CT21. KERANAMU…. KU RELA BERKORBAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Terbayang di skrin otakku tajuk “KERANAMU… KU RELA BERKORBAN.” Hmmm… cukup menarik dan mengusik hatiku yang sangat mencintai kelima-lima insan ini. Insan-insan tersebut adalah Sang Putera Hati (SPH), suami tersayang, tiga puteriku yang cantik manis dan satu-satunya puteraku yang menceriakan.  Terima kasih sayangku sekalian kerana selalu mewarnai kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupanku di dunia ini.

Tulisan ini ku tulis khas buat puteriku yang selalu membuat aku segar dengan kemanjaan dan keperihatinannya. ‘IZZAH @ INTAN namanya diberi. Usianya 12 tahun. Anak kedua yang punya cita-cita melangit tinggi untuk  menjadi  seorang astronaut (angkasawan), ahli forensik (ikut kakaknya, Cahaya) dan pakar bedah. Bersifat pemberani, punya daya kepimpinan, berbakat dalam bidang penulisan dan selalu mendapat markah tertinggi dalam karangan Bahasa Melayu. Selalu mewakili kelas dan sekolah dalam perbahasan, kawad, koir, nasyid, penyampaian puisi dan penceritaan kisah Nabi.

Kreatif dalam mencipta bahan yang kadang kala menakjubkan terutama berhubung dengan sains. Apa sahaja keinginannya untuk membuat uji kaji mudah, yang ditemui dalam buku atau majalah  akan ku tunaikan sebagai satu galakan kepada merealisasikan impiannya.

Kadang kala aku rimas juga dengan keinginannya yang pelbagai. Jika aku tidak meluluskan uji kaji yang mahu dirancangnya… amboi, menarik muka masam dengan mamanya ini, dan …..MENANGIS. Ini yang aku lemah kalau melihat anak menangis. Akhirnya… aku harus cari cara yang praktikal mengapa permintaannya tidak diluluskan olehku walau sudah mendapat kebenaran dari abahnya.

Aduuh… lagi pening menangani tingkahnya yang terkadang tidak dijangka boleh marah tiba-tiba hanya kerana hilang pensil, buku dan apa sahaja yang dia sendiri tidak tahu di mana dia letak, lalu menyalah orang lain yang sembunyikan. Ini membuat kakaknya, Cahaya, Wira dan Ieesyah selalu merasa jengkel dengan sikapnya. Namun begitu, Intan memiliki hati yang lembut, mudah menangis dan belas ihsan. Dia mempunyai ciri-ciri cepat marah dan cepat pula reda kemarahannya. Segera meminta maaf kalau dia merasakan dirinya bersalah atas apa yang dilakukannya.

Sebagai ibu… aku harus banyak bersabar berhadapan dengan anak yang digelar oleh pakar Motivasi Malaysia iaitu Dr. Fadhilah Kamsah sebagai “SINDROM ANAK KEDUA”. Biasanya aku cuba bersabar dengan sikap Intan dan menghadapinya dengan lemah lembut kerana aku sangat mengenali peribadi Intan yang memang tidak suka dikasari bila menasihati dan  menegurnya ketika dia sedang marah.

Dalam menghadapi kemarahannya, aku cuba menenangkan diriku agar tidak marah dan berkata-kata tidak elok.  Kebiasaan yang kulakukan kepada anak-anak yang sedang marah ialah aku akan memanggil mereka untuk mendekatiku. Kemudian memeluk erat tubuh dan menciumnya dahulu untuk meredakan api yang menyemarak hatinya.

Setelah itu, aku akan membaca ayat 200 dari surah ali- Imran yang berupa doa untuk melembutkan hati dan meniup pada ubun kepalanya beberapa kali. Tindakan tersebut memberi kesan yang cepat kepadanya untuk kembali tenang. Anak-anak ini kalau dikasari akan semakin kasar tindakan mereka. Oleh itu, kasih sayang amat penting dalam memanah hatinya di samping mendidik diri kita sendiri untuk bersabar dan memikirkan kenapa Allah menguji kita dengan tingkah laku anak-anak kita.

Betapa besarnya nikmat sabar dan maaf dalam situasi begini. Sungguh nikmat sekali. Subhanallah. Aku selalu merasainya. Hati menjadi tabah dan tenang kerana berjaya memintas serangan syaitan laknatullah yang mahu memporak perandakan manusia. Jangan bersedih  (La Tahzan…) jika hati dilukai, disakiti dengan pelbagai cara baik oleh anak-anak, suami, sahabat dan sesiapa sahaja yang didatangkan Allah kepada kita sebagai ujian bagi menguji kesabaran dan keimanan.

Hadapi situasi ini dengan tenang, bersangka baik dan selalu zikrullah, beristighfar dan memaafkan mereka juga diri sendiri kerana tentu sekali Allah tidak akan mensia-siakan kita dengan pengalaman duka, resah, kesakitan dan ujian yang dihadirkan-Nya itu. Sebenarnya… dalam situasi begini, Allah sedang menyirami kasih sayangNya buat kita, juga untuk meningkatkan iman dan cinta kita kepada-Nya. Subhanallah, indah sekali proses muhasabah diri yang dikurniakan Allah buat kita. Kita diuji untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Amiin, Ya Allah. terima kasih atas segala ujian-Mu.


23 OKTOBER 2010- Sabtu

Sebelum berlangsungnya Majlis Khatam al-Quran secara beramai-ramai di SK Agama (MIS) Sarikei pada jam 9 pagi,  aku mulai mengatur rencana pada hari Jumaat (22 Oktober) sebaik sahaja balik dari pejabat pada jam 3 petang terus ke bandar Sarikei untuk membeli netting,  tape hijau dan beras pulut.

Tanpa kusedari kepanasan mulai menjalar keseluruh tubuhku yang menandakan aku bakal demam dan batuk juga mulai bertandang. Panas tubuhku semakin meningkat, namun aku sembunyikan dan masih bertahan demi untuk meraikan hari yang membahagiakan Intan. Dia tidak sabar-sabar untuk menghadiri majlis tersebut dan selalu mengingatiku untuk membuat bunga telur.

Aku memakluminya … “tak usah bimbang, mama akan buat sesuatu yang istimewa untuk anak mama”. Dia lantas mencium pipi dan memelukku erat sambil mengucapkan “terima kasih mama, Izzah sayang mama.” Aku senyum senang mendengar ucapannya. Sejak kecil hingga kini, begitulah cara dia mengucapkan terima kasih dan kegembiraannya.

Seusai solat Isya dan jarum jam menunjukkan angka 8 malam, aku mulai melaksanakan rencanaku dari memasak pulut, merebus telur, mencetak kad nama, mengubah kotak hiasan dan membuat bunga telur sehingga semuanya selesai pada jam 3.30 pagi. SPH yang pada awalnya mahu membantuku menyelesaikan tugas ini, ku minta untuk segera tidur kerana aku tahu dia juga penat dan cukuplah aku seorang melakukan penyediaan tanpa dia mengetahui bahawa aku sudah mulai demam dan  pusing kepala.  Aku tetap bertahan demi anakku. KERANAMU SAYANG… MAMA RELA BERKORBAN.

Seperti yang direncana, kotak dan bunga telur yang simple/ringkas tetapi bermakna dan menarik. Aku tidak punya banyak masa untuk membuat yang lebih baik dari itu kerana kesibukan yang ku alami sejak akhir-akhir ini.

Aku juga lebih suka membuat sendiri kraf tangan daripada membelinya kerana nilai sentimental pada rekaan sendiri sangat tinggi dan menghasilkan kepuasan yang berbeza apabila berjaya melakukannya. Tambah lagi mendapat penghargaan dari orang yang menerimanya. Senyumku menguntum bak bunga yang mekar mengingatkan Izzah akan rasa bahagia dengan apa yang mamanya telah lakukan. “Mamanya ini telah menunaikan janjinya”, bisikku sendirian.

Bagi tujuan majlis khatam al-Quran, pihak sekolah meminta ibu bapa menyumbangkan  pulut kuning dan bunga telur untuk dihadiahkan kepada para tetamu (2 set) dan 2 guru mengajinya (1 set setiap orang). Tetapi aku membuat 4 set (kotak telur) untuk para tetamu, 5 set (gubahan bunga telur dalam gelas minuman) setiap seorang untuk 2 guru mengaji Intan.

Apa yang sahabatku sekalian saksikan dalam foto-foto di atas, itulah cara pembuatan proses menjadi kotak dan bunga telur untuk anakku ‘IZZAH @ INTAN. Mana tahu ada yang mahu mencuba, maka aku mengambil inisiatif untuk membantu dengan merakam setiap langkah dan pembuatannya sehingga selesai. CANTIK TAK ?  Boleh tahanlah tu, kan. 😀 .  Salah satu dari bakat yang ada padaku dalam seni mengubah bunga dan seni kraf tangan.

Semoga Allah meredhai hidupmu nak,  itu sahaja yang mampu mama dan abah lakukan. Semoga gembira menerima segala kasih sayang mama dan abah. Mama and abah love you with all our heart.

*

SalamFatima3SalamFatima  4 NOVEMBER 2010 (KHAMIS)/ 2320 MALAMSARIKEI, SARAWAK

ANAK-ANAKKU… Percayalah, kalian adalah permata hati yang tinggi nilainya buat ayah dan bunda. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah, penyegar jiwa buat menyembur wangian doa yang tulus untuk  menyirami pondok sepi ayah dan bunda tika sudah dikandung tanah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

93 thoughts on “CT21. KERANAMU…. KU RELA BERKORBAN

  1. semoga menjadi anak solehah yang berguna bagi keluarga dan masyarakatnya.

    sindrom anak ke dua? o, baru tahu saya… rupanya begitu pula bagi anak kedua saya Abdan Sakura, yg kadang tingkahnya membingungkan kami (saya dan istri), kdang suka menyendiri, ingin diperhatikan terus ketika bicara meski org tuanya sdg terlibat pembicaraan dgn org lain. tapi alhamulillah kini, setelah adiknya si kembar lahir dia agak berubah sedikit, mau meng(k)awani adiknya, dll.

    terima kasih telah berbagi.
    salam hangat dari banjarmasin

    • Hajriansyah…

      Amiin… Ya Rabb. Terima kasih atas doa buat Intan saya.
      Begitulah tabiat anak kedua yang keadaannya sangat berlainan dengan sifat anak pertama (kepimpinan, mengarah, menguasai dan pemalu)dan anak ketiga (lebih banyak berdiplomasi, tenang, menjadi orang tengah, penyabar, perihatin dan mengambil berat). Sifat anak 1 dan 3 ini saya rujuk kepada anak2 saya. Saya juga anak ketiga dalam keluarga.

      Dalam mendidik anak kedua, memerlukan sedikit perhatian dan diplomasi yang tinggi kerana sifat anak kedua ini sangat hiperaktif, degil, keras kemahuan dan sangat emosional.

      Alhamdulillah, dengan kesabaran dan iringan doa, Intan mudah dibentuk dan dinasihat serta mudah mendengar kata. Dalam usia mengajak remaja, saya tidak punya banyak masalah menghadapinya, cuma semasa dia masih kecil sahaja perlukan kesabaran yang tinggi.

      Bila saya menceritakan kembali ulah tingkahnya semasa kecil, dia jadi malu dan kami akan ketawa bersama-sama kerana mengenangkan kelucuannya ketika itu.

      Nasihat saya, kasih sayang dan kesabaran perlu diserentakkan dalam menghadapi “Sindrom Anak Kedua”.

  2. Assalamualaikum mama.
    terima kasih mama. izzah sayang mama.
    kak izzah hargai pengorbanan mama dan abah yang sanggup bekerja sehingga lewat malam.
    I LOVE YOU FOR EVER UNTIL DIE.
    kak izzah sayang mama and abah.

    • Wa’alaikum salaam sayang
      Terima kasih kerana menitip ucapan sayang dan penghargaan buat mama juga abah.

      Semoga Intan akan menjadi anak solehah dan berjasa kepada diri, keluarga dan negara.

      Belajar rajin2 ya nak. Hanya ilmu yang dapat mewariskan kemuliaan buat kita di dunia dan akhirat.

      Mama love you too. 😀 😀

  3. Subhanalloh, saya baru tahu ternyata bunda Fatimah sangat luar biasa dalam mendidik putra putri. Saya sungguh salut sama bunda, dan mudah-mudahan bisa meneladani apa yang bunda ajarkan pada putra putri bunda..

    Makasih bunda telah share pengalaman dan kehidupan bunda..

    • Muhammad…
      Amiin… mudahan Allah selalu memudahkan saya dalam mendidik anak sendiri dan anak pelajar saya. Cara yang sama namun berbeza situasi.

      Didoakan Muhammad akan banyak belajar dalam usaha ke arah pembentukan keluarga bahagia suatu masa nanti. Semoga beroleh manfaatnya.

      Selamat berlibur di penghujung pekan ini dan Salam mesra selalu. 😀

    • Cerita Dewasa…

      Amiin… Ya Rahman.
      Terima kasih atas doa yang dititipkan buat Intan juga atas kunjungannya. Semoga beroleh kebaikan dari sajian ilmu di sini.

      Salam kenal dan ceria selalu dari saya di Sarikei, Sarawak 😀

  4. Subhanallah, betapa intan permata yang sungguh berharga yang Ibu Fatimah dapatkan dr Allah swt.
    Semoga anak2 Ibu Fatimah kelak menjadi anak2 yang sholeh dan sholehah, dan selalu menjadi permata hati yang bersinar dimanapun mereka berada.
    Semoga apa apa yang mereka cita2kan dan dambakan kelak menjadi kenyataan.
    Salam sayang bunda utk permata hati Ibu Fatimah.
    salam sayang selalu dari Tagerang
    salam

    • Bunda tersayang…
      Amiin… Ya Rahman. Mudahan doa yang bonda lampirkan bisa dimakbuli Allah buat anak2 saya. Terima kasih ya bunda kerana doa tulus yang mengharukan.Didoakan bunda dan keluarga begitu juga.

      Senang mendapat kembali sapaan dari bunda di Tanggerang. Harapan, persaudaraan ini tetap kekal baik selamanya. Salam bunda sudah disampaikan. Anak2 kembali menyampaikan salam sayang juga buat bunda di sana

      Salam rindu dan sayang dari saya buat bunda. Semoga berbahagia di penghujung pekan ini. 😀

  5. Dia Cantik, secantik ibundanya.

    Tumbuh dan berkembanglah engkau adikku, tunjukan pada kami bahwa dirimu berguna untuk bangsa dan negara. Jangan sia-siakan pengorbanan bunda. Insya Allah, do’a kakak dan keluarga menyertaimu.

    Tidak ada membuat blog, bunda?

    • Nanda Aldy…

      Alhamdulillah, terima kasih atas titipan pesan yang baik dari nanda Aldy buat Intan juga adik2 yang lain Semoga diredhai Allah SWT.

      Hmm… Pernah juga Cahaya dan Intan meminta untuk dibuat blog. Tetapi bunda tidak galakkan dalam usia begini bimbang lalai. Cukuplah dengan adanga FB mereka sebagai perantara dengan teman2nya sahaja.

      Salam ceria seindah suria dari bunda buat nanda dan keluarga di sana. Selamat berlibur. 😀

  6. Doalah untuk anak
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
    Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

    1. Ya Allah, Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku kemaslahatannya bagiku dan kesenangannya untukku

    2. Ya Allah! Panjangkan usianya untukku tambahkan ajal mereka bagiku untukku pelihara yang kecil di antara mereka kuatkan yang lemah di antara mereka sehatkan badan, akhlak, dan agama mereka sejahterakan jiwa dan raga mereka dalam segala hal yang urusannya menjadi tanggunganku alirkan rizki mereka melalui tanganku.

    3. Ya Allah, Jadikan mereka orang-orang yang baik dan takwa yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepada-Mu yang mencintai dan setia kepada kekasih-Mu yang memusuhi dan membenci musuh-musuh-Mu amin.

    4. Ya Allah, Melalui mereka kokohkan anggota badanku luruskan punggungku banyakkan bilanganku indahkan kehadiranku hidupkan sebutanku cukupkan aku ketika aku tiada bantulah keperluanku jadikan mereka mencintaiku mendekatiku menyayangiku taat dan tidak membantahku tidak durhaka menentangku tidak berbuat salah kepadaku.

    5. Ya Allah, Bantulah aku untuk memelihara mereka mendidik mereka dan berbuat baik kepada mereka dari sisi-Mu anugrahkan kepadaku anak-anak jadikan mereka kebaikan bagiku jadikan mereka pembantuku untuk memperoleh apa yang kuminta dari-Mu

    6. Ya Allah, Lindungi aku dan keturunanku dari setan yang terkutuk sungguh Kau ciptakan kami Kaularang kami Kaugemarkan kami kepada pahala yang Kau perintahkan Kau takutkan kami akan siksanya Kau jadikan bagi kami musuh yang memperdayakan kami Kau berikan kepadanya kekuasaan atas kami dalam hal tidak Kauberikan kepada kami atasnya Kausimpan dia dalam dada kami Kaualirkan dia dalam aliran darah kami ia tidak lalai ketika kami lalai ia tidak lupa ketika kami lupa ia membisikkan rasa aman akan siksa-Mu dan rasa takut kepada selain-Mu.

    7. Ya Allah, Jika kami bermaksud buruk ia dorong kami Jika kami ingin beramal saleh ia tahan kami ia hadapkan kami kepada syahwat ia masukkan pada kami syubhat Jika ia berjanji kepada kami ia langgar janjinya Jika ia memberikan harapan ia putuskan harapan kami Jika tidak Engkau palingkan tipuannya dari kami ia menyesatkan kami Jika tidak Engkau jaga kami dari jebakannya ia menggelincirkan kami

    8. Ya Allah, Taklukkan kekuasaannya atas kami dengan kekuasaan-Mu sehingga Kau tahan dia dari kami melalui banyaknya doa kami pada-Mu dan kami terbebas dari tipuannya dan menjadi orang-orang yang suci yang Engkau jaga dari dosa.

    9. Ya Allah, Anugerahkan padaku permintaanku Cukupkan bagiku keperluanku Jangan tolak doaku karena Engkau telah berjanji akan mengabulkannya Jangan hambat doaku karena atas perintah-Mulah aku berdoa Tenteramkan aku pada kebaikan baik di dunia dan akhirat yang aku lupa atau ingat yang tertutup dan terlihat yang tersembunyi atau tampak.

    10. Ya Allah, Tempatkan aku bersama orang-orang saleh yang berdoa pada-Mu bersama mereka yang Kaukabulkan doanya ketika berdoa pada-Mu bersama mereka yang Kauridhai ketika bertawakkal pada-Mu

    11. Ya Allah, Mereka yang terbiasa berlindung pada-Mu mereka yang beruntung karena berdagang dengan-Mu mereka yang berlindung dalam naungan-Mu mereka yang mendapat anugerah
    dalam limpahan nikmat-Mu dari kemuliaan dan kedermawanan-Mu mereka yang dimuliakan setelah menghinakan dirinya di depan-Mu mereka yang dilindungi dari kesalahan melalui keadilan-Mu mereka yang terhindar dari kecelakaan melalui kasih-sayang-Mu
    mereka yang dicukupkan dari kemiskinan dengan kekayaan-Mu mereka yang karena ketakwaannya Kau lindungi dari dosa, lalai, dan kesalahan mereka yang beramal saleh, dan mendapat pahala karena ketaatannya pada-Mu mereka yang Kaulindungi dari dosa melalui kekuatan-Mu mereka yang Engkau cegah dari berbuat maksiat pada-Mu mereka yang berada di dekat-Mu.

    12. Ya Allah, Berikan padaku semua itu dengan petunjuk dan rahmat-Mu Lindungi aku dari api neraka
    Anugerahkan pada saudaraku, muslimin dan muslimat apa yang aku minta dari-Mu bagiku dan anak-anakku di dunia dan di akhirat Sungguh, Engkau Maha Dekat Yang Maha Menjawab doa
    Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui Maha Pengampun, Maha Pemaaf Maha Pengasih, Maha Penyayang.

    13. Ya Allah, Dan berikan pada kami apa yang terbaik di dunia dan di akhirat dan lindungi kami dari siksa api neraka.

    Zainul Abidin bin Al-Hussain anak al-Imam Ali bin Abi Talib (R.A).

  7. Assalamualaikum mbak Siti,

    Ikut berbahagia dan mengucapkan selamat, sejauh ini seluruh keluarga sehat-2 semua. Hanya ada satu pertanyaan: foto putera-puteri lengkap, foto ibunda ada, saya yakin itu foto diri mbak Siti, kenapa setidak-tidaknya barang sekali juga dipasang foto ayahndanya/ abahnya. Sekalipun itu tidak ekspose menyolok tentu sudah mewarnai seluruh keluarga besar yang berbahagia!! Atau mungkin ybs tidak berkenan gambarnya dipajang? Lha kalau benar demikian Eyangkung pernah meneliti phenomena semacam itu. He, he, hee.
    Masih ada satu pertanyaan lagi, yaitu antara matematis, gambar/image, teks titik koma dan angka pembilang. Ada image 4, 5 dan 6 . Untuk memperoleh konklusi yang tepa membutuhkan analisis berhari-hari……….
    Untuk lima puteta-puteri yang cantik dan cakep salam kenal Eyangkung semoga menjadi masyarakat yang berguna untuk ayah-bunda, bangsa, negara, agama, saudara dan sesama.
    Pesan Eyangkung supaya mbak Siti menjaga kesehatan!!

    • Wa’alaikum salaam Eyangkung…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas titipan doa untuk kesihatan saya dan keluarga, juga pesanan baik dari Eyang. Semoga Allah juga memberkati dan merahmati Eyang sekeluarga di sana.

      Cukuplah menyertakan foto yang sedia ada. Untuk foto keluarga telah disiarkan dalam laman yang lama dulu. Malah dalam laman ini juga ada foto si abah, tapi dirahsiakan dalam postingan yang mana satu. itupun selepas mendapat izin. Hehehe…. orangnya sangat low profail Eyang. Pemalu. Harus dengan izin. 😀

      Senang menerima kunjungan Eyangkung. Mudahan selalu ceria dan bahagia di penghujung pekan ini.

      Salam mesra dan hormat selalu.

  8. Subhanallah wa Alhamdulillahir rabbil’alamin.
    Salam cubit, tapi bingung mau mencubitnya, habis lucu semuanyah… 😀

    Yang pasti mamah dan abahnya sangat kreatif sekali.
    Insya Allah, mereka akan menjadi berkilau bagai permata intan berlian baik didunia ini dan diakhirat kelak, Amiin.

    Salam hangat selalu, Haniifa-Bandung.

    • Mas Haniifa…
      Kalau masa kecil memang selalu kena cubit pipi2 mereka kerana semuanya gemuk dan cute. Tidak pernah puas memandang dan bermain dengan mereka semasa kecil.

      Alhamdulillah. mudahan demikianlah hendaknya untuk kemenjadian mereka di masa depan.

      Terima kasih mas Haniifa atas doa yang dikirim. Semoga diredhai Allah buat mas Haniifa dan keluarga di Bandung.

      Salam hangat kembali dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

    • Triyanto Banyumasan…

      Sekadar untuk berkongsi pengalaman terhadap perjalanan kehidupan yang hanya tinggal beberapa detik lagi dan menghargai yang disayangi supaya mamanya pernah mengambil berat akan dia buat suatu ketika masa yang telah pergi.

      Semoga beroleh manfaat dari apa yang disajikan. Terima kasih mas Tri kerana sudi mampir kemari.

      Barakallahulakum.

    • Kangmas Ian…

      Alhamdulillah.. sungguh banyak cabaran dalam mendidik anak2 sehingga kini. kalau 4 orang, maka 4 ulah tingkah yang harus difikirkan. Semoga dimudahakan Allah untuk menghadapi mereka dengan dunia remajanya pula. Pasti tantangannya makin hebat.

      Semoga beroleh banyak pelajaran dari apa yang saya lalui. Itu baru sebahagian sahaja kang.

      Salam ceria selalu. 😀

    • Mas Komuter…

      Terima kasih sudah mampir kemari. Lama juga tidak bersapa.

      Begitulah halnya dengan amanah Allah ini Memang sangat repot dan membuat kita harus berhati-hati menanganinya. Semoga dimudahkan Allah segala urusan dalam pendidikan ini. Amiin

      Salam mesra selalu.

    • Selamat Pagi Loewyi…
      Alhamdulillah, dan terima kasih betah berkunjung lagi. Bunda juga sudah lama tidak ke blog Loewyi. Senang menerima sapaan. Mudahan urusan pembelajarannya berjalan baik.

      Salam mesra dari bunda selalu. 😀

      • Amien…. 🙂 kunjungan siank nich bun. 😀

        oia, lagu di blogku itu lagunya Adhitia Sofyan bun… maaf lupa yang mau nyantumin penyanyinya. 😀

        Salam hangat dari loewyi. 😀

        • Terima kasih Loewyi kerana maklumi bunda.
          Sudah bunda dengar lagunya.. Enak didengar dan gemalai sekali melodinya.

          Aduuh.. mengapa rasa mahu tidur aja mendengarnya ya. Apa emangnya lagu sebelum tidur. 😀

          Salam hangat kembali.

    • Nanda Achoey…
      Amiin… Alhamdulillah. Masih belajar menjadi bunda yang baik. Mudahan diredhai Allah SWT.
      Terima kasih Achoey. Semoga Achoey dan BP juga demikian dikurnia permata hati yang menyejukkan mata dan hati.

      Salam kedamaian di sore pada penghujung pekan ini. 😀

    • Hai Mbak Orange Float…
      Benar mbak… apa ini pengalaman ya ?
      putra putri bunda berkirim salam kembali dengan senyum manis 😀 😀 buat mbak OF di sana.

      Salam ceria di sore yang indah dari bunda juga. 😀

    • Wahyu Nurudin…
      Insya Allah, akan merasainya suatu hari nanti Wahyu. Betapa untuk anak2 kita sanggup berkorban apa sahaja.

      Semoga anak2 mengerti perjuangan dan pengorbanan orang tuanya yang sangat mencintai mereka.

      Terima kasih Wahyu atas kunjungannya.
      Salam mesra di penghujung pekan. 😀

  9. assalamualaikum bunda Siti..

    kelihatannya famili bunda siti cukup bahagia. pastinya semua itu terhasil dari didikan dan asuhan yang baik, sempurna dan penyayang dari kedua orang tuanya.

    cerita ini sedikit sebanyak mengubat resah dan gelisah saya dalam mendepani arus rencana dan berita yang duka dan sengsara unit-unit keluarga yang lain.

    setiap keluarga tentu ada masa gembira dan sebaliknya. malangnya, gejala keruntuhan institusi keluarga lebih mendominasi akhbar dan tabloid perdana.

    semoga famili bunda siti terus bahagia dan cekal mengharungi badai yang melanda. saya yakin bunda sudah mempunyai rencana ampuh untuk membina generasi berilmu, beriman dan bertaqwa di dalam keluarga bunda.

    banyak teladan yang harus dicontohi para pembaca lewat entri kekeluargaan seperti ini..syabas buat bunda dan famili. semoga sukses selalu.

    • Wa’alaikum salaam Abgreds…
      Amiiin…. Mudahan doanya dimakbulkan Allah. Memiliki keluarga yang bahagia adalah impian semua insan. Dimaungi mawaddah wa rahmah yang berkekalan. Alhamdulillah.

      Terima kasih Abgreds atas doa2 yang baik buat saya dan keluarga. Didoakan Abgreds dan keluarga juga demikian halnya.

      Walaupun demikian, tidak dinafikan adanya kebimbangan dalam diri saya menghadapi anak2 yang beranjak remaja kerana keinginan mereka yang terkadang memeningkan kepala. Hehehe… begitu juga agaknya emak saya ketika menghadapi saya masa remaja dulu. malah saya lebih nakal dari anak2 saya ini. 😀

      Mudahan kita semua mendapat teladan dari pengalaman hidup yang dilalui. Salam mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  10. Ibu SFA, alangkah indah dan sahdunya kehidupanmu … 🙂
    dikaruniai putra/putri nan cantik/gagah rupa dan elok hati … 😉
    semoga demikian selanjutnya, kehidupan sakinah, mawaddah, warohmah. Amin

    • Amiiin Ya Rahman… mudahan diredhai Allah hendaknya atas doa yang dikirimkan.

      Didoakan mas Jaya juga demikian di sana dalam kebahagiaan bersama keluarga.

      Terima kasih atas kunjungannya.
      Salam harmoni selalu. 😀

  11. Assalamu alaikum Bunda,,

    Bahagianya melihat keluarga yang harmonis lagi sejahtera seperti bunda,semoga mereka menjadi anak berguna dan sangat berbakti pada keluarganya.

    Benar bunda, pengorbanan seorang Ibu memang tiada terperi. Mereka rela melakukan apa saja demi membahagiakan anaknya. Walau dalam keadaan sakit sekali pun..

    Mendengar cerita di atas saya jadi teringat Ibu saya di kampung, hemm,, semua ibu dimana pun sama saja, sangat sayang dan cinta pada anaknya,, 😀

    salam dari Medan,

    • Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Amiin … Ya Rabbal’alamiin walhamdulillah.
      Terima kasih Masyhury atas doa yang dilampirkan. Semoga Masyhury dan keluarga juga demikian.

      Iya… tidak ada sesiapa yang menafikan kasih sayang dan cinta seorang ibu. Sangat tulus, halus dan hangat sekali. Satu perasaan yang indah tika melihat anak2 yang kian membesar dengan olah tingkah yang selalu membuat dahi berkerut dan membahagiakan.

      Semoga ibu Masyhury dalam keadaan sehat dan dirahmati Allah SWT.

      Salam mesra dari saya. 😀

  12. Assalamu’alaikum bunda Siti
    Saya sangat terkesan sekali dengan tulisan bunda tentang anak-anak..sebelumnya saya sangat senang bisa mengenal lebih jauh bunda Siti dan buah hati…
    Masing-masing anak mempunyai sifat dan karakter yang berbeda dan saya saat ini tengah mengalaminya ketika membimbing ketiga anak saya..kuncinya harus sabar dan berdoa selalu…agar mereka menjadi anak yang cerdas n sukses di dunia akhirat.
    Saya juga salut banget kepada Bunda Siti yang keibuan dan penyabar dalam mendidik putra-putrinya..semoga berhasil ya bunda menghantarkan mereka menjadi anak yang sholeh sholehah berhasil didunia dan akhirat amin.
    Salam kenal n sayang buat putra putri bunda Siti.

    • Wa’alaikum salaam Ummu Rizka..
      Alhamdulillah… mudahan kita bersama dapat mengambil kebaikan dan iktibar melalui pengalamana yang kita lalui dalam membesar dan mendidik anak2.

      Tugas yang berat sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawaban. Bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua anak2 yang punya keinginan masing2. Namun atas ketabahan dan kasih sayang, pasati yang sukar menjadi mudah.

      Semoga mbak juga akan bisa sabar dan tenang dalam menghadapi karenah anak2 yang kadang kala boleh menimbulkan kejengkelan dan kemarahan kita terutama saat berlakunya pergadunhan. Hal ini kadang membuat saya ketawa kerana melihat dan mendengar betapa petahnya mereka berkata-kata seperti wakil rakyat dalam parlimen.

      Salam mbak sudah disampaikan, anak2 semuanya berkirim salam dan mengucapkan terima kasih.

      Terima kasih kerana betah kemari walau sibuk menjengah diri. Salam manis dan hangat selalu buat mbak dan anak-anak di sana. 😀

  13. Asm…ustazah
    Alhamdullilah semoga semua anak sedara kamek org jadi anak2 yg soleh n solehah dunia akhirat.
    Teringat waktu raya di sri aman lok…

    • Wa’alaikum salaam Tuan Haji Faisal…
      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim.
      Mudahan doa kita dimakbuli Allah buat anak2 kamek semuanya. Kamek juak doakan kita dan anak2 di sinun.

      Iya… raya taun tok nang seronok kerana rame yang pulang.
      Salam mesra dari kamek. Salam sayang untuk Ani dan anak2 di Teluk Intan.

  14. assalaamu’alaikum…. bunda fatimah,

    karier terindah bagi seorang perempuan adalah sebagai ibu rumah tangga yang sholehah!
    betapa bahagianya memiliki keluarga yang lengkap, semoga kalian sekeluarga selalu dalam lingdungan Allah swt, amin.

    • Wa’alaikum salaam Mas Argun…
      Benar… itulah keindahan dan idaman bagi setiap wanita.
      Amiin… Ya Rahman. Alhamdulillah. Terima kasih Argun atas doa yang baik itu. Semoga Argun juga mendapat yang sama seperti yang didoakan.

      Salam sejahtera selalu. 😀

  15. Assalamu’alaikum warahmatullah, Mbak Siti Fatimah.

    Subhanallah. Saya melihat anak-anak yang lucu dan cerdas. Tentu mereka sangat mencintai bundanya yang baik dan penyayang :). pengalaman pribadi tentang mendidik anak sangat bermanfaat untuk seorang ibu seperti saya. Terimakasih sudah membagikannya.

    Salam sayang dari saya untuk putra-putrinya. Semoga menjadi anak yang sholeh-sholehah.

    Salam sayang selalu dari Samarinda.

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh Ummu Kamilah…

      Alhamdulillah.. mereka anak2 yang selalu menceriakan hati dan membahagiakan. Semoga mendapat manfaat dan kebaikan dari apa yang diperolehi.

      Terima kasih Ummu atas kunjungan yang menyenangkan. Semoga kita dapat mendidik anak2 kita ke jalan kebaikan menjadi anak yang soleh dan solehah agar mereka dapat mendoakan kita di alam barzakh nanti. Amiin.

      Salam sayang kembali dari saya buat Ummu Kamilah. 😀

  16. Assalamualaikum,
    anak-anak adalah anugerah tuhan, ibarat permata-permata yang berharga, semakin mahal permata itu semakin beratlah tanggungjawab kita menjaganya tetapi itulah yang membuat kita bahagia.
    Selamat untuk anak-anak anda dan pada anda ibu mithali

    • Wa’alaikum salaam BintangZohra…

      Benar dan saya setuju dengan bicara BZ di atas. Anak-anak adalah permata yang tiada nilainya sebagai anugerah terindah dari Allah SWT buat kita. Semoga kita selalu menghargai apa yang dikurniakan.

      Salam mesra selalu. 😀

  17. Putera dan puteri kita adalah belahan jiwa, amanah dari Allah Swt untuk senantiasa menjaga dan mendidiknya agar menjadi anak yang soleh/solehah dan berguna bagi agama bangsa dan negara. amin.

    • Mas Wajidi…
      Benar mas, semoga kita sentiasa memegang amanah yang dipikulkan untuk dipertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

      Terima kasih atas kunjungan mas Wajidi.
      Salam mesra selalu dari saya. 😀

  18. assalamu alaikum..

    afwan umi, neni baru menyempatkan datng berkunjun ditulisan umi ini,
    tanpa diundang oleh umi, mungkin neni tak akan datang, alhamdulillah dengan adanya kata “TUMPENG” akhirnya neni diundang datang kesini.. 🙂

    neni ucapkan selamt buat adinda “INTAN” selamat atas khatam qur’annya,
    neni menyukai foto adik “INTAN”, orangnya manis semanis uminya dan kakaknya (NENI). 😉

    sifat adik “INTAN”, hampir sama dengan aku 😉 🙂

    salam buat adinda INTAN ya ummi,
    salam mesra selalu dari neni buat keluarga neni yang disana..

    🙂 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      Hehehe… iya. Semuanya kerana tumpeng lalu Umi undang Neni kemari. Senang kalau Neni sudah membaca posting ini dan mengenali sedikit tentang Intan.

      Alhamdulillah, semua anak-anak perempuan Umi termasuk Neni juga semanis Umi. Semoga akhlaknya juga manis-manis seperti wajahnya. Aamiin. 😀

      Wah… kok sama sifatnya dengan Intan, susahlah Umi kayak gini. Harus memujuk anak2 perempuan yang suka nangis dan marah2. Hehehe… inda apa. Yang penting nanti nangisnya dalam pelukan kasih sayang Umi. 😀

      Salam sayang selalu dari Umi buat nanda Neni yang jauh di mata namun dekat di hati. 😀

    • hehehe…itu sifat bakhil namanya, nen. kok tega sekali hanya dengan satu atau dua tetes.

      tangisan kerinduan dengan orang tua adalah satu sifat mulia. Umi mahu nanyak… kalau tangisan dengan Allah ? Bagaimana iya ? masa hanya setes dua tetes aja. 😉

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.