CT26. AKU TIDAK MAMPU JADI SEPERTIMU…

4 Dec

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Sahabat…. Aku ingin sekali menurut segala sifatmu yang angkuh dan sombong itu. Tahukah kamu bahawa aku berusaha menuruti jejakmu.

Tika aku melihat dirimu mencerca orang lain. Aku sungguh kagum sekali. Lidahmu begitu mudah menutur kata nista, seolah kau tidak merasakan apa yang dirasa oleh orang yang kau cerca. Hatimu bagai batu, sejuk dan dingin bak salju tanpa deria. Tahukah kau sahabat.. Bagaimanakah rasanya, kalau kau berada di tempat mereka ?

“Sesungguhnya orang yang membenci, dialah yang terputus.” – al-Kauthar: 3

“…sesungguhnya kamu berada dalam pengawasan Kami.” – al-Thur:48

 

Untuk ingin menjadi sepertimu, sahabat. Aku berusaha mencerca orang lain dengan kata-kata menderhaka jiwa. Subhanallah…. aku sungguh malu dengan apa yang telah aku lontarkan. Ketika berkata nista,  aku merasai ada kuasa yang mendorongku, berani untuk besar diri. Apakah itu syaitan laknatullah ?

Astaghfirullahal ‘adzim. Betapa angkuhnya aku  sedangkan mereka hanya menunduk kepala dan mendiam diri tanpa kata-kata membela raga. Sungguh aku kagum dengan kesabaran yang mereka miliki.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu hendaklah berlaku lemah lembut kepada mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu.” Ali-Imran: 159

“Sesungguhnya Allah Maha Lemah Lembut dan menyukai sifat lemah lembut.” Hadis

Sahabat… ketika itu, aku rasa sungguh hina dan miskin peribadi. Engkau bagaimana ? Ketika itu… Aku menangis dan menyesali diri. Engkau bagaimana ? Ya Allah… ampunilah aku.

Sahabat…. Aku tidak mampu  untuk menjadi sepertimu. Aku tidak mampu. Sungguh. Maafkan aku. Ingatlah sahabat, jagalah lidahmu dari berkata nista. Ingatlah, Allah telah berpesan kepada kita;

“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.”  al-Baqarah:83

*

SalamFatima3SalamFatima  3 Disember 2010 (Jumaat)/ 1643 petang - SARIKEI, SARAWAK

AKU… yang selalu mengharapkan kemaafanmu atas setiap kesalahan yang pernah kulakukan sebelum nafasku ini berhenti berhembus,   sebelum jantungku tidak berdetak lagi dan sebelum nadiku mengendurkan denyutannya pada saat terakhir. MAAFKAN AKU.

- SITI FATIMAH AHMAD -



About these ads

36 Responses to “CT26. AKU TIDAK MAMPU JADI SEPERTIMU…”

  1. bintangzohra December 4, 2010 at 1:00 am #

    tahniah kerana kamu tidak mampu sepertinya

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 2:45 pm #

      Hai Bintang Zohra…
      Alhamdulillah.

      Salam maal hijrah dari saya. :D

  2. achoey December 4, 2010 at 10:15 am #

    Assalamualaikum

    Lembut hatimu bunda, tercermin dari kata-kata indahmu yang menggetar rasa.

    Bahagia ananda mengenalmu.

    Salam dari Bogor

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 3:01 pm #

      Wa’alaikum salaam nanda Achoey…
      Semoga Allah mengurniakan sifat belas insan yang tentunya memberi kedamaian dan penghormatan kepada sesama.
      Bunda juga bahagia mengenali nanda Achoey.

      Salam maal hijrah dari bunda di Sarikei, Sarawak. :D

  3. fitr4y December 4, 2010 at 10:53 am #

    Assalamualaikum Bunda,

    terkadang kita masih suka meremeh kan orang lain Bund, semoga kita slalu ingat untuk berfikir sebelum berucap, agar tidak ada hati yang terluka.

    salam :)

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 3:13 pm #

      Wa’alaikum salaam Fitr4y…

      Benar Fit, semoga kita mempunyai perasaan empati. Dengan perasaan itu, kita bisa meletakkan diri pada tempat mereka. Berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik agar pulangannya juga baik untuk kita.

      Terima kasih Fitr4y.
      Salam mesra di awal Muharran yang bakal menjelang. :D

  4. Hadi Rofiee December 5, 2010 at 8:39 am #

    Salam Puan. Semoga sihat sejahtera.

    Ringkas artikel kali ini namun padat. :-)

    Teringat kata2 emak: Mak tak mahu kata tak baik kepada orang, nanti kita kena balik.

    Mungkin itulah maksudnya menjaga kata2 kita dengan orang lain.

    Ampun maaf dari saya juga jika ada salah di mana2.

    Salam maju jaya. :-)

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 3:38 pm #

      Salam kembali Hadi…
      Alhamdulillah, sehat dan baik.
      Artikel ini ditulis setelah melihat seorang sahabat guru yang marah dengan pelajarnya tanpa bertapis kata. Hati saya tersentuh sekali.

      Hahaha… saya cuba pula memarahi pelajar saya dengan cara yang sama, masya Allah hati saya jadi runtun dan sedih kerana saya dapat melihat bayang kesedihan dan menahan marah pada wajah mereka.

      Ahhh… tidak sanggup ku lakukan lagi cara demikian. Memalukan diri sendiri. Seolah kita tidak mempunyai ilmu dan tidak menghargai orang lain. Apakah kita ini hebat sangat ? masya Allah. Allah Yang Maha Hebat.

      Maafi saya juga jika ada tersalah kata dalam menulis dan berpesan di blog Hadi.
      Salam maal hijrah dari saya. :D

  5. kiraitomy December 5, 2010 at 1:27 pm #

    like it very much.

  6. wajidi December 5, 2010 at 4:42 pm #

    Assalamualaikum, bunda. Memang kita harus menjauhi sifat yang jelek seperti angkuh dan sombong, dan harus senantiasa memperbaiki diri ke arah sifat yang baik. Namun, manusia sebagai makhluk yang lemah adalah juga tempatnya khilap dan lupa, sehingga kadang terselip rasa angkuh dan sombong pada diri ini (termasuk diriku). Kepada Allah Swt, aku memohon ampun atas segala kekhilapan dan kealpaan, dan kepada-Nya jualah kita memohon agar senantiasa kita diberi petunjuk ke arah jalan yang lurus…

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 4:56 pm #

      Wa’alaikum salaam mas Wajidi…

      Mudahan kita selalu menyedari kesilapan yang dilakukan. Tidak dinafikan sifat2 mazmumah menjadi sebahagian dari diri kita, cuma kita harus belajar mengawal diri dan memohon bantuan Allah SWT untuk menghindarinya agar tidak menjadi tabiat.

      Amiin.. Ya Rab, semoga doa mas Wajidi dimakbul Allah dan diberi ganjaran atas segala niat baik untuk membaiki diri. Terima kasih atas komentar yang berbobot di atas.

      Salam mesra dari saya. :D

  7. Fir'aun NgebLoG December 5, 2010 at 5:41 pm #

    “Assalaamu’alaikum…!

    “jadilah diri sendiri, sebab hidup ini bukanlah untuk menjadi orang lain!” *begitu kata peptah yg pernah saya baca bunda :D hehehe…

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 5:29 pm #

      Wa’alaikum salaam Mas Argun…

      Alhamdulillah, terima kasih telah mengingatkan pesan yang baik untuk kita fikir-fikirkan bersama.

      Salam keindahan awal Muharran 1432. :D

  8. bluethunderheart December 5, 2010 at 9:07 pm #

    malam bundaku tersayang
    duh semstinya blue tu bisa meluangkan waktu untuk sekedar menyapa bunda…tetapi ternyata blue lalai lagi lalai lagi tuk bersandang kesini…..maafkan blue y,bundaku tersayang
    meski flue menrpa blue.meski sedikit lelah kondisi badan blue namun blue tetap akan merasa sehat jika sudah berada dalam pelukan hangat sapa padamu,bunda
    sangat merindu sekali…ehheh curhat jadinya.
    hmm,bunda snagat bervariasi jika berposting sejak awal blue berkenalan sampai saat ini pun blue masih suka membaca semua goresan pena darimu
    selalu semangat y bunda
    salam hangat dari blue
    selalu ada doa tuk kesehatan serta kebahagiaan bunda skeluarga disana

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 6:18 pm #

      Selamat sore nanda Blue…
      Inda mengapa Blue kalau kurang punya waktu untuk bersapa di blog bunda. Yang penting, ingatan selalu ada untuk saling mengingati akan kebaikan sebuah jalinan silaruahmi yang berkekalan.

      Semoga blue akan selalu sehat dan mencari penawarnya dengan segera agar tidak berterusan dihidapi sakit kerana untuk terus hidup harus dengan kesegaran dan kecergasan.

      Terima kasih atas sokongan dan semangat yang dituangkan oleh Blue ke blog bunda ini untuk terus bersama memberi kebaikan dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat. bunda menulis sekadar untuk santai dan bertukar2 idea.

      Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 untuk nanda Blue dan keluarga di sana. salam mesra dan hangat selalu dari bunda.

  9. Mila December 5, 2010 at 10:49 pm #

    Assalamu’alaikum Bunda….

    selalu ada Hikmah dalam tulisan Bunda, terimakasih sudah mengingatkan

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 9:42 pm #

      Wa’alaikum salaam Mila..
      Alhamdulillah, mudahan beroleh hikmah dan manfaatnya.
      Salam maal hijrah dari bunda. :D

  10. abgreds December 6, 2010 at 8:15 am #

    assalamualaikum bunda Siti..

    berdepan dengan senario itu ada dua sisi yang kiranya perlu ada bagi kita.

    pertamanya, tentulah perlu menginsafi diri sebagaimana intuisi bunda Siti yang diterjemahkan dalam entri. sungguh kita perlu sedar bahawa kita juga tidak terlepas dari diuji untuk menghadapi orang bersikap begitu.

    keduanya, selepas kita berdoa untuk keselamatan diri sendiri, sewajarnya pula kita mengasihani orang tersebut. tentu ada sebab dia berulahtingkah sedemikian. samada kurang berilmu atau terpedaya dengan pujukan syaiton nir rojim atau sebab lainnya.

    kalau bukan muslim, berdoalah agar menemui hidayah Allah swt. dan kiranya saudara seagama, doakanlah agar beliau itu diberi petunjuk dan kembali ke jalan yang benar..

    demikian pendapat ahli fikir lagi soleh. saya cuma tuliskan kembali. mudah-mudahan bermanfaat.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 6, 2010 at 10:45 pm #

      Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Subhanallah, pesan yang sangat bagus dari ahli fikir untuk kita kongsikan bersama. semua kita diberi ujian oleh Allah untuk berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dan olah mereka. hanya dengan iman dan kekuatan akal sahaja kita mampu mengawal diri untuk tidak melebihi batasa.

      Terima kasih abagreds atas suntikan ilmu yang bermanfaat. Dengan saling berdoa kita tidak sahaja menyelamatkan diri malah berusaha menyelamatkan orang lain. semoga Allah selalu meredhai kita. Amiin.

      Salam maal hijrah 1432.
      Salam mesra selalu. :D

  11. neni December 6, 2010 at 3:10 pm #

    assalamu alaikum wr. wb.

    bunda, neni datang bersua dengan bunda lagi..hehe

    hal yang paliing sulit untuk diatasi dalam hidup ini adalah menahan kata2 jika dalam keadaan marah, ..hehe..
    semoga kita semua terhindar dari hal2 tersebut, yang selalu menghinakan orang lain serta mencerca orang lain..Amin..

    salam mesra selalu buat bundaku

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 5:52 pm #

      Wa’alaikum salaam Wr.Wb Neni bunda sayang….

      Alhamdulillah, bunda senang Neni mengunjungi bunda. :D
      Benar tu Neni, saat marah adalah ujian paling besar Alla berikan kepada kita kerana di sana ada anugerah Allah yang sangat tinggi iaitu sabar.

      Jika sabar menghadapi kemarahan seseorang dan berjaya melaluinya, itu bermakna Allah bersama dengan kita. “Inna Allaha ma’a shobirin.

      Subhanallah Neni, kalau kita tidak marah dan memaafkan kesalahan orang lain, sungguh nikmat sabar itu sangat indah, manis dan nyaman. Kita telah dapat membunuh ego dan syaitan sekaligus.

      Semoga kita dalam kalangan hamba Allah yang sabar melalui ujianNya. Amiin.

      Salam mesra dan manis dari bunda buat Neni. :D

  12. iwan prasetya December 6, 2010 at 6:18 pm #

    Asl wr wb, Ibu, membaca postingan ni, saya bersyukur agama kita mengjarkan kerendahhatian. trima kasih sdh membuat saya meretrospeksi & mengintrospeksi diri lewat tulisan ini. Salam hangat dari saya di Ampah, Kalimantan Tengah, Indonesia

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 6:06 pm #

      Wa’alaikum salaam Wr. Wb Iwan.

      Alhamdulillah… senang dapat berkenalan dengan sahabat dari Ampah, Kalimantan Tengah. Orang di sana sangat aktif berinternet ya. Ramai sahabat maya saya dari Ampah.

      Semoga Iwan mendapat manfaat dari sajian ilmu yang sederhana di sini. sama-sama kita saling ingat mengingati melalui pesan dalam tulisan yang mudahan akan menyuntik hati untuk berubah.

      Salam maal hijrah dari saya :D

  13. achoey el haris December 6, 2010 at 10:59 pm #

    Assalamualaikum

    Bunda, Selamat Tahun Baru 1432 H

    Salam sayang dari Bogor, Indonesia

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 6:11 pm #

      Wa’alaikum salaam nanda Achoey…

      Selamat Tahun Baru Hijrah juga buat Achoey dan keluarga. Mudahan tahun baru ini memberi beribu makna untuk dilestarikan dengan jayanya.

      Salam m mesra selalu. :D

  14. akhta December 7, 2010 at 2:04 pm #

    Subhanallah, puisi yang syarat akan pesan dan makna yang luar biasa baik. Saya menikmati membaca puisi sahabat sambil berkaca pada diri.
    Salam hangat.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 7, 2010 at 6:19 pm #

      Sahabat guru, Pak Akhta…

      Subhanallah, tulisan komentar Pak Akhta juga sangat bagus dan mendalam maknanya. saya juga senang membaca dan menikmati bahasanya yang indah. Dengan kaca itu saya dapat mencerminkan diri walau hanya sekadar dapat transperansi. :D

      terima kasih ya, senang mendapat kunjungan balas dari sahabat di sana. Salam hangat kembali dari saya. :D

  15. Anton December 7, 2010 at 9:29 pm #

    Assalamu alaikum Kak Fatimah,

    Selamat tahun baru 1432 Hijriah, semoga selalu Iman dan Islam, Sehat selalu dan lindungan Allah.

    Pantun yang sangat indah

    Wassalam

    • SITI FATIMAH AHMAD December 10, 2010 at 11:20 pm #

      Wa’alaikum salaam mas Anton…
      Amiin… Ya Rahman.
      Terima kasih atas doa yang baik dan didoakan juga mas Anton mendapat kebaikan yang sama.
      Terima kasih juga atas kunjungan yang menyenangkan.

      Salam mesra dari saya. :D

  16. Aldy December 8, 2010 at 5:36 am #

    Assalamualaikum,

    Apa gerangan yang terjadi Bunda?

    • SITI FATIMAH AHMAD December 10, 2010 at 11:42 pm #

      Wa’alaikum salaam nanda Aldy…
      Tiada apa-apa yang terjadi nanda. Hanya ingin merasai pengalaman hasil pengamatan seharian dalam kehidupan.

      Salam hangat dari bunda. :D

  17. kamal April 21, 2011 at 12:09 am #

    memang semuanya yang paling sempurna adalah milik Allah

    • SITI FATIMAH AHMAD April 22, 2011 at 1:12 pm #

      Maha Suci Allah atas keperkasaan-Nya dalam mencipta.

      Salam kenal Kamal.
      Terima kasih sudah berkunjung.

      Salam mesra.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 154 other followers

%d bloggers like this: