CT105. 16 MEI 2012 : SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU PELAJAR”

16 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua anak didik di Malaysia yang mengikuti pelbagai peringkat pendidikan dalam negara, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2012. Surat yang ku tulis ini adalah berasaskan kepada luahan secara tidak rasmi pelajar-pelajar yang pernah aku temui sepanjang hampir 18 tahun mengeluti diri dalam dunia pendidikan yang serba mencabar. Ia berlaku di mana-mana zaman dan tempat. Continue reading 

Tags: , , , , ,

CT104. IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA

10 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

13 MEI 2012 -  SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA

Walaupun ada perayaan Hari IBU yang khusus diraikan di seluruh dunia, aku tetap berpendapat Hari IBU adalah SETIAP HARI.  Apa yang harus diketahui dan difahami oleh umat Islam, bahawa TIADA HARI IBU khusus dalam ajaran ISLAM. Semoga Allah mengampuni kita atas khilaf selama ini.

Agama Islam meraikan penghormatan kepada IBU setiap hari dan wajib bagi anak-anak mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk orang tuanya. Jika tidak dianggap berdosa. Insan bernama IBU tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. IBU adalah segala-gala bagi anak-anaknya.  IBU ADALAH RATU HATI. Continue reading 

Tags: , , ,

CT103. BUNGA GUBAHANKU (2)

4 May

Assalaamu’alaikum Wrahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 4. Gubahan bunga yang paling simple dengan mencacah-cacah sahaja tanpa memikirkan bentuknya. Alhamdulillah, terhasil indah juga. Ia menjadi hiasan di atas almari kasut bersamaan foto-foto Konvokesyen saya.

****************

Kembali menyapa dengan senyuman bunga yang indah di hati setelah sapaan pertama di CT85. GUBAHAN BUNGAKU (1).  Minat pada bunga tidak dapat dilepaskan dari wanita. Wanita dan bunga sangat sinonim. Tetapi tidak ramai wanita yang meminati seni gubahan bunga. Kenapa ? Mengubah bunga bukan mudah. Ia memerlukan suatu sentuhan halus di jiwa.  Continue reading 

Tags: , , ,

CT102. HADIAH DARI LANGIT (7): MANHAJ BERNEGARA DALAM HAJI

30 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kita harus mengakui kehidupan ini mempunyai misteri tersendiri. Setiap hari yang muncul adalah hari baru dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedari banyak kejutan-kejutan hadir di luar perancangan. Perencana kejutan itu tentulah Allah Yang Maha Berkuasa mengatur segala sesuatu mengikut kehendak-Nya. Kita merancang, Allah yang menentukan. DIA adalah al-Muqtadir (Yang Maha Menentukan). Continue reading 

Tags: , , , ,

CT101. KU SYUKURI SEGALA KURNIAAN-MU, YA ALLAH

23 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Menjadi salah seorang dari Dhuyufur Rahman antara jutaan manusia yang terpilih di dunia ini pada musim haji setiap tahun harus disyukuri oleh sesiapa sahaja.  Setiap peluang yang Allah paparkan di hadapan kita hendaklah diguna pakai sepenuhnya bagi mengisi jadual waktu kehidupan sepanjang perjalanan iman ini dengan ibadah dan amalan yang bermanfaat. Continue reading 

Tags: , , , ,

CT100. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4)

18 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Penulisan posting ke-4, DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI, Madinah akan mengakhiri episodnya di sini. Tetapi menyambung semula episod baru akan datang, jauh ke depan dengan tajuk,

DI SEPANJANG PERJALANAN INI… SEVILLA BARAKAT KE MASJIDIL HARAM, Makkah al-Mukarramah. 

Hotel 18 tingkat bertaraf 5 Bintang ini, menjadi tempat penginapan saya dan SPH bersama para jemaah haji dari Sarawak KT33 dan KT45. Hotel Sevilla menjadi pusat operasi perkhidmatan Maktab 95, pihak muassasah kendalian Tabung Haji Malaysia. Selain Maktab 95, terdapat juga sejumlah para hujjaj dari maktab 94 menduduki 2 tingkat di hotel tersebut.  Continue reading 

Tags: , , , , ,

CT99. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (3)

14 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MASJID NABAWI DILINGKARI EKONOMI SEJAGAT

Jika diteliti sejarah silam di awal penghijrahan Rasulullah saw dan kaum Muhajirin ke Madinah, aktiviti ekonomi sudah berkembang pesat. Ketika itu, bangsa Yahudi mendominasi segala aktiviti ekonomi yang berbasiskan riba sebagai mencari keuntungan berlipat ganda sehingga “mencekik darah dan leher” para pembeli yang berurusan dengan mereka. Continue reading 

Tags: , , , , ,

CT98. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (2)

6 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

DI SEPANJANG PERJALANAN INI…….

……, saya merasa beruntung menjadi penghuni Hotel Moltaqa al-’Alam. Kepenatan yang dialami sejauh 450 meter berulang alik ke Masjid Nabawi membawa sejuta kenangan yang mengasyikkan. Allah telah merencanakan bahawa saya dan SPH bersama 161 jemaah haji KT33 dari Sarawak, baki dari 284 yang sepatutnya menghuni Hotel Anwar Madinah Movenpick terpisah jauh kerana Allah mahu menghidangkan sesuatu yang menarik agar tidak luput dari ingatan sepanjang hayat. Continue reading 

Tags: , , , ,

CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… MOLTAQA KE MASJID NABAWI (1)

1 Apr

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… merupakan episod bersiri perjalanan saya sama ada bersama SPH atau bersama dua teman saya, Kak Kasma dan Kak Senah setiap hari melalui beberapa lokasi di antara Hotel Moltaqa al-’Alam hingga ke Masjid Nabawi. Catatan perjalanan ini dibekalkan dengan beberapa foto yang sempat diambil oleh kamera saya  SPH yang hanya bermuatan 599 keping sahaja. Maka saya harus berjimat cermat dalam “menangkap” objek yang dikira amat menarik kerana kamera ini saya gunakan di Madinah dan Makkah. Saya amat kecewa sekali kerana tidak mempunyai kamera yang bermuatan lebih banyak sehingga dapat menjentik ribuan foto. Continue reading 

Tags: , , , , ,

CT96. KETIKA RINDUKU BERLABUH

26 Mar

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Ketika rinduku berlabuh…….

Senyap…. hanya terdengar detakan jantungku yang berdegup kencang berbisik sayu meredah dingin subuh.
Sepi…. hanya deruan gemuruh darahku menyelimuti seluruh getaran kolam hati.

Hening… hanya germesik halus degus nafasku lembut menenang gelora jiwa di bawah lembayung Masjid Nabawi yang barakah. Continue reading 

Tags: , , ,

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers