawan terutama yang sudah berkahwin kerana mereka pandai berdandan, bijak berhias dan tahu membawa diri sesuai dengan penampilan mereka.

2. Menurut satu kajian baru di Amerika Syarikat (sumber Dr. HM Tuah Iskandar dalam Mingguan Wanita, September 2010) bahawa wanita menjelang usia 40-an dan ke atas, mempunyai nafsu seks yang “menggila”, keghairahan yang tinggi dan hebat diranjang.

3. Wanita berumur (sudah berkahwin) mempunyai  pengalaman tentang alam rumah tangga  terutama dalam melayan kehendak lelaki.  Kebanyakan lelaki mutakhir lebih berminat kepada wanita yang serba tahu kerana mereka tidak suka memikirkan sesuatu yang remeh temeh berbanding anak dara yang muda usianya.

4. Wanita berumur  biasanya berfikiran terbuka, seorang pendengar  yang baik, pandai memberi nasihat dengan bicara memujuk, lebih mengambil berat, sangat memahami dan kurang karenah berbanding anak dara. Jika  membicarakan sesuatu topik, perbincangan akan lebih meluas dan lebih menghiburkan kerana ilmu dan pengalaman sedia ada mereka.

5. Lelaki suka bermanja dan dimanjakan.  Kemanjaan ini hanya diperolehi dari wanita yang sudah berkahwin kerana mereka mempunyai kemahiran tinggi dan sangat  pandai memanjakan lelaki.

6. Wanita berumur biasanya pandai berdikari, bijak mengurus diri, bersifat  feminin,  selalu sabar menghadapi sikap lelaki, cerdas dalam perbincangan, cergas ketika berurusan, pandai mengambil hati dengan bicara santai, suka memberi semangat, periang, kelakar dan pandai menghiburkan hati lelaki.

7. Azizan Kadir Dot.Com menjelaskan bahawa, wanita berumur sangat matang dalam berfikir,  mempunyai sifat keibuan yang tinggi, lebih hebat dan lebih berpengalaman di ranjang dan kebanyakkan mereka berkerjaya dan berharta.

Tesisnya, WANITA BERUMUR… PADAMU MEMANG BANYAK PESONA. Semua kenyataan di atas adalah menjurus kepada pandangan kaum lelaki sendiri. Walaupun begitu, tentu ada sebab mengapa WANITA BERUMUR ini memilih LELAKI MUDA sebagai kekasih atau suami ?

JANGAN LUPA !  WANITA BERUMUR ini asalnya dari WANITA MUDA yang tentunya telah melalui pengalaman dari masa mudanya sehingga menginjak usia. Hmmm… seperti ada persaingan antara WANITA BERUMUR dengan WANITA MUDA masa kini. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.


WANITA BIJAKSANA mendatangkan ILHAM kepada LELAKI.

*

SalamFatima3SalamFatima  10 Disember 2011 (Isnin)/ 2133 malam- SARIKEI, SARAWAK

AKU… yang  mencintaimu setulus hati. Mengertilah…aku adalah sahabatmu. Aku adalah warna indah kasih dan cinta sayangmu selamanya. Keindahan dari segala keindahan…. antara bunga-bunga batu pualam, kerinduan padamu lebih mendalam.

- SITI FATIMAH AHMAD -



HATI WANITA hanya berkaitan SATU KEBAHAGIAAN iaitu mencintai dan dicintai.



WANITA BUDIMAN adalah laksana matahari terbit pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang. -HAMKA-


About these ads

97 Responses to “CT36. WANITA BERUMUR… PADAMU ADA PESONA ?”

  1. andinoeg January 11, 2011 at 1:28 am #

    cinta mamng tidak mengenal umur

  2. Muhammad Joe Sekigawa January 11, 2011 at 8:15 am #

    Subhanallah,,, Keren Bunda Fatimah postingannya,,,,

    Saya sangat mendambakan wanita Sholehah ^^

    Salam semangat selalu

    • SITI FATIMAH AHMAD January 11, 2011 at 3:47 pm #

      Hai Muhammad…

      Mudahan bisa menemui dambaan hati suatu hari nanti. Saya mendoakan. Amiin. Semangat ya. Harus dicari bukan ditunggu.

      Salam ceria selalu.

  3. wiwin9 January 11, 2011 at 9:42 am #

    Assalamualaikum wr wb Umi…
    ah kangen dengan umi nih, maaf baru berkunjung kesini
    postingan umi benar-benar luar biasa heheehhe.cinta memang tak memandang semua itu yah umi *merasa* hanya terus berdoa semoga kita menjadi wanita yang sholehah :)

    salam sayang selalu untuk umi
    wiwing

    • SITI FATIMAH AHMAD January 11, 2011 at 3:55 pm #

      Wa’alaikum salaam Wr Wn Wiwing…

      Alhamdulillah, Umi juga kangen sama Wiwing. Terima kasih ya atas kunjungan yang mengobat rindu Umi selama ini.

      Iya Wing, cinta kan satu perasaan dua jiwa yang tidak dikotori oleh umur. Umur hanya jarak masa yang memisahkan tetapi cinta adalah pendakap yang menyatukan jeda tersebut. Semua itu kan selalunya kita kembali kepada takdir yang menemukan.

      Yang penting kebahagiaan terbina hasil dari cinta yang disemai walau seburuk mana wajah yang melatarinya, bukan sebagai kayu ukur untuk tidak bisa menerima seseorang dalam kehidupan ini. Tiba2 aja Umi teringat filem “Beauty and The Beast.”

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim. Mudahan kita bisa menjadi wanita sholehah yang disebut sebagai perhiasan dunia oleh Allah di dalam al-Quran, Wing. Insya Allah ya. :D

      Salam sayang kembali selalu untuk Wiwing di sana.

  4. kang ian dot com January 11, 2011 at 10:29 am #

    kayanya lebih dewasa deh bun dari segi berfikir dan mengambil sikap.. ^^ salam sayang dari bogor :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 11, 2011 at 3:58 pm #

      Hai Kang Ian…

      Terima kasih hadir kembali. Gimana khabar penganti baru ini ? Pasti sedang melalui saat2 kebahagiaannya.

      Benar, wanita berumur lebih matang dan dewasa dalam banyak hal. Lebih-lebih lagi kalau berilmu dan berilman.

      Salam mesra kembali. :D

  5. dina.thea January 11, 2011 at 11:30 am #

    Assalamu’alaikum Bunda Siti atau Umi siti, baru maen2 ke sini neh. Wah lihat ditas ada yg umurnya 106 nikah ke umur 37, benar2 amazing. Kalo sudah jodoh emang ga akan lari kemana ya

    • SITI FATIMAH AHMAD January 11, 2011 at 4:18 pm #

      Wa’alaikum salaam Dina.Thea…
      Alhamdulillah, senang mendapat kunjungan Dina hari ini. Silakan mampir lagi kalau ada luang masa.

      Memang, amazing sekali sehingga hal ini menjadi berita sensasi di Malaysia. Perkahwinan keduanya dimaklumkan supaya tidak timbul fitnah kerana lelaki muda itu, sebelumnya menumpang di rumah nenek tersebut. Iya.. itu hanya sebab sahajakan… yang benar, kerana jodohnya sudah sampai.

      Semoga bahagia mbak Dina.
      Salam manis dari saya. :D

  6. Fir'aun NgebLoG January 11, 2011 at 1:27 pm #

    assalaamu’alaikum…

    bunda, buat saya berapa pun umurnya seorang wanita, yang penting sholehah, saya mau lho!
    klo bunda punya stok, boleh saya pesan satu?… :D hehehe

    my last post: Mobil Keluarga Ideal Terbaik Indonesia

    • SITI FATIMAH AHMAD January 11, 2011 at 4:29 pm #

      Wa’alaikum salaam Mas Argun…
      Hehehe… apa saya ini emangnya ada stok ? :D
      Kalau tidak bisa dengan satu aja, usah tambah dua lagi mas Argun, bisa pusing nanti.

      Semoga berbahagia dengan yang ada dahulu. Yang tambahannya bisa diatur kalau syarat2nya sudah cukup dan layak diterima. :D

      Postnya keren mas. kalau saya, pilihan masa kini adalah HONDA FREED. Sesuai untuk saya yang sukakan gaya eksekutif ketika memandu…. akan terlaksana sebelum akhir tahun ini…mudahan. Salam mesra selalu.

  7. bundamahes January 11, 2011 at 1:37 pm #

    yang pernah saya baca kabar yang Wook Kundur itu Bun, feel amaze!!! :)

    bagaimanapun, usia bukanlah indokator kedewasaan seseorang

    • SITI FATIMAH AHMAD January 11, 2011 at 8:15 pm #

      Hai BundaMahes…

      Benar… satu kisah yang menggemparkan bumi Malaysia satu ketika dahulu. Tidak ada yang dapat menghalangi kehebatan cinta kecuali mati.

      Salam manis mbak :D

  8. DikMa January 11, 2011 at 2:06 pm #

    wah,terimakasih artikelnya bunda

  9. Mas Mot January 11, 2011 at 2:37 pm #

    Lelaki sangat mendambakan wanita yang mau menghargainya dan menempatkan dirinya sebagai lelaki pemimpin.

    Dan lelaki sampai tuapun tak akan pernah kehilangan sifat semasa kecilnya sehingga sering ingin dimanja.

    Sepertinya wanita berumur sangat memahami hal-hal diatas dibandingkan dengan wanita muda.

    Inspiratif Umi…..saya senang membaca tulisan Umi diatas.
    Salam dari Ponorogo Jawa Timur.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 3:22 pm #

      Hai MasMot…

      Terima kasih atas tambahan infonya. Khusus dari MasMot untuk wanita kerana hanya lelaki sahaja yang tahu apa yang dimahunya dari wanita ini.

      Senang juga dengan kunjungan dari MasMot. Harap betah kemari lagi. Salam ceria selalu.

  10. genksukasuka January 11, 2011 at 3:40 pm #

    kren banget mendalam dan puanjang, aku blum sempet baca bun…
    tapi jujur editanya keren fotonya ajrin donk… :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 3:25 pm #

      Hai GenkSukaSuka…
      Silakan GSS, kalau ada luang masa untuk membacanya.
      Fotonya biasa-biasa aja. Hanya diedit guna powerpoint (ppt. :D

  11. bchree January 11, 2011 at 8:00 pm #

    wah bunda ni pinter banget cari ide tulisan
    datanya juga lengkap
    gambarnya juga bagus (edit sendiri ya bun?)
    CINTA TIDAK MENGENAL USIA YA BUND.
    bunda tidak ikut lomba di http://newblogcamp.com/
    wah kalau lihat kemampuan bunda pastinya peluang menang besaaaarrr.
    salam hormat dari lumajang

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 3:38 pm #

      Hai Bchree…

      Terima kasih atas penghargaan juga info tentang lomba nulis di atas.Fotonya iya, diedit sendiri guna ppt.

      Hehehe… sokongannya mantap sekali, terima kasih lagi ya. Inda apa kok, biar Bchree aja ganti untuk ikut lombanya. Syaratnya jelas, hanya bahasa Indonesia aja yang diguna. Kan blog saya blog Malaysia, maka ditolak terus dong.

      Salam ceria selalu.

      • bchree January 14, 2011 at 10:51 pm #

        bunda pastinya pinter bahasa indonesiakan? ayo buruan bun …. heeee
        ngomong2 nih, (maaf banget) bunda aktivitas sehari2 apa yach?kok ada waktu tuk jalanin blog segini rame, apa bapak (suami bunda) tidak terganggu? …..
        boleh dijawab boleh tidak kok

        • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 9:09 pm #

          Hehehe… bisa aja nih. Saya belum bisa menguasai bahasa Indonsia dengan baik. hanya dapat sedikit aja. Terima kasih atas dukungannya, insya Allah di masa depan kalau sudah bisa menguasai dengan baik, akan dicoba.

          Hehehe.. saya jarang BW, namun saya sangat berterima kasih kepada sahabat2 yang selalu ingat saya dan masih sudi ke blog saya. Untuk BW saya perlu mengambil masa senggang berehat ketika di kantor dan sedikit di waktu malam sambil2 buat kerja rumah. itupun pada blog yang sempat didatangi berdasarkan komentar di blog saya.

  12. HALAMAN PUTIH January 11, 2011 at 8:54 pm #

    Siapapun yang sudah dilanda cinta pastilah ia akan terlena, kerana cinta bisa hinggap pada siapa saja tanpa memandang perbedaan usia yang sudah terpaut jauh.

    Posting yang amat baik Bu Fatimah…

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 3:57 pm #

      Salam hormat buat sahabat, Halaman Putih…

      Terima kasih atas tambahannya.Saya setuju. Cinta juga adalah gabungan antara kenikmatan dan kepedihan. Yang mengenal cinta tidak akan pernah mengenal rasa takut.

      Salam mesra selalu.

  13. tengku January 12, 2011 at 9:20 am #

    selamat pagi…!
    pagi yang cerah untuk berkunjung ketempat sahabat.
    Semoga hari ini lebih menyenangkan dari hari kemarin…

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 4:01 pm #

      Hai Tengku…

      Selamat sore dan salam kenal.
      Terima kasih atas kunjungan dan berharap beroleh kebaikan di sini.

      Amiin… Ya Aziz Ya Ghaffar, mudahan ada kebaikan di hari yang mendatang juga.

  14. wahyu nurudin January 12, 2011 at 10:19 am #

    rasulullah dulu istri nya juga wanita berumur

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 4:04 pm #

      Iya benar Wahyu, sudah saya singkap sedikit kisah kedua insan agung ini. Semoga kita beroleh pedoman darinya. Amiin.

  15. atikah January 12, 2011 at 11:20 am #

    Subhanallah. postingannya mantab banget.

    Umur tidaklah boleh jadi pemisah ketika cinta dua hati telah menyatu apalagi karena cinta pada Allah. Semoga saya mampu menjadi wanita sholehah.

    Salam dari lampung, indonesia.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 12, 2011 at 4:12 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih Atikah atas apresiasinya. Amiin… semoga diperkenankan Allah SWT untuk menjadi wanita solehah di dunia dan akhirat. Cinta kerana Allah akan selalu membawa keindahan dan kebahagiaan dalam hidup ini.

      Salam mesra selalu. :D

  16. achoey el haris January 12, 2011 at 11:35 am #

    Assalamualaiakum Bunda

    ketika usia bukan lagi penghalang
    kalau jodoh sudah menjelang
    wanita berumur diharapkan jauh dah lebih dewasa
    sholeh tentu saja yang didamba :)

    Salam dari Bogor

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 9:00 am #

      Wa’alaikum salaam nanda Achoey….

      Bunda senyum membaca tulisan nanda di atas, seperti membaca sebuah prosa yang dinukil indah. Terima kasih ya kerana sudah berbagi.

      Alhamdulillah, kini Achoey sudah beroleh wanita solehah sebagai suri hidup. Bunda selalu doakan kebahagiaan buat nanda berdua. Amiin.

      Salam mesra selalu dari bunda. :D

  17. tpamuhtadin January 12, 2011 at 3:38 pm #

    Membaca posting Bunda ini menjadikan kita semakin memahami bahwa betapa penting kedudukan saling memahami dalam sebuah hubungan. Saling memahami adalah upaya hati untuk bisa mengerti terhadap orang yang kita cintai. Dengan demikian, kan terbina sebuah hubungan yang harmanis dalam rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 10:43 am #

      Hai Tpamuhtadin…

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung kemari.
      iya… untuk mewujudkan hubungan yang baik harus dimulai dengan sifat kesefahaman dan saling mempercayai. Cinta tidak akan wujud dengan mudah jika tiada aliran kesefahaman mengalir dalam jiwa kedua-duanya.

      Salam mesra.

  18. Astra satria January 12, 2011 at 3:38 pm #

    Cerita bunda merupakan kenyataan-kenyataan yang banyak terjadi selama ini, usia memang tidak bisa menjadi penghalang dalam menjalin suatu hubungan cinta, artikel yang berbobot bunda

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 10:46 am #

      Hai Astra…

      Benar… kisah cinta ini memang berlaku di sekeliling kita dan cinta itu tidak pernah mengenal usia. Cinta itu tidak dapat dipikat seperti burung, tetapi ia datang sendiri kerana mempunyai perasaan yang sama.

      terima kasih atas komentarnya.
      Salam ceria.

  19. hajriansyah January 12, 2011 at 7:04 pm #

    postingan yg menarik!
    lama tak berkunjung, sekalinya berkunjung dapat tulisan yg bagus. terima kasih.

    salam hangat dari banjarmasin

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 3:38 pm #

      hai Hajri…
      Alhamdulillah, senang menerima kembali kunjungan dari Hajri setelah sekian lama tidak bersapa. Maafkan saya kerana demikian juga. Insya Allah akan bertandang ke blog Hajri tika ada luang waktu nanti.

      Terima kasih ya. salam hangat kembali.

  20. fety January 12, 2011 at 8:32 pm #

    artikel yang menarik, bund :) moga banyak yang membacanya, karena bnr2 bermanfaat, bund.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 3:39 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih fety atas apresiasinya. Mudahan beroleh manfaat dari kongsian bersama ini. Beruntung jadi wanitakan ? hehehe…

      Salam manis selalu. :D

  21. mrpall January 12, 2011 at 9:05 pm #

    Subhanallah,,, bagus banget Bunda Fatimah postingannya,,,,

    Saya sangat mendambakan wanita Sholehah ^^

    dan saya telah mendapatkanya saat ini…..

    Salam hangat selalu…..

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 3:41 pm #

      Alhamdulillah atas penghargannya, MrPall.
      Senang mengetahui MrPall sudah punya wanita solehah seperti yang didambakan. Didoakan sentiasa bahagia hingga akhir dunia.

      Salam hangat kembali.

  22. cahayabali January 13, 2011 at 9:46 am #

    emang susah kalau cinta itu sudah bicara, hal2 yang kita anggap ngak mungkin akan bisa terjadi kalau ada campur tangan cinta.
    bahagialah orang2 yang sudah mendapatkan cinta sejatinya :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 9:54 pm #

      Hai Cahayabali…

      Hehehe… iya. Saya setuju mbak. makanya campur tangan cinta bisa merobah segala persepsi manusia terhadap banak perkara. Semoga mbak juga menemui kebahagiaan dalam cinta sejati.

      Terima kasih ya atas kunjungan dan salam kenal dari saya. :D

  23. masyhury January 13, 2011 at 11:16 am #

    Assalamu alaikum, bunda

    Saya tidak tahu hendak berkomentar apa. Postingan ini sangat menarik dan lucu sekali. :D
    Cinta memang tak mengenal usia, tapi kalau saya berharap, saya tak maulah menikah dengan yang terlalu tua,, pasti banyak sekali tantangannya,,
    hemm,,,

    salam hangat selalu,, ^__^

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 10:26 pm #

      Wa’alaikum salaam Masyhury…
      hehehe… apa yang lucunya ?
      Iya udah, kalau tidak mahu menikah yang terlalu tua, pilih aja yang sederhana dan menurut pilihan sendiri. Jangan dipaksa-paksa. Cinta ini dilakukan dengan rela tanpa paksaan. Semoga bertemu yang secocok di hati Masyhury nanti. Saya doakan kebahagiaannya.

      Salam hangat kembali.

  24. Azzahra January 13, 2011 at 11:21 am #

    Tulisan yang sensitif bagi kaum perempuan.
    Dikupas habis oleh perempuan, tetapi tidak saja hanya untuk kaum perempuan.

    Untungnya yang menulis perempuan, sehingga mengetahui betul seluk-beluk perempuan.

    Salut atas bahasannya, yang mengedepankan ‘mutiara’ bagi perempuan yang telah melewati era keemasannya bagi dayatarik kecantikannya.

    Sungguh beruntung jadi perempuan.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 10:33 pm #

      Hai Azzahra…

      Saya suka membaca komentar yang dinukilkan kerana berlainan persepsi dari yang lain. Sungguh ia luar dari kotak dan memberi gambaran tentang nilai wanita menurut persepsi wanita sendiri walau terhasil dari kaum lelaki.

      Masya Allah, begitu sekali Allah meletakkan “penghormatan” kepada wanita berumur agar mereka mengerti bahawa semakin berumur mereka semakin banyak manfaatnya sesuai dengan peringkat umur masing2. Ia ibarat seperti buah kelapa tua, semakin tua semakin banyak santannya untuk dinikmati dan sedap aromanya kalu digaul dengan apa jenis hidangan. Oleh itu, wanita berumur harus menghargai diri mereka.

      Terima kasih Azzahra atas apresiasi yang berbobot buat menilai postingan saya. Salam mesra selalu. :D

  25. bintangzohra January 13, 2011 at 12:35 pm #

    Assalamualaikum, Fatimah

    Menurut Hadith Shahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ketika itu Rasulullah menyahut: ” Aku telah dikurniai kecintaannya…” Itulah dia Ummul Mukminim Sitti Khadijah.

    veteran women, experience…
    some say, “love is not blind but it got one eye.”

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 11:11 pm #

      Wa’alaikum salam Zohra…
      Terima kasih atas tambahan hadis yang bermanfaat buat kita semua. Hehehe… cinta itu memang tidak buta, kawan. tetapi yang buta adalah mata manusia bukan hatinya.

      Terima kasih kerana betah kemari.
      Salam manis selalu. :D

  26. info dot com January 13, 2011 at 4:34 pm #

    assalamualaikum…boleh bergabung?

    • SITI FATIMAH AHMAD January 13, 2011 at 11:14 pm #

      Wa’alaikum salaam InfoDotCom…
      Boleh, silakan.
      Terima kasih kerana sudi.

  27. Amien January 13, 2011 at 6:46 pm #

    Assalaamu’alaikum Wr..Br..
    Bunda,bagaimana kabar bunda dan family,mudahan sehat wal afiat dan senantiasa dlm lindungan Allah swt.Amiiin…

    Bunda,saya juga menikah dengan wanita yang lebih tua dari saya.Usia istri 38 tahun sedangkan saya usia 30 tahun,terpaut 8 tahun kan bunda?Tapi tak mengapa,cinta memang tak mengenal usia.Kamipun menikah dengan didasari saling mencintai dan menyayangi.Saya menikah baru 5 bulan bunda,doakan ya bunda,semoga saya bisa membina keluarga yang baik,menjadi keluarga yang sakinah,mawadah dan warahmah..

    Salam dari saya Untuk Bunda dan Family. (Amien-BANYUMAS JAWA TENGAH INDONESIA)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 8:44 pm #

      Wa’alaikum salaam Wr Wb Amien…
      Amiin… Ya Adl Ya Aziz.Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat. Didoakan Amien dan isteri juga demikian di sana.

      Subhanallah, saya senang mengetahuinya dan kenyataan Amien adalah yang pertama di sini. SELAMAT PENGANTIN BARU ya.

      Saya doakan selalu bahagia juga amanah dalam menjaga kerukunan rumahtangga. Satu kenyataan yang harus diterima oleh semua pihak bahawa cinta tidak mengenal usia dan cinta selalu membuat kita jadi muda.

      Salam ceria selalu.

  28. wits January 13, 2011 at 6:49 pm #

    wahhh..ceritanya menggugah sekali., Wit jd mikir jg, ternyata fenomena ini ada juga disekitarku. Tp, yg pasti mslh jodoh itu rahasia Allah, kita kan gak akan pernah tau ya Bun. Tp, ya inilah fenomena kehidupan, mnrt pemikiran kita sbg manusia. Tp, menurut Sang Pencipta, ini merupakan bukti dari kekuasaanNya. wallahualam.

    yg pasti, some times love is blind. salam

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 8:52 pm #

      Hai Wits…
      Alhamdulillah, mudahan akan ramai yang menyadari fenomena ini kerana ada juga ibu bapa yang menentang perkahwinan anak lelaki muda mereka dengan wanita berumur sedangkan hal ini bukan lagi luar biasa, malahan sudah lama terjadi sepanjang perjalanan kehidupan manusia.

      Terima kasih Wits atas kongsian yang bermakna. bunda senang membacanya. hehehe.. cinta itu memang buta kerana ia tidak bermata. Salam manis selalu.

  29. Kakaakin January 13, 2011 at 10:23 pm #

    Tentu, Bunda…
    saya juga telah banyak melihat di sekitar saya :)

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 8:55 pm #

      Hai mbak Akin…
      Jika demikian, fenomena ini sudah menjadi lumrah dan tidak perlu diherankan lagi. :D

  30. yusuf January 14, 2011 at 9:29 am #

    Cinta itu tidak mengenal usia, status, rupa dan juga harta.

    Jika cinta memandang dari harta, jika harta itu habis berarti tidak ada lagi cinta.

    jika cinta memandang rupa, jika sudah tiba masa tua dan keriput maka sirnalah cinta.

    Cinta adalah anugerah.

    sudah lama saya tidak berkunjung Bunda Siti..
    sebab baru ada waktu longgar untuk menulis lagi.

    salam dari yusuf dan istri…

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 8:58 pm #

      Hai Yusuf…

      Alhamdulllah, senang mendapat kunjungan dari Yusuf. Semoga segala tugasannya dapat dilunasi dengan baik. Silakan mampir lagi jika ada luang waktu.

      Saya setuju, cinta adalah anugerah Allah yang paling indah pernah diberi kepada manusia. Bagaimana manusia mengurus cintanya, terpulang kepada manusia itu sendiri.

      Salam mesra kembali buat Yusuf dan isteri.

  31. Arik Agustini January 14, 2011 at 9:56 am #

    hallo bunda…wah tulisannya keren banget…cinta dan jodoh tidak mengenal usia….kenyataan ini banyak terjadi disekeliling kita

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 9:01 pm #

      Hallo Arik Agustini…
      Alhamdulillah, semoga beroleh kebaikan darinya. Kenyataan inilah yang harus kita terima sebagai menghormati fenomena yang tidak dapat disangkal lagi.

      Salam ceria.

  32. neni January 14, 2011 at 11:21 am #

    MasyaAllah, AllahuAkbar, tidak ada yang tidak mungkin jika Allah menghendaki..subhanallah..,

    gambarnya sama dengan gbr aku bunda..hehe…

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 9:16 pm #

      Benar Neni, semua urusan dalam perhatian Tuhan. Semoga kita selalu mensyukurinya.

      hehehe… benar Nen, sama. Bunda ambil dari google.
      Salam manis selalu.

      • neni January 19, 2011 at 12:56 pm #

        sama dong bunda, neni juga search digoogle..hehe

  33. mamung January 14, 2011 at 1:22 pm #

    waah hebat ya lelaki yang memilih wanita berumur, kebanyakan lelaki pasti milihnya yang sebaya atau yang lebih muda..

    bagaimana kabar bunda siti? maaf ini saya baru berkunjung lagi :D

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 9:39 pm #

      Hai Muhammad…
      Alhadulillah, saya sihat dan baik aja.
      Hebat lagi kerana wanita berumur mahu menerimanya. :D
      Apapun, yang penting faham tanggungjawab yang dipikul masing-masing. Bukan sekadar memiliki cinta semata-mata.

      Terima kasih atas kunjungan. Semoga beroleh manfaatnya.

  34. Kelabang's Blog January 14, 2011 at 4:17 pm #

    Apa pun alasannya, kalau dah jodoh, takkan kemana, bahkan cinta terkadang tak membutuhkan suatu alasan, cinta ya cinta.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 15, 2011 at 9:53 pm #

      Hai Zulfa…

      Cinta ya Cinta, selalu membuat manusia bahagia dan menangis.

  35. MUXLIMO January 14, 2011 at 7:05 pm #

    Begitu membaca judulnya, saya langsung terkenang pada Siti Khadijah, Sang Ummul Mukminin. Segala yang Mbak Fatimah uraikan di atas mengenai ciri2 wanita berumur, ada pada beliau.

    Bahkan jika saya ditakdirkan menikahi wanita berumur, maka yang saya cari adalah jejak-jejak Siti Khadijah pada dirinya.. jejak-jejak perhiasan terbaik dunia…

    salam sayang dari saudaramu di Kalimantan Barat, Indonesia

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 7:46 am #

      Salam takzim akhi Muxlimo…
      Andainya takdir itu benar2 terjadi, saya mendoakan Muxlimo akan bahagia menemui wanita yang mempunyai jejak bunda Siti Khadijah yang agung peribadinya. Zaman mutakhir ini, memang sukar menemui “intan berlian” yang menjadi perhiasan dunia ini. Tidak dinafikan, wanita sebegini wujud tapi harus dicari dengan sabar. Mendapat yang seadanya namun masih dalam “kekuatan agamanya” sudah dikira sangat baik sebagai suri teladan. Mudahan dimudahkan Allah.

      Terima kasih atas kunjungan akhi yang menyenangkan. Maaf baru sempat membalas kerana kesibukan yang menyita waktu dan bw juga kurang kini.

      Salam hangat dan mesra selalu dari saya.

  36. abgreds January 14, 2011 at 9:42 pm #

    Assalamualaikum wbt. Bunda Siti..

    Jujurnya tidak punya pengalaman demikian di kalangan teman taulan. Apatah lagi bagi diri sendiri yang dilingkung alam laki-laki.

    Namun saya ikutkan saja kebaikkan dan persona yang dimaksudkan menurut kacamata wanita seperti puan. Itulah barangkali yang lebih dekat dengan kebenaran.

    Saya sesungguhnya yakin Allah Taala itu Maha Pengatur. Rencananya telah ditulis sejak azali bagi setiap insan. Justeru, dalam keadaan apa pun, dalam usia mana pun, sekiranya diizinkan-Nya, pasti terserlah tiap pesona.

    Lingkungan hidup kita sememangnya universiti terbuka. Tiap senario ada buah ilmu dan bunga hikmah. Menanti dikupas atau dijamah. Atau penyeri dibalik makalah…

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 7:56 am #

      Wa’alaikum salaam wr wb Abgreds…

      Begitulah Tuhan membuka lebar jalan bagi menampakkan keindahan bagi kaum lemah namun kuat jiwanya ini. Setiap zaman dan waktu yang dilalui oleh umur pasti ada keindahan dan pesonanya tersendiri.

      Allah tidak akan mensia-siakan setiap ciptaannya. Jika keindahan itu terhenti pada waktu dan peringkat tertentu, maka tidak ada manusia yang akan mengkagumi ciptaannya yang sama. Sungguh berbahagia bagi mereka yang mengerti.

      Kecantikan dan keindahan itu milik semua insan. Tidak ada yang cacat, cantik, hodoh dan bagus secara jasadi menurut pandangan Allah. Hanya takwa dan iman penentu segala kecantikan lahiriah dan batiniah.

      terima kasih atas info menarik yang dipaparkan. Saya selalu senang membaca komentar dari Abgreds yang mengesankan. Teruskan berkarya. Salam mesra.

  37. fitr4y January 14, 2011 at 10:46 pm #

    assalamu’alaikum bund…

    qu suka banget ma postingan bunda kali ini, rahasia wanita matang terbongkar habis di sini, tanpa di tutupi, bahkan ketika qu membuat cerpen percintaan tante Riana dengan berondong muda aja, banyak teman yang protes, tapi di sini bunda berani membuka semuanya,.

    trims bunda,

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 8:02 am #

      Wa’alaikum salaam Fitr4y…

      Alhamdulillah, semoga memperolehi manfaatnya untuk isian cerpen Fit pada masa akan datang. Jangan takur menerima kritikan atau protes daro pembaca Fit, bisa saja dijawab secara rasionalnya kenapa Fit menulis demikian.

      Menulis ini punya risiko tersendiri dan pastinya lebih menyeronokkan jika banyak komentar balas terhadap hasil tulisan kita. Lalu di sini, sebagai penulis Fit bisa belajar mempertahankan idea sendiri, bukannya menerima bulat2 idea dan protes orang lain.

      Ayuh… bicara yang benar agar yang benar tampak benar. Dampaknya, mungkin bisa membuka pandandan orang lain untuk menerima sesuatu yang tidak biasa mereka dengar dan lihat dalam lingkungan mereka sedangkan di tempat lain fenomena demikian sudah lama berlaku.

      Berhujahlah dengan sebaiknya. itu akan menambah ilmu dan kekuatan jiwa penulis sendiri.

      Selamat meneruskan perjuangan untuk cerpenmu dan saya akan senang membaca jika ada lanjutannya.

      Salam manis dari saya.

  38. Dian January 15, 2011 at 5:18 pm #

    Saya merasa bahwa banyak perempuan semakin berumur semakin mempesonakan. Benar demikian kah? :)
    Salam rindu

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 8:04 am #

      Hai mbak Dian…
      Iya dech mbak. Saya juga merasakan demikian. :D
      Mbak gimana ? :D
      Terima kasih ya atas kunjungannya.
      Salam rindu kembali.

  39. mrpall January 15, 2011 at 6:08 pm #

    Buat Ibu Siti fatimah Ahmad : saya akan menjelaskan..Kenapa minat makan nasi kucing ? ceritanya pada saat saya kuliah dulu beberapa taon yg lalu tepatnya di kota suarabaya, pada saat itu keadaan saya sangat sulit sekali dan uang saku yg saya bawa sangat pas pasan…hmmm tiap hari harus makan seadanya asal perut terisi, setiap saya makan cuma bisa beli nasi bungkus yg hanya sedikit sekali porsinya agar uang saku saya cukup…..yah seperti porsinya kucing…hehehe….
    setelah sekarang saya bisa melakukan apa saja yg ingin saya lakukan saya ternyata gak bisa meninggalkan/melupakan makan nasi bungkus yg seperti saya makan waktu itu dan karena porsinya sedikit dan menunya seadanya maka di namakan nasi kucing……

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 8:08 am #

      Hai Mrpall…
      Terima kasih atas maklumannya di sini. Saya dengan senyum senang membacanya.

      Kalau begitu, semasa saya belajar dulupun, saya selalu makan nasi kucing ini dan ada ketika sekarang ini juga berbuat demikian terutama ketika aktiviti berkhemah. Satu kenangan yang bagus untuk dikongsi bersama pembaca. salut ya dan trims dari saya.

      Salam ceria.

  40. teguhsasmitosdp1 January 16, 2011 at 1:16 am #

    Selamat malam mama,…..maaf lama gak meninggalkan jejak, wanita memang identik dengan keindahan, maka jagalah keindahan itu dengan merawat sebaik-baiknya, dan menyiramnya setiap saat agar tidak layu dan jangan dikotori dengan debu maksiat. salam persahabatan selalu dari Pekalongan.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 3:04 pm #

      Selamat siang Kang Guru, mas Teguh…

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan. Iya, wanita memiliki kecantikan unik yang tidak ada pada mana-mana makhluk bernyawa yang lain.

      Ciptaannya sangat halus, indah dan mempesona. Hanya sahaja ramai wanita mengeluh kerana merasa diri tidak cantik sedangkan kecantikan adalah sesuatu yang abstrak dan subjektif.

      Semoga wanita tahu mensyukuri ciptaan dirinya dan tahu membawa diri ke mana sahaja dia berada. Saya berbangga menjadi wanita. Salam persahabatan kembali.

  41. bluethunderheart January 16, 2011 at 7:24 pm #

    malam bunda
    blue datang saat cinta itu meninggalkan jiwa ini,semalam saat bergantinya sebuah tahun.Blue datang lagi berbijak disini diperamahan rumah kasih bunda untun kita senmua
    bunda yng blue sayangi.apapun bentuk rasa yang terpancar dari azaz kecemerlangan sang cinta tak ada satupun yang bisa menggantikan cinta sang wanita yang kita sebut Ibu.
    bunda
    disini blue datang menyapa dengan penuh kerinduan ang sangat mendalam pada sapa bunda sekeluarga disana
    salam hangat dari blue
    selalu ad doa untuk kebahaguaan serta kesehatan bunda sekeluarga disana

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 3:13 pm #

      Selamat sore Blue…
      Alhamdulillah, bunda sehat dan baik-baik aja.

      Senang menerima kunjungan dari Blue yang selalu hangat dengan bicara nan sopan.Semoga baik dan bahagia selalu dalam setiap jejak langkah membumi kehidupan ini. Semoga selalu beroleh kebaikan di taman ilmu bunda sebagai bekal diri menyelusuri kenikmatan hikmahnya.

      Terima kasih atas semua rasa yang hadir mengharumkan taman bunda ini. Bunda mendoakan kebaikan tetap bersama Blue dengan segala kebaikan yang dilancarkan ke hati nurani seorang bunda.

      Selalu ada doa dari bunda buat Blue dan keluarga besar kita di sana. Salam hangat kembali dari bunda.

  42. Anak Brayan January 17, 2011 at 8:56 am #

    Ini yang saya alami sekarang mba..
    “oedipus Complex”

    http://dasarbisnisonline.blogspot.com/2011/01/oedipus-complex.html

    • SITI FATIMAH AHMAD January 17, 2011 at 3:59 pm #

      Hai Anak Brayan…

      saya sudah ke blog anda. Tulisan anda yang bersamaan dengan tulisan ini malah lebih mantap lagi kerana disertai sejarahnya, sungguh memberi info tambahan yang bagu buat saya dan pembaca lainnya. Malah mencerah dan mengesankan.

      Maafkan saya kerana tidak dapat menitip pesan lantaran blog anda andalah blogspot.com yang selalu membuat saya kecewa tidak dapat membalas kunjungan kecuali dengan adanya shoutmix box baru saya dapat berbals kunjungan. Hal ini disebabkan saya tidak punya akun “bagus” untuk menembusi gawang blogspot.com.

      Semoga apa yang anda alami kini bisa membahagiakan anda. Terima kasih ya sudi berbagi hikmah di sini. Saya sangat menghargai link ke blog anda. Salam kenal.

  43. sayyidahali April 26, 2011 at 11:13 am #

    subhanallah..indah sekali,,
    cinta dan jodoh..memang tak memandang jarak usia dan tempat..subhanallah..cinta cinta..salam kenal bunda..dari kalimantan selatan

    • SITI FATIMAH AHMAD April 28, 2011 at 10:43 am #

      Hai Sayyidahali…

      Cinta adalah untuk semua yang bernyawa. Tiada batas yang menghalangnya sama ada usia, akal, tempat dan jarak. Hanya mereka yang mengalaminya mampu menempuh segala tantangan untuk menyatukan diri untuk menemui kebahagiaan yang diimpikan.

      Salam kenal kembali dan terima kasih sudah hadir menyapa kemari.

      Salam mesra. :D

  44. iinastri November 27, 2011 at 6:52 pm #

    ass umi salam kenal
    umi aku mau curhat minta pin bb nya dong

    iin astri_medan

    • SITI FATIMAH AHMAD February 3, 2012 at 9:04 pm #

      Wa’alaikum salaam Iinastri…

      Maaf ya, saya ngak punya pin bb.

      Salam kenal Iinastri.

  45. sabree hussin February 3, 2012 at 8:39 pm #

    saya secara peribadi pun lebih mudah jatuh hati dengan wanita yang lebih berusia berbanding dengan yang sebaya ataupun lagi muda..

    tapi andai kata dah jodoh, saya tetap terima tak kira lah berapa usia nya

    • SITI FATIMAH AHMAD February 3, 2012 at 9:09 pm #

      Cinta hakikatnya bukan kepada usia, rupa atau fizik. tetapi cinta itu adalah sebuah perasaan yang tidak ada sesiapa yang mampu menghalangnya untuk meredah mana-mana hati yang telah menyentuhnya.

      Semoga saudara mendapat jodoh yang mencintai saudara.
      Terima kasih sudah berjejak ke blog saya.
      Salam kenal.

  46. Dimas Prabu Arbas June 6, 2012 at 2:01 pm #

    Oye,ane sangat merindukan

  47. shortpend August 13, 2012 at 11:34 pm #

    nice! sangat menarik. selalu ada cerita di balik kata cinta. kadang mengharukan, menyedihkan, menggembirakan ataupun menyakitkan…tapi cinta dalam selimut iman, itu berbeda. selalu syahdu….insyaallah. I love this writing…salam kena

    • SITI FATIMAH AHMAD August 15, 2012 at 1:36 pm #

      Cerita cinta tidak akan pernah mati selagi nyawa manusia di kandung badan dan selagi ada yang ingin meraihnya. Cinta berlandaskan iman dan kerana Allah swt akan dinaungi kasih sayang Allah jua.

      Terima kasih Shortpend (kenapa namanya kedengaran aneh ya ?)
      Salam kenal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 169 other followers

%d bloggers like this: