CT25. “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Indahnya kehidupan dan bahagianya diri saat mendapat CINTA dari seseorang. Cinta yang berbalas dari hati yang terdalam. Cinta yang dihadirkan tanpa sebarang paksaan. Lahir dengan sendiri.  Muncul bak pelangi indah yang mewarnai taman hati  SEWANGI BUNGA DUNIA. Cinta yang tidak pernah diminta hadirnya. Malah tidak diketahui bilakah saatnya muncul di depan mata.

Tika CINTA itu menjelma, menyusun indah dirinya, debaran kebahagiaan turut terasa sama. Serasa cinta yang disemai selama ini yang kemudiannya dibaja dengan kemesraan tanpa meminta sebarang balasan, bertunas segar menyubur benih-benih kasih yang berbunga sayang. Mekar dan seperti tidak pernah akan layu selamanya. ADA KEAJAIBAN YANG BERLAKU DISEBALIK CINTA ITU.

SUBHANALLAH…. begitulah rasaku setiap kali mendapat penghargaan dari  mereka yang menghargaiku sebagai GURU. Penghargaan itu bagiku adalah terlahir dari sebuah CINTA.  Cinta yang dibaja dan disubur melalui siraman kasih sayang. Cinta yang bukan dilandasi dengan nafsu nafsi. Cinta yang tidak tersirat sebarang niat buruk. TETAPI CINTA yang setulus hati. Di dalamnya diisi dengan perjuangan dan pengorbanan. ITULAH CINTAKU KEPADA PELAJARKU. Tidak pernah sedetikpun mengharap balasan daripada mereka.

Hari itu… 16 November 2010/ 9 Zulhijjah 1431H – Selasa, jam 1120 pagi ketika sedang berbincang mengenai beberapa isu pendidikan bersama rakan sepejabat dan Ketua Jabatan, tiba-tiba pintu jabatan (ofis) diketuk kuat dari luar. Setelah dipersilakan masuk, terpancul  2 raut wajah pelajar KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah) Semester 1, Januari 2010 iaitu Nik Zirhaninin dan  Khartini. Dengan senyum yang menguntum pada wajahnya yang malu-malu itu, Nik menghampiriku lalu menghulurkan sebuah bungkusan yang dibalut cantik dengan kertas hadiah seraya berkata:  “Puan… hadiah ini dari Joanna dan kawan-kawannya”.

Aku yang sedang senyum memandangnya, kemudian ketawa dan berseloroh, “betul ke ni Nik ?  Jangan main-main dengan saya ya. Kenapa pula Joanna hendak memberi saya hadiah ni? Saya hanya mengajar dia selama 15 jam sahaja semester ini dalam 3 kali pertemuan di bilik kuliah.”

Nik menjelaskan : “Begini puan, hadiah ini sebagai satu penghargaan dari Joanna dan kawan-kawannya buat puan. Mereka menghargai puan sebagai guru yang mengajar Tamadun Islam. Walaupun bertudung/jilbab labuh tetapi sangat bersikap terbuka, tidak memilih sesiapa dalam pergaulan samada bangsa atau agama, sangat baik, mudah mesra dan suka senyum. Cara mengajar sangat menyeronok dan tidak ada tekanan sepanjang kuliah berlangsung. Bersemangat dan dedikasi dalam menyampaikan ilmu. Sesi pengajaran serasa sangat pendek dan tidak cukup, Itulah kata mereka tentang puan.”

Aku hanya ketawa mendengar penjelasan panjang lebar dari Nik tentang persepsi Joanna dan kawan-kawannya terhadapku. Ahh… rasa tersanjung pula dengan persepsi mereka. Untuk menggelak aku terasa berada di awang-awangan terapung lembut di udara persis sang  angkasawan atau belon udara …hehehe :D, juga bimbang mengusung rasa riak…. Astaghfirullahal ‘azim. Lantas aku membuka hadiah tersebut dan sungguh aku terkejut kerana hadiahnya adalah sebuah buku yang bertajuk LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH), tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. Buku setebal 940 halaman, cetakan kedua 2010 dan diterbitkan oleh al-Hidayah Publication merupakan buku yang tersohor dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Aku jadi sangat terharu. Terharu bukan kerana hadiah tersebut tetapi kerana yang menghadiahkannya adalah 8 orang pelajar KPLI berbangsa IBAN dan beragama KRISTIAN. Semoga kalian diberi petunjuk oleh Allah untuk menuju kebenaran dan kebaikan dalam kehidupan. MAHA SUCI ALLAH yang mengurniakan kemuliaan ini buatku dengan mencurahkan rasa kasih sayang di hati mereka walau berlainan agama dan bangsa. ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH.


Sebagai menghargai mereka, berikut aku turunkan nama dan bicara tulis yang mereka rakamkan dalam buku tersebut. Semester ini adalah semester terakhir mereka di IPG Kampus Rajang sebelum memulakan khidmat sebagai guru novis  pada tahun 2011. Mereka adalah guru pelatih yang mengambil bidang pengkhususan dalam Pengajian Bimbingan dan Kaunseling.

“MUM… I didn’t know that angels like you can fly so low till i can see and seat in one roof with you. You are like a treasure in the peaceful Rajang. Thank you for believing in me. Keep smiling ” In LOVE with you. – JOANNA GILBERT ASSON 14 November 2010, KPLI Ambilan Januari 2010.

“Buat puan Siti Fatimah Ahmad, semoga sentiasa diberkati dalam segala perkara; hari ini, esok dan selamanya. Thank you and smile always. Have a nice day.” It’s me – JOCELYN BINI 10′.

“Terima kasih puan dan jangan lupakan kami. Ingat “Arsenal” Kampung Seberang, ingat kami. Senyum selalu, ubat segalanya.” Dari hati yang tulus – BAYANG ANAK JANTAN, KPLI Bimbingan Kauseling Januari 2010 with love.

“Semoga puan gembira selalu dan senyum.” Tulus ikhlas – SUYAH JENANG, KPLI Bimbingan kaunseling Januari 2010.

“God Bless You” – EMMA

“Terima kasih puan atas segala-galanya” –  JUSTIN ROBIN USAY, KPLI Januari 2010

“Dear puan Siti, terima kasih dan ingat daku dalam doamu.” – ANITA AYE EPOI

“Terima kasih puan di atas bimbingan dan tunjuk ajar.” – FALISCIANA BERMAS JOHN

TUJUAN UTAMA dalam PENDIDIKAN adalah mendekatkan diri kepada Allah. BUKAN kerana mencari nama, pangkat, pengaruh ataupun mengharapkan pujian orang.

– MUSLIM –

*

SalamFatima3SalamFatima  29 November 2010 (Isnin)/ 1643 petang – SARIKEI, SARAWAK


Guru penerang jalan yang gelap. Penunjuk arah tepat ke destinasi yang jelas. Pembimbing akhlak dan peribadi yang unggul. Pewarna dunia kabur kepada ceria cahaya. Oleh itu, bergaullah dengan guru secara hormat dan patuh. Sebutlah nama guru di hadapan orang lain dengan panggilan yang hormat. Jangan sebut nama mereka seolah-olah mereka kawan kita. Guru yang mengajar kita erti kehidupan yang payah. Guru juga yang mengajar kita erti kejayaan yang meriah. LETAKLAH NILAI DIRI GURU KITA,  PADA TEMPAT YANG TERHORMAT.

– SITI FATIMAH AHMAD –



THANKS ALL OF YOU

WHO WILL ALWAYS REMAIN SPECIAL IN MY HEART.

BE THE BEST OF WHATEVER YOU ARE.

There is just no end to MY THANKS.


61 thoughts on “CT25. “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE

  1. wah selamat yah bunda dapt hadiah dri muridnya perhatian sekali..
    (puan ) artinya apa tuh bun?
    saya kurang paham basa melayu 😉

    • Genksukasuka…
      Alhamdulillah, terima kasih ya atas ucap selamatnya. Mereka memang anak murid yang sungguh dedikasi dalam pelajaran dan sahsiah.

      PUAN ada dua maksud dalam Bahasa Melayu:
      1. Gelar kepada wanita yang sudah berkahwin.
      2. Panggilan hormat dalam waktu rasmi pejabat. Biasanya panggilan Puan disebut oleh pelajar/mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi kepada pensyarah wanita baik yang sudah berkahwin atau belum berkahwin sebagai tanda hormat kepada mereka.

      Mudahan GSS sudah memahaminya.
      Terima kasih atas pertanyaan yang berbobot tersebut.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Amiinn, alhamdualillah.Mudahan cinta itu akan terus menghampar dengan indahnya di nubari ini.
      Terima kasih atas nanda Achoey atas ucap selamatnya. Bukunya sungguh bermakna dan memberi inspirasi untuk lebih kuat menghadapi ujian Allah SWT.

      Salam indah damai dari bunda di Sarikei, Sarawak. 😀

  2. Assalamu alaikum Wr. Wb..

    wahh..Alhamdulillah, bunda dapat hadiah..
    sapa dulu dong, bunda fatimah gitu loh…hehehe…
    bunda yang selalu sabar mendengarkan keluhanku, bunda yang selalu memberiku nasehat, bunda yang selalu kurindu……

    terima kasih bunda buat semuanya, aku jg pengen seperti bunda, yang selalu berwajah manis dihadapan semua orang, bersikap sabar pada semuanya…

    bunda is the best…
    salam rindu dan salam mesra selalu buat bundaku sayang…

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb, Neni, anak bunda…
      Iya… alhamdulillah, satu lagi Hadiah Dari Langit untuk bunda. 😀

      Senang dan bahagia di sapa Neni yang jauh di Makassar sana. Maaf, bunda tidal bisa buka YM beberapa hari ini… entahlah, kenapa sukar sangat untuk membukanya. Sampai naik lenguh jari bunda ini. Mungkin cuaca yang kurang baik di sini, selalu hujan. maka linenya juga kurang bersahabat. Maaf kalau Neni menunggu bunda.

      Hehehe…. Neni selalu membuat bunda rasa malu sendiri lho. Jangan memuji sangat Neni. bimbang bunda tiak berpijak di bumi nyata lagi. 😀 Terima kasih atas penghargaan baik dari Neni buat bunda. Bunda senang mengetahuinya. Neni juga anak yang baik. Semoga Allah meredhai setiap usahamu di sana.

      salam sayang dan rindu juga dari bunda buat Neni. 😀

    • Benar Nisa….
      Isinya sangat mantap dan menyentuh jiwa.
      Satu menu yang sangat sedap disantap bagi hidangan rohani yang sedang dilanda keresahan dan kedukaan.

      Terima kasih menyapa setelah sekian lama menyepi.
      Salam manis selalu 😀

  3. Subhanallah… pasti senang sekali rasanya ya bunda.. murid-murid menyayangi gurunya, Oh indahnya dapat berbagi ilmu dengan mereka.. 🙂

    saya, benar-benar menitis air mata membaca ini bunda, serasa persaudaraan sangat kuat, semoga Allah SWT senantiasa menjaga mereka dalam jalan yang baik.. 🙂

    semoga bunda siti selalu dilimpahi keberkahan..
    salam sayang saya.. 🙂

    • Hai Tiyha…
      Benar… serasa sangat dihargai dan disayangi oleh pelajar kita walau bukan itu yang kita minta dari mereka.

      Alhamdulillah, juga memberi makna bahawa apa yang kita sampai dan kongsikan bersama mereka mencapai objektif yang kita rancang agar pelajar kita faham dengan pengajaran kita.

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim. Semoga dimakbulkan doa yang baik dari Tiyha. Didoakan Tyha juga mendapat yang sedemikian baik juga. Insya Allah.

      Salam sayang kembali dari saya buat Tiyha di sana. 😀

    • Sungguh bukunya amat indah sekali isinya, Kang KC. Penuh dengan pandangan yang optimis sehingga kata-kata penulisnya bagaikan satu azimat yang penuh dengan geliga yang menyinarkan hati dan jiwa menuju hidup baru dan proaktif.

      Subhanallah, saya sungguh beruntung dapat memiliki buku ini. Terima kasih Kang KC atas kunjungan yang dialu-alukan. Salam mesra selalu dari saya. 😀

      • Wa’alaikum salaam mas Haniifa…

        Alhamdulillah, terima kasih atas ucap selamat dan kunjunga yang menyenangkan. Mudahan mas juga selalu mendapat kebaikan yang sama.

        Salam mesra dan hormat takzim dari saya buat mas Haniifa di Bandung. 😀

  4. selamat bunda. jadi ingat sabda rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam, tahaddu tahabbu -saling memberikan hadiahlah, niscaya kalian akan saling menyayangi- 🙂

    • Alhamdulillah.
      Terima kasih Bagustejo kerana telah mengingatkan kita semua dengan sabda baginda Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam di atas. Begitulah indahnya Islam ini jika dapat diamalkan untuk teladan yang bukan Islam.

      Semoga kebaikan akan selalu menyirami kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

      Salam ukhuwwah yang indah dari saya 😀

  5. indahnya saat ilmu yang kita beri dibalas dengan penghargaan tinggi dari murid-murid ya ummi Siti.. apalagi buku La Tahzan itu sangat bermakna dan dari sana kita bisa mengambil hikmah kehidupan…salam hangat selalu

    • Hai Mamah Aline…
      Alhamdulillah, senang dengan kunjungan Mamah Aline dan kita kembali menyatu dalam perkongsian ide yang bermanfaat. Benar sekali apa yang Mamah Aline jelaskan.

      Tidak dapat dikatakan bagaimana rasa terharunya menerima penghargaan dari pelajar kita kerana kita sendiri tidak dapat menilai apa yang kita lakukan melain penilaiannya datang dari mereka yang menjadi pemerhati kepada setiap perlakuan dan perbuatan kita di hadapan mereka.

      Semoga Allah selalu meredhai setiap ilmu yang kita ingin kongsikan bersama.

      Terima kasih ya kerana hadir menyapa. 😀
      Salam hangat kembali untuk Mamah Aline.

  6. Assalamualaikum Bunda yang mulia hati.

    Membaca posting di atas mengingatkan saya kepada hari akhir menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah….

    Dikerumuni anak-anak murid dan menerima hadiah dari mereka…Aduh! tiada kata untuk menggambarkan saat itu… sebagaimana kata bunda….

    “Aku jadi sangat terharu. Terharu bukan kerana hadiah tersebut tetapi kerana yang menghadiahkannya adalah 8 orang pelajar KPLI berbangsa IBAN dan beragama KRISTIAN”

    Buku “jangan bersedih” itu diakui sangat mujarab mengubat luka dihati. Malah ia juga pernah menjadi teman tidur saya pada saat-saat getir meniti takdir hidup. Ia menjadi saksi pada titis-titis air mata yang pernah tumpah dek terkesannya pada pujukan janji ALLAH yang Maha Pengasih melalui tulisan Dr. Aidh itu.

    Lalu diam-diam saya mencipta impian mahu melakukan hal sama….menulis untuk memberi manfaat…semoga menjadi saham di sana nanti.

    Bunda lebih bertuah kerana berpeluang terus mendidik…

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, work smart & creative”

    Assalamualaikum

    • Wa’alaikum salam nanda Fathuri…
      Alhamdulillah, senang dengan kunjungan Fathuri yang tentunya menyapa dengan bicara tulis yang berbobot. Bunda selalu terkesan dengan komentar yang ditulis oleh nanda.

      Iya… begitulah indahnya menjadi guru yang dikerumuni oleh anak2 murid yang selalu merindui kehadiran kita ke dalam kelas mereka sebagaimana kita juga merindui untuk memberi ilmu yang kita pelajari dan perolehi agar mereka menjadi lebih bijak dari kita.

      Sungguh besar sekali makna buku La Tahzan itu kepada nanda di masa lalu. Semoga apa yang menjadi impian nanda Fathuri akan dimakbul Allah kerana ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN. Tidak ada yang mustahil jika ada usaha dan keinginan ke arah itu. Bunda akan selalu mendoakan kejayaan nanda di sana.

      Terima kasih ya kerana sudi singgah lagi ke blog bunda ini. Salam mesra dan ceria selalu dari bunda di Sarikei, Sarawak. 😀

  7. Selamat malam mbak Siti,

    Mbak Siti menulis:” ITULAH CINTAKU KEPADA PELAJARKU. Tidak pernah sedetikpun mengharap balasan daripada mereka.” Apa bila satu kosakata diganti, menjadi: “Itulah KASIHKU KEPADA PELAJARKU……………..dst” menurut mbak Siti adakah perbedaan makna yang mendasar?

    Sampai hari ini rasanya saya belum mendapat waktu yang tepat untuk publish artikelku yang sudah saya tulis 3 th yll: Antara CINTA dan KASIH.

    • Selamat Pagi Eyangkung yang dihormati…

      Terima kasih melontarkan persoalan kepada apa yang saya nukilkan berhubung “ITULAH CINTAKU KEPADA PELAJARKU” bukan menggunakan “ITULAH KASIHKU KEPADA PELAJARKU”.

      Menurut saya, istilah cinta dan kasih mempunyai perbedaan tersendiri tetapi masih dalam ruang yang tidak boleh dipisahkan kerana mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain yang tumbuh padanya sayang dan cinta.

      Dalam hal ini, saya hanya menumpukan kepada dunia pelajar dan pendidikan sahaja bukan dunia cinta antara lelaki dan perempuan. Mohon dimaklumi ya, Eyang.

      Mengapa saya menggunakan istilah cinta kepada pelajar saya kerana CINTA itu sendiri membawa harapan yang tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja (masa, tenaga, nyawa, wang dan sebagainya) demi memastikan mereka berjaya dan bahagia untuk menjadi insan syamil yang bersahsiah tinggi. Cinta ini tidak disertakan dengan perasaan nafsu atau asyik mashyuk yang memberahikan sebagaimana cinta seorang lelaki dan wanita. Cinta yang sebutkan di atas adalah lahiran sebuah cinta yang tulus luhur disertai dengan kasih sayang untuk kesejahteraan sesama insan yang layak dan khusus menerimanya.

      Mana kalau istilah KASIH pula menurut saya, satu perasaan menyerata yang diberi kepada sesiapa yang kita temui sehingga terbit perasaan suka dan senang ketika bersama dalam tempuh masa yang tertentu dan mengambil berat akan apa yang berlaku. Begitulah menurut persepsi saya berdasarkan kefahaman umum yang tidak dilandaskan kepada mana-mana kajian.

      Walau bagaimanapun, jika Eyang ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang pengertian CINTA dan KASIH, apakah ada perbedaan antara keduanya, saya sarankan Eyang membaca buku yang sangat menarik yang membahaskan tentang CINTA ini. Buku ini saya temui dan pinjam di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika masih belajar di sana tahun lepas dan sempat saya catatkan nama bukunya.

      Saya yakin, buku itu ada dijual di Indonesia kerana pengarangnya sangat dikenali dan tersohor. Nama bukunya adalah RAUDHAH AL-MUHIBBIN WA NUZHAH AL-MUSYTAQIN yang bermaksud PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU, karangan ulama terkenal IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH.

      Buku ini menerangkan 50 istilah cinta dalam penggunaan istilah bahasa Arab berserta dengan penjelasannya sekali dan banyak lagi hal yang berkait dengan CINTA, KASIH, SAYANG DAN SUKA. Mudahan maklumat sedikit ini bisa membantu Eyang untuk mendapat sumber melalui perspektif Islam.

      Terima kasih Eyang atas kunjungan yang menyenangkan. Semoga Eyang selalu sehat dan diredhai Allah SWT.

      Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

      • Selamat siang mbak Siti,

        Terima kasih atas tanggapannya untuk komentar saya tentang CINTA dan KASIH. Ini sebenarnya pancingan saya akan pemahan orang tentang CINTA dan KASIH. Banyak orang mengartikan CINTA DAN KASIH itu sama=sinonim. Tetapi saya pribadi melihat cinta dan kasih itu sama arti tapi berbeda makna!!

        Pada waktu saya menulis artikel kasih dan cinta saya hanya mendasarkan Injil/Alkitab. Saya coba melihat di Quran tetapi saya belum bisa melihat perbedaannya, karena saya buta bahasa Arab. Saya hanya baca terjemahan Quran dalam bahasa Indonesia. Terima kasih mbak Siti menunjukkan referensi tentang topik yang saya cari dengan mendasarkan pada bahasa Arab. Coba saya cari di sana.

        Dalam artikel GETIRAN HATI saya menulis komentar lagi di ‘Replay’ komentarnya mas Argun. Tolong mbak Siti baca. Terima kasih.

        • Selamat Sore Eyang…

          Semoga Eyang akan menemui buku tersebut. Buku itu juga sudah diterjemahkan dalam bahasa lain. mungkin juga sudah ada terjemahannya dlam bahasa Indonesia.

          Berdasarkan penjelasan saya di atas tentang CINTA dan KASIH, apakah Eyang bersetuju dengan apa yang saya nukilkan di atas atau masih terdapat bahasan yang membezakan antara keduanya menurut kehendak ilmiah yang ingin Eyang cari tentang perbedaan antara keduanya ?

          Terima kasih Eyang untuk perkongsian hikmah yang menyegarkan. Salam bahagia dari saya. 😀

    • Hai Kakaakin…
      Alhamdulillah, terima kasih atas ucap selamat dan kunjungan yang selalu dirindukan. Iya… begitulah rasanya mbak Akin. Sangat senang kalau kita mengetahui pelajar kita menghargai jasa kita.

      Mudahan Mbak juga dmikian dihargai oleh lingkungan yang berada bersama mbak. Dunia kita mungkin berlainan tetapi harapan dan keinginan kita untuk memberi kebahagiaan dan keyakin kepada sebuah kehidupan yang lebih harmoni dan ceria buat mereka tetap sama.

      Semoga selalu bahagia dengan tugas yang mulia itu.
      Salam manis selalu dari saya buat mbak Akin. 😀

  8. Assalamu’alaikum Warrohmatullah Wabarrokatuh

    Alhamdulillah..selamat ya Bunda..saya membacanya dengan perasaan bahagia dan mata berkaca-kaca karena terharu.

    Saya berasal dari keluarga Guru..Ibunda dan Ayahnda(almarhum) adalah seorang guru Sekolah Dasar. Saya bisa memahami betapa bahagia perasaan Bunda Fatimah menerima bingkisan dari anak didik.

    Walaupun seorang guru tidak pernah mengharapkan hadiah yang paling membuat bahagia adalah ketika melihat anak2 didik bisa sukses dan berhasil mencapai cita-citanya. Menjadi manusia yang berahlak mulia dan perduli kepada sesama.

    Semoga Bunda Fatimah dan keluarga selalu dalam kasih sayang Allah SWT. Amin.

    • Wa’alaikum salaam Warrahmatullah Wabarrakatuh Lyna…

      Alhamdulillah, terima kasih ya atas ucap selamat dan doa yang baik dari Luna. Wah… bunda juga turut rasa terharu membaca tulisan Lyna di atas terutama tentang ayah dan ibu Lyna yang juga seorang guru. Semoga roh ayahnda Lyna dimuliakan Allah SWT pada sisi-Nya. Amiin.

      Begitulah rasa bahagia yang tak tergambarkan bila anak murid menghargai usaha kita sebagai guru yang mencintai mereka. Bersungguh-sungguh mengajar agar mereka faham dan memotivasikan mereka supaya bersungguh-sungguh untuk belajar dan berjaya.

      Didoakan Lyna dan keluarga dalam konsidi yang sehat dan diredhai Allah SWT. Salam manis dan mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak 😀

      *******

      Oh ya mbak Lyna…
      Saya ingin maklumi, sangat sukar memasuki ruang komentar Lyna. Sudah banyak kali saya singgah ke sana dan menulis komentarnya tetapi tidak berjaya dihantar kerana gangguan dari CAPTCTHA. Sudah dimasukkan abjad dan nomor yang dikehendaki, masih sagal mengirim komentar, hasilnya saya terpaksa beralah dengan hati yang jengkel meninggalkan sahaja blog Lyna tanpa pesanan sedangkan tulisannya sudah dibaca dan mahu berkongsi ide di sana. Maaf kalau sepertinya saya tidak ke sana pada hal selalu bertandang lho. Sedih nih mbak.

    • Hai Fety…
      benar tu. senang sekali dan penuh dengan rasa syukur. Alhamdulillah.

      Terima kasih mbak sudah menyapa. senang dikunjungi oleh mbak Fety yang jauh di negara matahari terbit. Semoga bahagia selalu.

      Salam mesra dari saya 😀

  9. Salam Puan.

    Saya sangat terharu membaca tulisan ini. Semoga puan & mereka semua mendapat balasan yang sebaiknya.

    Memang seronok apabila para pelajar menghargai kita sebagai guru. 🙂 Alhamdulillah.

    • Salam kembali Hadi…

      Semoga Allah juga memberi kebaikan buat Hadi dan kita semua dalam melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk kesejahteraan manusia. Amiin.

      Alhamdulillah, begitulah nikmatnya menjadi guru. Penghargaan mereka memberi suntikan semangat yang luar biasa untuk kita lebih maju dan membangun diri untuk menambah ilmu agar lebih profesional dalam bidang yang kita ceburi.

      Terima kasih sudi menyapa kembali. Mudahan Hadi menjadi guru yang berkesan dan berkualiti dalam pengajaran dan ketrampilan.

      Salam ceria dan mesra selalu. 😀

  10. Selamat bunda,,
    Lagi-lagi hadiah yang tiba-tiba, 😀
    Betapa berartinya kehadiran bunda bagi banyak orang, sehingga kehadiran bunda selalu di nantikan,,
    Saya sangat terharu, karena hadiah itu berisi buku La Tahzan,, semoga orang yang memberikannya bisa mendapatkan hidayahNya, amin,,

    Salam dari Meda, 😀

    • Hai Masyhury…
      Terima kasih atas ucap selamatnya.

      hehehe… kok iri ya. 😀
      Alhamdulillah, semua itu kurniaan Allah yang patut disyukuri sebagai Hadiah Dari Langit. Ahhh… segan lho dengan pujian Masyhury sedangkan saya tidak layak mendapatkannya. Masya Allah. mudahan Masyhury diberkati Allah atas pandangan yang baik terhadap saya.

      Amiin… mudahan mereka dibuka pintu hidayahnya untuk menemui kebaikan yang hakiki.
      terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam sore yang indah. 😀

  11. Permisi bu.. Gimana kabar ibu?? Saya harap ibu baik-baik saja,,,
    Memang allah selalu memberikan cinta kepada kita didalam kehidupan,, dan cinta itu akan selalu ada dikala kita senang, gundah, gelisah, dan tak berdaya. Tetapi cinta sejati semata-mata cinta Allas SWT kepada kita,,..
    Asallamualaikum wr wb

    • Wa’alaikum salaam Hairullah…
      Alhamdulillah, saya baik dan sehat. Didoakan Hairullah juga demikian sama.

      Subhanallah, saya senang sekali dengan bicara cinta yang dititipkan oleh Hairullah. Sungguh mengesankan maknanya dan memberi kita kefahaman akan cinta Allah yang didatangkan dari pelbagai arah kehidupan.

      Mudahan cinta kepada Allah itu bisa membuat kita mencintai manusia dengan sebaik kecintaan.

      Terima kasih sudah singgah dan berharap akan betah lagi kemari. Salam mesra dari saya. 😀

  12. Assalamu’alaikum bunda Siti, barakallah ya telah mendapatkan hadiah sebagai tanda cinta kepada bunda Siti, saya bisa ikut merasakan kebahagiaan yang bunda rasakan…
    Bunda memang layak mendapatkannya … meski saya belum pernah bertemu secara langsung dengan bunda Siti namun saya bisa merasakan lemah lembut, penuh kasih sayang dan kebaikan hati bunda siti terlihat dari semua tulisan dan komentar2 yang pernah bunda siti torehkan di blog saya maupun blog sahabat yang lain..
    Sukses selalu ya bunda..
    Salam sayang selalu dariku… 🙂

    • Wa’alaikum salaam mbak UmmuRizka…
      Amiin…barakallah ‘alaiki iadhan, mbak. Alhamdulillah, sesuatu yang baik harus kita kongsikan bersama untuk dinikmati walau hanya sekadar sebuah pengalaman atau rasa kebahagiaan.

      Terima kasih mbak atas penghargaannya. Hmmm… menambah terharunya hati ini dengan persepsi baik mbak terhadap saya. Segan lho mbak. Hanya Allah SWT sahaja yang membalasnya dengan mengharapkan semua yang disampaikan sebagai sebuah DOA untuk menjadikan saya seorang muslimah yang sedar diri akan siapakah dirinya sebenar.

      Subhanallah… semoga kebaikan itu juga sampai kepada mbak yang saya sayangi ini. Semoga persahabatan kita akan terjaga baik dalam rahmat Allah SWT. Sukses juga untuk mbak ya.

      Walau jauh di mata, namun dekat di hati.
      Salam sayang kembali dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam Om Cekixkix…

      Subhanallah… senang dengan kunjungan perdana Om Cekixkix .. hehehe kemari. Saya rasa terharu kerana dijemput untuk ikut menramekan tontonan di sana. Susah-susah aja Om berjalan jauh. Saya amat menghargainya.

      Terima kasih Om.
      Segera saya ke sana untuk meliat apakah keramaian itu.

      Salam persaudaraan juga dari saya. 😀

  13. membaca kisah umi ni, membuat saya haru dan turut berbahagia.
    mengingatkan saya pada masa² lampau di sekolah.
    rindu rasanya nak jumpa lagi dengan guru² yg telah mendidik kami.
    salam utk semua guru disana.
    pakabar umi fatimah?

    salam, ^_^

    • Hai Didien…
      Mudahan Allah SWT selalu memberi kebahagiaan pada kita atas apa yang kita lakukan kepada guru-guru kita walau hanya dengan doa.

      Hmm… murid yang berhati mulia selalu menyanjung jasa gurunya. Mudahan Dien termasuk dalam kalangan ini. Amiin.

      Terima kasih hadir menyapa. senang dengan kunjungan Didien. Salam mesra dari saya. 😀

  14. Umi memang guru terbaik diantara yg terbaik 😉
    pengen banget ketemu langsung dengan umi…

    salam sayang n peluk untuk Umi
    wiwing

    • Hai Wiwin9…
      Alhamdulillah, mudahan doa Wiwin9 agar Umi jadi guru terbaik dimakbuli Allah kerana itulah harapan Umi kepada pelajar Umi. 😀

      Terima kasih kerana masih ingat dengan Umi. Lama kita tidak bersapa kan. Umi juga ingin bertemu Wiwing yang baik ini. Mudahan ada ruang yang diberi Allah untuk kita bersua muka. mana tahu kan ? semua itu urusan Allah SWT.

      Salam sayang kembali untuk Wiwin9 dari Umi 😀

  15. buku itu juga banyak memberikan saya semangat bunda, setelah membacanya kita seperti habis di ces beribu baterai sehingga kembali semangat jalani hidup yang lebih baik.
    TUJUAN UTAMA dalam PENDIDIKAN adalah mendekatkan diri kepada Allah. BUKAN kerana mencari nama, pangkat, pengaruh ataupun mengharapkan pujian orang.
    sy suka ini bun

    • Mas Bchree…

      Benar tu, bukunya sungguh menakjubkan. Isinya bak berlian yang selalu menyinar cahayanya sehingga kliau mata memandang. Semoga semangat Bchree akan terus membara walau banyak mana rintangan mendatang dalam menghadapi kehidupan yang tentunya sebagai ujian kepada kita.

      Mudahan akan selalu menjadi pendidik yang ikhlas mengajar ilmu dan pengetahuan kepada peserta didik.

      Salam mesra selalu dari saya. 😀

  16. Assalamualaikum Bunda Siti,
    Ucapan siswa kepada gurunya banyak cara, salah satunya dengan memberikan hadiah. Dan mereka telah memilih cara yang paling baik, yaitu menghadiahkan buku kepada Bunda.

    Tak perduli, walaupun hanya satu jam memberikan pengajaran, tetaplah ia guru yang memberi ilmu. Bukan lama atau sebentar, tetapi seberapa besar faedah yang mereka dapatkan.

    • Wa’alaikum salaam nanda Aldy…

      Subhanallah… menakjub sekali bicara nanda Aldy di atas. Bunda menyukai tiap bait kata yang penuh dengan penghargaan kepada para guru. Mudahan anak murid akan selalu mengenang jasa gurunya dalam apa jua kondisi mereka.

      Terima kasih nanda. Semoga diredhai Allah SWT.
      Salam mesra selalu. 😀

  17. hmmm bahasan tentang cinta memang tiada habisnya.. cinta menjadikan kita kuat dan tegar di saat2 sedih..

    baca buku bunda Laa Tahzan jadi mengingatkan saya akan ibu di Jawa sana, dulu pas pertama aku berangkat merantau ke Ambon, ibuku begitu sedih, akhirnya ku hadiahkan buku berjudul La Tahzan untuk ibuku…

    saat ini aku kangen ibuku bunda… di Jawa sana…

    • Hai Muhammad…

      Buku La Tahzan mempunyai kekuatan dalaman yang ampuh kerana bisa menjadi manusia mampu bergerak hebat lebih dari apa yang diketahui tentang dirinya selama ini.

      Semoga ibumu selalu berbangga dengan prestasimu. Selamat berjaya Muhammad.

      Salam ceria selalu. 😀

  18. Sungguh hadiah berkesan dari para murid-muridnya. Dan buku LA TAHZAN memang luar biasa. Meski baru membaca sebagian, tapi mampu memberikan pencerahan yang baik untuk menjalani hidup dengan penuh keoptimisan. Dan tentu kita merasa bangga karena buku ini hasil karangan seorang muslim yang mampu membeberkan secara detail tentang makna hidup yang sesungguhnya.

    • Ifan Jayadi…

      Itulah nikmat menjadi guru dan kegembiraan yang tidak terhingga apabila mendapat penghargaan dari para pelajar walau kita tidak pernah meminta balasan hasil dari usaha yang kita lakukan.

      Buku tersebut sungguh menakjubkan. kesannya sangat mendalam untuk menjadi penawar kepada segala keresahan dan kegelisahan jiwa untuk menjadi mantap dan kuat kerana mendorong kita mengingati akan kuasa Tuhan Pencipta manusia sebagai tempat tumpuan kecintaan dan pengharapan.

      Terima kasih atas kunjungan Ifan.
      salam mesra selalu dari saya dan salam hijrah. 😀

  19. bismillaah, kak Siti (bolehkah saya panggil demikian?), membaca tulisan tentang guru, teringat beberapa tahun silam saat status itu masih melekat pada saya, namun saya melepasnya untuk akhirnya menjadi guru pula,,,, ibu, guru pertama bagi putra-putrinya,,, dan saat ini saya ingin untuk bisa terus menjadi guru disetiap langkah yang benar. salam perkenalan dari indonesia…..

    • Salam takzim Ummuahmad…

      Alhamdulillah, dengan senang hati menerima panggilan Kak Siti dari kenalan baru. Harapan silaturahminya bisa terjalin baik di masa depan.

      Terima kasih kepada Ummu kerana sudi berkunjung dan meninggal jejak ilmu di sini. Anda mantan guru ya… Subhanallah, anda sanggup berkorban menjadi guru kepada anak2 yang sedang membesar. Semoga pergorbanan Ummu diredhai Allah.

      Selamat Hari Ibu, Ummu.
      Salam mesra dan manis selalu dari saya. 😀

  20. Pingback: CT175. PENULIS FAVORITKU : SHEIKH DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  21. Pingback: CT279. FROM PARIS (EASTER & ISMEL) WITH LOVE | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.