CT9. 47 TAHUN – MALAYSIAKU MENDUDUKI PETA DUNIA

16 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Hari ini,  16 SEPTEMBER 2010 adalah tarikh keramat dalam hidup semua insan yang dilahirkan sebelum, pada dan selepas 16 September 1963. Tarikh ini menjadi detik bersejarah yang menoktahkan sebuah negara baru yang wujud di peta laman dunia dengan namanya yang gah iaitu MALAYSIA .

MALAYSIA terbentuk dari penyatuan empat buah negeri iaitu  Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura yang membina satu payung bagi mewujudkan satu bangsa bernama BANGSA MALAYSIA. Namun begitu, pencantuman bersama Singapura hanya kekal selama 2 tahun  apabila akhirnya, Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.


SELAMAT HARI MALAYSIA


Hidup ini memberi makna yang hebat bagi manusia yang mengerti kewujudan dan tugas yang diamanahkan atas dirinya sebagai warga negara yang berjasa. MALAYSIA, TANAH AIRKU adalah tanah pengabdian diri untuk melaksanakan tugas bagi membina jati diri agar mempunyai keperibadian tinggi, ketrampilan unggul, berilmu pengetahuan, membudayakan akal budi dan mengukuh peradaban bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara.

BUATMU SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selamat membina semangat cintakan negara dengan mengukuhkan perpaduan antara kaum melalui SATU BAHASA dalam menyatukan pelbagai bangsa yang dinamakan BANGSA MALAYSIA.

*

SalamFatima3SalamFatima   15 SEPTEMBER 2010 (RABU)/ 2112 MALAM - SARIKEI, SARAWAK


Tanpa manusia, tidak ada kemerdekaan. Tanpa keadilan yang saksama, tidak ada martabat manusia. Tanpa kemerdekaan, tidak ada manusia merdeka dan tidak wujud kesepaduan juga keamanan. Oleh itu, fahamilah erti kemerdekaan yang sebenar dalam jiwa dan minda kita.

- SITI FATIMAH AHMAD -

47 TAHUN MALAYSIAKU MERDEKA


About these ads

52 Responses to “CT9. 47 TAHUN – MALAYSIAKU MENDUDUKI PETA DUNIA”

  1. bchree September 16, 2010 at 10:42 am #

    selamat ulang tahun kemerdekaan buat bangsa malaysia
    SEMOGA menjadi negera yang benar2 menegakkan kalimat Allah dimuka bumi. Semoga Islam jaya di Sana. Semoga Malaysia menjadi negera yang semakin maju dan berahlaq
    ………………………….
    selamat juga buat ibu fatimah ahmd….. ???!!!

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 12:11 pm #

      Bchree…Terima kasih atas ucap selamat dan doa buat negera Malaysia. Hari ini, hari kemerdekaan/kebangsaan kedua buat Malaysia sesudah 31 Ogos yang lalu.

      Alhamdulillah… saya juga selamat mas.
      Terima kasih.
      salam ceria selalu. :D

  2. bintangzohra September 16, 2010 at 10:52 am #

    Selamat untuk anda dan warga negara Malaysia.Bagaimana sambutan raya? Semuga bahagia di hari kemenangan.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 12:52 pm #

      Hai BintangZohra.
      Terima kasih atas ucapan untuk Malaysia. Juga kad ucapannya. Belum sempat dibalas, nanti ya.
      Sambutan rayanya sangat meriah tahun ini kerana sempat bertemu dengan adik beradik juga saudara mara dekat yang tinggal jauh dan balik beraya di kampung.

      Semoga BintangZohra juga berbahagia bersama keluarga di Singapura. Bagaimana sambutan raya di sana pula ya ?
      Salam kesyahduan di aidil fitri. :D

  3. wiwin9 September 16, 2010 at 11:04 am #

    Assalamualaikum wr wb Umi,…apa kabar?akhirnya bisa link ke blog umi juga :)
    1. selamat merayakan idul fitri 1431 H mohon maaf lahir dan bathin ya umi
    2. selamat merayakan hari kemerdekaan untuk malaysia

    salam sayang dari Manado,Indonesia

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 1:36 pm #

      Wa’alaikum salaam wiwing.
      Alhamdulillah, Umi sihat. Diharap Wing juga begitu.
      Senang dapat kembali bersilaturahmi semula dengan Wiwing.
      Umi juga begitu, mohon maaf jika ada salah dan silap sama Wiwing.

      Terima kasih untuk ucap selamat buat negara Umi yang tercinta. Semoga Malaysia dan Indonesia akan selalu terjalin erat dan damai sentosa.

      Salam sayang juga dari Umi untuk Wiwing. :D

  4. dina.thea September 16, 2010 at 11:19 am #

    Selamat atas 47 tahunnya Malaysia . Merdeka !!

  5. Kelabang's Blog September 16, 2010 at 2:23 pm #

    Hanya bisa mengucapkan:
    SELAMAT!!!

  6. anung September 16, 2010 at 2:44 pm #

    Allah Akbar! Indonesia dan malaysia adalah bersaudara, kita satu rumpun dan agama, mari tingkatkan ukhuwwah kita, jangab biarkan provokator murahan memecah belah persaudaraan kita. Allahumma amin..
    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

    “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat:10)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 3:46 pm #

      Mas Anung…
      Semoga kita antara dua negara yang serumpun akan selalu bersaudara dalam kasih sayang Allah tanpa dicemari hal yang menggugah keamanan dan kedamaian jiwa dan negara kita.

      Amiin. Ya Rabb atas doa yang dihadirkan. semoga Allah akan memabulkan doa kita yang inginkan keharmonian dalam kesatuan ummah sejagat.

      Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak. :D

  7. Daiichi September 16, 2010 at 4:52 pm #

    Taqaballahu Mina waminkum Syiamana Wasyiamakum… ^_^

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 6:59 pm #

      Minna waminkum taqabal ya kareem.
      Selamat hari raya buat Daichi@Adam dan keluarga.
      terima kasih mampir kemari menyapa. senang menyambut sahabat lama di sini.
      salam mesra selalu. :D

  8. akhmad fauzi September 16, 2010 at 5:50 pm #

    Selamat buat bangsa malaysia, damai selalu dengan ku indonesia…

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:02 pm #

      Amiin.. Ya Rabb.
      Mudahan Allah memakbulkan doa kita semua yang selalu inginkan kedamaian buat negara kita, Malaysia dan Indonesia.
      Terima kasih Akhmad.
      Salam persaudaran dari saya di Sarawak. :D

      • akhmad fauzi September 16, 2010 at 7:21 pm #

        Amin….bunda siti mudik kemana?salam buat keluarga disarawak

        • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:59 pm #

          Alhamdulillah, saya mudik dua tempat mas Akhmad. Bandar Sri Aman dan Mukah. Apakah mas Akhmad juga mudik ya ?
          Salam juga buat Akhmad dan keluarga di sana. :D

          • akhmad fauzi September 17, 2010 at 1:20 am #

            saya ga mudik bund…karena aktifitas pekerjaan saya ditempat asal…ada tulisan baru ditempat saya bund..

            • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 9:07 am #

              Semoga senang dengan rutinitas di tempat kerja.
              Ok Akhmad. saya ke sana untuk menerima jemputan baca. :D

  9. doelsoehono September 16, 2010 at 6:00 pm #

    Assalamuallaikum wr wb .

    selamat uang thau kemerdekaan malaysia semoga dame adanya .

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:15 pm #

      Wa’alaikum salaam Wr Wb Pak Doelsoehono.
      Terima kasih atas ucap selamat buat negara Malaysia.
      Amiin.. Ya rabb. Mudahan damai semuanya.
      salam ceria selalu. :D

  10. doelsoehono September 16, 2010 at 6:00 pm #

    salam untuk Malaysia damae itu Indah .

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:30 pm #

      salam juga buat Indonesia.
      Damai itu indah.
      Salam kedamian buat Pak Doel juga. :D

  11. Ifan Jayadi September 16, 2010 at 6:59 pm #

    Penyatuan ini tentunya menjadi momen penting bagi masyarakat malaysia untuk bersatu padu dalam hakekat yang dicanangkan perdana menterinya yaitu 1 Malaysia. Semoga kemajemukan yang ada menjadi modal dasar untuk tetap mempertahankan persatuan dan kesatuan bangsa. Karena kalau tidak salah, daerah2 yang menjadi bekas jajahan inggris, disatukan dalam Negara Malaysia. Sedangkan daerah2 bekas jajahan Belanda, disatukan dalam Negara Indonesia. Itupun kalau saya tidak salah membaca sejarahnya. Salam selalu buat ibu dan keluarga. Sukses dan semangat selalu mengharungi cabaran dalam hidup :)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:53 pm #

      Nah.. komentarnya sudah selamat Fan. :D

      Terima kasih atas komentar yang menyingkap kembali sejarah negara bangsa. Mudahan penyatuan dalam bangsa yang pernah dijajah oleh Inggeris dan Belanda bisa berdamai dan merdeka dalam persaudaraan ummah.

      Semoga dengan kemerdekaan yang dicapai oleh pejuang bangsa terdahalu bisa diambil iktibar oleh kita sebagai generasi baru untuk mengenal erti kemerdekaan sebenar agar kita tidak dijajah oleh pemikiran barat pula.

      Salam persahabatan untuk dua benua serumpun dan seagama.
      salam mesra selalu dari saya. :D

  12. Ifan Jayadi September 16, 2010 at 7:00 pm #

    Wah, komentar saya tertelan spam :(

  13. Sawali Tuhusetya September 16, 2010 at 10:58 pm #

    ikut mengucapkan dirgahayu buat negeri malaysia, bunda. semoga makin jaya dan bisa terus menjaga sikap persaudaraan antarsesama bangsa.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 11:22 pm #

      Terima kasih Pak Sawali atas ucap selamat buat Malaysia.
      Amiin.. Mudahan rakyat Malaysia akan selalu bersatu dalam membangunkan Malaysia.

      Didoakan juga Pak Sawali selalu sukses. Salam mesra selalu. :D

  14. aldy September 16, 2010 at 11:37 pm #

    Bunda, ini postingan to late?
    malaysia merdeka 31 agustus, kenapa bunda postingan sekarang? some thing special?

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 12:00 am #

      Nanda Aldy..
      Postingan ini tepat pada masanya, pada tarikh yang tetap unggul dalam liparan sejarah. Asalnya bunda dan ramai rakyat Malaysia keliru dengan dua tarikh keramat ini. biar bunda jelaskan setelah mengetahuinya melalui pelajaran Sejarah dan Negara Bangsa.

      31 Ogos 1957 – tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dinobatkan sebagai tarikh rasmi Hari Kemerdekaan Malaysia.

      16 September 1963 – tarikh penyatuan atau percantuman 4 buah negeri iaitu Tanah Melayu (Malaya), Sarawak, Sabah dan Singapura bagi membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia.

      Kebanyakan rakyat Malaysia menyatakan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia sepatutnya berada pada tarikh ini. Maka tahun 2010 telah mencatat sejarah besar dengan merasmikan Hari Kemerdekaan Kedua bagi Malaysia yang dinamakan HARI MALAYSIA.

      Iya.. itulah yang specialnya tentang postingan ini.
      Nanda memang seorang yang bijak. malah pelajar yang cerdik kerana suka bertanya itu ini. :D

      Terima kasih atas pertanyaan nanda Aldy di atas.
      salam kemerdekaan dan salam mesra dari bunda di Sarikei, Sarawak.

  15. sempulur September 17, 2010 at 12:44 am #

    Semoga selalu terjaga rasa persaudaraan antar bangsa sehingga menjadi selalu bijak dalam bertindak.
    Setulus hati kami ucapkan dirgahayu 47 tahun Malaysia

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 9:03 am #

      Sempulur…
      Mudahan begitulah harapan kita agar persaudaraan selalu terjaga sehingga tidak terjadi sesuatu yang boleh meretakkan hubungan antara rakyat dan pimpinan negara.

      Terima kasih atas ucap selamat dari Sempulur.
      Salam persahabatan yang indah dari saya. :D

  16. citromduro September 17, 2010 at 9:37 am #

    selamat hari malaysia bunda
    semoga dalam hidup bertetangga akan semakin akur jauh dari masalah

    • citromduro September 17, 2010 at 9:38 am #

      dengan menegakkan kalimatullah kita dapat menegakkan yang benar dan menghancurkan apa yang merupakan suatu kebatilan

      salam dari pamekasan madura
      terima kasih atas dukungan dengan yang sudah saya tuliskan

      • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 10:25 am #

        Kang CM…
        Kebenaran selalu dapat mengatasi kebatilan jika kita ebnar2 menyakini dan mempercayai Allah Yang Maha Besar. Mudahan kita selalu dalam jalan yang lurus.

        Sama-sama kembali Kang CM. Semoga kita akan selalu saling bantu membantu dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan.

        Salam hangat dari Sarikei, Sarawak.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 10:21 am #

      Aminn.. Ya Rabb
      Terima kasih Kang CM atas doanya untuk Malaysia.
      Mudahan dijauhi dan kita semua semakin matang untuk menanganinya.

      Salam ceria dari saya selalu. :D

  17. Masshah September 17, 2010 at 10:45 am #

    Alhamdulillah,Semoga Malaysia tanahair kita bersama terus makmur dan harmoni serta rakyatnya bersatu padu..:

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 8:48 pm #

      Masshah…
      Amiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih Masshah.
      Merdeka Malaysia.
      Salam mesra selalu. :D

  18. loewyi September 17, 2010 at 10:50 am #

    Kunjungan pagi bun….
    Wah selamat merdeka buat negaranya yach bun….
    dan selamat hari raya ketupat…. :mrgreen:

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 12:14 pm #

      Hai Loewyi..
      Sapaan di tengah hari.
      Terima kasih atas ucapannya.
      hehehe… Selamat Hari Raya lagi untuk kesekian kalinya.
      Salam sinar suria buat Nanda Loewyi dari bunda. :D

  19. فتر September 17, 2010 at 11:29 am #

    Selamat ya Bunda. :D

  20. Bali Villa September 17, 2010 at 12:08 pm #

    Semoga makin bersahabat dengan indonesia ya? karena satu rumpun yang seharusnya bersatu dan tidak berselisih..

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 12:19 pm #

      Bali Villa…
      Amiin.. Ya Rahman.
      Mudahan Malaysia – Indonesia akan selalu bersahabat seperti kita.

      Apa Bali Villa tidak punya blog sendiri yang boleh disapa untuk perkongsian minda. Sepertinya tidak ada ruang di Bali Villa untuk berkomentar. Mungkin boleh diwujudkan ruang di Bali Villa untuk berkomentar tentang tempat wisata yang dikendalikan oleh Bali Villa.

      Semoga sukses selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. :D

  21. Puspita September 17, 2010 at 12:42 pm #

    Selamat hari raya idul Fitri 1 syawal 1431 H, mohon maaf lahir dan batin.

    Salamat hari Malaysia. Siswa saya ada puluhan jumlahnya di sana. Salam persahabatan dari Jawa Timur.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 17, 2010 at 12:49 pm #

      Ibu Puspita…
      Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Minal aidin wal faizin.

      Alhamdulillah.. semoga siswanya berjaya dalam pelajaran mereka di sini. Terima kasih ya Ibu Puspita kerana sudi mampir ke blog sederhana saya ini. Senang dapat bersahabat dengan Bu Guru.

      Salam manis dan mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. :D

  22. Acacicu September 20, 2010 at 8:12 am #

    Biar lambat Asal terucap. Selamat hari Malaysia. Semoga semuanya menjadi lebih baik dan indah, Amin.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 20, 2010 at 2:03 pm #

      Terima kasih Acacicu atas ucap selamatnya.
      Amiin… Ya Rabb.
      Mudahan doa kita semua diperkenankan Allah.
      Selamat Hari Malaysia.
      Salam kenal dan ceria selalu dari saya. :D

  23. Mama Murai September 25, 2010 at 8:48 am #

    Assalaamu’alaikum sahabatku. Mungkin tidak terlambat rasanya saya mengucapkan selamat hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya buat akak.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 25, 2010 at 10:06 am #

      Wa’alaikum salaam sahabatku.
      Terima kasih atas ucapan buat negera Malaysia dan saya juga. Mudahan Malaysia selalu bahagia dan aman sentosa.

      Salam manis selalu dari akak buat Mama. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 176 other followers

%d bloggers like this: