CT32. MENULIS TANPA BUKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Mengimbas kembali pertanyaan seorang pembaca blog Meneroka Minda Sukses (kini: KuasaSukses.com) kepada saya. “ Bila nak keluar buku ? “ Soalan yang begitu menyentuh hati saya. Saya membuat interpretasi mengapa pembaca tersebut bertanya demikian. Mungkin dia pernah membaca komentar-komentar yang pernah saya tulis di blog saudara Ahmad Fadzli Yusof di atas.

Di awal pembabitan saya dalam dunia internet, blog pakar motivasi profesional, Fadzli Yusof menjadi medan terawal untuk saya mencurahkan idea-idea yang bergenang di kolam minda sebelum mempunyai blog sendiri. Sehinggakan blog beliau seperti blog saya sendiri kerana banyak dan panjangnya komentar yang ditulis seperti menulis posting pula.

Terima kasih kepada para blogger yang sudi mencapai tulisan saya untuk dimuatkan dalam blog mereka. Ambillah bahan saya, asalkan disebut sumber galiannya dan tautkan alamat blognya. Jangan “mencuri” dan kemudian meletakkan nama sendiri pada idea orang lain.

“Pembaca diizinkan mengutip artikel tulisan atau koleksi peribadi yang terkumpul di blog saya ini dengan menyertakan sumbernya (url blog) sebagai bentuk kejujuran intelektual atas tujuan kebaikan dan manfaat untuk semua.”

Demikian kata harapan dari saya kepada pembaca blog di ruang PROFIL berhubung dengan hak saya sebagai pemilik idea-idea asal tulisan. Tidak dinafikan bahawa sebaik sahaja tulisan kita diterbitkan di ruang maya, media massa, media cetak atau sebagainya, tulisan itu telah menjadi hak umum untuk santapan minda dan hidangan rohani para pembaca sebagai satu pencerahan ilmu yang dikongsikan bersama.

Walau bagaimanapun, bentuk kejujuran intelektual harus diterapkan bagi menghormati pemilik idea-idea asal tulisan. Bukan “lokek atau kikir” dengan ilmu kerana yang memiliki ilmu adalah ALLAH SWT.  Ilmu itu untuk disebar dan dikongsikan sesama kita bagi mendapat manfaat dan faedahnya walau dengan SATU AYAT.

Tetapi harus ingat, jika selalu melakukan aktiviti “mencuri” alias “plagiat”, tentu sekali tidak menguntungkan. Malah mendatangkan kerugian. Secara tidak langsung “si pencuri” tidak akan pernah belajar menulis dan menjana idea sendiri. Hargailah diri sendiri. Seseorang itu akan dihargai apabila dia tahu membuat dirinya sendiri berharga.

“Tidak perlu anda bersedih kerana tidak dihargai orang tetapi bersedihlah apabila anda tidak berharga.” – KONG FU TSE

Untuk boleh menulis dengan baik, bacalah tulisan orang lain. Kemudian berlatih menulis dengan idea sendiri. Menurut saya, mengambil contoh cara penulisan orang lain yang sudah mahir menulis bukan satu kesalahan kerana kita menceritakan pengalaman sendiri melalui cara fikir kita. Ingat. Bukan mengambil tulisan orang lain lalu meletak nama sendiri. Sungguh memalukan jika perkara ini diketahui.

Blog adalah satu usaha awal sebagai wadah tulisan tanpa buku yang sangat efektif. Tulis idea-idea hebat anda di blog. Tidak semua orang mampu mempunyai blog dan anda telah memilikinya sekarang. Maka, jangan disia-siakan bakat juga potensi  sedia ada untuk menulis sesuatu  idea yang boleh mengubah persepsi kita terhadap susahnya menulis.

Setiap idea yang dihasil adalah ditulis dari darah fikir sang penulis. Seni menulis yang kita miliki adalah satu kuasa yang dialirkan oleh otak yang hebat dalam menghasilkan idea-idea yang hebat juga. Jangan bimbang untuk dikritik kerana penulisan di blog memberi satu keistimewaan dengan membuka diri kepada komentar. Setiap komentar adalah hadiah bagi idea-idea dari keringat tulisan kita.

Oleh itu, bagi merealisasikan impian agar terhasil tulisan untuk dibukukan, saya perlu mencari semula bahan-bahan tulisan lama saya untuk diarkibkan dalam blog saya. Maklumlah masa berlalu begitu pantas, banyak virus-virus yang telah memusnahkan sebahagian tulisan yang disimpan dalam keadaan lalai kerana tidak bertindak bijak untuk membuat “backup”. Syukur khazanahnya masih dalam internet.

Seperti tersedar bahawa selama ini, ya… ada sesuatu yang belum tercapai walau sekian lama mengidamkannya. MENULIS BUKU. Menghasilkan sebuah buku. Apa yang berlaku sekarang, saya masih MENULIS TANPA BUKU. Tanpa menghasilkan apa-apa buku yang boleh diterbitkan. Sebuah buku boleh dapat mendatangkan kepuasan kepada seorang penulis yang bergiat cergas dalam bidang penulisan. Kepuasan itu belum tercapai oleh saya.

Mengapa ya….saya sendiri kurang pasti atau malas untuk memastikannya. Mungkin memikirkan bahawa saya sememangnya tidak ada masa untuk mempromosikan buku ke sana sini. Natijahnya ….ia berlalu begitu sahaja. Ada juga beberapa teman yang cuba membantu, namun saya menolak. Tuan Ersis juga pernah bermaksud demikian, saya tetap menyepi seribu bahasa. Terima kasih buat sahabat semua yang tahu menilai erti kepayahan seorang penulis seperti saya, untuk membantu menyiarkan hasil perit otak ini agar dikenali tulisannya di khalayak umum. walau hanya di maya.


Mungkin sekarang saya berpuas hati walau masih MENULIS TANPA BUKU. Ya…tentunya kita mengetahui untuk menghasilkan sebuah karya buku, bukan suatu perkara yang mudah jika tiada kesabaran dan komitmen yang tinggi. Namun ilmu yang dikongsikan bersama para pembaca adalah “buku hidup” saya, yang dikeluarkan dari kilang minda untuk bacaan bersama.

Saya sudah mempunyai tiga generasi blog  untuk dikongsikan bersama teman pembaca. Semuanya atas nama LamanMenulis Gaya Sendiri. Sila nikmati curahan minda saya. Malah sangat gembira jika ada yang memberi nilai pada tulisan saya untuk diketahui kekuatan atau kelemahan idea-idea yang dicanaikan.

Sebenarnya seorang penulis, lebih banyak membaca daripada menulis. Namun sebelum menulis, dia lebih banyak berfikir agar tulisannya bermanfaat untuk kongsian bersama.

Apabila anda tidak ingin dilupakan orang segera sesudah anda meninggal, maka tulislah sesuatu yang patut dibaca ataupun berbuatlah sesuatu yang patut diabadikan dalam tulisan.” – Benjamin Franklin

Namun jika anda tidak mempunyai keghairahan untuk menulis sesuatu idea, maka janganlah menulis kerana segala sesuatu yang ditulis hanya bagi menyenangkan penulisnya, tidak akan memberi nilai apa-apa. Jika tidak mempunyai kemahiran dalam penulisan, sebaiknya jadilah pembaca yang hebat.

“Membaca ibarat bola salji. Semakin ia bergolek, semakin ia besar dan laju” – Ahmad Fadzli Yusof-

Membaca menjadi seseorang itu berisi dengan kebijakan minda, berunding menjadikan dia siap siaga untuk menerima segala kritikan yang mendatang dan menulis menjadikan dia saksama dalam melaksanakan sesuatu melalui daya fikir yang mencerdaskan diri dan mencergaskan jasadi.

MENULISLAH WALAU TANPA BUKU. Pertama; CUBALAH. kedua; YAKINLAH.

*

SalamFatima3SalamFatima  24 Disember 2010 (Jumaat)/ 1505 petang- SARIKEI, SARAWAK


ILMU JIKA DIHARGAI…. meninggikan  darjat manusia. ILMU JIKA DICARI…. tidak pernah menguzurkan diri. ILMU JIKA DIPELAJARI…. menjadikan manusia terpelajar. ILMU JIKA DIKHIANATI…. manusia sendiri menjadi mangsa. Oleh itu, HARGAI, CARI dan PELAJARI ILMU dengan redha, ikhlas dan rela. JANGAN KHIANATI ILMU untuk menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Dari Allah ia (ilmu) datang, kepada Allah jua ia (ilmu) kembali.

– SITI FATIMAH AHMAD –

MENULIS DAN TERUS MENULIS BUAT YANG MAHU MENULIS


100 thoughts on “CT32. MENULIS TANPA BUKU

  1. Salam ketemu lagi bunda…

    Assalamualaikum…
    Setelah membaca kalimat kalimat bunda yang begitu apik, disana kutemukan seolah bunda sedang gundah, memikirkan karya karya bunda jangan sampai di copy paste oleh orang tanpa mencantumkan nama bunda. Menurut saya hal ini jadi ladang pahala bagi kita bunda.., ilmu semakin banyak menyebar maka akan semakin banyak hitungannya buat kita kelak, tabiat orang tidak sama bunda, jadi moga bunda tetap bersabar dan berbesar hati…
    Saya sering membaca tulisan tulisan bunda yang sepertinya memang sdh layak dibukukan.., tapi rupanya hal ini belum menarik minat bunda, yah…sekarang belum barangkali seiring perjalanan waktu nanti bunda akan berubah pikiran.
    Katanya kesempurnaan seorang penulis adalah jika sudah menerbitkan buku…, ya itu kan cuma istilah toh nyatanya sudah banyak sekali karya dari teman teman di web yang bermutu , termasuk karya2 bunda.
    Baiklah bunda… moga tetap terus semangat menulis untuk menghasilkan karya karya yang lebih baik lagi…..
    Semangattt……………

    Salam mesra sll from west java.

    • Wa’alaikum salaam Mas Cahyo…

      Alhamdulillah, senang menerima sapaan sahabat yang selalu berbobot komentarnya.

      Hehehee… maaf ya mas, ketika membaca tentang komentar mas tentang rasa gundah itu… sebenarnya tidak ada mas. malah saya senang kok tulisan saya diambil oleh sesiapa. 😀 Cuma yang saya mahu kongsikan adalah lebih baik kita menulis sendiri idea kita sebagai melatih kemahiran menulis dan menggunakan kepakaran minda kita untuk berfikir.

      Rentetan tulisan saya di atas (menulis url dan nama penulis asal), hal ini disedari apabila saya melayari beberapa blog yang tidak saya kenali di dunia maya atas sebab mencari bebrapa bahan, terdapat tulisan saya yang diambil langsung tanpa ada perubahan walau satu ayat, tetapi artikel itu ditulis atas nama pemilik blog tersebut. Apabila saya bertanya/berkomentar menyatakan itu adalah tulisan saya, terus komenar saya dibuang dan posting itu diblokir dari komentar.

      Jika kurnia akal Allah tidak digunakan, bagaimana harus kita meletakkan diri dalam gelar ULUL ALBAB iaitu orang yang berilmu dengan akalnya. Mengapa tidak beusaha dengan potensi sendiri yang telah Allah kurniakan.

      Terima kasih mas atas penghargaan kepada karya2 saya dan mengharapkan adanya manfaat yang boleh dikongsikan. Peringatan dan pesan untuk kita tidak selalu leka adalah satu peringatan dari Allah buat kita mengoreksi diri. Ambil yang baik untuk kita teladani dan yang buruk untuk disempadani.

      Semoga Allah mengampuni saya kalau terlebih bahasa sehingga disalah fahami. Masya Allah. sungguh saya terkesan dengan komentar mas. Mudahan mas dirahmati Allah SWT dan sehat selalu.

      Salam mesra dan selamat berlibur di hujung pekan. 😀

    • Hai Andinoeg….

      Saya setuju dengan tambahan…. iaitu apa juga jenis buku di mana berlabuhnya darah-darah pena yang membentuk perkataan untuk dibaca oleh kita sendiri atau oleh orang lain. Namun begitu, menulis di blog juga satu dari kaedah untuk memanjangkan umur dan memanjangkan pahala.

      Meminjam kata seorang sahabat baik yang bijak dalam menginterpretasi sesuatu fenomena, beliau menjelaskan kebaikan sebuah tulisan yang dipublish sama ada di blog atau di buku adalah “tulisan kita dibaca orang ketika kita hidup, sedang tidur, sedang makan atau telah mati.”

      Syabas ya dan semoga sukses selalu. semoga panjang umur dengan menulis tetapi umur adalah “permainan” Tuhan yang tidak diketahui bila akan berakhiranya.

      Salam mesra selalu. 😀

    • Inda apa kok Didta7. Apa sahaja tujuan ngeblog adalah hak pemilik blog tersebut. Menulis juga adalah hak pemilik blog. Asal sahaja dia tahu apa yang diperlukan dirinya dan baik untuk sesama insan, maka itu adalah amal jariah yang dialirkan untuk mencari kebaikan dan tentunya keredhaan Allah.

      Berbanggalah Didta7 kerana sudah menuju kepada kebebasan berfikir bagi kemenjadian manusia yang berakal dan memandaikan diri sendiri dengan jalan mencari wang yang berbantukan ilmu sedia ada.

      Selamat ngeblog dan terima kasih kerana betah hadir ke mari. Salam mesra dari saya. 😀

  2. bener bunda, meski jasad telah hancur, tp melalui tulisan, karya-karya kita tetap hidup, dikenang sepanjang zaman, apalagi klo tulisan kita memang bermanfaat dan banyak disukai..wallahualam

    • Hai Wits…
      Jika demikian kesadaran kita, maka jangan menunggu untuk menghasilkan sebuah karya untuk ditampilkan sebagai jalan mengumpul pahala buat bekal di sana nanti. Mudahan tulisan kita bisa membantu mengubah gaya hidup dan cara fikir manusia untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

      Salut dan trims ya Wits, selalu menampilkan keberhasilan idea yang mantap. Bunda senang membacanya. Itu tandanya potensi yang dimiliki harus diketengahkan untuk kebijakan diri.

      Salam mesra dari bunda. 😀

    • Hai Adu… Selamat malam.
      Insya Allah, tulislah apa yang dimahukan untuk memahirkan diri. Yang penting luahkan apa yang diminda dan paparkan di layar untuk dibaca. kalau hanya menulis di otak, siapa yang membaca ? lalu, tulis dan publish. insya Allah bisa dibaca semua orang.

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung kemari.
      Salam mesra dari saya.

  3. Tulisan yang bagus ibu, setidaknya membawa para sahabat ke arah yang lebih baik dalam menulis.

    hakikat menulis adalah membaca, jika tulisan kita berguna dan bermanfaat buat para sahabat tentunya saya akan bersyukur.

    Salam kenal dari pantai utara Jawa barat.

    • Hai Andioka…

      Salam kenal kembali dan terima kasih sudah sudi berkunjung untuk berkongsi hikmah di sini.

      Alhamdulillah, hakikatnya membaca dan menulis adalah perintah Allah SWT yang pasti di dalamnya terkandung banyak manfaat buat maslahat ummah. Oleh itu, bacalah dan tulislah agar kita cerdas juga cergas.

      Salam mesra dari saya. 😀

  4. setelah baca artikel bunda kali ini jaditambah semangat nulis ni bun, hampir seminggu ngak ngeblog karena sibuk dengan kerjaan….
    sy setuju bun jika bunda buat buku, biar tambah keren …

  5. Assalamualaikum Bunda Siti,

    Nanda akan tetap menulis, sebisanya dan seadaanya, walaupun tidak berguna buat orang lain, tetapi setidaknya menjadi catatan arsip ananda. Mungkin kelak cucu dan buyut berkenan membacanya 😀

    • Nanda Aldy…
      Teruslah menulis hingga akhir dunia. 😀 Bunda akan selalu menjadi pendukung. Dengan keinginan yang jitu, hasrat menulis tidak akan pernah mati. Menulislah untuk dibaca oleh generasi akan datang dan biarlah mereka berbangga dengan karya2 kita yang ketika itu telah mencipta satu sejarah yang kita sendiri tidak pernah terfikir saat ini.

      Salam hangat dari bunda dan semoga ceria di penghujung pekan. 😀

  6. Assalamualaikum bunda Siti,

    Saya juga ada terima saranan sdr. Marsli N.O agar cuba menulis hingga bisa tulisan saya dibukukan kelak. Saya gembira dengan saranan tersebut.

    Namun, saya juga sejalan fikirnya dengan bunda bahawa medium internet ini sendiri sudah berfungsi sebagai bahan bacaan menurut aturan dan kaedahnya sendiri. Penggunaannya juga sudah meluas dan global.

    Justeru, saya fikir lebih santai dan selesa menumpahkan buah fikir saya di sini saja buat waktu ini.
    Tambahan lagi, saya kira tulisan saya belum dewasa, masih bertatih dan belajar memperhalus dan mempertajam disana- sini lagi.

    Saya kagum dengan cara bunda mengolah aksara dan frasa yang tersusun indah sepertinya entri ini. Entah bila saya bisa menulis seperti ini…sampai kucing bertanduk kot .. 🙂 ?

    Terima kasih atas perkongsian ilmunya itu ya bunda…

    • Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Wah… bagus tu, mendapat sokongan dari seorang penggiat seni dan sastera tanahair, penyair Marsli N.O. Mudahan dengan semangat yang diberi akan menambah minat untuk terus berkarya.

      Menulislah selagi keinginan itu wujud kerana jika tidak ibgin menulis, maka pindahlah kepada membaca. melalui pembacaan, hasrat menulis akan kembali muncul lantaran banyak perkara yang difikirkan hasil dari pembacaan kita yang mahu dikongsikan.

      Apapun wadah penulisan, semuanya memberi manfaat. Namun untuk kekal ilmunya dan dijadikan rujukan pertama, maka rakamkan segala idea-idea di dalam buku.

      Jangan gundah dengan bahasa. Menulis menuangkan idea dengan membentuk bahasa agar tulisan kita difahami. Selalu menulis akan melatih kita untuk mahir menulis dan berfikir dengan baik. melatih kita menyusun kata yang payah menjadi mudah. Jadikan menulis sebagai satu gizi makanan yang memberi zat kepada kecerdasan akal.

      Jangan tunggu kucing bertanduk baru nak menulis dengan baik, Abgreds. Mulai sekarang, nanti kalau ada kucing bertanduk kita akan rasa senang kerana sudah mahir menulis… hehehe.

      Terima kasih ya atas komentar yang berbobot.
      Salam ceria di hujung minggu. 😀

    • Hai R10…

      Menulislah walau tanpa buku.
      Iya.. memang hemat kertas tapi itu untuk kita sahaja. Kalau mahu kekal tulisan kita di dalam perpustakaan orang maka, menulis buku lebih memberi makna. Terserah, itukan pilihan kita menurut seadanya. 😀

      Salam kenal R1o dan terima kasih ya sudah mampir kemari.
      Salam mesra.

  7. Bund .. blog aku masih berantakan, tulisannya belum ada yang menarik, tapi aku gak suka mencuri ide orang lain bund, mencuri foto2 iya,, foto bunda juga pernah qu ambil .. hehehe maaf ya bund.. habis na foto2 bunda lucu2 n bagus2.

    salam sayang dari jakarta 🙂

    • Hai Fitr4y…

      Hehehe… iya bunda sudah tahu kerana Fit sudah display sebagai background di blog Fit. sama sih, bunda hanya meriahkan backgroundnya aja. Silakan titip foto2 menarik kalau fit suka. 😀

      Sebaiknya, menulislah dengan idea sendiri walau tidak sebaik yang dikatakan orang. Jangan bersikap rendah diri Fitray. Bunda telah membaca tulisan fit, bagus dan berbobot sesuai dengan kemampuan penulisnya.

      Oleh itu, semangat lagi ya menulis di masa mendatang. Theme blognya juga sudah berubah maka usahakan perubahan dalam penulisan terutama menulis pengalaman sendiri.

      Salam sayang kembali dari bunda. 😀

    • Hai Zulfa…
      Terima kasih atas dukungannya. Mudahan akan tercapai impian untuk saya memiliki buku sendiri. Semangat menulis mas Zulfa agar mahir menulis dan menyeronokkan.

      Salam ceria di penghujung pekan.

  8. Bunda,
    saya sebenarnya tak pandai menulis, sebenarnya banyak idea yang bagus untuk di tuangkan, tapi menuliskannya kata demi kata rasanya sulitnya luar biasa. Itulah sebabnya blog saya jarang sekali di update! hihi,,

    Tapi seperti kata bunda di atas, membuat saya harus lebih bersemangat lagi. Tulisan sendiri walau jelek adalah lebih baik dari pada tulisan bagus tapi di kutip dari milik orang lain,, 😀

    Happy Holiday
    Salam Dari Medan

    • Hai Masyhury…

      Whualah… kok tidak pandai menulis. Pusing dan bingung nih. 😀 Apa tersalah tulis ya Mashury ?

      Menulis itu harus dengan hati. Maka tidak akan terasa payahnya. Kerana yang hadir dari hati tentu sekali akan sampai ke hati. Namun begitu, jangan lupa harus juga berhati-hati agar risiko menulis bisa dikurangkan.

      Semangat menulis Mashury. Tulislah dengan gaya sendiri, dengan idea sendiri. Hasilnya lebih mantap dan menyeronokkan.

      Selamat berlibur dan salam mesra selalu.

  9. Setuju sekali, bahwa dalam menulis ide atau gagasan bisa saja sama. Tapi setelah itu ada proses pikir dan kreativitas yang membuat tulisan menjadi berbeda karena masing-masing orang punya caranya sendiri dalam menuangkan pikiranya itu ke dalm sebuah tulisan.

    • Salam hormat sahabat Halaman Putih…

      Terima kasih mas atas komentar yang menambah seri kepada tulisan di atas. manusia yang kreatif terkesan dari inovasi yang diciptanya baik melalui cara fikir, penciptaan bahan atau pengolahan bahasa.

      Kita tidak akan pernah tua selama mana kita menjaga kreativti. Semuanya dilahirkan melalui kilang otak yang menjadi pusat energi segala jenis fikiran sebelum menjadi output yang berguna untuk dipasarkan. Begitulah dalam menulis.

      Tuangkan apa yang ada di kolam otak untuk diminum oleh akal rohani bagi benahan kering jiwa agar menjadi segar dan nyaman rasanya.

      Terima kasih mas atas komentar yang membina dan kunjungannya.
      Salam takzim.

    • Wa’alaikum salaam nanda Achoey…

      Benar, bunda setuju. Blog adalah buku digital kepada blogger yang boleh diakses bila-bila masa tanpa ada halangan dan memudahkan kita saling bertukar ide juga pendapat secara terus.

      Semoga tulisan kita selalu bermanfaat buat semua. Saling berbagi itu tidak pernah rugi.

      Salam mesra selalu. 😀

    • Hai mbak Irma…

      Belajar adalah proses usaha memandaikan diri. Oleh itu, belajarlah selagi nyawa dikandung badan. kehidupan di dunia adalah untuk belajar bagaimana menjadi manusia yang digelar “khalifatullah fil ardh”.

      Terima kasih ya mbak, semoga bahagia selalu.
      Salam manis dari saya. 😀

  10. menulis buku ibarat memindahkan sebagian memori otak ke dalam media eksternal. dimana kita dapat merubah, merevisi, dan mengingat kembali apa yang harus kita ingatkan..heheh…gak nyambung ya kayaknya

    • Hai Rodes…

      saya setuju Rodes, komen anda sepatutnya lebih panjang lagi. Saya senang dengan tulisan komentar anda. tidak mengapa nyambung terus biar idenya dapat dikongsikan. Kerana antara kebaikan menulis komentar panjang adalah untuk memahirkan menulis dan menuangkan idea untuk berbagi sesama.

      Semoga terus berkarya dan sukses selalu.
      Salam kenal dan salam mesra. 😀

  11. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh,

    Membaca tulisan Bunda Siti Fatimah Ahmad ini, saya menjadi teringat dengan proses kepenulisan saya. Dahulu, awalnya saya suka menulis di buku diari, saya baca sendiri, saya nikmati sendiri. Kemudian saya belajar menulis untuk majalah dan koran. Setelah itu saya menulis untuk buku. Dan, belum lama ini, saya mulai belajar menulis juga untuk blog di internet.

    Bunda, saya merasakan menulis di mana pun itu sama pentingnya. Baik untuk media cetak (majalah atau koran), buku, maupun di internet. Satu hal yang penting, kita tetap bisa menuangkan apa yang ada dalam pikiran dan perasaan kita dalam bentuk tulisan.

    Ohya, ketika tulisan kita diambil begitu saja oleh orang lain dan diakui sebagai tulisannya (dalam blog, dalam buku, atau dalam bentuk yang lain), memang rasanya kecewa sekali; mengapa orang tersebut tega melakukan ketidakjujuran dengan tidak menyebutkan sumbernya dari tulisan kita (menyertakan url-nya atau semacamnya)? Namun, sesungguhnya orang yang melakukan ketidakjujuran itu sama dengan merusak dirinya sendiri. Di Jawa ada pepatah yang berbunyi begini, “Becik ketitik, olo ketoro.” Artinya, barang siapa melakukan perbuatan baik pasti akan terlihat, demikian pula apabila orang berbuat buruk atau curang.

    Dengan demikian, marilah kita tetap menulis, apa pun medianya. Semoga dengan demikian, kita mendapatkan manfaat yang besar, baik ketika hidup di dunia maupun ketika kelak di akhirat.

    Bunda, mohon maaf jika saya berkomentar terlalu banyak. Ohya, ada dua buah buku telah saya kirim melalui Pos Indonesia. Semoga tidak lama lagi sampai di pangkuan Bunda Siti Fatimah Ahmad.

    Salam hormat dari Indonesia,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wa barakatuhi mas Amazzet…

      Senang mendapat kunjungan dari seorang penulis buku yang telah banyak menuangkan buah fikirnya untuk kongsian bersama. Semoga usaha mas Amazzet dimudahn dan diredhai Allah SWT.

      Saya sangat menghargai komentar panjang yang berbobot di atas. banyak pengalaman mas, walau singkat tetapi amat bermakna untuk diketengahkan agar boleh diambil teladan.

      Bakat menulis merupakan potensi semua insan. Bagaimana mahu mengembangkan bakat itu agar menjadi lebih berbakat adalah tertakluk kepada penguasaan diri individu. Oleh yang demikia, menulis memerlukan latih tubi setiap hari. Ia hendaklah dimulakan dengan membaca, menaakul, memerhati dan mengambil kesimpulan dari apa yang dibaca.

      Jika selalu melakukan aktiviti menulis, tentu sekali akan mudah untuk seseorang menuang ideanya sendiri. Idea adalah buah fikir yang dihidupkan oleh enjin otak yang disalur melalui saraf pancaindera yang lima. melalui semua pancaindera akan memancarkan semua tindak balas anggota badan begi melahirkan kehebatan dalaman sehingga tertuang di peta minda. Marilah menulis dan terus menulis untuk perkongsian bijak.

      Subhanallah… Daun selasih daun sendayu, terima kasih thank you mas, Amazzet. Senang hati menerima khabar kiriman dua buah buku tulisan mas di sana. Semoga Allah selalu merahmati dan memberi keberkahan dalam kehidupan mas Amazzet di sana bersama keluarga tercinta. Kalau sampai nanti akan saya maklumi ya. 😀

      Oh ya.. jangan segan2 menulis komentar panjang, mas. Saya senang dan merima dengan hati terbuka komentar sedemikian. Hal ini akan memberi banyak idea untuk kita berbagi ilmu dan hikmah.

      Salam mesra dan hormat kembali dari saya.

  12. assalamu ‘alaikum Bundaq..

    setiap kata dan torehan pena yang selalu bunda tuliskan selalu memberi Inspirasi bagi pembacanya, dan sungguh sebagai teman maya Bunda selalu memberi pencerahan terhadap siapapun yang bercommentar…

    • Wa’alaikum salaam Choirunnangim…

      Subhanallah walAlhamdulillah… terima kasih Choirun atas penghargaan baik yang pastinya menambah semangat saya untuk terus berbagi. Semoga Allah merahmati kata2 baik tersebut.

      Mudahan apa sahaja tulisan yang kita kongsikan untuk diambil iktibar dan pencerahannya bisa memberi perubahan dalam kita membenahi kebaikan dan kelebihan yang dikurniakan Allag SWT.

      Salam mesra selalu. 😀

  13. Mari kita giatkan semangat menulis agar banyak ilmu yang bisa kita bagikan dan setidaknya bisa mencurahkan ide-ide yang masih terganjal didalam pemikiran kita.

    Semangat menulis 😀

    • Hai Grandchief…

      Yaps… mari menulis untuk menambah ilmu, teman dan kebijakan. Menjunjang diri dengan ilmu akan mengelakkan kita dari kesesatan terhadap kehidupan duniawi yang selalu membuat kita alpa kepada kehidupan sebenar kita.

      menulis dan teruslah menulis.
      Semangat ya. 😀

  14. Assalaamu`alaikum kakakku..
    Tahniah kerana sudah terfikir untuk menghasilkan buku, saya ialah orang pertama yang akan membeli buku tersebut sekiranya menjadi kenyataan.

    Saya sependapat dengan kakak mengenai teori pembacaan. Betul kak, seorang penulis yang hebat bermula daripada seorang pembaca yang baik. Mereka mengumpul materiel untuk diaplikasikan dalam penghidupan seharian. Paling penting bakat menulis tidak datang bergolek seperti bola salji, ia perlu digerakkan sebelum mula bergolek.

    Salam sayang untuk kakak dari saya di Alor Setar.

    • Wa’alaikum salaam adikku…

      Alhamdulillah…doakan kejayaan akak ya. Hmmm… segannya akak, belum apa-apa lagi sudah ada pembeli. 😀 Kitalihat dulu ya Mama.

      Jadilah pembaca yang hebat agar dapat menoreh minda untuk menghasilkan susu maklumat bagi makanan jiwa-jiwa yang sudi menjamah menu tulisan kita untuk dimanfaatkan.

      Membaca jambatan ilmu. ilmum hanya akan diperolehi oleh mereka yang tahu menghargainya. Kita akan kaya dengan memiliki ilmu. Kita akan segar dengan menyiram diri dengan ilmu.

      Bacalah… dengan nama Tuhanmu yang meciptakan kamu dari segumpal darah. Tulislah… dengan perantaraan pena.Kelak kamu akan menjadi manusia yang tahu siapa diri dan siapa Tuhan kamu. Berusahalah agar menjadi pembaca dan penulis.

      Terima kasih Mama atas kunjungan yang sangat membahagiakan kerana sudah lama tidak menyapa di sini. ke manakah perginya gerangan adikku selama ini ?

      Salam sayang kembali dari akak di Sarikei, Sarawak. 😀

      • Assalaamu`alaikum kak,
        tidak menyepi, tidak juga menghilang, jauh sekali berhenti daripada menulis. Cuma kekangan masa dan berpindah menjadi batu penghalang kepada kunjungan muhibah. Terima kasih di atas nasihat akak itu. 🙂

        • Wa’alaikum salaam adikku…

          Semoga akan selalu dimudahkan segala urusan dan diberi kemudahan waktu untuk menyelesaikan segala tugasan. Berpindah ke mana ya Mama ? Apa-apapun perpindahannya, tetap akan menghasilkan kebaikan buat Mama sekeluarga dan ngeblognya tetap masih diteruskan.

          Sama-sama kembali untuk kunjungan Mama dan makluman yang menyenangkan buat hati resah yang selalu tertanya2. 😀

          Salam sayang selalu.

    • Hai Pelangi Itu Aku…

      Alhamdulillah, saya baik dan sehat. Didoakan mbak juga sehat dan sukses selalu.

      Ok.. nanti saya segera berkunjung ke sana. mahu selesai urusan duluan nih.. 😀

      Terima kasih sudah berkunjung ya, kawan.
      Salam mesra selalu. 😀

  15. Assalamualaikum bunda Siti,
    sampai sekarang bayu masih belajar menulis .. karena sampai sekarang bayu masih dari jauh dikatakan bagus untuk menulis .. jadi masih perlu lebih banyak lagi untuk belajar menulis … kalau bunda bayu anggap seorang guru yang selalu memberikan ilmu untuk bayu untuk bisa menulis dengan sajak nan bagus dan indah …

    SELAMAT MENYONGSONG TAHUN bARU 2011 Bunda …
    Salam hormat dari Kalimantan Tengah.

    • Wa’alaikum salaam BayuPutra…

      Bagus… belajarlah sehingga ke hujung nyawa. Jangan berhenti belajar menulis kerana dengan selalu berlatih menulis, Bayu akan semakin mahir dan mantap.

      Alhamdulillah, sama-sama kita berbagi ilmu untuk menambah kebaikan diri. Terima kasih nanda Bayu, menghargai bunda sebagai guru berkongsi ilmu menulis walau bunda juga masih belajar menulis.

      Ingatlah, menulis ini adalah kemahuan diri dan guru sebenar menulis adalah diri sendiri. pelajarnya juga diri sendiri. Jika guru dalaman (diri) tidak berkemahuan untuk belajar dan mengajar diri sendiri, pasti keinginan menulis turut padam.

      Selamat Tahun Baru 2011 juga buat BayuPutra di sana.
      Salam ceria dari bunda. 😀

  16. Assalamu’alaikum mbak Siti,

    Membaca artikel terakhir ini senada dengan artikel2 sebelumnya tentang menulis di dunia maya. Ini saya sangat tertarik artikel2 mbak Siti yang lain sebelumnya. Yang pertama yang paling mengesankan mencermati blog mbak Siti ini ialah artikel-artikel yang di publish sudah dipersiapkan masak-2 tidak sekedar numpang lewat. Dalam menanggapi komentar pengunjung mbak Siti juga menunjukkan sikap serius. Apa bila komentar pengunjung pendek saja, mbak Siti menjawab secukupnya. Tetapi apabila komentar pengunjung cukup panjang mbak Siti juga menjawab panjang. Waktu mbak Siti berkunjung ke blog teman, komentarnya tidak hanya basa basi tetapi serius dan untuk artikel2 urgen komentarnya cukup panjang. Ini menurut saya bermanfaat untuk pemilik blog juga untuk pengunjung yang lain. Kalau saya berpendapat seperti ini karena saya juga mempunyai kebiasaan yang sama!

    Saya lihat blog mbak Siti sudah terbentuk komunitas yang cukup banyak. Setiap publish artikel baru banyak pengunjung yang memberikan komentarnya. Sebagian memang masih banyak komentar ‘basa-basi’ tetapi sudah banyak pula komentar serius! Ini adalah satu keberuntungan bagi pemilik blog. Saya memang tidak tahu pasti, tapi saya menduga mbak Siti menulis tanpa buku ini tentu bukan mengejar rating atau banyaknya komentar dalam blog, tetapi terutama bermanfaatnya tulisan mbak Siti untuk banyak orang.

    Memang ada blogger yang mengutamakan banyaknya pengunjung yang menulis komentar, sekalipun tidak semua pengunjung yang menulis komentar itu mesti membaca artikelnya secara penuh. Kadang hanya baca judulnya saja dan satu dua alinea/kalimat lalu komentar singkat:”NICE POSTING” Inilah yang saya sebut komentar basa-basi. Maka banyaknya komentar tidak significant dengan pembaca serius atas artikel ybs.

    Memang sulit memperhitungkan blogger yang tujuan utamanya nya untuk menimba ilmu tertentu atau hanya untuk mencari sahabat atau hiburan. Tentu saja kelompok ini tidak sempat membuat dan menanggapi komentar panjang-pangjang. Karena ia sibuk block walking dan sebanyak2nya bikin artikel di blognya sendiri.

    Dari kenyataan ini saya berpendapat: Alangkah bermanfaatnya apabila artikel-artikel yang pernah dipublish di blog mbak Siti itu dibukukan dalam satu buku di kelompokkan ssuai katagorinya. Apabila dipandang masih kurang tambah lagi dengan bab, sub bab dan paragraf baru posting lagi diblog ini kemudian sekali gus dimintakan komentar terkait dengan bab itu. Lebih-2 kalau mbak Siti membuat suatu hypothesis baru. Komentar2 blogger komunitas blog ini yang cukup kuat bisa dipandang sebagai respondent data sumber primer!! Sehingga kesimpulan yang diambil nanti akan menambah bobot thesis/makalah mbak Siti tulis. Kenapa kesempatan yang bagus dan potensi yang dimiliki ini tidak dimanfaatkan?

    Saya sendiri membikin blog ini untuk sasaran tertentu.Setelah mengamati blog2 yang ada sejak bulan puasa yang lalu saya berkesimpulan memang sangat sulit untuk mencari respondent untuk memperoleh data primer sebelum memiliki komunitas yang cukup seperti mmbak Siti. Saya sudah mempersiapkan sebuah questionairre / quist untuk posting di blog saya. Tapi entah baru berapa bulan atau tahun lagi bisa terpenuhi. Topiknya adalah soal MIMPI. Saya memang memiliki hypothesis ingin saya buktikan kebenarannya!!

    Maka sekali lagi: mbak Siti sudah memiliki potensi, sarana dan kemampuan segera terbitkan buku yang menulis ide orisinil mbak Siti. Mintakan dukungn komunitas blogger untuk menjadi respondent. Saya yakin bobotnya secara tulisan ilmiah pasti bisa dipertanggung jawabkan penuh.

    Salam persaudaraan blogger

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh Eyangkung…

      Salam hormat dan selamat tengah hari. Didoakan Eyang sehat selalu. Maaf Eyang, baru sampai giliran komentar Eyang untuk dibalas. 😀 Beberapa hari ini banyak tugasa harus diselesaikan. Maka menjawab komentar juga dilakukan sedikit demi sedikit agar terpenuh semuanya.

      Membaca komentar Eyang di atas, membuat saya terharu dan tiada apa yang bisa diucapkan selain kalimah yang mulian “alhamdulillah dan terima kasih”. Kata-kata dukungan dari Eyang adalah pencetus semangat untuk saya lebih rajin berkarya dan berkongsi ilmu yang seadanya kurnia dari Ilahi. Insya Allah akan selalu belajar untuk membaiki mutu penulisan dari semasa ke semasa.

      Menurut saya, menulis komentar dan membalas komentar adalah satu kelebihan yang tidak sepatutnya dipandang remeh oleh para blogger. Kebiasaan saya ketika melakukan BW ke blog sahabat, saya akan pastikan diri saya membaca sehingga habis tulisan yang ditampilkan di blog tersebut untuk meraih ilmu baru yang dibicarakan.

      Di samping itu saya bisa berkongsi pendapat dengan penulisnya tentang isu yang dipaparkan. Hubungan dua hala antara penulis blog dan pembaca sangat penting, karena itu saya akan kembali semula ke blog tersebut untuk membaca balasan kepada komentar saya bagi mengetahui jawaban dari pemilik blog.

      Begitu juga apabila berkomentar di blog saya, saya akan pastikan semua komentar pembaca akan dibalas dengan baik dan ada kalanya balasan saya lebih panjang bagi menjelaskan apa yang dikehendaki oleh pembaca.

      Membalas komentar adalah satu penghargaan kepada komentator yang sudi “membuang masa: berharga mereka untuk membaca bahan tulisan saya dan menulis komentar yang saya anggap semuanya mempunyai nilai tersendiri.

      Terima kasih lagi Eyang kerana telah memberi sarana yang sangat baik untuk saya fikirkan. Memang Eyang, saya setuju bahawa setiap respon dari para komentator memberi satu evaluasi yang bagus untuk kita ambil sebagai sumber primer bagi membuktikan keberhasilan dan kualiti tulisan kita.

      Saya senang menerima pelbagai respon dari khalayak sebagai penambah rencah dan perasa yang menguatkan keinginan untuk menghasilkan karya yang baik dan membantu sesama.

      Alhamdulillah, jika diperhati dan dikaji, para komentator sudah ramai yang mahu berbagi idea dalam membicarakan sesuatu tulisan. satu perkembangan yang bagus walau ada juga yang berbasa basi. malahan setakat ini, komentar panjang dari Eyang selalu berbuah bobot dan menyegar minda untuk diberi perhatian atas setiap saranan yang ditampilkan.

      Semoga Allah selalu memudahkan segala urusan Eyang dalam membantu sesama bagi meningkatkan kualitas dalam menulis. Terima kasih Eyang, saya sangat menghargai segala buah fikir yang dilontarkan ke ladang ilmu saya ini agar tumbuh benih2 idea yang bertunas mekar dengan bunga2 ilmunya nanti.

      Diharap Eyang akan selalu betah ke mari untuk berbagi banyak lagi ilmu yang bermanfaat untuk saya dan semua pembaca. Salam hormat buat Eyang. 😀

    • Hai Andi….
      Benar Andi… dengan membaca kita dapat menulis. Membaca menambah ilmu dan membanyakan kosa kata yang dirangkai menjadi buah tulis yang berbagai rona perisanya.

      Maka, kalau demikian besar hikmah membaca dan menulis, ayuh Andi, mari kita terus menulis.

      Terima kasih atas hadir berkunjung.
      Salam sore dari saya.

  17. Terima kasih sekali bunda atas pelajarannya, saya jadi termotivasi kembali nih untuk tetap menulis meskipun mungkin belum bermanfaat bagi orang lain, paling tidak berani untuk mencoba ya Bunda,…salam persahabatan selalu dari Pekalongan

    • Salam takzim Kang Guru, mas Teguh…
      Sama-sama kembali. Sebenarnya kita ini sama-sama saling memotivasi dengan cara tersendiri untuk terus giat menulis dan terus menulis. Tuangkan apa yang ada di kilang minda agar simpananya boleh dimanfaatkan bersama.

      Ayuh mas Teguh, siap siaga dengan kebijakan ilmu untuk dikongsikan dalam penulisan. Mencuba untuk melakukan sesuatu adalah lebih baik dari berdiam diri tanpa mengambil tindakan apa2.

      Terima kasih mas atas dukungannya.
      Salam hormat dari saya. 😀

  18. Salam. Sebenarnya kita pun pernah plan untuk menulis bersama satu tajuk motivasi. Jadi kalau ada kelapangan untuk kembali menulis boleh mulakan skrg sebab Along dah ada penerbit yang boleh terbitkan bila-bila masa.

    • Salam Along…

      Hehehe… benar Long. Insya Allah Long. Untuk merealisasi yang satu ini, cukup terasa sekali bahang beratnya. Doakan akan berjaya ya.

      Tahniah untuk karier baru Along. Berusahalah sehingga berjaya dan impian untuk menjadi tuan kepada diri sendiri akan tercapai melalui usaha keras yang tidak mengenal payah. Akak selalu mendoakan.

      Terima kasih Long atas kunjungan yang dialu-alukan.
      Salam mesra selalu.

  19. Menulislah apa yang inginkau tulis, yang pasti jagalah kejujuran, ketulusan dan originalitas ide dari tulisan itu sendiri. semangat berbagi dan menebar manfaat juga perlu ditumbuhkan dalam menulis, sehingga tak akan cepat puas hanya dengan menulis catatan harian tanpa ada pelajaran yang dapat dipetik didalamnya.. 🙂

    Banyak membaca, menambah pengetahuan, pergaulan dan ilmu akan semakin memudahkanmu merangkaikan bait-bait kata menjadi tulisan yang berguna, daripada hanya copy-paste atau “mencuri” hasil karya orang lain, yang pastinya akan merugikan.. 🙂

    mungkin begitu ya bun, hehehe…
    maaf saya jadi sok tau.. 🙂

    salam sayang dan rindu selalu dari Jakarta bun,, 🙂

    • Hai Tiyha…

      Saya sangat tertarik membaca komentar berbobot dari Tiyha. Ini menambah lagi ramuan kepada keenakan menulis. Iya… begitulah maksud saya terhadap apa yang ditulis. Menulis dengan idea sendiri banyak manfaat untuk melatih kemahiran kita dalam penulisan.

      Menulis untuk berbagi ilmu agar apa yang dikurniakan Allah tidak sia-sia sebagai jalan mengundang pahala dalam berbuat kebaikan. mari kita giat menulis bagi pencerahan minda dan penjernihan jiwa.

      Terima kasih atas kunjungan yang dialu-alukan.
      Salam sayang kembali dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam Andioka…

      hehehe… wah, apa bener nih sampai ratusan kali ? Walau bagaimanapun, alhamdulillah kalau Andioka betah kemari untuk mengambil hikmah yang bisa dimanfaatkan. Saya sangat gembira mengetahuinya. Semoga dimudahkan Allah segala urusan mencari ilmu.

      Terima kasih juga atas link kepada syair lagu hebat Kyai Kanjeng “Lir Ilir”. Sungguh mengharukan melodi dan lirik lagu yang disertakan dalam syair ini.

      Pujian ke hadrat Allah SWT yang dilagukan dalam bentuk qasidah sangat menancap ke hati dan mengesankan. Begitu juga selawat ke atas Rasulullah SAW. Syair indah itu membuat saya menangis keseduan. Semuanya membuatkan saya merindui Allah dan RasulNya.

      semoga Allah memberi berkah kepada Andioka dan keluarga.
      Salam mesra dari saya.

  20. assalamu alaikum…

    hayooooooooooooooooo……..
    semangat menulis, semangattttttt

    tp kayaknya neni lagi buntu ni bunda, dah lama tidak gunakan waktu buat menulia lagi..hehe
    maaf yach bunda..

    do’a bunda, selalu neni harapkan..hehe

    wassalam..

    • Wa’alaikum salaam Neni…

      Yaps.. mari menulis dan bersemangat Neni.
      Hehehe.. lucu Neni ini. Semangatnya hanya sebentar aja. Kok jadi buntu Nen. Apa kerana sakit kepala kerana pusing planet-planet di atas sana. Banyak banget alasan Nen. Sejak berbulan2 sudah bunda dengar nih.

      Iya.. bunda selalu doakan untuk keberhasilan Neni dalam menulis dan kerjaya. Semoga selalu sukses ya.

      Salam sayang dari bunda. 😀

    • Halo Cahya…
      Terima kasih atas kunjungan pertama kemari. Dialu-alu dengan senang hati.

      Terus semangat menulis walau apa juga kritikan mendatang. Itukan satu dari risiko menulis. Tanggapi dengan positif agar optimis melihat kepada kejelekan komentat tersebut.

      Kalau Cahya merasa tidak punya kaitan dengan komentar jelek itu, kenapa harus resah. Jawab dengan baik dan jelaskan. Menjawab semula setelah berfikir adalah lebih baik daripada kita diam dan kemudian resah sendirian.

      Setelah itu kembalikan semula persoalan yang sama dengan si komentator tersebut, biar dia menjawab kembali dan pastinya akan kita ketahui kenapa dia berbuat demikian. Bagi saya, itu lebih menampakkan kematangan kita dalam menyelesaikan komentar sedemikian.

      Jangan putus asa dengan komentar sedemikian sehingga Cahya mengalah untuk tidak menulis. itu tandanya tewas sebelum perang. Semoga sukses ya dan saran saya dapat diterima baik.

      Salam kenal dari saya. 😀

    • Salam Masjid Kita…

      Alhamdulillah, mudahan memberi inspirasi.
      Tidak usah bingung, kan sudah berkomentar tu.
      Lain masa boleh menulis komentar sedikit demi sedikit biar hilang bingungnya. 😀

      Salam kenal dari saya.
      Terima kasih sudah berkunjung.

  21. Tulisan yang membuat orang termotifasi setelah membacanya Bunda. Memang tidak mudah untuk memulai menulis yang menghasilkan suatu karya yang baik, tapi lebih tidak mudah bila hanya menjadi manusia yang selalu tidak dapat menuangkan ide dalam bentuk apapun, walau hanya sebuah goresan tinta melepaskan segala isi hati dan pikiran.

    Salam

    “Ejawantah’s Blog”

    • Salam hormat mas Indra…

      Alhamdulillah, semoga kongsian ini bisa membantu untuk kita sama-sama menulis dan menghasilkan kara yang baik. Menulis menjadikan kita sihat kerana menggerakkan otak untuk berfikir.

      Menulis membuat kita semakin berkembang ilmu, dapat menuang segala resah di hati, membebaskan kita dari belenggu fikiran yang berkarat dan menjernihkan jiwa yang resah setelah meluahkannya.

      Terima kasih mas, mari giat menulis dan bersemangat ya. Saya senang membaca komentar yang berbobot dari mas. Tulisan mas Indra di blog sana juga sangat bagus dan saya suka membacanya.

      Semoga sukses selalu.
      Salam ceria.

    • Hai BundaMahes…
      Kurang tepat itu mbak. Tulisan mbak sangat bagus dan saya senang membacanya. Jangan merendah diri mbak.

      Menulis menjadi jambatan untuk kita mahir menulis. Guru menulis adalah diri kita sendiri. Maka, menulislah dengan belajar menulis setiap hari. Saya juga masih belajar mbak.

      Salam manis dari saya. 😀

  22. Menghargai hasil karya orang, termasuk tulisan dan hasil pikiran orang memang sangat diutamakan.
    Ada rekan blogger yang selama ini aktif menjadi kecewa berat karena apa yang ditulisnya menjadi sia-sia karena di copas (copy paste) oleh orang lain tanpa menyebutkan sumbernya.

    Semoga kita semua semakin dewasa dalam menghargai karya orang lain.

    Seperti kata tertulis didalam posting blog ini, bahwasanya diperbolehkan mengutip asal menyebutkan sumbernya.

    Semoga kita tidak menjadi korban atas plagiat umat seperti ini, Amiin.

    • Hai Azzahra…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas tulisan Azzahra yang berbobot di atas. Saya senang membaca apa yang dinukilkan dan bersetuju bahawa setiap orang harus menghargai hasil karya orang lain.

      Kita harus berusaha untuk menghasilkan tulisan sendiri melalui idea sendiri dan gaya sendiri. Hal ini akan memperlihatkan perbedaan cara tulis masing2. Di sinilah kita akan melihat upaya mampu kita dalam menghasilkan sesuatu karya.

      Maka, jangan “mencuri” kerana hal ini dilarang oleh ajaran Islam. Bukan setakat mencuri harta benda, mencuri ilmu sesama manusia juga adalah salah dalam agama. Berusahalah untuk mendapat sesuatu untuk kemuliaan diri. Setiap sesuatu tidak akan datang sendiri jika kita tidak mencarinya, begitu juga dengan ilmu.

      Rasulullah SAW bersabda:

      “Berusahalah untuk melakukan sesuatu yang berguna dan bermanfaat bagi kamu, mintalah pertolongan kepada Allah SWT dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah.”

      Semoga kita semua tetap bersabar, tabah dan punya kemahuan yang kuat untuk terus menulis bagi menghasilkan karya yang sesuai kemampuan kita walau tidak berkualiti menurut sesetengah orang. Yang utamanya, kita telah berusaha.

      Terima kasih lagi atas kunjungan Azzahra yang menyenang dan dialu-alukan. Harap akan selalu betah kemari. Semoga sihat dan bahagia selalu.

      Salam mesra dan salam ceria di hari pertama tahun baru 2011. 😀

  23. saya juga sedang berusaha untuk aktif menulis lagi bunda, hebat sekali smengatnya. saya pernah copy paste tulisan orang karena bagus sekali isinya, tentunya dgn menyebutkan sumbernya, saya paste di blog, supaya bisa dibaca kembali kapan saja.

    • Hai Dina.Thea

      Menulislah, agar ilmu kita sentiasa bertambah dan bercambah. Kita juga dapat saling berbagi dan memantapkan kemahiran menulis juga kemahiran membaca. Tidak mengapa copas tulisan orang lain yang bagus, namun jangan lupa sebutkan sumbernya sebagai penghargaan kita padanya.

      Terus berkarya Dina, saya akan mendukung dan menyemangati keinginan menulis tersebut. Tulisan mbak pun bagus dech. Selamat dan sukses ya.

      Salam sayang selalu. 😀

  24. Pingback: CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.