CT23. HADIAH DARI LANGIT (3): AKHIRNYA TERCAPAI JUA

22 Nov

ssalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dunia tanpa sempadan tidak semuanya membuahkan hasil negatif jika betul cara penggunaan dan matlamat yang hendak dicapai. Dari belahan dunia mana pun kita berada, segalanya menjadi mudah digapai. Masa menjadi teramat pendek berbanding puluhan tahun yang lalu. Bayangkanlah dulunya, jika mahu berutus khabar sahaja, mengambil masa berhari-hari untuk sampai perkhabaran kita kepada orang yang dituju.

KINI… hanya mengirim email atau kemudahan chatting, semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tambah lagi dengan sidang video yang boleh dilakukan bila-bila masa bersama dengan panggilan menerusi internet. Sejauh mana pun kita berada, tiada lagi jarak yang memisahkannya. Segala-gala menjadi dekat, mudah dan bergerak pantas memintas masa lalu yang semakin jauh ketinggalan dek penangan kecanggihan peralatan masa kini.

Hasil keajaiban minda manusia yang dikaruniakan Allah, manusia mampu mencipta peralatan komunikasi yang berkesan untuk dapat berinteraksi dengannya. Dampak besar yang diperolehi adalah pertemuan-demi pertemuan yang berlaku antara kita di dunia maya. menjalinkan persahabatan yang dulunya tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada jalan untuk mengenali antara satu sama lain.

AKHIRNYA… kita menjadi sahabat di maya. Tanpa berpandang wajah, kita berbicara bisu menerusi aksara2 indah yang diketik membentuk buah-buah kata. Tanpa bicara bunyi, kita saling berpesan dan saling ingat mengingati untuk mencari kebenaran. Tanpa mengenal hati budi, kita bertawakal dan bersangka baik bahawa sahabat maya yang kita kenali dari mana belahan dunia di bumi ini adalah insan yang dihadirkan Allah SWt untuk satu jalinan silaturahmi bagi membentuk sebuah peradaban manusia yang berilmu.


Malahan melalui kecanggihan dunia digital ini, kita beradu intelektual  untuk membahaskan buah-buah fikir yang sangat bernas berhubung pelbagai isu yang dibincangkan melalui lorekan-lorekan tulisan hasil ketikan huruf yang membentuk perkataaan-perkataan,  perenggan-perenggan yang kemudian menjadi sebuah tulisan hebat untuk dibaca dan dikongsikan bersama. Itulah dinamakan PERKONGSIAN BIJAK antara sesama kita.

Satu keuntungan yang tidak pernah difikirkan dalam jalinan persahabatan maya sehingga menghadirkan keinginan untuk menghargai kebersamaan adalah sifat murah hati  dengan saling  memberi dan menerima sesuatu yang cukup mengembirakan kita. Antaranya memberi atau menghadiahkan award pelbagai bentuk baik grafik, lirik lagu, puisi, CD, DVD atau buku.

Alhamdulillah, membicarakan tentang pemberian ini, saya sangat berbangga dan rasa sangat gembira apabila menerima HADIAH DARI LANGIT yang tidak saya duga diterima beberapa bulan yang lalu. HADIAH DARI LANGIT ini adalah yang KETIGA saya perolehi sesudah HADIAH DARI LANGIT 1 dan 2 (sudah disiarkan dalam blog Laman Menulis Gaya Sendiri versi lama yang dibajak/digodam para pengkhianat yang tidak beradab dan beretika – blog itu hilang dan berkubur tanpa nisan dan tidak dapat dikesan sehingga kini).

HADIAH DARI LANGIT 3 ini adalah kiriman DUA BELAS (12) buah buku dari sahabat pelukis muda,  anak kelahiran Banjarmasin. Beliau diberi nama HAJRIANSYAH oleh ayahndanya yang tercinta, Haji Hamzah sejak 31 tahun yang lalu. Menurut saya Hajriansyah adalah anak muda yang bersifat multitalenta. Ini dibuktikan sendiri oleh LUKISAN KATA yang bila saya mengulang baca ungkapan tulis beliau perihal TENTANG SAYA, sungguh mempesona luahan hatinya. Bijak menyusun bahasa dan rona katanya.

Berikut adalah 12 buah buku yang beliau kirimkan kepada saya yang dibungkus dengan kemas dalam suratkhabar/koran… saya gembira menerima balutan akhbar tersebut kerana sekurang-kurangnya saya dapat membaca peristiwa yang berlaku di Banjarmasin menerusinya. Terima kasih Hajriansyah, saya sangat menghargai HADIAH DARI LANGIT yang sangat bernilai tinggi ini. Silakan sahabat membaca sedikit ulasan dan penjelasan saya tentang buku-buku di bawah ini.

Buku JEJAK AIR ini adalah kumpulan buku puisi kedua Hajriansyah sesudah JEJAK-JEJAK ANGIN. Sayangnya, saya tidak dihadiahkan buku pertamanya :D. Kumpulan puisi ini mengandungi 11 buah puisi yang ternyata panjang2 bait nukilannya. Apabila membaca tajuk2 puisi beliau, tidak terdapatpun puisi bernama JEJAK AIR. Hal ini menimbulkan keinginan saya untuk mengetahui mengapa ? Setelah membaca keseluruhan 11 puisi  tersebut, ternyata naluri Hajrian yang diluahkan tidak lari dari semangat  air, muara, kuala, badai, pantai, hujan dan seumpamanya. Buku ini mempunyai 60 halaman, cetakan 2007 dan diterbitkan  oleh Tahura Media, Banjarmasin.

79 PUISI adalah jumlah puisi yang tertera dalam buku bertajuk 79 PUISI. Pelbagai bentuk puisi disalin dari minda ke dataran kertas yang cuba menggambarkan sejumlah perluahan emosi yang disusun sejak Disember 2008 sehingga Jun 2010 sehinggalah ia diterbitkan pada Julai 2010. Buku yang sebanyak 104 halaman, terbitan Tahura Media menjelaskan dalam SEKADAR CATATAN bahawa kumpulan79  PUISI ini disusun semula oleh sahabat karibnya SANDI FIRLY  yang juga merupakan editor buku ini. Menurut Sandi, penyusunan puisi berdasarkan urutan waktu (bulan dan tahun) dibuat sedemikian rupa agar pembaca boleh membaca jejak kreativiti Hajri. Hmm… kebijakan yang dikongsikan bersama… sehingga ada satu puisi Hajri yang tidak diberi judul, telah dijudulkan sendiri oleh Sandi iaitu CINTA YANG DUNGU (halaman 39), yang pastinya telah dipersetujui oleh Hajri. Saya bertanya sendirian…. KENAPA YA HAJRI, PUISI TERSEBUT TIDAK DIJUDULKAN ? Lalu saya membaca puisi tersebut…. Subhanallah, indah sekali bicara katanya, saya jadi termangu menelaah isian makna yang mengesankan itu. salut untukmu Hajri. :D

Buku ANGIN BESAR MENGGERUS LADANG-LADANG KAMI adalah kumpulan cerpen Hajriansyah, April 2009 dengan latar belakang lukisan beliau yang berjudul KELUARGA. Buku kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Framepublishing mengandungi 13 cerpen yang dimuatkan dalam 180 halaman. Pilihan tajuk ANGIN BESAR MENGGERUS LADANG-LADANG KAMI (halaman 127) sebagai tajuk buku, diambil dari antara 12 cerpen yang terdapat dalam buku ini. Membaca cerpen-cerpen Hajriansyah, akan membawa kita ke dalam dunia sastera yang mantap dengan rona kata indah dan terkadang sukar difahami… hehehe… jika tidak mengerti akan makna tersirat yang cuba dilahir dan diungkap menerusi bahasa yang halus, berbunga dan bersirat. Alhamdulillah, dalam kesukaran tersebut, saya berusaha meniti luahan minda beliau yang mengkagumkan terutama bahasa dan susunan kata yang ditulis dengan begitu cantik mempesona. SYABAS Hajri… semoga semakin maju dan berhasil dalam penulisan yang mempamerkan multitalenta pada dirimu yang berbakat besar. Saya sangat gembira dan berbangga dapat menjadi salah seorang  sahabat yang beruntung dapat dihadiahkan memiliki karya Hajriansyah dan para seniman hebat dari Banjarmasin.  :D

Buku WAJAH DEPORTAN merupakan Antologi Puisi Lintas Propinsi 2009 terbitan  bersama oleh Komunitas Teras Puitika & AUK  dan Tahura Media pada Juni 2009.  Tajuk buku diambil dari tajuk puisi milik EKO PUTRA, halaman 26-27 yang mengandungi 118 halaman dengan 79 buah puisi yang keseluruhannya dilahirkan dalam tahun 2000-an.  Antologi ini memuatkan karya minda 44 penulis muda Indonesia yang berusia di bawah 40 tahun. Pelbagai rentak puisi ditulis mengikut kecekapan pengetahuan dan kondisi wilayah masing-masing.  Uniknya puisi-puisi ini memuatkan pengkisahan bentuk bumi setempat, khazanah budaya dan eksotika daerah yang sangat kental namun nyaman untuk dibaca. HAJRIANSYAH menyumbang 2 buah puisi yang bertajuk LUKISAN ABU-ABU: SEBUAH KOTA TERAMAT SEPI dan ADA KOTA DAN MIMPI YANG MENJAUH. Tahniah Hajri, puisimu penuh dengan pesan yang resah buat kesedaran diri akan sesuatu yang harus dihargai dan dipertahankan agar tidak tercemar. Bicaranya penuh filosofis yang bermakna dalam. Hehehe… saya garu kepala mahu memahaminya. :D

PARODI TENTANG ORANG YANG INGIN BUNUH DIRI DENGAN  PISTOL AIR (PTOYIBDDPISTAIR) adalah tajuk buku antologi puisi tulisan M. Nahdiansyah Abdi. Buku berjumlah 134 halaman,  terbitan Tahura Media, juni 2008 mengisahkan sekelumit cerita berkait dengan PTOYIBDD PISTOL AIR. Ia juga memuatkan 83 buah puisi dan 47 perkampungan kata-kata bertuah dan terakhirnya Kesaksian yang menceritakan latar belakang penulis buku ini.  Untuk membuka minda agar tidak bingung dengan tajuk buku ini, saya mengambil sedikit kata awal dari M.Nahdiansyah bahawa PTOYIBDD PISTOL AIR bukanlah judul puisi. Tapi adalah JUDUL BUKU, secara abtraknya memaklumi bahawa PISTOL AIR tidak menembakkan peluru tetapi air. Air yang meluncur dari muncung pistol itu bererti kegembiraan, kesegaran, pertumbuhan, inspirasi dan harapan. Sungguh misteri sekali bayangan pistol air yang digambarkan. Mana kala antologi puisinya yang pendek2, mudah difahami dan dibenahi dengan bahasa indah yang penuh filosofis. Salut  kepada saudara M. Nahdiansyah atas hasil minda yang berbobot ini. Semoga anda sukses selalu.

NYANYIAN TANPA NYANYIAN adalah judul cerpen Dewi Alfianti (hlm. 13) yang dipilih menjadi tajuk buku ini.  Ia mengandungi sembilan (9) cerita pendek dari sembilan (9) cerpenis perempuan Kalimantan Selatan.  Dalam PROLOG oleh editor, Y.S Agus Suseno menjelaskan cerpen-cerpen tersebut adalah seleksi yang dimuat dalam akhbar RADAR BANJARMASIN dan DINAMIKA BERITA dengan pertimbangan subjektif atas tema mahupun kualitinya, selain niat mengumpulkan cerpen dalam bentuk antologi yang khusus untuk karya cerpenis perempuan Kalimantan Selatan. Buku NYANYIAN TANPA NYANYIAN diterbitkan oleh Tahura Media pada Disember 2008 dengan jumlah halaman 136. HAJRIANSYAH merupakan desainer dan pelukis kepada sampul bukunya. KEPADA Anna Fajar, Dewi Alfianti, Dewi Yuliani, Hudan Nur, Naili Nikmah, Nonon Djazouly, Rismiyana, Ratih Ayuninqrum dan Syafiqatul Machmudah, ingin saya ucapkan SALUT, SYABAS dan TAHNIAH atas kejayaan pemilihan cerpen yang tentunya sudah teruji melalui lomba menulis atau muatan di akhbar dan mempunyai kualiti tinggi sebelum diterbitkan untuk bacaan umum.  Semoga  terus memghasil karya2  hebat dan menyemarak percaturan dunia  sastera Indonesia di Kalimantan Selatan.  Senang dapat membaca hasil minda kalian yang bernas. Semoga berjaya. :D

Buku ini hanya menghimpun puisi dalam beragam tema, hasil dari penulisan kreatif  sastera yang keempat (4) dalam bidang Pendidikan Bahasa, Fakultas Perguruan dan Ilmu Pendidikan (FPIP), Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin. Buku Antologi Puisi Mahasiswa Kalsel 2009: SEHELAI KANVAS, SEPASANG BOLA MATA (yang mengambil judul puisi Rusinawati, hlm 83),  diterbitkan oleh Tahura Media 2009 mengandungi 134 halaman. Menurut Dewi Alfianti dalam PROLOG, puisi yang ada merupakan pencapaian yang signifikan dari para mahasiswa yang dulunya mungkin tidak memperlihatkan bakat sebagai peluncur puisi. Antologi puisi ini mengandungi 42 buah puisi dari kanvas fikir 20 mahasiswa sebagai upaya membuka ruang tampil yang lebih besar sebagai satu penghargaan terhadap karya dan dedikasi mereka dalam sumbangan dunia sastera Indonesia. Tahniah dari saya. :D


BINTANG KECIL DI LANGIT YANG KELAM adalah judul kepada cerpen terakhir di halaman 123 yang dijadikan tajuk buku ini. Ia mengandungi 12 cerita pendek (cerpen) karangan Jamal T. Suryanata dengan  138 halaman dan diterbitkan pada Oktober 2009 oleh Tahura Media. Tahniah kepada saudara Jamal yang berjaya melakukan usaha yang keras  dalam setiap cerpen yang dihidangkan. Walaupun sukar memahami banyak istilah yang digunakan kerana berlainan bahasa sedangkan serumpun, membuat saya hanya membaca sekilas lalu dan berharap akan membaca dengan lebih mendalam pada masa senggang yang bisa memberi ruang untuk saya merujuk kepada Kamus Bahasa Indonesia walau ada perkataan yang saya cari tidak didapati di dalam kamus tersebut. Salut dari saya untuk saudara.  Semoga akan terus sukses. :D

Mengambil lukisan Hajriansyah sebagai kulit buku RAGAM APLIKASI KRITIK CERPEN DAN NOVEL tulisan Sainul Hermawan menunjukkan penghargaan kepada karya lukisan beliau. Buku ini diterbitkan oleh Tahura Media pada Mac 2009 dengan 190 halaman. Kandungannya dibahagikan kepada 3 kategori iaitu (1) Kritik cerpen – 7 buah cerpen. (2). Kritik novel – 6 novel dan (3) Suplemen wacana sastera – 6 buah.  Menurut Sainul, buku ini adalah kumpulan tulisan yang diambil dari pelbagai sumber, mulai dari jurnal ilmiah, makalah yang tidak pernah diterbit hingga kepada tulisan yang pernah diterbitkan di akhbar. Usaha pengumpulan ini bertujuan untuk menyediakan bahan pengajaran untuk sesi kuliah Kritik Sastera.  satu keberuntungan kepada mahasiswa dalam bidang berkenaan yang mempunyai bahan rujukan penting untuk memahami dunia sastera. Semoga usaha saudara Sainul di redhai Allah SWT.  Senang dapat membaca buku ini walau tidak dapat difahami keseluruhannya. :D

Ratih Ayuningrum antara pengarang wanita bertuah di Banjarmasin kerana diberi penghormatan oleh Komunitas Sastra Indonesia (KSI) Kotabaru untuk menerbitkan kumpulan cerpen beliau. Penghargaan ini dilakukan kerana beliau sangat produktif dalam menghasilkan karya berbanding pengarang wanita yang segenerasi dengannya. Buku DONGENG KESETIAAN merupakan 12 kumpulan cerita pendek, diterbitkan pada mei 2008 oleh Pemerintah Kabupaten Kotabaru dengan kerjasama Komunitas Sastra Indonesia (KSI) Kotabaru dalam 124 halaman. Lebih membanggakan buku ini adalah kumpulan cerpen karya seorang pengarang wanita yang pertama kalinya terbit di Kalimantan Selatan.  Jika anda ingin mengetahui kehebatan Ratih Ayuningrum dalam penulisan cerpennya, silakan membaca sendiri karya beliau. Selamat buat Ratih dan teruskan mengangkat martabat wanita dalam bidang penulisan sastra Indonesia. Salam manis untukmu. :D

Buku MENGGODA KEHIDUPAN yang berjumlah 90 halaman ini diterbitkan oleh Kilang Sastra Batu Karaha dengan kerjasama Dewan Kesenian  Kota Banjarbaru dan Tahura Media. Ia merupakan satu Antologi Puisi Kilang Sastra Batu Karaha 2009 mengandungi 71 buah puisi yang dihasilkan oleh 20 penyair Banjarbaru yang bernaung  dalam komuniti Kilang Sastra Batu Karaha dengan kerjasama Dewan Kesenian  Kota Banjarbaru bagi menyambut Bulan Bahasa pada bulan Oktober setiap tahun.  Menurut saudara Ogi Fajar Nuzuli selaku Ketua Dewan Kesenian, penerbitan  antologi puisi ini merupakan satu dokumentasi karya-karya para penyair agar dapat dilestari dan bersifat monumental bagi mengangkat martabat sastra dan budaya masyarakat kota Banjarbaru khusunya dan Kalimantan Selatan umumnya. Di dalam buku ini, Hajriansyah telah menyumbang 3 buah puisi iaitu (1) Byar Pet: langit Lebih Terang, (2) Sebongkah Batu Terlempar Jauh dan (3) Roda-Roda). TAHNIAH dan salut kepada semua penyair yang telah menghasilkan puisi yang tentunya sangat bernilai tinggi dari penelitian bahasa dan sastranya. Anda dibanggakan oleh masyarakat sastra anda kerana telah memberi sumbangan yang baik untuk memajukan apresiasi seni dan budaya di Banjarabaru. Senang dapat mengenali anda semua walau hanya membaca nama dan puisi yang ada dalam buku ini. Salam mesra. :D

KINDAI adalah buku JURNAL SASTRA khusus untuk Kalimantan Selatan. Jurnal cetakan pertama ini diterbitkan pada Disember 2008. Penerbitan jurnal ini adalah untuk menghimpun karya-karya bermutu yang lahir dan berkembang pada zamannya dalam 3 kategori iaitu puisi, cerpen dan esei.  Ia menjadi sumber penyimpanan  karya sastra. Hasil penulisan yang berganding antara penulis muda dan penulis veteren (dewasa) telah memperlihatkan adanya kolaborasi bagi menggalak golongan muda agar berminat mencebur diri dalam bidang sastra. Perkembangan  ini tentu akan memberi dampak besar kepada Kalimantan Selatan untuk membuat publikasi hasil karya para seniman yang mempunyai bakat dan potensi besar untuk diketengahkan ke masyarakat umum.  Hajriansyah merupakan pemimpin umum bagi JURNAL KINDAI yang sudah tentunya dikuatkan oleh Sandy Firly sebagai pemimpin redaksi bersama para dewan redaksi yang berusaha memastikan KINDAI berada di pasaran untuk dikongsikan bersama. Jurnal pertama berhalaman 108 ini mengandungi 11 puisi dari 4 penyair, 4 cerpen dari 4 cerpenis yang berbakat antaranya sahabat maya saya, Zulfaisal Putera dengan  “Kerinduan Marhamah” dan 3 esei dari 3 penulis. Harapan saya, agar kualiti sastra di Indonesia khususnya Kalimanta selatan akan terus berkembang maju sejajar dengan semangat dan kerjasama dari banyak pihak yang mencintai sastra di sana. Saya berbangga kerana dapat memiliki sebahagian dari khazanah yang anda miliki di sana. TERIMA KASIH HAJRIANSYAH atas semua buku2 di atas. saya berbangga menerima dan membacanya.

SAHABATKU… review atau ulasan ringkas yang lebih berbentuk penerangan melalui pembacaan saya terhadap buku-buku HADIAH DARI LANGIT, kiriman HAJRIANSYAH ini akan saya tulis dari waktu ke waktu sesuai dengan kesempatan yang ada pada saya lantaran masa yang tidak bersahabat. Oleh itu, untuk mengetahui keseluruhan isian kandungan buku-buku di atas, diharap sahabat kembali sudi menjenguk sehingga selesai penulisannya.

Saya rasa bersalah kerana terlalu lama menyimpan buku-buku yang berharga tulisan para penulis kreatif kelahiran BANJARMASIN ini. Sesuatu yang menyeronokkan saya dan membanggakan kerana saya diberi penghargaan dengan HADIAH yang bernilai tinggi hasil pemikiran bijak para karyawann sastera dari Kalimantan Indonesia. Ternyata hasil minda mereka berkelas dunia.

“yang paling indah dan membuat makna sebuah hadiah adalah bagaimana sikap kita menghargainya dan sungguh, HADIAH DARI LANGIT ITU ada di dalam diri Ibu. Pada bagaimana Ibu mensyukuri setiap HADIAH YANG DATANG DARI LANGIT melalui teman-teman Ibu yang pemurah. Semoga Allah menyehat dan menggembirakan hati kita dengan HADIAH-HADIAH-NYA YANG BERJATUHAN DARI LANGIT melalui silaturahmi yang terus terjalin baik.

Semoga nanti saya pun bisa memberikan sesuatu kepada Ibu (mohon alamatnya)… tunggu ya. Salam hangat dari Banjarmasin”

(KOMENTAR pertama ini ditulis Hajriansyah pada 26 Disember 2009 pada 1.08 pagi di tulisan saya yang bertajuk “HADIAH DARI LANGIT UNTUK SITI FATIMAH AHMAD)

HAJRI…. kini, apa yang engkau ingin hadiahkan kepada saya, walau mengambil masa hampir setahun kerana mahu menunggu terbitnya buku baharu…..

AKHIRNYA TERCAPAI JUA

Foto dari posting HAJRIANSYAH bertajuk RAMBUT

Hajriansyah adalah antara blogger pertama yang saya kenali di awal pembabitan saya dalam dunia blog sejak tahun 2008 yang sehingga kini masih kekal bersahabat dan mengunjungi saya di sini.  Selain Hajriansyah, beberapa sahabat awal blogger saya dari Banjarmasin, antaranya sahabat guru yang sangat saya hormati iaitu Tuan Ersis Warmansyah Abbas, penulis kritis di suratkhabar, HE Benyamine dan novelis juga wartawan yang terkenal dengan novel JAZIRAH CINTA , Tuan Randu Alamsyah. Terima kasih kerana kalian banyak mengajar saya tentang penulisan dan mematangkan saya dalam mencari erti persahabatan yang baik dengan silaturahmi yang tidak pernah mencalarkan sehingga kini.

*

SalamFatima3SalamFatima  20 November 2010 (Sabtu)/ 1020 malam – RH Hotel, SIBU, SARAWAK

AKU…. yang selalu ingin menghargai sahabat yang sudi bersahabat denganku. Kerana, melalui persahabatan itu, akan menghasilkan kebijakan dalam perkongsian ilmu dan hikmah yang membuah bejana fikir yang mantap. Persahabatan adalah cinta tanpa sayap. Ia hadir dengan indah tanpa diuliti keperitan yang mendatangkan kesakitan jika datangnya dihulur melalui kasih sayang.

-SITI FATIMAH AHMAD -

TERIMA KASIH HAJRIANSYAH

Foto dari posting HAJRIANSYAH bertajuk RAMBUT.


About these ads

84 Responses to “CT23. HADIAH DARI LANGIT (3): AKHIRNYA TERCAPAI JUA”

  1. kopral cepot November 22, 2010 at 2:21 am #

    pertamax kah ? ;)

    • kopral cepot November 22, 2010 at 2:22 am #

      tumben bisa peratmax’s disinih

      • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 7:44 am #

        Silakan Kang KC. Mantap. :D
        Terima kasih hadir di dini hari.
        Semoga selalu sehat hendaknya.
        Salam mesra selalu dari saya.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 7:38 am #

      Iya… Kang KC, yang pertama. :D
      Thanks.

  2. kopral cepot November 22, 2010 at 2:26 am #

    Hadiah yang indah … jd kepingin bisa nulis puisi ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 7:48 am #

      Alhamdulllah, benar Kang KC hadiahnya memang indah. Sarat dengan ilmu pengetahuan dan buah fikir yang hebat dari para penyair dan seminannya.

      Bisa dilatih untuk menulis puisi ini Kang. Sangat mudah. Hanya hadrkan hati dan menjiwainya ketika menulis. Sudah siap lho. Mudahkan ! :D

      Semoga berjaya kang KC.

      • kopral cepot November 22, 2010 at 8:44 am #

        Wah dapet spirit dr bunda … hatur tararengkyu sy kan coba belajar menuliskan kata ;)

        btw … aq jd tersanjung bila bunda sudi copas tulisan terakhir di rumah KC n hatur tararengkyu atas komentarnya yang padat berisi

        Salam dari mBandunk ;)

        • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 9:08 am #

          Kang KC…
          Mudahan akan beroleh banyak ilham dalam menulis puisi nanti. Dicoba ya kang, saya mahu membaca hasilnya di blog kang.

          Alhamdulillah, terima kasih atas izin copas tulisan tersebut. Saya terus ke sana untuk menitip bahan bersejarah itu. Salut atas idea hebat yang dikongsikan bersama. Semoga Allah merahmati Kang KC selalu.

          Salam ceria hendaknya. :D

          • Usup Supriyadi November 23, 2010 at 5:09 pm #

            bunda, ajarin nanda juga atuh… selain puisi, nanda ingin piawai berpantun, seperti si jarjit itu lho… bun…. :mrgreen:

            • Usup Supriyadi November 23, 2010 at 5:09 pm #

              hadiahnya tentulah berkesan sekali… :D

              • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 8:34 pm #

                Aduuh.. hadiah apa pula ni, nanda Usup ? Coba bilang sama bunda biar jelas lho. (sedang garu kepala nih, pusing lagi) :D

            • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 8:31 pm #

              Nanda Usup…
              Boleh, bunda boleh ajarin nanda untuk berpantun seperti si Jarjit itu…. yang bunda mahu tanya, SI JARJIT itu siapa ya ? hehehe.

              Bikin pusing aja mikirin si jarjit. :D

  3. Fir'aun NgebLoG November 22, 2010 at 10:35 am #

    banyak sekali Bunda hadiahnya!
    boleh dibagi-bagi?!!!

    Selamat yach! semoga Bunda Fatimah semakin eksis di dunia maya, Amin…..

    • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 10:50 am #

      Hai Mas Argun…
      Alhamdulillah… semuanya kurnia dari Allah untuk menghargai sebuah persahabatan yang terjalin selama ini.

      Boleh mas, saya akan berusaha membahagi sedikit ilmu melalui ulasan ringkas pada semua buku tersebut. Silakan sudi membacanya kerana masukannya adalah secara berdikit2, lantaran waktu yang kurang bersahabat untuk membenah semuanya sekaligus.

      Amiin… Ya Rahman. Insya Allah akan berusaha eksis untuk perkongsian bijak dalam peradaban dan transformasi ilmu di maya sesama kita.

      Terima kasih mas Argun atas doa dan kunjungan yang menyenangkan. Salam mesra selalu dari saya. :D

      • Fir'aun NgebLoG November 23, 2010 at 11:26 am #

        pandai-pandailah bershahabat dengan waktu, sebab waktu-lah yang bisa menentukan segalanya :D

        Salam mesra dari Bandung,
        ditunggu kunjungannya kembali,
        terima kasih,

        • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 11:35 am #

          Iya-iya mas Argun.
          Insya Allah, sudah lama bersahabat dengan waktu ni, terkadang dia suka melewati kita dengan pantas sedangkan banyak urusan harus disiapkan serentak.

          Terima kasih atas pesan dan ingatan dari Argun.
          insya Allah akan berusaha mengunjungi.
          Salam ceria di pagi hari dari Sarikei, Sarawak. :D

  4. Ifan Jayadi November 22, 2010 at 2:24 pm #

    Saya telah membaca halaman TENTANG SAYA dari Sdr. Hajriansyah tersebut. Penuh dengan kata-kata filosofis. Rasanya saya harus banyak belajar lagi dari dia karena pengetahuannya tentang syair dan puisi begitu bagus. Selamat ya bu karena telah mendapatkan kado yang terindah dari Sdr. Hajriansyah tersebut

    • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 8:07 pm #

      Ifan Jayadi…
      Semoga beroleh banyak manfaat dari kepakaran dan pengetahuan sedia ada pada Hajriansyah. Jika mahu belajr dengan sesiapapun boleh asalkan punya niat dan kemahuan yang keras untuk menguasainya.

      Terima kasih atas ucap selamat dari Ifan.
      Salam ceria selalu. :D

  5. hajriansyah November 22, 2010 at 3:25 pm #

    terima kasih, ibu. senang rasanya dihargai sebegini rupa.
    saya kenang selalu
    saya kenang selalu…

    beli obat jauh di mana
    beli wajik makan di bangku
    bersahabat jauh di mata
    budi baik dikenang slalu
    (hehe, saya baru belajar menulis pantun, ampun maaf jika tak bagus)

    salam hangat selalu dari banjarmasin

    • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 11:42 pm #

      Sama-sama kembali, Hajri.

      Senang dengan kunjungan Hajri di posting istimewa buat Hajri ini.Terima kasih menghargai apa yang saya tulis tentang Hadiah Dari Langit kiriman Hajriansyah.

      Namun begitu, ulasan bukunya dibuat berdikit2 kerana harus dibaca perlahan untuk difahami juga masa sangat sibuk sekali akhir2 ini.

      Hehehe.. walau baru belajar memantun, boleh tahan juga ya. Cuma, rima a, b, a, b nya kurang seragam. Oleh itu, untuk tahu, harus rujuk buku pantun atau ruang Pantunku Pantunmu di atas.

      Daun selasih daun sendayu
      Terima kasih thank you.

      Semoga Hajri dan teman2 seniman di Banjarmasin akan terus berjuang untuk memartabatkan budaya banjar. Harapan saya generasi akan datang dapat merasai keindahan budaya dan sastera yang seharusnya dipelihara sebagai warisan bangsa dan negara.

      Salut dan tahniah buat Hajriansyah. Terima kasih banyak atas kebaikan dan persahabatan selama ini. Salam hangat kembali dan mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. :D

  6. Mila November 22, 2010 at 3:46 pm #

    Assalamu’alaikum Bunda….

    lama tak berkunjung, makin tertinggal jauh coretan indah Bunda…

    • SITI FATIMAH AHMAD November 22, 2010 at 11:59 pm #

      Wa’alaikum salaam Mila…

      Alhamdulillah, kunjungan Mila sungguh menyenangkan bunda. kan baik ada kunjungannya walau telat daripada tidak berkunjung terus kan.

      Itu tandanya Mila tetap ingatkan bunda di sini. Terima kasih ya. :D

      Salam manis dari bunda buat Mila.

  7. ummurizka November 22, 2010 at 3:51 pm #

    Assalamu’alaikum bunda siti, senang bisa menyapa bunda lagi..
    Sungguh suatu hadiah yang tidak ternilai dari seorang sahabat…sebuah karya sastra yang indah..trimakasih telah berbagi meski dengan ringkasan-ringkasan bukunya namun cukup menambah kazanah ilmu dan wawasan…

    Salam sayang selalu buat bunda siti…

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 9:44 am #

      Wa’alaikum salam UmmuRizka…
      Alhamdulillah, saya juga senang dengan kunjungan mbak.
      Semoga Allah akan selalu meredhai persahabatan kita walau jauh di mata namun tetap di hati. walau tidak berkenal suara, namun merdu di telinga. :D Kok bisa ngitu ya mbak..hehehe ada-ada aja.

      Hadiah adalah penyatu kemesraan yang cukup mengindahkan sebuah persahabatan.

      salam sayang selalu buat mbak di sana. :D

  8. masyhury November 22, 2010 at 4:02 pm #

    Wah selamat bunda, sungguh karunia yang takan terkira menerima hadiah sebanyak itu,, Bukan jumlah yang di hitung, tapi sebuah ketulusan tentang arti memberi sesuatu yang paling berharga bagi saudara Hajriansyah untuk orang pilihannya,
    dan Bunda adalah orang pilihan yang di maksud,,

    Saya tunggu ulasan bunda mengenai buku-buku diatas di blog ini,, supaya kita semua bisa mengabil pelajaran penting serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya. :D

    Salam Dari Medan

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 9:54 am #

      Alhamdulillah, kurnia Allah untuk kita syukuri dan nikmati walau hanya melalui sebuah persahabatan yang jauh. Sesuatu yang menjadi pemberian Tuhan kepada kita walau dalam apa cara sekalipun turunnya, tentunya memberi kebaikan dan kegembiraan kepada kita.

      Hehehe…. bukunya banyak, maka ulasannya akan muncul satu demi satu, biar dibaca dulu dengan tenang dan insya Allah akan selesai dalam dua hari ini. Amiin. harap masyhury betah kembali untuk membacanya.

      Terima kasih Masyhury.
      Salam mesra selalu. :D

  9. masyhury November 22, 2010 at 4:15 pm #

    Ohya maaf bunda, komentar bunda selalu masuk kotak Spam di blog saya, tidak tahu apa sebabnya..
    Tapi tak apa, saya selalu memeriksa kota spam agar tak ada komentar yang terlewatkan,, :D

    Sekali lagi mohon maaf ketidaknyamanan ini,,
    Salam,

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 10:00 am #

      Tidak mengapa Masyhury, makhluk aneh spam itu tidak mengenal siapa yang datang, maka dia makan apa sahaja di matanya. hehehe.. mungkin dia lapar kok, mahu makan ABC barangkali, biar gemuk dan berisi padat.

      Oh ya… kenapa tidak dapat link ke blog Masyhury. seperti ada error 403 sahaja. Apa ada masalah ? Semoga dapat diselesaikan segera.

      Salam ceria selalu. :D

      • masyhury November 23, 2010 at 3:48 pm #

        Tidak bisa Link bagaimana Bunda?
        Maaf saya kurang mengerti eror yang di maksud. Saya tidak melihat ada yang salah di blog saya, tapi semoga lain waktu sudah tidak eror lagi,, :D

        Salam Hangat, :D

        • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 4:02 pm #

          Saya sudah beberapa kali coba link melalui nama Mashury di atas dan melalui link di Dunia Sahabat hingga kini, tetap sama. Tidak dapat ke blog mashury.

          Ini sama berlaku kepada blog Pak Aldy yang lalu. tertera padanya HTTP Error 403. Coba hubungi Pak Aldy tentang masalah ini. Minta maklumat dari beliau. pasti ada masalah di sana.

          Salam hangat kembali. :D

  10. Aldy November 22, 2010 at 5:38 pm #

    Assalamualaikum Bunda Siti,

    Buku yang bagus dan banyak, bunda siap-siap lembur membaca dan menelaahnya satu-satu. Tahniah Bunda, sahabat maya seringkali tidak terduga :D

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 10:05 am #

      Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…
      Alhamdulillah, banyak bukunya maka banyak juga bacanya. harus dihabisi dong, biar puas hati dan tahu isi kandungannya. Akan bunda kongsikan di sini walau secara ringkas untuk pengetahuan bersama.

      Benar nanda, sahabat maya selalu tidak terduga kebaikan mereka. terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam mesra selalu dari bunda :D

  11. tunsa November 22, 2010 at 7:11 pm #

    selamat ya bun…salam

  12. akhmad fauzi November 22, 2010 at 9:49 pm #

    Ass Wr Wb….Selamat malam bunda siti…saya belum sempat membaca post halaman ini di karenakan saya online ndak dirumah karena ada masalah notbook saya jadi saya koment diwarnet dan ga enak ninggalin istri sendirian dirumah,…besok – besok Insya Alloh saya baca….salam buat ais ya bund, dari dida si jagoan yang lagi kena flu n batuk….

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 10:16 am #

      Wa’alaikum salaam Akhmad Fauzi…
      Selamat pagi dan terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.

      Tidak mengapa, kalau ada ruang masa nanti, hadirlah untuk semakan bacaannya.

      Sampaikan salam saya buat isteri dan Dida. Aisyah juga berkirim salam buat Dida. Dia senyum aja sambil bilang, Dida itu kawan Iessyah ya. Saya bilang, iya. Semoga Dida cepat sembuh dan sehat kembali.

      Salam mesra selalu. :D

  13. abgreds November 23, 2010 at 1:25 pm #

    assalamualaikum bunda Siti..

    tahniah kepada bunda dan teman maya Hajri kerana sudah berhasil memberikan suatu contoh silaturrahmi yang cukup bermakna dalam dunia blogging ini.

    semua ciptaan dan kecanggihan peralatan it masakini sememangnya memberi akses yang begitu pantas untuk dimanfaati oleh kita para pengguna.

    biar dari satu sisi terpalit garis lumpur hitam yang kotor, masih terbuka pula ruang yang putih bersih dan ihklas suci sebagaimana diwakili oleh laman bunda ini.

    saya barangkali tidak terkejar akan ketekunan dan ketabahan bunda Siti dalam menulis. namun Insya Allah,saya berharap agar bisa menelah dan membawa pulang buah-buah ilmu dalam entri bunda siti ke gubuk saya.

    semoga bunda dan temanmu Hajri terus dapat kebaikan dari-Nya dan dapat terus berkarya di hari muka.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 6:27 pm #

      Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Alhamdulillah, semua itu adalah kurnia kasih sayang Allah yang menyatu hati2 kita penuh berisi dengan kebaikan dan sangkaan yang positif. Semoga dengan ilmu yang kita pelajari, dapat membuahkan pemikiran yang terbuka dan berlapang dada.

      Aduuh… rasa tersanjung pula rasanya dengan kata penghargaan dari Abgreds yang membuat saya segan dengan diri sendiri. Semoga apa yang saya terima dari kurnia Allah SWT ini akan diperolehi juga oleh Abgreds serta teman2 yang lain. masing2 punya kelebihan dan kekurangan tersendiri yang tentunya sudah tersurat dalam ketentuan Allah cuma berbeza cara penyampaian dan penerimaannya.

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim atas doa yang dilampirkan bersama. Semoga Allah memberi kebaikan buat kita semua.
      Terima kasih abgreds atas titipan komentar yang mengesankan dan kunjungan yang menyenangkan.

      Salam mesra selalu dari saya di sarikei, Sarawak. :D

  14. Kelabang's Blog November 23, 2010 at 3:07 pm #

    Buku2 sastra semua ya Mak Cik, perlu pemahaman lebih, dan harus punya jiwa seni, sayangnya aku bukan pujangga, begitu sulit memahami sastra.

    #Dari belahan dunia mana pun kita
    berada, segalanya menjadi mudah digapai#

    Tapi sayangnya waktu pun terasa semakin ringkas, 1 tahun pun rasanya cuma 1 bulan, semakin cepat waktu berlalu.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 23, 2010 at 8:22 pm #

      Mas Zulfa..
      Iya, benar.. semuanya buku2 sastera berbentuk puisi dan cerpen dari seniman dan budayawan hasil karya orang Banua.

      Saya juga bukan seorang pujangga mas, tetapi amat meminati bidang sastera. Walau tulisannya dalam bahasa Indonesia, alhamdulillah 80 % sudah saya fahami.

      Kefahaman ini disebabkan hampir 2 tahun saya melayari dan bersahabat dengan blogger Indonesia di dunia maya. Satu kelebihan yang tidak saya fikir selama ini jika kita bergabung dalam masyarakat setempat.

      Sesuatu yang tidak boleh kita sangkalkan dari kelebihan teknologi masa kini adalah menjadikan jurang semakin dangkal dicapai, jauh semakin dekat ditempuh dan masa yang lama serasa sekejap diterjah. Itu tandanya tiada lagi halangan yang memungkinkan persahabatan itu tertunda.

      Terima kasih Zulfa kerana dalam pamitan itu, tetap hadir menyapa.

      Salam mesra dari saya. :D

  15. almascatie November 23, 2010 at 11:08 pm #

    membaca blog ini hati rasanya teduh sekali :)
    salam kenal dari maluku Bu :D

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 11:19 am #

      Alhamdulillah, mudahan diberi kebaikan oleh Allah hendaknya.

      Terima kasih Almascatie.
      Salam kenal dari saya di Sarikei, Sarawak. :D

  16. almascatie November 23, 2010 at 11:09 pm #

    duh komen daku kemana? T_T

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 11:21 am #

      hehehe… inda ke mana-mana, termasuk ke taman larangan saya. Sudah dikeluarkan dengan izin tuan tamannya. tenang ya, almascatie. :D

  17. M Mursyid PW November 24, 2010 at 1:15 am #

    Pengin rasanya bisa merangkai kata indah. Saya sungguh tak cakap membuat puisi. Tapi sy sangat suka membacanya.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 11:42 am #

      Tidak sukar unruk menulis puisi Pak MMursyid. Mulakan dengan pertama dalam menulis, pasti akan ada langkah kedua. jangan berhenti sekerat jalan. menulis puisi hanya memerlukan kita pejam mata dan menjiwainya. hehehehe. senangkan. cobalah. tentu hebat hasilnya. percayalah.

      terima kasih atas kunjungan sahabat guru.
      Salam mesra selalu. :D

  18. R. Indra Kusuma Sejati November 24, 2010 at 4:29 am #

    Hadiah tanpa pemberi hadiah itu hampa.
    Turut senang dengan penerimaan hadiah itu.

    Dengan mengatasi permasalahan yang kecil; maka, kita dapat mengatasi permasalahan yang besar.

    Sukses selalu

    Salam ~~~ “Ejawantah’s Blog”

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 4:27 pm #

      Mas R. Indra Kusuma Sejati…

      Alhamdulillah, pemberian hadiah adalah pelahiran kasih dan sayang antara sesama insan dalam mengeratkan ikatan silaturahim dan memanjangkan hikmah perkongsian bijak. Semoga Allah selalu memurahkan rezeki kepada mereka yang suka berbagi. Amiin.

      Terima kasih mas atas kunjungan.
      Semoga sukses juga.
      Salam ceria di sore yang yang suram ini. :D

  19. dian November 24, 2010 at 11:44 am #

    selamat ibu Fatimah…
    terima kasih untuk persahabatan selama ini.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 4:36 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih mbak Dian atas ucap selamatnya.
      Didoakan usaha kempen yang dijalankan oleh mbak sebagai aktivis hak2 wanita akan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak. Saya akan terus mendokong usaha mbak Dian di sana. salut ya mbak.

      Semoga persahabatan ini terjalin baik. Senang dapat bersahabat dengan aktivits juga wartawan seperti mbak.
      Salam mesra selalu dari saya. :D

  20. achoey November 24, 2010 at 12:16 pm #

    Assalamualaikum

    Selamat ya ummi atas hadiahnya dari Hajriansyah.
    Saya salut pada persahabatan tak kenal batas negara. Saya salut karena persahabatan ini membuah karya. Salut ummi :)

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 4:57 pm #

      Wa’alaikum salaam Nanda Achoey…

      Alhamdulillah, demikianlah riwayatnya bagaimana Hadiah Dari Langit itu sampai, akhirnya. :D

      Mudahan setiap persahabatan yang dijalin untuk jalan kebaikan selalu mendapat rahmah dari Allah dalam sebuah perkongsian bijak melalui ilmu pengetahuan sebagai pengantaraannya. Semoga Allah merestui persahabatan kita. Amiin.

      Terima kasih, bunda senang dengan kunjungan nanda achoey dan titipan komennya. salut juga dengan kemurahan hati achoey yang suka berbagi untuk maslahah ummah di sana.

      Salam sejahtera di sore yang hening. :D

  21. Red November 24, 2010 at 1:25 pm #

    halo bunda yg manis. maaf asaya baru bisa bersilaturahim ke rumah bunda ini. wow.. 12 buku? banyak sekali hadiahnya :D Semoga makin mantap berkibar di dunia blogosphere. Love You ! From : Edo – Bandung , West Java

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 5:20 pm #

      Hai Mas Red…
      Tidak apa, berkunjunglah jika ada peluang dan ruang.
      Alhamdulillah, hadiah sebuah persahabatan yang baik antara benua serumpun di samping berkongsi idea dan pengetahuan. Amiin… Ya Rahiim. mudahan diberi ruang untuk selalu bersama di maya.

      Terima kasih hadir menyapa dan Salam mesra dari saya. :D

  22. SI JUMBO November 24, 2010 at 1:40 pm #

    lama saya tidak berkunjung kesini ..
    luar biasa hadianya bunda ..

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 5:27 pm #

      Terima kasih sudi hadir kembali menjengah.
      Alhamdulillah, mudahan Dikma juga akan mendapatnya.

      Salam sejahtera dari saya. :D

  23. elmoudy November 24, 2010 at 2:18 pm #

    hdaiah dari langit…begitu bermakna dan memberikan kebahagiaan yang tiada tara…. semoga makin bermakna hidup ini… met idul adha mbak fatimah :)

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 5:34 pm #

      Mas Elmoudy…

      Kebahagian yang hadir memberi makna kegembiraan bagi yang memberi juga yang menerima. Subhanallah… rasa bahagia itu dihadirkan Allah melalui kebaikan orang terhadap kita. Hidup kita juga semakin bermakna kerana saling harga menghargai.

      Selamat Iedul Adha juga buat mas Elmoudy.
      Salam mesra dari saya. :D

  24. Mbah Jiwo November 24, 2010 at 2:55 pm #

    wah kali ini gambarnya serem ya…

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 5:55 pm #

      Bahagian mana yang menyeramkan itu mbah ?
      (garu kepala nih, mbah ) :D

  25. kang Abid November 24, 2010 at 3:12 pm #

    salam kenal.. kunjungan pertama saya di weblog yang bersahaja ini… :)

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 5:57 pm #

      Salam kenal kembali Kang Abid.
      Terima kasih atas kunjungan yang dialukan.
      Semoga beroleh manfaat.
      Salam mesra. :D

  26. kangmas ian November 24, 2010 at 5:40 pm #

    selamat y bun atas hadiahnya..saya juga sangat suka puisi dan menulisnya tapi belum untuk dipublikasikan hehe

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 6:01 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih atas ucap selamatnya.

      Ayuhh, Kangmas ian, jangan disorok aja bakat dan puisinya. Tuangkan di kanvas maya, biar semua orang bisa membaca dan memberi saran juga kritikannya. Salut deh, kerana tidak semua orang boleh berpuisi. Kok payah banget ya ? :D

      Salam ceria di sore yang indah. :D

  27. Sang Penjelajah Malam November 24, 2010 at 10:21 pm #

    salam kenal

    • SITI FATIMAH AHMAD November 24, 2010 at 11:06 pm #

      Salam kenal juga Sang Penjelajah Malam.
      Terima kasih dan Salam mesra. :D

  28. wowos November 25, 2010 at 10:16 am #

    assalamu’alaikum
    selamat pagi bunda, benar apa yang bunda katakan bahwa kecanggihan dimasa kini bagi orang yang mempunyai kekebalan iman dampaknya akan lebih kearah yang lebih baik, ataupun sebaliknya,
    salam rahayu

    • SITI FATIMAH AHMAD November 25, 2010 at 3:41 pm #

      Wa’alaikum salaam Wowos…

      Selamat sore. Hanya peribadi yang baik mampu membawa diri kemana-mana arah walau di hadapanya seribu halangan yang bisa menroboh hati dan imannya. ibarat ikan yang hidup di laut masin, tetap natural tanpa dipengaruhi rendaman air masin tersebut.

      Maka kecanggihan alam digital yang digunakan di alam maya tentu bisa dikawal setelah kukuh daya tahan dirinya tanpa berlaku pencabulan yang merugikan.

      Salam kenal ya dan salam mesra selalu. :D

  29. bchree November 25, 2010 at 10:37 am #

    selamat bun, udah dapat hadiahnya yang luar biasa, trims atas komen dan suportnya yang membangun. salam hangat dari pulau jawa indonesia
    berbagi tak pernah rugi …

    • SITI FATIMAH AHMAD November 25, 2010 at 9:03 pm #

      Alhamdulillah, kurnia Allah untuk sebuah persahabatan yang baik selama ini.

      Saya doakan mas Bchree akan berjaya dalam kompetisi Internet sehat tersebut. Insya Allah, jika ada rezeki akan dapatlah juga hadiah yang luar biasa itu. :D

      Salam hangat kembali dari saya di Sarikei, Sarawak.

  30. mamung November 25, 2010 at 1:39 pm #

    persahabatan selalu indah…

    dan hadiah bunda jg tak kalah indahnya.. banyak lagi.. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD November 26, 2010 at 7:04 am #

      Begitulah Muhammad, jika persahabatan dijalin baik walau dibelahan manapun kita berada, akan selalu ada keindahannya. Semoga kita selalu indah untuk kedamaian dunia dan saling berbagi.

      Terima kasih atas kunjungan Muhammad. Semoga ceria selalu. Salam mesra. :D

  31. Eyangkung November 25, 2010 at 3:38 pm #

    Assalamualaikum mbak Siti,

    Membaca artikel HADIAH DARI LANGIT rasanya saya senang dan tenang. Itu salah satu pertanda bahwa generasi muda tidak pernah berhenti mencintai karya sastera. Sangatlah bagus bagi anak-anak muda untuk membukukan karya sasteranya didukung bidang percetakan yang semakin maju. Jaman Eyang masih muda karya2 sastra saya diketik dengan mesin tik manual dengan tindasan kertas karbon (saat itu belum ada foto-copy) kemudian dikirim ke teman2.

    Jaman sekarang dengan kemajuan dunia komputer para pencinta sastera bisa membaca dan publish karyanya dengan sangat mudah dan murah. Tidak hanya membaca tulisan tetapi juga bisa mendengarkan suara dan melihat gambar hidup. Sekaligus bisa kerjasama jarak jauh. Semuanya menjadi sangat mudah

    Pertama kali saya menekuni komputer th 2006 dan menjejak dunia maya lima bulan yang lalu, sempat di depan monitor saya merenung MENGAGUMI kepandaian otak manusia pencipta kumputer ini. Dan malam harinya saya merenung lagi menjelang tidur, saya tersentak kaget betapa luar biasanya pencipta otak manusia itu, yang hanya satu-nya yang mampu yaitu Tuhan Yang Maha Pencipta!!
    Lalu tumbuh pertanyaan dalam benak dan batin saya: bagaimana sikap saya untuk bisa mengagumi Yang Maha Mengagumkan itu???

    • SITI FATIMAH AHMAD November 26, 2010 at 1:37 pm #

      Wa’alaikum salaam Eyangkung.

      Alhamdulillah, senang dengan kunjungan Eyang dan membaca segugus idea mantap melalui komentar Eyang yang selalu mengesankan saya. Mudahan kebaikan yang dilakukan oleh sesama kita dalam menjalin persahabatan tanpa pilih kasih bisa diredhai Allah SWT sebagai usaha mengeratkan persaudaraan di mana-mana belahan bumi ini.

      Terima kasih Eyang kerana berkongsi pengalaman yang tentunya sangat berharga untuk menjadi teladan dan bandingan yang bisa membuka minda dan jiwa generasi masa kini.

      Dengan itu, kita dapat menilai betapa dunia moden kini memberi banyak kelebihan untuk mengembangkan budaya dan sastera serta potensi manusia. Malah kita semakin dekat, masa semakin pendek dan segala yang berlaku di mana-mana belahan dunia akan sampai kepada kita dalam beberapa detik sahaja.

      Semoga kita selalu mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah swt.

      Salam mesra selalu dari saya buat Eyangkung yang dihormati. :D

  32. neni November 27, 2010 at 12:05 pm #

    assalamu alaikum,

    jadi iri dech, pengen juga dapat menerbitkan sebuah buku..hehe

    • SITI FATIMAH AHMAD November 27, 2010 at 10:31 pm #

      Wa’alaikum salaam Neni…
      Iri yang baik seperti ini diharuskan dalam ajaran Islam kerana ia bisa mengubah semangat manusia untuk terus mencapai impiannya.

      Teruskan nanda Neni, bunda pasti akan tercapaijua suatu hari nanti.

      ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN – Andrea Hirata.

      Semoga sukses dengan pekerjaannya.
      Salam sayang dan rindu selalu dari bunda di Sarikei, Sarawak untuk neni di Makassar. :D

  33. HE. Benyamine December 2, 2010 at 6:18 am #

    Ass.

    Mohon maaf sebelumnya, karena saya belum minta izin untuk mengusulkan postingan ini pada Halte Blogger Koran Banjarmasin Post. Semoga Siti berkenan saja.

    Hari ini (2 Desember 2010) ternyata dimuat pada Halte Blogger, bisa dilihat di sini: http://epaper.banjarmasinpost.co.id/

    Salam hangat selalu untuk SFA

    • SITI FATIMAH AHMAD December 2, 2010 at 12:11 pm #

      Wa’alaikum salaam HE Benyamine…

      Subhanallah, saya sungguh terharu mengetahuinya mas Ben. Satu penghargaan buat saya dari mas Ben yang tentu untuk menghargai sebuah persahabatan yang terbina selama ini. Juga penghargaan kepada Hajriansyah.

      Maaf mas, sudah banyak kali saya coba, ternyata link ke sana tidak juga berhasil. apa betul urlnya itu ?

      Semoga Allah meredhai segala usaha baik mas Ben dalam perkongsian ilmu dan hikmah di maya.

      Salam hangat kembali dari saya untuk HE Benyamine. :D

      • HE. Benyamine December 2, 2010 at 1:13 pm #

        Klik url di atas dari sini, langsung berhasil lewat MONZILLA FIREFOX, moga berhasil. Dimuatnya halaman depan atau 1 dan halaman 14.

        • SITI FATIMAH AHMAD December 2, 2010 at 3:31 pm #

          Masya Allah, masih tetap gagal menembusi linknya mas. Gimana ya, apakah koneksi saya sangat lambat dan terbatas sehingga tidak dapat membuka laman itu sedangkan apa yang dimaklumi oleh mas Ben di atas, sudah saya turuti langkahnya. saya akan coba sehingga dapat.

          terima kasih mas atas maklumannya.
          Salam ceria di sore yang dingin di Sarikei. :D

  34. MUXLIMO December 2, 2010 at 1:45 pm #

    Subhanallah! Tahniah ya, Mbak atas awardnya.. dan salut pada Mas Hajriansyah.. dunia sastra memang memerlukan pribadi-pribadi seperti ini. ^_^
    Sebaiknya Eyangkung kenal juga sama Mas yang satu ini..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 2, 2010 at 4:02 pm #

      Hai Muxlimo…
      Terima kasih kerana selalu betah ke mari. Saya sangat mengalu-alukan titipan minda yang bernas dan berbobot dari saudara.

      Alhamdulillah, buku-buku itu adalah tanda persahabatan yang tidak mengenal batas waktu dan kawasan untuk saling menghargai apa yang sedia ada untuk dikongsikan.

      Semoga Eyangkung dan saudara Muxlimo dapat berkenalan dengan Hajri yang baik dan penuh talenta itu.

      Salam mesra dari saya. :D

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bang Aki Dan Jalan Jalan Malam « Blognya Sugeng Harjono - November 23, 2010

    […] sambil naik kereta koq rasanya kurang afdol, apalagi sambil mencari hadiah dari langit. Meski sudah berusaha menjadi bisnismen tapi kalau gak bekerja mau jadi apa . Karena tidak bisa […]

  2. CT74. PENGHARGAAN BUAT PENULIS GUMAM ASA – ALI SYAMSUDIN ARSI « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - September 13, 2011

    […] berkecimpung di dunia maya. Terdahulunya saya menerima buku-buku dari Tuan Ersis Warmansyah Abbas, Hajriansyah Hamzah, Sandi Firly dan kini, Ali Syamsudin […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: