CT3. MENULIS GAYA SENDIRI

21 Aug

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


MENULIS SANGAT MUDAH. Begitulah menurut hemat saya. Saya yakin anda juga mengakuinya tanpa ragu. Mengapa saya berkata demikian ? Cuba fikirkan. Bidang penulisan sudah kita ceburi sejak seawal usia dua tahun (4 tahun), memasuki dunia awal sekolah (2 tahun), sekolah rendah atau dasar (6 tahun), sekolah menengah rendah (3 tahun) plus menengah atas (4 tahun), belajar di universiti (paling kurang 3 -5 tahun) hingga sekarang.

Mari kita jumlahkan berapa lama kita menceburi bidang penulisan ini.  Wah… 19 tahun malah lebih kalau dihitung-hitung sehingga sekarang. Cukup lama sekali dan mengkagumkan. TETAPI… yang menghairankan, masih ramai mengakui mereka tidak mahir menulis, malahan menulis itu dianggap sangat susah dan payah. Lalu… apakah yang dipelajari selama ini di sekolah dan di universiti ? Hmm… harus jawab sendiri soalan ini. Kalau dibuat refleksi kendiri, kita ini bukannya dalam kalangan yang novis atau amatur tetapi menjurus sebagai penulis profesional. SIAPAKAH YANG MAHU DAN BERANI MENGAKUI INI ?


Di awal pembinaan blog penulisan saya, medan SOSBLOG.COM menjadi wadah permulaan saya melangkah ke dunia penulisan TANPA BUKU pada tarikh bersejarah 6 Jun 2008. Kemuidian beranjak ke medan WORDPRESS.COM pada 7 Disember 2009. Saat mencongak-congak mencari nama domain bagi blog saya, saya mendapat idea bernas ini melalui sebuah blog yang saya kagumi hingga sekarang iaitu BLOG MENULIS TANPA BERGURU yang dimiliki oleh sahabat  baik juga guru penulisan maya yang saya kagumi iaitu TUAN ERSIS WARMANSYAH ABBAS, seorang dosen dari Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin. Beliau adalah karyawan menulis yang sangat hebat dan disegani di Indonesia dalam mendorong sesiapa sahaja yang mahu menulis dan terus menulis sehingga melahirkan  Ersis Writing Theory: Menulis Ala Posmodernis. Satu formula menulis yang sangat hebat.

Melalui pembacaan dan idea penulisan beliau, lalu tercapai sebuah nama di awangan minda iaitu LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI.  Saya sangat mengkagumi gaya penulisan Tuan Ersis, malah saya suka mengikuti gaya tulisanya yang santai, bahasa yang mudah, sinis, memantul kepada pembaca, menusuk ke hati, membelai jiwa yang lemah untuk bangun agar cergas, membidik minda negatif untuk bangkit agar positif. Lalu saya mengkaji gaya tulis dan gaya fikir beliau melalui semua bacaan karya-karyanya yang hebat tentang penulisan. Akhirnya, saya dapati kekuatan pada tulisan-tulisan beliau juga dipunyai oleh saya. Malah saya memaklumi beliau bahawa saya akan menjadi muridnya yang hebat seperti beliau juga. Apa yang penting… ASAL BERANI BERMIMPI, SEGALANYA MUNGKIN.


Pada hemat saya, kelemahan yang jelas dan  boleh membunuh minat menulis kita adalah tidak mahu mengakui kehebatan menulis kita sendiri. Cuba anda membuat refleksi kendiri dan baca kembali apa yang telah anda tulis di blog-blog anda selama ini. Tidakkah anda sendiri mengkagumi dan menghargai buah fikiran yang anda terbitkan di ruang maya ini ? Bukankah anda MENULIS DENGAN GAYA ANDA SENDIRI ? Tidak meniru siapa-siapa. menulis dengan santai walau payah untuk mencapai ideanya pada awal penulisan ?

Jadi… mengapa masih tidak mahu mengakui kehebatan menulis kita ? Mengapa masih mahu menyatakan MENULIS ITU SUSAH. MENULIS ITU PAYAH. MENULIS ITU SUKAR. Di manakah susah dan payahnya menulis ini ? Sila jawab persoalan-persoalan di atas.

“Segala hambatan menulis yang dikatakan susah dan payah ini membungkus segala potensi yang sepatutnya dikeluar dan diasah sebijak mungkin agar segala benih ilmu yang tersimpan di ladang minda, boleh ditunas biak untuk disiram dengan hujanan kata-kata.”

- SITI FATIMAH AHMAD -

Blog LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI GEN2 adalah blog ke-3 saya di dunia maya. Semua nama blog itu hanya menggunakan satu nama sahaja iaitu LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI. Saya membina blog ini untuk berkongsi idea-idea menulis dan membantu sesama kita yang ingin dan berminat menulis. Dengan minat yang mendalam dan mencintai DUNIA BACA DAN TULIS… membawa saya meneroka alam maya dan mengenali sahabat pembaca sekalian.

MENULIS GAYA SENDIRI membawa maksud menulis dengan cara fikir kita sendiri. Tidak meniru dari siapa-siapa, walau di awal penulisan kita mungkin berbuat demikian, tidak ada salahnya kerana kita dalam proses pembelajaran. Sesudah itu, kita berusahalah menulis mengikut gaya fikir kita pula. Menulis apa yang menyenangkan kita. Menulis dari hati tanpa paksaan . Menulis dengan santai tanpa bebanan. Semua penulisan yang ditulis dengan gaya sendiri bakal melahirkan penulisan yang lain dari yang lain.  Akhirnya, terhasil idea-idea mantap yang terbit di hati menjurus ke kilang minda dan dihamparkan di layar kata dapat membezakan gaya tulis kita dengan gaya tulis orang lain.

Saya yakin, sahabat pembaca punyai kehebatan tersendiri dalam menulis dan menuangkan idea-idea mantap. Malah ketika melakukan aktiviti anjangsana- anjung sini, satu tabiat yang tidak boleh lari dari minat saya adalah MEMBACA setiap postingan yang ditulis oleh sahabat blogger. baik panjang atau pendeknya tulisan, pasti akan saya habisi bacaan kerana saya mahu menghargai hasil tulisan mereka yang sangat mengkagumkan saya. Saya juga percaya (bagi yang menulis idea sendiri), sahabat blogger punya gaya menulis tersendiri yang hebat.

SELAMAT MENULIS DENGAN GAYA SENDIRI.

SalamFatima3SalamFatima 21 OGOS 2010 (SABTU)/ 0736 PAGISARIKEI, SARAWAK


“YAKIN dan PERCAYA DIRI dengan keinginan yang mahu digenggam ibarat proses menjala BINTANG DI LANGIT TINGGI yang mana bagi sesetengah orang sukar untuk ditakluki. Tetapi bagi kita yang BERANI BERMIMPI, SEGALANYA MUNGKIN dicapai tangan asal sanggup untuk menempuh panahan petir dan gelombang kilat.”

- SITI FATIMAH AHMAD -


About these ads

68 Responses to “CT3. MENULIS GAYA SENDIRI”

  1. vtrediting August 21, 2010 at 12:37 pm #

    Selamat siang juga waktu Ciledug Tangerang. Semoga Ibu segera memulihkan diri dengan sebaik-baiknya paska musibah ini. Saya doakan di bulan yang penuh berkah dan ampunan ini, puasa Romadhon tetap berjalan tanpa halangan apa pun. Menulis merupakan menu untuk mengasah kepekaan pikiran agar tidak pikun.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 4:09 pm #

      Selamat petang juga Vtrediting.
      Alhamdulillah… semangat itu kembali mewarnai dunia tulis baca yang sungguh bermakna ini.Mudahan tiada halangan lagi untuk masa akan datang.

      Selamat berpuasa dan berbuka dalam beberapa waktu lagi.
      Terima kasih kembali menyapa untuk persahabatan akan datang. Salam mesra selalu dari saya. :D

  2. fitr4y August 21, 2010 at 1:58 pm #

    Terimakasih untuk info’a Bunda Siti ,,

    Aku makin bersemangat dalam menulis ..

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 4:35 pm #

      Fitr4y… Sama-sama kembali. Sekadar untuk kita berbagi ilmu dan hikmah yang ingin dikongsikan. Bunda juga masih belajar menulis dan terus menulis.

      Selamat menulis dengan semangatnya Fit.
      Salam ceria Ramadhan. :D

  3. setyantocahyo August 21, 2010 at 2:17 pm #

    Bunda siti tidak salah.., menulis memanglah mudah karena menulis adalah tinggal merangkai kata kata dan selanjutnya menjadi sebuah kalimat, yang jadi persoalan adalah mencari ide penulisan, karena ide penulisan adalah yang akan menjadi roh dari pada sebuah maksud tulisa atau isi penulisan..
    Ide ini tidak muncul begitu saja akan tetapi bisa kerena pengalaman pribadi atau karena mendapat cerita dari orang lain. Dan ini akan terlahir dg proses melalui latihan dan latihan..
    Kata penulis senior.., ide akan tumbuh sepeti jamur di otak kita jika sering kali mengasah otak kita dg banyak melakukan latihan..
    Tapi sebaliknya otak ini kan beku kembali jika kegiatan menulis itu sempat berhenti…
    Terima kasih ya bunda….
    Jalin sll persahabatan dg senantiasa bertukar pengalaman…

    Salam hangat sll buat bunda..

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 5:04 pm #

      Setyantocahyo… Selamat berpuasa.

      Tidak adanya idea untuk menulis selalu menjadi alasan bagi menyatakan menulis itu sukar. Saya setuju mas, bahawa roh menulis adalah idea-idea yang terpancar dari minda sebagai kilang prosesnya.

      Idea-idea diperolehi melalui banyak jalan terutamanya dengan jalan membaca. Membaca bukan sekadar satu hal yang retorika sahaja tetapi membaca diperolehi, antara banyaknya melalui pengalaman hidup kita dan pengalaman orang lain.

      Terima kasih mas, atas kongsian bijak yang diutarakan dalam posting ini, saya sangat senang membaca idea-idea bernas mas yang sungguh mencerahkan. Seringkali saya membuka minda untuk memikirkan apa yang mas tulis. banyak pengertian yang perlu dimaknai dengan baik bagi memanfaat pertukaran fikiran.

      Salam hangat dan mesra dari saya di Sarikei, Sarawak. :D

  4. Andrew August 21, 2010 at 7:25 pm #

    Nice blog, I love how the colors represent the white very well. Awesome job. And nice writing. I give this blog a 4.5 star ranking. An awesome job. And keep up the work.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 5:19 pm #

      Hi Andrew..
      Thanks a thousand for your compliment.
      A thousand million smiles for a 4.5 star ranking.
      Where’s another 0.5 ? :D
      Just kidding.
      Please to meet you and have a nice day.
      Insya Allah… i will.

  5. kelly amareta August 21, 2010 at 11:30 pm #

    kagum dengan konsistensi gaya menulis ibu Siti. Kelly sering kesulitan mempertahankan gaya tulisan kelly saat menulis topik yang serius. Seringkali saat menulis topik serius, energi menulis sudah habis untuk melakukan riset persiapan menulis. Sehingga saat menulis hasilnya seperti kurang maksimal. Barangkali ibu Siti mempunyai masukan buat kelly?

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 5:46 pm #

      Terima kasih Kelly Amareta…

      Mudah-mudahan akan terus konsistensi dengan gaya sendiri. Nggak salah kok kalau meniru gaya orang lain. Yang penting idea-idea datang dari kita sendiri.

      Ayuh Sang Pelangiku, jangan dipayahkan, mudahkan aja menulis ini. Santai dan jangan fikir yang serius lho, bikin pusing.

      Semoga terus menulis dengan semangat yang kental. Semoga sukses dan berhasil. Pasti boleh. Saya akan meniup semangat dari jauh. Mudahan dapat masukannya. :D

      Salam manis buat Sang Pelangiku yang indah. :D

  6. Didien® August 22, 2010 at 12:45 am #

    rumah baru ker?
    lama tak datang kat sini, apakabar umi fatimah?
    selamat berpuasa..

    salam, ^_^

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 6:01 pm #

      Hai Didien…
      Alhamdulillah, saya sihat dan diharap Didien juga begitu.
      Bukan rumah baru… tetapi blog baru.
      Terima kasih sudah sudi mampir ke mari lagi.
      Selamat berpuasa dan salam mesra dari saya. :D

  7. kopral cepot August 22, 2010 at 6:11 am #

    sungguh menjadi motivasi yg berarti …

    hatur tararengkyu ;)

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 6:07 pm #

      Mudah-mudahan Kang KC.
      Terima kasih juga atas motivasinya.
      Salam mesra dan salam Ramadhan. :D

  8. aldy August 22, 2010 at 6:29 pm #

    Assalamualaikum Bunda Siti,
    Menulis itu mudah? ach…tidak selamanya menulis itu mudah bunda. Apalagi untuk nanda yang pengetahuannya cuma semata kaki :(
    Nanda harus jungkir balik mencari materi tulisan, sudah berusaha mati-matian, tetap saja tulisan yang dibuat seadanya.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 22, 2010 at 7:34 pm #

      Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…
      Selamat berbuka puasa.

      Mudah menulis bergantung kepada apa yang ditulis. Tulisan yang seadanya juga merupakan bukti betapa menulis itu mudah. :D

      Menulis santai menjadikan tulisan kita hidup dan menarik tanpa paksaan. Ia menjurus telus ke hati pembaca untuk mengikuti apa yang ditulis.

      Bunda senang membaca tulisan nanda Aldy. Santai dan bersahaja. Ibarat membawa sesiapa berbicara sama.Itulah namanya menulis dengan hati.

      Salam mesra dari bunda selalu.

  9. M Mursyid PW August 22, 2010 at 8:23 pm #

    Blognya baru ya, Bunda?

    • Siti Fatimah Ahmad August 22, 2010 at 9:01 pm #

      Iya Pak Mursyid… blog baru.
      Yang lama dicuri orang.
      Blog ini gantinya dengan tambahan Generasi 2 (Gen2 disebut Gen Two)

      Terima kasih ya.

  10. darahbiroe August 22, 2010 at 8:48 pm #

    heheh
    iya saya juga menulis seadanya kok
    tanpa ribet
    langsung ajah nulis meski, kadang tulisanya semrawut
    ya maaf :D

    • Siti Fatimah Ahmad August 22, 2010 at 9:20 pm #

      Itu namanya menulis santai Darahbiroe. Namun begitu, tulisannya tetap mantap. Salut dari saya.
      Biasanya saya juga begitu. Langsung menulis di ruang post.

      Selamat menulis dan berkarya.
      Salam mesra. :D

  11. classically August 22, 2010 at 9:18 pm #

    Semangat menulis yg hebat!!!
    Pemikiran optimis membawa energi positif.
    Kagum, Mbak! :)

    salam kenal,
    classically

    • Siti Fatimah Ahmad August 22, 2010 at 9:24 pm #

      Hai Classically… Terima kasih atas kunjungan dan semangatnya.
      Senang dapat berkenalan dan menambah sahabat.
      Semoga sukses dan selamat berkarya.
      Salam mesra dari saya. :D

  12. bluethunderheart August 22, 2010 at 10:56 pm #

    dan blue adalah penikmat rangkaian pilihan kata perkatanya sebuah jelajahan ranai bundaku ini…….
    blue sellau bersehangat disini..membaca,mengilhami serta berbagi ilmu…terima kasih bundaku tersayang
    salamhangat dari blue
    selalu ada doa tuk bunda serta sekeluarga disana

    • Siti Fatimah Ahmad August 23, 2010 at 8:22 pm #

      Alhamdulillah…
      Terima kasih nanda Blue kalau demikian katanya. Bunda senang dan gembira mengetahuinya. Mudahan karya2 bunda akan selalu menyemangati nanda Blue untuk terus juga berkarya dengan lebih baik dan mantap.

      Bunda juga suka menikmati tulisan nanda Blue yang bagus bahasa dan lenggok kata bicaranya. Salut juga dari bunda kerana nanda punya gaya menulis tersendiri yang hebat.

      Amiin.. Ya Rabb untuk semua doa yang dikirim buat bunda sekeluarga. Doa dari bunda juga buat nanda Blue dan keluarga besar di sana.

      Salam hangat dan mesra selalu dari bunda. :D

  13. kangmas ian August 22, 2010 at 11:12 pm #

    pede aja y bu alias percaya diri
    insya alloh kalao terus diasah akan menghasilkan sebuah tulisan yang bagus ^^
    salam kenal dari Bogor – Indonesia

    • Siti Fatimah Ahmad August 23, 2010 at 8:35 pm #

      Kangmas Ian… salam kenal kembali dan terima kasih sudah berkunjung.

      Betul tu kang…. menulis harus diasah dengan pelatihan dan banyak membaca. Kalau menulis menjadi satu rutinas yang menyeronokkan, maka menulis akan mudah semudah-mudahnya. mahu atau tidak tertakluk kepada kemahuan kita.

      Salam mesra selalu dari saya. :D

  14. Ifan Jayadi August 23, 2010 at 4:47 am #

    Tulisan yang sangat memotivasi bu. Memang kadang diawal memulai penulisan ada kalanya kita merasa terbebani karena ingin tulisan kita itu tampil sempurna. Padahal alangkah baiknya jika kita menulis secara apa adanya saja karena itu merupakan suatu proses belajar menjadi seseorang yang mahir dalam menulis. Mulailah dari tema2 yang ringan. Apabila telah mahir, bisa ditingkatkan ke tema2 yang lebih serius. Insya Allah, semuanya akan ada hasilnya. Ingatlah selalu pepatah ini : ALAH BISA KARENA BIASA

    • Ifan Jayadi August 23, 2010 at 4:49 am #

      Oh ya, blog ibu juga telah terpasang lama di blog saya, tepatnya di sidebar sebelah kiri yang bertuliskan BLOG SAHABAT. Salam dan semoga persahabatan ini terus terjalin.

      • SITI FATIMAH AHMAD August 23, 2010 at 8:54 pm #

        Ifan… harap urlnya diubah kerana url blog baru ini tidak sama dengan blog lama.

        kalau dulu: websitifatimah.wordpress.com
        yang kini : webctfatimah.wordpress.com

        Link ke blog Ifan dan sahabat lainnya semua sudah hilang di maya, maka saya harus membuat link yang baru di Dunia Sahabat. Terima kasih ya… sudah membuat linknya. :D

        • Ifan Jayadi August 24, 2010 at 4:58 am #

          Telah saya ubah bu. Terima kasih dan salam persahabatan selalu

          • Siti Fatimah Ahmad August 24, 2010 at 5:27 am #

            Alhamdulillah… terima kasih kembali kerana sudah memaklumi.

            Selamat bersahur Ifan. :D

    • SITI FATIMAH AHMAD August 23, 2010 at 8:46 pm #

      Setuju Ifan… menulis harus dibiasakan dengan hal yang ringan dan tidak susah untuk difikirkan. jangan menulis hal yang sukar untuk kita fahami apa tah lagi orang lain yang membacanya.

      Mudahan kita semua akan terus bermotivasi untuk menulis. Insya Allah akan bermanfaat buat semua di jagat maya ini. Terima kasih Ifan atas komentar yang berbobot ini. mencerahkan.

      Salam mesra dari saya. :D

  15. dina.thea August 23, 2010 at 12:30 pm #

    Assalamu’alaikum, salam kenal :). tulisannya inspiratif sekali, SEMANGAT!

    • SITI FATIMAH AHMAD August 23, 2010 at 11:27 pm #

      Wa’alaikum salaam Dina.Thea
      Salam kenal kembali dan terima kasih atas sokongannya.
      Alhamdulillah… tambah semangat.
      Salam ceria dari saya. :D

  16. teguhsasmitosdp1 August 23, 2010 at 7:46 pm #

    Tepat sekalli Bunda, sangat setuju, itu pulalah yang saya rasakan,..kadang-kadang ingin meniru gaya menulis orang lain, padahal tulisan di Blog sendiri sudah banyak. Penyakit kali ya Bunda ?

    • SITI FATIMAH AHMAD August 24, 2010 at 5:43 am #

      Mas Teguh…. Tidak mengapa kalau ingin meniru gaya menulis orang lain sebagai pelatihan dalam proses pembelajaran.

      Saya juga suka meniru gaya A. Samad Said dan Usman Awang (Keduanya adalah tokoh Sasterawan Negara Malaysia)dalam penulisan puisi. Gaya Dr. Sidek Baba, Naquib al-Attas dan banyak lagi para ilmuan dalam menukilkan gaya fikir dan penulisan secara umum. Gaya-gaya yang kita tiru pada awalnya akan secara otomatis membentuk gaya penulisan kita sendiri setelah menulis menjadi rutinas kita pula.

      Hmmm… sepertinya satu penyakit Mas Teguh. Saya setuju kalau ia dinamakan penyakit menulis.. :D Ubat penawarnya adalah menulis gaya sendiri, barangkali. :D

      Terima kasih atas kunjungan dan selamat berpuasa.
      Salam mesra selalu.

  17. Kakaakin August 23, 2010 at 8:43 pm #

    Benar banget, Bunda…
    Terkadang saat melihat tulisan lawas, saya berfikir “Kok bisa ya, saya menulis seperti itu??” hehe…
    Namun tentu saja kita mesti terus belajar lagi :)
    Makasih ya, Bunda :)

    • SITI FATIMAH AHMAD August 24, 2010 at 5:56 am #

      Hai Kakaakin…. Selamat berpuasa. Senang disinggahi Kaka. Setuju Kaka… saya juga berfikir begitu kalau membaca penulisan yang sungguh mengkagumkan antaranya novel Andrea, Kang Abik, A. Samad Said, Abdullah Hussein dan banyak lagi ilmuan yang menulis dengan tulisan yang boleh memukau hati dan minda kita.

      Sebenarnya kita juga mampu menulis demikian. Oleh kerana kurang menulis dan kelemahan dalam keinginan, semuanya menjadi hambatan untuk kita menulis hebat.

      Terima kasih Kaka dan selamat berpuasa.
      Salam mesra selalu ya. :D

  18. Kelabang's Blog August 23, 2010 at 11:27 pm #

    Awal menulis memanglah susah, macam tak percaya diri, kita pun tak dapat nilai, tulisan kita tu bagus apa tidak.
    Di blog saya, memang tujuan saya nak belajar ekonomi, jadi kalau kita posting dari pakar ekonomi kita mesti baca, kalau tak macam tu, sampai bila2 pun saya tak pernah belajar bab ekonomi lah..

    • Siti Fatimah Ahmad August 24, 2010 at 6:46 am #

      Hai Kelabang…. saya setuju dengan pendapat mas Yulfa.
      Menilai sesebuah penulisan yang kita tulis bukanlah hal yang mudah. penilaian terbaik adalah melalui komentar yang ditulis oleh pembaca lain yang membaca tulisan kita.

      Tidak mengapa kalau kita membawa bahan bacaan luar atau tulisan orang lain ke blog kita yang kemudiannya kita bahaskan bersama komentator yang lain yang mungkin tidak memperolehi informasi sedemikian.

      Namun untuk lebih mempraktikkan ilmu ekonomi yang mas pelajari melalui postingan, maka diakhir setiap artikel tersebut, mas cuba memberi sedikit ulasan berdasarkan apa yang telah mas fahami dan di situ nanti pembaca akan dapat menilai penulisan dan buah fikiran mas. Ulasan itu sebagai memberi kesimpulan secara holistik yang memudahkan pembaca memahami artikel tersebut.

      Selamat berkarya dan teruslah dengan usaha menulis mengikut gaya sendiri, mas. Terima kasih atas pandangan yang berbobot ini. Saya senang membacanya dan faham apa yang mas maksudkan.

      Salam mesra dari saya dan selamat berpuasa. :D

  19. yusami August 24, 2010 at 1:22 pm #

    Assalamu’alaikum Wr Wb,
    Selamat menunaikan ibadah Puasa Bunda.
    Sayangnya, hingga saat ini saya masih sering merasa menulis itu susah sehingga jarang mengupdate blog saya.
    Salam hangat dan sukses selalu dari Ampah Kalimantan Tengah.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 24, 2010 at 4:42 pm #

      Wa’alaikum salaam Mas Yusami..
      Itu bukannya susah menulis mas, itu namanya malas mahu update. :D

      Yang susah menulis itu saat mahu menulis, termangu-mangu sambil memikirkan apa yang mahu ditulis lantaran terlalu banyak perkara yang mahu ditulis. Akhirnya tidak jadi menulis. Semangat mas… ide guru sangat mantab lho. Guru harus terus nulis dan nulis lagi. kan itu rutinasi kita mas. Ayuuh..

      Selamat berpuasa dan berbuka sebentar lagi.
      Salam hangat juga dari saya di Sarikei, Sarawak.

  20. advertiyha August 24, 2010 at 1:26 pm #

    Assalamualaikum….
    selamat siang bun,, lama saya tak berkunjung ke blog bunda, rupanya banyak sekali tulisan baru yang banyak pengetahuan dan enak sekali dibaca,,,,

    walau terlambat saya ucapkan selamat puasa bun, semoga berkah… :)

    betul bun, menulis itu mudah dan menyenangkan, luapkan saja apa yang ada di fikiran dan hati dengan gaya sendiri, maka tulisan berciri khas Anda akan segera tercipta,,, betul kan bun?? hehehhe….

    salam sayang bunda siti… :)

    • SITI FATIMAH AHMAD August 24, 2010 at 6:09 pm #

      Wa’alaikum salaam Advertiyha…
      Alhamdulillah.. bersua kembali kita setelah sekian lama. Tulisan bunda belum banyak lagi Ad, postingpun baru yang ke-3. Ini blog baharu. yang lama sudah terhapus di maya pada tanpa kesan.

      Selamat berpuasa untuk setiap hari di bulan Ramadhan. Mudahan beroleh barakahnya.

      Bagus… ada yang setuju dan tentunya tidak susah. menulis komentar juga mudah kan. tulislah apa yang dilihat dan dibaca. kemudian luahkan ke paparan maya ini untuk dikongsikan.

      Terima kasih mampir kembali.
      Salam sayang kembali dari bunda buat Ad.
      Selamat berbuka puasa. :D

  21. Dahrun Marada August 24, 2010 at 2:08 pm #

    Saya seringkali mengalami kebuntuan dalam menulis. Memulai kata pertama hingga menjadi suatu kata, kadangkala hapus…tulis…hapus…tulis. Membuat kata pembuka sungguh sangat sulit. Saya masih perlu banyak belajar.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 24, 2010 at 6:16 pm #

      Mas Fatahul..

      Kenapa menyusahkan diri dalam memikirkan hal yang susah. santai aja menulis. jangan difikirkan. Apa yang terlintas mahu ditulis… tulis aja. Cuba menulis pengalaman seharian yang dilalui atau melihat apa yang terlintas. lalu tulis dan iringi dengan niat yang baik untuk berkongsi hikmahnya.

      Silakan mas, belajar melalui pengalaman sendiri untuk menulis. Saya pasti, mas akan senang dan seronok menulis.

      Selamat berkarya dan salam mesra selalu. :D

  22. bayuputra August 24, 2010 at 7:18 pm #

    Assalamualaikum….
    Selamat sore Bunda … Selamat Berbuka Puasa …
    Semoga Bunda Bersama Keluarga Tercinta Dalam Keadaan Baik-Baik Saja .. Amin ..

    Setuju sekali dengan apa yang bunda paparkan diatas … sampai saat ini pun Bayu merasakan kesulitan didalam menuangkan pikiran kedalam bentuk tulisan … perlu lebih dan lebih banyak belajar lagi ..
    Bagi bayu menulis diibaratkan aliran sungai yang deras ,, cepat atau lambat akan mengalir juga dan akan membentuk karakteristik gaya penulisan kita sendiri .. hee …

    Selamat Sore Bunda.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2010 at 5:12 am #

      Wa’alaikum salaam Bayu..
      Selamat pagi dan selamat bersahur.
      Alhamdulillah, bunda baik dan sehat. Mudahan Bayu juga demikian.

      Kesulitan itu berlaku kerana kita yang merasakan menulis itu sulit. Tambahan lagi kalau kita terperangkap dengan segala teori dan kaedah yang kadang kala mematikan langkah penulisan. Menulis itu memerlukan bahasa mudah dan tata bahasanya tetap terjaga.

      Selamat menulis Bayu. tenang aja ketika menulis. bunda senang kok dengan gaya Bayu menulis. Mantap tu. teruskan jangan putus asa. Menulis harus perlukan latihan yang kerap.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam mesra dari bunda. :D

  23. Aldy August 24, 2010 at 8:12 pm #

    Out Of Topic, Kapankan bunda membeli domain sendiri?

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2010 at 5:18 am #

      Nanda Aldy… supaya bunda lebih memahami apakah maksud domain sendiri yang lebih jelas, mohon kiranya nanda memaklumi dengan lebih lanjut akan kelebihan dan manfaatnya.

      Terima kasih atas saranan itu. Bunda mahu tahu dulu sebelum menjawabnya.

      Salam mesra dari bunda. :D

  24. HALAMAN PUTIH August 24, 2010 at 11:45 pm #

    Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Begitu pula dengan hal menulis, masing-masing punya gaya dan ciri khas. Satu-satunya cara untuk belajar menulis ialah mau menulis bukan hanya teori tanpa praktek.

    • Martha Andival August 25, 2010 at 4:02 am #

      setuju bangetttttt

      inilah yg menjadi kuncinya, aturan bisa dipelajari kemudiAN ASAL SUDAH MAU MENULIS

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2010 at 5:25 am #

      Halaman Putih… Saya setuju akan pendapat sahabat. Kelebihan itulah seharusnya kita manfaatkan dan kekurangan pula harus ditingkatkan. Jika hanya belajar menulis secara teori tanpa praktik ia ibarat jasad tanpa roh. tidak boleh bergerak ke mana-mana. Statik dan beku. Maka, menulis harus dipraktikkan.

      Terima kasih atas komen berbobot itu.
      Salam mesra selalu. :D

      • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2010 at 5:28 am #

        Martha Andival… Terima kasih berkunjung menjenguk laman ini.

        Iya… setuju sama. harus melatih diri menulis selalu kerana ilmu menulis secara ilmiahnya sudah dipelajari. Tinggal praktik sahaja. Selamat berkarya.

        Salam kenal dari saya.

  25. doelsoehono August 25, 2010 at 12:17 am #

    Assalamuallaikum warohmatulloh hiwabarokatuh .

    salam kangen selalu untuk umi .

    semoga selalu dalam lindunganNya ….maaf umi saya masih males untuk nulis karena banyaknya tugas yang menumpuk dan menumpuk dan semua itu harus di bereskan .

    makasih banyak umi pencerahannya semoga selalu bermanfaat dan bertambah semangat .

    salam dari Mesra dari Bandung .

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2010 at 5:35 am #

      Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh Pak Doel.
      Amiin… Ya Rabb atas doa yang dilampirkan bersama, mudahan Pak Doel demikian juga hendaknya.

      Diharap tugasannya segera dibereskan agar menulis tidak terhambat dan dapat berbagi hikmah bersama. Selamat bertugas, sahabat guru.

      Salam mesra kembali dari saya di Sarikei. :D

  26. Martha Andival August 25, 2010 at 4:01 am #

    menulis dengan gaya sendiri tetap harus mengkuti aturan dan kaidah yg berlaku…

    bebas menulis dgn gaya apa saja, namun, kaidah bahas tetp perlu diperhatikan, krn tulisan banyak dibaca org, salah penulisan akan memberi pengajaran yg salah juga bagi pembaca…

    hehehe maaf sok nimbrung

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2010 at 5:40 am #

      Martha Andival… saya setuju. Penggunaan kosa kata dan tata bahasa yang baik akan mampu menjadikan penulisan kita punya makna untuk dibaca dan difahami. Penggunaan bahasa yang baik akan menarik hati pembaca namun jangan terlalu terikat dengan kaedah yang secara lateralnya selalu menghambat idea-idea untuk dicerna dengan mudah.

      Yang penting, apa yang mahu disampaikan itu mudah difahami oleh pembaca. menulis harus mengikut rentak ruang yang kita mahu bicara.

      Nggak apa kok, kitakan bincang dan sharing ilmu. Harus ada perdebatan yang sihat dan membina minda cerdas.

      Terima kasih ya atas komen yang berbobot ini.
      Salam mesra. :D

  27. pelangiituaku August 27, 2010 at 8:12 pm #

    halooo kawan blogger ^_^
    apa kabar??
    hohoho… pelangi datang mengunjungi blog kamuu ^^

    yuukk, mampir ke blog pelangiii…
    jangan lupa baca artikel yang satu ini ya, dan komentari ^_^

    http://pelangiituaku.wordpress.com/2010/08/24/welcome-to-the-next-city-2010-%E2%80%9Cjelajah-kota-depok-2010%E2%80%9D/

    soalnya pelangi lagi ikutan lomba ^^
    mohon doanya yaaa =)

    salam
    pelangiituaku

    • SITI FATIMAH AHMAD August 28, 2010 at 8:55 pm #

      Hai Pelangituaku…
      Alhamdulillah.. saya sihat dan terima kasih sudah mampir ke mari. senanag menerima sapaan mbak pelangi yang jauh di sana.

      Insya allah, akan ke sana menyapa kembali.
      Semoga berhasil dalam lombanya mbak.
      Salam ramadhan dan selamat berpuasa.
      Salam mesra selalu dari saya. :D

  28. citromduro September 1, 2010 at 7:57 am #

    assalamualaikum

    gaya menulis gaya saya asal menulis aja bun
    semoga dengan gaya tulisan saya masih ada yang singgah dan baca-baca tulisan saya

    salam dari pamekasna madura

    • SITI FATIMAH AHMAD September 1, 2010 at 2:34 pm #

      Wa’alaikum salaam Kang CM…
      asal menulis aja itu…Itulah namanya menulis gaya sendiri kang. Bukan gaya orang lain. Salut deh… tulisannya mantap dan penuh manfaat untuk difikirkan. saya enak membaca tulisan kang CM. terusin deh kang.

      Salam mesra dari Sarawak.

  29. 'nBASIS October 16, 2010 at 1:02 am #

    belajar sendiri dan ternyata sukses ya bu

    • SITI FATIMAH AHMAD October 16, 2010 at 10:37 am #

      Hai ‘nBASIS…
      Benar.. menulis harus dilatih sendiri, baru sukses dan puas hati.
      Salam kenal dan terima kasih sudah kemari.
      Salam mesra selalu. :D

  30. MUXLIMO November 30, 2010 at 1:26 pm #

    Setuju, Mbak Fat.. ^_^

    Menulis itu sangat mudah. yang susah itu menumbuhkan kemauan kuat untuk menulis dan konsisten/istiqamah menjalaninya.

    Konon, berikut ini tips2 dari penulis2 andal:
    1. menulis dari hal2 yang diketahui, sperti diary atau
    blog hehehe;
    2. bersegera mencatat hal2 penting begitu sebuah ide
    mengetuk. Ada kalanya ide mengetuk benak hanya satu
    kali. Begitu tak kita hiraukan, sulit memanggilnya
    kembali.
    3. jika sedang tidak mood menulis, endapkan dulu ide
    hingga matang dan siap disajikan. Jangan paksakan
    menulis tanpa good mood, nanti ide anda akan tersaji
    kurang dari kadar sesungguhnya..

    begitulah kononnya,..Allahu a’lam ^_^

    • SITI FATIMAH AHMAD November 30, 2010 at 8:54 pm #

      Terima kasih atas komentar yang berbobot dari mas Muxlimo di atas. satu perkongsian ide yang bernas untuk kita fikirkan bersama.

      memang menulis sangat mudah. yang menyukarkan penulisan itu adalah diri kita sendiri yang tidak yakin dan percaya diri. Hal ini bisa melemahkan semangat.

      Hehehe…. yang konon-konon itu mas, bukan konon-konon sembarangan kok. Ia adalah benar. Saya jelaskan satu persatu ya menurut pendapat saya sebagai maklum balas tulisan anda di atas.

      1.Sebaiknya mulakan menulis hal2 yang kita ketahui dan kita fahami dengan mudah seperti pengalaman hidup. Insya Allah, orang lain juga akan faham.

      2. benar itu, jika tidak dicatat hal yang penting, bisa hilang dan tidak dapat ditangkap pada lain masa. saya selalu demikian dan menyesal kerana hanya menyimpan di kotak memori sahaja. Bila mahu menulis…ahhh, sudah lupa.

      3. Ada pro dan kontranya menulis dengan mood dan tanpa mood. Terpulang kepada diri sendiri. Kalau saya, boleh menulis dalam kedua-dua kondisi tersebut. baik atau tidak tulisan yang kita perolehi juga terpulang kepada kita yang menjadi peneraju ide tersebut. jangan difikirkan kualiti sesuatu tulisan kerana ia akan menyekat semangat untuk belajar menulis dan terus menulis kerana bimbang orang akan membuat kritikan yang pedas. peduli lho apa orang mahu kata. itukan hak mereka. Jika tulisan kita mendapat maklum balas pembaca, itu bermakna tulisan kita ada maknanya.

      Iya.. begitulah konon-kononnya. Whualah.. kok saya juga termasuk dalam golongan konon-konon itu ya… :D

      Terima kasih atas masukan idea yang berbobot dari saudara. Salam mesra dari saya. :D

  31. Arifah Abdul Majid (@arifah_feibiii) May 10, 2014 at 10:01 pm #

    Assalaamu’alaikum, sala kenal Mbak Fatimah :)
    Saya juga lebih suka menulis dengan gaya saya sendiri, saya menulis apa yang saya suka, saya minati dan saya mau.. Kecuali untuk urusan kerjaan, baru disesuaikan dengan permintaan klien, tapi tetep kok yang paling enak ya menulis yang sesuai dengan passion kita..

Trackbacks/Pingbacks

  1. 4 sebab kenapa anda perlu baca blog Indonesia - September 4, 2010

    […] bercampur aduk dengan bahasa Mat Salleh. Okey jangan salahkan mereka, ini mungkin salah satu cara menulis gaya sendiri mereka seperti mana kata kak Siti. Tapi saya merasa pelik, kenapa perlu mencacatkan lagi bahasa […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 178 other followers

%d bloggers like this: