CT8. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

13 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Saat penat mengulit diri tika ruang sibuk cuba dihindari. Sambil bermain dengan pen dan kertas…mencari idea menulis buat postingan yang seterusnya….terdengar olehku siulan burung yang entah dari mana datangnya…. sayup-sayup seakan mengalunkan satu dendangan lagu yang pernah aku dengar suatu ketika dahulu. Amat mengkagumkan…adakah benar apa yang ku dengar atau sekadar mimpi dan khayal yang menguasai diri kerana menahan rasa mengantuk yang tidak terperi.

WAHAI SAHABATKU… Kemenjadianku di dunia maya ini, bukan mau apa-apa dari mu atau dari siapa-siapa. Aku menulis apa yang ku tahu. Aku menulis untuk berkongsi ilmu. Aku menulis untuk pencerahan minda. Aku menulis untuk menawar jiwa. Aku menulis untuk mengenali dunia  baca. Aku menulis untuk mengenali dunia mudan tulisan-tulisanmu.

WAHAI SAHABATKU… Aku menulis untuk menyatakan kasih sayangku. Aku menulis untuk menyatakan cintaku pada sesama insan. Aku menulis untuk kedamaian dan keamanan dunia. Aku adalah kamu yang selalu menjadi kerinduanku dalam menjalinkan keperibadian insaniah. Aku adalah kamu yang menyatu dalam kasih, sayang dan cinta dari Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

WAHAI SAHABATKU… Aku juga bukan siapa-siapa. Tiada siapa yang mengenaliku kecuali kamu. Apa yang perlu kau tahu tentang diriku, wahai sahabatku, bahawa :

“AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA”

Ketika tarian penaku mahu menarikan rentak alun tulisnya. Ahh…Subhanallah. Nyanyian itu terdengar lagi di cuping telingaku. Aku berhenti menulis. Aku coba awasi lagi. Ya… aku pernah mendengarnya. Aku bingkas dari kerusi menuju ke luar laman rumah. Mataku mulai merayap menjelajah arah siulan merdu yang mendayu sayu itu.

Jelas di mataku tiga ekor burung cantik bersayap indah. Mengerbangkan warna warni balutan tubuhnya melintas dekat di mata ku lalu hinggap di pokok jambu air yang merentang halaman rumahku. Bulunya…Biru laut, hijau pisang, merah saga, kuning emas dan putih suasa. Alangkah indah, mempesona dan mengasyikkan.

Yang ku dengar bukan khayal, yang pandang bukan buatan, yang ku fikir ?….luar biasa.  Ayat-ayat lagu jelas kedengaran satu persatu. Ya..aku pernah melagukannya….aku pernah menulis kata-kata itu…aku kenal siapa yang mengalunkan lirik indah itu. Tentulah penyanyi tersohor Malaysia – RAMLI SARIP.

Tanpa sedar, aku mula mengukir tulis kata-kata alunan indah itu di atas kertas dan menarikan rentak penaku mengikut nyanyian merdu burung-burung tersebut.

…begini melodinya… nyanyilah dengan baik dan hayatilah dengan indah kosa kata yang dicipta oleh sang penulis dan sang penciptanya)…lalu ambil iktibar darinya…

BUKAN KERNA NAMA OLEH RAMLI SARIP


Tika keasyikan mengamati lagu nan merdu..tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang memeranjatkan…bang…bang…bang…aku terlihat seorang pemuda bertopi jerami..mengacukan senapangnya ke arah burung-burung cantik tersebut. Dup…dup..dup…satu persatu burung berjatuhan di depan mataku.

Airmataku bergenangan kesal. Sampai hati…mematikan jiwa yang tenang dengan kehidupannya….. Aku tersentak bila pemuda itu mengacukan pula senapang itu kepadaku pula… Wajahnya sungguh garang, alamak…. kenapa ni…. tanpa sempat menggelak….. aku…. booom….

“Asyhadu alla ilaha illah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah…..” bibirku bergetar menahan sakit di dada kiri. Tepat ke jantungku.. Aduuh sakitnya…suasana cerah mula menjadi kelam..kelam dan terus gelap. Dunia..oh dunia…kau ku tinggal tanpa kata-kata…

Hoi..Fatimah bangunlah… bangun… tayar kereta pecah… kereta dah masuk longkang…. Asthagfirullahal azhim…. aku bermimpi rupanya. Ha.. ha.. ha.. ha.. perjalanan dari Sibu ke Sarikei menjadi kenangan. Harap tidak pernah akan berlaku sesudah itu.

Mengerti dan fahamilah, wahai sahabatku…. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA.

*

SalamFatima3SalamFatima   12 SEPTEMBER 2010 (AHAD)/ 1614 PETANG -SARIKEI, SARAWAK


Sahabat Pembaca Laman Menulis Gaya Sendiri… maafkan aku kerana ku tinggalkan kalian dengan posting ini untuk ke sekian kalinya bagi menyambung percutianku yang belum selesai di dunia sebelah sana, di pesisir pantai Laut China Selatan. Kunjungan kalian akan ku balas setelah semua percutian di hari raya itu tamat mengikut jadualnya.

TERIMA KASIH KU UCAPKAN ATAS KUNJUNGAN YANG SELALU MENYENANGKAN HATI DAN JIWAKU.

SELAMAT HARI RAYA AIDI FITRI


About these ads

53 Responses to “CT8. AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA”

  1. akhmad fauzi September 13, 2010 at 5:55 am #

    Pengunjung pertama yang baca ini bunda siti?bunda mau mudik ya?hati2

    • SITI FATIMAH AHMAD September 13, 2010 at 7:00 am #

      Akhmad Fauzi..
      Alhamdulillah… tahniah atas kunjungan di dini hari untuk menyantap saji hidangan sarapan yang disediakan. Mudahan beroleh manfaat.

      Iya… masih dalam mood raya lagi. Mahu mudik.
      Insya Allah. mudahan dilindungan Allah dalam setiap perjalanan. Didoakan Akhmad dan keluarga kuga demikian.
      Salam aidil fitri. :D

  2. Ifan Jayadi September 13, 2010 at 6:46 am #

    Semoga percutiannya menyenangkan bu dan bisa kembali mendapatkan inspirasi untuk menulis hal2 yang akan memperkaya minda dan wawasan. Saya doakan juga semoga selamat sampai tujuan dan bisa bersilaturahmi dengan ahli keluarga yang lain karena berkumpul dengan keluarga adalah harta yang tak ternilai :)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 13, 2010 at 7:23 am #

      Ifan Jayadi…
      Terima kasih atas doanya, Fan. Amiin Ya Rahman Ya Rahiim.
      Insya Allah… mudahan inspirasi itu bisa dikaut melalui pengalaman sepanjang mudik raya. Ifan juga begitu.

      Didoakan Ifan juga keluarga bergembira di sepanjang hari lebaran yang masih berlangsung ini. Salam mesra selalu. :D

  3. Pakde Cholik September 13, 2010 at 8:13 am #

    Menulis akan sangat baik jika diniatkan untuk beribadah agar artikelnya bermanfaat bagi orang lain sehingga blognya juga barokah.
    Jika niat kita untuk ibadah maka artikelnya tak akan berisi fitnah atau memprovokasi pembacanya untuk berbuat tidak baik.
    salam hangat dari Surabaya

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 6:01 am #

      Alhamdulillah… saya setuju Pakde. Apa-apa sahaja yang kita lakukan untuk ibadah dan kerana Allah SWT pasti akan mendapat rahmat dan barokah-Nya. Begitulah yang harus kita niatkan.

      Menulis adalah satu cara atau jalan berdakwah yang berkesan untuk mengajak manusia ke jalan kebaikan melalui fokus minda. semoga apa yang kita tulis bisa mengubah pemikiran dan tingkah laku kita dan orang lain.

      Terima kasih Pakde atas perkongsian ilmu yang berbobot ini. Saya cukup mengkagumi peribadi Pakde yang mesra pembaca. Semoga sukses dan selamat terus berkarya.

      Salam mesra dan hangat selalu dari saya di Sarikei. :D

  4. Teras Info September 13, 2010 at 8:44 am #

    assalamu’alaikum…

    Tulisannya bagus sekali…penuh kata-kata yang gimana gitu…

    Selamat hari raya ‘idul fitri…mohon maaf lahir batin…

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 6:04 am #

      Wa’alaikum salaam Teras Info.
      Terima kasih, tulisannya biasa aja kok. Sederhana, gitu-gitu. :D

      Selamat Hari Raya juga dari saya dan maaf zahir batin.
      Salam mesra selalu.

  5. Vulkanis September 13, 2010 at 10:04 am #

    Selamat menulis terus,,yang pasti tulisannya yang menyejukan hati..
    Dan bermanfaat
    Salam sukses
    dan gimana kue hari rayanya kirim dong.. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 6:17 am #

      Iya.. insya Allah, mudahan diberi ruang waktu oleh Allah SWT untuk terus menulis dan bersemangat dalam menulis bagi kebaikan bersama.

      Maaf, Kang Dadang… saya tidak buat kue kerana beraya di kampung. Kalaulah bisa dihidang di maya ini, pasti saya sajikan kue buatan saya buat semua dan kirimkan pada Kang Dadang juga :D

      Maaf lagi ya kang. Salam sejahtera buat kang dan keluarga.

  6. فتر September 13, 2010 at 10:15 am #

    Selamat Hari Raya Idhul Fitri

    Mohon maaf lahir & bathin

    Maaf ya Bunda, baru sekarang aku sempat berkunjung ke blog Bunda.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:08 am #

      Selamat Hari Raya juga Fitri.
      Maafnya diterima dengan setulus hati. Tidak apa-apa Fit. Kunjungan ini sudah menyenangkan bunda.
      Tidak mengapa lewat daripada tidak ada, kan.

      Salam bahagia dari bunda buat Fitri dan keluarga di sana. :D

  7. Mama Murai September 13, 2010 at 1:50 pm #

    Assalamu’alaikum kak, selamat hari raya.. kak masih bercuti? semoga percutiannya sentiasa berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.. Saya disini pun masih bercuti, tapi masih sempat mencuri peluang membuka lappy.. sampaikan salam saya buat seluruh keluarga akak disana ek. :)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:35 am #

      Wa’alaikum salaam Mama.
      Alhamdulillah… masih bercuti, cuma sudah kembali ke rumah dan berehat di rumah sahaja kini. Diharap percutian Mama juga berjalan lancar seperti perancangannya. Semoga bergembira berkumpul dengan keluarga di hari lebaran tahun ini.

      Salam mesra dan manis selalu buat Mama dan keluarga di sana. :D

  8. اسوب سوبرييادي September 13, 2010 at 5:56 pm #

    Syiarkanlah kebajikan walau cuma satu kata, semata-mata karena mengharap ridha Allah ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:37 am #

      Mudah-mudahan Allah SWT selal meredhai usaha kita semua, Nanda Usup. Menulis adalah wadah ilmu untuk perkongsian bijak sesama kita. Teruslah berkarya untuk meninggikan syiar Islam.

      Salam mesra dari bunda. :D

      • Usup Supriyadi September 18, 2010 at 7:30 pm #

        Amin Ya Rabb

  9. Kelabang's Blog September 13, 2010 at 8:23 pm #

    Rupanya cuma mimpi sahaja, sebuah contoh alam kubur. Sama2 tidak bisa dirasakan oleh orang yang ada didekatnya.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:39 am #

      Hai Mas Zulfa… mimpi yang indah namun mengetarkan saat merasai sakratul maut yang tidak diduga. sakit tidak terkira dan tidak menafikan, rasa takut menguasai diri. mudahan akhirnya kehidupan ini nanti dalam husnul khatimah.

      salam mesra selalu.

  10. doelsoehono September 13, 2010 at 9:19 pm #

    Assalamu alaikum wr wb .

    salam sehat selalu semoga semoga tercurahkan pada Boendo yang sangat saya gagumi …karena yang selalu memberikan ilmu yang snagat kerent dan mudah untuk di pahaminya .

    selamat hari raya boen .

    salam Mesra dari Bandung .

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 7:57 am #

      Wa’alaikum salaam Wr. Wb Mas Doel.
      Alhamdulillah…. saya sehat. Terima kasih atas doanya. Mudahan Mas Doel juga demikian. Harapan saya, apa yang kita lakukan dalam dunia tulis dan baca ini, bisa memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.

      Selamat berkarya dan sukses selalu.
      Salam aidil fitri dan salam mesra dari saya juga. :D

  11. doelsoehono September 13, 2010 at 9:21 pm #

    salam .

    boend minta ijin untuk cuplik sedikit lingnya ..semoga berkenan saya taruh di Fb saya .

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 8:17 am #

      Salam Mas Doel.
      Silakan. Mudahan ada manfaatnya.
      Terima kasih.

  12. citromduro September 14, 2010 at 2:07 am #

    insya allah bunda
    kita akan berbagi komentar lagi di masa mendatang

    salam buat keluarga
    salam dari pamekasan madura

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 8:38 am #

      Kang CM…
      Mudahan dengan selalu menulis akan mengeratkan silaturahmi dan dapat bertukar ide2 bernas yang mantap untuk penjanaan minda yang sihat.

      Selamat berkarya dan teruslah menulis untuk kita berbagi komentar.
      salam ceria dari saya di Sarikei.

  13. bluethunderheart September 14, 2010 at 2:35 pm #

    Bunda blue datang dengan rasa suka cita di hari kemenangan ini……..blue datang memberi sapa hangat untuk ungkapan minal aidin mohon maaf lahir bathin…..maafkan blue y,bundaku tersayang
    salam hangat dari blue

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 8:44 am #

      Nanda Blue… alhamdulillah, senang dikunjungi Blue di hari raya ini, walau hanya di maya.

      Kemaafan diterima dengan setulus hati. Tiada salah dan silap yang pernah dilakukan. Anak sebaik nanda Blue selalu dalam doa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan. Maafi bunda juga ya.

      Salam hangat kembali dari Bunda. :D

  14. ded September 14, 2010 at 3:45 pm #

    Taqabbalallahu Minna wa Minkum
    Taqabbal Yaa Karim
    Shiyamana wa Shiyamakum…..
    Selamat Idul Fitri 1428H Mohon Maaf Lahir dan Batin…
    Salam hangat ……dari kami sekeluarga

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 8:54 am #

      Ded.. Terima kasih atas ucapan selamatnya.
      Selamat Hari Raya
      Maaf zahir dan bathin
      Semoga berbahagia bersama keluarga sepanjang hari lebaran dan bergembira meraikan kemenangan dalam perjuangan yang lalu.

      Salam hangat kembali dari saya.

  15. ded September 14, 2010 at 4:41 pm #

    Taqabbalallahu Minna wa Minkum
    Taqabbal Yaa Karim
    Shiyamana wa Shiyamakum…..
    Selamat Idul Fitri 1431H Mohon Maaf Lahir dan Batin…
    Salam hangat ……dari kami sekeluarga untuk Ibu Siti (mohon maaf ada kesalahan pada comment yang sebelumnya)

  16. Aldy~PF September 14, 2010 at 9:03 pm #

    Bunda,
    Saya menulis mungkin karena ego. Karena saya menulis hanya untuk arkip diri sendiri. Andaipun tulisan tersebut berguna untuk rekan-rekan blogger yang lain, maka itu hanyalah sebuah kebetulan saja. :(

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 9:21 am #

      Hehehe… Nanda Aldy. Ego menulis itu tetap menjadi milik semua orang. Tanpa ego, kita tidak bisa menulis walau satu patah perkataan. Ego ibarat pemacu yang menderaskan perjalanan minda bagi menggerakkan perjalanan masa dan hidup kita buat dikongsi bersama.

      Nanda Aldy, kebetulan pula adalah satu ketidaksengajaan yang bukan dirancang untuk ditemui dan disaji. Heh… kok gitu kayak orang besar berbicara ya… :D. Selalu merendah diri pada hal apa yang nanda tulis itu, semua orang tahu dong. Bunda tidak percaya…hehehe.

      Selamat berkarya dan terus menulis dengan egonya. Bunda senang kalau ke sana secara kebetulan juga. Salam mesra dari bunda. :D

  17. Sawali Tuhusetya September 14, 2010 at 10:53 pm #

    selamat idul fitri, bunda, minal aidin walfaizin, mohon maaf lahir dan batin.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 9:26 am #

      Selamat Hari Raya Pak Sawali.
      Semoga berbahagian bersama keluarga di hari lebaran ini.
      Terima kasih. salam ceria selalu.

  18. kelly amareta September 14, 2010 at 11:21 pm #

    Tulisan ibu siti memang lain dari yang lain. Kental sekali warna melayunya. Tutur tulisnya halus, seperti pribadi ibu Siti tulus.
    Terus menulis ibu Siti, warnai dunia blogger dengan ketikan jemari ibu :)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 9:37 am #

      Hai Kelly, Sang Pelangiku yang indah.
      alhamdulillah… tulisannya sederhana aja Kelly. Terima kasih kerana menghargainya dan semangat yang dilimpahkan. Saya senang mengetahui dan tulisan Kelly juga demikian baiknya persis empunya diri.

      Teruskan berkarya dan menulis untuk kebaikan juga manfaat bersama.

      Salam manis dari saya buat Pelangiku yang indah. Semoga hari2 yang dilalui seindah mentari yang menyinar. :D

  19. Didien® September 15, 2010 at 12:39 am #

    saye datang kat sini umi..nak mengucapkan
    Selamat Idul Fitri 1431H
    Minal ‘Aidin wal Faizin… Mohon Maaf Lahir dan Batin
    semuga ini tak lambat hehehehe

    salam, ^_^

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 9:56 am #

      Salam Didien. Ucapannya masih bisa diterima. :D
      Senang mendapat kunjungan Dien.
      Selamat Hari Raya
      Maaf Zahir Batin

      Salam mesra selalu.

  20. amazzet September 15, 2010 at 11:37 am #

    Sungguh berhikmah membaca tulisan Sahabat Siti Fatimah yang baik ini. Terima kasih banyak. Melalui media ini, saya juga mohon maaf atas segala salah dan khilaf. Sungguh, baik batin maupun lahir. Perlu sekali saya juga menghaturkan selamat Idul Fitri 1431 H. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah Swt. Semoga paparan tulisan kita juga bermanfaat bagi semua pembaca.

    Salam persaudaraan,
    Akhmad Muhaimin Azzet.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 10:03 am #

      Amazzet… Alhamdulillah.. mudahan perkongsian hikmah yang dipaparkan bisa membantu kita untuk terus bersama memanfaatkan ilmu yang dianugerahi Allah SWT.

      Amiin.. Ya Rabb untuk doa yang dilampirkan ke hadrat Ilahi.
      Selamat Hari Raya
      Maaf zahr dan batin.

      Terima kasih Amazzet.
      Salam persaudaraan juga. :D

  21. loewyi September 15, 2010 at 5:27 pm #

    Mohon maaf lahir dan batin yach bun… :D

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 10:05 am #

      Hai nanda Loewyi.
      Bunda maafkan setulus hati.
      Maafi juga bunda ya.
      salam indahnya aidil fitri. :D

  22. bundadontworry September 15, 2010 at 8:04 pm #

    apapun yg kita kerjakan asal diniatkan utk ibadah, mudah2an menjadi barokah,
    begitu juga dgn menulis , berbagi hal bermanfaat tentunya menjadikan blog kita barokah ya Bu Fatimah sayang………… :)
    salam rindu dr Tangerang
    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 10:10 am #

      Bunda tersayang… Amiin. Ya Rahman. mudahan amal dalam menulis mendapat keberkatan Allah SWT.

      Iya.. tentu sekali bunda. Allah selalu membarokahi usaha yang diniatkan karena-Nya. Mudahan kita memperolehinya.

      Salam rindu juga dari saya di Sarawak buat bunda di Tangerang. :D

  23. Kang Ope September 16, 2010 at 1:03 pm #

    kunjungan perdana. salam kenal bu. senang bisa berkunjung ke malaysia walau di dunia maya. blognya kuereen bu..
    wassalam

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 1:29 pm #

      Kang Ope… Salam kenal juga dari saya.
      Terima kasih sudi singgah ke Malaysia.
      Saya juga selalu ke Indonesia sama seperti Kang Ope.
      Mudahan beroleh ilmu bermanfaatn dan betah mampir lagi.
      Salam mesra selalu. :D

  24. Mood September 16, 2010 at 1:53 pm #

    Kunjungan pertama Bu,
    membaca tulisan disini membuat rasa takjub yang sangat, sungguh artikel yang indah. Eh, sekalian saya mengucapkan selamat lebaran, mohon maaf lahir batin yah.
    Salam saya.. .

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 3:16 pm #

      Saudara Mood…Salam kenal juga dari saya.
      Terima kasih kerana sudi singgah dan menyapa untuk berkongsi hikmah menerusi dunia maya.

      Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga dari saya di Sarikei. :D

  25. indahnyahidupku September 16, 2010 at 3:13 pm #

    tulisan yang sangat indah….

    teruslah menulis bunda… :)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 16, 2010 at 5:12 pm #

      Indahnyahidupku..
      Terima kasih atas dokongan semangat dan kunjungannya.
      Insya Allah.
      Salam kenal dan salam mesra dari saya. :D

  26. Kue Bandung September 28, 2010 at 2:13 pm #

    kuenya enak banget

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 176 other followers

%d bloggers like this: